Rabu, 4 Julai 2012

Ustaz Nazmi Karim: Org paling akhir dihisab - Part 1

Al Jazeera Investigates: What Killed Arafat? a

Ustaz Nazmi Karim: Dosa ditukar Pahala

Ustaz Nazmi Karim: Kisah seorang lelaki yg membunuh 100org

Al Jazeera Investigates: What Killed Arafat?

Uncle Mengamuk Di Dalam Pasaraya Elektrik SEN Q

Ustaz Nazmi Karim: Neraka Jahanam balasannya.....dan kekal selama2nya

What is Polonium-210?

Arafat's death: Palestinian negotiator calls for international investigation

Arafat's widow calls to exhume his body

Arafat's widow discusses death inquiry

Ustaz Nazmi Karim: Adab ke atas jiran

Ustaz Nazmi Karim: Bunuh anak .....yg makruh :))

Ustaz Nazmi Karim: Jahil 2K !!!

Ustaz Nazmi Karim: Sifat Hamba Allah

FGVH. Isa Samad makan daging. Tuan tanah hirup kuah

oleh: Mazwandi

SAHAM FGVH, PADAN MUKA PENEROKA.

Kecoh Mat Isa dengan saham FGVHnya. Satu-satu saham berIPO naik 18%. Harga beli IPO RM4.55, terus naik di Bursa RM5.39. Kemudian naik lagi pada harga  RM5.43. Siapa yang beli pada harga itu, saya tidak tahu. Yang tahu, Khamis lepas, FGVH tutup pada harga RM5.30.
Jumaat semalam, saham ini masih lagi aktif, dengan harga berpusar dari RM5.25 hingga RM5.35. Tutup pada RM5.32. Sesiapa yang berani sangat beli pada RM5.39 awal pagi Khamis lepas, itu mereka punya pasal. Yang main kontra, rasanya korang akan disembelih. Tetapi yang hendak pegang sebulan dua, agaknya boleh buat duit ke?
Saya masih tidak wahi untuk bermain dengan saham Felda ini. Bukan kerana pendirian saya yang tidak bersetuju dengan penyenaraian ini. Bukan. Tetapi, saya lihat seperti ada jerung yang sedang mengkontrol saham ini supaya ianya nampak akan naik dan naik dan naik. Spekulasi le katakan. Apabila ada jerung mengkontrol, saya yang ikan bilis pasti akan kecundang dek kerana dibaham jerung itu.
Tidak.. saya tidak akan dimakan jerung kali ke tiga….. Lesap RM80k kawan…..
Apa-apa pun, yang sedihnya ada;ah kepada puak-puak yang dijudikan untuk di apung kan aset mereka di Bursa Saham. Para peneroka Felda. Mula-mula, saya ingat, para peneroka dapatlah sekurang-kurangnya 20-30 lot saham FGVH nih. Tetapi, diberitahu, mereka dapat 800 je. 800 unit saham! Bukan 800 lot. 800 unit saham, samalah dengan 0.8 lot! Adoila, ciputnya.

Komplot Mahathir, Esso dan San Miguel


  
Oleh: MSK
Oleh kerana lama menunggu giliran untuk berjumpa doktor, aku beli akhbar The Star semalam. Selalunya, bab bisnis memang aku tak tengok, tapi oleh kerana tak ada apa yang nak dibaca, usahkan bisnis…iklan pun habih aku baca.
Ada satu artikel yang menarik perhatian aku. MAS, Petron ink deal for A380 fuel supply.
Aku ingatkan Petronas, rupa-rupanya Petron saja. Pasai apa MAS beli minyak dari Petron dan bukan dari Petronas?
Ayat terakhir dalam artikel tersebut membuatkannya jadi lebih menarik. “On June 5, MAS also enjoyed fuel supply from Petron when it hosted staff and guests on its A380 route proving flight-cum-joyride, which included VIP guest Tun Dr Mahathir Mohamad.”
Mahathir menjadi Penasihat Petronas, tapi dalam hal ini, MAS membeli minyak dari Petron dan Mahathir menjadi tetamu khas dalam pelancaran pesawat A380 yang menggunakan minyak dari Petron.
Petron ini milik siapa? Rupa-rupanya, Petron adalah anak syarikat milik San Miguel.  Anak Mahathir, Mirzan merupakan Pengarah San Miguel.

Dakwaan kes liwat, JKM buat laporan polis

MELAKA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka hari ini membuat laporan polis terhadap dakwaan Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) melalui media bahawa berlaku kejadian liwat dan penderaan seksual, di sebuah rumah perlindungan di negeri ini.

Penolong Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM, Saidatol' Aini Jafri berkata, jabatan itu di dalam laporannya, meminta polis melakukan siasatan terperinci terhadap kenyataan Pengerusi Perbak Muhammad Khairul Hafiz itu.

“Memandangkan selama ini pihak kami tidak pernah menerima laporan daripada pegawai mahupun penghuni berhubung kes liwat di institusi itu, kami serahkan kes ini kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita di Balai Polis Ayer Keroh, di sini.

Kenyataan Bersama Tiga Pertubuhan Tentang PRU13

Ketiga-tiga pertubuhan Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia, Dana Patriotik dan Perdamaian Malaysia dan Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia dengan ini mengeluarkan kenyataan bersama untuk menyatakan sikap kami tentang dua perkara penting yang menyangkuti kesihatan dan pendidikan rakyat.

