Sabtu, 14 Julai 2012

Himpunan Oren Selamatkan Felda 147

Gambar terbaik himpunan OREN!


Gambar dirakamkan oleh abah anas.

Nak tahu tak apa yang terbaik kat gambar neh? Gambar neh time mat sabu sedang baca doa tak silap aku. Semua orang pakat2 tadah tangan ketika itu. Dan... dalam sedar tak sedar rupanya ada anggota polis yang turut tadah tangan ketika doa sedang dibacakan.

kah kah kah

Sayang PDRM. Macam tue lah.. kalau PDRM nak kembali gah dan mendapat kepercayaan rakyat seperti dulu2 kan, PDRM kena buat perangai macam neh okey. Teruskan. Hari neh korang memang terbaik sepanjang di perhimpunan OREN.

Tahniah PDRM. Pandai pun jadi baik dan neutral kali neh.

Terbaikkkk.....!!!

Oren buktikan perhimpunan aman tanpa provokasi


KUALA LUMPUR, 14 Julai: Rakyat berjaya membuktikan perhimpunan berlangsung aman tanpa provokasi mana-mana pihak dalam Perhimpunan Oren Selamatkan Felda hari ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebab mana-mana pihak mahu melakukan provokasi kerana berhimpun secara aman merupakan hak rakyat.

"Pertama sekali kita ucap terima kasih kepada pihak polis kerana beri ruang yang sangat baik dan hari ini kita nak buktikan perhimpunan tanpa provokasi akan berjalan dengan baik. Dalam negara demokrasi, hak rakyat untuk berhimpun secara aman," kata beliau ketika ditemui selepas penyerahan memorandum membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Istana Negara petang tadi.

Polis akui Himpunan Oren berlangsung aman


KUALA LUMPUR: Pihak polis mengakui Himpunan Oren Selamatkan Felda yang dianjurkan oleh Gerakan Selamatkan Felda (GSF) hari ini berlangsung dalam suasana aman.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Superitendan Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, pihak polis akan memastikan hajat dan matlamat mana-mana pihak ditunaikan kerana itu adalah hak mereka.

Ketika ditanya mengapa anggota FRU tidak ditugaskan mengawal dalam Himpunan Oren hari ini,  beliau berkata keadaan tidak memaksa mereka berbuat demikian.

Video : Samseng umno ditangkap semasa ceramah DSAI di Langkawi..

Gambar-gambar pompuan gharid Malaysia..

Masyaallah Sheikh....

Masyaallah Sheikh..halal wal haram syeikh..... 
Agak-agak ini kah Islam Wasyatiyah ala-ala UMNO 1Malaysia, Bini pun sama sibuk macam laki,, atau bini sengaja nak ambik tugas lagi....
Atau pun laki bini saja yang nak bolot segala kerja,,, menteri lain tak boleh harap... 

Apa guna menteri kabinet berpuloh orang, kalau kerja-kerja laki dengan bini saja yang dok pulun...
Itu pun dok perasan lagi tu....

Wartawan Malaysiakini Dihalau Kerana Dedahkan Penipuan Utusan

Wartawan Malaysiakini dihalau dari Konvensyen Media Sosial 1Malaysia.


Wartawan malaysiakini dihalau dari KMS1M siang tadi. Selepas dia melaporkan satu berita mengenai zaini yang berkongsi bahawa pengamal media dibolehkan spin fakta untuk bentuk persepsi umum. Rujuk sini. Pengakuan zaini tue sebenarnya menarik sebab apa? Sebab ;



1. Zaini = kolumnis tetap utusan

2. Zaini = timbalan ketua pengarang utusan

3. Zaini = pro umno.

Bukan seme yang kerja di utusan tue pro umno beb. Tapi apa yang pasti utusan harus diperlihatkan seolah2 mereka tue pro umno sebab bos2 mereka ialah umno. Dalam blogs bn depa tulis wartawan dihalau oleh beberapa individu yang berang dengan penulisan artikel tersebut. Depa cakap wartawan malaysiakini spin fakta.

