Jumaat, 6 Julai 2012

'Fighting union busting in Indonesia'

Mat Sabu belum buat keputusan tanding di mana

Hudud: KM Persoal Pendirian BN

"Migrant workers in grip of HIV"

'MCA made mega blunder in Talam deal accusation'

Zaman Bik Mama : 47% pekerja muda 'dijangkit' hutang serius


sekadar gambar hiasan SHAH ALAM - Kira-kira 47 peratus daripada pekerja muda mengalami masalah hutang yang serius, demikian menurut satu kajian kendalian pertubuhan bukan kerajaan kepenggunaan, Pusat Kajian dan Sumber Pengguna (CRRC).

Penemuan pusat itu juga menunjukkan bahawa bayaran bulanan hutang pekerja-pekerja muda 30 peratus atau lebih daripada pendapatan kasar.

Malah menurut CRRC, kajian mereka juga menunjukkan seramai 37 peratus mengakui bahawa mereka berbelanja di luar kemampuan mereka.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, CRRC menambah, seramai 15 peratus pekerja muda tidak mempunyai simpanan langsung.

Polis Johor: Uncle Seekers positif dadah...??


Didakwa fitnah Sultan Johor, Uncle Seekers direman 4 hari SENAI -  Polis Johor mengesahkan hasil ujian air kecing terhadap pengendali blog Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, yang ditahan reman sejak semalam, positif dadah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.
"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan jabatan itu.
Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

TTS: Peneroka Keratong akan saman Felda


TEMERLOH: Felda sekali lagi akan berhadapan dengan saman daripada peneroka di atas kecuaian agensi berkenaan menguruskan kepentingan peneroka dengan baik.


Pengerusi Jawatan Bertindak Peneroka Felda Keratong 8, Jaludian Mat Hussain 52, (gambar) berkata, pihaknya telah mengesan kesalahan Felda membuat pemotongan berebihan wang Tabung Tanam Semula (TTS).

Katanya, agensi berkenaan telah terlebih potong wang peneroka bagi TTS dan pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Felda setelah segala usaha untuk berunding tidak dilayan.

“Kami telah mengutus surat kepada Felda tetapi tidak mendapat layanan,” katanya.

BERSIH 3.0 : Polis acu pistol ala ‘koboi’ cabar peserta perhimpunan

KUALA LUMPUR 6 Julai: Sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Khairul Anuar Pawanchik, 60, memberitahu, polis memulai provokasi terhadap peserta Himpunan Bersih 3.0 dengan mengacukan pistol ke udara sambil berdiri ketika menunggang motosikal.
“Lebih kurang 30 polis, diketuai seorang anggota di hadapan sekali, mengacukan pistol ke udara seperti seorang ‘koboi’. Ketika itu, mereka melawan arus sepanjang Jalan Raja Laut dan di sekeliling mereka ada ribuan manusia,” katanya.
Menurut Khairul, polis terbabit turut melaungkan: “Kalau berani datanglah depan, kenapa lari?” berkali-kali kepada lebih 2,000 peserta di kawasan itu.

Soi Lek seperti musang tanpa ekor – Guan Eng


GEORGE TOWN: “Kesombongan Presiden MCA Chua Soi Lek terhadap keberanian dan politik bermoralnya mengingatkan saya tentang kisah kanak-kanak mengenai musang yang kehilangan ekornya dan mahu musang-musang lain untuk memotong ekor sama seperti dia,” kata Lim Guan Eng.

Walau bagaimanapun, katanya rancangan musang tersebut untuk tidak menjadikannya keseorangan tanpa ekor gagal apabila semua musang lain enggan mengikut cadangannya.

“Sama seperti Chua Soi Lek dan kempen memburuk-burukkan oleh MCA dengan pembohongan dan cubaan membunuh karektor  peribadi terhadap saya dan isteri yang mana ia merupakan satu cubaan untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin PR berhubung salah laku seksual, walaupun Chua dan pemimpin-pemimpin MCA tidak dapat memberikan bukti,” katanya.

Debat Soi Lek-Guan Eng secara langsung di Internet

KUALA LUMPUR, 6 Jul — Biro publisiti MCA akan memastikan debat dalam bahasa Inggeris antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng boleh diikuti secara langsung di Internet melalui laman web rasmi MCA dan laman utama rasmi UStream MCA. MCA dalam kenyataan hari ini berkata anggota MCA dan orang ramai yang berminat menyaksikan secara langsung debat itu melalui Internet boleh mengakses laman web MCA, dan disini.
Debat itu, yang dianjurkan Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) akan diadakan di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada Ahad (8 Julai 2012), dari pukul 2.30pm hingga 4.30pm.
Tajuk debat itu ialah “DAP and MCA: Whose Policies Benefit The Country More?” (DAP dan MCA: Dasar Siapa Yang Memberi Lebih Manfaat Kepada Negara). — Bernama