Tegas Menyokong Perjuangan Adil Rakyat Pelbagai Lapisan Semua Bangsa

40 dead in Iraq bombings

Jordan and the security burden of hosting Syrians

Penganalisis - Tarikh PRU13 tidak lagi penting

MB Selangor cabar dedah lagi rakaman CCTV

Projek MRT Pemaju diminta dengar suara penduduk

Harga petrol RON97 turun 20 sen lagi....minyak untuk orang kaya ada diskaun..RON95 aper citer..???

Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuatkuasa esok.

ahmad husni hanadzlahDalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kiri) berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula esok.

Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya.

Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas.

 -Bernama

Anwar ucap ‘selamat tinggal’ jika gagal PRU13

SHAH ALAM – Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbang akan bersara daripada politik jika pakatan pembangkang yang dipimpinnya gagal merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengakuan itu dibuat dalam satu wawancara disiarkan akhbar Financial Times.

Anwar, 65, berkata, selepas bersara, beliau akan kembali kepada aktiviti asalnya sebelum menyertai politik - mengajar.

Namun Ketua Pembangkang di Parlimen itu tidak pula menyatakan sama ada akan mengajar di dalam atau di luar negara.

Anwar pernah jadi pensyarah jemputan di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat.

Sebelum dibawa menyertai Umno pada 1982 oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika itu Perdana Menteri keempat, Anwar adalah pengasas dan tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik, Kuala Lumpur selain bergiat aktif dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

M'sian govt backs off early election as Scorpene scandal BOILS


M'sian govt backs off early election as Scorpene scandal BOILSMalaysia’s Prime Minister Najib Razak has shelved plans for an early general election this summer after the leaking of a mountain of documents dealing with the payment of over $180 million in bribes for the purchase of two French submarines when he was defence minister.
Even more damaging for Najib, who has yet to face the electorate since taking over as leader of the stumbling Barisan Nasional coalition government in 2009, is that the documents indicate the French giant shipbuilder, DCNS, paid $45 million for a classified Malaysian government document detailing its submarine requirements.

Activists pack SUARAM office as CCM conducts raid: We're being harassed for Scorpenes

Activists pack SUARAM office as CCM conducts raid: We're being harassed for Scorpenes Amid concerns that Prime Minister Najib Razak might be trying to seize documents related to the French Scorpene trial, officers from the Companies Commission Malaysia returned to the premises of human rights group SUARAM and demanded to check its its financial books.
The SUARAM office was packed with activists who had come to help keep an eagle on the CCM officers. Three SSM officers finally turned up at around 6.00pm. They served notices on the firm under which SUARAM operated.
"SUARAM full of people now and waiting for SSM.. The solidarity from fellow NGOs and SUARAM members are our strength!"@SUARAMtweets
Harassing whistle blowers

CCM ‘raiders’ leave Suaram empty-handed

Two Suaram directors were not in the office when the CMM officials dropped by to serve notices of inspection.
PETALING JAYA: Officials of the Companies Commission of Malaysia (CCM) went away emtpy-handed when they failed again to carry out an inspection at Suaram office at Gasing Indah here today.
They wanted to serve notices of inspection on Suaram directors Kua Kia Soong and Yeoh Seng Guan before carrying out their mission.
But both directors were not in the office when the CCM officials dropped by.
CCM brought two sets of notices in a bid to obtain Suaram’s financial documents.
The first set was for Suara Inisiatif Sdn Bhd, under which Suaram is registered. The second set is for Kua, who is Suaram adviser, and Yeoh.

Debat ke-2 Guan Eng-Soi Lek fokus isu dasar

NONEDebat kedua antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek akan menumpukan kepada persoalan dasar kedua-dua parti itu.

Dijadualkan berlangsung pada 8 Julai, debat itu dianjurkan badan pemikir Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI) dengan tajuk "DAP dan MCA: Polisi siapakah yang lebih membawa manfaat kepada masyarakat".

"Topik perdebatan pada bulan Februari bersifat sangat politikal. Kali ini, ia lebih berfokus kepada polisi.

ASLI tetap mahu jadi pemerhati p'raya

Badan pemikir Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI) tetap mahu bergabung dengan empat lagi pemerhati pilihan raya yang lain untuk memantau perjalanan pilihan raya umum yang ke-13.

Perkara itu dinyatakan Ketua Strategi dan Naib Presiden ASLI, Ng Yeen Sen pada sidang media di Kuala Lumpur pagi tadi.

"Kami akan mengumpulkan sumber dengan bergabung dengan empat lagi pemerhati pilihan raya yang lain," kata Yeen Sen.

SSM datang semula siasat kewangan Suaram

Pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) datang semula ke pejabat pertubuhan hak asasi manusia, Suaram petang tadi untuk menyiasat maklumat kewangan berhubung entiti korporat NGO itu didaftarkan.
Menurut twitter NGO berkenaan, SSM meminta perkara berikut:
1) Dokumen Kewangan bagi tahun 2008-2011;

2) Dokumen sokongan berkaitan perolehan dan pendapatan lain termasuk penyata bank tahun 2008-2011;

3) Dokumen sokongan berkaitan perbelanjaan syarikat bagi tahun kewangan 2008-2011;

NFC tuntut RM500j dari Rafizi dan Malaysiakini

National Feedlot Corporation (NFC) menuntut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan portal berita Malaysiakini membayar gantirugi sejumlah RM500 juta kerana menerbitkan laporan yang didakwa memfitnahnya.

