Ahad, 8 Julai 2012

Anwar umum pelan persaraan, Mahathir sapu kepala dengan minyak 'cap kapak'

Isu persaraan Anwar sekarang menjadi isu yang panas. Sebagaimana yang dijangkakan, Mahathirlah yang akan memberikan reaksi yang paling awal terhadap pengumuman persaraan Anwar jika PR gagal mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya yang akan datang ini. Mahathir memberikan reaksi secara sinis yang pengumuman Anwar itu hanyalah sebagai helah pilihanraya sahaja.
Sebenarnya itulah yang dikehendaki oleh Mahathir tetapi beliau memberikan reaksi sebegini kerana beliau (Mahathir) mahukan kepastian yang kata-kata Anwar itu merupakan satu kenyataan yang benar, berhenti jika PR kalah mengambilalih kerajaan. Saya rasa sememangnya Anwar perlu berhenti jika gagal mengambilalih Putrajaya itu. Tetapi Mahathir memberikan reaksi dengan menyamakan sikap beliau kepada Anwar.
Di Selayang semalam Anwar berkata yang Mahathir terlalu takut beliau (Anwar)  akan merampas harta yang keluarga beliau telah ambil secara tidak betul dan bermoral dari rakyat selama ini dan itu sememangnya menjadi persepsi rakyat juga. Anwar menjawab dengan bertanya apa yang beliau (Mahathir) takutkan kerana yang dihina selama ini adalah beliau sendiri. Yang dipenjarakan adalah beliau dan ditumbuk serta ditelanjangkan adalah beliau.

SPR Tolong Jelaskan - Kenapa Daftar Pengundi Di Pejabat Umno?

Amat memalukan… Pejabat POS PANDAN INDAH mengarahkan bakal2 pengundi supaya mendaftarkan sebagai pengundi di Pejabat UMNO Bahagian pada 8 Jun, 2012 yang lalu.

Tengku Arief Tengku Hamid, 29 memberitau bahawa petugas wanita di Pejabat Pos berkenaan dengan tanpa rasa bersalah menyuruhnya kepejabat Umno bahagian terdekat.


“Petugas wanita itu memberitahu borang sudah habis. Saya bertanya mungkin kalau saya ke pejabat pos lain, saya boleh mendaftar.”

“Petugas itu mengatakan munkin semua pejabat pos lain juga tiada borang, jadi saya di sarankan pergi ke pejabat umNo bahagian untuk mendaftar sebagai ahli”, kata Arief pada sidang media baru2 ini.

BN to be DISMANTLED - MCA, MIC to pull out of coalition?

BN to be DISMANTLED - MCA, MIC to pull out of coalition?Speculation is swirling again that Barisan Nasional component parties, MCA and MIC, are toying with the idea to opt out of the long established national coalition that has governed Malaysia since 1957 due to differing reasons.
Whether they plan to join the Pakatan Rakyat led by Opposition Leader Anwar Ibrahim or choose to stay independent or form a new coalition is not clear yet
Such talk is not new and has blown in and out of the political arena over the past years, largely ignored as few Malaysians believe the pair could ever dare to make a break with the seemingly almighty UMNO - their BN big boss and some say 'big bully'.
Main grouses still the same: 'Telur' the likely 'gift' from voters
But now, pared down to their last card and with the next general election due to be held within the next 10 months, the leaders at both MIC and MCA have no choice but to starkly confront the pro and cons of such a move that will surely bring to an end the decades of easy living, special privileges, cushy income and extraordinary benefits.

Kartun Hina Presiden Mesir Disiar Dalam Harian Metro...!!!



Tindakan Harian Metro keluaran Sabtu, 7 Julai 2012 melukis dan menerbit lukisan seperti ini adalah sesuatu penghinaan kepada Islam! Dr Muhammad Morsi digambarkan seperti firaun dan Bulan Bintang, lambang Islam diletak di atas piramid. Kemenangan mereka yang berjihad memperjuangkan Islam digambarkan seperti ini, tatkala umat Islam mengharapkan sinar kegemilangan Islam.

Inikah cara Akhbar Malaysia meraikan kemenangan pejuang Islam di Mesir?

Berikut ini ialah gambar "sphinx" yang sebenar:

Tiada alasan tidak laksana undang-undang Islam


SHAH ALAM – Malaysia mempunyai banyak kelebihan apabila Islam diangkat sebagai agama rasmi negara, justeru tiada alasan untuk melengahkan lagi pelaksanaan undang-undang Islam, kata Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Wan Mohamad Abdul Aziz.

Menurutnya, Islam sebagai agama Persekutuan merupakan tunjang kekuatan umat Islam, Yang di-Pertuan Agong, Sultan dan Raja-Raja Melayu ini adalah Ketua Agama Islam dan ini juga adalah lambang keutuhan umat Islam di negara ini.

“Semua ini terletak di bahu kita sama ada mahu memulakan usaha ini, atau tunggu dan lihat dan menyebabkan kita terus ketinggalan berbanding dengan negara yang sebelum ini
dimomokkan seperti negara sekular Turki dan Mesir yang telah jauh ke hadapan,” katanya.

Jangan ada hudud Pas atau Umno.....!!!


Yang Dipertua (YDP) Angkatan Belia Islam Malaysia (Adim) Kedah, Hafiz Mustafa Lubis
Yang Dipertua (YDP) Angkatan Belia Islam Malaysia (Adim) Kedah, Hafiz Mustafa Lubis
 
ALOR SETAR - Semua pihak diminta berlapang dada berhubung cadangan Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat, yang mencadangkan pelaksanaan undang-undang hudud di Johor, agar tidak wujud situasi hudud ala Pas atau hudud ala Umno.