Komplot Mahathir bolehkan anaknya dapat kontrak bekal minyak untuk MAS

KUALA LUMPUR 6 Julai: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoal perjanjian membekalkan bahan api antara Malaysia Airlines (MAS) dan Petron Malaysia Sdn Bhd.
Beliau berkata, MAS sebelum ini mendakwa kerugian kerana terpaksa menanggung kos bahan api yang dibekalkan oleh Petronas.
“Apakah perjanjian dengan pembekal baru ini (Petron), MAS boleh menjamin syarikat itu dapat mengurangkan kerugian,” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily.
Beberapa blog sebelum ini mempertikai tindakan Mahathir kerana ‘melepaskan’ kontrak membekal bahan api kepada MAS sedangkan beliau adalah penasihat Petronas.
Mengulas perkara itu, Azan berkata, Petron diberikan kontrak kerana syarikat tersebut dimiliki anak bekas Perdana Menteri itu.
Petron merupakan anak syarikat San Miguel Corporation iaitu syarikat berasaskan arak terbesar di Filipina yang sahamnya turut dimiliki oleh Mirzan Mahathir.
Azan menambah, keuntungan jualan arak membolehkan San Miguel membeli 65 peratus saham Exxon Mobil Corporation iaitu syarikat induk Esso Malaysia Sdn Bhd.
“Esso kemudian dijenama semula kepada Petron dan ia berlaku secara pantas disebabkan kepentingan Mahathir,” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Azan yakin, beberapa pemimpin tertinggi MAS meletak jawatan disebabkan tidak bersetuju dengan perjanjian itu kerana ia bakal menjejaskan keuntungan MAS.

Mat Sabu: Anwar seorang pemimpin berani

KUALA LUMPUR, 6 Jul — Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin berani dan kata timbalan presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, mengulas mengenai temuramah ketua pembangkang dengan Financial Times (FT) baru-baru ini.
Dalam wawancara bersama FT, Anwar Ibrahim mengatakan jika gagal menawan Putrajaya pada pilihan raya umum (PRU) 13 ini, beliau akan bersara dalam politik dan kembali mengajar di universiti.
“Dengan menggeluarkan kenyataan sanggup untuk bersara dari politik jika tidak berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada PRU 13 ini, membuktikan Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang berani,” kata Mohamad Sabu dalam temubual telefon kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
“Ertinya beliau yakin dengan kekuatan gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang dipimpinnya.”
Selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 2004, Anwar pernah diundang untuk mengajar dibeberapa universiti terkemuka dunia seperti Universiti Oxford dan Universiti Georgetown.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan persaraan politik Anwar benar-benar terjadi, Mohamad yang mesra dengan penggilan Mat Sabu mengatakan PR pasti mengemukakan pengganti kepada bekas timbalan perdana menteri itu.

Talam: MCA tak tahu beza 'beli' dengan 'ambil alih'


KUALA LUMPUR: DAP menyifatkan Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani Datuk Chua Tee Yong yang juga Ketua Biro Muda Profesional MCA gagal untuk membezakan antara 'membeli' aset dan 'mengambil alih' aset sebagai sebahagian daripada latihan pemulihan hutang.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, Chua dan pasukan pemimpin MCA Selangor membuat dakwaan tidak berasas dan remeh dan mereka harus meminta maaf secara terbuka kerana mengelirukan rakyat Malaysia dengan pemahaman kewangan korporat yang tidak mencukupi.

Dalam sidang medianya, Tony menjelaskan, Talam Corporation Bhd tidak menerima satu sen pun daripada perjanjian itu, tetapi telah berpisah dengan RM676 juta asetnya.

Guna OSA: Transformasi Najib 'kosong'

KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan tindakan menyiasat Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) membuktikan transformasi Najib hanya cakap kosong.


AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, pihak kerajaan khususnya polis sepatutnya melihat apa penyelewengan yang didedahkan, bukan mengugut si pendedah dengan OSA.

"Apakah pendedahan Rafizi merbahaya kepada keselamatan negara?.

"Jika ini berlaku memang tepatlah transformasi Najib , tidak berisi," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Makin lambat PRU, banyak skandal Najib terdedah


KUALA LUMPUR: Nampaknya semakin jauh Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) berlangsung semakin banyak tembelang Perdana Menteri pecah dan semakin sukar beliau menepis segala dakwaan yang dihadapkan kepadanya.


Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat isu skandal campur tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam projek tambahan LRT Ampang bernilai RM960 juta  yang dianugerahkan kepada sebuah konsortium yang diterajui syarikat George Kent menandakan negara ini bakal menuju kehancuran.

Lamb chops: GMI bidas Twitter menteri dalam negeri



 
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) membidas tulisan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam Twitternya yang  memilih hidangan 'lamb chops' di kala tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mogok lapar.

GMI menyifatkan kenyataan Hishammuddin itu sebagai "tidak mahu bertanggungjawab untuk membebaskan tahanan tersebut yang sedang mogok lapar".

Kakitangan SPRM dipenjara 13 tahun, denda RM2.275 juta kerana rasuah

SHAH ALAM, 6 Jul — Seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihukum penjara 13 tahun dan denda berjumlah RM2.275 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan rasuah tiga tahun lepas.
Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman itu ke atas M. Mohan, 39, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes pendakwaan melampaui keraguan munasabah.
Bagi pertuduhan pertama, Mohan dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan denda RM1.25 juta atau 60 bulan penjara jika gagal membayar denda, penjara 13  tahun dan denda RM1 juta atau 50 bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi pertuduhan kedua dan penjara 13 tahun dan denda RM25,000 atau lapan bulan penjara jika gagal membayar denda bagi pertuduhan ketiga.