NONEIa membabitkan tulisan dalam bahasa Melayu di blog Rafizi pada 7 Mac bertajuk "Skandal NFC: Bukti bagaimana dana awam untuk projek fidlot telah digunakan sebagai 'jaminan' pinjaman peribadi untuk membeli 8 unit hartanah mewah di KL Eco City, Bangsar. "

Surat itu juga merujuk kepada rakaman video Malaysiakini.tv mengenai sidang akhbar Rafizi pada 7 Mac yang bertajuk "More properties in Bangsar bought by NFC directors."

Surat tuntutan itu dihantar kepada Rafizi dan Mkini Dot Com Sdn Bhd pagi ini melalui pos berdaftar, oleh firma guaman Wan Shahrizal Hari & Co.

Ia menyatakan bahawa laporan-laporan itu telah menfitnah NFC dan Pengerusinya Datuk Mohamad Salleh Ismail serta syarikat induk NFC, Agroscience Industries Sdn Bhd.

NONETurut terjejas, surat itu mendakwa ialah Real Food Company Sdn Bhd, yang juga dimiliki oleh keluarga Salleh.

Oleh itu, mereka menuntut Rafizi membayar RM300 juta sebagai
gantirugi dan Malaysiakini  RM200 juta.

Surat itu juga menuntut Rafizi dan Malaysiakini memohon maaf dan menariknya balik atas terma-terma yang diluluskan oleh pihaknya yang hendaklah disiarkan dalam dua akhbar nasional, serta akujanji bertulis bahawa penerbitan itu tidak akan diulangi.

Apabila dihubungi, Rafizi berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan peguamnya.

Kerja BANGANG ni punca Umno Johor akan berkubur pada PRU 13....

Imam muda di tukar menjadi kerani.... kesian...
WAHAI RAKYAT JOHOR, AYUH KITA AJAR UMNO BN PRU13 NI...
Puncanya hanya kerana memberi laluan pada Nik Aziz menjadi Imam Solat Jumaat ja...

Ugutan bunuh : Malaysia semakin tidak bertamadun!


Tidak wajar, rakyat tidak selamat di Negara sendiri!
 
Budaya ugut mengugut ini biasanya budaya ganster atau budaya samseng!!   Terbaru,.seperti yang dilapor, Dato’ S. Ambiga bekas Pengerusi Majlis Peguam,  merangkap Pengerusi bersama Himpunan BERSIH telah menerima ugutan bunuh melalui SMS oleh orang yang tidak dikenali.

Selama ini kita tak pernah dengar ada pemimpin atau penyokong Umno menerima ugutan bunuh,.. tetapi akhir-akhir ini kita kerap dengar pemimpin Pakatan Rakyat mahupun penyokongnya menerima berbagai –bagai ugutan termasuk ugutan bunuh. Ini kerja siapa?  Hati penulis kuat mengatakan yang ugutan itu dibuat oleh pengikut atau balaci-balaci parti chop keris telanjang !! kerana selama ini budaya samseng mereka cukup menyerlah !!!
 

Umno dayus dengan Soi Lek!

Oleh Azmir Haji Mustafa
Penyelaras SAMM Wilayah

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Datuk Ayub Rahmat (ADUN Johor) di atas keberanian beliau dalam menyatakan hasrat untuk menuntut pihak kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan Hukum Hudud.
Kami dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan cukup rasa berbangga terhadap keberanian Datuk Ayub Rahmat memandangkan keberanian sebegini amat jarang berlaku di kalangan Umno.

Dalam pada masa yang sama kami mencabar Pemuda UMNO Malaysia dan juga Pertubahan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk bangun dan membela Datuk Ayub Rahmat dalam menuntut hak pelaksanaan hukum hudud. Apakah badan pemuda dan NGO yang mengaku kononnya pejuang Islam hanya menikus selepas komen yang dilontarkan oleh Presiden MCA itu berbaur kepada penghinaan untuk umat islam di Malaysia ?

Mahathir seperti disindir anaknya

Oleh Subky Latif
APA sikap Marina, puteri sulung Dr. Mahathir terhadap kerajaan sekarang tidak diketahui, tetapi dia dan anaknya ikut sama dalam unjuk rasa Bersih 2.0. Memang ada komennya tidak selesa dengan reaksi polis dan kerajaan semasa terhadap demonstrasi itu. Saya tidak mengikuti perkembangannya dalam Bersih 3.0.




Hingga ini tidak siapa dapat mengandaikan Marina termasuk dalam kumpulan orang tidak senang dengan kerajaan yang ada dan tidak diduga akan menyertai gerakan untuk menukar pentadbiran Putrajaya.

MB anggap sebar video cerita lucu


MB anggap sebar video cerita lucu SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan penyebaran videonya di Internet sebagai perkara lucu dalam karier politiknya.

Mengulas sinis, Abdul Khalid ‘menggalakkan’ pihak terlibat penyebaran rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari dalam pejabatnya agar terus berbuat demikian supaya masyarakat dapat melihat beliau serius menjalankan tugasnya.

“Saya mendambakan diri dalam politik dan ini adalah perkara yang lucu jadi teruskanlah (sebara video terbabit).

