Jumaat, 13 Julai 2012

Polis benar Himpunan Oren berarak esok

Rafizi threatens to reveal MCA-Talam links

LAPORAN KHAS : Buku Jingga

Tanggungjawab KERAJAAN Kepada BUKAN Islam - SHAM Kamikaze & Ustaz Azhar

Boleh Bawa AWEK Naik MOTOR Tapi Tak Bersentuh ? - Ustaz Azhar Idrus

ISU Rokok / Rahsia KEMPEN Jangan Merokok - Ustaz Azhar Idrus

Uncleseekers.blogspot.com 2012 : Blog Disekat TM. Apakah Kebenaran Dakwaan Penyelewengan Kerabat Sultan Johor?

Uncleseekers.blogspot.com : Selepas menggemparkan negara dengan pelbagai liputan siri demi siri mengenai dakwaan yang dilemparkan melibatkan antara pemimpin peringkat tertinggi negara termasuklah Sultan Johor, Sultan Ibrahim, blog Uncleseekers.blogspot.com telah mula disekat oleh Telekom Malaysia (TM) untuk terus diakses oleh rakyat Malaysia….
Ya…kami sendiri telah membaca pendedahan dan dakwaan yang dikeluarkan melalui blog Uncleseekers.blogspot.com daripada PART 1 sehinggalah laporan yang terakhir iaitu siri yang ke 64. Kami membaca pendedahan liputan dan laporan yang dikeluarkan daripada blog Uncleseekers.blogspot.com yang mana telah disertakan dengan rujukan termasuklah bukti-bukti dan dokumen sokongan dengan harapan memberikan keyakinan pada pembacanya.

Ni Dia Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting....!!!


"Bongkar!! Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting Highlands?

Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL.

Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.

Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.

Syariat Islam Tetap Jadi Sumber Hukum di Mesir


"Majlis Penyusunan Perlembagaan baru Mesir akhirnya sepakat mempertahankan syariat Islam sebagai sumber segala undang-undang setelah melalui perdebatan panjang. Perjanjian itu diambil lewat voting dan majoriti mutlak ahli majlis bersetuju untuk mempertahankan Perkara-2 Perlembagaan 1971 yang menyebutkan bahawa syariat Islam merupakan sumber segala undang-undang, demikian laporan media massa tempatan, Rabu (11/7/2012). Majlis Penyusunan Perlembagaan yang anggotanya dari pelbagai kalangan masyarakat Mesir termasuk NGO dan ketua agama tersebut saat ini sedang intensif membahas pasal demi pasal perlembagaan baru pengganti UUD 1971.

PKR Nasihat Pengarah Prasarana Jangan Jadi Jurucakap PM


PETALING JAYA 13 JULAI: Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar disaran supaya tidak menjadi jurucakap kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga sanggup mempersoal kesahihan dokumen rasmi Kementerian Kewangan yang membuktikan George Kent dianugerahkan projek tambahan LRT Ampang.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mempersoalkan sekiranya dokumen tersebut palsu seperti yang didakwa, mengapa sehingga kini masih belum dinafikan oleh Perdana Menteri atau mana-mana pegawai tinggi kerajaan.

LRT Ampang : Rafizi disiasat polis, hanya akan jawab di mahkamah

Rafizi (kanan) berkata beliau enggan menjawab soalan daripada penyiasat polis. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 13 Julai — Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini dipanggil oleh pihak polis di Balai Polis Tropicana, Petaling Jaya untuk disiasat berkenaan dokumen rahsia projek sambungan LRT Ampang. Rafizi dipanggil ke balai polis Tropicana pada pukul 3 petang dan disoal berkenaan dengan dokumen rahsia itu selama sejam.
“Saya hanya jawab ‘saya akan jawab’ di mahkamah ketika disoalsiasat oleh polis.
“Di bawah Seksyen 112 Prosedur Siasatan Jenayah, Kita mempunyai hak untuk tidak menjawab sekiranya jawapan kita boleh digunakan untuk mendakwa kita.
“Saya tidak menjawab satu soalan pun,” kata Rafizi dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider sebentar tadi.

Rafizi persoal penglibatan Thales, syarikat berkait skandal Scorpene dalam projek LRT Ampang

PETALING JAYA, 13 Julai — Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan penglibatan syarikat kontroversi Perancis, Thales International, yang dikaitkan dengan skandal kapal selam Scorpene dalam usaha sama dengan George Kent untuk bidaan projek penyambungan Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang.
Beliau mendakwa Thales adalah sebahagian dariapada Konsortium George Kent yang dikatakan telah dianugerahkan kontrak berkenaan.
Pengarah Strategi PKR itu menjelaskan daripada lapan bidaan, tiga daripadanya adalah usahasama antara Thales dengan syarikat lain berdasarkan laporan teknikal yang dikeluarkan oleh perunding Harclow iaitu, George Kent-Wijet-Thales, Colas-CMC-Thales and Samsung-LG-Thales.

