Isnin, 2 Julai 2012

Ustaz Ahmad Dasuki: Rejab, Sya'ban & Ramadhan...Persediaan melaluinya

Umno Jangan Tipu, Rakyat Sudah Tahu!

KUALA TERENGGANU - Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) diberi ingatan, mereka tidak selamanya boleh melakukan pembohongan serta menipu rakyat, kerana rakyat telah mula sedar akan kepincangan serta kegagalan Umno-BN mentadbir urus negara selama lebih 50 tahun lalu.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, memilih pemimpin adalah amanah dan pilihan raya merupakan hak bagi rakyat untuk memilih kepimpinan serta kerajaannya.

“Memilih pemimpin adalah amanah. Pilihan raya adalah hak bagi rakyat untuk mereka memilih pemimpin dan kerajaannya.

“Umno jangan tipu rakyat, jangan tipu orang ramai kerana tidak selamanya rakyat boleh dibohongi oleh pemimpin khianat,” ujarnya

Rafizi: Isu "Kapal Selam Scorpene" Kini Buatkan "Najib Migrain" Umum Pembubaran Parlimen !!

KUANTAN, 2 Julai - Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli (foto, menegaskan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak kini sedang pening dan migrain untuk menentukan tarikh pilihanraya umum ke-13 ini. Najib takut dan tidak dapat tidur lena memikirkan nasibnya andai pilhanraya dibuat dan UMNO Barisan Nasional dijatuhkan oleh kuasa rakyat pada kali ini. 

Tiada Guna Heret Anwar, Azmin Ke Mahkamah...

Hari ini untuk kesekian kali ketua pembangkang dan perdana menteri dalam pembinaan Anwar Ibrahim di heret ke mahkamah dalam usaha untuk menghalang bekas TPM itu melangkah ke Putrajaya selepas PRU 13 nanti. Anwar hari ini bersama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali di heret ke mahkamah atas tuduhan bersubahat cuma memecahkan sekatan polis ketika himpunan Bersih 3.0 baru-baru ini.

Anwar Ibrahim tidak gentar dengan mahkamah.
Pendakwaan ke atas Anwar dan Azmin itu dilihat sebagai usaha berterusan untuk menggunakan mahkamah bagi mengaib, memburuk dan menghalang Anwar dari terus bergerak untuk meruntuh UBN dengan pelbagai tuduhan yang anih, ganjil dan gila.

Pada 22 Mei lalu mereka telah dituduh mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan melanggar perintah mahkamah yang menghalang perhimpunan tersebut.

Pertuduhan ke atas Anwar dan Azmin itu jelas bermotif politik. Kenapa hanya mereka sahaja yang dituduh mengikut akta itu tetap yang lain dibiarkan. Walhal bukan saja Anwar dan Azmin yang merupakan pemimpin politik hadir ke himpunan itu tetapi mereka lain juga tetapi kenapa tidak didakwa sama.

20 Ribu Di Himpunan Hijau Sambut Kepulangan Salahuddin

Oleh Mohd Sayuti Omar
Salahuddin ucap terima kasih kepada rakyat Johor.
Kunjungan Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Johor Jumaat lalu penuh bermakna dan membawa pengertian tersendiri. Kunjungan itu ada dua misi untuk menghadiri himpunan hijau ke 2 peringkat negeri Johor dan menghantar secara rasmi Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub pulang ke Johor.

Kehadiran Nik Aziz itu memberi makna tersendiri kepada rakyat Johor teristimewanya rakyat Kelantan yang berada di Johor.
Walaupun sudah lama diketahui Salahuddin akan meninggalkan Kelantan dan rakyatnya di Kubang Kerian untuk berkhidmat di negeri sendiri tetapi tidak ada acara rasmi sebagai simbolik menghantar Salahuddin pulang. Jadi kunjungan Tokguru di Johor itu adalah sebagai simbolik penghantaran Salahuddin pulang ke tanah tumpah darahnya.

