Ahad, 15 Julai 2012

Lautan manusia penuhi Stadium Kuala Selangor


(Stadium Kuala Selangor penuh dengan keceriaan semasa Himpunan Hijau)

KUALA SELANGOR: Lautan manusia memenuhi Stadium Kuala Selangor bagi menyertai Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor.

Kalau di perhimpunan hijau di negeri lain hanya pemimpin PAS sahaja yang menyertainya, di Selangor, para pemimpin Pakatan Rakyat turut menyertainya.

(Para pemimpin di pentas utama himpunan)

Selain Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS, turut serta adalah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Teresa Kok, Exco kerajaan negeri Selangor dari DAP.

Veteran Umno, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil yang turut menyertai himpunan ini pula berkata, "Saya bangga dapat kibarkan bendera yang mulia ini" sambil mengibarkan bendera PAS di atas pentas utama.

ANDA Kena tahu APA terjadi SEBENARNYA DENGAN PETRONAS?

 
"Seperti Marcos, Mahathir difikirkan Minyak Petronas milik kepadanya ...."
Wang Petronas adalah lembu tunai Mahathir. Tidak percaya, biarkan PKR menang supaya buku boleh terbuka luas. Tiada siapa yang membenarkan untuk menghabiskan satu sen pun tanpa kelulusan Mahathir Kutty.
Mahathir Kutty difikirkan dia boleh membawa wang minyak kepada dunia akan datang. Sebelum itu Rakyat akan mengajar dia satu pengajaran bahawa ibu bapanya gagal berbuat.
[WANG PETRONAS disedut]

Kenali PENCACAI UMNO yang menghina HUKUM ALLAH..!!

Makan rezeki Allah...mulut capoi hina hukumNya.....

Oleh : HATI WAJA


Muka tak malu ka....dah diberi Allah kesempurnaan..hidung tak herot, mulut tak rabhit, mata tak potey,,..lengkap..elok..tapi sanggup dok kenen hukum Allah...

Tak pikiaq ka..nyawa dia sapa yg dok bagi...awat dia boleh jadi sendiri tanpa Allah menjadi dan menghidupkan dia...sapa dok bagi rezeki kat dia...tak pikiaq ka semua tu...

Kalau nak jadi pencacai UMNO pun hingga-hinggalah...takat hang nak komen..hina pemimpin-pemimpin PAS tu....lantak hang laa..tapi sampai hukum dan undang-undang Allah ...pun hang nak kondem...

Taubat-taubatlah..nama tu elok dah tapi perangai...hisss..1%^&*())_+@#$$$?><>>>?! malu HW bila tengok nie...

Muzakarah antara PAS dan UMNO siapa khianat sebenarnya..?

The Amber Lights are Flashing for UMNO/BN

UMNO leaders can talk big for all they want but they can’t stop the inevitable. Maybe Najib doesn’t know it but 60% of those ex ADUNs and MPs who attended his invitation the other day, are not exactly born again UMNO/BN supporters.  The only ones who were enthusiastic were the select few who got golden handshakes in the form of lucrative contracts and businesses. These people came in the standard UMNO class vehicles- in their BMWs and Mercs. But as Najib also know, these are the very people who are not going to work hard to secure victory. They will go to see Najib or Muhyidin offering snake oil solutions and BS. It’s not going to work this time.
The rakyat can already see through the hypocrisy and deceit.

Najib kena buli dengan budak sekolah di Stadium Bukit Jalil

"SUDAH menjadi rahsia umum, setiap kali mengadakan majlis atau program, Najib Razak akan mengupah hadirin termasuk budak-budak sekolah untuk meramaikan programnya supaya nampak gah dan hebat.

Semalam berlangsung sambutan Hari Koperasi Negara 2012, yang diadakan di Stadium Bukit Jalil. Seperti biasa budak-budak sekolah dari seluruh negara diupah untuk memenuhkan ruang stadium.

Sungguh pun begitu, usaha memberikan upah itu masih gagal mendapat sambutan kerana masih banyak ruang kosong yang tidak dipenuhi di dalam stadium.

