Rabu, 18 Julai 2012

The latest updates from Syria

Pasukan Anti Assad Mengatakan Berhasil Tembak Jatuh Helikopter Tentera Di Damasyik


Pejuang Syria mengatakan mereka telah menembak jatuh sebuah helikopter tentera di daerah Damsyik Qaboun pada hari Selasa lepas (17/7), hari ketiga pertempuran sengit yang terjadu di ibu negara Syria antara pasukan yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dan lawan-lawannya.


"Helikopter terbang di ketinggian rendah. Sangat mudah untuk menyasarkan mereka menggunakan senjata anti-pesawat," kata seorang pegawai senior pejuang kepada agensi berita Reuters.

Pejuang anti Assad pada Isnin malam lalu mengumumkan pelancaran sebuah operasi serangan skala penuh.

Komando Gabungan Tentera Pembebasan Syria (FSA) di Homs mengatakan operasi mereka dilancarkan dalam menanggapi pembunuhan dan kejahatan biadab yang dilakukan oleh rejim Assad.

FSA, kata kenyataan itu, melakukan "serangan terhadap semua stesen keselamatan dan cabangnya di bandar-bandar dan luar bandar, untuk masuk ke dalam pertengkaran sengit dengan pasukan kerajaan dan menyeru mereka untuk menyerah.

18 jeneral Syria sudah paling tadah

ANKARA: Seorang lagi jeneral dan beberapa anggota tentera Syria menyeberangi ke Turki semalam, menjadikan bilangan jeneral yang berpaling tadah di bawah pemerintahan rejim Presiden Bashar al-Assad meningkat kepada 18 orang.Turki kini menjadi tempat berpuluh pemimpin tentera Syria yang belot, menyeberangi sempadan negara ini dengan menubuhkan pakatan Tentera Pembebasan Syria bagi menentang Assad. Angka terbaru itu menjadikan jumlah mereka yang belot ialah 18 tentera berpangkat jeneral sejak Syria mengalami pergolakan, Mac tahun lalu.
Seorang diplomat Turki berkata, selain pemimpin tentera Syria yang memasuki Turki, kini lebih 42,700 pelarian Syria turut meninggalkan negara dan mendirikan khemah di sempadan Syria.
“Kami melihat jumlah penduduk Syria memasuki Turki semakin meningkat, sama ada mereka terdiri daripada orang awam atau anggota tentera,” katanya.
Di Washington, Jabatan Negara Amerika melaporkan, setakat ini 1,280 warga Syria sudah menyeberangi Turki dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk jeneral dan askar biasa.
- AFP

LIWAT III KANTOI-BLOG PRO UMNO BERSEDIH HATI-CIPTA FITNAH LAGI-ANDA SEMUA ADA IMUNITI

Semalam bukan main lagi para blogger UMNO yang dikepalai Wan Mohamad Azri b Wan Deris @ Papa gomo telah mula membuat fitnah jijik dan jahat kononnya DSAI telah meliwat seorang mahasiswa lelaki dari IPTA Utara. Dan Satu Laporan Polis telah dibuat olehnya.

INSYA ALLAH BASHIR DI SYRIA DAN NAJIB DI MALAYSIA AKAN JATUH

Isi perundingan Baling yang disembunyikan

Dlm buku sekolah citer lain,
ISU KOMUNIS : WAWANCARA BERSAMA RASHID MAIDIN
Bapak Rashid Maidin adalah seorang pejuang kemerdekaan ulung yang berasal daripada kaum buruh. Pada akhir tahun 1930-an, beliau melibatkan diri dalam perjuangan menentang penjajah British, dan kemudian, fasis Jepun demi kemerdekaan tanah air dan pembebasan rakyat. Pada tahun 1955, beliau telah ikut serta dalam Rundingan Baling yang berlangsung antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan berperintahan sendiri Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura. Hari ini, beliau tetap dengan gigih berjuang demi kebebasan, demokrasi, keadilan masyarakat serta perdamaian dalam negeri yang diidam-idamkan rakyat tanah air kita..
Soalan: Bilakah Bapak dilahirkan?
Rashid Maidin: Saya dilahirkan pada bulan Oktober tahun 1917.Soalan: Kalau begitu, Bapak lebih tua daripada Bapak Abdullah C.D.

Tarikh kemerdekaan bukan 31 Ogos.

Ole: MSK
Hangpa semua kena tipu dengan Umno…tapi aku pun tak mau nak salahkan semua orang Melayu…sebab masa tu Melayu memang bangang..ikut cakap orang putih.
Cuba kita kaji balik sejarah Kemerdekaan. Jangan dok baca buku sejarah yang disediakan disekolah saja..sebab sejarah tu ditulis oleh Umno. Cari jugak buku-buku yang ditulis oleh pejuang kiri. Kemudian..baca dengan fikiran terbuka. Jangan terus tolak sebelum baca.
Sebelum tu..untuk anak-anak muda dari Gen Y kebawah dan sebahagian rockers dari gen X, aku nak cerita sikit tentang budaya Gen Boomers dulu.