Sebenarnya apa yang disampaikan oleh zaini ialah pembangkang menguasai persepsi rakyat menggunakan media sosial setelah melakukan pembohongan secara terang2an. Ini yang si zaini cuba sampaikan. Tah betul tah tidak tapi aku percaya wartawan malaysiakini bukan orang bodoh yang suka2 nak fitnah zaini tak pasal2. Kalau kena saman malaysiakini yang rugi kalau kalah. So takan dia bodoh2 nak hilang kerja dipecat sebab bos dia disaman tak pasal2 kan?

Ada baiknya jika ada rakaman ucapan zaini, dedahkan ajek. Masa tue kita boleh tahu siapa yang tipu dan siapa yang tidak. Lagipun kalau pun si zaini tak mengaku utusan suka spin kami dah lama tahu dah utusan memang kaki spin.

Nak dengan taknak mengaku je larh pun.

NAJIB TENGOK GAMBAR INI-LAMBAT LAGILAH TARIKH PRU KE-13


Beribu rakyat prihatin telah menyertai Himpunan Oren berarak pada petang ini telah berjaya menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong. Kumpulan rakyat prihatin yang benci kepada sistem pemerintahan Najib (demokrat palsu) yang menindas rakyat (termasuk peneroka-habua-habuan yang ditaburkan semua itu adalah sebagai umpan pilihan raya.Tidak ada sebesar hama pun keikhlasan Najib bagi membantu rakyat-ada udang disebalik batu) diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub.

TENTUNYA AGAMAWANG UMNO KATA DIBOLEHKAN KHAS UNTUK NAJIB

Today in History

HISHAMUDDIN JANGAN BERBOHONG

Kadar jenayah meningkat,.. bukan menurun!!
 
Datuk Seri Hishamuddin Tun Husein berbohong atau bercakap benar? Selaku Menteri Dalam Negeri beliau semestinya  wajib lebih bertanggung jawab !  Jangan cuba berbohong mengatakan kadar jenayah di Negara ini semakin menurun, walhal semakin meningkat!!

 Kita pun merasa hairan,.. hari-hari akhbar memaparkan kejadian jenayah, seperti ragut, rogol, bunuh, pukul dan tetak, cincang mayat, bakar mayat, malah bakar mayat hidup-hidup pun pernah berlaku. Maka dimana lojiknya  kerajaan mengumumkan  indeks kadar jenayah negara menurun 10.1%  bagi tempoh Januari hingga Mei 2012,  berbanding tempoh sama tahun lalu.

Tengku Razaleigh sebagai Presiden UMNO?

Oleh Selena Tay
Ada seorang penganalisis politik neutral berpendapat bahawa Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak akan memimpin BN dalam Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) yang akan datang ini.

Alasan penganalisis ini adalah kerana ada kuasa dalaman yang yakin bahawa beliau sudah tidak mampu lagi untuk melaksanakan pilihanraya memandangkan bahawa beliau telah mengambil masa yang terlalu lama untuk melaksanakannya
Falsafa Cina ada mengatakan: 'Jika seseorang itu mengambil masa yang terlalu lama untuk melakukan sesuatu, maka akhirnya orang itu akan gagal melakukannya'.

Rungutan Kakitangan Kerajaan Terhadap Najib

Oleh Shahbudin Husin
Berita mengenai dua ekor panda yang dipinjamkan oleh Kerajaan China kepada Malaysia dua tiga minggu lalu sebenarnya masih lagi menjadi percakapan umum terutamanya di kalangan pegawai tinggi kerajaan. Kesediaan Najib menerima hadiah yang dipinjamkan sempena meraikan empat dekad hubungan mesra Malaysia - China itu menimbulkan beberapa persoalan tentang kebijaksanaan Najib dalam membuat keputusan.