Tiada harapan BN rampas Pulau Pinang - KMPP

Mainan Politik BN Putar Belit Isu Lereng Bukit

What Kuantan says about Lynas

Protesters denounce police’s BN bias

The demonstration at Bukit Aman was sparked by the recent attack on Guan Eng and the threat on Ambiga’s life.
KUALA LUMPUR: About 40 people demonstrated outside the Bukit Aman police headquarters today, alleging that the force applied a double standard in enforcing the law when the offences are tied to political issues..
The protest was sparked by two recent incidents—the physical attack on Penang Chief Minister Lim Guan Eng by demonstrators affiliated with Perkasa and an Umno MP’s call for Bersih leader S Ambiga to be hanged.
Today’s demonstrators were led by the NGO WargaAMAN, whose secretary, S Barathidashan, told FMT afterwards that the police had lost credibility with a large section of the public.
“People are fed up with the police for always pretending to be in the dark when offences are committed by BN leaders or members or supporters,” he said.

Fasa pertama Lebuhraya Rakyat akan dilaksanakan


KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan telah meluluskan (menggezetkan) fasa pertama pembinaan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai bermula dari Machang sejauh 29 kilometer dari 73 kilometer keseluruhannya.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, fasa pertama itu telah siap diukur bermula dari Bukit Bakar ke Kuala Krai.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di sini tengahari tadi.

Katanya, jajaran berikutnya akan digezetkan apabila ianya siap diukur.

Skandal : Polis tubuh pasukan khas siasat pendedahan dokumen rahsia

KUALA LUMPUR, 4 Jul — Polis menubuhkan pasukan khas menyiasat pendedahan dokumen tender kontrak sambungan projek transit aliran ringan (LRT) Ampang yang dikelaskan sebagai rahsia kerajaan seperti tersiar dalam sebuah portal berita
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata laporan polis telah dibuat beberapa individu kementerian berkaitan di Putrajaya semalam mengenai penyiaran maklumat projek tersebut.
“Pengadu mendakwa beberapa dokumen tender telah didedahkan kepada pihak yang tidak berhak melalui portal berkenaan. Maklumat serupa sering dimanipulasikan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab untuk kepentingan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bebaskan universiti dari pengaruh politik berkepentingan

Safwan Anang,
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berpindirian tegas dengan prinsip, universiti adalah tempat yang perlu bebas daripada mana-mana pengaruh politik kepartian.

Universiti adalah tempat menajamkan nilai intelektual mahasiswa dan golongan ahli akademik. Ini bukanlah bermaksud menghalang perbincangan mengenai aspek politik di kampus secara total sama sekali.

Proses pembelajaran mengenai politik amatlah dialu-alukan demi mematangkan politik di kampus dan di peringkat nasional sekalipun, cuma apabila peringkat pentadbiran universiti mula dikawal oleh orang-orang politik itu adalah satu bahana kepada mahasiswa yang akan turut terheret dalam kancah permainan politik mana-mana pihak berkepentingan nanti. Akhirnya, mahasiswa juga yang jadi mangsa.

Exco Pulau Pinang kutuk Perkasa


Mansor Othman (lima, kanan) bersama dengan barisan Exco menghadiri sidang media hari ini.
Mansor Othman (lima, kanan) bersama dengan barisan Exco menghadiri sidang media hari ini.
 
GEORGETOWN - Barisan Exco Kerajaan Negeri mengutuk tindakan ganas sekumpulan ahli Perkasa, didakwa cuba membuat kecoh dan mengancam keselamatan Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika lawatan kerjanya ke Teluk Bahang  30 Jun lalu.
Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman yang mewakili barisan Exco berkata, mereka kecewa atas kejadian itu kerana ia melibatkan isu keselamatan pemimpin tertinggi Kerajaan Negeri yang sedang melaksanakan tugasnya.
Menurutnya, Barisan Nasional dan Umno sudah tidak dapat lagi mencari kesalahan Kerajaan Negeri sehingga terdesak menggunakan cara samseng untuk menyerang Ketua Menteri.

Battle of scandals: Guan Eng vs Soi Lek

In declaring his fidelity and denying his wife assaulted him or the other woman, the DAP leader slips in an attack against the MCA president, who then retaliates.

PETALING JAYA:  In the latest chapter of the tussle between DAP and MCA, Lim Guan Eng has been accused of sharing an intimate relationship with a former staff and thus earning the wrath of his wife.
His enraged wife Kota Laksamana (Malacca) assemblywoman Betty Chew, alluded MCA, had then assaulted both Lim and the woman, who had since been transferred.
In a media statement this afternoon, the DAP secretary-general denied the allegation that his wife had beaten him or the woman.
Launching a vitriolic salvo against his opponents, Lim, who denied indulging in an extra-marital affair, also seized the opportunity to revisit MCA president Dr Chua Soi Lek’s scandalous past.
He dared Malacca MCA chairman Gan Tian Loo, who raised the matter in the state assembly on Monday, to repeat his claim outside the House without hiding behind the cloak of immunity.
Lim said this would allow his wife and him to drag Gan to court and prove that he (Lim) was not like the MCA president.
“DAP never indulges in gutter politics,” he pointed out.

