Isnin, 16 Julai 2012

Tokoh Expresi Anak Muda Selangor : Sdr Fitri Syazwan

Expresi Anak Muda Selangor : Sajak Rintihan Mujahidah

UMNO AKAN BUAT APA SAJA UNTUK MENANG-WANG-HIBURAN DAN HABUAN SEKS BILA LAGI


Tidak puas meng'korban'kan para remaja @ Himpunan Jutaan Belia dengan hiburan2 'ekstrim', semalam anak2 muda ini juga dirosakkan dengan pelbagai jenis konsert dan hiburan melampau dalam program 1Malaysia 4Youth (1M4U) anjuran BN di KLCC...

Seakan2 inilah sahaja 'umpan' paling berkesan dalam fikiran pemimpin Umno untuk menarik sokongan belia... fikir2kan... - ABU

Polis Menari Untuk Negara?

Macam nak perli Najib je PDRM nie..!!!

PAS, kebangkitan Arab dan pasca-Islamisme

Oleh HARIS ZALKAPLI

Tariq Ramadan, profesor pengajian Islam di Universiti Oxford semalam berucap dalam satu majlis di Institut Antarabangsa Kajian Pemikiran dan Tamadun Islam, ISTAC, dekat Jalan Duta.

Majlis anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) diberi tajuk Post-Islamist Revolutions (tanpa sebarang sub-tajuk) ini pada mulanya tidak diberikan gambaran jelas perbincanganya, kerana tajuknya yang kemudian didapati memberi gambaran yang berbeza dengan apa yang disyarahkan oleh penceramah.

Permulaan majlis menimbulkan satu gambaran yang saya anggap agak mengganggu dan menampakkan sentimen politik IRF sebagai pihak penganjur.

Terengganu: Kemana wang RM7 Ribu Juta (RM7,000,000)?

Oleh: mohdnoorawang

"Rakyat Terengganu ingin tahu kemana wang dari peruntukan royalti mimyak atau wang ehsan sebanyak RM1000 juta setiap tahun.  Bermula tahun tahun 2004 sehingga tahun 2012 peruntukan royalti minyak Terengganu mendapat peruntukan  sejumlah hampir RM7,000 juta. Dimana hasil dan wang RM7 ribu juta dibelanjakan oleh pemimpin UMNO/BN negeri Terengganu.

Fitnah Liwat 3 DSAI sudah bermula....makin mengila puak2 UMPHORNO nie...!!!!

SUMBER

Awang Adek perlu bersih nama..!!

Oleh Subky Latif
MULA-mula akhbar mendedahkan Timbalan Menteri Kewangan, Dr. Awang Adek Hussin dikatakan ada peranan memungkin seorang saudagar diberi hak mencetak dua juta keping not kertas dua ringgi semasa dia menjadi orang besar di Bank Negara


Dia dikatakan terus mendapat banyak faedah dari saudagar itu sekalipun dia sudah lama keluar dari Bank Negara.

IBRAHIM ALI jangan merepek

"Wahai pak berahim,, anda tidak perlu mengipas najib dengan mencadangkan sesuatu berkaitan hudud. Adalah sepatutnya sebagai seorang pemimpin anda sendiri mengkaji secara mendalam tentang perkara tersebut kerana ia wajib bagi semua muslim untuk tahu dan memahaminya.Seterusnya membantu dan berganding bahu bersama pihak yang serius ingin menegak kan hukum tersebut seperti pas terutama sekali ketua nya Tok guru Nik aziz.

 Tetapi malangnya,anda lebih suka dilihat sebagai penentang nya walaupun berada dalam satu negeri yg sama.Anda tidak perlu ke kuala lumpur mencari najib,berhijrahla ke pulau melaka mendalami ilmu agama,barulah anda mampu berhujah secara ilmiah dan islamik.Hukum tentang aurat pun si najib gagal memahami apetah lg hudud yg lebih dalam pengisiannya.Disini teserlah bertapa merepeknya anda bersama idea goblok tersebut,hudud itu betul,orang yg dicari itu salah.Takkan kereta mercedes anda rosak,anda pergi ke bengkel motor untuk membaikinya? pasti anda cari orang yg pakar mercedes. begitu juga dengan hudud,ulama seperti Tok guru pasti lebih memahami dan adalah lebih baik untuk kita rujuk melaluinya. Najib tu sape? ustaz pun bukan.

Espresi Anak Muda Selangor : Ust Hasbullah Ridwan

Espresi Anak Muda Selangor : Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan

Imbuhan Aidilfitri: Cuepacs cari pendekatan terbaik..???


KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sedang mencari pendekatan terbaik untuk memastikan 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara mendapat imbuhan menjelang Aidilfitri.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs akan mendapatkan pandangan pihak tertentu berhubung perkara itu sebelum menyerahkannya kepada pihak pentadbiran untuk diputuskan.
 Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman Beliau berkata Cuepacs tidak mahu setiap kali kongres itu membuat sesuatu tuntutan terutama bonus, terdapat pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.
"Kita (Cuepacs) sedang mencari ilham supaya perkara ini tak menyusahkan kerajaan, peniaga dan pekerja, kita mahu satu pendekatan yang bijak," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Khas Majlis Kongres Cuepacs Bilangan 6 Sesi 2010-2013 di sini hari ini.
Mesyuarat dihadiri 130 orang anggota majlis. Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa juga berkesempatan mengadakan dialog selepas mesyuarat.

Wang kertas baru mula diedarkan

Bank Negara Malaysia mengeluarkan wang kertas siri baru yang memasuki edarannya pada Isnin.Siri baru itu terdiri daripada denominasi RM100, RM20, RM10, RM5 dan RM1 dengan sentuhan warna terang dan bermotifkan ciri-ciri mencorak budaya dan warisan serta keindahan alam semula jadi negara.Wang kertas RM20 diperkenalkan semula dalam siri ini manakala substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.
Antara teknologi wang kertas terkini untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna.