BTN given leeway to stoke racial tension with ‘spin’, says Kit Siang

KUALA LUMPUR, July 14 — The ruling Barisan Nasional (BN) government is “giving its blessing” to a national agency aimed at promoting nation-building to continue pushing biased and racial “spin” despite promising to revamp its modules, a senior opposition lawmaker said today.
DAP parliamentary leader Lim Kit Siang demanded that the Prime Minister’s Department explain to the public why it is allowing the controversial National Civics Bureau — better known by its Malay name Biro Tata Negara (BTN) — to carry on with its racial propaganda just hours after a deputy chief editor in Umno-owned daily Utusan Malaysia reportedly told a forum on social media that it was “okay” to “spin” facts detrimental to opposition leaders to paint a desired picture to readers.
Lim said Utusan has been given free rein to attack the opposition repeatedly over the last few years. — File pic
“Malaysian taxpayers are entitled to know why is the Umno/Barisan Nasional government giving its blessing to such unethical and dishonest journalism by being involved in the social media convention through the Biro Tata Negara of the Prime Minister’s Department, not only to disseminate unethical and dishonest principles of journalism and its application in the social media, but to carry out what is clearly divisive and destructive social activities which could only undermine inter-racial harmony, national unity and 1 Malaysia nation-building. “Is this confirmation that Biro Tata Negara ... is back in business as the most divisive and destructive brainwashing centre in the country, dividing instead of uniting Malaysians regardless of race, religion, region, class, age or gender despite earlier assurances that BTN is being reformed into a truly Malaysian rather than racist institution?” Lim asked in a statement today.

MIRROR MIRROR ON THE WALL Stop blaming Pak Lah for everything, Dr M

“Former premier Mahathir Mohamad has yet again expressed regret over his choice of successor,” said a report, referring to Abdullah Badawi (Pak Lah) he chose to become the 5th PM (prime minister) of the country.
To many political observers, Mahathir did choose the right man to replace him. It was only that Abdullah had little time to dismantle all the wrongdoings of Mahathir during the 22 years he was PM.
MIRROR MIRROR ON THE WALL Stop blaming Pak Lah for everything, Dr MAbdullah underwent a tough time dismantling Mahathir’s legacies, as back then the debauched culture of money politics in UMNO had already been fossilised by Mahathir. Many of Mahathir’s men were not ready to see Abdullah “clean up” UMNO from dirty politics involving money.
Ousted as PM
Many in UMNO who could not accept Abdullah’s reformation on “clean” politics and “dirty” politicians sabotaged him and worked over-time to throw him out. He was unceremoniously ousted as PM in 2009 for Najib to take over. And today the nation sees the same kind of money politics like what they saw during Mahathir’s era.
Money politics had become the mother of all corruption in the country during Mahathir’s time. And after Abdullah, Najib lacks the political will and is too weak to make any “transformation” to curb money politics for fear that he will be pinned by Mahathir and ostracised by ambitious and wealthy UMNO warlords and their cronies.

Najib the Autocrat: Time for Malaysians to escape from his clutches

Whether you call it a Freudian slip or not, Najib’s admission that he had repealed the Internal Security Act because "it did not benefit BN politically" couldn’t come at worse time than now. With the General Election looming so close, the PM has indeed laid bare of his ‘real self’ to the entire nation, unprovoked.
Najib the Autocrat: Time for Malaysians to escape from his clutchesWith that unsolicited confession, Najib has in fact committed the greatest blunder of his political career. Faced with such predicaments, political leaders especially head of state, could always indulge in blaming others, not the least on misreporting by the media. With this one, he is checkmated because he is heard and quoted verbatim.
But what is so wrong about it, you might wonder.
Well, there’re hardly anything right about that statement. As to its wrong, it is an endless list.
The endless list
Firstly, the draconian nature of the ISA needs no further elaboration. That it has become antiquated has always been looked upon with scorn and utter disdain. The untold agony it has inflicted on all its victims would never go away and shall remain to eternity.