Transformasi politik BN: mengkritik perkara andaian

Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Isu dan pilihanraya akan bergerak seiring kerana pilihanraya adalah medan untuk meraih sokongan rakyat di mana isu sangat berperanan. Apabila tempoh kehangatan pilihanraya terlalu panjang, maka ada parti politik yang kekeringan isu sehingga terpaksa mengitar semula isu atau mengandaikan sesuatu perkara lalu menangani isu yang diandaikan isu.

Itulah yang berlaku kepada BN. Parti tua itu meneroka satu perkembangan baru politik iaitu mengutarakan, membahas dan bertindak terhadap isu andaian. Ia menjadi satu lagi koleksi lawak jenaka politik yang terdapat di Malaysia.

Felda Selepas Penyenaraian : Untung Atau Rugi

Benarkah penyenaraian FGVHB ke Bursa Malaysia akan memberi keuntungan lumayan kehttp://www.selangorku.com/wp-content/uploads/2012/07/himpunan-oren-crowd-01.jpgpada peneroka Felda? Tanpa analisis yang mendalam, sudah tentu para peneroka  akan mudah terjebak dalam skim cepat kaya ala “Pak Man Telo”  berskala besar yang sekarang sedang cuba dijaja keseluruh tanah-tanah rancangan Felda oleh pihak-pihak tertentu di ketuai Tan Sri Isa Samad dengan restu Perdana Menteri sendiri.

Bagaimanapun mari kita lihat petikan analisis Dr Rosli Yaakop bekas pengarah Bank Negara berdasarkan pengalaman beliau dalam bidang kewangan. Beliau membuat pengiraan untung rugi FELDA sebelum dan selepas  penyenaraian dengan mengambil kira fakta-fakta yang terkandung dalam perjanjian pajakan tanah antara FELDA dan FGVHB. Analisis beliau turut disokong oleh data-data yang diperolehi daripada minit mesyuarat ahli-ahli lembaga pengarah FELDA yang membentangkan perbelanjaan FELDA dari 2007 hingga 2010.

Today in History for July 15th

AU considers military intervention in Mali

Syria denies use of heavy weapons in Tremseh

Golongan Melindungi MAKSIAT - Ustaz Azhar Idrus & SHAM Kamikaze

Tanggungjawab RAKYAT Kepada KERAJAAN - Ustaz Azhar Idrus

Maksiat Judi, Zina, Hiburan, Minuman Keras - Ustaz Azhar Idrus & SHAM.

Tazkirah SHAM Kamikaze - Ustaz Azhar Idrus

Isu VANDALISME - Ustaz Azhar Idrus & SHAM Kamikaze

Himpunan HIJAU Kuala Selangor: PAS Theme Song

Wartawan Utusan ajar putar fakta

Nizar Jamaluddin: Pakatan Rakyat Is The Only Alternative We Can Have To Save The Whole Nation

Surat terbuka AWER kepada PM Najib

Rujukan kami: awer.2012.009bm

15 JULAI 2012

Kepada,
YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

Perdana Menteri
Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya

YAB Dato' Sri,

PENYIASATAN BEBAS (INDEPENDENT INVESTIGATION) KE ATAS PIHAK BERKUASA PEMBANGUNAN TENAGA LESTARI (SEDA)

Perkara di atas dirujuk.

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) telah mengutarakan pelbagai isu yang berkaitan dengan pembangunan Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) dan kaedah yang digunakan di Malaysia.  Agenda Teknologi Hijau yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan diikrarkan oleh YAB Dato 'Sri diganggu-gugat oleh peningkatan kelemahan dan pengaburan kebenaran (whitewashing) serta tuduhan salah laku dalam sistem Tarif Galakan (Feed-in-Tariff / FiT) baru-baru ini.

YAB Dato' Sri, kami ingin mengetengahkan beberapa isu berkaitan dengan SEDA yang memerlukan campur tangan Kabinet:

(i) Mekanisme FiT telah diterima pakai (bukan dibangunkan sepenuhnya) oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi pelaksanaan projek-projek RE.  25% pengguna domestik serta pengguna-pengguna kategori lain dari institusi, perniagaan, industri, dan sebagainya, di Semenanjung Malaysia menyumbang kepada FiT.  Kos FiT kepada perniagaan disalurkan secara langsung kepada rakyat melalui kos perkhidmatan dan produk.  Akhirnya, semua kos FiT akan dibayar oleh rakyat dan ini adalah satu fakta ekonomi yang tidak boleh disangkal di seluruh dunia.