1 Murid 1 Rim A4-Kerajaan Dah Tak Ada Duit?

sekolah kebangsaan seksyen 19 shah alam 1 Murid 1 Rim A4 Kerajaan Dah Tak Ada Duit?1 Murid 1 Rim kertas A4.Begitulah mengikut tajuk surat yang dikeluarkan oleh Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Seksyen 19, Shah Alam kepada ibu-bapa / penjaga murid-murid tersebut.
surat pengerusi pibg mohon bantuan 1 Murid 1 Rim A4 Kerajaan Dah Tak Ada Duit?

Konsep - Masjid Moden Di Dubai

100% Kubah

Beberapa bulan yang lalu kami ada paparkan Masjid Al Irsyad, sebuah masjid unik dan one of a kind di Indonesia. Masjid tersebut memang tidak mempunyai bentuk masjid konvensional yang biasa kita lihat. Hari ini mari melihat sebuah lagi konsep masjid yang mahu dibina di Dubai. Ianya rekaan Fari Hatam, seorang arkitek yang berasal dari Iran. Masjid moden beliau mempunyai struktur 100% kubah. Struktur kubah seperti rusuk membenarkan pencahayaan secara semula jadi. Ini sekaligus menjimatkan penggunaan elektrik. Seperti di Masjid Al Irsyad dinding tepinya mempunyai ruanh udara dan cahaya berbentuk kalimah suci. Cool idea!

Syria appoints new defence minister

Fahad Jassim al-Freij (front left) and Daoud Rajha (front right) with President Assad (centre) in this October 2011 file handout photo released to Reuters on July 18, 2012. They were at the Tomb of the Unknown Soldier in Damascus in a ceremony to mark the 38th anniversary of the 1973 October War with Israel. — Reuters pic
BEIRUT, July 18 — Syria appointed General Fahad Jassim al-Freij as defence minister, state television said, to replace Daoud Rajha who was killed in a bomb attack today. Freij, who was previously the chief of staff of the armed forces, is from the province of Hama, a centre of unrest in the 16-month-old revolt against President Bashar al-Assad. — Reuters

Syrian regime military statement calls bomb attack 'cowardly'

Prospektus Saham FGVH, Kerajaan Negeri tuntut penjelasan

Tak perlu baharui permit penerbitan, lesen cetak selepas 15 Julai lalu


 
Berkuatkuasa 15 Julai lalu, semua pemegang Lesen Mesin Cetak dan Permit Penerbitan sedia ada tidak perlu memperbaharuinya secara tahunan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim berkata lesen dan permit sedia ada yang tamat tempoh selepas tarikh itu  akan kekal sah sehingga dibatalkan oleh kerajaan.
    

RAKR: Kelantan tidak pernah dapat peruntukan

KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan diminta menyalurkan peruntukan khas untuk pembinaan Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) kepada kerajaan Kelantan bagi membolehkan kerajaan negeri ini menyediakan rumah kepada rakyat yang memerlukan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri seharusnya mendapat peruntukan yang sama dari kerajaan Pusat sebagaimana di negeri-negeri lain.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri tidak pernah menerima peruntukan yang sama sebagaimana negeri lain.

Jauhi diri daripada amalan bertentangan Islam semasa Ramadan

Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin
Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin
KUALA TERENGGANU - Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah menyeru umat Islam di negeri ini agar lebih menghormati dan memuliakan kedatangan Ramadan dengan menjauhkan diri daripada amalan yang bertentangan dengan Islam serta meningkatkan ketaqwaan agar tergolong sebagai orang yang diredai.

Titah baginda sambil meningkatkan amalan mulia, golongan yang kurang bernasib baik tidak seharusnya dilupakan dengan dibantu menerusi amalan bersedekah dan memberi makan kepada orang berbuka berpuasa.

Bomb kills Syria defence minister, Assad brother-in-law

A suicide bomber hits the heart of the country's security apparatus as the battle for Damascus escalates.
DAMASCUS: A suicide bomber today struck at the heart of Syria’s security apparatus, killing the country’s defence minister and President Bashar al-Assad’s brother-in-law, state television said.
The attack, which for the first time in a 16-month anti-regime uprising targeted members of Assad’s inner core, came hours ahead of a UN Security Council debate on Syrian sanctions, when a showdown between Western powers and Russia and China is expected.
Officials said the bomber struck as ministers and security officials were meeting at the heavily guarded National Security headquarters in Damascus.
Defence Minister General Daoud Rajha (photo above) and Assad’s brother-in-law Assef Shawkat were killed and Interior Minister Mohammed al-Shaar and General Hisham Ikhtiyar, head of National Security, were wounded, the channel and security officials said.
Syria’s rebel Free Syrian Army (FSA) claimed responsibility for the deadly attack.