Kenyataan Musa tentang kadar jenayah bersifat peribadi

Kadar indeks jenayah di Malaysia masih lagi rendah berbanding negara lain di dunia.
KOTA SAMARAHAN: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyifatkan kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berhubung kadar indeks sebenar jenayah di negara ini masih tinggi sebagai bersifat peribadi. Beliau berkata kadar indeks jenayah di Malaysia masih lagi rendah berbanding negara lain di dunia dan statistik yang diperoleh merangkumi keseluruhan kes jenayah sebagaimana yang ditentukan di bawah indeks keamanan global (GPI).
“Bagi saya, itu pandangan peribadi beliau (Tan Sri Musa) dan beliau sebagai bekas Ketua Polis Negara tidak mendapat maklumat terkini berhubung statistik semasa,” katanya kepada pemberita selepas perbarisan tamat latihan Sijil Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Kor Suksis) Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) SeMalaysia kali ke-8 di Universiti Malaysia Sarawak di sini.

Semua Ketawakan Ahmad Maslan Yang Dakwa Himpunan Oren Cuma 1,000 Orang


Ketua Penerangan Umno menyatakan dalam twitternya bahawa hanya 1,000 orang sahaja hadir pada Himpunan Oren sebentar tadi. Tetapi gambar ini menjawab dakwaan Ahmad Maslan. Nampaknya seorang demi seorang pemimpin Umno/BN gagal matematik.

Saya yakin jika Ahmad Maslan mengira jumlah seramai ini hanya 1,000, sudah tentu Rais punya kiraan hanya 100 orang sahaja.

TV3 dan RTM sudah tentu tidak akan menayangkan gambar himpunan ini. Kalau ditayangkan pun semasa mereka sudah bersurai atau ketika wakil peneroka bergerak ke Istana Negara

Inilah standard media di Malaysia.

Nik Aziz timbang banglo untuk qari Malaysia juara Tilawah Al-Quran


Nik Aziz timbang banglo untuk qari Malaysia juara Tilawah Al-Quran
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah menyampaikan hadiah kepada Johan Qariah dari Magribi, Hasnae Khoulali - Foto Bernama
Nik Aziz timbang banglo untuk qari Malaysia juara Tilawah Al-Quran
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengucapkan tahniah kepada Johan Qari dari Malaysia Muhammad Anuar Ghazali dari Kelantan - Foto Bernama
KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan untuk menghadiahkan sebuah banglo kepada anak kelahiran Kelantan, Muhammad Anuar Ghazali, 36, yang dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Antarabangsa ke-54 malam tadi.

Nazri: Akta Keharmonian Nasional bolehkan kerajaan, pemimpin dikritik

KUALA KANGSAR, 14 Julai — Akta Keharmonian Nasional yang menggantikan Akta Hasutan 1948 membolehkan kerajaan dan pemimpin dikritik oleh rakyat dalam usaha menjamin kebebasan bersuara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata kritikan terhadap kerajaan dan pemimpin dibolehkan dan dianggap sebagai saling mengimbangi dan mengawasi supaya kerajaan sedar kemungkinan wujud kelemahan.
Bagaimanapun, tidak ada kebebasan bersuara yang mutlak dalam negara berbilang kaum dan agama yang mana akta baharu itu tetap memelihara keharmonian kaum dan melindungi institusi Raja-Raja Melayu.
“Saya tidak jangka rang undang-undang akta baharu itu dapat dibentangkan dalam mesyuarat (Persidangan Dewan Rakyat) akan datang kerana bulan September terlalu dekat. Mungkin tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan gelanggang futsal di Taman Kuala Kangsar di sini hari ini.

Himpunan oren di istana negara....14-07-12

Krisis air: Syabas mahu catu air di tiga kawasan..!!!!