Bonus Raya 2012 1.4 Juta Kakitangan Awam (Tuntutan Cuepacs) : Setengah Bulan Gaji @ RM500?


Bonus Raya 2012 Kakitangan Awam : Kalau melihat semula laporan Berita Semasa mengenai bonus raya kakitangan awam yang bertajuk “Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minima RM 500 Untuk Kakitangan Awam!“, kerajaan telah membelanjakan sejumlah RM2 billion bagi memberikan bosnu raya 2011 kepada kalangan 1.4 juta kakitangan awam di Malaysia. Itu beritahun tahun 2011, bagaimana pula dengan bonus raya 2012 kakitangan awam? 

Jangan salahkan polis sahaja, kerajaan yang buat dasar keselamatan


KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Hanya 8% daripada keseluruhan belanjawan keselamatan negara diperuntukkan untuk penyiasatan jenayah walau pun jumlah peruntukan telah dinaikkan sehingga RM6.3 bilion tahun ini.
Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dalam kenyataan media beliau hari ini mendedahkan perbelanjaan persekutuan yang memperlihatkan bahawa hanya RM504 juta diperuntukkan bagi penyiasatan jenayah, walhal RM1.7 bilion diperuntukkan untuk keselamantan negeri dan ketenteraman awam.
Angka-angka yang didedahkan Liew memperlihatkan peningkatan hampir 73% kepada peruntukan keselamatan dalam negeri berbanding dua tahun lalu.
Menurut beliau, angka-angka belanjawan menunjukkan bahawa pentadbiran Najib Razak lebih berminat untuk kekal berkuasa dengan menggunakan pihak polis, berbanding untuk mencegah jenayah.
RM381 juta daripada peruntukan tahunan diasingkan khusus untuk kerja-kerja risikan polis, yang dikendalikan pihak Cawangan Khas.
“Agensi risikan seperti Cawangan Khas tidak diperlukan dalam sebuah demokrasi,” ujar Liew sambil mengulas bahawa menurut Belanjawan 2012, fungsi risikan polis termasuklah untuk mengumpul maklumat aktiviti komunis, subversif dan ekstremis.

AZABNYA WANITA DIMAMAH OLEH API NERAKA!!

Beginikah isteri pemimpin Negara Islam?
 
KELIHATAN SEMUA MUSLIM DI DALAM GAMBAR INI BENAR-BENAR MUSLIM, MELIHATKAN KEPADA PAKAIAN MEREKA
TETAPI LIHATLAH ! BETAPA KURANG SOPAN ATAU BIADAPNYA  ISTERI PERDANA MENTERI, DATIN SERI ROSMAH MANSOR KETIKA BERADA DALAM SATU MAJLIS,….

SEBAGAI SEORANG MUSLIM, BEGINIKAH SIKAP SEORANG ISTERI  KEPADA PERDANA MENTERI YANG JUGA SEORANG MUSLIM?  
 

Ada tak perbezaan di antara Botak Chin dengan pemimpin-pemimpin kita?

Seronok jika menjadi orang penting dalam sebuah kerajaan yang mengamalkan kronisma seperti di negara ini. Salahlaku pun boleh dilakukan kerana penggubal dasar dan pelaksana melakukan kerja yang sama dan tidak ada pihak lain yang boleh melakukan ‘check and balance’ terhadap mereka. Tidak ada apa-apa yang boleh menegah mereka melakukannya kerana penggubal dasar yang sepatutnya memerhatikan pelaksana melakukan kerja yang baik, sekarang sedang bersekongkol untuk melakukan kerja hina itu bersama-sama.
Anak-anak kepada pemimpin dan orang besar yang bergelar dan bernama lah yang mendapat keuntungan besar dan labanya dalam sistem kronisma yang berlarutan dalam pimpinan negara pada masa kini. Suzi Suliana, anak kepada bekas Ketua Setiausaha Negara, Sidek Hasan adalah di antara yang sangat beruntung kerana pengaruh dan kuasa dalam sistem kita ini.
Suzi Suliana, anak kepada bekas Setiausaha Negara, Sidek Hasan yang kini menjadi Pengerusi Petronas adalah salah seorang yang mendapat laba kekayaan melalui perniagaan yang ‘monopolistic’ apabila beliau telah mendapat anugerah membekalkan tenaga solar yang di berikan oleh ‘Sustainable Development Authority of Malaysia (SEDA)’ dan Suliana dijangka akan menerima keuntungan sebanyak RM70 juta setahun sebagai pembekal 32 peratus tenaga solar kepada keperluan negara.

Pengambilan 10 ribu Cybertrooper UMNO-BN adalah anti-nasional

Pada bulan November tahun lepas, Perdana Menteri Najib Razak telah melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, dengan merekrut 2,000 pengguna media sosial yang telah menghadirkan diri sebagai angkatan tentera baru pahlawan siber UMNO-Barisan Nasional.

Semenjak itu, kira-kira 10 konvensyen media sosial telah diadakan di negeri-negeri yang berlainan, iaitu sebahagian daripada program untuk merekrut lebih 10,000 "cybertrooper" UMNO-BN menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.

Inkuiri Suhakam: Saksi dakwa dipukul sekumpulan polis

KUALA LUMPUR - Seorang pekerja swasta, Suhaimi Suratman mendakwa dipukul sekumpulan polis beruniform, tidak beruniform dan anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), di bangunan OUB berhampiran DBKL selepas membantu beberapa peserta Bersih 3.0 lain, yang terkena gas pemedih mata dengan menggunakan air paip berdekatan kawasan itu.