UMNO itu sudah terlalu fakir dalam perjuangan

Muhyiddin menyeru agar UMNO mempertahankan kerusi Gelang Patah habis-habisan kerana Gelang Patah merupakan kawasan yang menempatkan pusat pentadbiran negeri Johor dan mempunyai infrastuktur yang terbaik di negeri Johor. Di dalam kawasan ini jugalah terletaknya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan berbagai-bagai infrastruktur terbaik di negeri Johor.
Kenyataan seperti ini yang datangnya dari Timbalan Perdana Menteri dan ianya membayangkan bahawa negeri Johor juga merupakan negeri yang sangat ditakuti oleh BN dalam menghadapi PRU yang akan datang ini. Kenyataan yang membayangkan ketakutan dari pihak BN tidak pernah kita dengar sebelum ini jika ia melibatkan negeri Johor kerana Johor sebelum ini merupakan kubu kuat BN sejak negara mengadakan pilihanraya.
BN dan UMNO di negeri Johor sebelum ini hanya mengambil pilihanraya umum sebagai satu pesta sahaja kerana bak kata orang UMNO semasa parti itu kuat dahulu, 'calon UMNO tidak payah turun berkempen. Hantarkan songkok untuk mewakili calon-calon-calonnya sahaja sudah cukup dan BN akan menang'. Tetapi kenyataan yang datang dari seorang Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan anak Johor ini, amat jelas yang BN di Johor tidak boleh lagi bercakap takbur seperti dahulu. Keadaan sudah berubah dan rakyat lebih fokus untuk mencari pemimpin dan parti yang lebih berguna dari dahulu.

Generasi Ke 2 Felda: Isa Dapat 180,000 Unit, Peneroka Dapat 800 Dalam FGVH


KUALA LUMPUR, 15 JULAI: Tindakan menyenaraikan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGVH) di Bursa Saham Malaysia, hanya menguntungkan beberapa kerat orang atasan dan bukanlah golongan peneroka yang berusaha keras membangunkan felda.
Rata-rata generasai kedua peneroka Felda yang ditemui di “himpunan oren selamatkan Felda” semalam berkata mereka masih ragu dan risau tentang masa depan skim tanah itu walaupun media pro-Umno-BN kerap memainkan cerita bahawa penyeranaian FGVH menguntungkan peneroka.
Misalnya seorang peneroka generasi kedua Mohd Naim Kadri, 25 mendakwa pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad adalah orang yang untung berlipat kali ganda walaupun Isa bukan seorang peneroka.
“Tan Sri Isa Samad dapat syer kira-kira lebih 180,000 unit, peneroka cuma dapat 800 unit sahaja, tak sampai pun satu lot.

Mat Sabu : Isu FGVH Melibatkan Kepentingan Orang Melayu


KUALA LUMPUR 15 JULAI : Warga Felda amat mengharapkan satu tindakan segera daripada Yang diPertuan Agong berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke Bursa Saham kerana tindakan itu didakwa mengancam aset dan harta milik Melayu, tegas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Mohamad Sabu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh campurtangan dalam isu berkenaan berdasarkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan demi “mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera”.

Opaque tender awards scaring away foreign investors, says PAS man

KUALA LUMPUR, July 15 — Putrajaya’s less-than-transparent system of awarding contracts for mega public projects appears to be putting off foreign firms from investing in Malaysia more than any street rally within the country could, PAS MP Dzulkefly Ahmad has warned.
The opposition lawmaker noted that international engineering firms were tempted by Malaysia’s burgeoning railway infrastructure projects worth up to RM160 billion that are up for grabs as announced recently by the Land Transport Commission but decided to hold back due to the deepening controversy over the nearly RM1 billion tender for light-rail transit (LRT) expansion works in the capital city.
“The case of the Ampang-LRT is now unfolding and the allegation that Najib and the MoF (Ministry of Finance) have a hand into this matter is now under serious scrutiny by all.

Adakah pemuda Umno menipu rakyat Johor?