Hudud : Gambaran negatif, PAS NS lapor polis

Penolong Setiausaha MCA Negeri Sembilan, Jason Lee dalam Twitternya menyifatkan hudud sebagai hukum agama yang melampau.
SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan hari ini membuat laporan polis terhadap MCA negeri kerana mendakwa parti perkauman Cina itu memberi gambaran negatif terhadap agama Islam dan PAS.
Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani berkata beberapa aktiviti parti dan kepimpinan MCA Negeri Sembilan berusaha untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina tentang PAS.
“Dalam satu majlis bersama rakyat pada malam 19 Jun lalu kepimpinan MCA telah menganjur ceramah dan tayangan multimedia yang memberi gambaran buruk tentang undang-undang Islam termasuk hukum hudud kepada masyarakat bukan Islam.
“Penolong Setiausaha MCA Negeri Sembilan, Jason Lee dalam Twitternya cuba mengaitkan kejadian amuk di Putrajaya baru-baru ini dengan agama Islam dan sekaligus cuba mengaitkan PAS dengan kejadian tersebut.

UTUSAN MELOYA!!! Rasis, Pembohong, Porno

Ketirisan (bahasa lemah lembut untuk rasuah, korupsi dan pembaziran) di Malaysia berjumlah RM26 bilion sahaja, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Chor Chee Heung semasa sesi soal jawab sewaktu debat di antara Lim Guan Eng dan Chua Soi Lek baru-baru ini. 
 
Walau pun ‘ketirisan’ wang negara RM26 bilion, lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia, tak tulis apa apa pun. Yang Utusan mainkan ialah menyerang kerajaan Pakatan rakyat Selangor dengan isu Talam, kononnya berlaku rasuah tapi tak dapat dibuktikan sampai sekarang, yang akhirnya makan diri sendiri.
 
Itulah bagai dikata, “kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak” atau buat-buat tak nampak? Nak tutup pekung sendiri, dijaja cerita sana sini.
 
Apa nak jadi dengan kerajaan BN, hidup pun dengan duit cukai rakyat. Sedarlah sikit.

Promo Himpunan Hijau Ke Putrajaya di Stadium Kuala Selangor 15 Jul 2012 ...

Reveal full budget on crime reduction, Pemandu told

Himpunan Oren: Peserta dibenarkan berarak esok

‘Boycott Petron to fight corruption’

Malacca’s G Rajendran says that would be a better way of fighting corruption than relying on the police and MACC.
PETALING JAYA: A PKR leader has suggested that a boycott of companies owned by BN cronies would be a more effective method of fighting corruption in Malaysia than depending on action by the police or MACC.
Malacca PKR vice chairman G Rajendran said he would start the ball rolling by launching a “Say No to Petron” campaign against the new petrol and gas company, which is said to be owned by Mirzan Mahathir, one of former prime minister Dr Mahathir Mohamad’s sons.
He told FMT the campaign would be initially carried out through Facebook and other social networking sites, but did not say when he would launch it.

KEADILAN sertai Himpunan Oren Selamatkan Felda

KUALA LUMPUR 13 Julai: Demonstrasi peneroka membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) Berhad yang berlangsung esok mendapat sokongan padu KEADILAN.
Timbalan Setiausaha Agungnya, T Kumar berkata, penyenaraian yang dilaksanakan oleh kerajaan BN amat menindas peneroka dan mereka berhak membantah.
“KEADILAN menyokong demonstrasi itu kerana kita nampak penyenaraian ini tidak membawa keuntungan kepada peneroka.
“Dari segi jangka panjang, kerugian lebih besar ditanggung peneroka. Begitu juga 840,000 ekar tanah yang dipajakkan oleh FGVH. Tanah itu kini dibuka kepada pembeli saham termasuk pelabur asing,” katanya.
Menyokong tunjuk perasaan, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Birham juga menggesa ahli-ahli KEADILAN menyertainya bagi menunjukkan kepada kerajaan BN rakyat menentang kezaliman ke atas peneroka.
“Anggota KEADILAN dan semua golongan peneroka serta generasi kedua akan menyertai himpunan ini esok.

Agamawan Umno ‘bisu’ bila pimpinan BN mungkar

KUALA LUMPUR 13 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak golongan agamawan Umno yang
menikus terhadap kemungkaran oleh pimpinan BN.
“Semua orang tahu anak Mahathir (Mohamad), Mirzan beli syarikat arak, San Miguel. Oh…kalau anak muda minum arak kamu hukum, mahu rotan, mahu penjara.
“Tapi pada pemimpin Umno, kamu diam! Ada kita dengar fatwa? Tidak ada…,” kata Anwar di hadapan 3,000 hadirin sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Petaling Utama, malam tadi.
Dalam ucapannya, beliau turut menyelar sikap pemimpin Umno BN yang sering meniup sentimen perkauman dan keagamaan.