Anwar: Utusan takes orders from ‘President of Umno’

Anwar told the court today that he “knows for a fact” that Utusan Malaysia takes orders from Umno. — file pic
KUALA LUMPUR, July 18 — Datuk Seri Anwar Ibrahim said today it was “public knowledge” Utusan Malaysia was Umno-owned and that it took orders from the party’s president. Anwar was testifying today in his defamation suit against Utusan Malaysia, which had in January accused the opposition leader of being a proponent of gay rights, claiming he had said as such during a BBC interview early this year.
The opposition leader made this statement despite agreeing with defence lawyer Datuk Firoz Hussein that the local newspaper was managed by public-listed Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.

Police Inspector ran amok in Seremban ( Part 2)

Police Inspector ran amok in Seremban ( Part 1)

CCTV: Polis pukul pekerja hotel guna buntut pistol



 
Seorang inspektor polis didakwa telah memukul dua pekerja hotel dengan buntut pistol selepas bertengkar dengan salah satu pekerja di Seremban semalam.

NONEKejadian itu dirakam oleh CCTV hotel tersebut dan pihak
pengurusannya telah menyerahkan video itu kepada Ahli Parlimen DAP Rasah, Anthony Loke, yang kemudian memuat-naik video itu dan berkongsinya di laman Facebook beliau. (Bahagian 1, Bahagian 2)

Menurut Loke, inspektor tersebut telah pergi ke hotel berkenaan pada awal pagi semalam dan menginap di sebuah bilik sebelum membeli ais krim dari hotel tersebut.

Dipercayai inspektor tersebut terbabit dalam pertengkaran dengan salah seorang pekerja hotel (yang memakai topi dalam video) mengenai harga ais krim, yang seterusnya membawa kepada kejadian tersebut.

Loke memberitahu Malaysiakini bahawa inspektor tersebut telah memukul pekerja berkenaan dengan buntut pistol dan menariknya ke sebelah lain hotel dan dipukul lagi.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Seremban Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan bahawa polis telah menerima laporan berhubung kejadian itu.

Najib telah hilang masa terbaik bubar parlimen

Lim Kit Siang,
Pertamanya, saya ingin memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia, terutamanya yang dari Petaling Jaya dan Selangor untuk semangat perpaduan mereka, untuk semangat keadilan, serta kebolehan mereka untuk membezakan diantara yang baik dan buruk, respons yang diberi dalam tempoh seminggu ‘online’ dan ‘offline’ untuk memberi sokongan kepada Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua yang memperjuangkan hak air kepada warga Selangor, yang malangnya telah kalah dalam kes saman fitnah oleh konsesi air negeri Selangor, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang telah diputuskan dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar Tony Pua membayar gantirugi sebanyak RM200,000 kepada Syabas.
Tony sedang membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tetapi Syabas masih menuntut pembayaran gantirugi sebanyak RM200,000.

Sekiranya Tony dapat menyangkal tuduhan terhadapnya dan memenangi kes saman fitnah terhadap Syabas, kutipan yang diperoleh akan disalurkan kepada dana kebangsaan parti untuk kegunaan menjelang pilihanraya umum yang akan datang serta kes-kes litigasi awam.

Nisreen El-Shamayleh on the Damascus blast

Syrian conflict: The beginning of the end?

S'gor to reshuffle Syabas senior management

'Politik 24 jam' hanya berlaku di zaman Najib

Oleh Zulkifli Yahaya

Musim bolasepak piala Eropah baru berakhir. Sewaktu pertandingan itu berada di dalam musimnya ia berjaya menarik berjuta umat manusia untuk meminatinya. Manusia sanggup berjaga malam untuk menyempurnakan minat yang datang empat tahun sekali itu. Apabila musim bolasepak itu berakhir, tumpuan sebahagian besar manusia tidak lagi ke situ. Banyak lagi agenda lain yang perlu dibereskan dalam kehidupan seharian.

Politik pun begitu. Ia sewajarnya adalah agenda bermusim dalam kehidupan manusia. Sepatutnya penentuan siapa berkuasa hanya berlaku dalam satu tempoh masa, di mana semua orang akan 'dipaksa' untuk memberi perhatian kepadanya Selepas ianya berakhir maka banyak lagi agenda penting dalam kehidupan perlu diberi perhatian.

Perang UMNO-MCA Buat Najib Tambah Pening Angkara Muhyiddin

Oleh WFAUZDIN NS

KENYATAAN Muhyiddin baru-baru ini yang menunjukkan rasa kecewa beliau terhadap MCA dan MIC akan membuatkan Najib bertambah pening memikirkan bilakah saat untuk membubarkan Parlimen.  Kenyataan Muhyiddin itu boleh dianggap sebagai kenyataan yang sengaja untuk menyusahkan Najib kerana bukan Muhyiddin tidak tahu betapa pentingnya sokongan MCA dan MIC terhadap Bn, tetapi apa tujuan Muhyiddin membuat kenyataan sedemikian?