Suhaimi yang didakwa dipukul melibatkan hampir 10 orang mengakui ditumbuk sehingga mengalami kecederaan patah hidung.
“Saya ditumbuk dan ditendang berkali-kali oleh sekumpulan polis. Setiap seorang darinya memukul dengan dua pukulan bergilir,” katanya dalam sidang pendengaran awam berhubung perhimpunan Bersih 3.0 di ibu pejabat Suhakam, semalam.
Dia turut mengakui melihat seorang unit Amal Pas dikasari oleh sekumpulan polis yang sama sehingga menyebabkan anggota unit Amal tersebut dalam keadaan lemah apabila di bawa ke balai Polis.

Mangsa Bkt Koman: 30kg garam diguna untuk ringankan kegatalan

Seorang warga emas, Chin Thiam Hee, 62 tahun, membentangkan kesnya di mana seluruh tubuhnya telah mengalami kegatalan kulit, malah terpaksa menggunakan 30 kilogram garam untuk merawat kegatalannya sejak awal tahun ini.  Penduduk Sungai Lui ini berkata, terdapat ruam pada kulitnya yang menyebabkan kegatalan sejak bulan Februari 2012, malah telah menular ke bahagian kemaluannya.

Dalam satu sesi dialog bersama RAGM (Raub Australian Gold Mine) semalam di sebuah tadika Bukit Koman, Chin Thiam Hee (gambar kanan) menyelak bajunya untuk menunjukkan bintik merah-keunguan yang ada pada tubuhnya, "Kulit saya panas, malah menjangkiti vaginitis."

PKFZ : Surat untuk Dr M mengandungi penipuan - Liong Sik

KUALA LUMPUR, 16 Julai — Tun Dr Ling Liong Sik hari ini memberitahu bahawa dia tidak tahu tentang surat untuk Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2002, yang beliau sendiri tandatangan berkenaan dengan pembelian tanah untuk Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) mengandungi penipuan.
Bekas Menteri Pengangkutan itu mempertahankan dirinya di kandang saksi hari ini berkata, beliau terkejut dengan pendedahan penipuan yang ada di dalam surat itu dan menegaskan bahawa beliau tidak tahu surat itu mengandungi penipuan.
“Kalau saya tahu, saya akan betulkan atau tidak menghantar surat tersebut,” beliau memberitahu mahkamah ketika disoal oleh peguambelanya Wong Kian Kheong tengah hari ini.
Menurut surat tersebut, yang dibaca oleh Wong di mahkamah hari ini, Dr Ling (gambar) menulis untuk memberitahu Dr Mahathir bahawa Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), syarikat pemaju PKFZ telah bersetuju untuk menjual tanah seluas 999.5 ekar itu atas dasar harga pasaran bebas dengan harga RM25 sekaki persegi dan 7.5 peratus faedah atau keseluruhan bayaran itu dengan harga RM1.088 billion untuk projek tersebut.

Bekas CEO Sime Darby ditahan, didakwa esok


Sime Darby Berhad KUALA LUMPUR - Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sime Darby Berhad yang disyaki terbabit dalam kes penyelewengan syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata, individu yang ditahan pada 11.55 pagi di SPRM Jalan Duta itu merupakan antara mereka yang terbabit dalam projek pertanian pembangunan tanah adat di Sarawak, yang pada waktu itu adalah Presiden dan CEO syarikat berkenaan.

Beliau dilepaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan akan dituduh di mahkamah esok, katanya dalam satu kenyataan.

Mustafar berkata individu itu disyaki melakukan pecah amanah di mana beliau telah gagal untuk mengambil atau mengarahkan tindakan undang-undang bagi pengesahan ke atas penganugerahan tanah adat bumiputera yang menyebabkan Sime Darby Berhad kerugian sebanyak RM85,023 juta dan RM16,816 juta.

Kedah : Skim Kafalah akan diteruskan

Kedah : Hasil negeri bertambah

PR tak restu tema sambutan "Hari Merdeka" tahun ini - Mahfuz

A Kadir Jasin dinobat Tokoh Wartawan Negara

Espresi Anak Muda Selangor : Nyanyian Lagu PAS

Hukum Baca AL QURAN Tak Tutup AURAT Dalam Bilik - Ustaz Azhar Idrus

Hukum PENGANTIN Lelaki Pakai INAI - Ustaz Azhar Idrus

KESAN Membiarkan MAKSIAT - SHAM Kamikaze & Ustaz Azhar Idrus

Espresi Anak Muda Selangor : Persembahan Pelajar PASTI

Tornado Kills 1, Injures 10 in Poland

'Malaysia not sacrificing local animals for pandas'

Rafizi Ramli: Every Single Community Has Been Demonized By Barisan Nasional The Last 50 Years

Ikrar Himpunan Hijau Selangor

Anwar berdiskusi bersama mantan PM Thailand dan mantan Presiden Timor Leste

JAKARTA 16 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih mewakili Malaysia dalam forum diskusi bersama dua lagi tokoh pimpinan Asia iaitu mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dan mantan Presiden Timor Leste, Jose Ramos Horta di Jakarta esok.
Jaringnews.com melaporkan, diskusi antarabangsa yang diselengggara oleh Strategic Review: The Indonesian Journal of Leadership, Policy and World Affairs bertema “Peace & Reconciliation in Southeast Asia” ini akan dihadiri Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.
Kehadiran tiga tokoh kontroversi di Jakarta ini tentu akan menjadi perhatian republik Indonesia. Seperti diketahui, ketiga-tiga mereka memiliki pengaruh besar dalam pentas politik di negara masing-masing.
Thaksin yang telah digulingkan oleh Militer pada September 2006 tinggal di Dubai untuk menghindari hukuman dua tahun penjara karana kes rasuah yang menjeratnya.