DON'T CHICKEN OUT NOW: Tony challenges 'mega-blunder' Tee Yong to Talam debate

DON'T CHICKEN OUT NOW: Tony challenges 'mega-blunder' Tee Yong to Talam debateIf there’s something to take home positively from the series of “exposés” from Datuk Chua Tee Yong and his band of Selangor MCA cheerleaders, it is that he will doggedly persist with making increasingly ludicrous allegations against the Pakatan Rakyat state government, even if it is at the expense of exposing himself as a half-baked accountant.
To date, he has not even responded to the billion ringgit mega-blunder he has made, or other alleged scandals over the land asset recovery by the Selangor state which were exposed as unscandalous. He now alleges that the Selangor state subsidiary Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB) was forced to take a supersized RM230 million loan to acquire land from Menteri Besar (Incorporated) as part of the Talam debt settlement agreement.
From bad to worse

Hudud dan politik

Apabila sudah wujud kalangan wakil rakyat Umno yang mencadangkan undang-undang hudud, maka tercetus kenyataan-kenyataan balas yang mengejutkan. Ada NGO yang meminta supaya jangan mempolitikkan hukum hudud. MCA pula menuduh Umno sudah hilang akal dan ada kelompok yang berdiam diri kerana jahil. Maka lebih baik diam sahaja. Lebih mendukacitakan pula ialah kalangan ilmuan Islam yang berada dalam kelompok Umno ikut sama berdiam diri, sama ada yang sudah tua atau yang bergelar ulama muda. Kalau yang kami telah luluskan di Kelantan dan Terengganu itu hudud ciptaan PAS, sila tunjukkanlah di mana silapnya dan mana dia hudud Islam yang sebenarnya. Marilah kita menerima kenyataan ini secara positif dan berbincang secara ilmu dengan menunaikan amanah perintah Allah dan hudud adalah hukum Allah secara nas sehingga para ulama bermazhab diharamkan berijtihad.

Ceramah: Nik Aziz dakwa SK 'abai' beliau


Nik Aziz kecam Harussani KOTA BHARU - Umno dikatakan punca wujudnya jurang ideologi politik yang tinggi dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan perceraian.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, situasi itu berlaku kerana pemimpin Umno yang mula bertindak meletakkan jurang tersebut antara Umno dengan Pas.

“Pemimpin Umno sendiri membuat perbezaan antara Pas dengan mereka (Umno). Sedangkan Pas ini parti yang halal sebagaimana Umno berdaftar, kita (Pas) pun mendaftar sebagai sebuah parti.

Kronisme masih kukuh dalam urus kelola negara


Teras Pengupayaan Melayu (Teras) mendapati budaya kronisme dalam pentadbiran negara maseh kukuh malah mendapat rangsangan kuat dari pemimpin dan bekas pemimpin negara.
Bermula dari kes tender secara rundingan terus sehingga kes anugerah kepada syarikat tanpa ketelusan dan tanpa tender terbuka. Negara ini jelas mengabsahkan amalan kronisme yang sangat ketara.

Walaupun jelas ia bertentangan dengan prosidur yang piawai dalam meluluskan tender, namun untuk menjamin rakan kroni mendapat tender tersebut walaupun harga yang ditawar jauh lebih tinggi dari syarikat yang lain dalam tender terbuka.

Umno MCA gadai lebih 4,000 ekar tanah rakyat S’ngor kepada Talam

PETALING JAYA 13 Julai: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli menggesa MCA memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor atas penyelewengan yang dilakukan bersama Umno hingga menyebabkan 4,259 ekar tanah di negeri itu tergadai.
Kata Rafizi, Umno dan MCA memindahkan tanah tersebut kepada Talam Corporation (Talam) dan kemudian mencagarnya ke bank.
“Hutang tertunggak Talam kepada bank mencecah RM286 juta. Penyelewengan yang ditinggalkan oleh MCA ini terpaksa diselesaikan oleh Pakatan Rakyat. Ini bermula dengan merampas tanah-tanah dan harta milik Talam termasuklah tanah yang digadai kepada bank.
“Jumlah aset yang dirampas dari Talam mencecah RM684 juta. Daripada jumlah ini, RM292 juta digunakan untuk melangsaikan hutang bank dan pemiutang lain bagi membebaskan tanah tersebut dari gadaian.

Amaran Kepada MCA Henti Fitnah Isu Talam Atau Berdepan....

PETALING JAYA 13 JULAI: Pimpinan MCA diminta menghentikan fitnah berhubung isu Talam Corporation atau berdepan pendedahan perkaitan BN dengan syarikat berkenaan yang pernah menjadi anak emas Umno-MCA satu ketika dahulu.
Amaran keras ini diberikan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memandangkan hutang Talam merupakan antara siri penyelewengan kerajaan Umno-MCA yang akhirnya terpaksa diselesaikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Katanya, sekurang-kurangnya 4,259 ekar tanah dipindahmilik kepada Talam Corporation di zaman pemerintahan BN sehingga mereka membiarkan syarikat berkenaan tidak membayar cukai tanah dan premium kepada Kerajaan Negeri selain tanah berkenaan dicagarkan oleh Talam Corporation kepada bank.