DAP dedah satu lagi kes Umno beli tanah murah

NONEADUN Sekinchan Ng Suee Lim mendedahkan satu lagi dakwaan urusniaga tanah yang menurutnya tidak wajar, melibatkan Umno bahagian Tanjung Karang di Selangor, yang membabitkan 1.2 hektar yang dibeli oleh bahagian tersebut pada harga diskaun sebanyak RM3.17 juta pada tahun 2001.

Umno bahagian berkenaan hanya membayar premium sebanyak RM130,244 untuk tanah komersial sewaktu pentadbiran BN sebelumnya, walaupun harganya pada awalnya telah ditetapkan pada RM3.3 juta, berdasarkan nilai pasaran.

PRU13 : Jangan kunci mulut pemerhati p'raya

Pemerhati pilihan raya patut diberikan akses untuk bercakap dengan media ketika pilihan raya sedang berlangsung, kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar.

"Pemerhati pilihan raya, sama ada daripada luar negara atau domestik, mesti diberikan akses media semasa pilihan raya," kata anggota Parlimen Lembah Pantai itu ketika ditanya berhubung langkah kerajaan membenarkan pemerhati antarabangsa memantau pilihan raya akan datang.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya semalam, Nurul Izzah berkata, walaupun ia langkah positif, pemerhati luar tidak harus hadir dalam keadaan mulut terkunci.

Beliau mengetengahkan isu pemerhati Kommonwealth di Malaysia pada tahun 1990 yang laporannya tidak diketahui orang awam.

Menurut Nurul Izzah lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu membersihkan daftar pemilih untuk mendapatkan keyakinan orang ramai.

Bersih rally: Cops defied orders?

Responding to Hanif Omar's statement that there was not supposed to be physical contact with the protesters, Bersih leaders ask if this meant that the police personnel on the ground defied orders.
PETALING JAYA: Bersih co-chairperson S Ambiga felt that the police personnel on duty during the April 28 rally violated their superiors’ orders not to have physical contact with the protesters.
“If that is true [there was an order not to cause physical harm], then the police clearly breached the order in view of the number of people who got hurt and complained of being manhandled,” she said.
Ambiga was responding to independent advisory panel chairman Hanif Omar who said that the Federal Reserve Unit (FRU) was not equipped with batons on April 28.
“Normally the first rank would be the baton party but they were not given batons that day. All were instead equipped with tear guns or tear grenades. The order was never to come into physical contact because people could get hurt.

Anwar patut bersara sekarang, kata Mahathir...ha.ha..ha..Tok Ki Det Return...!!!!

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu berlengah-lengah dengan hasratnya untuk bersara daripada dunia politik, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Dia patut bersara sekarang, tak ada guna langsung...dia (Anwar) punya hajat cuma nak jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech Vaclav Klaus di sini hari ini.
Dr Mahathir berkata kenyataan Anwar itu merupakan retorik politik sahaja kerana menurut beliau jika pakatan pembangkang kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, Anwar masih terus dengan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.
Beliau diminta mengulas mengenai satu wawancara Anwar yang disiarkan akhbar Financial Times pada Selasa lalu membayangkan akan berundur daripada politik negara jika pakatan pembangkang kalah dalam PRU-13 dan akan kembali mengajar.

Soi Lek the tail': Repeat 'affair' lies at debate so 'fox without aI can SUE - Guan Eng

Soi Lek the 'fox without a tail': Repeat 'affair' lies at debate so I can SUE - Guan EngMCA President Chua Soi Lek’s boast of his courage and political morals reminds me of the children’s tale of the fox who lost him tail and wanted other foxes to cut off their tails like him. However his scheme not to be the only fox without tail failed when all the other foxes refused to follow his suggestion.
Similarly Chua Soi Lek and MCA’s smear campaign of lies and character assassination against my wife and me is an attempt to bring PR leaders down to his level of sexual misbehaviour, even though Chua and MCA leaders can not provide proof. No one wants to cut off their tails and be like Chua Soi Lek, the fox without tail.
The people of Malaysia now know who is behind all these lies against me. However this is cold comfort for my family and children, and both my wife and I are furious that they have to suffer the trauma of such lies.
As I want to protect my children from such lies, Chua or Melaka Chair Datuk Gan Tian Loo should not hide behind parliamentary privilege but state in public so that we can resolve this matter once and for all in court.
"Kurang ajar"

The naïve chairman of Lynas

With a population of 28 million, Curtis only just realised that the country’s 12.4 million Facebook users are a formidable force.

For someone who heads a technology-intensive company, and who has pumped several hundred million ringgits into a boggy area on the east coast of Malaysia, Nicholas Curtis, the chairman of Lynas Corporation, appears to have underestimated the power of the Internet and social media websites. Most of all, he miscalculated Malaysia’s most potent resource – its people.
Curtis thought that with the help of Malaysian politicians, he could face up to the might of China and end its monopoly of the production of rare earths. He did not bargain on the might of the Malaysian people who are interested in protecting their lives, their families, future generations and the environment.
Where has Curtis been all this time? Has he not heard of the Internet revolution which toppled the governments of Tunisia and Egypt? Internet activism is not just for challenging governments. Perhaps, it is time Curtis listened to the voices of the ordinary people rather than the few in the Barisan Nasional government.