WHAT COURAGE UNLIKE GUAN ENG? Soi Lek would have been SACKED if he had not resigned

It had nothing to do with courage and least of all magnanimity and principle. Disgraced MCA president Chua Soi Lek would have been sacked if he had not resigned as Health minister and MCA vice president following his sex scandal in 2007, reveals PKR vice president Chua Jui Meng.
WHAT COURAGE UNLIKE GUAN ENG? Soi Lek would have been SACKED if he had not resigned Jui Meng, a former MCA leader, was responding to Soi Lek's claim that unlike DAP's Lim Guan Eng, at least he had the guts to admit his adultery which was captured on film and is one of most-watched clips on You Tube, shaming his party and Malaysian politics in general.
“Will Lim Guan Eng have the courage like me to admit fault, apologise and resign from my ministerial post as well as all my positions in the party?” Soi Lek had said in a statement.
Soi Lek's adultery led to his 'resignation' in January 2008, just a day after he confessed he was the man captured in the DVD having sex with a woman who was not his wife. He had also insisted he would not need to resign but was forced to eat his words.
"Firstly, there is a difference between the two cases. Soi Lek could not have denied even if he wanted to. His face was captured on camera, how to deny. As for Guan Eng, this is what he is challenging Soi Lek and MCA to do - show the proof or face a lawsuit," Jui Meng told Malaysia Chronicle.
"Secondly, Ka Ting was going to sack Soi Lek in any case, so that's why he had to resign. He had no choice. This latest tactic to smear Guan Eng is not going to make MCA members happy either. I think it will only make them more determined to oust him and save the party from further embarrassment."
Unrepentant Soi Lek

Soi Lek: Guan Eng tiada moral politik..ha..ha..yang bercakap ni moral dia amatlah baik..!!!


Datuk Seri Dr Chua Soi Lek SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendakwa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak ada moral politik dan keberanian untuk mengambil sikap bertanggungjawab dan menghadapi kesan isu dakwaan skandal apabila mengatakan "saya bukan Soi Lek".

"Adakah Lim Guan Eng mempunyai keberanian macam saya untuk mengakui kesilapan, memohon maaf dan meletakkan jawatan Ketua Menteri dan juga kesemua jawatan dalam parti?" kata Soi Lek dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini menjawab reaksi Guan Eng beberapa jam terdahulu di Georgetown.

PAS arah semua ahli sertai himpunan Oren 14.Julai.2012



(Surat rasmi Mustafa mengarahkan ahli PAS sertai Himpunan Oren)


KUALA LUMPUR: PAS secara rasmi mengarahkan semua ahlinya yang berkesempatan agar menyertai perhimpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai ini.

Arahan rasmi itu dikeluarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu suratnya kepada semua pimpinan dan ahli-ahli PAS.


Surat yang bertarikh 29 Jun itu memaklumkan, mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat pada 10 Jun telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Oren Selamatkan Felda.

Serbuan bermotif politik – Cyhthia

KUALA LUMPUR 4 Julai: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel mempersoal serbuan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke pejabat NGO itu semalam, sedangkan siasatan sepatutnya dijalankan ke atas syarikat Perimekar dan Terasasi.
“SSM salah meletak keutamaan dalam tindakan. Mereka sepatutnya siasat dan persoal aktiviti syarikat Perimekar dan Terasasi.
“Sedangkan Suaram hanya mendedah skandal Scorpene yang melibatkan wang komisen RM500 juta milik pembayar cukai Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Cynthia, tindakan ini menunjukkan seolah-olah SSM baru bangun dari tidur dan hanya menyedari kewujudan Suaram, walhal NGO yang berdaftar atas nama Suara Inisiatif Sdn Bhd itu telah bergerak selama 23 tahun.

MB S'gor cabar RPK dedah lagi rakaman video

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencabar penulis blog Raja Petra Kamaruddin mendedahkan lagi rakaman video tersembunyi sewaktu beliau berada di dalam pejabatnya.

NONEBercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco, Khalid dengan sinis "menggalakkan" penulis blog kontroversi itu "mempamerkannya supaya orang ramai dapat tengok".

"Ini adalah permainan yang lucu, jadi teruskanlah.

"Saya mendapatinya begitu menjengkelkan, begitu tidak bertanggungjawab. Tetapi sejak ia merupakan satu cara hidup, saya harus menerimanya," kata sambil ketawa.

Raja Petra sebelum ini membuat spekulasi bahawa kamera tersembunyi dipasang oleh musuh Khalid untuk merakamkan keadaan mencurigkan beliau bersama dengan seorang pembantunya.

Kerajaan Dan Kroni Didakwa Bolot Untung Saman Pengangkutan

PETALING JAYA 04 JULAI : PKR hari ini mendakwa Kementerian Pengangkutan berkongsi kompaun saman yang dikenakan ke atas rakyat bersama dua syarikat yang diberikan kontrak projek ‘Automated Enforcement System’ (Aes).
Bendahari Agung PKR, William Leong berkata mengikut kedua-dua laporan syarikat Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd menyatakan setiap RM16 bagi satu saman yang dikeluarkan akan diberikan kepada kedua-dua syarikat terbabit.
Katanya, RM16 itu akan diberikan sehingga saman yang dikeluarkan mencecah lima juta.
Manakala, selepas mencecah lima juta saman, Kementerian akan mendapat 50 peratus manakala 50 peratus lagi akan diberikan kepada syarikat terbabit sehingga syarikat itu mendapat keuntungan RM272 juta setahun.