Pemuda PAS Johor ingin memberi reaksi terhadap perubahan kepimpinan Ketua Pemuda Umno Johor yang telah bertukar daripada Mohd Fadil Muskon (Ketua Pemuda Umno Air Hitam) kepada Datuk Zulkurnain Kamisan (Ketua Pemuda Umno Parit Sulong).
Saya telah jelaskan pada 28hb Jun 2012 bahawa 16 Ketua Pemuda Umno bahagian di Johor telah menolak kepimpinan Ketua Pemuda UmnoJohor Mohd Fadil Muskon.  Mereka telah  mendesak Ketua Pemuda Umno Johor meletakkan Jawatan.

Kepimpinan Pemuda Umno Malaysia dan Johor telah menafikan pergolakkan ini dengan menuduh saya dan Pemuda PAS Johor dengan perbagai  tuduhan seperti berikut:

Penduduk Subang Alam Mahu Stesen, Laluan LRT Baru Dipindahkan

SHAH ALAM, 15 JUL : Kira-kira 300 penduduk di sini, meminta pihak berkuasa menghentikan pembinaan stesen transit aliran ringan (LRT) di kawasan taman perumahan mereka kerana khuatir ia akan menyebabkan tanah runtuh.
Persatuan Penduduk Subang Alam (SARA) mahu tapak jajaran LRT bagi stesen 11 dan 12 pada laluan penyambungan LRT Subang Jaya dipindahkan ke satu tapak berhampiran yang lebih selamat.
Naib Yang Dipertua SARA Jamaludin Sarif berkata pembinaan di tapak sekarang mengundang bahaya kerana ia melalui kawasan sempit antara tasik bekas kuari dan deretan rumah di Subang Alam dan Putra Heights.
Laluan sekarang juga berhampiran dengan dengan SMK Alam Megah dan SJK(C) Tun Tan Siew Sin.

‘We’ll close Kamunting if returned to power’

Former Perak MB and state Pakatan chief Mohammad Nizar says the Kamunting Detention Centre which houses ISA detainees is a blackspot in the state's history.
TAIPING: Pakatan Rakyat will close down the Kamunting Detention Centre if it is returned to power in the state in the coming general election.
Perak Pakatan chief and former menteri besar Mohammad Nizar Jamaluddin said: “We will try every means and avenues possible to close this detention centre which is a black spot in our historic state.”
“We do not want this eyesore to remain in our beloved land. Instead we will try to convert this detention centre into a university campus or turn it a historic centre of learning or make it a tourist attraction centre,” he added after participating in an anti-ISA rally here today.

Insiden amuk: Pas gesa MCA minta maaf


Insiden amuk: Pas gesa MCA minta maaf
Mohd Taufek (tiga,kiri) bersama Ketua Pemuda Pas Negeri, Khairil Anuar Wafa (kiri) dan Ketua Dewan Penyokong Pas, Yao Con Seng (dua, kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat
 
SEREMBAN – Pas Negeri Sembilan mendesak MCA negeri itu memohon maaf kepada umat Islam kerana didakwa mengaitkan kejadian amuk di Putrajaya dengan agama Islam, selain turut mengaitkan komponen Pakatan Rakyat (PR) itu dengan kejadian berkenaan. Pas mendakwa kenyataan keterlaluan itu dikeluarkan Penolong Setiausaha MCA Negeri Sembilan, Jason Lee menerusi laman  Twitternya baru-baru ini.

Pemimpin Umno: Elok PRU13 selepas Bajet 2013


Pemimpun Umno: Elok PRU13 selepas Bajet 2013 KUALA LUMPUR - Di sebalik pelbagai spekulasi dan teka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), seorang pemimpin kanan Umno berharap ia diadakan hanya selepas Bajet 2013 - yang disifatkan sebagai "senjata penting" bagi Barisan Nasional (BN) - dibentangkan akhir September ini.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau secara peribadi berpendapat lebih elok PRU13 diadakan selepas belanjawan dibentangkan.

"Pada saya elok lepas bajet. Secara peribadi, sebab kita ini jenis kerajaan yang  menepati janji dan bajet yang lepas kerajaan telah tepati janji-janjinya.