Kenyataan Muhyiddin yang kemudiannya dibalas oleh Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai boleh dibaca di akhbar Sin Chew Daily dan Oriental Daily.  Muhyiddin merungut kerana sokongan kaum Cina terhadap Bn semakin menjunam. "Adakah orang Cina begitu rumit? Tidak bolehkah sikap mereka difahami?," soalnya.

Memorandum Pena kepada menteri pelajaran menuntut usaha tegas memartabatkan bahasa Melayu

Memorandum kepada Tan Sri Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia

Daripada 

Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena)

Tarikh: 28 Jun 2012
Tempat: Dewan Bahasa dan Pustaka

Pendahuluan

Pembentukan sebuah negara bangsa tidak hanya memerlukan pembangunan ekonomi dan kemajuan fizikal, tetapi yang lebih penting ialah pembangunan jati diri, semangat patriotisme dan nasionalisme. Tumpuan kepada kebudayaan untuk dijadikan alat pembinaan negara bangsa sejajar dengan saranan Malek Bennnabi: budaya merupakan belajar untuk hidup secara bertamadun; ertinya kita menggunakan semua kekuatan kejiwaan dan pemikiran serta kebolehan dalam unsur diri manusia mengikut suara hati kita. Daripada kebudayaan manusia membina jaringan sosialnya, dan dalam masa yang sama, jaringan sosial membina kebudayaan. Hasil daripada itulah terbinanya peradaban apabila hubungan atau jaringan sosial yang diikat oleh kebudayaan bersama menghasilkan produk peradaban demi memenuhi tuntutan kehidupan.

Konservatif lebih gembira berbanding liberal

Satu debat yang sedang berlangsung di Amerika Syarikat pada masa ini ialah sama ada konservatif benar-benar lebih gembira berbanding golongan liberal.

Debat terbaharu dalam debat panjang kaitan pandangan politik dengan kebahagiaan ini bermula ekoran satu tulisan Arthur C Brooks, presiden badan pemikir konservatif, Institut Usaha Amerika, di akhbar New York Times pada 7 Julai lalu.

Menurutnya, sarjana di kedua-dua kelompok kiri dan kanan telah lama mendapati golongan konservatif lebih bahagia dalam hidup.

Kementerian Dalam Negeri rampas buku Sinema Spiritual

Kementarian Dalam Negeri semalam merampas satu naskhah buku Sinema Spiritual: Dramatrugi dan Kritikan tulisan aktivis seni dan akademik Faisal Tehrani.

Rampasan dilakukan di sebuah kedai buku di Presint 16, Putrajaya, didakw untuk tujuan kajian, dipercayai berkaitan aliran pemikiran penulis buku ini.

Rampasan dilakukan oleh Unit Penguatkuasa, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Penerbit dalam satu kenyataan kepada SiasahDaily melahirkan rasa terkejut dan kesal terhadap tindakan merampas dari sebuah kedai itu, yang dibimbangi boleh mencetuskan sentimen negatif terhadap karya itu.

Menurut pihak penerbit, pihaknya boleh menyerahkan beberapa naskhah kepada pihak berkuasa sekiranya diminta dengan tujuan untuk menilai karya tersebut, yang merupakan koleksi tulisan yang pernah tersiar dalam akhbar politik mingguan Siasah.

Amuk lagi, kali ni Inspektor Polis pula yang mengamuk

"Akhbar The Star 18 Julai 2012 melaporkan seorang Inspektor Polis telah mengamuk, mencederakan dua orang pekerja hotel dan merosakkan beberapa buah kenderaan di Seremban 2. Kedua-dua pekerja hotel tersebut telah dimasukkan ke hospital kerana kecederaan parah. Kita tunggu komen Menteri dan Ketua Polis dalam kes ini.

 
Police inspector runs amok and injures hotel staff
July 18, 2012 SEREMBAN: A 32-year-old police inspector ran amok here, injuring two hotel employees and vandalising several cars in Seremban 2. 
It is learnt that the officer, who is attached to the Commercial Crime Division, had gone to a hotel on Monday night and booked a room before running amok hours later. 
Sources revealed that during the incident early yesterday, the officer had attacked the hotel staff, believed to be due to an argument over the use of the weapon. He then dashed outside and damaged several parked cars. 

Kebangkitan Rakyat Saudi berdemonstrasi kini bermula

"Gelombang Kebangkitan Islam bermula di Arab Saudi sejak sekian lama, tetapi sejak akhir-akhir ini telah menjadi lebih terbuka dan jelas, "kata Mohammad Bayatian, ahli parlimen Majlis Industri dan Galian.

