Khamis, 12 Julai 2012

Cap Ayam vs Cap Bewok (Casino) - Ustaz Azhar Idrus

Saya Tidak Mahu PDRM Tangkap Bekas Anggotanya - Datuk Fauzi Shaari


Dalam ceramah yang disampaikannya malam tadi di Kampung Seri Ampang ’B’, Bekas Pengarah Penyiasat Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari, secara peribadi telah menimbulkan rasa keraguannya bagaimana kawan baik PM Najib, Razak Baginda yang pada mulanya telah dituduh terlibat dalam pembunuhan wanita Monggolia Antantuya telah dilepaskan begitu sahaja.

“Pihak pendakwa sudah tentu mempunyai bukti-bukti yang kukuh apabila menuduh Razak baginda dalam kes tersebut,” katanya.

Antara Video Termahal Didunia...??

Tak boleh Kritik Pemerintah? - Dato' Dr Mohd Asri

Hasan pengecut enggan debat - Khalid Samad

PKR dakwa MP Pakatan ditawar RM20 j untuk lompat

Mahathir paling takut bila Anwar jadi PM

KUALA LUMPUR 12 Julai: Tun Dr Mahathir Mohamad adalah individu yang paling takut bila Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Sakit kepala Mahathir memikirkan jika Anwar jadi PM.

“Sebab apa Mahathir takut kalau saya jadi Perdana Menteri? Sebabnya, beliau takut segala keuntungan berpuluh-puluh bilion yang diperolehi keluarganya selama ini akan terhapus.
“Buktinya kita dapat lihat dengan jelas, kontrak Petronas telah dibolot oleh Kencana Petroleum milik anak beliau, Mokhzani.

Dicadang" Tun Mahathir Pengarah PRU13 UMNO@BN...

Oleh: mohdnoorawang

"Jelas gerakkerja dan perang saraf BN/UMNO yang dibuat oleh Najib Razak sekarang sama dengan taktiknya era Tun Mahathir berkuasa selama 22 tahun. Najib bergerak dengan (*****uh 1Malaysia, BR1M) dengan moto "1malaysia janji ditepati". Semua perhimpunan atas nama apa pun Najib menggunakkan wang rakyat dengan kiraan kasar setiap berhimpunan yang dihadiri Najib Razak menelan belanja RM1 juta sehingga RM10 juta.

Esok Najib akan membuat lawatan sambil berkerja di Terengganu (13/7/2012). Kemuncak lawatan hadir makan bersama rakyat? di Padang Bola Bukit Payung (Dun Bukit Payung,Parlimen Marang). UMNO Terengganu menjangkakan 10,000 hingga 20,000 hadir makan bersama Najib dan Mat Said@ Mat Zoo.

Suhakam mahu terlibat dalam penggubalan Akta Keharmonian Nasional

KUALA LUMPUR, 12 Julai — Langkah kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan dialu-alukan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).
Dalam sebuah kenyataan yang dihantar kepada The Malaysian Insider sebentar tadi, pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam, menyatakan bahawa badan tersebut pernah mencadangkan agar kerajaan memansuhkan Akta tersebut bagi menjamin kebebasan bersuara.
“Langkah baik ini membolehkan hak asas kepada kebebasan bersuara sepertimana yang dijamin di bawah perlembagaan persekutuan dan yang termaktub dalam perkara 19 Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia 1948 (UDHR) lebih dinikmati,” kata Hasmy Agam.

Kesan negatif hasil dari tarbiah UmnoBn

  
Lepas satu, satu!  Terlalu banyak musibah yang menimpa umat Islam di Negara ini.  Terbaru seorang hamba Allah yang kononnya pengamal  ajaran sesat telah ditembak mati oleh polis selepas beliau naik angin dan mengamuk di sekitar Jabatan Perdana Menteri Putrajaya kelmarin.  Barangkali ini lah satu daripada cara Allah nak menunjukkan kemurkaannya,..  kerana sudah begitu lama pemimpin Islam Negara ini dilihat mempersenda dan memperlekeh agama Allah, yakni Islam.  Kemungkaran dan penderhakaan terhadap Islam dibiarkan berleluasa didepan mata.  Kita lihat di bawah ,..sekadar beberapa contoh ,…

Ribuan penyokong Mursi berhimpun


Ribuan penduduk Mesir berhimpun di Dataran Tahrir sebagai tanda sokongan kepada Presiden baru negara
Ribuan penduduk Mesir berhimpun di Dataran Tahrir sebagai tanda sokongan kepada Presiden baru negara itu, kelmarin.
KAHERAH - Ribuan penyokong Presiden Mesir, Mohammed Mursi berhimpun di Dataran Tahrir, kelmarin selepas Mahkamah Agung Perlembagaan membekukan perintah beliau bagi mengarahkan Parlimen bersidang semula pada Ahad lalu.