Mahfuz : Kelantan, Kedah Tak Pernah Serah Tanah Kepada FGVH


KUALA LUMPUR, 16 JULAI: Kerajaan Kelantan dan Kedah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat tidak pernah bersetuju menyerahkan tanah rancangan Felda kepada Felda Global Venture Holding Bhd (FGVH) seperti yang tertera dalam propektus yang diterbitkan syarikat tersebut.
Demikian menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam satu sidang media di Lobi Dewan Rakyat hari ini.
“Kerajaan Negeri Kelantan dan Kedah tidak pernah setuju serahkan tanah kepada FGVH.
“Malah saya diberitahu perkara ini tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

BERSIH 3.0 : Polis halang tahanan tunai solat, buang air

KUALA LUMPUR 16 Julai: Seorang lagi peserta Bersih, Suhaimi Suratman, 31, memberitahu, polis menghalang semua tahanan Muslim menunaikan solat dan ke tandas semasa ditahan pada 28 April lalu.
Menurut Suhaimi, kejadian itu berlaku semasa peserta ditahan di Kelab Royal Selangor sebelum dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol).
“Kami minta izin untuk solat dan buang air, tapi polis tak bagi. Polis malah berkata: nak sembahyang pergilah masjid, sini bukan masjid,” katanya.
Jelas beliau, polis kemudian akur terhadap penjelasan oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang turut ditahan pada ketika itu.
“Selepas itu, saya nampak Ahli Parlimen Batu, Tian Chua juga ditahan, dan atas pertolongan Tian, baru kami dibenarkan solat dan sebagainya,” jelas Suhaimi.

Najib’s headache over Umno candidates

Umno today is a huge house filled with palace intrigues with each player interested only in securing the most benefits in the shortest of time.

Umno president Najib Tun Razak is at sixes and sevens over the sudden surge of new voters in his Pekan constituency.
I have been informed there are 23,000 new voters in Pekan. That’s 5,000 more than the 18,000 I wrote about in an earlier article.
What’s worrying Najib is that he doesn’t know the preference of these 23,000 voters.
If they are young voters, they will likely reject Najib.
If most of them are aliens, then they have already caused great resentment among the locals because Najib has given them many benefits including land.
Each acre of land given to an alien means an acre less for local born.
That’s why I said Najib is at sixes and seven.
The situation must be very bad because he’s now seeking to atone his past mistakes by calling on a selected group of ex-legislators.

Kedah : 143,545 Geran Tanah Diluluskan Sepanjang 2008-2011

MB Cadang Ambil Alih Operasi SYABAS

Mahfuz: Muhyiddin tak sabar nak jadi PM

Assad's inner circle

Sidang Media Parlimen Oleh Mahfuz Omar - 16-7-2012

Syrian activists report government troops shelling Damascus

Muhyiddin: Kerajaan tak sekat kebebasan media...ha.ha..ha..lawak hari isnin udin..!!!

NONEDakwaan bahawa kerajaan menyekat kebebasan media tidak mempunyai asas, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, katanya, kerajaan telah berikrar untuk sentiasa mewujudkan suasana kondusif bagi membolehkan wartawan dan media terus memainkan peranan dalam proses demokrasi.

Bercakap dalam acara Anugerah Kewartawanan Institut Kewartawanan Malaysia, Muhyiddin berkata, sekiranya kerajaan mengambil tindakan itu, tidak akan wujud media yang kritikal terhadap kerajaan.

Beliau mempersoalkan, sekiranya tiada kebebasan, bagaimana portal dan akhbar pembangkang yang didakwanya memutarbelitkan kebenaran dan menghentam kerajaan boleh wujud.

Bajet 2013: PM jemput rakyat kemuka idea, input online..ha..ha..terpaksa ikut cara Kerajaan PR la plak..!!!


 
NONEDatuk Seri Najib Tun Razak mempelawa rakyat Malaysia menyumbang idea, berkongsi cadangan dan pendapat mereka mengenai Bajet 2013 secara online bermula hari ini sehingga 29 Julai.
  
Perdana Menteri berkata platform itu merupakan peluang bagi semua rakyat Malaysia mengemukakan idea dan input mereka untuk pertimbangan Kementerian Kewangan.
  
Orang ramai boleh menyuarakan pendapat mereka dengan mengklik bahagian yang disediakan pada entri terbaharu blog beliau www.1malaysia.com.my yang bertajuk  'Bajet 2013: Saya Hargai Cadangan Anda'.

Paycomm gagal bayar RM2.9 juta kepada pekerja


KUALA LUMPUR: Paycomm gagal membayar sebanyak RM2.9 juta baki gaji bulan Jun dan Julai 2010 dan faedah penamatan kerja  disebabkan kedudukan syarikat sedang dalam proses penggulungan.

Arahan bayar itu dikeluarkan selepas tuntutan pekerja dibicarakan dan perintah telah dikeluarkan supaya Paycomm membayarnya, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk S Subramanian (gambar) dalam satu kenyataannya.

Menurut kenyataan itu lagi, daripada  246 kes yang telah difailkan di bawah Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967,  sebanyak 122 kes masih dalam kendalian Mahkamah Perusahaan.

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran piket yang dibuat bekas pekerja Paycomm baru-baru ini.

马来西亚需要改变!

Debat Sinar Harian Khamis ini temukan Nasrudin-Fathul Bari


Debat Sinar III
Debat Sinar III
SHAH ALAM - Debat Sinar Harian kali ketiga berlangsung Khamis ini - mengupas topik PRU13: Orang Muda Pilih Siapa – isu yang pastinya menjadi tumpuan kebanyakan pihak yang dekat dengan dunia politik.

Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, topik itu dipilih mengambil kira perkembangan semasa menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) khususnya yang berkaitan dengan kepentingan penyertaan golongan muda dalam pilihan raya umum.

"Sebagaimana dua debat sebelum ini, kami melihat pembahas yang ditemukan kali ini akan membincangkan topic yang amat menarik ini dengan membina dan konstruktif, mewakili dua aliran ideologi yang berbeza," kata beliau.

