Rabu, 11 Julai 2012

PAS kepada Ikhwan: Kemenangan beri inspirasi kepada semua

(Rombongan Presiden PAS bertemu Dr Mehdi Akif, mantan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin di rumahnya)

KAHERAH: Kemenangan pergerakan Islam Ikhwan Muslimin di Mesir memberi inspirasi bukan sahaja kepada PAS, malah seluruh parti Islam di seluruh dunia.
Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kemenangan ini juga penting kepada politik Islam memandangkan Mesir merupakan sebuah negara yang terlibat dalam percaturan kuasa-kuasa besar politik dunia.

"Kedatangan ini satu penghargaan kepada gerakan Islam di Mesir khususnya Ikhwan atas kemenangan yang dicapai.

Merungkai misteri Jaya Negara...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Semua org tau kejadian yang berlaku di JPM beberapa hari lepas. Semua org tau juga siapakah "Imam Mahdi" yang dok mengamuk tu. 

Cuma apa yg org tak tau ialah "apakah motif amukan itu".

Mari kita ulangi cerita - seorang lelaki yang mengaku dirinya "imam Mahdi" telah mengamuk di perkarangan bangunan JPM bersenjatakan samurai. Dia ditemani oleh seorg wanita yang kemudiannya disahkan sebagai "pengikut" kepada "imam Mahdi" tersebut. Berlaku adegan tembak menembak (sebenarnya, polis je yang tembak. Si "imam" tu mana ada pistol pun) dan natijahnya, sang "imam" mati sewaktu tiba di hospital (DOA) dan si pengikut cedera parah.

Undi pos luar negara: Pindaan akta ke Parlimen September ini


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengkaji secara mendalam undang-undang bagi membenarkan semua rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara mengundi secara pos.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya sedang  mengkaji keperluan sama ada  undang-undang akan dipinda bagi memudahkan semua rakyat Malaysia mengundi secara pos dalam sesi Dewan Rakyat, September ini.

Namun demikian, beliau rakyat Malaysia yang mahu menikmati kemudahan ini mesti berada dalam negara sekurang-kurangnya sekali beserta bukti dalam tempoh lima tahun sebelum Dewan Rakyat dibubarkan.

SHOCKING Bersih hearing:Cops stamped on woman screaming in pain, STOLE laptop & watch

SHOCKING Bersih hearing:Cops stamped on woman screaming in pain, STOLE laptop & watchNo wonder Prime Minister Najib Razak tried to foist onto the people the Hanif panel to inquire into the Bersih 3.0 police violence. Hanif Omar, the former Inspector General of Police, is a well-known Umno loyalist whom many believe would think nothing of bending the truth in order to help Najib's ruling party out of a scrape.
But given the latest batch of testimony from witnesses at the second hearing held by the Human Rights Commission of Malaysia or Suhakam, it is clear there is little that Hanif would be able to do. His panel can try but they won't be able to erase the bitter terror felt by the victims of the police crackdown ordered by Najib to quell the April 28 rally for clean polls.
Bloodshed unprecedented in recent years
On that day, the police had fired unprecedented amounts of tear gas at the 250,000-strong crowd that attended the Bersih 3.0 rally. It was the largest ever demonstration held in the country, which pundits say may be why Najib hit the panic buttons in a bid to show who's boss.
The rally, which began smoothly, had only an hour left to go before its 4pm closing when suddenly, the police attacked the crowd. LRT stations were also mysteriously shut off, denying the people any avenue of escape. Police - in marauding groups of 7 to 8 - then chased protesters from the Dataran Merdeka venue all the way down to nearby Chinatown, swinging batons and rubber hoses at the unarmed civilians.

Fatwa: Pelaburan emas Genneva Malaysia tak sah


Profesor Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin KUALA LUMPUR - Transaksi jual beli dan pelaburan emas Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd didapati tidak mematuhi sepenuhnya peraturan hukum syarak dan undang-undang negara.

Ini disahkan oleh Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata, muzakarah tiga hari majlis itu bermula Rabu lepas meneliti  laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas syarikat itu.

Tarikh p’raya: Kerajaan Pusat digesa runding segera dengan Pakatan

KUALA LUMPUR 11 Julai: Kerajaan Pusat digesa berbincang dengan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat  (Pakatan) untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum ke 13 (PRU 13).
Perkara itu disuarakan beberapa anggota Senator Pakatan dalam sidang media di Dewan Negara hari ini.
Senator Muhamad Yusuf Husin berkata, perbincangan itu perlu supaya tarikh pilihan raya dapat diketahui lebih awal dan rakyat dapat membuat persediaan sewajarnya.
“Kita menyeru Kerajaan Pusat supaya lebih terbuka untuk berunding dengan kerajaan negeri sama ada diperintah Pakatan atau Barisan Nasional (BN) agar tarikh PRU 13 dapat diselaras dan diumum lebih awal,” katanya.