Makcik 61 Tahun Naik Motorsikal Dari Larut Ke Himpunan Oren


KUALA LUMPUR, 15 JULAI : Kerana tidak sanggup lagi melihat penipuan dan kepapaan yang berlaku di dalam Felda, seorang makcik 61 tahun sanggup menunggang motorsikal sejauh 260 km untuk hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda di sini semalam.
Kesungguhan dan kecekalan Salmiah Mat Jali dari Felda Ijok, di Larut, Perak itu mendapat perhatian peserta di himpunan depan Istana Negara. Lebih lagi apabila Salmiah memberitahu dia melakukan perjalanan itu seorang diri.
“Dari Larut sehingga ke sini adalah dalam 260 kilometer. Makcik bertolak sejak awal pagi-pagi lagi,” ujar Salmiah yang hadir pada himpunan yang bermula sekitar jam 1 tengahari semalam.
Ketika ditanya adakah beliau risau untuk merempuhi perjalanan yang agak jauh seorang diri, Salmiah berkata:
“Makcik dah biasa dah.”
Beliau berhenti di dua kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Lebuhraya Utara-Selatan untuk berehat semasa perjalanannya.

Memo Kepada Agung: Hak Peneroka Atas Felda Lupus Dengan Penyenaraian FGVH


KUALA LUMPUR 15 JULAI: Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH)) membelakangi peneroka kerana ia memindahkan pemilikan dan penguasaan tanah dan aset Felda kepada pelabur, termasuk pelabur asing.
Selain itu, pemajakan tanah Felda kepada syarikat swasta merupakan langkah menyalahi Akta Penempatan Berkelompok (Group Settlement Act) 1960, menurut memorandum Gabungan NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF).

UN observers say Syria attack targeted rebels

Anwar on stage - 'It's now or never'

Konsep Amar Ma'ruf Nahi Mungkar - Ustaz Azhar Idrus & SHAM

Muhyiddin syor adakan PRU13 tahun ini

Nawaf Fares: 'The Syrian regime is dead'

Kelantan dikatakan mundur dari kacamata sekular

Pelakon 'Pontianak Harum Sundal Malam' sertai PAS

Nurul Izzah: We Have Good Laws, What We Don't Have Are Good Leaders, This Is What We Must Change

Malaysia mungkin pertama amal sistem Islam- Wakil Ikhwan Muslimin

PAS cabar Nong Chik debat isu tanah Melayu

Gobind Singh: Time Has Come, Pakatan Rakyat Have Leaders That Can Take On Barisan Nasional

Tentera taat pada Raja,bukan Najib

1,000 motosikal berarak ke Himpunan Hijau Selangor



(Kira 1,000 menyertai konvoi bermotor ke Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR: Kira-kira 1,000 motorsikal membuat perarakan menuju Stadium Kuala Selangor hari ini bagi menyertai Himpunan Hijau menuju Putrajaya peringkat negeri Selangor.

Perarakan yang sepatutnya disertai oleh 20 buah motosikal bagi setiap kawasan PAS di Selangor itu bertukar menjadi perarakan yang besar kerana penyertaan anak muda bermotor yang memberangsangkan.

(Solat Zohor di R & R Kuang sebelum memulakan perrarakan)


Mereka bermula dari kawasan masing-masing dan menuju ke Masjid An-Naim, Jeram sebelum berarak ke Stadium Kuala Selangor yang menjadi tempat perhimpunan.

Tiga perhimpunan yang buat pemimpin Umno demam


http://bm.harakahdaily.net/cache/428854_329853467098559_978735113_n_thumb_medium490_0.jpg

Sabda Rasulullah SAW :

Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga di syurga.

(Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)

Khasiat Buah Oren & Himpunan Oren

Oren ialah hibrid asal tanaman purba, kemungkinan antara limau bali (Citrus maxima) dan limau mandarin (Citrus reticulata).

Antara khasiat buah oren:
"Beberapa penelitian menunjukkan suplemen yang mengandungi vitamin C dan asid amino dapat membantu meningkatkan KUALITI sperma. Hal ini dibuktikan dalam sebuah penyelidikan yang dilakukan terhadap 47 lelaki yang mempunyai sperma kurang kualiti. Mereka diberikan 3g vitamin C dan asid amino sehari. Ternyata, suplemen tersebut mampu meningkatkan jumlah sperma." ~Majalah Rapi~

Oren: Tanpa provokasi jutaan wang negara selamat

KUALA LUMPUR: Himpunan Oren Selamatkan Felda semalam terbukti dan teruji jika tidak ada provokasi maka himpunan akan menjadi aman dan harmoni.