Wan Azizah sokong Musa Hassan tentang fakta jenayah

PETALING JAYA, 13 Julai — PKR mendesak kerajaan Persekutuan supaya menangani peningkatan kes jenayah, dan bukannya memberikan keutamaan kepada pengurusan persepsi awam.
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah (gambar) juga turut mempertikaikan kenyataan PEMANDU semalam yang mengumumkan pihaknya telah menggunakan 0.75 peratus daripada Program Transformasi Kerajaan untuk pengurusan perhubungan awam terhadap jenayah.
“Rakyat mahukan tindakan diambil terhadap jenayah, dan bukannya pengurusan persepsi,” kata Wan Azizah kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini.
Jelas beliau lagi, “PEMANDU hanya memilih untuk menyerlahkan salah satu perkara istilah ini dalam perhubungan awam, dan bukannya menangani gambaran besar kes jenayah.”

Polis benarkan Himpunan Oren esok

KUALA LUMPUR: Polis membenarkan Himpunan Oren Selamatkan Felda dan perarakan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, esok.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan, Mazlan Aliman memberitahu demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan Ketua Polis Daerah Kepong dan Brickfields di IPD Kepong hampir dua jam bermula 3.30 petang ini.

Katanya, perarakan hanya dibenarkan sehingga 600 meter dari pintu 3 Istana Negara.

Orang ramai mahu tindakan bukan persepsi

KENYATAAN MEDIA

13 Julai 2012

Orang ramai mahu tindakan bukan persepsi

Kami kecewa dengan jawapan Pemandu kepada kebimbangan kami bahawa kerajaan membelanjakan 71% daripada bajet operasi mereka terhadap pengurangan jenayah NKRA pada menguruskan persepsi awam “perasaan takut terhadap jenayah.


 Pemandu salah mengatakan bahawa kami menyatakan bahawa 71% daripada dana GTP sedang dibelanjakan untuk perhubungan awam untuk meningkatkan persepsi orang ramai terhadap polis. Kami tidak pernah berkata demikian. Kami berkata kerajaan memperuntukkan 71% daripada bajet operasi NKRA Pengurangan Jenayah ke arah “persepsi menguruskan perasaan takut terhadap jenayah”.

Umno masih mengharap bantuan dubur Saiful?

Kelmarin, Pejabat Peguam Negara telah memfailkan notis rayuan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan terhadap pembebasan & pelepasan DS Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sesungguhnya rakyat sudah terlalu bosan, muak dan menyampah dengan kes ini. Tindakan Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan yang masih mahu menerima dan melayan kes yang tidak ada kes ini bukan saja menampakkan kebodohan dan kelemahan,  tetapi memalukan Malaysia di mata dunia. Kes ini sepatutnya sudah dibakulsampahkan !
 
Dengan back-up yang diberi oleh Pejabat Peguam Negara,.. nampaknya Umno masih mengharapkan sesuatu dari keajaiban dubur Saiful.  Mampukan dubur si jantan lembik ini membantu Umno untuk terus bernafas dan hidup, walupun tinggal nyawa-nyawa ikan ? Sama-samalah kita tunggu dan lihat nanti !!

Oleh : rahimothman

Cuepacs: Bonus Aidilfitri kakitangan awam dibincang Isnin ini..???


logo cuepacs KUALA LUMPUR - Tuntutan bonus Aidilfitri untuk 1.4 juta penjawat awam di negara ini adalah antara isu yang akan dibincang pada mesyuarat Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Isnin ini.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata permintaan bonus itu akan dibincang dari pelbagai sudut termasuk jumlah bayaran.

Cuepacs juga akan membincangkan dasar baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang membenarkan pemegang ijazah sarjana muda memohon jawatan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Dah nak tergolek baru panggil kami


Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka.

Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti ‘alternative’ dalam PRU akan datang ini.

Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama.

“Dah nak tergolek baru panggil kami,” kata salah seorang yang menghubungi saya itu.

Talam: Terima kasih kepada MB Selangor


Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang menghuraikan secara konsep usaha-usaha pentadbiran beliau mengutip hutang dari Talam Corporation kepada Dewan Undangan Negeri Selangor yang bersidang minggu ini.

KEADILAN menghormati pemisahan di antara pentadbiran Kerajaan Negeri dan pendirian parti. Oleh sebab itu, tidak ada pimpinan parti yang mendahului kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim supaya segala proses mengikut prosedur dan undang-undang boleh dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sebelum jawapan politik dilontarkan kepada MCA/Barisan Nasional.

Biro Politik KEADILAN yang bermesyuarat pada hari Rabu, 11 Julai telah memutuskan supaya pimpinan parti boleh mula mematahkan fitnah MCA di medan politik, setelah berpuas hati bahawa semua tindakan pentadbiran di peringkat Kerajaan Negeri telah pun dilaksanakan dengan baiknya.