Walaupun Nik Aziz tidak berapa sihat (sehingga terpaksa membatalkan niat untuk ke Kempas bagi berjumpa rakyat Kelantan di situ), tetapi beliau mengagahkan juga diri untuk ke Johor. Itulah Nik Aziz komited dengan tugas dan tanggungjawabnya. Beliau merasa bersalah kalau tidak mengiringi Salahuddin pulang kerana Salahuddin hampir 10 tahun berkhidmat untuk Kelantan sebagai ahli Parlimen Kubang Kerian.

Peranan Blogger makin celaru dalam PRU-13


Komunikasi adalah alat yang menakjubkan berupaya menghubungkan sesama manusia selain mendekatkan yang jauh, atau merenggangkan yang dekat. Ia menjadi sebahagian daripada strategi penguasa alat kemunikasi. Akhbar, majalah, radio dan televisyen semenjak dahulu lagi sudah menjadi wahana sejagat yang penting dalam sejarah tamadun manusia.

Manusia mendekatinya kerana komunikasi sebahagian daripada pencetus tamadun baru dunia. Hari ini internet, laman web, facebook, twitter dan google + memberi tafsiran berbeza terhadap erti kebebasan media itu sendiri.

Kalau dahulunya tentera Jepun menyerbu Pearl Harbor, radio menjadi alat sebaran am terpenting. Perisik Jepun menyerbu wilayah timur Amerika Syarikat (AS) di pesisir Lautan Pasifik ketika pertukaran jam kerja ketenteraan.

Pakatan Akan Tukarkan Kem Kamunting Jadi Universiti

YDP PAS Taiping, Us Mohd Fakhrudin Abd Aziz

PAS dan Pakatan Rakyat berjanji sekiranya berjaya menawan Putrajaya dalam PRU13, Kem Tahanan ISA di Kamunting akan digantikan dengan sebuah Universiti atau Institusi pendidikan. demikian ditegaskan oleh Ust Mohd Fakhrudin Abd Aziz,YDP PAS Taiping ketika berucap dalam Himpunan Anti ISA di hadapan Kem Tahanan Kamunting (KEMTA) sebentar tadi.

Anwar Ibrahim: Give The Chance To UMNO To Improve As Opposition, Let Pakatan Rakyat Manage

Polls delay or not, Najib is 'in a mess'

Polls delay or not, Najib is 'in a mess'PAS Murshidul Am Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat has described the delay in general election as a morale booster for Pakatan Rakyat.
Saying he was not sure the reason behind the continued reluctance by prime minister Najib Razak (left) to dissolve the parliament, Nik Aziz said the UMNO president was "in a mess".
"One thing we are sure is that Najib is in a mess,” he said, adding that Najib's fear could be due to growing opposition strength in UMNO bastion Johor as was seen during PAS’s Green Rally to Putrajaya in the state last Friday.
“In Johor, we have never witnessed before so many people. This proves awareness among people there and the existence of a wave of change,” added the Kelantan Menteri Besar.
PAS vice president Mahfuz Omar meanwhile reminded Najib that the five-year mandate given to Barisan Nasional at the Federal level was under his predecessor Abdullah Ahmad Badawi.

‘We’ll defend her at any cost’

Two NGOs and a business organisation are livid over the death threat received by Bersih chairperson S Ambiga.
KUALA LUMPUR: Two NGOs and a business organisation have expressed anger over the death threat received by Bersih co-chairperson S Ambiga.
WargaAman secretary-general S Barathidasan told FMT that the NGO’s members would defend her at any cost.
Whereas Persatuan Kebajikan dan Sosial Gemilang Puchong president V Rameshwaran dared the people responsible to face him instead of being “cowards who threatened a woman”.
Barathidasan said Ambiga was an international figure who was more popular than Prime Minister Najib Tun Razak.
“It seems like those who disagree with Ambiga’s vision for free and fair elections are now resorting to psychological warfare against her,” he added.

Surge of Crime: Home Ministry must take full responsibility - Gobind

Surge of Crime: Home Ministry must take full responsibility - GobindThe Ministry for Home Affairs must take full responsibility for the increase in crime in the country if it is indeed true that same has surged as a result of the repeal of the Emergency Ordinance.
Selangor deputy police chief, Datuk A. Thaiveegan is quoted to have said that there has been an increase in crime and such was probably due to the repeal of the Ordinance.
The question then is this. What did the Home Ministry do to deal with this probability when the repeal of the Ordinance was proposed?
This is a very serious matter.
The Ministry, through the police have the figures. They also have intelligence reports. They ought to have known what would happen if the Ordinance was repealed and steps ought to have been taken so as to ensure safeguards were first put in place before the Ordinance was repealed.