Gan Pei Nei: Demi Generasi Yang Akan Datang, Guna Undi Anda Untuk Menyokong Perubahan

TGNA | KuliahJumaat 6 Julai 2012

Krisis dalaman BN N. Sembilan, PR sedia tawan

7 Principles of Lailahaillallah - Part 1 - Sheikh Yahya Ibrahim

7 Principles of Lailahaillallah - Part 1 - Sheikh Yahya Ibrahim

PC MB SELANGOR : Menjawab Isu Hutang TALAM Corporation

Today in History for July 11th

Hukum NIKAH Khitbah - Ustaz Azhar Idrus

Hukum AMIN Doa Orang Dalam TV & RADIO - Ustaz Azhar Idrus

ISTERI Kata Langkah MAYAT Dia Kalau Nak POLIGAMI - Ustaz Azhar

Pengantin PEREMPUAN Cukur Bulu KENING - Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Beli KOPIAH Kat Mana ? - Ustaz Azhar Idrus

M'sians overseas can vote by post, says EC

‘Mood perubahan’ jamin peluang menang PRU 13, kata Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain. – Gambar fail oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 11 Julai — Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinannya dengan Pakatan Rakyat (PR) dalam peluang untuk memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang, sambil mengatakan “momentum” semakin kuat untuk menuju ke Putrajaya. “Mood perubahan itu ada,” kata Anwar dalam temuramah bersama akhbar British The Guardian hari ini.
Dan sama seperti yang telah dinyatakan pada Financial Times, Anwar mengulangi kenyataan bahawa ini adalah peluang terakhir beliau untuk menang dalam PRU.

Nantikan kejutan besar di Sabah pada PRU 13

KUALA LIPIS 11 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan satu kejutan besar akan berlaku dalam politik Sabah pada pilihan raya umum akan datang.
“Akan ada kejutan dalam pilihan raya akan datang. Sabah khasnya akan menyaksikan satu kejutan besar.
“Sebab itu Najib (Razak) takut nak umumkan tarikh pilihan raya. Bila nak tunggu tarikh kena tanya Rosmah (Mansor), Rosmah pula tengok Najib. (Dua-dua) tak boleh nak tahu tarikh pilihan raya,” katanya disambut tepukan gemuruh 5,000 hadirin.
Beliau berkata demikian dalam Ceramah Umum Pakatan Rakyat (Pakatan) di Berchang, Kuala lipis, Pahang malam tadi.

Proses Pengundian Sedikit Berbeza Untuk PRU Akan Datang - SPR ....!!!! Beza Banyak Pun Tak Pe..!!!

Proses Pengundian Sedikit Berbeza Untuk PRU Akan Datang - SPRPUTRAJAYA, -- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat sedikit pengubahsuaian terhadap proses pengundian bagi pilihan raya umum (PRU) akan datang, bagi memastikan proses yang lebih telus berdasarkan beberapa cadangan daripada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata untuk PRU-13, susunan bilik mengundi agak berbeza apabila wakil parti politik ditukar kedudukannya dengan petak mengundi, bagi membolehkan mereka mendapat pandangan yang lebih baik mengenai pengundi dan proses pengundian.
Beliau berkata tiga kerani pengundian akan ditempatkan di bilik tersebut dengan kerani pertama akan menyemak nama dan wajah pemilih serta jari mereka sama ada telah ditanda dengan dakwat kekal, selain melaungkan muka surat, nombor siri, nombor kad pengenalan dan nama pengundi supaya wakil parti politik boleh menyemak data tersebut di dalam senarai pemilih masing-masing.

KEEPING AN EYE ON NAJIB: Mongolian officials to come to KL in Aug over Altantuya

KEEPING AN EYE ON NAJIB: Mongolian officials to come to KL in Aug over Altantuya A group of Mongolian officials specially tasked by their government to look into the Altantuya Shaariibuu murder will arrive in Malaysia in August.
"They have confirmed coming. It is only the date that not been fixed because Mongolia just had their elections and the new government has just been formed," Keadilan Daily reported PKR MP for Kelana Jaya Loh Gwo Burne as saying.
"I hope the case can be settled as soon as possible. It has already been a 6-year-wait for Altantuya's family but till now there is no closure. I am sure all of us in this country including the international community feel sympathy for her family."
Delay after delay

Scorpene-Altantuya: Siapakah Razak Baginda kepada Najib dan Umno

Scorpene-Altantuya: Siapakah Razak Baginda kepada Najib dan UmnoIa tidak masuk akal jikadikatakan bahawa Razak Baginda adalah dalang di sebalik pembelianRM7.3 bilion dua kapal selam Scorpene dari Perancis oleh Malaysia?Ia memang pembelian yang tidak sesuai kerana pantai cetek Negara bersifat cetek, dan lebih buruk lagi, adalah berikutan skandal komisen haram yang berakhir dengan pembunuhan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibu, membayangi Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Walaupun musuh ketat Baginda tidak boleh membayangkan dia mempunyai keberanian atau keupayaan untuk meyakinkan Najib, yang pada ketika itu adalah Menteri Pertahanan yang bakal mengambil alih jawatan Perdana Menteri, dengan mengambil bahagian dalam apa yang pada dasarnya merupakan penipuan secara besar-besaran.
Kecualilah Najib sendiri mahu dipujuk atau mungkin juga mencadangkan satu skim bagi Baginda untuk selidiki dan laksanakan!
Bagaimana pula dengan Altantuya?Baginda boleh dipujuk Najib untukmeminjam dua pengawal peribadi untuk membunuh si cantik pemeras ugut itu, dan kemudian mengebom tubuhnya dengan bahan letupan C4 agar pengenalan tidak boleh dilakukan?Siapa yang tahu cerita sebenar,mungkin hanya pembunuh Altantuya sahaja yang tahu.Masalahnya ialah mereka tidak mahu bercakap.Atau mungkin mereka tidak bersedia untuk meniup wisel itu lagi.