I can do better job than Najib or Badawi, hints Dr M: But do M'sians want him back?

I can do better job than Najib or Badawi, hints Dr M: But do M'sians want him back?Not only does former prime minister Mahathir Mohamed appear to be clueless about why he is reviled by a large section of the Malaysian population, he also denies there is such a thing as 'Mahathirism', insisting that he had served the nation sincerely and to the best of his ability.
The veteran leader was also quick to fire a salvo at Lim Kit Siang, the DAP adviser, who recently warned of a return of 'Mahathirism' - a culture of authoritarianism, cronyism and corruption.
""I don't know why he hates me so much. There is no such thing as ‘Mahathirism'. I served the country, that's all. As a citizen of Malaysia, I have the right to support my country and make sure it does well," Mahathir was reported as saying.
'Comeback kid' at 86

Isu Talam: MCA buat kesalahan besar, kata DAP

DAP menyelar dakwaan MCA bahawa Selangor terlibat dalam "rundingan RM1 bilion yang dipersoalkan" dengan Talam Corporation Bhd kerana tuduhan berhubung pemulihan hutang negeri itu didakwa salah sepenuhnya.

NONESetiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, Talam tidak menerima sesen pun daripada langkah itu.

Timbalan menteri MCA Chua Tee Yong bukan hanya terlibat dalam elemen pengiraan berganda untuk mempertahankan "kesalahan besarnya" tetapi turut mengabaikan pengumuman Talam berhubung perkara itu kepada Bursa Malaysia, kata Pua.

Merujuk kepada pengumuman pada Mac dan April 2010 itu, sejumlah RM676 juta aset kerajaan Selangor yang diperoleh daripada Talam sebahagiannya digunakan untuk mengimbangi RM379 juta hutang syarikat itu

Bekas ketua Umno Felda Melati sertai PAS


JENGKA: Bekas Ketua Umno Felda Melati, Jengka 11, Nawi Mat Deris 70, kini meninggalkan Umno untuk menyertai PAS.


Nawi dalam ucapan sulungnya berkata, beliau meningalkan Umno yang diperjaungkan sejak muda, selepas menyedari perjuangan yang sebenar ialah perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Nawi memimpin Umno Jengka 11 dan menjadi ketua kampung selama 20 tahun sebagai ketua cawangan disamping menjadi Ahli jawatan kuasa Umno bahagian Maran.

Beliau menjadi penaja Umno Bahagian Kuala Krau yang diujudkan selepas persempadanan semula.

'Skandal LRT: Siasatan polis untuk lindungi PM

NONEPolis sepatutnya menyiasat Perdana Menteri yang didakwa memberikan tender projek tambahan LRT kepada pihak tidak layak dan bukannya Pengarah Strategi PKRRafizi Ramli yang mendedahkan perkara itu, kata presiden PKR.

"Polis seolah-olah tidak berminat dalam pendedahan ini, satu tender penting yang diberikan kepada pembida tidak berkelayakan iaitu George Kent yang juga melibatkan perdana menteri.

"Tidak satu pun di antara mereka dipanggil dan disiasat polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (atas).

Kerajaan negeri tidak bayar RM1 billion kepada Talam, jelas Pua


KUALA LUMPUR, 6 Julai — Ahli Parlimen PJ Utara Tony Pua menerangkan bahawa kerajaan Selangor tidak membayar sebanyak RM 1 bilion kepada Talam Corporation seperti didakwa oleh Datuk Chua Tee Yong.
Menurutnya, kerajaan negeri telah menerima bayaran sebanyak RM12.7 juta dari Talam pada 12 Mac 2010 dalam bentuk tunai, kemudian Talam menyerahkan aset kepada syarikat milik kerajaan negeri, Menteri Besar Incorporated (MBI), yang berjumlah RM 676 juta yang mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM266.2 juta dan RM30.5 juta dalam kos tambahan.
“Kami membayar hutang dari cawangan syarikat MBI, iaitu Unisel, Kumpulan Hartanah Selangor dan Permodalan Negeri Selangor, bukannya Talam,” kata Setiausaha Publisiti DAP itu dalam sidang media pagi ini.

Jawab atau banyak lagi rahsia Awang Adek-Hon Cheong didedah

KUALA LUMPUR 6 Julai: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin sekali lagi dicabar menjelaskan mengenai hubungan beliau dengan ahli perniagaan, Chung Hon Cheong dan skandal percetakan RM2 sebanyak 100 juta.
Sejak cabaran itu dibuat oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail minggu lalu, Awang masih membisu berhubung pendedahan ini.
Mengulas perkara itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memberi peringatan kepada Awang supaya tampil menjelaskan dakwaan itu segera atau banyak lagi dokumen baru akan didedahkan.
“Difahamkan semua butiran, dokumen lengkap masih banyak lagi di tangan Saifuddin. Masa tiga minggu diberikan semakin berlalu.
“Jika Awang hanya mengambil sikap mendiam diri, maka SAMM akan sekali lagi berada di bumi Kelantan dan ole-ole pendedahan bercetak dan lengkap akan berada di tangan ribuan pengundi Bachok selepas Aidilfitri,” kata Pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin.