Noh Omar Beli Tanah Murah, Buat Ternakan Udang


SHAH ALAM, 12 JUL : Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini digemparkan tentang skandal pembelian tanah oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995.
Lebih lagi, Noh, yang sekarang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memulakan projek ternakan udang pada tahan 30 ekar itu bersama sebuah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd.
Penglibatan Noh di dalam syarikat itu, kata Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mendedahkan skandal tersebut, menimbulkan persoalan percanggahan kepentingan kerana Noh merupakan menteri yang bertanggungjawab mengelola industri itu.

PKR unveils BN ‘lie detector’ list

Prime Minister Najib Tun Razak and former premier Dr Mahathir Mohamad take the first and second spots in N Surendran's list of subjects for the polygraph machine.
PETALING JAYA: With the ruling coalition drowning in a sea of allegations with regard to corruption and abuse of power, the challenge to an opposition leader to undergo a lie detector test is nothing short of foolish.
On the contrary, PKR vice-president N Surendran said it should be Barisan Nasional leaders and high-ranking civil servants who must be wired to a polygraph machine.
“I think thousands of lie detector tests must be administered considering the extent of corruption and abuse of power in BN,” he told FMT.
And taking pole position on Surendran’s list of potential test subjects was none other than Prime Minister Najib Tun Razak.

Altantuya's dad question's Najib's innocence for refusing to help in Scorpenes trial

When even the father of Altantuya Shaariibuu, the young Mongolian woman who was murdered in Malaysia, questions why Prime Minister Najib Razak is so reluctant to take part in the French Scorpenes corruption trial, then it is indeed time for Najib as the leader of his nation to step forward and clear his name and his government's for the world to see.
Altantuya's dad question's Najib's innocence for refusing to help in Scorpenes trialSetev's words are not only loud and clear for all to hear but have deep implications for Malaysia, which has been dragged into the centre of the 6-year-long global scandal. If Najib doesn't dare to defend his own name, then he must be hiding something or is even guilty of the damning allegations made against him. This is what Setev is saying.
And if this is so, then Malaysians may have to finally rouse themselves into action and demand the resignation of their scandal-tainted prime minister if he refuses to come clean and be responsible to them and the global community.
Shocking silence, a sign of guilt?
In a press statement issued to the Malaysia media on Thursday and read out at a press conference by PKR MP for Kelana Jaya Loh Gwo-Burne, Setev said it was shocking that the Najib administration had not taken any interest in assisting or participating in the Scorpenes probe.
His 28-year-old daughter is believed to have been killed because of her knowledge of the Scorpene submarines deal, in which French vendor DCNS has been accused of bribing officials including Najib to seal the RM7.3bil sale to the Malaysian government.

Tragedi wanita diragut dan dibiar orang awam di Malaysia


Nampaknya tragedi sedih yang menimpa kanak-kanak malang Yue Yue, seorang budak perempuan di China yang di langgar dan dibiarkan kesakitan apabila orang ramai yang lalu lalang sekadar membiarkan mangsa kini berulang di Malaysia.

Kejadian ini berlaku pada 10 Julai 2012 apabila seorang wanita telah di ragut di Pulau Pinang. Wanita itu kemudiannya terheret ke tengah jalan dalam keadaan kesakitan. Lebih malangnya lagi apabila sekurang-kurangnya 5 orang awam yang lalu lalang di situ sekadar melihat mangsa dan membiarkan sahaja. Sehinggalah tidak lama kemudian ada seorang yang datang membantu dan menghubungi ambulans yang tiba sejam kemudian.

DAP pertikai projek udang atas tanah Noh Omar



 
ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini mendakwa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar terlibat dalam konflik kepentingan apabila didakwa membuat persetujuan bagi satu perusahaan ternakan udang pada tahun lalu.

Ng mendakwa satu kaveat persendirian dibuat ke atas sebidang tanah seluas 30 ekar di Tanjung Karang yang dimiliki MP Tanjung Karang.

Occupy: Mengapa ditahan, mereka mahu jumpa MB


KUALA LUMPUR: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pahang mengecam tindakan pihak polis yang bertindak menahan sekumpulan 31 orang peserta 'Occupy Pejabat MB', 10 Julai lalu.

Pengerusinya, N. Balasubramaniam (kiri), berkata kesemua mereka yang ditahan itu sewajarnya didengari masalah, bukan bertindak menahan mereka.

"Mereka merupakan penduduk kampung yang masalah mereka sudah sekian lama tertangguh untuk diselesaikan.  Lagipun, mereka bukan membuat kekecohan, cuma ingin menemui menteri besar sahaja," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Pakatan khuatir undi pos luar negara dimanipulasi


KUALA LUMPUR, 12 Julai: Wakil Pakatan Rakyat dalam jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan mekanisme yang berkesan jika bercadang membenarkan rakyat Malaysia di luar negara mengundi secara pos.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli berkata, Pakatan Rakyat bimbang undi pos mereka di luar negara turut dimanipulasi seperti yang berlaku kepada undi pos tentera dalam negara.

Katanya, Pakatan Rakyat sebelum ini memang mencadangkan urusan undi pos di luar negara dipermudahkan bagi memberi peluang warga negara Malaysia menjalankan tanggungjawab mereka.