Bayatian mengatakan gelombang Kebangkitan Islam, yang bermula di Tunisia, kini telah tersebar di seluruh negara Arab untuk negara-negara seperti Bahrain dan Arab Saudi.

Kejadian ini menunjukkan petanda akhir rejim Saudi, tambahnya.

Penentangan terhadap rejim Riyadh telah meningkat jumlahnya selama beberapa hari terakhir di beberapa bandar meskipun pasukan keselamatan terus menjalankan demonstrasi dengan kekerasan.

Sejak Februari 2011, penunjuk perasaan telah mengadakan demonstrasi secara terancang hampir di seluruh Arab Saudi, terutama di daerah Qatif dan Awamiyah di daerah Timur, penunjuk perasaan menyeru pembebasan semua tahanan politik, kebebasan bersuara dan berkumpul, dan menamatkan dasar diskriminasi yang meluas.

Baca Selanjutnya SINI "

Nyaris Tumbang, Basyar Al Assad Tidak Ragu-Ragu Akan Guna Senjata Kimia

"Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat  Hillary Clinton mengatakan, Bashar Al Assad tidak akan mampu mempertahankan kekuasaannya setelah sejumlah pegawai kanannya  mula membelot.  Sementara mantan duta besar Syria di Iraq yang membelot, Nawaf Fares, menyatakan Assad tidak akan ragu-ragu menggunakan senjata kimia jika ia sudah terdesak.

“Ada informasi, memang belum dapat dikonfirmasi kebenarannya, bahwa senjata kimia juga digunakan dalam serangan ke kota Homs,” kata Nawaf dikutip BBC (17/7/202).
Nawaf Fares adalah salah satu tokoh terpenting pemerintah yang membelot sejak pemberontakan terhadap pemerintah Syria meletus. Dia pernah menjawat  berbagai jawatan penting yang di tubuh oleh partai Baath yang berkuasa dan pernah mengepalai  Badan Rahasia Negara, selain menjadi gubernur di beberapa provinsi.

Kerajaan main-main rugikan negara

Oleh Nurul Izzah
Seringkali orang tua berpesan kepada anak, ‘jangan main-main’ apabila menyentuh perkara kebertanggungjawaban dan sikap serius dalam bidang pelajaran, kewangan, kesihatan termasuklah perkahwinan.

Malangnya, dinihari menyaksikan pentadbiran seolah-olah main-main daripada bertekun dan bertanggungjawab dalam menjaga negara yang sedang dalam ambang krisis ekonomi, demokrasi dan perpaduan.

Kerajaan Negeri Urus Air Terawat Lebih Baik Dari Syabas


SHAH ALAM, 18 JUL : Pengurusan dan pengedaran air terawat akan lebih cekap dan menyeluruh selepas Kerajaan Selangor mengambilalih operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
eh menguruskan pengedaran dan rawatan air yang lebih efisyen berbanding
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri akan memasukkan sistem dan badan pengurusan yang lebih baik daripada yang sedia ada.
Badan pengurusan ini akan memastikan air di rawat dan sampai ke pengguna di seluruh Selangor supaya tidak timbul lagi rugutan tentang bekalan.
Badan pengurusan ini akan dimasukkan ke dalam Syabas sejurus sahaja Kerajaan Pusat memberi kelulusan untuk Selangor mengambil alih operasi syarikat air itu.

Bertuahnya : Pelajar Siam diiktiraf sebagai Bumiputera untuk masuk IPTA..!!


Senator Datuk Boon Som Inong
Senator Datuk Boon Som Inong
KUALA LUMPUR - Masyarakat keturunan Siam menyambut baik pelaksanaan keputusan kerajaan bahawa kemasukan pelajar golongan itu ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dipertimbangkan sama seperti Bumiputera lain, mulai tahun ini.

Senator Datuk Boon Som Inong berkata beliau berharap dengan keputusan itu pelajar-pelajar keturunan Siam yang memenuhi kelayakan dan syarat tidak lagi menghadapi masalah untuk melanjutkan pengajian mereka di IPTA.

Ketua UMNO Bahagian Berkomplot Di Jakarta Untuk Tolak Calon Winnable

Oleh Shahbudin Husin
Masalah utama yang dihadapi oleh Najib untuk meletakkan calon-calon yang dianggap winnable tetapi berada di luar kepimpinan UMNO bahagian ialah sikap-sikap kebanyakan Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang didapati masih kemaruk untuk bergelar YB walaupun sudah menjadi wakil rakyat lebih daripada dua penggal.


Mereka ini didapati masih belum bersedia memberi ruang kepada orang lain mengganti-pakai gelaran YB itu walaupun Najib sudah berulang kali menyebut tentang keinginan untuk meletakkan calon yang dianggap winnable itu.