Fitnah II bukti Umno BN lemahkan sistem kehakiman

KUALA LUMPUR 4 Julai: Pendedahan Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah mengenai wujudnya niat memalsukan bukti dalam kes Fitnah II melibatkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah bukti Umno BN cuba melemahkan sistem kehakiman.
Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, Zabidin ketika membacakan penghakiman bertulis semalam menyatakan, beg sampel penting telah dibuka oleh pegawai penyiasat walaupun tiada keperluan berbuat demikian.
“Polis telah menyalahguna bukti dengan memberi arahan kepada pegawai penyiasat untuk memalsukan sampel,” katanya dalam satu kenyataan.
Dalam penghakiman itu, Zabidin berkata, mahkamah tidak boleh menerima bukti DNA kerana tidak menyokong bukti yang dinyatakan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mengenai kejadian sodomi tersebut.

PIEM TERAKHIR UMPHORNO@BN...!!!!

Satu Dunia Mahu Tahu Siapa PIEM laaa ni....!!!!

"RTM Dan TV3" Sahkan, Tapi Ramai Keliru Antara "Najib Dan Rosmah" Siapa PM Sebenarrya !

Rakyat Malaysia seantero dunia kini tertanya-tanya dan musykil, siapakah Perdana Menteri Malaysia yang sebenarnya. Datuk Seri Najib Razak atau pun Datin Seri Rosmah Mansor (foto)?. Ini berikutan, tersiarnya beberapa program TV termasuk siaran langsung rancangan tertentu di RTM dan TV3 mutakhir ini yang menyatakan dengan jelas Rosmah Mansor adalah Perdana Menteri Malaysia dan bukannya Najib Razak. Senario ini sungguh memalukan, sama ada disengajakan atau tidak sengaja ia jelas mencemarkan nama baik Perdana Menteri Malaysia yang sebenarnya (Najib Razak).
 
Apa tidaknya, beliau yang baru saja diamanahkan menggantikan Sharizat Jalil untuk menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kini seolah-olah sudah "turun pangkat" dan isterinya pula yang bergelar Perdana Menteri sekarang. Tidak hairanlah ramai pihak termasuk kontraktor projek-projek mega yang mengatakan dalam banyak keputusan besa tentang tender-tender kerajaan, pasti sokongan Rosmah Mansor diperlukan sebelum Najib menyokong atau meluluskan sesuatu projek berkenaan. Selama ini, mungkin ramai juga perasan yang Rosmah senantiasa berada di samping Najib walau ke mana dan apa jua program yang disertai oleh Presiden UMNO itu. Ia berbeza sama sekali dengan isteri-isteri Perdana Menteri terdahulu baik Dr.Siti Hasmah (isteri Mahathir), Arwah Endon Mahmood dan Jeanne Abdullah (isteri Pak Lah). 
 
Apa sudah jadi dengan Rosmah agaknya?. Selepas melantik dirinya First Lady Of Malaysia (FLOM), kemudian menyediakan pejabatnya di Pejabat Perdana Menteri dan kini merasakan seolah-olah beliau adalah Perdana Menteri pula. Ramai rakyat Malaysia termasuk orang UMNO yang sedar perkara ini. Namun mereka tidak mampu berbuat apa-apa, melainkan menganggukkan kepala sahaja. Malah ada juga yang mengatakan, karier politik Najib akan hancur dek kerana Rosmah Mansor. Apapun, sama-sama kita nantikan kebenaran ini pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti.

Bukti, salah satu siaran langsung di RTM yang memaparkan Rosmah itu PM

Ini pula rancangan Wanita Hari Ini (WHI) TV3 yang juga kata Rosmah PM

TV3 pun cakap Rosmah Mansur PM Malaysia.


TV3 kan.. dia cakap kan.. rosmah tue piem taw... tak caya tengok bawah neh hah..


kah kah kah

Ayokkkkkkkkkkk tv3 dah start bercakap benar. Kalau tv3 dah start cakap benar confirm lah umno bakal tergolek lepas neh. Sebab selama neh umno dan bn bertahan pun hasil pertolongan tv3 yang sebarkan isu2 fitnah bagi menakut2kan rakyat.

Aku tak jamin.. ayokkkkk terbuktilah rosmah itu piem kita. TV3 dah mengesahkan. RTM juga sudah mengesahkan. Rakyat malaysia telah lama mengesahkan. Kini kita hanya tunggu najib jek mengesahkan ia. Amacam? Bila nak sahkan?

kah kah kah

Nota : Ada dua gambar rosmah mansur di tv3 yang tersebar. Salah satu darinya super impose. Jangan sebarkan yang tue oke. Yang neh gambar benar. Yang neh sebenarnya nama program. Yang super impose tue depa edit tang nama. Kang tak pasal2 depa cakap pr sebarkan fitnah. So jangan main sebar.

Ameno : Lepas neh keluar pula satu posting penafian mengenai sindiran tv3 plak.. ekekekek..