Bapa Altantuya@Aminah bertegas anaknya pergi ke Perancis..!!!


 
Setev Shaariibuu, bapa Altantuya - wanita Mongolia yang dibunuh - berkata anak perempuannya itu telah pergi ke Perancis dengan menggunakan nama lain - Aminah Abdullah.

"Kami ada bukti yang dia telah pergi ke Perancis dan akan mengemukakan bukti tersebut jika diminta berbuat sedemikian," kata Setev dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Kenyataan akhbar Setev dibaca oleh ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor.

Setev mengulas satu laporan berita yang menyatakan Altantuya tidak pernah pergi ke Perancis antara tahun 1999 dan 2007 berdasarkan rekod imigresen Perancis.

Sebaliknya, kata Setev. beliau telah diberitahu oleh anaknya bahawa dia pergi ke Perancis dan beberapa negara lain dengan pasport yang menggunakan nama Islamnya.

Konon mansuh Akta Hasutan bukti Najib demokrat palsu

KUALA LUMPUR 12 Julai: Rakyat Malaysia sekali lagi disajikan ‘transformasi’ layu lagi lesu pentadbiran Perdana Menteri apabila mengumumkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan bakal diganti dengan akta baru iaitu Akta Keharmonian Nasional.
Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, rekod pentadbiran Najib Razak jelas membuktikan usaha ‘transformasi’ yang tidak lain hanya helah politik untuk tidak melaksanakan reformasi politik yang telus, menyeluruh, dan dituntut segenap rakyat.
“Walaupun pemansuhan Akta Hasutan ini kelihatan positif, namun sebenarnya rekod Najib dengan terang menunjukkan beliau adalah seorang demokrat palsu,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai ini, salah satu contoh rekod buruk Najib ialah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang dimansuh dan diganti dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, yang juga sama zalim seperti ISA.

RM160 juta tarik lapan MP PKR lompat


SHAH ALAM: Umno BN didakwa sanggup membayar RM160 juta kepada Ahli Parlimen PKR bagi mendapatkan majoriti 2/3 di parlimen sewaktu Datuk Seri Najib Razak mula-mula mengambil jawatan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani memberitahu proses pembelian Ahli Parlimen memang berlaku sewaktu Najib mula-mula menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya lagi, beliau bersama tujuh lagi telah ditawarkan dalam bentuk pakej iaitu seramai lapan orang bagi mendapatkan majoriti kepada BN di Parlimen.

"Kami seramai lapan orang ditawarkan RM10 juta seorang tetapi dinaikkan sebanyak RM20 juta bagi tujuan mendapatkan majoriti 2/3 di Parlimen.

Pas tampil 60 peratus muka baru bertanding PRU13


Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man KUALA LUMPUR - PAS akan menampilkan sekurang-kurangnya 60 peratus muka baru sebagai calon parti untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
  
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata 60 peratus muka baru itu kesemuanya terdiri daripada Pemuda dan Muslimat parti.
  
"Muka-muka baru ini adalah 40 peratus dari kalangan Pemuda dan 20 peratus Muslimat. Bagaimanapun, keputusan muktamad siapa calon-calonnya untuk bertanding masih belum dapat disahkan.
  

Anwar minta Najib jangan takut sekat Mahathir



KUALA LIPIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak takut untuk menyekat kesalahan yang dibuat oleh bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed demi kepentingan negara.

Lebih-lebih lagi apabila Mahathir terlibat memberikan kontrak membekalkan minyak kepada MAS kepada syarikat yang dikuasai anaknya, Petron Malaysia.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) membuat permintaan itu kepada Najib ketika memberikan ceramahnya dekat sini baru-baru ini.

Menurut Anwar, pertembungan beliau dengan Mahathir berlaku sejak dalam Umno lagi apabila Mahathir mengarahkan  beliau selaku Menteri Kewangan membantu anaknya, Mirzan yang sedang kesempitan dalam perniagaannya ketika itu.

Isu LRT Ampang: Kerajaan Negeri Ada Kuasa Untuk Syarikat Bermasalah


SHAH ALAM 12 JULAI : Kerajaan Negeri akan menghantar surat kepada syarikat prasarana dalam kes kontrak berhubung kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perkara itu sudah dibincangkan dengan Unit Perancangan Negeri (UPEN).
Katanya, Kerajaan Negeri juga akan mengadakan perbincangan secara profesional dengan pihak berkaitan sekiranya perlu.
“Ini kerana jika kita dapati kontraktor yang melakukannya tidak dapat jalankan tugasnya dengan baik dari segi keselamatan, kita ada kuasa untuk menahannya.