Bersih 3.0: Kes MBMB saman Ketua Wanita MCA Melaka 15 Ogos


MELAKA - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menetapkan 15 Ogos depan bagi sebutan semula kes saman Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) terhadap Ketua Wanita MCA Melaka Datuk Kian Sit Har.

Kian didakwa terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Pahlawan Megamall di sini pada 28 April lepas sehingga menyebabkan pihak berkuasa tempatan itu mengalami kerugian.

Hakim Abu Bakar Katar menetapkan tarikh itu selepas Kian yang hadir di mahkamah memohon untuk melantik peguam dan mengemukakan pernyataan pembelaan.

Mahkamah juga diberitahu oleh MBMB yang diwakili Tetuan Muhammad Jailani & Partners bahawa mereka masih gagal menyerahkan saman terhadap lima lagi individu iaitu Khoo Poay Tiong; Philip Chua; Yuhaizad Abdullah; Halim Bachik dan Abd Ghani Abd Rahman yang turut dinamakan sebagai defendan.

Konflik runcing, Selangor mahu rombak Syabas


Krisis air: Jangan jadi macam budak SHAH ALAM - Konflik antara Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Kerajaan Negeri Selangor dilihat meruncing dengan perkembangan terbaru - pentadbiran kerajaan negeri memutuskan untuk merombak pengurusan syarikat pembekalan air itu.
Langkah 'step-in' diumumkan selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar dalam satu kenyataan, petang ini.
Dua hari lalu, Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan bahawa ia akan mengambil alih pengurusan Syabas dalam tempoh dua minggu ini ekoran cadangannya mahu mengadakan catuan air di kawasan utama di Lembah Klang.

Rula Amin on the Damascus bomb blast

Syrian journalist Thabet Salem on the Damascus blast

General Hisham Jaber on the Damascus blast

Cara GANTI Imam BATAL Solat - Ustaz Azhar Idrus

WALI Wakil Pada Orang Lain Boleh HADIR Majlis NIKAH ? - Ustaz Azhar Idrus

Minta DERMA Untuk KAHWIN - Ustaz Azhar Idrus

Makmum MASBUK Jadi Imam - Ustaz Azhar Idrus

AQIQAH 2 Kambing Berlainan WAKTU - Ustaz Azhar Idrus

Today in History for July 18th

George Kent: We may or may not get LRT project...!!!

Tema Hari Kemerdekaan: Elemen kepartian menebal

DAP gesa PM kaji semula tema hari merdeka

TGNA | KuliahJumaat 13 Julai 2012

Satu Kumpulan Professional untuk Teliti Operasi SYABAS

Anti-Pakatan newsletter targets Kit Siang

Gapena: Pemimpin 'tolol' punca masalah bahasa

Sembahyang hajat dan doa masyhur Nabi Adam

Malu + marah bila Umno melihat gambar ini

  
Umno tidak perlu marah apabila melihat semakin hari semakin ramai orang Melayu termasuk ahli Umno sendiri menyertai PAS atau PKR.  Dan Umno tak perlu merungut kalau satu demi satu bekas-bekas pemimpin mereka meninggalkan parti kuno itu untuk memilih tapak perjuangan yang lebih bersih, telus dan adil – bersama Pakatan Rakyat. ( Gambar - Kadir Sheikh Fadzir berada di rumah Presiden PAS) 

Di pihak pembangkang, terutama PAS,  ini yang dikata pucuk dicita ulam mendatang!!  Sekali orang sudi,  sepuluh kali kita sudi !  Kelihatan dalam gambar Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi (berserban putih).  sedang meraikan tetamu istimewanya,  Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir,  bekas Menteri Penerangan dan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang kini sudah bertekad untuk bersama pembangkang !   Dan Umno perlu bertanya kepada diri sendiri kenapa partinya tidak lagi mendapat sokongan sama ada dari Melayu sendiri atau bangsa bukan Melayu !

Oleh : rahimothman

Fitnah terbaru : Kerja Papagomo menyamai Syaitan !!

Syaitan tidak akan jemu atau berhenti membuat kejahatan ! sama macam Gomo!!   Hoi Bro. Gomo !! Orang dah muak dan muntah dengan cerita liwat kamu!.  Setiap kali cerita liwat, tak pernah adapun bukti kukuh atau fakta yang jelas.......
Kes Fitnah Liwat 1 gagal,.. fitnah Liwat 2 juga gagal,.. Kini yang terbaru, khabarnya Papagomo  mahu  menghighkan fitnah Liwat 3 pula!   dengan harapan Anwar dapat dimalukan, walaupun telah beberapa kali cubaan Papagomo dan sukusakatnya gagal !
Seperti yang kita tahu syaitan telah berjanji di depan Allah bahawa dia takkan berhenti mengganggu dan menyesatkan manusia.  Walaupun seribu kali gagal,  syaitan akan terus mengganggu, menghasut, menipu dan memporak-perandakan kehidupan manusia!.  
 