Blogger tak senang dengan isu KP JPA ditamat khidmat



Penulis blog pro-BN menyelar Berita Harian ekoran laporan yang menonjolkan penamatan khidmat bekas ketua pengarah perkhidmatan awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Penulis blog berkenaan menimbulkan isu berkenaan kerana berpendapat penamatan khidmat penjawat awam kanan itu sepatutnya tidak diperbesar-besarkan.

Kami mahu permit, bukan tayar- Pemandu teksi

KUALA LUMPUR 2 Julai: Rata-rata pemandu teksi di sekitar Kuala Lumpur yang ditemui Keadilan Daily melahirkan rasa kecewa atas kegagalan kerajaan memahami keperluan dan keperitan mereka.
Menurut Selvam A/L Suppiah, berkata, pemandu teksi mahukan permit individu dan bukan tayar sepertimana diumukan kerajaan dengan pemberian vaucer.
“Kita tak mahu tayar, lagipun voucer itu cuma RM520, kita kena tambah duit sendiri juga, tayar tak penting, kami mahu permit saja,” katanya.
Tambah beliau, mereka terpaksa membayar sewa kereta, termasuk menanggung permit teksi syarikat. Hal itu menyebabkan mereka hanya memperoleh pendapatan sekitar RM20 hingga RM30 sehari.
“Satu hari nak untung RM100 pun susah, lepas itu bayar sewa kereta dan permit RM60, isi gas lagi, anak-anak mahu makan apa?,” keluhnya.
Seorang lagi yang ditemui, Ng Teck Yong, 42 turut melahirkan keluhan beliau yang terpaksa membayar sewa permit yang tinggi setiap hari.
“Tiada permit kami terpaksa bayar RM70, tapi kalau ada permit, kami cuma perlu bayar RM25 untuk sewa kereta saja, itu baru betul-betul membantu,” kata Ng.

Melaka sorok beli 17 Honda Accord ganti proton perdana

Mengapa Melaka sorok beli 17 Honda Accord ganti proton perdana utk kegunaan KM n Exconya? Dulu kutuk @mbnizar beli toyota camry bkn main lagi!

 
Bukan beli 17 honda accord jer,siap beli 32 proton inspira utk kegunaan ketua2 jabatan di Melaka


Harga sebuah honda accord yg dibeli rm168000,beli 17 buah - proton inspira sebuah rm85000,beli 23 buah - hang kiralah sendiri

Nombor pendaftaran cantik2 pulak tu M1 , MAR2 , MAR6 dll - berapa pulak harga no pendaftaran ni ??

300 natives rally for their land

Angry land-grab victims of the Rungus, Kimaragang, Sonsogon and Sungei tribes in northern Sabah have pledged to defend their NCR lands to the death.
PITAS: More than 300 angry natives in the northern parts of Sabah staged a peaceful but powerful rally protesting against the prevalent land grabs in Kudat, Pitas, Kota Marudu and parts of Beluran.
They claimed the land grabs, some of which they alleged were backed by politicians from the ruling party, had resulted in bitter experiences for thousands of them.
Many of these natives are displaced and squatting in nearby villages as well as awaiting court orders obtained by big companies with political links.
Hosting the rally last Saturday at Torong Soko overlooking the Marudu Bay here was the surging State Reform Party (STAR), which successfully applied for and obtained a police permit under the recently passed Peaceful Rally Act.
The Dusunic tribes of Rungus, Kimaragang, Sonsogon and Sungei who are victims of the land grabs pledged to defend their NCR lands to the death.
They also pledged to thwart the ruling Umno-led Barisan Nasional’s bid to retain its parliamentary and state seats in the north at the coming general election.

PRU 13 : Felda bukan lagi kubu kuat BN



Menjelang PRU 13 TEMERLOH - Barisan Nasional (BN) dan Umno diingatkan supaya tidak lagi menganggap tanah rancangan Felda sebagai kubu kuat merekauntuk menang dalam Pilihan Raya Umumke-13 (PRU13).