Anwar Ibrahim: It's Now Or Never

Lajim, Bumburing batal hasrat lompat parti

Perkembangan ini telah menimbulkan seribu pertanyaan di kalangan para pemerhati.
KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi UPKO Datuk Wilfred Mojilip Bumburing dan Ahli Parliamen Umno Bahagian Beaufort, Datuk Lajim Ukin membatalkan hasrat mereka untuk melompat keluar Barisan Nasional (BN).
Para pemimpin PKR dan para pegawai penganjur majlis-majlis perjumpaan pada 15 Julai ini di Beaufort (untuk Lajim) dan di Tuaran (untuk Bumburing) telah mengesahkan bahawa rancangan untuk pengumuman rasmi mereka berdua mahu melompat keluar BN telah dibatalkan atau ‘ditunda’.
Perkembangan ini telah menimbulkan seribu pertanyaan di kalangan para pemerhati.
Para pemimpin atasan PKR, yang kecewa dengan perkembangan itu, nampaknya telah memberikan pelbagai alasan kenapa majlis-majlis pengumuman itu telah dibatalkan.
Menurut sumber, Bumburing menyalahkan bekas Ahli Parlimen Tuaran Datuk Kalakau Untol kerana terburu-buru mengatur majlis pengumuman itu sedangkan beliau belum bersedia berbuat demikian.
Kalakau, yang selama ini menjadi penyokong kuat Bumburing dalam banyak ceramah-ceramah Amanah, kini sangat memerlukan Bumburing dalam PKR, terutama Cabang Tuaran, untuk meningkatkan keupayaannya menyaingi Ketua Cabang PKR Tuaran, Hj. Ansari Abdullah.

Today in History for July 13th

Rafizi tuduh Umno-BN amalkan rasis

Syarikat terlibat rasuah Scorpene dapat projek LRT Ampang

PETALING JAYA 13 Julai: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, syarikat Thales yang dikaitkan dengan rasuah dalam urusniaga Scorpene, terbabit dalam gabungan syarikat Konsortium George Kent-Wijet-Thales yang dianugerahkan projek tambahan LRT Ampang bernilai RM1 bilion.
Menurut Rafizi, Thales diberi keistimewaan menyertai dua lagi konsortium lain iaitu Samsung-LG-Thales dan Colas-CMC-Thales dalam bidaan bagi projek tersebut.
“Thales adalah syarikat Perancis yang kini disiasat kerajaan Perancis atas tuduhan membayar rasuah RM144 juta kepada bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak dalam pembelian Scorpene.
“Kehadiran Thales sebagai syarikat utama dalam tiga konsortium pembida bagi projek tambahan LRT Ampang ini menimbulkan pelbagai persoalan baru mengenai hubungan rapatnya dengan Najib,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Keluarga Teoh Beng Hock Dakwa PM Tidak Tunai Janji

SHAH ALAM 13 JULAI: Keluarga mendiang Teoh Beng Hock sehingga kini masih tidak mempercayai apa yang berlaku pada tanggal 16 Julai 2009 dan masih menuntut keadilan sepenuhnya daripada pihak Kerajaan meskipun kejadian tersebut sudah berlalu tiga tahun lalu.
Adik mendiang, Teoh Lee Lan berkata, sehingga kini pihak kerajaan masih gagal menegakkan keadilan untuk mendiang seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketika diwawancara dalam rancangan Terus Terang terbitan TV Selangor, Lee Lan mengimbas kembali pertemuan bersama Perdana Menteri tiga tahun lalu di mana beliau berjanji akan memberi jawapan yang munasabah kepada keluarga dan mereka yang didapati bersalah akan dijatuhkan hukuman berat.

Mahasiswa muak janji mansuh ISA, ganti akta


KUALA LUMPUR: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mengecam sikap berdolak dalik Perdana Menteri  terhadap apa yang dijanjikan kepada rakyat.
Terbaru, setiausaha media SMM, Ahmad Shukri Kamarudin telah disiasat bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 berhubung beberapa komentar beliau mengenai apa yang didedahkan oleh blogger 'Uncle Seekers' di laman sosial 'Facebook' dan 'Twitter'.

Pengerusi SMM, Safwan Anang berkata keterbukaan dalam memberi pandangan adalah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 10.

Umno-BN biggest loser if Najib’s reform agenda fails

KUALA LUMPUR, July 13 — Umno and the Barisan Nasional (BN) stand to lose the most at the polls if hawks within the ruling establishment continue to oppose Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s reform agenda, a political scientist has said in remarks published today in Singapore.
Najib, who took over office from Tun Abdullah Ahmad Badawi in 2009 and is seeking a personal mandate in the 13th general election due soon, seems to up against “institutional inertia” in getting backing for his 1 Malaysia ideology and reform policies, Farish A. Noor said in an opinion piece published today in Singapore daily Straits Times.
Najib is facing strong resistance in carrying out his reforms from certain leaders within his party and from the country’s 1.4 million civil servants.
“As a transformer, his biggest challenge is the institutional inertia he has to overcome, from vested interests in the public sector as well as his own political party and coalition,” said the Penang-born political analyst, a senior fellow at Singapore’s famed S. Rajaratnam School of International Studies. Farish noted recent surveys have shown that Najib scored high on the popularity chart with his government, economic, social and legislative transformation plans under his 1 Malaysia banner but continued to face strong resistance in carrying them out from certain leaders within his party and from the country’s 1.4 million civil servants who have traditionally been a reliable vote bank.

Usaha BN takutkan Cina terhadap hudud gagal



Hukum Kebenaran dan Keadilan tidak semestinya mengikut hukum akal manusia yang serba lemah.