DAP90: Transformasi bodoh ke berlagak cerdik

DAP90: Transformasi bodoh ke berlagak cerdikKUALA LUMPUR- Program transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanya sekadar berjaya mentransformasikan orang bodoh berlagak cerdik, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar .
Merujuk kepada tindakan dua orang yang mendakwa sebagai professor yang mengulas berita bohong Utusan Malaysia kononnya DAP akan bertanding 90 kerusi dalam pilihan raya umum akan datang, beliau berkata, selain dari mentransformasi orang bodoh sehingga boleh berlagak seolah-olah cerdik, tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan dari apa yang didakwa sebagai program-program transformasi Najib.
"Kalau kita baca blog Datuk (Mohd) Ariff Sabri (Abdul Aziz) umpamanya (sakmongkol.blogspot.com), kita akan dapat membaca begitu banyak hujah yang kukuh bahawa tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan dalam apa yang didakwa sebagai program-program transformasi Najib.

Bersih 3.0 : Dipukul polis walaupun ikut arahan - saksi

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Seorang lagi saksi memberitahu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bahawa beliau dipukul lapan hingga sepuluh orang polis dalam perjalanan pulang selepas menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Arsyad Abas, 32 berkata, walaupun beliau menurut arahan polis supaya menukar baju T Bersih kepada baju T biasa, beliau tetap dipukul di kawasan Masjid India sebelum diheret ke Kelab Diraja Selangor, Dataran Merdeka.

"Saya sudah bagitahu saya dalam perjalanan pulang, tapi mereka terus memukul saya. Saya dalam keadaan duduk dan nak tukar t-shirt kuning saya kepada t-shirt biasa, jadi saya tak nampak muka polis yang memukul tapi saya tahu minimum lapan orang polis," kata beliau pada sidang pendengaran awam mengenai dakwaan pelanggaran semasa dan selepas perhimpunan Bersih 3.0 di Ibu Pejabat Suhakam hari ini.

‘Even DBKL officers assaulted us’ on April 28

A witness tells a Suhakam panel that he was stomped on by enforcement officers as he was helping a girl who was badly injured on April 28.
KUALA LUMPUR: Even Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) authorities assaulted protesters during the Bersih 3.0 rally on April 28, a Suhakam inquiry was told today.
Kumar Suppiah, 45, said that during the rally, he was roughed up by City Hall enforcement officers alongside with police personnel.
Testifying into human rights violation during the rally, Kumar said that he was stomped on by DBKL officers who assisted the police to clear the crowd near the DBKL HQ that day.
“Some of us took shelter in an ATM room at the DBKL building (after the water cannons were fired). There were about 12 of us and some were assisting a young girl in her 20s who we suspect broke her arm,” he said.

ANAK dapat kebenaran polis anjur Himpunan Oren di Pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur


MAZLAN-ALIMAN SHAH ALAM - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, pihak polis  telah member kebenaran mengadakan Himpuan Oren Selamatkan Felda bagi menuntut hak peneroka di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala LumpurJalan Duta, Sabtu ini.
Mazlan berkata, pihak polis telah membenarkan perhimpunan secara aman itupada jam 2 petang dipekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mengelak kejadian yang tidak diingini dan atas faktor keselamatan.
“Kita telah berunding dengan pihak polis dan polis telah setuju untuk kami berhimpun di kawasan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

ISA: MURSHID desak Najib tunaikan janji


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia diseru agar mengotakan janji yang pernah beliau buat sewaktu ucapan menyambut Hari Malaysia pada tahun 2011, iaitu untuk memansuhkan ISA.

Perdana Menteri perlu tuntas dengan janji transformasi, mengotakan apa yang telah dikata dan membuktikan slogan beliau, ‘Janji ditepati’.

Maka ISA perlu dimansuhkan segera, kem Kamunting hendaklah segera ditutup dan para tahanan dibebaskan serta-merta.

Demikian tuntut MURSHID (Multaqa Asatizah dan Du'at), iaitu perkumpulan 20 orang ilmuwan dan pendakwah Islam mengenai isu penderaan ke atas tahanan ISA di Kem Kamunting.

RM700 juta untuk PRU 13 dipersoal

KUALA LUMPUR 11 Julai: Senator Dr Syed Husin Ali mempertikai kos RM700 juta yang diperuntukkan kerajaan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Beliau berkata, kos itu terlalu tinggi sedangkan tiada penambahbaikan terhadap sistem pilihan raya.
“RM400 juta diperuntukkan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) untuk perbelanjaan mengurus.
“Sebanyak RM300 juta lagi diperuntukkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk perbelanjaan keselamatan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

MB: Syabas tentukan Tarif Air Bukan Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 11 JULAI: Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kadar tarif air di Selangor berbanding syarikat pemegang konsesi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
Ini disebabkan Kerajaan Negeri hanya mempunyai pegangan sebanyak 30 peratus berbanding Syabas sebanyak 70 peratus dalam konsesi air di Selangor
Demikian ujar Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menyanggah persoalan yang ditimbulkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Kubu Baharu, Wong Koon Mun.
“Kalau Kerajaan Negeri ada kuasa, mengapa Syabas mengheret Kerajaan Negeri ke mahkamah apabila Kerajaan Negeri menghalang kenaikan tarif air?” Ujar Abdul Khalid.