IKLAN Jemputan Ke Majlis Dialog Belanjawan Selangor 2013 Peringkat PBT

KPPA: Najib tandatangan pecat Abu Bakar?

Rebahnya BN kerana kesalahan mereka sendiri

Oleh Aspan Alias
INSIDEN yang mengasari Ketua Menteri Pulau Pinang di Telok Bahang, 1 Julai membuktikan yang BN amat sengsara apabila kalah di dalam pilihan raya 2008 yang mengakibatkan BN jatuh tersembam di Pulau Pinang dalam PRU12 yang lalu. 
Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh DAP itu telah melakukan yang terbaik dan telah pun membuktikan yang sesebuah kerajaan itu boleh ditadbir dengan baik jika pimpinannya telus, jujur, dan sebenarnya rasuah boleh dielakkan.
INSIDEN yang mengasari Ketua Menteri Pulau Pinang di Telok Bahang, 1 Julai membuktikan yang BN amat sengsara apabila kalah di dalam pilihan raya 2008 yang mengakibatkan BN jatuh tersembam di Pulau Pinang dalam PRU12 yang lalu. 

Transformasi politik BN: mengkritik perkara andaian

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Isu dan pilihanraya akan bergerak seiring kerana pilihanraya adalah medan untuk meraih sokongan rakyat di mana isu sangat berperanan. Apabila tempoh kehangatan pilihanraya terlalu panjang, maka ada parti politik yang kekeringan isu sehingga terpaksa mengitar semula isu atau mengandaikan sesuatu perkara lalu menangani isu yang diandaikan isu.

Itulah yang berlaku kepada BN. Parti tua itu meneroka satu perkembangan baru politik iaitu mengutarakan, membahas dan bertindak terhadap isu andaian. Ia menjadi satu lagi koleksi lawak jenaka politik yang terdapat di Malaysia.

Amuk: Muhdalina didakwa ugut polis, bawa pedang


Amuk di JPM PUTRAJAYA - Wanita yang mengamuk bersama seorang lelaki dengan bersenjatakan pedang samurai di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini minggu lepas, hari ini didakwa atas dua tuduhan iaitu ugutan jenayah dan membawa pedang.
Muhdalina Ahmad, 28, yang merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu.
Dia didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya yang bersidang di wad ortopedik Hospital Putrajaya di mana dia sedang menerima rawatan akibat daripada kecederaan yang dialaminya dalam kejadian amuk itu.
Bernama melaporkan bahawa bagi tuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengugut mendatangkan cedera parah kepada seorang anggota polis Ridzuan Megat Ahmad manakala bagi tuduhan kedua, dia didakwa membawa sebilah pedang.

Witness: Cops threw bottles, stones at Bersih crowd

KUALA LUMPUR, July 16 — Several policemen threw bottles, stones and metal items at the crowd during the April 28 Bersih rally, a Human Rights Commission (Suhakam) inquiry was told today, as more witnesses stepped forward to detail their experience at the protest for clean and fair elections.
Adrian Loh, a software support worker from Petaling Jaya, told today’s inquiry he was taking refuge at the Masjid Jamek mosque when riot police fired tear gas and water cannons.
File photo of several policemen (in blue) arresting a Bersih supporter (in yellow) on April 28.
He testified that groups of 10 to 20 young policemen in blue uniform shouted at the dispersing crowd while throwing plastic bottles, stones and metal pieces at them. “The policemen started throwing peculiar looking objects which looked like bottles, stones and metal pieces at the crowd. I have no idea where the metal pieces came from,” said Loh, who was the first witness to testify today, the third day of the inquiry.
He added that the policemen dared the crowd to fight them. The enraged crowd then threw back the bottles and stones at the policemen, he said.
The inquiry is to determine whether any violations of human rights were committed against any person or party during and after the gathering.
The inquiry panel, led by Suhakam vice-chairman Datuk Dr Khaw Lake Tee and aided by commissioners Professor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid and Detta Samen, will be interviewing some 22 witnesses over a period of 22 days.

Hari ni 1 fatwa baru telah keluar dari penyokong UMNO...

Ianya berbunyi: "Tidak menjadi kesalahan jika ia tidak bertudung selagi ia tidak melakukan zina" - haBis riwayat Aie Zahari (https://www.facebook.com/aie.zahari)
Pagi esok Pempuan-pempuan UMNO boleh keluar rumah x yah pakai baju, boleh bogel... Tidak menjadi kesalahan jika ia tidak bertudung selagi ia tidak melakukan zina...
Iyearghhh...! Bugel...!!!

Syabas gagal, kerajaan negeri akan campurtangan



(MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim)

SHAH ALAM: Masalah kekurangan air tidak sepatutnya berlaku dan kerajaan Negeri Selangor meragui pengumuman cadangan catuan air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) kerana Pengawal Selia Air Negeri dan Ahli Lembaga Pengarah Syabas tidak dimaklumkan.

Untuk menjaga kepentingan rakyat Negeri Selangor, Kerajaan Negeri telah meminta Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri bersama Pengawal Selia Air Negeri untuk memantau perkhidmatan air oleh Syabas.

Jawatankuasa ini akan minta Syabas memberi laporan harian untuk menerangkan kedudukan  air semasa, kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Himpunan Oren berjaya capai sasaran



(Himpunan Oren yang dikatakan hanya disertai 1,000 oleh pemimpin Umno)


TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan himpunan Oren 14 Jun lalu berjaya mencapai matlamatnya.

Katanya, sasaran perhimpunan adalah untuk menyerahkan memorendum kepada kepada Yang DiPertuan Agong dan hasrat itu telah diberjaya dilakukan.