Umno-BN Tipu Rakyat Seperti Tipu Budak Darjah Tiga, Kata Cikgu Lau

Setiu – Bekas Setiausaha Parti Gerakan Negeri Kelantan, Cikgu Lau Chin Chua dukacita apabila Umno dan Barisan Nasional (BN) kini, menggunakan fitnah, tipu muslihat dan memperbodoh kan rakyat demi mahu mengekalkan kuasa.

Katanya, kerana takut kalah dalam pilihanraya umum akan datang Umno-BN telah menipu rakyat dengan mengatakan DAP akan menguasai negara sekiranya Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

“dia (Umno-BN) guna tipu muslihat dan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia, dia kata orang Melayu akan teraniya dengan pemerintahan Pakatan Rakyat,

“dia kata apabila Pakatan rakyat menang, Perdana Menterinya (orang) Cina daripada DAP, (Umno-BN) tipu kita (rakyat) serupa tipu budak darjah tiga,”katanya.

Mogok Lapar....

Surat Wong Sui Sun yang ditulis sebelum membunuh diri bermula dengan sebegini, "Saban hari saya diganggu dengan penyakit telinga, sehingga tidur tak lena, duduk tak selesa, apatah lagi membaca buku atau akhbar.  Seringkali saya berbaring di atas katil pada tengah hari, tetap gagal melelapkan mata selepas dua jam.  Saya sekadar mampu memejamkan mata.  Begitu juga pada sebelah malam.  Ada kalanya saya gagal tidur selepas terkejut pada tengah malam, hanya mampu memejamkan mata sehingga waktu siang.  Cuba jawab, sejauh manakah jiwa seseorang boleh diseksa sedemikian untuk jangka panjang?"

Pada awal pagi 29 Disember 1973, tahanan politik di Kamunting, Wong Sui Sun telah menamatkan nyawa dirinya yang berusia 38 tahun dengan menggantung dirinya.  Kematian Wong Sui Sun mencungkil keprihatinan tahanan dalam kem penahanan (KemTa) Batu Gajah.  Tahanan telah menghantar wakil untuk berunding dengan pihak KemTa.  Pihak KemTa sengaja menyulitkan keadaan, bukan sahaja tidak menjawab apakah sebenarnya yang berlaku, sebaliknya menghantar FRU masuk ke dalam KemTa untuk menyerang tahanan.

Tiada tahanan yang dikecualikan.  Bahagian kepala, dada, perut, sendi, bahagian bawah tubuh - sama ada cedera dibelasah dengan baton, ataupun luka ditendang kaki.  Berdepan dengan penindasan penguasa, tahanan telah melancarkan mogok lapar yang paling besar dan paling lama dalam sejarah Malaysia - dengan 250 orang peserta selama 47 hari.

Krisis air Selangor: KETTHA, kerajaan negeri dan syarikat konsesi yang bersalah

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menyeru syarikat-syarikat konsesi air, kerajaan negeri Selangor dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) berhenti mengelirukan rakyat dan menuding jari satu sama lain secara kebudak-budakan.  Penstrukturan semula industri perkhidmatan negara tidak boleh dielakkan dan syarikat-syarikat konsesi sedar akan kuasa sebenar Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) kerana WSIA melindungi rakyat.

Disebabkan kerajaan negeri Selangor dan KeTTHA masih menjadi jaguh gelut, penstrukturan semula ini telah dilengahkan sejak tahun 2008.  Jika kelewatan ini berterusan, syarikat-syarikat konsesi akan menjadi pemenang.  Kita juga tidak boleh lupakan bahawa beberapa pegawai KeTTHA yang tidak bertanggungjawab telah turut sama melewatkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air.  Pegawai-pegawai ini juga telah "membutakan" Menteri dan Kabinet dalam banyak proses pelaksanaan keputusan berkaitan isu ini.

Situasi Bekalan dan Permintaan

‘Votes in GE will be referendum for change’

Some 238,125 Sabahans have signed State Reform Party's (STAR) petition calling for a review of the Malaysia Agreement signed in 1963.
KOTA KINABALU: Whatever the outcome of the 13th general election, the votes casts for the State Reform Party (STAR) will be seen as a referendum by the people of Sabah for a review of the Malaysia Agreement signed in London on July 9, 1963.
According to human rights activists Patrick Sindhu, all votes garnered by the party will be forwarded – together with some 300,000 signatures of a petition calling for the review of the document – to the Britain’s Constitutional Reform advisor Lord Anthony Paul Lester and the Queen’s private secretary.
The 20-point Malaysia Agreement was the basis on which Sabah, which was then known as British North Borneo, agreed to join Malaya, Singapore and Sarawak to form a new federation – Malaysia.
Sindhu said the 20-Points Agreement should had been reviewed after Singapore was expelled from Malaysia on Aug 9, 1965 but that did not happen.