Sehubungan itu, AJK PAS Pusat, Idris Ahmad mengucapkan tahniah kepada peserta Himpunan Oren dan Gerakan Selamat Felda (GSF) semalam yang berjaya menyerahkan memorandum membantah penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada  Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Superitendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid yang bertugas secara profesional.

Iklan BN sasar rakyat S'gor penuhi Komuter



 
Selepas kontroversi pemasangan bendera BN, kini muncul lagi pelbagai iklan yang mensasarkan masyarakat Selangor di stesen perhentian dan gerabak sistem kereta api Komuter di pelbagai tempat di Lembah Klang.

Siri iklan "Sayangi Selangor" itu antaranya memaparkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan tulisan ''Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup'' dan ''Kami mendengar dan memahami keperluan anda tentang pendidikan''.

Dilihat sebagai sebahagian daripada rangka 'kempen' BN di negeri Pakatan Rakyat itu, iklan tersebut kelihatan dipasang di tiang besar di stesen, eskalator malah memenuhi gerabaknya.

Debat Soi Lek-Guan Eng: Mengapa ia gagal?

15 JULAI — Sesiapa yang sempat menonton debat kedua membabitkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek di kaca televisyen Ahad lalu, sudah mempunyai kesimpulan terhadap kesudahan debat berkenaan.
Barangkali juga, mereka yang menyaksikan debat itu turut kecewa dengan nada dan perjalanan keseluruhan debat. Dari permulaan lagi, sudah dijangka halatuju debat 2 Guan Eng dan Soi Lek adalah lebih kurang sama dengan debat yang pertama.
Dan ternyata, apa yang diramalkan tidak mengecewakan. Serang dan serang..itulah posisi yang diambil oleh Guan Eng sepanjang sesi perdebatan itu dengan memfokuskan kepada Umno dan MCA. Sementara Soi Lek pula hanya menangkis apa yang cuba dibangkitkan pemimpin DAP terbabit.
Ada yang mengatakan Guan Eng merupakan pemenang sebenar dalam debat 2 ini kerana beliau berjaya mengemukakan hujah-hujah bernas mengenai kelemahan pihak lawan. Tak kurang juga yang melihat Soi Lek lebih menyerlah dan tenang ketika menangkis setiap serangan Guan Eng.
Bergantung kem mana yang anda sokong, persepsi terhadap kesudahan debat 2 adalah berbeza-beza. Bagi kebanyakan pemerhati termasuk penulis sendiri, realitinya tidak banyak beza antara debat 1 dan debat 2.

Apathy - Malaysian specialty?

The passerby showed up, telling the world what he saw on that day.
Why didn't you offer a helping hand seeing the woman lying badly injured on the floor?
Apathy - Malaysian specialty?"I was afraid if I moved a little closer, I would be seen as the culprit "
If you knew she was still alive, would you try to help?
"I didn't have a cellphone with me, and there were no others around. No way I could help."
Did you feel bad just walking away like that?
"No. I was really short of time then."
The passerby's answers portray his crude candidness and the astonishing indifference of our society.
Not offering a hand to avoid trouble and for fear of being misunderstood (as the killer snatch thief?).
Not offering a hand because of not knowing how to (not even how to shout "tolong," or move the victim to the roadside, or use a public phone, or seek help from others, or slow down the rushy pace...).
Not feeling bad for ignoring the dying woman because of own tight schedule (which is more important than another individual's life).

PAS pilihan Adam Hamid

Jasamu PAS kenang, kesediaanmu PAS hargai

Pesara kerajaan sertai PAS kerana Islam, kata Salahuddin Ayub

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Pesara kerajaan termasuk pegawaitertinggi menyertai PAS kerana parti tersebut memperjuangkan Islam, kata naib presidennya, Salahuddin Ayub.
Menurut Salahuddin, di Malaysia, hanya PAS yang konsisten memperjuang kandasar-dasar Islam dan ini menjadi sebab mengapa ramai pesara kerajaan tertarikuntuk menyertai parti tersebut.
“Islam adalah agama yang mempunyai keserasian dengan fitrah manusia.
“Fitrah manusia memihak kepada kebenaran.
“Sesiapa sahaja sama ada mereka pesara kerajaan atau bekas polis mempunyai mempunyai fitrah untuk bersama-sama Islam dan kebenaran,” kata Salahuddin (gambar) dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider sebentar tadi.