Beliau menolak tanggapan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan yang mengatakan hmpunan Oren gagal mencapai sasaran 20,000 orang dan berniat jahat.

Himpunan Hijau Menuju Putrajaya: “BN sakit”


KUALA SELANGOR: Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mana parti memerintah melaga-lagakan kaum dan agama untuk terus berkuasa, kata Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok.

Berucap di hadapan puluhan ribu rakyat semasa Himpunan Hijau Menuju Putrajaya di Stadium Kuala Selangor malam tadi, beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, pembohongan dan fitnah yang melaga-lagakan kaum secara berterusan ke atas pimpinan Pakatan Rakyat mencerminkan betapa BN sedang ‘sakit’.

Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian Selangor menceritakan  bagaimana beliau sendiri difitnah berkenaan isu azan di Puchong sehingga disumbatkan ke dalam ISA.

Ramai lagi Tan Sri, Datuk akan tinggalkan Umno


(Mohamad Sabu berucap di Stadium Kuala Selangor malam tadi)


KUALA SELANGOR: Ramai lagi pemimpin Umno BN menunggu masa untuk meninggalkan parti itu dan menyertai Pakatan Rakyat lantaran tidak tahan dengan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbirannya.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, selepas Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Tamrin Ghafar secara lantang menyeru rakyat meninggalkan Umno BN, ada pemimpin Umno BN lain yang menunggu masa untuk melakukan perkara sama.

"Hampir setiap hari saya minum kopi dengan pemimpin Umno, mereka menunggu masa sahaja untuk keluar daripada Umno. Salah seorang yang mengambil sikap sedemikian ialah Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Tarikh Pilihan Raya Najib, Muhyiddin Tidak Sepakat


SHAH ALAM 16 JULAI : Kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tarikh Pilihan Raya Umum Ke 13(PRU13) sesuai diadakan tahun ini ternyata bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sebelum ini membayangkan akan mengadakan pilihan raya sehingga mandat berakhir.
Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata kenyataan dibuat Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri mendedahkan kepada umum betapa pemimpin Umno-BN bercanggah pendapat dalam perkara ini.
Ini disebabkan, dakwanya, Perdana Menteri sendiri tidak pernah mengatakan atau memberi gambaran bila pilihan raya akan diadakan.
Sehubungan itu, ia menimbulkan masalah kepada rakyat dan mereka boleh menilai perkara itu termasuk soal pendirian pemimpin negara dari Umno-BN.

Kes Scorpene: Sepina akan diserah oleh Kedutaan Perancis

KUALA LUMPUR 16 Julai: Sepina kepada saksi pertama kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia, Jasbir Singh Chahl akan dihantar melalui Kedutaan Perancis, kata Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.
“Mahkamah (Perancis) tidak akan gunakan khidmat kurier. Mereka akan sampaikan secara langsung, supaya saksi ‘acknowledge’ (mengesah terima) arahan tersebut,” katanya kepada Keadilan Daily.
Cara demikian kata Cynthia, merupakan jalan terbaik dan berharap kerajaan Malaysia memberi kerjasama dan laluan kepada siasatan.
Siasatan kes bersambung semula sebaik salah seorang dari dua hakim penyiasat kembali bertugas selepas bercuti dua minggu.
“Kita difahamkan, sekarang ini, pasukan penyiasat dalam perbincangan untuk memanggil saksi-saksi lain dari Malaysia. Bila masanya? Akan ditentukan kemudian. Yang penting, panggil saksi pertama dulu,” katanya.

BERSIH 3.0 : Polis belasah peserta Bersih berkali-kali

KUALA LUMPUR 16 Julai: Saksi pertama sidang ketiga pendengaran awam Bersih 3.0 memberitahu, muka dan kepalanya disepak anggota polis berkali-kali di Jalan Masjid India sebelum ditahan dan dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol).
“Saya telah dikepung 10 (anggota) polis. Mereka sepak muka, kepala dan badan saya berkali-kali,” kata Adrian Loh Kok Swee.
Andrian, 39, juga dinafikan hak untuk memanggil peguam mahupun keluarga, malah air juga tidak diberikan sewaktu beliau ditahan di Pulapol.
“Saya ditahan sekitar jam 7.30 petang, dan ketika itu, saya dilarang membuat panggilan kepada sesiapa pun. Bila saya minta air untuk minum, polis juga tak mahu beri,” jelas Andrian.

Tan Sri Kadir : Malaysia berciri diktator media tak bebas

Solar power deal: Suzi's firms will make a killing

Haryati Hamzah (Yatt) di Himpunan Hijau 2 Putrajaya prengkat Negeri Selangor

'PM tandatangan surat pecat KP JPA'



PAS mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri menandatangani surat penamatan perkhidmatan Tan Sri Abu Bakar Abdullah sebagai ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau kini sudah membaca dan mempunyai salinan surat itu bagi membuktikan dakwaannya.

"Ada salinan surat itu kepada saya. Saya tidak boleh tunjuk. Itu rahsia rasmi. Kalau beliau nak nafi, nafilah.

Hold the polls, Najib told

The prime minister is not doing himself or BN any favours if he continues to drag the election to next year, says the Penang Malay Congress.
GEORGE TOWN: A NGO here has called on Prime Minister Najib Tun Razak to hold the much anticipated general election by this year as the people are getting restless.
Penang Malay Congress president Rahmad Isahak said Malaysians have been in election mode since 2010 and each day, the common question posed among both allies and rivals is the date of the election.
He added that Najib is not doing himself, or Barisan Nasional (BN) any favours, if he continued to drag the election to next year.
The voters have been fed a high dosage of issues as well as policies besides financial incentives, legislation amendments and character assassination from both BN and Pakatan Rakyat since 2008.
Rahmad said they know who they wanted and are also fed up with the constant politicking which has enveloped the country since 2008.