Konsep Kejiranan Terhadap BUKAN Islam - SHAM Kamikaze & Ustaz Azhar Idrus

Cara Masyarakat Elak BALA Allah - SHAM Kamikaze & Ustaz Azhar Idrus

Jawapan Balas Kepada USTAZAH POPULAR - Ustaz Azhar Idrus

Ulasan Kes Cerai Berlainan Parti Politik - TG Nik Aziz

GSF junjung kasih Agong perkenan terima memorandum rakyat

Anwar Ibrahim: Respectable Leader Must Have Sense Of Passion & Respect For Dignity Of Man & Woman

PAS Youth outraged by 'Pirate Ambiga' comic book

PAS Youth: Free ISA detainees or face mass rally

Pendirian mahu undur bukti Anwar jiwa besar


Anwar Ibrahim KUALA TERENGGANU – Penolong Setiausaha Agung Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi membela Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyifatkan kenyataan mutakhir pemimpin itu mahu berundur jika gagal dalam misi pilihan raya bukan gimik politik.

Sebaliknya, beliau melihat Anwar sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar apabila tetap dengan pendirian bersara daripada politik sekiranya Pakatan Rakyat (PR) gagal menawan
Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Muhyiddin mahu BN pertahan Gelang Patah habis-habisan...he.he..takut eh..!!!

Kerusi Parlimen Gelang Patah perlu dipertahankan kerana ia menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor Nusajaya.
JOHOR BAHARU: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Barisan Nasional (BN) Gelang Patah berusaha habis-habisan dalam mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya ke-13 (PRU-13) yang menurutnya akan berlangsung “tidak lama lagi.” Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN berkata kerusi Parlimen Gelang Patah perlu dipertahankan kerana ia menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor iaitu Nusajaya.
“Saya meminta setiap anggota Umno Bahagian Gelang Patah dan anggota komponen BN mempertahankan habis-habisan Parlimen Gelang Patah. Tidak ada masa untuk istirehat lagi, kita kena kerja keras 24 jam sehari untuk memastikan kemenangan (BN),” katanya hari ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata demikian ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Gelang Patah, yang turut dihadiri ketua bahagiannya Datuk Abdul Aziz Sapian.

Nik Aziz: Jangan kait amuk JPM dengan PR

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa agar jangan mengaitkan Pakatan Rakyat khususnya Pas dengan kejadian amuk di kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya Isnin lalu.

Nik Aziz juga berkata, beliau tidak dapat menerima mengapa individu terbabit mahu membawa pedang ke dalam kawasan JPM.

“Saya tak boleh terfikir, macam mana seseorang itu boleh bawa sebilah pedang samurai masuk ke bagunan JPM. Tak tahulah sama ada dia itu, ada kaitan dengan ajaran sesat dan perlakuannya itu tak masuk akal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis ramah mesra saudara baru di Kompleks Jubli Perak Panji, hari ini.

Dalam pada itu, Nik Aziz membidas dakwaan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam media tempatan baru-baru ini, yang mengatakan Umno gagal menawan Kelantan sejak 22 tahun lalu kerana rakyat di negeri ini taksub terhadap dirinya.

3000 hadiri bantahan Lynas, Kuantan.

KUANTAN 14 Julai: Lebih 3000 hadir di Bukit Pelindung, Kuantan bagi menyertai Perhimpunan Anti Lynas dan membantah pembinaan loji nadir bumi di Gebeng, Kuantan.
Himpunan itu dianjurkan NGO Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) dan mendapat sambutan hebat dari penduduk Kuantan.
Ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, rakyat yang hadir himpunan itu membantah sikap tamak dan angkuh kerajaan BN yang tidak mempedulikan kesan radioaktif akibat projek tersebut kepada penduduk setempat.
Kerajaan katanya, membenarkan Lynas beroperasi demi mendapatkan pelaburan RM8 bilion tanpa menghiraukan keselamatan rakyat.
“Sambutan di Kuantan ini membuktikan masyarakat Kuantan khasnya tidak mahu akan kilang ini (dibina),” katanya.