Syabas Sabotaj Kerajaan Selangor Menjelang PRU-13

SHAH ALAM, 11 JULAI: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) didakwa sengaja mensabotaj projek pembangunan di Negeri Selangor menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi mengikis keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Demikian beritahu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali di hari ke tiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.
“Nampak dengan jelas ada unsur sabotaj yang berlaku terhadap Kerajaan Selangor oleh Syabas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dan kebimbangan saya adalah kepada rakyat yang menderita,” kata Azmin.

Bersih kuasa rakyat, bukan guling kerajaan

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Gerakan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak merancang untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat tetapi mahu kuasa rakyat diperkukuhkan, kata ketuanya Datuk Ambiga Sreenevasan.
Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN), termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkali-kali mengatakan bahawa perhimpunan Bersih ketiga yang berlangsung pada 28 April lalu adalah satu cubaan untuk menggulingkan kerajaan, satu tuduhan yang ditolak oleh Ambiga.
“Apa yang kami mahu adalah demokrasi pelbagai parti, di mana, setiap dua atau tiga tahun sekali parti yang memerintah bertukar.
“Kami tidak kisah sekiranya BN kembali memerintah tetapi sekiranya parti itu memikirkan bakal kehilangan kuasa, mereka akan menjadi lebih baik.
“Ini soal kuasa dikembalikan kepada rakyat.

Inkuiri Suhakam: Saksi dakwa lihat polis segaja pukul perusuh cedera

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Saksi ketiga untuk hari kedua Inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menyiasat pelanggaran hak asasi manusia hari ini memberitahu panel bahawa beliau melihat anggota polis melakukan keganasan terhadap perusuh, termasuk mereka yang mengalami kecederaan.
Kumar Suppiah, seorang ahli perniagaan berasal dari  Taman Desa, berkata kepada panel, ketika kekecohan berlaku selepas pihak polis anti rusuhan melepaskan gas pemedih mata, beliau melihat polis telah memijak dada seorang wanita yang cedera sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
“Ketika kekecohan itu berlaku, saya nampak kepulan asap gas pemedih mata dilepaskan dan kemudiannya saya pergi berlindung di mesin ATM di Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Jalan Raja Laut.

Bayangkan tragedi amuk Putrajaya tanpa media baru?



(Tragedi amukan di Putrajaya semalam)

IPOH: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain tidak dapat membayangkan apa fitnah yang akan terkena PAS jika amukan di Putrajaya semalam berlaku di zaman tanpa media baru.

Bagi beliau, kemunculan media baru di zaman ini telah banyak menguntungkan PAS dan Pakatan Rakyat.

MARA batal pinjaman belajar anak pemimpin PKR



Tawaran pinjaman pelajaran kepada anak seorang pemimpin PKR ditarik balik apabila Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempertikaikan status bapanya sebagai seorang Melayu.

Menurut pemimpin PKR Batu Pahat, Syed Hamid Ali, MARA membatalkan pinjaman pelajaran ke luar negara yang ditawarkan kepada anaknya Akmal Hakim, 17, kerana Syed Hamid telah didaftarkan sebagai 'Arab' ketika dilahirkan.

BERSIH: PM, polis berdiam diri isu serangan samseng

Gabungan NGO BERSIH 2.0 berkata, polis dan perdana menteri akan dilihat membiarkan insiden serangan oleh kumpulan samseng berterusan sekiranya terus berdiam diri dalam kes seperti itu.

"Sehingga hari ini, polis masih belum bertindak tegas ke atas pelaku budaya ganas ini. Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 juga melihat bahawa Perdana Menteri, (Datuk Seri) Najib Razak telah berdiam diri mengenai kes seperti ini," kata NGO itu dalam satu kenyataan.

Katanya, pihak berkuasa perlu menyiasat serangan tersebut, seperti yang dialami penganalisis politik Ong Kian Ming semalam.

Gabungan NGO itu melihat bahawa serangan oleh kumpulan samseng seperti itu, seperti yang dialami pengerusi bersamanya Datuk S Ambiga sebelum ini, semakin meningkat

Jangan Terpedaya Janji PM, Pakatan Sudah Terbukti Lebih Baik


SHAH ALAM, 11 JULAI : Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) berjaya mentadbir Selangor dengan lebih baik dengan peningkatan ekonomi mampan walaupun berdepan sekatan peruntukan Kerajaan Pusat Umno-BN.
Justeru, rakyat Selangor seharusnya jangan terpedaya dengan rayuan Perdana Menteri supaya memilih Umno-BN pada pilihanraya akan datang kerana sudah terbukti Selangor akan lebih maju di bawah Pakatan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ketidakadilan Kerajaan Pusat memberi cabaran besar untuk mentadbir Selangor dengan menggunakan sumber negeri yang berjaya dijana menerusi pentadbiran yang baik dan amanah.
“Menggunakan sumber negeri, kita tidak sekadar memenuhi janji-janji malah berjaya mencapai lebih daripada dijanjikan.