Kantoi : Mahathir ‘songlap’ duit rakyat Selangor ke Langkawi

SHAH ALAM 12 Julai: Tun Dr Mahathir Mohamad melarikan wang rakyat Selangor ke Langkawi ketika menjadi Perdana Menteri.
Perkara itu didedahkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.
“Semasa Mahathir jadi Perdana Menteri, duit pembayar cukai rakyat Selangor (yang dilarikan) ke Langkawi adalah paling tinggi, tapi perkara itu tidak pernah dibincangkan.
“Dulu wakil dalam sidang DUN tidak berani nyatakan perkara tersebut,” kata Adun Ijok itu menjawab pertanyaan Adun Meru, Abd Rani Osman berkenaan pembayaran cukai rakyat Selangor kepada Kerajaan Pusat.
Khalid berkata, sejak memegang tampuk pimpinan negeri itu pada 2008, beliau tidak akan membenarkan duit pembayar cukai Selangor ‘dikebas’ begitu sahaja.
“Sekarang saya berani untuk bertemu Kerajaan Pusat bagi membincangkan perkara tersebut kerana melibatkan duit rakyat. Saya akan carikan keadilan bagi mereka.

Polis tahan semula Uncle Seekers bawah Akta Hasutan


Uncle Seekers JOHOR BAHRU - Polis menahan semula pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas bagi membantu siasatan berhubung penulisan di blognya  www.uncleseekers.blogspot.com yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim, selepas tempoh remannya berakhir semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim berkata Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers ditahan semula sejurus dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 7 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Katanya dia ditahan semula untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berumur 34 tahun, 4 Julai lepas.

PRU 13 : SPR rampas bahan kempen langgar fatwa


IPOH - Suruhanyajaya Pilihan Raya (SPR) tidak teragak-agak untuk merampas barangan mana-mana pihak seperti kain rentang, cakera padat dan video yang mengeluarkan kenyataan dengan  melanggar fatwa agama ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, tindakan itu diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.
Menjelang PRU 13 "Isu-isu agama ini sudah bangkit balik dan kita bimbang sekiranya terdapat barangan seperti kain rentang, video dan CD yang mempunyai kenyataan-kenyataan mengenai fatwa yang tidak betul sebagai contoh kain rentang 'undi satu parti masuk syurga'.

Ini tidak betul dan kita akan turunkan kain rentangnya," katanya kepada pemberita selepas taklimat persediaan PRU-13 kepada pasukan penguatkuasa  empen pilihan raya di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Pilihan Raya negeri Perak, Ahmad Adli Abdullah dan Timbalan Setiausaha (Pilihan Raya) SPR Datuk Noordin Che Ngah.

Undi Pos : Tak perlu pinda akta, hanya pinda peraturan pilihan raya, kata wakil PSC Pakatan

KUALA LUMPUR, 12 Julai — Ahli Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berkenaan penambahbaikan pilihan raya Pakatan Rakyat hari ini menegaskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak perlu meminda Akta Pilihan Raya bagi membolehkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi secara pos.
Anthony Loke, wakil daripada DAP sebaliknya menegaskan, SPR hanya perlu meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, dan Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 dengan menambahkan kategori dalam peraturan sedia ada untuk membolehkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi ketika pilihan raya.
“SPR sudah mempunyai kuasa. Mereka tidak perlu meminda Akta Pilihan Raya, sebaliknya mereka perlu meminda peraturan-peraturan untuk pendaftar pemilih dan pengundian pos.
“SPR hanya perlu memasukkan kategori ke dalam peraturan tersebut untuk membolehkan mereka mengundi,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat DAP hari ini.

Rafizi pertahan keaslian dokumen projek LRT



 
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli mempertahankan keaslian dokumen yang didedahkannya sebelum ini sebagai bukti dakwaan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak campur tangan dalam tender terbuka untuk projek sambungan LRT Ampang.

Beliau juga percaya kepada individu yang membocorkan dokumen tersebut kepadanya, kata Rafizi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Hukum BERGABUNG Dengan Parti BUKAN Islam - Ustaz Azhar Idrus

ADJUST Loan BANK Sebab Tak Layak - Ustaz Azhar Idrus

Anak DILEMA Ayah Ibu Sokong Golongan ZALIM - Ustaz Azhar Idrus

PEMIMPIN Beri Kebenaran BERJUDI - Ustaz Azhar Idrus

Solat Atas KERUSI Sebab SAKIT - Ustaz Azhar Idrus

Pemuda PAS bongkar cek timbalan menteri kewangan

PKR wants debate with Umno over Indians' future

To Be Teoh Lee Lan For 1 Minute

Today in History for July 12th

PAS sokong arahan asing pasangan di pawagam

'Battle against Interlok may not be over'

Himpunan Oren: GSF terus berunding dengan polis

Pengundi Muda Utamakan Politik Berasas Hujah Dan Fakta


SHAH ALAM,12 JULAI : Pengundi muda di negara ini kini lebih mengutamakan politik yang berasaskan fakta dan hujah berbanding dengan corak politik lama yang memainkan sentimen perkauman.
ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pertambahan bilangan pengundi muda dalam daftar pengundi akan memberikan kesan yang besar kepada corak keputusan Pilihanraya Umum ke-13 nanti seraya menekankan golongan muda perlu diberi perhatian khusus.
“Mereka melihat isu kos sara hidup sebagai isu yang besar, sebab generasi muda adalah golongan yang terhimpit dengan hutang yang banyak samada menerusi pinjaman PTPTN,kenaikan harga barang,kos bahan bakar dan sebagainya,” kata Nik Nazmi dalam program Terus Terang kelolaan TVSelangor.