Caruman RM50, Pakatan iktiraf golongan wanita

KUALA LUMPUR 16 Julai: Wanita Pakatan Rakyat (Pakatan) sepakat memperkenalkan Caruman Wanita Nasional RM50 sebulan sebagai pengiktirafan terhadap peranan kaum itu.
Dalam kenyataan bersama, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, usaha tersebut sebahagian daripada objektif gerak kerja Agenda Wanita Malaysia (AWM) bagi melahirkan wanita bahagia, selamat dan sejahtera.
“Caruman Wanita Nasional RM50 secara bulanan daripada Kerajaan Pakatan Rakyat dan caruman sebanyak RM10 sehingga RM100 digalakkan diberi oleh para suami kepada isteri setiap bulan sebagai tabung simpanan hari tua, skim perubatan wanita dan tabung bantuan musibah apabila berlaku bencana,” kata mereka.

Najib dicabar siasat kes Scorpene, Altantuya

KUALA LUMPUR 16 Julai: Kerajaan Datuk Seri Najib Razak dicabar menyiasat skandal Scorpene dan kaitan Perdana Menteri itu dengan pembunuhan Altantuya Shaaribuu, jika benar beliau tidak terlibat dalam kes berkenaan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kita sudah mendedahkan semua bukti mengenai dakwaan penglibatan mereka yang terlibat mengenai pembunuhan Altantuya dan juga pembelian kapal selam Scorpene yang sedang dibicarakan di Mahkamah Perancis. “Kenapa mereka tak mahu siasat dakwaan tersebut jika benar pemimpin yang mereka dokong itu, tidak terlibat dalam kedua-dua kes yang amat mengejutkan negara serta dunia antarabangsa,” soalnya ketika ceramah ‘Merdeka Rakyat’ di tapak pasar ramadan, Pekan Kuah, Jumaat lalu.

Umno Tubuh Unit Khas Fitnah Pembangkang, Kata Abdul Kadir


KUALA SELANGOR, 16 JULAI: Veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mendakwa kerajaan Umno-BN mewujudkan sebuah unit khas untuk menlancarkan fitnah terhadap pemimpin pembangkang.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Himpunan Hijau Menuju Ke Putrajaya peringkat Negeri Selangor, di Stadium Kuala Selangor malam tadi.
“Mereka dah wujudkan unit khas cipta fitnah.
“Buat fitnah, fitnah, fitnah, tetapi bila keluarkan kenyataan menerangkan keadaan sebenar untuk menafikan dakwaan tersebut, tak terbit, terus dok panjangkan fitnah itu lagi,” kata Abdul Kadir.
Beliau yang juga bekas menteri Kerajaan Pusat turut menceritakan bagaimana kerajaan sekarang memaksa rakyat mengisi borang keahlian Umno sebelum boleh memohon pelbagai peruntukan dan kemudahan yang sepatutnya menjadi hak rakyat.

Expresi 'Hijau Bumi Tuhan' - Ali XPDC

MB: Selangor akan ambil alih pentadbiran SYABAS

SHAH ALAM, 16 Julai — Kerajaan negeri Selangor akan mengambil alih pentadbiran syarikat pembekal air di negeri itu, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), kata Tan Sri Khalid Ibrahim tengahari ini.
Menteri Besar (MB) Selangor itu berkata, masalah kekurangan air tidak seharusnya berlaku dan kerajaan negeri meragui cadangan catuan air oleh SYABAS kerana Pengawal Selia Air Negeri dan Ahli Lembaga Pengarah tidak dimaklumkan.
Kerajaan negeri juga meminta Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) bersama Pengawal Selia Air Negeri untuk memantau perkhidmatan air oleh SYABAS, dan satu jawatankuasa ditubuhkan bagi meminta SYABAS untuk menyediakan laporan harian untuk menerangkan kedudukan air semasa.

DAP: Bos SEDA tak tahu menahu tender sendiri?


 
Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menyelar ketua Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) yang didakwanya tidak bercakap benar atau tidak tahu tahu menahu berhubung proses tender kuota tenaga solar.

Pua membariskan beberapa keperluan SEDA yang didakwa bertentangan dengan kenyataan pengerusinya Tan Sri Fong Chan Onn, antaranya sama ada syarikat ditubuhkan sehari sebelum tarikh akhir tidak boleh ditolak.

Antaranya, kata Pua, keperluan untuk perjanjian penggunaan tapak untuk lokasi dicadangkan untuk mengusahakan tenaga solar, pematuhan ketat kewangan seperti baki minimum wang dan butir-butir pembiayaan.

Pelbagai masalah Melayu kerana 'temperamental'



Dua belas tahun sebelum saya dilahirkan, Tan Sri Sanusi Junid, seorang tokoh Melayu yang lebih 20 tahun menjawat pelbagai jawatan dalam kepimpinan negara pernah menyebut dalam salah satu ucapannya ketika merasmikan simposium Melayu di Universiti Malaya.

Katanya, bangsa Melayu mempunyai pelbagai masalah yang diwarisi kerana budaya 'temperamental'.

Rock, pengaruh artis dan ketakutan pemerintah

Di mana-mana dalam dunia ini tidak dapat dinafikan, golongan artis atau selebriti dunia hiburan sangat berpengaruh dan sering menjadi ikutan orang ramai khususnya anak-anak muda.  Berbagai jolokan untuk mereka seperti "role model", "trendsetter" atau ikon yang bisa memberi impak kepada dunia.  Kerenah atau aksi mereka menjadi ikutan.  Jika mereka menceburi politik mudah sahaja mereka menang bertanding.  Bayangkan Ronald Reagan, seorang pelakon cerita-cerita koboi boleh menjadi Presiden Amerika Syarikat.  Begitu juga penggusti Jesse Ventura ataupun si "Terminator" Arnold Scwarzenegger boleh menjadi gabenor.  Di Filipina artis bernama Joseph Estrada juga pernah menjadi orang nombor satu.