Najib tertekan dengan dakwaan demokrat palsu


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak disifatkan sebagai tertekan dengan jolokan Demokrat Palsu oleh sebuah majalah Kanada 'Globe and Mail' bulan lalu karangan Mark Mackinnon dalam tulisan bertajuk: ‘A 21 st-century checklist of new autocrats’.

Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan Najib sangat tertekan dengan laporan itu kerana beliau disamakan dengan pemimpin yang tidak demokratik.

Antaranya Presiden Russia Vladimir Putin; Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopian Meles Zenawi dan Perdana Menteri Cambodia Hun Sen.

Benarkah Najib Demokrat Palsu?

Setelah disenaraikan dalam kelompok “aukokrat baru” dalam sebuah makalah berjodol “A 21st-century checklist of the new autocrats”, penulisan Mark Mackinnon (terbitan: Jun, Globe and Mail) itu juga mengkategorikan Perdana Mentrei Najib Razak dalam ketegori “Democrat Palsu” atau “False Democrat”.

Tersenarai juga ialah Presiden Russia Vladimir Putin, Palestinian President Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopian Meles Zenawi, PM Cambodia Hun Send dan tidak ketinggalan PM Malaysia Najib Razak. Bekas ahli kelab dikatakan terdiri dari Slobodan Milosevic dan Hosni Mubarak.

Ciri utama kelayakan dalam kelab ini ialah: Pimpinan ini menganjurkan pilihanraya tetapi tidak bersedia untuk melepaskan kuasa sementara menahan serta memenjarakan seteru politik dari pembangkang.

Kerajaan Umno-BN Yang Keluarkan Lesen Rumah Urut....

SHAH ALAM 11 JULAI : Semua lesen bagi rumah urut dan pusat hiburan di Selangor dikeluarkan semasa pentadbiran Umno-BN sebelum ini bukan dan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu Tian Khiew. berkata demikian ketika menjawab soalan Warno Dogol (Sabak Bernam-BN) dalam Sidang Dewan Negeri (DNS) hari ini.
Katanya, Kerajaan Negeri Pakatan tidak mengeluarkan lesen bagi kedua-dua premis itu sejak tahun 2006 dan dasar itu diteruskan sehingga kini.

SPR: Rakyat M'sia luar negara boleh undi melalui pos.....


Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan rakyat Malaysia di luar negara boleh mengundi melalui pos dalam pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam satu taklimat kepada pemberita hari ini, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata suruhanjaya itu sedang menyediakan pindaan undang-undang untuk membolehkan perkara itu dilaksanakan.

SPR: Jangan pertikai dakwat kekal....


Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof PUTRAJAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, penggunaan dakwat kekal dalam urusan pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Menurutnya, sebelum ini ramai yang mempertikaikan kewibawaan SPR apabila menggunakan "finger print" dan kini sistem pengundian ditukar dengan penggunaan dakwat kekal.

"Dakwat kekal ini halal digunakan dan boleh dibawa (kekal pada jari ketika) solat bagi para pengundi yang beragama Islam.

Inkuiri Suhakam: Saksi dakwa polis curi barangan peribadi ketika dipukul

KUALA LUMPUR, 11 Julai — Inkuiri kedua Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini diberitahu saksi bahawa barangan peribadi miliknya telah dicuri pihak polis ketika dipukul sewaktu menyertai perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih, Bersih 3.0, pada 28 April lalu.
Arshad Abas yang ditahan ketika dalam perjalanan pulang selepas perhimpunan Bersih 3.0 “duduk bantah” di Dataran Merdeka mendakwa sebelum dipukul, dia telah diarahkan untuk menukar baju T kuning Bersih yang dipakainya, dan ketika hendak menukar baju berkenaan, dia telah dipukul sekitar lapan hingga 10 anggota polis.
“Saya dalam perjalanan pulang selepas perhimpunan, saya bertembung dengan dua kumpulan anggota polis dan mereka mengarahkan saya menukar baju T kuning Bersih. Ketika saya ambil baju dari dalam beg, saya telah dikerumuni pihak polis dan mereka memukul saya menggunakan kaki dan tangan.
“Kemudian, saya hanya lihat tangan yang saya yakin daripada pihak polis membongkar beg saya. Saya telah kehilangan seunit Samsung Tab 7.0, jam tangan, termasuk baju yang saya hendak tukar dengan baju Bersih yang saya pakai,” katanya kepada panel hari ini.

IGP: Polis siasat dakwaan tahanan ISA diseksa

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pasukan itu akan menyiasat dakwaan bahawa pengawai siasatannya "menyeksa" tahanan ISA semasa reman.

"Oh ya, kita akan siasat... Sekiranya ada aduan, kita akan siasat," katanya kepada pemberita di Puchong hari ini.

Malaysiakini pada bulan lalu melaporkan bahawa nota yang diseludup keluar daripada kem tahanan Kamunting mendakwa tahanan berkenaan diseksa semasa berada bawah jagaan polis sebelum dipindahkan ke kem tersebut.