Today in History for July 6th

Kuliah Jumaat Presiden PAS 6 Julai 2012

Shamsul Iskandar: PRU13 Adalah Pilihanraya Yang Terakhir Untuk UMNO BN Menjadi Kerajaan Di Melaka

PRU13: Pemerhati antarabangsa perlu diberi akses media

KUALA LUMPUR 6 Julai: Pemerhati antarabangsa pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) perlu diberikan akses media, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Katanya, kehadiran mereka tanpa akses tersebut tidak bermakna kerana berhadapan sekatan kerajaan yang menghalang mereka melontarkan pandangan.
“Apa maknanya kalau mereka datang tetapi ada sekatan undang-undang hingga mereka tidak bebas memberi pandangan,” katanya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menambah, walaupun kerajaan pernah menjemput pemerhati daripada negara Komanwel pada PRU-10, namun hingga ke hari ini, rakyat belum mendapat laporan mengenai hasil pemerhatian.

PRU13: Pas optimis tawan Putrajaya

TANJONG KARANG - Pas bersama Pakatan Rakyat (PR) optimis sekiranya diberi peluang untuk mengambil alih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), rakyat akan hidup lebih selesa berbanding di bawah Barisan Nasional (BN).

Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat, Idris Ahmad berkata, agenda PR masih tidak berubah dan tetap akan menurunkan harga minyak, yang juga keperluan asas kepada rakyat selain menghapuskan tol.

“Bagi golongan pelajar pula, PR tetap akan menawarkan pelajaran percuma daripada sekolah rendah sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) selain elaun khas sebanyak RM500 sebulan untuk golongan pendidik.

As expected, Altantuya killers' appeal delayed: Najib seen avoiding trial until GE-13 over

As expected, Altantuya killers' appeal delayed: Najib seen avoiding trial until GE-13 overAs expected, the high-anticipated appeal by Prime Minister Najib Razak's two former bodyguards against their death sentence for murdering Mongolian interpreter Altantuya Shaariibuu has been postponed to October 31 and November 1.
According to the prosecutors, the deferment was made to accommodate the filing of additional grounds in one of the appellant's court petition. But speculation is rife that Najib wanted to avoid negative publicity ahead of the 13th general election which is expected to be held early next year.
"Given that both men filed their appeal 2 years ago, such continuous delay is very suspicious. When the new hearing dates comes along and Najib has still not dissolved Parliament, I am quite sure there will be another postponement," PKR MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.
The trial was originally fixed for August 27 and 28.
Enigmatic duo - no one remembers how they look!

BERSIH 3.0 : Telinga peserta Bersih hampir putus akibat pisau cukur polis

KUALA LUMPUR 6 Julai: Telinga seorang peserta Himpunan Bersih 3.0 hampir terputus akibat terkena kawat berduri polis yang dipercayai diperbuat daripada pisau cukur atau ‘razor blade’.
Menurut Sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Khairul Anuar Pawanchik, 60, kawat berduri yang diguna dalam himpunan 28 April lalu itu diperbuat dari pisau cukur untuk menentang musuh dalam peperangan dan bukan untuk orang awam.
“Kawat berduri itu bukan kawat biasa, ia adalah ‘razor blade barbed concertina wire’ yang hanya diguna dalam ‘killing zone’ untuk melemahkan musuh dalam peperangan.
“Ia juga digunakan pada dinding penjara untuk menghalang banduan dari melarikan diri,” jelas Pegawai Komunikasi PBSM itu lagi, semalam.

Gantung Ambiga atau gantung diri?

Datuk Mohamad Aziz, MP Seri Gading, atau sesiapa saja boleh tidak setuju dan boleh marah peguam Datuk Ambiga Sreenevasan, pemimpin Bersih, atas kegiatannya sebagai anggota masyarakat madani menganjurkan tunjuk perasaan menuntut pilihanraya bersih dan adil.
Perlembagaan dan demokrasi membenarkan mana-mana anggota parlimen menyuarakan pandangan bebasnya, tetapi perlembagaan tidak menganjurkan seseorang menganjurkan menggantung orang itu dan orang ini atas apa alas an jua.
Bahkan Perdana Menteri dan Yang diPertuan Agong pun tidak boleh memerintah gantung sesiapa sekali pun ada alasan melayakkan seseorang digantung. Hanya mahkamah setelah mendengar hujah dakwaan dan pembelaan berkuasa menggantung sampai mati. Itu pun orang yang disabitkan boleh membuat rayuan lagi.