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, halini berikutan di tanah rancangan itu ada generasi kedua yang mana pemikiranmereka lebih terbuka dan sambutan kepada Pas dan Pakaran Rakyat (PR) dilihatsemakin baik.

Menurutnya, potensi Pas dan PR untuk menang lebihbanyak kerusi dalam PRU nanti diihat lebih baik kerana melihat pada sokonganorang ramai yang sangat menggalakkan sekarang.

Pengangkutan cekap bukan lambakan permit dan tayar

Razali Endun, razaliendun@gmail.com,
Ramai rakyat negara ini  keliru tentang peranan pengangkutan awam termasuk para pemimpin politik baik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang. Industri pengangkutan awam bukanlah  sektor yang harus dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Industri ini selain menjana ekonomi negara, ianya juga cerminan kepada status maju mundurnya sesebuah negara itu. Pengangkutan awam bukan sekadar menyediakan kaedah atau prasarananya akan tetapi ianya perlu kepada suatu sistem yang efisen, murah, selesa dan bersepadu.

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak turun ke stadium Bukit Jalil pada 24 Julai lalu semata-mata mahu melakukan penyerahan baucher bernilai sebanyak RM520.00 kepada pemandu teksi, ramai melihatnya sebagai usaha untuk memenangi hati pemandu teksi dalam menghadapi pilihanraya ke-13.  Itulah persepsi umum dalam senario hangat menghadapi pilihanraya.

Gempur seru gerakan mahasiswa bersatu

Firman Allah bermaksud: “Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan jangan sesekali kamu berpecah-belah” (Al-Imran: 103)

Sepanjang Gempur (Gerakan Mahasiswa Pantai Timur) menyertai gerakan mahasiswa arus perdana secara langsung bermula dengan kempen ‘Academic Freedom’, demonstrasi Pendidikan Percuma, diikuti dengan Bersih 3.0, Gempur mendukung penuh setiap aksi dan gerak kerja yang dilakukan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia dan seluruh front yang bernaung di bawahnya.

Oleh yang demikian, masyarakat melihat bahawa mahasiswa sudah mula bangkit, namun pada hakikatnya, terdapat pelbagai masalah dan konflik yang melanda peneraju utama gerakan mahasiswa ini.

Anwar Ibrahim: Kerana Nak Bertahankan Hak Rakyat & Demokrasi, Saya Minta Najib Terima Perlawanan

Desa Aman : Kamu bukan Bantah Sekolah Agama

Jln Sultan group press gov't for consultation

UMNO gagal bela kontraktor Bumiputera, Bank Negara disaman RM131.9 juta


KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Kerajaan pimpinan United Malays National Organisation (UMNO) terbukti gagal membela nasib usahawan Bumiputera apabila sebuah syarikat kontraktor Melayu berhadapan risiko diisytihar muflis akibat dakwaan salah urus Bank Negara.
Syarikat tersebut, H & I Niaga Sdn. Bhd. melalui pengarah-pengarahnya Datuk Ismail Mohd Hashim dan Ir Amerudin Ismail, telah memfailkan saman terhadap Bank Negara sebanyak RM131.9 juta pada 20 Jun 2012, untuk bayaran-bayaran tertunggak, tuntutan lanjutan masa dan kerosakan.
Saman dan pernyataan tuntutan tersebut menamakan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz (Gabenor Bank Negara), Datuk Zamani Abd Ghani (Timbalan Gabenor bank Negara) dan Datuk Mohd Nor Manshor (Penolong Gabenor Bank Negara) sebagai defendan-defendan.

Bagaimana seharusnya menanggapi "Indeks Penyelidikan"?

Gejala penarafan universiti (university ranking) semakin menghantui warga akademik institut pengajian tinggi di Malaysia kebelakangan ini, terutamanya empat buah universiti awam yang dinobatkan sebagai universiti penyelidikan (RU).  Demi mengejar apa yang dikatakan kecemerlangan akademik, staf akademik disasar menerbitkan makalah dalam terbitan CIJ (Citation Indexed Journal) ataupun jurnal yang tersenarai dalam ISI Web of Science/Scopus kononnya ia memberi Impact Factor (IF) / Research Perfomance Index (RPI) yang tinggi tanpa memikirkan gerhana yang lebih besar ke atas etika penyelidikan serta tujuan hakiki penyelidikan itu sendiri.