Najib kini menghantui anda..

  
Kerja gila. Samada ini kerja gila piem ataupun kerja gile penasihat media piem. Aku taktau siapa yang lebih gila dari yang sedia gila tapi tak payah heretkan kegilaan tersebut kepada rakyat jelata. Sebenarnya tiada satu hari pun hari aku berlalu tanpa najib disisi. Siyes.
Pernah aku terjaga dari tidur akibat terkejut plus rasa seram. Mana taknya. Dalam mimpi aku pun ada najib. Celaka. Trauma aku nak tidur balik. Nak kata aku gila bayang kat najib memang tak mungkin arh kan. Tapi apsal aku sentiasa ternampak najib kat mana2 sekarang neh hah?
Kalau buka tv dah tentu2 najib menguasai pasaran. Bukan dalam berita aje beb. Dalam iklan pun dok bercakap pasal najib. Kalau tv kerajaan dan tv percuma ada maafnya lagi. Ini kat astro pun dok citer pasal najib. Takde muka, citer pun jadi. Asal najib cukuplah. Cam salah satu peraturan pula untuk menajibkan saluran tv sekarang neh. Confused.

Karya disekat, mahu diberi anugerah pula - Zunar


KUALA LUMPUR: Kartunis Zunar atau nama sebenarnya Zulkefli Anuar Ulhaq menolak anugerah dan tropi bernilai RM10,000 dari Perdana Menteri berdasarkan prinsip.

(Zunar dengan karya-karyanya)


"Bagaimana mungkin saya menerima anugerah dari Perdana Menteri sedangkan di bawah pemerintahan beliau hak dan kebebasan saya sebagai kartunis dinafikan," kata Zunar dalam kenyataannya.
Beliau mengulas kenyataan beberapa rakan kartunis yang mengkritiuk beliau kerana menolak anugerah itu.

Sinar Harian dan Utusan Malaysia bertarikh 11 Julai yang menyiarkan artikel bertajuk "Kartunis Zunar didakwa Keliru" serta "Kartun bukan Platform Kutuk Pemimpin".

Dalam laporan tersebut, kartunis-kartunis tempatan mengkritik beliau, antara lain kerana menolak anugerah yang bakal disampaikan oleh Perdana Menteri serta pendirian politik dalam karya beliau.

Keputusan PRU bagaimana selamatkan Najib?

Apakah keputusan pilihan raya yang diperlukan oleh Datuk Seri Najib Razak untuk memastikan kelangsungan politiknya dalam Umno?

NONEPerkara itu dijawab oleh penganalisis politik Ong Kian Ming dalam siri ke-20 podkas kelolaan perunding media Oon Yeoh.

Ong juga turut menceritakan tentang peluang Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 mungkin berbeza jika Najib terus menangguhkannya dan pengalaman rumahnya diserang samseng "bermotif politik".

Dengarkan rakaman podkas 12 minit di sini.

Cara tahan 31 penduduk Cameron dikesali


KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) melahirkan kekesalan mereka terhadap sikap pihak berkuasa yang menahan 31 penduduk Cameron Highland yang berhimpun dengan aman di depan Pejabat MB Pahang kelmarin.
(Penduduk Cameron membuat khemah di depan pejabat MB Pahang sebelum mereka ditahan polis - gambar Pahang Daily)

Bagi Suaram, tindakan polis membebaskan mereka di saat-saat akhir menjelang tempoh tahanan reman tamat tidak wajar.

"Seolah-olah pihak berkuasa menunggu arahan dan tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan," kata jurucakap Suaram dalam satu kenyataan mereka hari ini.

Pangkalan data SPR gagal bersihkan daftar pemilih

KUALA LUMPUR 12 Julai: Sistem pangkalan data oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kekal pincang selagi ia tidak mengeluarkan nama pengundi yang sudah mati secara automatik, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.
“Lebih berkesan jika sistem itu berupaya memutuskan mana-mana individu yang mencapai usia 21 tahun menjadi pengundi secara automatik dan tempat mengundi ditentukan melalui alamat kad pengenalan.
“Tambah relevan jika pengundi yang sudah meninggal dunia, dikeluarkan secara automatik daripada senarai pemilih dan tidak perlu lagi mengisi borang,” katanya dipetik.
Beliau mengulas cadangan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mahu mewujudkan sistem pangkalan data sendiri.

Yang untung jika Anwar bersara?

YUSOF HARUN

Anwar Ibrahim Rasanya lebih ramai akan ketawa atau paling tidak senyum sinis berbanding dengan mereka yang terharu jika Anwar Ibrahim mengambil keputusan bersara daripada arena politik sekiranya Pakatan Rakyat (PR) gagal ke Putrajaya selepas PRU13.