Penduduk TTDI bantah pelan MRT

Persatuan Pemilik Rumah Pinggir Zaaba di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, semalam, membantah pelan pembinaan laluan MyRapid Transit (MRT) di kawasan mereka berikutan didakwa meminggirkan pendapat penduduk setempat.Pengerusi Jawatankuasa Membantah (Protem) Persatuan Pemilik Rumah Pinggir Zaaba, Teoh Chye Tee berkata, mereka sudah menghantar pelbagai cadangan kepada MRT Corporation untuk menyelaraskan semula laluan MRT supaya tidak mendatangkan sebarang gangguan serta kerugian kepada penduduk di Pinggir Zaaba (PZ).
“Kami tidak menentang pembangunan, tetapi cadangan pembinaan ini tidak relevan dan akan mendatangkan pelbagai risiko serta kesan buruk kepada penduduk di sini.
“Jika pembinaan laluan MRT ini diteruskan, penduduk bukan saja berdepan masalah untuk keluar dan masuk rumah, malah mengalami pelbagai gangguan bunyi, debu, habuk dan getaran,” katanya.

Bukan Islam dinasihat henti pertikai hudud....kalau ISLAM pertikai guana...!!!!


Logo Jati tidak haram SHAH ALAM - Orang bukan Islam yang tidak faham mengenai hudud tidak wajar mengeluarkan kenyataan kerana ia akan mengguris hati orang Islam.

Timbalan Presiden Persatuan Jalur Tiga (Jati), Datuk Aidit Ghazali berkata, pihaknya menasihatkan agar pihak yang terlibat berhenti daripada mengeluarkan komen yang berunsurkan politik.

Bagaimanapun, beliau menyeru agar pemahaman sebenar dan menyeluruh mengenai hudud disebarkan kepada bukan Islam malah kepada orang Islam sendiri terlebih dahulu bagi mengelakkan ramai pihak terkeliru.

SPR kecewa dengan jumlah pendaftaran pengundi luar negara

SHAH ALAM, 6 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kecewa dengan jumlah pendaftaran pengundi bagi rakyat Malaysia di luar negara.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) memberitahu The Malaysian Insider baru-baru ini sambutan terhadap pendaftaran pengundi yang dijalankan di pejabat kedutaan dan konsul Malaysia di luar negara hambar.
“Selepas enam bulan SPR membuka pendaftaran bagi pengundi luar negara di pejabat kedutaan dan konsul, setakat ini hanya 300 hingga 400 orang sahaja yang mendaftar.
“Yang datang untuk mendaftar paling ramai dalam sehari lima orang.
“Sebelum SPR buka pendaftaran dulu, heboh seluruh dunia seolah-olah begitu ramai pengundi Malaysia di luar negara yang dinafikan hak untuk mengundi,” kata Abdul Aziz.
Untuk memudahkan rakyat Malaysia di luar negara untuk menjadi pengundi, SPR melantik semua pegawai-pegawai Malaysia di pejabat kedutaan dan pejabat konsul sebagai penolong pendaftar.

Rafizi Ramli, musuh nombor satu BN?


KUALA LUMPUR, 6 Julai — Sewaktu mencalonkan diri sebagai calon ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti tersebut tahun 2010, Rafizi Ramli adalah nama yang asing bagi ramai pihak.
Walaupun telah melibatkan diri dengan gerakan reformasi anjuran Datuk Seri Anwar Ibrahim semenjak hari pertama pada tahun 1998, watak Rafizi tenggelam oleh kerana kehebatan mentornya, Allahyarham Adelan Benan Omar. Adelan Benan Omar dan Rafizi Ramli (gambar) kedua-duanya membesar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK). Dalam tulisan di blognya, Rafizi menceritakan bagaimana manusia “genius” (Adelan) mendidiknya sehingga menjadi seorang pendebat hebat.
Rafizi kemudiannya masuk ke dunia korporat dan pernah bertugas di GLC seperti Petronas. Akauntan bertauliah ini muncul kembali dalam arena politik pada penghujung tahun 2010. Beliau dikatakan bertanggungjawab menyediakan teks debat Anwar ketika berhadapan dengan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Blogger Umno sedang menjerut leher sendiri


KUALA LUMPUR: Kepada banyak pihak, ia semakin jelas saban hari bahawa Umno adalah sebuah parti yang disertai individu-individu yang tamak dan tidak pernah ada rasa cinta kepada parti mereka.

Terdapat banyak peristiwa kebelakangan ini yang menguatkan persepsi tesebut, yang terbaru ialah pertelingkahan antara media, antara bos-bos media mereka dan pakar strategi yang memutar belitkan berita.


Ini termasuk bagaimana cara untuk menonjolkan agenda Umno dan bagaimana untuk menjual kepada orang awam mengenai kebolehan Umno dalam pembangunan, namun semuanya tidak berpadu dari atas ke bawah.

Umno’s paranoia over Singapore

Journalist Awang Selamat's recent lead article in Utusan Malaysia on PAP-DAP offered bizarre insinuations and is an attempt at using history to play off one race against another.

The recent piece by Awang Selamat on “PAP-DAP” is a piece of xenophobic journalism. Clearly the article seeks to justify the author’s own preconceived conclusions.
He does so by elevating circumstantial events – namely, PAP and DAP’s historical connections, Lim Kit Siang’s association with Lee Kuan Yew and other political trivialities – into what he thinks are incontestable inferences.
Of course, the participation of some Singaporean diplomats in the Bersih event recently was screamed off as another definitive proof of Singapore’s grand design to take over Malaysia.
Awang Selamat must be suffering from scotoma – the mind sees what it wants to see. Awang Selamat sees the sinister and diabolical plots by Singapore at every corner.