Apabila parti komponen BN samada UMNO atau MCA memainkan isu Hudud dengan harapan untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, ternyata usaha itu gagal.

Didapati lebih ramai masyarakat bukan Islam yang memahami dan menyokong perjuangan PAS.

Mereka sudah muak dan mual dengan agenda penyelewengan dan rasuah pemimpin BN dan sudah siap sedia untuk menobatkan Pakatan Rakyat menggantikan BN sebagai kerajaan baru di negara ini.

'Kalau saya jadi pegawai p'raya, YB tidak akan menang lagi''

NONEAhli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, seorang bekas pegawai pilihan raya yang menjaga parlimennya pada tahun 2008 memberitahunya beliau tidak akan menang dalam pilihan raya akan datang sekiranya pegawai tersebut kembali menjaga kawasannya.

Dalam ucapan di majlis makan malam anjuran PKR Lembah Pantai malam tadi, Nurul Izzah berkata, beliau terjumpa dengan pegawai pilihan raya yang enggan namanya disebut itu selepas berjumpa dengan Datuk Bandar petang semalam.

"Saya sebenarnya tidak sengaja bertemu dengan bekas pegawai pilihan raya pada tahun 2008 yang mana dia yang mengumumkan kemenangan saya pada pukul 2 pagi pada ketika itu.

Petronas sebagai 'Kantung Peribadi' Malaysia





KUALA LUMPUR: Syarikat Pengeluar Minyak milik negara Malaysia, Petronas menyerlahkan lagi kekesalannya, dan kali ini dinyatakan pada awal bulan Jun lepas di Persidangan Gas Dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Shamsul Azhar Abbas ketika berucap dipentas berkata bahawa dasar kerajaan mengenai subsidi bahan api adalah salah.

Di bawah,  bosnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sedang duduk di barisan hadapan.

Kemudian, apabila Najib mengambil podium, beliau mengingatkan bahawa subsidi - yang di sumbang Petronas mempunyai - "objektif sosio-ekonomi".

Rintihan Oren anak peneroka

Suatu dinihari pada tahun 1977, aku dikejutkan ibu. Dipimpin dan dimandikan di bawah pokok kabung, di celah rimbunan rumbia. Di sebuah kampong bernama Temelong, dalam daerah kecil Lenggong. Dalam negeri Perak yang belum berdarul ketika itu.


Semua orang sibuk dinihari itu. Sebuah lori, dua buah kereta sedang dimuatkan bebarang. Lantas kami sekeluarga bergerak meninggalkan Temelong. Atok dah opah melinangkan air di mata. Seusia 5 tahun aku tidak mengerti erti tangisan itu. Ah pedulikan, dah tua2pun nak nangis lagi, bentak hatiku.


Kereta ku naiki membelah kedinginan subuh. Good by Perak. Tanjung Malim menggamit. Kuala Kubu mengalu. Bukit Freser didaki. Menerobos hutan Pahang. Singgah di Masjid Ketari (yang kini aku berkuliah di dalamnya).

Kes Scorpene: Bapa Altantuya mahu Mahathir diheret sama

KUALA LUMPUR 13 Julai: Bapa Altantuya, Setev Shaaribuu mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diheret sama dalam skandal kapal selam Scorpene sehingga menyebabkan kematian anaknya.
Setev Shaaribuu (bertali leher)
“Walaupun Najib Razak yang bertanggungjawab dalam sub marin selaku Menteri Pertahanan masih membisu mengenai perkara ini, namun, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pada masa itu mesti tampil berhubung perkara ini,” kata Setev dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu dibacakan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor, semalam.

20 Adun Umno-BN Selangor Gagal Bahas Isu Rakyat


SHAH ALAM 13 JULAI : Adun-Adun Umno-BN dianggap sangat lesu sehinggakan tidak sanggup masuk ke Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) bagi membahaskan isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat.
Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata Adun-Adun BN ketika mengemukakan perbahasan tidak menampilkan hujah yang mantap dan cadangan yang bernas untuk kemajuan negeri dan rakyat.
Sehinggakan Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Satim Diman apabila perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan dibentangkan dan dibaca untuk kali pertama oleh Menteri Besar, beliau (Satim) tidak masuk dewan.

Mana pergi RM170 juta belanja transformasi kerajaan?

KUALA LUMPUR 13 Julai: Pengarah Biro Perdagangan KEADILAN, Wong Chen mempersoal ke mana perginya RM170 juta atau 71 peratus kos mengurus persepsi awam dari peruntukan Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Ini berikutan Pengarah Pencegahan Jenayah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan), Eugene Teh Yee mengatakan hanya 0.75 peratus daripada dana GTP dibelanjakan untuk aktiviti ini.
“Cuba kira. Bukankah RM170 juta dari RM240 juta kos pengurusan NKRA bersamaan 71 peratus?
“Ia dilulus dalam Belanjawan 2012. Ke mana pergi wang ini?” katanya kepada Keadilan Daily.
Selasa lalu, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertikai kerajaan kerana membelanjakan RM170 juta dengan cara salah hanya untuk membetulkan persepsi orang awam terhadap polis.