Inilah ketakutan yang sering menghantui ahli politik.  Bintang Hollywood seperti Mel Gibson, Al Pacino atau Robert DeNiro mudah sahaja membelasah pentadbiran Rumah Putih jika dasar yang dijalankan tidak dipersetujui dan peminat mereka menyambut dan menyokong pandangan idola pujaan mereka.  Selebriti seperti Michael Douglas, Angelina Jolie dan Edward Norton dipilih menjadi duta pelbagai kempen seperti kempen keamanan, alam sekitar atau sayangi haiwan.  Pengaruh mereka diperlukan untuk menarik orang ramai.

Di Malaysia fenomena artis menyokong parti pembangkang semakin hebat sekarang ini tetapi tidak dapat dinafikan kebanyakan artis yang berhijrah ini sudah kurang popular dan telah melepasi usia.  Yang baharu-baharu masih mahu cari makan, tidak boleh lawan.  Bayangkan apa akan berlaku jika artis yang sedang meletup, berpengaruh dan menjadi ikon hari ini tiba-tiba melaungkan slogan "Reformasi"?  Saya teringat ketika muzik rock menjadi anutan anak muda Malaysia pertengahan 1980-an dahulu.  Mereka lantang memperjuangkan lanun cetak rompak yang begitu berleluasa sekali.  Barangkali pihak yang terbabit dengan sindiket cetak rompak (mungkin orang yang berpengaruh terlibat dengan kegiatan ini seperti yang digambarkan di dalam filem Kembara Seniman Jalanan) berasa tergugat maka muzik rock telah diharamkan.  Alasan kambinghitamnya ialah rock membawa budaya negatif seperti dadah, seks bebas dan alkohol.  Peraturan diketatkan seperti berambut panjang tidak dibenarkan muncul di dalam program televisyen.  Apa kena mengena rambut dengan muzik?  Tetapi itulah sang kuasawan.  Taringnya tajam menggigit mangsa yang lemah.  Peraturan ini bagaimanapun gagal memadamkan api muzik rock dan pengaruhnya.  Album kumpulan rock terus laku dan mereka menyampaikan mesej perjuangan yang keras melawan kerenah birokrasi ini.  Lagu "Keadilan" nyanyian kumpulan Lefthanded yang liriknya ditulis S.Amin Shahab lantang memprotes:-

Selangor bakal kubu kuat PAS, Terengganu kubu UMNO PRU13....

Oleh: mohdnoorawang

"Walaupun Terengganu pernah dikuasai dan diperintah oleh PAS dalam siri pilihanraya umum yang lalu. Hakikatnya Terengganu masakini agak sedikit tertinggal bas dalam arus gelombang kebencian pemimpin BN/UMNO dan pemerintah BN/UMNO yang korup dan jahat.

Ramalan pemerhati politik dan risikkan dari bilik UMNO dan ramalam bilik PAS negeri Terengganu peluang PAS dan UMNO PRU 13 adalah seimbang.Dari kacamata kami UMNO Terengganu masih ada peluang mempertahankan dan kekal dalam tangan jahat pemimpin UMNO . Sedia maklun cara dan taktik politik MB Mat Said@ Mat Zoo licin macam belut dan ganas macam singa dan harimau yang ada Zoo Kemaman.

ANAK desak PKNK jual balik semua saham FGVH

Mazlan Aliman juga akan mencadangkan agar syarikat berkaitan kerajaan tersebut menjual saham dan memohon maaf pada rakyat.
PETALING JAYA: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) Mazlan Aliman mahu Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah (PKNK) menjual kembali saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sekiranya mereka telah membelinya.
“Kita konsisten dengan pendirian menentang FGVH. Saya telah nyatakan pendirian saya dalam mesyuarat PAS Pusat.
“Jika benar, saya akan bantah kerana ia bertentangan dengan solidariti parti komponen Pakatan Rakyat.
“Kita juga akan mencadangkan agar syarikat berkaitan kerajaan tersebut menjual saham dan memohon maaf pada rakyat,” kata Mazlan yang juga ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Johor.

Kerajaan Pulau Pinang bina hampir 4,000 rumah kos rendah, akan bina 18,000 lagi


KUALA LUMPUR, 16 JULAI : Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah membina 3,806 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah sejak mengambil alih kuasa pada tahun 2008.
Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, kerajaan negeri juga telah mengumumkan tambahan 18,000 unit lagi rumah mampu milik untuk dibina, termasuk 1,320 unit yang akan dibina di atas tanah 6.9 ekar sepanjang Jalan SP Chelliah di tengah-tengah bandar George Town.
“Kami juga merancang untuk membina 12,000 lagi unit rumah mampu milik yang akan direka bentuk oleh konsultan antarabangsa Surbana yang dulunya dikenali sebagai HDB Corporation,” katanya menjelaskan tohmahan Barisan Nasional kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak pernah membina rumah kos rendah untuk rakyat.
Pembohongan terbaru dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam debatnya melawan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini, kononnya tidak ada perumahan kos rendah di Pulau Pinang – ia merupakan tuduhan palsu dan putar belit MCA-BN
Zairil menempelak Chua kerana cuba mengalihkan perhatian dari fakta bahawa masalah perumahan di Pulau Pinang adalah hasil dari kegagalan dasar kerajaan BN sejak 50 tahun lalu.
“Kelalaian kerajaan BN yang lepas dengan mengenakan kuota kepada pemaju tanpa memahami keperluan pasaran dan tanpa mekanisme yang sepatutnya terhadap pemilikan dan penyelenggaraan telah menyebabkan masalah ini semakin buruk dengan jurang yang besar, kerana apa yang dilakukan tidak sepadan dengan permintaan dan keperluan rakyat.”