Himpunan Oren Desak Agong Campurtangan Dalam FGVH



KUALA LUMPUR 14 JULAI : Lebih 5,000 warga Felda dan orang ramai berkumpul di hadapan Istana Negara bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham.
Demonstrasi tersebut yang juga disertai pemipim politik Pakatan Rakyat, mendesak agar Yang Di-Pertuan Agong campurtangan dan mendesak kerajaan pusat agar menarik-balik penyeraian FGVH.
Perhimpunan yang dinamakan Himpunan Oren itu, juga mendesak agar Tan Sri Isa Samad meletak jawatan sebagai pengerusi Felda.
Ruang didepan pintu pagar Istana Negara di Jalan Duta digegarkan dengan laungan oleh peserta-peserta berbaju oren “Undur Najib” dan “Undur Isa Samad”, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Antara pemimpin Pakatan yang kelihatan adalah pemimpin Pas termasuk Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Naib Presiden Salahuddin Ayob, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa pusat Mazlan Aliman.

Suruhanjaya Sekuriti, Najib Razak Bakal Disaman ANAK


KUALA LUMPUR,14 JULAI : Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), akan mengambil tindakan undang-undang terhadap agensi dan pemimpin Kerajaan Pusat berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).
Setakat ini, usaha sedang dilakukan untuk mengemukan saman terhadap Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, kata Pengerusi Anak Mazlan Aliman.
“Peguam-peguam kita berada di peringkat akhir untuk menyaman kerana membenarkan penyenaraian Felda Global Ventures Berhad,” katanya.
Menurut beliau, saman RM 80 juta terhadap Najib adalah kerana pengerusi Umno-BN itu pernah mengutuk peneroka Felda yang menentang penyenaraian FGVH.

'Bebas tahanan ISA atau berdepan perhimpunan besar'

NONEPemuda PAS hari ini memberi kata dua kepada kerajaan persekutuan supaya membebaskan baki tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) September ini atau berdepan dengan satu lagi perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur.

Ketuanya, Nasrudin Hasan (kanan dalam gambar) berkata sempena
bulan Ramadan yang mulia, mereka akan berkempen untuk pembebasan 45 baki tahanan ISA di Kamunting.

Beliau menjangka perhimpunan tersebut akan diadakan September ini jika semua usaha mereka untuk pembebasan tahanan ISA itu, tidak diendahkan.

Presiden PAS jumpa Ghanoushi, tahniah kejayaan An-Nahdah



(Presiden PAS berbincang dengan Presiden Parti An-Nahdah Dr. Rashid Ghanoushi)

TUNISIA: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam berada di Tunisia dalam rangka lawatan bertemu pimpinan tertinggi Parti An-Nahdah selepas parti Islam itu berjaya memenangi pilihan raya negara itu Oktober tahun lalu.

Dalam kesempatan itu, Tuan Guru Abdul Hadi telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Parti An-Nahdah Dr. Rashid Ghanoushi sekaligus menyampai ucapan tahniah daripada PAS di atas kemenangan parti itu.

Turut serta dalam pertemuan itu pemimpin Hizbullah, Palestin.

Agong terima memorandum tuntutan Anak untuk bantah FGVH

KUALA LUMPUR, 14 Julai – Enam orang wakil dari Himpunan Oren pada hari ini menyerahkan memorandum kepada Yang Di-Pertuan Agong untuk campur tangan ke atas penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) ke bursa saham, hari ini.
Kumpulan itu diketuai oleh Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu, dan antaranya ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man, dan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka FELDA (Anak), Mazlan Aliman.
“Kami mengharapkan Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai Ketua Negara yang amat kami hormati untuk menasihatkan YAB Perdana Menteri dan pihak pemerintah, supaya membatalkan penyenaraian yang sudah berlaku,” menurut petikan yang tertulis dalam memorandum tersebut, yang diserahkan kepada Agong jam 3.30 petang tadi.