Seorang jurucakap polis Ramli Yoosuf bagaimanapun menepis dakwaan tersebut yang disifatkannya sebagai "tidak berasas" dan "berniat jahat".

Antara yang dinyatakan dalam nota berkenaan ialah seorang tahanan warga Iraq – Sami Hammad – yang mengakui melalui peguamnya bahawa beliau diseksa sehingga cuba membunuh diri semasa tempoh reman terssebut.

PAS desak kerajaan jelaskan isu lelaki ditembak mati di JPM

KUALA LUMPUR, 11 Julai — Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, hari ini mendesak kerajaan memberikan penjelasan terperinci mengenai kejadiaan amukan seorang lelaki sehingga ditembak mati di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lalu.
Timbalan presiden PAS yang mesra dengan panggilan Mat Sabu (gambar fail) berkata, penjelasan perlu diberikan oleh kerajaan agar rakyat tahu dengan lebih terperinci mengenai kejadian tersebut.
“Saya desak kerajaan Malaysia beri penjelasan terperinci tentang kejadian tersebut,” kata Mat Sabu ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider malam tadi.
“Kejadian itu berlaku secara tiba-tiba dan lelaki tersebut telah ditembak mati.
“Oleh itu rakyat perlu tahu apa disebalik kejadian ini.”

‘BN and Umno leaders pawning Sabah’

The formation of Malaysia was similar to the formation of Great Britain consisting of England, Wales, Scotland and Northern Ireland where each of them have their own autonomy.
KOTA KINABALU: Sabah Progressive Party (SAPP) has denounced Kota Belud MP Abdul Rahaman Dahlan’s view that Sabah is just one of the 13 states in Malaysia.
SAPP supreme council member Peter Marajin accused Abdul Rahman of denying Sabah’s autonomy by twisting the history of the proclamation of Malaysia in Sept 16, 1963.
“The proclamation of Malaysia read by Donald Stephens at Padang Bandaran on that particular day that Sabah is one of the 13 states in Malaysia does not mean Sabah’s status is the same as Perlis or Kedah in Malaya at that time. It is only a question of convenience that such proclamation was pronounced.
“It must be remembered that Malaya had already attained independence on Aug 31, 1957 through a federation of 11 states. Sarawak gained her independence on July 22, 1963 and Sabah on Aug 31, 1963.

The loud silence of 'Beng Hock'

Debate Malaysia - Tamil political debate

MIC lost relevance 38 years ago, says Niat chief

Perarakan lilin memperingati perhimpunan BERSIH 2.0

"THE YOUNG PADAWAN" - Sheikh Yahya Ibrahim

Godaan dari Yahudi dan Nasrani

3G= God, Goal and Glory

TAHUKAH ANDA : Pusat Tuisyen Rakyat

Video TGNA | Khutbah Jumaat 25 Mei 2012

'Rakyat S'gor tidak terpedaya rayuan PM'

Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengamalkan pentadbiran tidak adil dan tidak bertanggungjawab terhadap rakyat Selangor apabila menafikan hak rakyat negeri ini.

Pembayar cukai di Selangor menyumbangkan sebanyak 23 peratus kepada jumlah cukai  yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan, tetapi hanya 3 peratus daripada belanjawan negara dikembalikan semula kepada Selangor.

Ketidakadilan Kerajaan Persekutuan BN memberi cabaran besar kepada Kerajaan Selangor untuk mentadbir negeri ini menggunakan sumber negeri yang berjaya dijana menerusi pentadbiran yang baik dan amanah tanpa bergantung kepada bantuan Kerajaan Persekutuan.

Menggunakan sumber negeri, kita tidak sekadar memenuhi janji-janji, malah berjaya mencapai lebih daripada yang dijanjikan.  Kerajaan Selangor berjaya  mencegah rasuah di semua peringkat, menghentikan ketirisan sumber-sumber negeri dan hemah berbelanja. Hasilnya, Kerajaan Selangor berjaya meningkatkan simpanan tunai kerajaan dari RM400 juta pada 2008 hampir lima kali ganda ke RM1.9 billion pada 2011.

DAP bidas Tee Yong berkenaan tuduhan skandal RM1bilion Selangor

KUALA LUMPUR, 11 Julai — DAP hari ini membidas Datuk Chua Tee Yong untuk membuktikan dakwaan skandal tanah RM1 bilion di Selangor dengan mengatakan bahawa pemaju Talam Corporation Bhd sudah menyelesaikan RM 392 juta kepada kerajaan negeri Selangor.
Perang mulut antara DAP dan MCA minggu lalu berkenaan pengurusan kewangan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat (PR) dan juga mengenai pengurusan program pembangunan di Pulau Pinang. PR juga memerintah Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.
Pua (gambar fail) dan ahli parlimen PAS, Dr Dzulkefly Ahmad telah “berdiri di barisan hadapan” untuk mempertahankan Selangor dan pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim walaupun menteri besar itu masih belum mendedahkan semua butiran dalam sebuah “Kertas Putih” seperti yang dijanjikan tiga tahun lalu.