Jakim timbang haram novel dilancar Najib



 
Novel yang dilancarkan perdana menteri Selasa lalu kini berdepan risiko pengharaman apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang membincangkan kewajaran mengambil tindakan itu selepas ia dikaitkan dengan fahaman Syiah.

Penolong Pengarah (Penyelidikan I) Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan (Cawangan Akidah) Jakim Mohd Aizam Masod mengakui Perempuan Nan Bercinta karya pengarang terkenal Faisal Tehrani sedang dipertimbangkan untuk itu.

KPDNKK serbu stor barangan tiruan

Ustaz Azhar Idrus : Kuliah Ramadhan & Soal jawab Puasa

Uncle Seekers gembira ditahan Polis

Kerana Ketamakan Dan Keborosan Rosmah, Najib Haramjadah Akan Memikul Segala Kesalahannya.


Perdana Menteri Najib Razak boleh menyembunyikan perasaan gementarnya apabila SUARAM memberitahu bahawa mereka telah berjaya mengumpul lebih dari RM 200,000 daripada makan malam amal yang telah diadakan pada hari Jumaat.
Namun, berita tentang orang kanan yang juga teman rapat Razak Baginda yang telah dipanggil oleh mahkamah Perancis untuk memberi keterangan dalam kes pembelian Scorpene yang bernilai RM 7.3 bilion oleh Malaysia dan juga telah berjanji memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan itu telah menjadikan PM Najib seperti cacing kepanasan.
“Dia telah mengesahkan akan memberi kerjasama kepada kami,” kata penyelaras SUARAM, Cynthia Gabriel kepada para tetamu yang hadir pada makan malam tersebut.
Dia merujuk kepada Jalbir Singh Chahl, yang merupakan orang kanan Razak Baginda dalam Perimekar, sebuah firma yang menerima sekurang2nya 114 juta euro atau RM 570 juta dalam bentuk komisyen.

Mahathir, a racist and Malay chauvinist - TRUE OR FALSE?

Mahathir, a racist and Malay chauvinist - TRUE OR FALSE?The nation of Malaysia has reached the crossroads after years of suffering much anguish and pain in the hands of being ruled by Barisan Nasional. The extent of anguish and pain that Malaysians have suffered in the hands of BN cannot be fully quantified or assessed as yet.
However, what is certain is the way and manner of governing Malaysia since the days of the establishment of the Mahathir regime which has definitely witnessed a major blow and setback for democracy and race relations.
The real “pengkhianat Bangsa Melayu”?
It is an undeniable fact that while Mahathir governed Malaysia with impunity, he was also guilty of being a racist and a Malay chauvinist.
By often calling upon and using the racial card, he caused gullible and unsuspecting Malays and other bumiputras to believe that their common enemy is the non-bumiputras especially the Chinese and Indians.

Kak Wan : Kesal serangan terhadap Betty



Wan Azizah SHAH ALAM – Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail menyifatkan serangan pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana, Betty Chew Gek Cheng merupakan tindakan terdesak dan pengecut untuk memalukan beliau dan keluarganya.

Beliau melahirkan rasa kesal dan simpatinya terhadap Betty Chew dan menegaskan serangan itu menunjukkan BN ketandusan idea dan tidak berupaya menawarkan dasar yang lebih baik kepada rakyat Malaysia.

'PR perlukan Anwar'

PETALING JAYA – Pakatan Rakyat (PR) masih memerlukan khidmat dan keringat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, beliau tidak menafikan khidmat yang ditunjukkan ayahnya diperlukan dalam perjuangkan hak rakyat mendapatkan keadilan.

Terdahulu, dalam laporan Financial Times Selasa lalu, Anwar menimbang akan bersara daripada politik sekiranya PR gagal merampas Putrajaya pada PRU13.

Katanya, beliau akan kembali kepada aktiviti asalnya sebelum menyertai politik iaitu mengajar sama ada di dalam ataupun luar negara.

Menurut Izzah, berkemungkinan kenyataan yang dikeluarkan lebih meminta keseluruhan jentera PR secara keseluruhannya menumpukan usaha dalam proses memenangi PRU13.

Dr Morsi lulus ujian pertama

Dalam bukunya, Islam dan Masyarakat Melayu: Peranan dan Pengaruh Timur Tengah, yang asalnya merupakan hasil kajian PhD, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman menekankan dua negara yang mempunyai pengaruh besar ke atas umat Islam di Malaysia, iaitu Mesir dan Turki.

Penyebaran pengaruh Mesir dalam masyarakat Melayu pada tahun 1920-an dan 1930-an dikaitkan dengan peranan yang dimainkan Universiti al-Azhar dan kota Kaherah yang menjadi destinasi belia Melayu menuntut ilmu.

Begitu juga dengan gerakan Islah, yang menyeru umat Islam kembali kepada ajaran Islam sebenar, yang dipelopori Jamaluddin al-Afghani, yang kemudiannya mempengaruhi dua tokoh pembahaharu Mesir, iaitu Muhammad Abduh dan Rashid Rida.

