Tan Sri Muhyiddin Yassin TAMPIN -  Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) perlu mengemukakan rancangan dan pelan mereka untuk menguruskan bekalan air di negeri itu, jika berhasrat mahu mengambil alih peranan itu daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Dipetik Bernama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengambilalihan tanggungjawab itu tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya dan perlu dimaklumkan

kepada kerajaan pusat berdasarkan peruntukan dalam perjanjian konsesi sedia ada.