Wartawan Utusan ajar 'putar' fakta

NONETimbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.

Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.

"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).

"Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.

Uncle Seekers dibebas dengan jaminan polis


Uncle Seekers JOHOR BAHRU - Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya hari ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Akhir Ishak yang mengesahkan perkara itu, berkata Syed Abdullah, 46, dibebaskan pada 12.55 tengah hari.
Pengkaji aktiviti paranormal itu ditahan kira-kira pukul 7 malam pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai.
Dia kemudian direman selama tiga hari dengan perintah daripada Mahkamah Majistret di sini.
Sebelum itu, Syed Abdullah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan dalam blog miliknya  www.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor.

Felda: Kerajaan mesti dengar tuntutan rakyat



(Antara sepanduk yang dinaikkan sempena Himpunan Oren)

KUALA LUMPUR: “Kerajaan mesti mendengar tuntutan rakyat berhubung Felda,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau menyatakan demikian pada perarakan sempena Himpunan Oren, petang ini yang berhenti di Jalan Dutamas 1 kerana polis menutup jalan di situ.

Mengenai himpunan itu, beliau berkata rakyat sudah membuktikan mereka melakukan perhimpunan secara aman.


(Mazlan menunjukkan memo yang akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Agung)

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam ucapannya berkata suara rakyat suara keramat.

"Suara ini sudah ditindas sejak sekian lama. Isa Samad mesti dengar suara rakyat hari ini," ujarnya.

Memo bantah penyenaraian FGVH diserah kepada istana



KUALA LUMPUR: Enam orang dibenarkan memasuki Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Tamrin Ghafar, Dr Rosli Yaacop, wakil peneroka, Tanggam dan Siti Halijah Mohamad.


(Tuan Ibrahim berucap di perhimpunan Oren dari atas sebuah lori)

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan seorang peguam yang disenaraikan untuk menggantikan dua lagi yang tidak dihadir bagaimanapun tidak dibenarkan masuk.


Ini kerana pihak istana hanya merujuk kepada senarai asal.

(Mohamad Sabu menaiki kereta menuju ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung)


Mereka dibawa dengan kendera polis dan pihak istana kira-kira jam 3.20 oetang.

Penyerahan memorandum itu hanya sekitar 10 minit sahaja dan mereka kemudian menuju ke tempat para peserta Himpunan Oren berkumpul selepas perarakan, kira-kira 600 meter dari pagar Istana Negara.

Lebih lima ribu banjiri Himpunan Oren

Peserta perhimpunan dihalang untuk mendekati pintu masuk Istana tetapi lapan daripada mereka dibenarkan untuk menyerahkan memorandum tersebut.

KUALA LUMPUR: Seramai lebih lima ribu orang menyertai ‘Himpunan Oren Selamatkan Felda’ di Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Kuala Lumpur.
Perhimpunan itu yang dianjurkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) mula berkumpul di perkarangan masjib tersebut sejak 1.00 tengahari tadi dan berjalan ke arah Istana Negara untuk menyerahkan memorandum bagi menyuarakan bantahan penyenaraian itu.
Mereka telah dihalang untuk mendekati pintu masuk Istana tetapi lapan dari mereka dibenarkan untuk memasuki kawasan Istana untuk menyerahkan memorandum tersebut.
Pihak polis, yang memantau perhimpunan tersebut, membenarkan peserta berarak bermula jam 2.00 petang daripada Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta ke checkpoint pertama di perkarangan tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Jalan Duta.
Kemudiannya di tempat letak kereta itu, polis membenarkan wakil peneroka, selain pemimpin NGO dan parti politik memberikan ucapan sehingga pukul 3.00 petang.