Puteri positif cadangan hudud....pemimpin kanan UMNO diam jerk..????


Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin SHAH ALAM – Puteri Umno memandang positif cadangan pelaksanaan hudud, namun menegaskan ia perlu dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, beliau melihat desakan pembangkang dan sesetengah pemimpin Umno yang mahu melaksanakan hudud dengan matlamat memurnikan akidah umat Islam sebagai langkah yang baik.

“Kita harus bersedia ke arah kesempurnaan pelaksanaan hudud dan berusaha memberi kefahaman jelas terhadap masyarakat majmuk di negara ini kerana ia adalah hukuman yang memiliki banyak cabang.

Amuk JPM : Orang kanan Khalil ditahan reman

SHAH ALAM - Seorang lelaki dipercayai individu yang membuat pengakuan terbuka akan sentiasa bersama Khalil Afandi Abd Hamid dalam 'perjuangan' lelaki yang ditembak mati oleh polis ketika mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lalu, ditahan reman bermula kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki 39 tahun itu akan ditahan sehingga Ahad untuk membantu siasatan kes berkenaan.

"Kita juga dapati, Khalil bertindak secara individu dan tidak ada kaitan dengan sebarang kumpulan ajaran sesat," kata Chin Wah ketika dihubungi Sinar Harian.

Rakyat, not handouts, decides nation’s fate

For the sake of truth and accountability, it is hoped the rakyat despite becoming recipients of the various handouts by BN, will exercise discretion in determing the fate of this nation.
It is giving the “awakened” rakyat goose bumps to watch how the ruling Barisan Nasional government is scampering against time to dole out politically-motivated goodies, one after another.
Helming it all was the Bantuan Rakyat 1Malaysia which has been nothing but an insult in the true sense of the word, for the beggarly RM500 far from meets the people’s needs, keeping today’s escalating cost of living in mind.
Still, the rakyat who benefited from BR1M is grateful but should stop at that. There is no need to offer eternal gratitude to BN for BR1M which comes with a hidden agenda, one that is aimed at serving the interest of BN leadership.
With the naive rakyat appeased through BR1M or the 1Malaysia People’s Fish Shop or the 1Malaysia restaurant, it was time to move on and win the hearts of senior citizens at old folks homes and then the taxi drivers. Next in line is the soon-to-be launched the 1Malaysia bookstore and the 1Malaysia clothes outlet.

Laporan polis Felda, JKKR bantah himpunan oren esok

Pengurusan Felda dan anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Tanah Rancangan (JKKR) Felda dari lapan tanah rancangan Felda Wilayah Jengka membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan Oren yang dijadual esok.
  
Laporan polis oleh lapan tanah rancangan berkenaan diwakili Pengurus Felda Sungai Tekam, Yunus Husin, dibuat di Balai Polis Jerantut semalam bertujuan meminta pihak berkuasa mencegah pihak terbabit daripada meneruskan perhimpunan tersebut.
  

Pakatan gesa penyokong sebar penyelewengan BN

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Pakatan Rakyat (PR) menggesa penyokong mereka menyebarkan segala maklumat berkenaan penyelewengan Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan sesuatu isu itu diterima rakyat, terutamanya mereka di kawasan luar bandar.
Pemimpin-pemimpin PR, dalam satu ceramah anjuran Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, malam tadi menegaskan, setiap maklumat berkenaan isu dan penyelewengan BN perlu disampaikan secara meluas bagi memudahkan rakyat memahami perkara tersebut.
“Saya menggesa kita tingkatkan usaha untuk menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan kita,” kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di sini malam tadi.
“Ini bagi memudahkan mereka memahami sesetengah isu itu dengan jelas ... seperti mana yang kita lakukan terhadap isu NFC (Pusat Fidlot Nasional).”
Anwar di ceramah anjuran Nurul Izzah malam tadi. — Foto oleh Choo Choy May
Anwar, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, menegaskan, PR juga telah berjaya menarik lebih ramai sokongan belia untuk menyokong mereka melalui isu pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). “Kita telah menang sokongan orang muda melalui isu pemansuhan PTPTN,” katanya di hadapan hampir 1,000 penyokong PR berbangsa Cina dalam majlis Makan Malam Mengumpul Dana Parlimen Lembah Pantai di Dewan Persatuan Hainan Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini.
Ketua Umum PKR itu juga turut menjelaskan, pendidikan akan menjadi kerangka utama dalam pemerintahan PR jika pakatan pembangkang itu berjaya menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

'More than 150' dead in Syrian army crackdown

Politik Malaysia : Saya suka SB, saya benci SB, SB itu kawan saya, SB itu mengintip kita

Kalau tanya kepada orang politik, bermacam-macam ragam akan diceritakan oleh mereka tentang SB (Special Branch) atau Cawangan Khas.

Saya nak bawak satu cerita di awal tahun 1980-an.  Ada seorang berpakaian berjubah, pelat Kelantan, pernah menginap di rumah saya dan bercerita dengan saya semua cerita-cerita Jihad Bersenjata.  Dia bercakap dengan nada yang jelas mengatakan bahawa dia tidak yakin lagi dengan perjuangan secara demokrasi.  Dia sudah memilih jalan rebolusi.