Scorpene Resurfaces

Sertai Pas, azam baru pelakon Adam Hamid


Sertai Pas, azam baru pelakon Adam Hamid
Adam Hamid menyerahkan borang keahlian menyertai Pas kepada Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
KUALA LUMPUR - Pelakon Adam Hamid berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan berpaksikan syariat lebih-lebih lagi apabila dirinya sudah secara rasminya menjadi ahli Pas seumur hidup bermula malam tadi.

Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni.

"Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang.

Perkasa mahu Najib gubal draf hukum hudud...!!!


PASIR MAS - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menggubal draf hukum hudud sebagai penerangan awal kepada rakyat.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, draf awal ini akan memberi pendidikan kepada bukan sahaja umat Islam, malah bukan Islam. Sebahagian orang bukan Islam tidak sokong penggubalan hukum ini, kerana fikir ia diwajibkan ke atas mereka.

“Sedangkan hukum hudud ini, hanya dikenakan ke atas umat Islam,” katanya, semalam. Katanya, masyarakat terlalu memikirkan waktu pelaksanaannya, sedangkan ia masih lagi dalam perancangan, malah dasarnya juga tidak dibincangkan.

Menurutnya, masyarakat bukan Islam risau jika turut sama dikenakan hukuman, memandangkan isu banyak dipolitikkan pihak tertentu.

Beliau berkata, isu ini tidak sepatutnya dipolemikkan, kerana ia perkara positif untuk semua rakyat, tidak mengira agama yang dianuti. Selain itu, kerajaan perlu membincangkan aspek hukum ini, terutama membabitkan orang Islam

Federal govt's struggle is based on Islam - Najib: Whay say you MCA, MIC, BN?


KLANG - Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said the present cause of the Federal Government is based on the requirements of Islam under the concept of 'Maqasid Al-Shariah'.
Federal govt's struggle is based on Islam - Najib: Whay say you MCA, MIC, BN?He said that among the policies of the Maqasid Al-Shariah practiced by the government was to preserve and empower Islam but at the same time, it also protected and respected the human rights of both the Muslims and non-Muslims.
In respecting the human rights of the Malaysian people, he said the government had abolished the Internal Security Act (ISA).
"We certainly are not isolating or ignoring Islam but our cause is the struggle that is required by Islam," he said in his speech at the gathering to appreciate the deeds of the late Ustaz Nik Mohamed Mohyideen Wan Musa at the Kolej Islam Sultan Alam Shah, here today.
Nik Mohamed Mohyideen was the first head of the Kolej Islam Malaya/Klang which is now known as Kolej Islam Sultan Alam Shah besides being the founder of Sekolah Menengah Kebangsaan Agama.
Maqasid Al-Shariah

Pemuda PAS berang dengan karikatur 'lanun'



 
Dewan Pemuda PAS berang dengan penerbitan satu buku karikatur yang menjadikan Pakatan Rakyat dan gabungan BERSIH 2.0 sebagai sasaran.

pas ambiga pirate comic bookKarikatur dalam buku berkenaan antara lainnya menggambarkan pengerusi bersama BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga memegang pedang manakala presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya Mohamad Sabu serta ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim digambarkan dengan berpakaian seperti lanun.

Karikatur tersebut disertakan dengan tulisan: "Pirates of Kuala Lumpur, perompak warna diraja" yang mengkritik BERSIH yang menggunakan warna kuning.

"Kami mengutuk tindakan tidak bertamadun ini," kata ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan yang menyifatkan penerbitan berkenaan sebagai satu perbuatan fitnah.

"Jika anda tidak bersetuju dengan Pakatan Rakyat, kita boleh berdebat atau mengadakan dialog, tidak perlu karikatur menghina seperti ini," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.

UN monitors visit site of Syria 'massacre'