Suaram: Hakim penyiasat Perancis ada ‘cara lain’ heret saksi kes Scorpene

KUALA LUMPUR 4 Julai: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel berkata, dua Hakim Penyiasat Perancis, Roger Le Roire dan Serge Tounaire ada ‘cara lain’ untuk membawa saksi kes Scorpene ke mahkamah.
Katanya, ia berikutan keengganan Malaysia untuk membantu siasatan kes rasuah kapal selam itu.
“Mereka mesti ada cara. Kita akan maklumkan dua minggu dari sekarang. Ini kerana salah seorang daripada dua hakim Paris Tribunal Grande Instance itu sedang bercuti.
“Sepatutnya polis Malaysia beri kerjasama untuk serah sepina kepada Jasbir. Sehingga kini, belum ada sebarang perkembangan. Kami pun tak yakin polis Malaysia akan beri kerjasama,” katanya kepada Keadilan Daily.
Beliau mengulas sama ada saksi pertama Malaysia yang dinamakan Jasbir Singh Chahl telah menerima sepina.
Dalam pada itu, Cynthia memberitahu, antara punca kes bergerak perlahan apabila Malaysia dan Perancis tidak menandatangani perjanjian ekstradisi pelaku jenayah.
“Jadi, ada masalah. Tapi ada jalan akhir, iaitu dengan memanggil saksi menggunakan (waran) Interpol (polis antarabangsa).
“Tapi, dengan Interpol, Malaysia mempunyai kerjasama,” kata Cynthia.
Beliau juga yakin, melalui badan itu Malaysia tidak boleh mengelak untuk membantu membawa saksi ke Mahkamah Perancis.

Saman NFC: Rafizi sedia jumpa di mahkamah

KUALA LUMPUR 4 Julai: “Saya tidak akan minta maaf dan bersedia untuk berdepan saman National Feedlot Corporation (NFC) di mahkamah,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Beliau mengulas surat tuntutan yang diterimanya hari ini dari NFC yang meminta beliau memohon maaf dalam tempoh tujuh hari, membayar ganti rugi RM300 juta dan menarik semua dakwaan terhadap syarikat itu atau berhadapan saman pada 10 Julai ini.
“Saya tidak akan minta maaf dan bersedia menjawabnya di mahkamah kerana ini peluang terbaik untuk mendedahkan segala-galanya dan jika dakwaan saya tidak benar, mengapa Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan sebagai Menteri?
“Tindakan saman ini jelas satu ugutan penghinaan dan tindakan melepas geram mereka mengenai apa yang KEADILAN dedahkan selama ini,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Sudan government detains anti-regime activists

CUEPACS enggan ulas isu Abu Bakar

Polis cium tangan Tuan Guru Nik Aziz

Women deny being promised RM50 to attend CM's event

Guan Eng: " MCA Kurang Ajar "

Fakta : 6 kali parlimen dibubar sekitar Feb-April dari 12 PRU...!!!!


KUALA LUMPUR: Rekod pembubaran parlimen sejak pilihan raya umum (PRU) pertama pada tahun 1959 sehingga PRU-12 pada 2008 menyaksikan ianya paling kerap dibubarkan pada bulan Februari, Mac dan April.

Kekerapan pembubaran dilakukan dalam bulan itu adalah sebanyak 6 kali iaitu pada PRU kedua pada tahun 1964, PRU ketiga 1969, PRU keenam 1982, PRU kesembilan 1995, PRU ke-11 2004 dan PRU ke-12 pada tahun 2008.

Bulan kedua paling kerap pula adalah sekitar Jun dan Julai iaitu sebanyak empat kali yang dibuat pada PRU pertama 1959, PRU keempat 1974, PRU kelima 1978 dan PRU ketujuh 1986.

Tanah Felda: Kelantan tunggu keputusan peguam


KOTA BHARUi: Kerajaan Kelantan telah meluluskan pemberian hak milik tanah sebanyak 22,700 hektar kepada pengusaha Felda.

Bagaimanapun 64 hektar tanah dari kumpulan  yang sama  belum dikeluarkan geran sehingga ianya mendapat keputusan panel guaman berhubung perkara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata kelulusan geran keluasan 64 hektar itu terpaksa ditangguhkan seketika.

Menurutnya, mesyuarat exco terpaksa menangguhkan pengeluaran geran itu sementara bagi mendengar keputusan panel guaman sama ada penyenaraian Felda berkenaan masih bertepatan dengan akta Felda atau sebaliknya.

Skandal KLIA2: Pecat menteri bertanggungjawab


KUALA LUMPUR: Kerajaan dicadangkan supaya memecat pihak yang bertanggungjawab dalam skandal pembinaan KLIA 2 untuk penerbangan kos rendah termasuk Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.
(KLIA 2 sebagaimana yang dibayangkan oleh pelukis)

Ini berikutan kenaikan kos pembinaannya dari RM1.7 billion kepada RM5 bilion sekarang, dakwa anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Bajet permulaan projek ini hanya RM1.7 bilion sebagaimana yang diumumkan Menteri Pengangkutan ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat pada Julai 2007.

SAMM: Adakah Pemuda UMNO menikus terhadap kebiadapan Soi Lek hina Islam?

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ayub Rahmat (ADUN Johor) di atas keberanian beliau dalam menyatakan hasrat untuk menuntut pihak kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan Hukum Hudud.

Kami dari Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Wilayah Persekutuan cukup rasa berbangga terhadap keberanian Ayub Rahmat memandangkan keberanian sebegini amat jarang berlaku di kalangan UMNO.

UMNO : Orang Johor boleh terima hukum hudud...".Ilmu Islam Orang Johor Lebih Pandai Dari Kelantan"..!!!!