Bagi saya orang yang bercakap sebegini adalah orang yang sudah terkeluar dari landasan perjuangan, orang ini mungkin seorang penghasut yang sengaja datang menguji saya dan lebih senang lagi orang ini boleh disifatkan sebagai seorang SB.

Kerja SB memang begitu, dia menjadi penghasut supaya kita terikut-ikut dengan kata-katanya, dan apabila kita terperangkap maka kita akan ditahan dibawah ISA dan dia akan menghasut pemimpin-pemimpin yang lain pula.

Tak perlu sorok fakta, jenayah memang meningkat, kata Musa Hassan

Musa Hassan: “Jika jenayah tak teruk, tak perlulah menteri-menteri dan orang kaya guna ramai ‘bodyguard’.” — Foto oleh Amin Iskandar
 
KUALA LUMPUR, 13 Julai — Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan mendakwa kadar jenayah di Malaysia sememangnya telah meningkat dan meminta agar pihak berkuasa tidak menyorokkan fakta sebenar kepada orang ramai. “Rakyat perlu tahu perkara sebenar, tidak perlu sorok-sorok tentang masalah jenayah.
“Sewaktu saya memikul tanggungjawab sebagai KPN dahulu, saya sering sebut tentang peningkatan kadar jenayah,” kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider semalam.
Bekas KPN itu turut mengakui kadar jenayah di Malaysia pada hari ini berada di tahap yang membimbangkan.

Kod etika kerajaan sementara PRU-13...selama nie memang tak de etika eh..!!!

IPOH - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menguat kuasa kod etika kerajaan sementara kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kod etika yang menggariskan peranan sebenar kerajaan sementara bertujuan mengelak salah laku parti politik sepanjang kempen PRU-13.
"Dasar menjadikan kerajaan sedia ada sebagai kerajaan sementara pada tempoh PRU adalah amalan perundangan kebanyakan negara di dunia terutama Komanwel.
"Namun, sering menjadi pertikaian dakwaan salah laku berkaitan pertindihan peranan sebagai anggota kerajaan dan ahli parti politik seperti penggunaan jentera kerajaan untuk kempen pilihan raya," katanya selepas merasmikan Taklimat Persediaan Menghadapi PRU-13 kepada Pasukan Penguatkuasaan Kempen Pilihan Raya Perak di sini semalam.
Wan Ahmad berkata, draf awal kod etika terbabit kini dalam peringkat diperhalusi Jabatan Peguam Negara.

Raja KamarulBahrin : Ceramah Gong Badak

Majlis media sosial jangan bersifat politik


KUALA LUMPUR: Idea penubuhan majlis media sosial disambut baik PAS, bagaimanapun ia perlu menjadi satu platform yang benar-benar dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

Ia juga perlu dilihat bukan hanya untuk memantau media sosial membabitkan pembangkang kerajaan, tetapi turut memantau media sosial yang bercanggah dengan norma-norma murni.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata dengan pemantauan menyeluruh tanpa bersifat terpilih, idea ini perlu dilaksanakan secara serius.

"Mungkin ia idea politik, tapi kalau ia dijadikan platform yang betul-betul adil dan tidak berpihak, ia tiada masalah.  Majlis sebegini pun wujud di negara-negara lain seperti Amerika.

M'sians GETTING POORER by the day: Wealth creation but where is the DISTRIBUTION

The running theme for this year’s Merdeka Day celebrations by the BN government  – “Janji ditepati” (promises delivered) should actually be “Janji diketepi” (promises set aside) -  as Malaysians grapple with the fact and face up to the reality that the wealth created has so far not been equitably distributed among the people.
M'sians GETTING POORER by the day: Wealth creation but where is the DISTRIBUTIONEver since the inception of Merdeka, independence wrought and wrestled from the British colonialists in 1957, the nation has moved forward in pushing for industrialization and development and is expectedly hoping to come on-stream as a fully developed country by 2020.
In the push towards this direction, especially since the advent of the Mahathir administration, much wealth has invariably been created in the process. Malaysia has witnessed dramatic growth in the standard of living and it is easily evident much development has brought much wealth and prosperity to the people.
The creation of wealth
The specious belief that creating wealth and prosperity is the way forward to a better life does make sense.

Nurul Izzah: The Journey .....

Ini punca Dr. Asri bangkit menentang Umno

Dua print screen dari tweeter Dr. Asri Zainal Abidin menceritakan segala-galanya. Bertitik tolak dari tweet Tun Faisal yang Addin siarkan pada posting sebelum ini (rujuk sini) mungkin menjadi punca kepada Dr. Asri keluarkan kenyataan terbuka dalam tweeternya untuk menentang Umno.
Dengan kenyataan terbuka Dr. Asri ini membuatkan Umno makin menggeletar untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat yang semakin tak sabar untuk menumbangkan Umno BN pada PRU 13 yang semakin tiba.
Dr. Asri, saya percaya semua penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat akan menyokong kenyataan Dr. Asri ini. Umno patut diajar..