Malah saya yakin segelintir mereka yang terharu mengalirkan air mata. Cuma air mata dimaksudkan seperti ungkapan dalam bahasa Inggeris, "crocodile tears". Tapi lawak mengenai persaraan ini dipertingkatkan lagi Anwar kerana kononnya selepas itu dia mahu kembali menjadi pensyarah.

“Nak balik jadi pensyarah di Yayasan Anda ke?” sindir seorang wartawan yang kebetulan bersama saya tatkala topik ini timbul. “Yayasan Anda dah lama tenggelam. Hanyut bersama idealisme asal Anwar,” jawab saya. Apa pun Anwar memang kaya dengan idealisme.

Baginya pemimpin lain, tidak mempunyai idealisme. Jika tidak masakan tatkala saya menyerahkan buku karangan saya "Tunku – Idealisme Dalam Kenangan" di pejabatnya ketika beliau menjadi Menteri Kewangan, Anwar yang duduk pada jarak, persis Maharaja China purba dengan khadamnya menoleh kepada pembantunya dan berkata, kira-kira begini: “Tunku ada idealisme ke?”

TINDAKAN ORANG ASLI INI BUAT PEMIMPIN UMNO TAK BOLEH TIDO LENA

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s480x480/295221_413044918737458_1461339899_n.jpg

Org asli pun dah nak berubah org melayu bila lagi? Jom ubah

Abdullah Antong Ikrar Tumbangkan Umno/BN Perak

Seawal pagi tadi Abdullah Antong hantar mesej "jangan percaya sangat dengan berita ms 14 berita harian hari ini. Itulah mesej ringkas. Saya masih tidak faham, sebab belum baca berita tersebut. Tak lama kemudian Abdullah Antong telepon dan bersembang mengenai berita tadi.
Menurutnya ada wartawan berita harian datang ke rumahnya tanpa diundang. Sebagai tetamu, beliau tetap melayannya.

Beliau menjawab soalan wartawan dengan jujur, memang beliau belum jadi ahli PAS secara rasmi. Tapi penjelasan mengenai mengapa dia bersama PAS, sebab apa sokong PAS dan berkerjasama untuk tumbangkan BN tak pula keluar dalam berita tersebut. Dan banyak kekeliruan yang ditulis oleh wartawan.

SAMM Seru Anak Muda Bersama Dalam Himpunan Oren Selamatkan Felda

Kenyataan Media
11 Julai 2012
SAMM Seru Anak Muda Bersama Dalam Himpunan Oren
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sangat komited untuk bersama dalam Himpunan Oren yang akan berlangsung pada 14 Julai 2012 sambil menyeru kepada semua anak muda untuk turun berhimpun demi menyelamatkan saki-baki khazanah negara sebelum terlambat.
Himpunan Oren dijangka mendapat sambutan yang besar kerana rakyat terutamanya golongan muda harus bertindak melakukan sesuatu mempertahankan hak negara ini daripada dirompak oleh lanun berkolar putih. SAMM juga melalui Segmentasi Peneroka dan Luar Bandar telah masuk ke beberapa gugusan Felda termasuklah pertemuan di Gugusan Felda Palong baru-baru ini untuk pencerahan Himpunan Oren dan juga mobilisasi massa.

Muhyidin dimalukan banner rasminya diturunkan

Amanat untuk rakyat Malaysia berketurunan Jawa

UMMI HAFILDA KANTOI Pasal Upah Ceramah

Anugerah tunai hanya "gula pelembut"

Saya merujuk laporan akhbar Sinar Harian dan Utusan Malaysia bertarikh 11 Julai yang menyiarkan artikel bertajuk "Kartunis Zunar didakwa Keliru" serta "Kartun bukan Platform Kutuk Pemimpin".

Dalam laporan tersebut, kartunis-kartunis tempatan mengkritik saya, antara lain kerana menolak anugerah yang bakal disampaikan oleh Perdana Menteri serta pendirian politik dalam karya saya.

Sejak mula berkarya, saya tidak pernah berhasrat untuk mengkritik karya atau pendirian sesama kartunis kerana itu bagi saya tidak wajar.  Namun kerana ia dibangkitkan, saya perlu memberi penjelasan.

Najib pertahan ISA sebab tergugat tsunami politik 2008

KUALA LUMPUR 12 Julai: Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hanya untuk memulihkan kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) yang semakin terhakis, kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh.
“Kenyataan terbaru (Datuk Seri) Najib (Razak) menunjukkan kerajaan selama ini seolah-olah menipu rakyat dengan mengatakan ISA adalah undang-undang telus yang digunakan untuk keselamatan negara dan tidak pernah disalahguna,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri semasa berucap di hadapan penjawat awam di Putrajaya mengatakan ISA dimansuh kerana tidak membantu survival politik pemerintah, malah menyemarakkan kemaraan politik orang yang ditahan.

Pemuda PAS tuntut Awang Adik jelas cek RM80,000


KUALA LUMPUR: Pemuda PAS meminta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husein agar menjelaskan dari mana sumber dua cek bernilai RM80,000 yang dimasukkan dalam akaun beliau.