Himpunan Oren berarak ke Istana Negara bantah penyenaraian FGVH

Orang ramai berkumpul di luar Masjid Wilayah Persekutuan sebelum perarakan ke Istana Negara bermula. — Gambar oleh Amin Iskandar
KUALA LUMPUR, 14 Julai — Ribuan anak-anak peneroka Felda membanjiri bandaraya di sini dalam baju jingga untuk menyerahkan memorandum kepada Yang diPertuan Agong bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdling (FGVH) di Bursa Malaysia. Perarakan protes mereka ke Istana Negara bertolak dari Masjid Wilayah Persekutuan kira-kira 2.30 petang tadi.
Para penunjuk perasaan tersebut yang dijangka melebihi seramai 2,000 orang juga menuntut pengerusi Felda Tan Sri Isa Abdul Samad untuk meletak jawatan, berserta lapan tuntutan lain yang disenaraikan oleh Himpunan Anak-Anak Felda (Anak).
Setakat ini, polis berkata keadaan masih terkawal dalam Himpunan Oren ini.

Fearing foreign control, FELDA settlers beseech King to delist FGVH

KUALA LUMPUR, July 14 — Worried FELDA settlers sought today the Yang di-Pertuan Agong’s intervention in a last-ditch bid to pull FELDA Global Ventures Holding (FGVH) from the open market over fears that foreign investors may rob them of the fruits of their hard-earned labour.
Eight representatives from an umbrella group calling itself Gerakan Selamatkan FELDA (GSF) handed over a memorandum to palace officials at 3.30pm today seeking the King’s intervention to withdraw FGVH from being listed on Bursa Malaysia.
Settlers march to Istana Negara to hand over a memorandum in protest of the listing of FGVH in Kuala Lumpur on July 14, 2012. — Reuters pic
The settlers, who hold a stake in the plantation giant, are continuing to resist its successful listing out of fear they will lose control of an asset they had invested in for generations.  “Under Article 153 of the Federal Constitution, the protection of the Malays and the rights of the Bumiputeras are under the powers of the Yang di-Pertuan Agong,” said PAS deputy president Mohamad Sabu, who was in the eight-man team that met with palace officials at Istana Negara.
He said that was why the mostly Malay group had decided to seek the King’s help.
In the memorandum, GSF hoped the King would advise the prime minister and the authorities to cancel the listing which had already taken place on June 28.

Polis iring Himpunan Oren serah memo



Seramai lebih 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
himpunan oren marchKumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub.
Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.
crowd at anti-felda fgv march pasPeserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia.

Kumpulan itu berarak melalui Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah dan seterusnya Jalan Dutamas 1.
Kumpulan berkenaan kemudiannya disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan berhampiran persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1.
Sekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 600 meter daripada Istana Negara, seperti yang dipersetujui dalam perbincangan penganjur dengan polis semalam.

Dalam ucapannya kepada peserta perhimpunan di lokasi tesebut, Mohamad Sabu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh campurtangan dalam isu berkenaan berdasarkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan demi "mempertahankan kepentingan orang Melayu.""

Mazlan Aliman pula dalam ucapannya berkata pihaknya akan "melawan habis-habisan" walaupun FGVH telah disenaraikan ke Bursa Malaysia.

GSF junjung kasih Agong berkenan terima memorandum


KUALA LUMPUR, 14 Julai: Gerakan Selamatkan Felda (GSF) menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana berkenan menerima memorandum bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) ke Bursa Malaysia hari ini.

Koordinator GSF, Mazlan Aliman berkata, penerimaan baik memorandum peneroka itu membuktikan isu peneroka bukan 'isu jalanan' tetapi mendapat pengiktirafan Yang di-Pertuan Agong.

"Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana hari ini detik yang paling bersejarah kerana selama lapan bulan kita berhubung dengan perdana menteri bagi menyatakan pandangan kita tapi langsung tak ada respons.