Pelajar Melayu di Mesir menyaksikan rakyat negara itu berjuang menuntut kemerdekaan daripada penjajah Inggeris dan memberi pendedahan kepada mereka memainkan peranan menyemai kesedaran kepada anak bangsa. Peranan lulusan Azhar ini jauh mengatasi pengaruh mereka yang berpendidikan Inggeris atau Melayu.

Rafizi Ramli — BN enemy No. 1?

Rafizi (right) has been at the vanguard of PKR’s attacks against alleged abuses by BN. — File pic
KUALA LUMPUR, July 6 — When he was nominated for the PKR Youth chief post in 2010, Rafizi Ramli was a foreign name to many, even within the party. Fast forward two years and the certified accountant appears to terrify even the upper-ranks of the ruling Barisan Nasional (BN) coalition. His exposé of the RM250 million National Feedlot Centre (NFC) scandal involving Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil’s family had cost the Umno Wanita her job as Women, Family and Community Affairs Minister earlier this year.
After the NFC, he has moved on to allege more financial improprieties within public projects, the latest being the multi-billion tender for the light rail transit (LRT) extension works on the Ampang line that Rafizi has linked to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.
For his efforts, this alumnus of the elite Malay College Kuala Kangsar (MCKK) has faced repeated attacks from various quarters.

Negara Zina : Beg sandang berisi mayat bayi

RAHSIA pelajar bersalin dalam tandas asrama sekolah terbongkar apabila gadis itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan.


KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini sama sekali tidak menduga beg sandang yang diserahkan seorang rakan sekolahnya untuk disimpan rupa-rupanya mengandungi mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan.
Rahsia tersebut hanya terbongkar selepas 17 jam mangsa yang berusia 16 tahun menyimpan beg tersebut di bilik asramanya sebelum dia menerima panggilan daripada pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang memintanya menghantar beg sandang tersebut ke hospital.
Doktor yang memeriksa beg sandang itu menemui mayat seorang bayi perempuan.

KDN : Rakyat Malaysia perlu diberi pendidikan mengenai keganasan..!!!



Rakyat Malaysia perlu diberi pendidikan mengenai keganasan KUALA LUMPUR - Masyarakat Malaysia perlu diberi pendidikan mengenai keganasan bagi mengekang fahaman ekstremis yang dikaitkan dengan Islam supaya tidak tercetusnya insiden keganasan di negara ini.
  
Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zamihan Mat Zain berkata selain itu tafsiran yang salah mengenai Islam juga menyebabkan segelintir masyarakat negara ini terpengaruh dengan fahaman kumpulan ekstremis.
  
"Mereka (ketua), misalnya memberi tafsiran yang tidak tepat mengenai konsep jihad. Konsep jihad ini luas dan bukan hanya kepada peperangan tetapi ketua kumpulan terbabit mengeksploitasi ajaran agama demi kepentingan sendiri sehingga sanggup bertindak ganas dengan niat menggulingkan kerajaan," katanya.
  
Terdahulu, beliau menjadi anggota panel program bicara BernamaTV ‘Hello Malaysia’ bersama Timbalan Ketua Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Keganasan) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
  

Polis punca keganasan dalam pehimpunan Bersih, inkuiri Suhakam diberitahu

KUALA LUMPUR, Julai 5 – Polis anti-rusuh telah melepaskan gas pemedih dan meriam air ke atas peserta perhimpunan Bersih pada 28 April, yang telah menyebabkan pertembungan ganas yang berjam-jam dengan peserta, dan situasi ini dijadikan lebih teruk dengan penggunaan kawat dawai di sekelilling Dataran Merdeka yang telah menyebabkan kecederaan kepada para peserta, inquiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diberitahu hari ini.
Satu saksi memberitahu inkuiri itu bahawa kawat dawai yang telah diguna oleh pihak berkuasa di Dataran Merdeka itu biasanya diguna dalam zon peperangan.
“Berdasarkan pengalaman saya, ia adalah jenis kawat dawai yang paling merbahaya. Ini adalah dari pengalaman saya sebagai seorang bekas pegawai tentera.” Khairul Anuar Pawanchik, seorang askar yang telah bersara, memberitahu inkuiri itu.

SAMM harap keadilan dalam kes libat Syed Abdullah Syed Husein

6 Julai 2012
Kenyataan ini dikeluarkan bersifat pandangan peribadi. Setelah mendapat berita mengenai penangkapan seorang blogger Syed Abdullah Syed Husein yang juga dikenali sebagai Uncle Seekers, saya terpanggil meneliti blog beliau yang dikatakan kontraversi tersebut.
Jujurnya penulisan beliau sememangnya bersifat 'menyinggung' tetapi tidak boleh rasanya untuk membuang terus semua fakta yang dimunculkan. Walau apapun agak pelik juga hanya dengan tulisan berbentuk gossip itu PDRM bersungguh - sungguh melakukan operasi sehingga menahan beliau dan teman wanitanya berhampiran Tol Senawang pada waktu malam. Kenapa tidak dipanggil sahaja beliau untuk menyerahkan diri di Balai Polis ?