Cek CIMB Bank yang bernilai RM50,000 dan RM30,000 setiap satu itu dimasukkan ke dalam akaun beliau ketika menjadi Pengerusi Skim Jejakjaya Bumiputra pada tahun 2010.

Pemuda PAS juga meminta Awang Adik menjelaskan, kenapa cek-cek itu dimasukkan ke dalam akaun beliau.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail memberikan tempoh 21 hari kepada Awang Adek untuk menjelaskan hubungan beliau dengan seorang Cina bernama Hong Cheong.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa juga memberi masa 21 kerapa Awang Adek untuk berforum dengan beliau ekoran dakwaan penyelewengan dalam Kelantan Gold Trade (KGT).

Ilmu dan falsafah di sebaliknya

Raja boleh dikritik, kata bekas mufti

KUALA LUMPUR, 12 Julai — Tokoh Islam terkenal, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mendakwa raja tidak kebal dari kritikan dan mesti bertanggungjawab terhadap tindakan mereka — mencetuskan kemarahan di laman sosial Twitter selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang dikaitkan dengan kritikan terhadap keluarga diraja baru-baru ini.
Bekas mufti Perlis itu yang kini merupakan zamalah pelawat di Universiti Oxford memuji British kerana menyemak perbelanjaan keluarga diraja dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap pembayar cukai. Menurut Dr Asri, langkah ini baik untuk mencegah penyelewengan.
Dalam tulisan bertajuk “Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja”, beliau menyatakan, walaupun keluarga diraja British memberikan sumbangan besar dalam sejarah negara tersebut, mereka (keluarga diraja) tidak dibiarkan untuk berbuat sesuka hati.

Selangor cabar BN tarik semua lesen rumah urut


Exco Kerajaan Tempatan, Ronnie Liu SHAH ALAM – Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu mencabar Kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya menarik balik semua lesen rumah urut di seluruh negara.

Beliau berkata, cabaran itu dibuat memandangkan masih banyak rumah urut beroperasi di negeri ditadbir BN seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.

“Di Johor Bahru, ada lebih 70 rumah urut, BN masih terus mengeluarkan lesen rumah urut tanpa masalah, tetapi tiada pula tumpuan media di situ.

Adun Permatang Akui Dapat Projek Bina KUIS

SHAH ALAM 11 JULAI : Adun Sulaiman Abdul Razak (Permatang -BN) hari ini mengaku mempunyai 90 peratus saham syarikat konsesi bagi pembinaan asrama Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) sebanyak RM 135 juta.
Dalam Sidang Dewan Negeri (DNS) itu, Sulaiman juga dilihat mempertahankan kontrak yang dianugerahkan kepada beliau untuk pembinaan asrama itu semasa zaman pemerintahan Umno-BN.
Sulaiman sebelum itu berkata kos pembinaan KUIS sebanyak RM135 juta bukannya RM96 juta seperti yang didedahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
“Saya tidak menafikan saya sebagai pemegang saham tetapi saya mendapat kontrak itu kerana kemampuan saya.

MCA Boleh Terus Pertikai Isu Talam


SHAH ALAM, 11 JUL : MCA boleh terus mengkritik penstrukturan hutang Talam Corporation Bhd (Talam) meskipun Kerajaan Negeri Selangor telah mengeluarkan fakta sebenar.
Bagaimanapun, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri akan tetap meneruskan saman terhadap MCA berhubung kes itu.
“MCA boleh teruskan bercakap sekiranya ada isu mengenai Talam. Kerajaan Negeri memang menunggu fakta ‘bernas’ daripada MCA,” katanya pada sidang media selepas persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS).
Dalam sidang media itu, Abdul Khalid secara sinis memerli MCA : “Sekiranya ada RM1 bilion (hutang), baguslah untuk Perbadanan Menteri Besar (MBI)”.

Dr M starts to knock Najib: KTAR certs good only for getting votes for BN

Dr M starts to knock Najib: KTAR certs good only for getting votes for BN
Malay “kebodohan (stupidity)” had resulted in a major ethnic group bowing down to demands of minority groups, which includes the government recognition of certificates by TARC (Tunku Abdul Rahman College), said former premier Mahathir Mohamad.
He said that the recognition is to get votes from the Chinese – indirectly hinting at Najib Abdul Razak, the PM (prime minister) whose popularity is sagging. What is MCA’s or Gerakan’s stand on this statement when UMNO expects these two parties to deliver Chinese votes for BN (Barisan Nasional)?
Does Mahathir who represents UMNO care about the thousands of poor students studying at TARC? These are students who could not get into any of the public higher institutions in the country.
Mahathir’s statement has not only hurt the Chinese but also has placed Najib in a political quandary. Najib pretty well knows that Mahathir is capable of crippling him politically.
Furore over recognition of TARC certificates

LATEST BN CORRUPTION? Sidek named new Petronas chair, daughter gets solar power deal