Sabotaj : Jangan sampai isu air melangkah ke peti undi



Krisis air: Jangan jadi macam budak ANALISIS - Setelah dibelenggu isu sampah, Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dihantui kontroversi krisis air.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) tampil mendesak pimpinan Khalid supaya lebih bersikap terbuka dan menerima Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 supaya masalah air ini dapat diatasi.

Tidak kurang juga pemimpin dari Barisan Nasional (BN) yang membidas Khalid dalam isu ini dan juga kepimpinan beliau dalam menangani masalah penurunan paras air.

Awal minggu ini, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) mengumumkan mahu melaksanakan catuan air.

Sebagai tindak balas, Khalid mengumumkan kerajaan negeri akan mengambil alih pentadbiran Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) kerana ragu dengan keputusan entiti itu mahu berbuat demikian walhal air tadahan di empangan dikatakan melimpah-limpah.

Saya tidak sokong homoseksual – Anwar

KUALA LUMPUR 18 Julai: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian bahawa beliau tidak menyokong homoseksual dan ia sama sekali bercanggah dengan laporan Utusan Malaysia yang memutar belit kenyataannya.
“Defendan cuba memaksa saya dari pagi tadi untuk mengaku saya halalkan homoseksual, padahal saya menentang perbuatan itu,” kata Anwar.
“Terang-terangan saya katakan, saya setuju dan sokong institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan, bukan sebaliknya,” jelas beliau lagi.

PAS ragu wartawan jadi pengundi pos


KUALA LUMPUR: Isu pengundian secara pos di kalangan petugas media antara perkara yang akan dibangkitkan PAS pada pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli (gambar) berkata, SPR perlu menjelaskan mekanisme berhubung perkara ini bagi mengelakkan undi pos dimanipulasi.

"Bila sebut petugas media, daripada wartawan hinggalah jurukamera boleh memohon mengundi secara pos.

"PAS khuatir undi pos di kalangan mereka ini akan disalahguna lebih-lebih lagi pengundi pos tak guna dakwat kekal," kata beliau yang juga anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya (PSC) selepas pertemuan dengan kakitangan pejabat PAS dan Harakah di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini. Hadir sama ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa ali dan AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar.

Saman Utusan: Cubaan defendan kaitkan reputasi Anwar gagal

KUALA LUMPUR 18 Julai: Percubaan defendan kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Malaysia yang diwakili Datuk Firuz Hussin membangkitkan isu reputasi Ketua Umum KEADILAN itu gagal apabila dipatahkan Peguam, N Surendran.
Firuz di awal perbicaraan membangkitkan isu sabitan kesalahan Anwar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V T Singham, dengan mengatakan Anwar pernah dijatuhkan hukuman, justeru beliau tidak mempunyai reputasi untuk menyaman Utusan atas sebab fitnah.
Surendran kemudian membantah hujah tersebut. Hakim turut menolak hujah defendan dan meneruskan sesi soal balas.

Aliran wang haram RM1 trilion 2009 dijangka meningkat

KUALA LUMPUR 18 Julai: Senator Dr Syed Husin Ali menjangkakan, jumlah wang haram yang mengalir ke luar negara akan terus meningkat ekoran prestasi buruk Umno BN pada masa kini.
Katanya, perkara itu terbukti selepas Umno BN kalah teruk pada pilihan raya umum (PRU) lalu apabila pengaliran wang haram meningkat mendadak pada 2009.
“Lonjakan besar yang berlaku ini ialah dalam tempoh dua tahun berikutan PRU pada Mac 2008. Umno BN kehilangan majoriti dua pertiga dalam Parlimen. Adakah perkara ini berlaku akibat takutnya sesetengah golongan kaya dengan keputusan pilihan raya itu?
“Saya harap jumlah aliran keluar tidak terus melonjak oleh kerana ada ketakutan sesetengah pemimpin besar politik dan ekonomi yang mengandaikan prospek buruk Umno BN dalam pilihan raya akan datang,” katanya dalam ucapan penangguhan di Dewan Negara, semalam.

Selangor ke Putrajaya serah surat hasrat ambil alih Syabas

SHAH ALAM 18 Julai: Kerajaan Selangor menghantar surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui bagi memaklumkan hasrat kerajaan negeri untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Exco Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok mengetuai delegasi ke Putrajaya petang ini bagi menyerahkan surat itu secara peribadi.
“Isu ini penting (dan perlu) diselesaikan segera demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Kerajaan Negeri konsisten berpendirian bahawa penstrukturan semula industri air adalah penyelesaian holistik dan menguntungkan rakyat seperti dihasratkan Akta Perkhidmatan Industri Air 2206,” jelas Khalid dalam satu kenyataan.