ADUN Umno Semerah berkata, laluan melaksanakan hudud lebih mudah jika Umno dan PAS bersatu.
PETALING JAYA: Orang Islam Johor mendakwa orang Islam di negeri itu boleh menerima hukum hudud kerana mereka tahu ia sangat baik kepada orang Islam.
“Orang Isam di negeri ini boleh menerima apa sahaja hukum Islam yang baik. Orang Islam di Johor lebih pandai ilmu agamanya dari orang Islam Kelantan.
“Saya percaya kepimpinan Umno faham mengenai perkara ini (hudud),” kata Timbalan Ketua Umno Batu Pahat, Datuk Ariss Shamsuddin.
Bagaimanapun, Ariss yang juga ADUN Semerah berkata, laluan melaksanakan hudud lebih mudah jika Umno dan PAS bersatu kerana kedua-dua parti orang Melayu menguasai majoriti kerusi ParIimen.

PAS atau Umno yang sebenarnya ditunggang?


(Kenyataan yang membayangkan sikap pemimpin kanan BN)

KUALA LUMPUR: Kenyataan berbeza antara pemimpin kanan BN terhadap perminta Adun Johor agar hudud dilaksanakan di negeri itu membayangkan Umno hanya tunggangan MCA.

Dengan situasi yang ada, jelas Umno tidak akan membenarkan Johor melaksanakannya kerana mereka takut kehilangan MCA khasnya wang yang dimiliki parti ahli perniagaan itu.

MCA tidak akan rela Umno laksana hudud


KUALA LUMPUR: Tindakan terburu-buru MCA mencadangkan Adun Johor (Kemelah) Datuk Ayub Rahmat menyertai PAS menggambarkan parti komponen BN itu konsisten menentang hudud dan tidak merelakan Umno melaksanakan hukum Allah itu.

Ketua Pemuda PAS Malaysia Nasrudin Hassan (gambar) berkata, sikap MCA yang menentang hudud sangat ketara apabila memberi kata dua kepada Ayub untuk tinggalkan Umno BN atau sertai PAS.

Nasrudin berkata, PAS senantiasa membuka pintu dan mengalu-alukan untuk siapa sahaja yang ikhlas mahukan Islam, termasuklah Ayub sendiri.

"Ahlan wa Sahlan (selamat datang) buat Datuk Ayub," katanya.

Katanya, umat Islam khasnya ahli Umno boleh melihat bagaimana sikap MCA terhadap hukum Allah serta terhadap Umno sendiri.

RM5bil for "LOW-COST" airport? Tony Pua calls for 'HEADS TO ROLL' over KLIA2 debacle

RM5bil for "LOW-COST" airport? Tony Pua calls for 'HEADS TO ROLL' over KLIA2 debacle I read with shock on Air Asia Chief Executive Officer Tony Fernandes’ blog that the cost of the new KLIA2 “low-cost” airport has ballooned to a shocking RM5 billion.
The initial budget for the airport when it was first announced by Dato’ Seri Ong Tee Keat, the then Transport Minister in July 2007 was only RM1.7 billion. (Berita Harian 22 July 2007)
The budget was subsequently increased to RM2.0 billion in March 2009 (The Star 10 March 2009), and then RM2.5 billion in October 2010 (Business Times 30 October 2010).
At the end of last year, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) shocked Malaysians by disclosing that the cost of the new airport has ballooned to RM3.9 billion due to cost overruns in November 2011. Hence the new estimated cost of KLIA2, RM5 billion is now nearly 200% above the original budget of RM1.7 billion.
I have repeatedly called for the cost of KLIA2 to be investigated by the Public Accounts Committee (PAC) as well as the Ministry of Transport since last year. However, the attempts to secure accountability over the massive scandal has been impeded by the lack of urgency in the PAC as well as the absolute disinterest by the Minister of Transport, Dato’ Seri Kong Cho Ha.
Kong Cho Ha never kept promise

Awang Adek terus didesak jawab dakwaan


(Orang ramai memenuhi Pantai Irama, Bachok)

PENGKALAN CHEPA: Tekanan terus diberikan kepada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Husein dan ia terus berkaitan dengan rakannya, Chung Hon Cheong.

Tekanan kali ini diberikan oleh Cikgu Bard atau Badrul Shahrin, ahli Majlis Pimpinanan Tertinggi PKR.

Selain persoalan yang dibangkitkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution, Cikgu Bard menambah dua lagi persoalan untuk dijawab oleh Awang Adik.

"Benarkan Chung Hon Cheong membuat sumbangan (donation) kepada beberapa buah persatuan yang dinaungi Awang Adek?

K'jaan Selangor akan saman MCA dalam isu Talam

NONEKerajaan Selangor memutuskan mengambil tindakan undang-undang terhadap MCA dan pihak yang menuduh berkenaan penyelewengan RM1 billion berhubung isu Talam Corporation Bhd, kata menteri besar.

"Keputusan mengambil tindakan undang-undang ini dibuat kerana tuduhan ini bukan sahaja tidak benar, berat dan serius; malah telah mencemar nama baik kerajaan Selangor," kata Tan Sri Khalid Ibrahim (kanan, bertali leher).

Sehubungan itu, beliau menegaskan, kerajaan negeri, tidak akan membuat apa-apa ulasan buat masa ini demi untuk tidak mengganggu proses perundangan.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Shah Alam, Khalid berkata pihaknya akan memfailkan saman tersebut dalam masa terdekat.