Yang Dipertua (YDP) Angkatan Belia Islam Malaysia (Adim) Kedah, Hafiz Mustafa Lubis berkata, Abim di negeri ini menyokong penuh cadangan berkenaan dan meletakkan persoalan mengenai keikhlasan pencadangnya itu di tempat kedua.

Menurutnya, cadangan itu amat baik, malah sebaiknya ia tidak hanya dilaksanakan di Johor sahaja sebaliknya di seluruh negara.

“Kita mengharapkan agar isu ini tidak sekadar dijadikan faktor penarik dalam politik sebalik menyeru semua pihak agar berlapang dada dan meninggalkan parti masing-masing jika ingin membincangkan isu hudud secara serius.

Hudud bergantung pada pemimpin....orang kuat UMNO senyap deh..!!!


Antara peserta yang hadir pada Seminar Kebangsaan Undang-Undang Syariah di Malaysia.
Antara peserta yang hadir pada Seminar Kebangsaan Undang-Undang Syariah di Malaysia.
 
SHAH ALAM - Pelaksanaan hudud bergantung pada pemimpin politik yang berkuasa, sama ada mahu atau tidak melaksanakannya.

Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, Universiti Teknolongi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Hasan Bahrom berkata, tanpa kemahuan politik (political will), undang-undang
Islam itu tidak mungkin dapat dilaksanakan.

"Kemahuan politik terutama di pihak kerajaan amat penting dalam mempengaruhi proses ke arah melaksanakan undang-undang Islam itu," katanya.

Kit Siang tolak ‘Mahathirisme’, bukan Mahathir


Lim: “Tuduhan-tuduhan (Dr Mahathir) bertentangan dengan polisi pembentukan lima dekad negara, Wawasan 2020 Bangsa Malaysia dan konsep 1 Malaysia.” — Foto fail
KUALA LUMPUR, 7 Julai — Lim Kit Siang hari ini menafikan beliau membenci seteru politiknya Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya hanya membenci pengaruh bekas perdana menteri itu dalam politik yang disifatkannya sebagai “Mahathirisme.” Menurut Kit Siang, Mahathir dilihat semakin berusaha keras untuk mengekalkan Mahathirisme itu dalam Umno melalui kronisme dan korupsi sejak kebelakangan ini.
Ketua Parlimen DAP itu juga turut menolak bahawa bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur disebabkan tidak melayani karenah Dr Mahathir, sebaliknya Pak Lah tewas dalam pilihan raya pada 2008 disebabkan gagal membendung legasi kronisme, korupsi, dan penyalahgunaan kuasa ketika zaman Dr Mahathir.

Memecahkan ruyung itu susah, tetapi akan sampai ke sagunya juga, Insyaallah

Penerbangan Malaysia (MAS) yang dalam kesusahan meneruskan operasinya kerana kerugian yang berganda-ganda sejak syarikat penerbangan itu di ambilalih oleh Tajuddin Ramli. Kerugian berada dalam angka yang berbillion-billion ringgit dan sejak itu berbagai-bagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan yang kadang kala adalah usaha yang diibaratkan seperti tikus memperbaiki labu.
Apa yang dihadapi oleh syarikat-syarikat yang berstatus ‘public companies by guarantee’ ini, operasinya tidak dapat dilakukan mengikut kehendak dan keperluan ‘professionalism’ dalam pengurusannya.

RM500juta di tabur sebelum pilihanraya.... tabur jangan tak tabur....!!!

Teraju agih RM500 juta untuk syarikat Bumiputera terpilih


PETALING JAYA, 6 Julai — Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) hari ini mengumumkan akan memberikan kemudahan pembiayaan kewangan Islam bagi syarikat-syarikat dalam kumpulan Teras dengan nilai berjumlah RM500 juta.
Melalui program ini, syarikat yang tergolong dalam kumpulan Teras akan beroleh pinjaman bernilai sehingga RM30 juta dana dengan pembiayaan daripada SME Bank bagi keperluan pembiayaan untuk modal kerja dan pembelian aset dengan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.

Najib hanya mampu cakap besar bukan menang besar



Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menyusahkan rakyat mengenai tarikh pilihanraya umum ke 13 (PRU13) yang masih menjadi tanda tanya hingga ke saat ini. Para ahlulnujum politik pun sudah jemu untuk meramal setelah sekurang-kurang tiga masa dianggap terbaik untuk BN mengadakan PRU berlalu begitu sahaja.

PRU adalah perkara besar. Di samping banyak pihak yang terbabit dengan PRU, jika berlaku pula pertukaran kerajaan maka lagi banyak perubahan yang akan berlaku. Sebab itu tidak pelik jika ada pihak yang sentiasa dalam dilemma untuk merancang aktiviti kehidupan seharian selagi Najib belum bubarkan Parlimen. Hendak menunaikan umrah, haji, melancong, berpindah rumah, kenduri kendara bahkan nak khatankan anak pun jadi dilemma dalam penentuan tarikh.

Umno - Bn Sedang Menanti Ajal

Kebangkitan hijau di negeri-negeri BN dan penghijrahan luar biasa golongan artis ke dalam PAS adalah suatu fenomena yang dilihat mampu membantu PAS menuju ke Putrajaya. Wartawan, NYZA AYOB mendapatkan pandangan kedua bekas Menteri Besar Perak yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin mengenai perkara ini

Bagaimana Dato' Seri melihat kebangkitan Hijau ke Putrajaya?