Ambiga: Saya tak fikir mereka sejahat Gaddafi

Pengerusi bersama gabungan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH Datuk S Ambiga berkata, langkah terus memburukkannya dengan pelbagai kaedah kini sudah tidak masuk akal.

Peguam itu mengulas pelbagai bantahan diterimanya selepas menganjurkan BERSIH pada 28 April lalu, termasuk isu "menggantungnya" kerana didakwa menderhaka, lapor dpa.

Ambiga juga menafikan BERSIH bertujuan menggulingkan kerajaan kerana keadaan di Malaysia sangat berbeza dengan di negara-negara Timur Tengah.

Pakatan vows to reform Parliament

Among the key reforms, should Pakatan come into power, will be the establishment of a parliamentary committee structure with members from both sides of the divide. 

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat has pledged to reform Parliament should it wrest federal power in the 13th general election, vowing to restore the separation of powers and strengthen democratic institutions.
PKR vice-president Nurul Izzah Anwar said among the key reforms would be the establishment of a parliamentary committee structure with members from both sides of the divide covering all aspects of government.

Will Dr M and Najib surrender unconditionally if BN loses GE-13?

Will Dr M and Najib surrender unconditionally if BN loses GE-13?Pakatan Rakyat leaders have been prudent and wise in having the foresight to question if Prime Minister Najib Razak's BN coalition would hand over power in a smooth and efficient manner if it loses the 13th General Election, as that would be the first time in the history of Malaysia that the BN actually loses the mandate to govern.
As the possibility of Pakatan taking over the reins of power looms likely with each passing day of delay in holding the GE, will BN surrender “unconditionally” when they are booted by the Malaysian electorate?
In the wake of recent exposes and scandals of BN leaders, it is necessary for Malaysians to gauge accurately what is happening in the country and to be prepared to boot the corrupt and inept and deadwood from holding political office.
With grace or stubborn resistance

Actual inflation is closer to 8% NOT below 3%! How the M'sian govt MANIPULATES the CPI

Actual inflation is closer to 8% NOT below 3%! How the M'sian govt MANIPULATES the CPIThe Consumer Price Index measures the movement of goods and services purchased for consumption over a period of time. It is a very good measure for households to evaluate their financial position and purchasing power over time.
Ordinary folk like us know that the prices of goods and services have risen tremendously in the past few years but the government had been telling us the contrary. This is because according to their calculation, based on the CPI, the basket of goods and services has only gone up by 2-3% per annum.
But as we know all know, ALL governments lie about their inflation figures. They will report inflation figures of 2-3% even though the prices of food, fuel, education, medical expenses and etc have been sky rocketing over the past few years.

Rebellious divisions holding Najib back

Is Najib Tun Razak, who has been groomed since young to lead the country, facing a coup in Umno?

Why is Prime Minister and Umno president Najib Tun Razak procrastinating in naming an election date?
After all, he’s enjoying a good personal rating, and good reports from the ground. Not forgetting Umno is now flush with cash.
The real reason he delays and delays, and huffs and puffs is that he fears a looming revolt within Umno.
The incumbents are insisting they are winnable. Would anyone dare replace warlord Tajudin Rahman (Pasir Salak), for example?
Najib is facing potential revolts in all divisions.
Even if he pays the incumbents lots of money, the people supporting the replaced incumbents will sabotage Umno.

32-yr-old MCA Datuk who can't 'read and count': Tee Yong & his RM1bil Talam mishap

32-yr-old MCA Datuk who can't 'read and count': Tee Yong & his RM1bil Talam mishapDatuk Chua Tee Yong has on 3rd July made headlines in all media by accusing the Selangor state government of committing a RM1 billion land scandal, bailing out financially stricken property developer Talam Corporation.
Since then we have showed clearly that there was not only no bailout, Talam was forced to repay its debts to the state government amounting to RM392 million which were all accrued during the Barisan Nasional regime.
We have also proven that Datuk Chua not only could not tell the difference between debit and credit columns of a balance sheet, he had the uncanny subtraction ability of “two minus one equals three” (2 – 1 = 3) which resulted in the impossible figure of RM1 billion mega-blunder.

Ibu ahli parlimen Balik Pulau dirompak pagi ini

KUALA LUMPUR, 11 Julai — Ibu kepada ahli parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff (gambar), di rompak sebelum subuh di rumahnya di George Town hari ini, lapor The Star dalam laman web mereka.
Menurut akhbar tersebut, Fatimah Ahmad dikejutkan  oleh lelaki bersenjata meminta wang dan barang beharga daripadanya.
Ibu berumur 73 tahun yang tinggal seorang dirumah pada waktu itu dilaporkan dipukul di muka semasa kejadian dan kehilangan wang sebanyak RM3,000.
Fathimah kemudiannya membuat laporan polis pada pukul 6.30 pagi.

Malu saya kalau jadi ahli MCA

Apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, melalui cabutan undi, berjaya menjadi pemidato pertama; saya sudah boleh mengagak apa kesudahan debat rnda kedua MCA lawan DAP yang diadakan di Sunway Convention Centre semalam.