LATEST BN CORRUPTION?  Sidek named new Petronas chair, daughter gets solar power dealThe explanation by Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Chairman Tan Sri Fong Chan Onn that the selection process for Feed-in Approval Holders (FiAH) to supply solar energy is “above board” beyond belief and insults the intelligence of ordinary Malaysians
The Sustainable Energy Development Authority of Malaysia (SEDA Malaysia) is a statutory body formed under the Sustainable Energy Development Authority Act 2011. The key role of SEDA is to administer and manage the implementation of the feed-in tariff (FiT) mechanism which is mandated under the Renewable Energy Act 2011.
Under this mechanism, individuals and companies with factories and open land as well as companies in the renewable energy sector could apply to SEDA to become a Feed-in Approval Holder which then gives them the right to sell power generated from renewable energy sources to Tenaga Nasional Berhad.
32.4% given to 12 firms controlled by Sidek's daughter & son-in-law

Syria ambassador to Iraq defects

Misteri Genting Highlands .....

Oleh: MSK
Sejak beberapa hari kebelakangan ini, ramai member-member yang menyiarkan kembali gambar-gambar bersejarah. Diantaranya ialah gambar dibawah.
Sori la..aku tak tau nak bagi kredit kat sapa sebab aku sendiri tak tau mana punca gambar ini. Aku sapu gambar ni dari FB Kak Leha.
Aku lebih seronok cari isu-isu tanah sebab Ameno ni suka sangat main tanah. Sama macam MIC, balik-balik isu kuil. Bila PR memerintah Perak, depa dok jaja kata PR lelong habih tanah orang Melayu. Tapi dalam diam, Ameno ni dok pulun selagi ada tanah-tanah milik orang Melayu, habih depa sapu.

UMNO hanya sebagai proksi Mafia mentadbir Malaysia!

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan pemimpin di negara ini mentadbir kerajaan dengan cara ala ‘mafia’.
Katanya, pentadbiran di Malaysia kini dicemari dengan budaya rasuah dan jenayah yang semakin menular.
“Ini masalah besar yang dihadapi oleh kerajaan Umno-BN ketika ini iaitu rasuah dan penyelewengan.
“Hadirin sekalian, rasuah campur jenayah dicampur gerakan mafia antarabangsa inilah yang menguasai pentadbiran Malaysia sekarang. Bolehkah lagi kita bernaung di bawah pemerintah yang dikuasai oleh mafia?

Penipu! Utusan nak perbodohkan pengguna internet

HARI ini Utusan Malaysia buat lawak paling bodoh apabila menyebut blog suarapakatanrakyat.com sebagai blog pro pembangkang.

Bersumberkan blog BN menyamar sebagai pro Pakatan Rakyat itu, Utusan melaporkan cerita bohong kononnya DAP akan bertanding lebih 90 kerusi pada PRU 13 nanti sedangkan DAP telah mengesahkan mereka bertanding sekitar 40 kerusi.



Sebenarnya dah ramai orang tahu blog suarapakatanrakyat.com merupakan agen Umno yang menyamar kononnya menyokong Pakatan Rakyat, namun memutar belitkan fakta terhadap sesuatu isu.

ASAL BUKAN UMNO, ASAL BUKAN PETRON

Oleh:  WFAUZDIN NS

MAKA apabila panjang usia Mahdey Kutty maka terdirilah PETRON, syarikat minyak yang dibeli oleh anak Mahdey Kutty dengan menggunakan duit jual arak di Syarikat San Miguel di Filipina.  PETRON ini hasil dari pertukaran nama yang asalnya Esso Malaysia, maka membeli minyak di PETRON bererti berbelanja untuk anak Mahdey Kutty.
Begitulah hebatnya Mahdey Kutty mengawal negara ini setelah Najib kehilangan 'telor' sebagai pemimpin yang bukan sahaja takut untuk berdebat dengan DS Anwar, malah untuk mengawal si tua Mahdey Kutty pun beliau tidak terdaya lagi.  Bala menimpa Najib kerana di rumah beliau dikawal oleh Bik Mama, di pejabat pula Mahdey Kutty memegang `remote control'nya.  Sebab itulah agaknya Mahdey Kutty amat takut jika DS Anwar menjadi PM kerana akan kehilangan segala-galanya.

Royalty not above criticism, says ex-mufti

KUALA LUMPUR, July 12 — Prominent Muslim scholar Mohd Asri Zainul Abidin has said that royalty is not above reproach and must be held accountable to the public for their actions, sparking an immediate firestorm on Twitter after he posted a remark linking it to recent criticism of the royal house here.
The former mufti of Perlis, who is currently a visiting fellow at Oxford University, had praised the British for keeping checks on their royal family’s spending and ensuring they were accountable to taxpayers, saying it was critical to prevent abuses.
In an essay titled “Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja (They Most Prohibit The Tyranny of Kings)”, he pointed out that even though the British royal family had contributed to history, “but today they are not left to act unquestioned”.
He had penned it after reading a Daily Mirror report published on July 3 highlighting the British royal family’s travel bill which soared to £6.1 million (RM30.5 million) last year.