Kalaulah saya ini Cina, dan kebetulan menjadi ahli MCA, pastilah saya akan menyorokkan muka saya di dalam guni bawang dan tidak lagi bertemu dengan mana-mana teman penyokong Pakatan Rakyat, kerana begitu berat malu yang ditanggung. Bahkan saya barangkali sanggup untuk lakukan pembedahan plastik dan menggunakan nama baru supaya orang tidak kenal saya lagi. Dan kemudian senyap-senyap saya isi borang DAP dan tinggalkan MCA selama-lamanya. Begitu besarlah malu yang ditanggung MCA kerana menghantar Chua Soi Lek, presidennya itu untuk berdebat menentang Guan Eng – untuk kali yang kedua.

Maki hamun budaya UMNO hari ini?


 
L**cau la! Melayu bodoh jadi suruhan DAP*g.
Lim Guan Eng **bi, kah kah kah…
Melayu haram**dah boneka DAP*g
Potong ***cau baru Lim Guan Eng bole jadi PM
DAP*g komunis tak potong lanc**

Ini sebahagian besar (majoriti) komen dari para komentar anti-DAP dan anti-Pakatan Rakyat di Facebook Roketkini yang sempat direkodkan dan telah pun dipadamkan atas sebab undang-undang serta usaha mengekalkan kesopanan. Rata-ratanya menggunakan nama Melayu samaran. Rata-ratanya memaki-hamun DAP, pemimpin DAP, orang Melayu dalam DAP dan Roketkini dengan harapan agar timbul kebencian dan kemarahan di kalangan pembaca Melayu dan akhirnya parti kesayangan mereka, iaitu UMNO, akan beroleh kemenangan dalam pilihan raya.
Rata-ratanya mereka tidak pernah ada sebarang hujah yang munasabah kecuali maki-hamun seperti orang hilang akal sedang mengamuk. Dengar khabarnya ada yang dibayar lumayan untuk membuat kerja terencat akal seperti ini.
Melayu b**gsat saja yang masih dok sokong UMNO..
DAP hebat, pergi m**pos dengan UMNGOK

Presiden MCA hina rakyat Sabah & Sarawak


Dalam ghairah berhujah dalam Debat 2.0 tempoh hari, secara terang-terangan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah menghina rakyat Malaysia di Sarawak dan Sabah dengan mendakwa bahawa mereka tidak mampu bersaing dengan rakyat di Semenanjung jika tidak dibantu oleh kerajaan Barisan Nasional.
“No way!” katanya sewaktu debat tersebut, menunjukkan keyakinan tegas beliau bahawa memang penduduk di Sabah dan Sarawak tidak mampu mandiri tanpa BN.
Sabah & Sarawak tak mampu saing?

Umno-BN Johor di ambang kejatuhan!

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
Johor disebut-sebut antara negeri yang 'bolah sahaja' jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan paling lewat sebelum April 2013.
Mengapa Johor boleh jatuh ke tangan Pakatan Rakyat?Faktor paling besar yang boleh sahaja menjadi penyebab Umno-BN di sana boleh tersungkur ialah komposisi Dun yang memiliki pengundi yang 'marginal' (campuran) adalah faktor terbesar yang boleh menyumbang ke arah itu.

Hudud: Perlu persetujuan semua pihak....


SHAH ALAM –  Cadangan pelaksanaan hukum hudud di negara ini perlu persetujuan semua pihak sebelum ia dilaksanakan.

Ketua Kluster, Jawatankuasa Kluster Politik Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, dalam situasi negara kini, pelaksanaan hukum hudud hanya dipersetujui oleh parti politik Islam, tetapi tidak parti bukan Islam yang menyatakan pendirian menolak hukum terbabit dilaksanakan.

Menurutnya, sekiranya kedua-dua parti bukan Islam, baik kerajaan atau pembangkang, tidak mendapat persefahaman bersama semua pihak dalam situasi ini, adalah menjadi masalah untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Hudud ke mesyuarat perwakilan bahagian UMNO


Zabariah Wahab
Ketua Wanita Umno Bahagian Kepala Batas, Zabariah Wahab

KEPALA BATAS - Wanita Umno Bahagian Kepala Batas akan membawa usul menyokong pelaksanaan hukum hudud di negara ini ke dalam persidangan perwakilan Umno bahagian itu tidak lama lagi.

Ketuanya, Zabariah Wahab berkata, keputusan itu dibuat kerana usul yang dibawanya sendiri dalam persidangan perwakilan Wanita Umno Kepala Batas Sabtu lalu diluluskan sebulat suara oleh 343 perwakilan yang hadir.

Jiran terkejut tindakan Khalil Afandi


Hashim
Hashim
Sahak
Sahak
Rumah keluarga yang pernah didiami arwah Khalil Afandi Hamid di Taman Lindungan Jaya.
Rumah keluarga yang pernah didiami arwah Khalil Afandi Hamid di Taman Lindungan Jaya.
PETALING JAYA – “Sebulan yang lalu arwah Khalil  ada datang ke rumah bersama isteri  dan anaknya bertanya khabar kami sekeluarga, dia salam banyak kali dengan saya, percakapannya agak laju dan sukar difahami,” kata jiran arwah Khalil, Sahak Mat Dan, 60.
Menurutnya, Khalil tidak bercakap apa-apa mengenai aktivitinya.