Berikut disajikan terjemahan kenyataan terbuka Ketua Majlis Sains Negara, Taiwan, dalam akhbar China Times pada 25 Jun 2012 berkaitan isu yang sama.  Sama-sama kita renungi apakah tidak pengalaman teman kita di seberang sana bisa dijadikan iktibar dan peringatan?

Guan Eng: Jika orang kenamaan pun tak selamat, bagaimana dengan rakyat?

Pencerobohan kediaman bekas Ketua Menteri Melaka Abdul Rahim Thamby Chik di Kuala Lumpur mengesahkan kebimbangan tentang situasi keselamatan awam yang making merosot di Malaysia dan bercanggah dengan jaminan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein Onn bahawa satu atau dua insiden jenayah ganas tidak membuktikan peningkatan jenayah di Malaysia.  Kediaman Abdul Rahim Thamby Chik (gambar bawah) telah dilaporkan diceroboh oleh pencuri yang telah melarikan wang tunai serta sepucuk pistol.

12 hari Mogok Lapar: Tahanan ISA dipukul

Setelah menyerahkan memorandum mendesak tindakan segera pihak SUHAKAM ke atas isu seorang tahanan ISA dipukul, isteri tahanan berkenaan iaitu Puan Nunurheni Onim membuat laporan polis di IPD Dang Wangi.  Razali Kassan yang juga merupakan salah seorang tahanan yang menyertai mogok lapar dikatakan telah dipukul, ditumbuk dan diludah oleh pegawai kem tahanan.  Maklumat tersebut disampai sendiri oleh tahanan yang berjaya ditemui oleh keluarga pada 1 Julai yang lalu.

Pada sesi pertemuan tersebut, tahanan ISA yang ditemui oleh keluarga masing-masing iaitu Mustawan dan Fadzullah sempat menyampaikan mesej yang sama kepada keluarga masing-masing mengenai Razali Kassan yang dipukul pegawai KemTa.  Razali sendiri yang ditemui oleh isterinya mengakui bahawa dia dipukul tetapi tidak sampai berdarah.  Dia memberitahu isterinya pegawai berkenaan membelasahnya kerana dia menyertai mogok lapar yang dikatakan sebagai menyusahkan pihak KemTa.

Where’s your shadow, BN?

A PKR leader says BN leaders cannot be dictating the terms on this since they have no shadow Cabinets in the Pakatan-run states.
KUALA LUMPUR: Dismissing the arguments of a Barisan Nasional MP as “stupid and foolish”, a PKR leader pointed out the absence of shadow Cabinets in the four Pakatan Rakyat-controlled states.
Subang MP R Sivarasa was responding to BN Kota Belud MP Abdul Rahman Dahlan who criticised the opposition for not revealing its federal shadow Cabinet list.
“We [BN] backbenchers are defending the government on various issues but at the same time, I would also want to question their [Pakatan] shadow Cabinet ministers but the problem is that I don’t know who they are. I also want to ask them tough questions,” Abdul Rahman told FMT.

Pas: Peneroka umpama bom jangka


Pas: Peneroka umpama bom jangka
Tuan Ibrahim bersama Bendahari Pas Pahang, Musanif; Setiausaha Perhubungan, Roslan Zainal Timbalan Pesuruhjaya, Yusof Embong dan Ketua Pemuda Pas Pusat Nasharuddin Hassan .
 
TEMERLOH – Pas Pahang menganggap peneroka di negeri ini yang memendam rasa kecewa kepada kerajaan umpama ‘bom jangka’ yang akan meletup pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ramai peneroka kecewa apabila saham ditawarkan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) kepada mereka hanya 800 unit yang sepatutnya lebih daripada itu.

Bagaimanapun beliau tetap berpendirian penyenaraian tersebut satu risiko besar yang perlu ditanggung peneroka jika ia mengalami kerugian.

Isu Air Selangor: MB Bidas NGO Tidak Pro Pengguna


SHAH ALAM, 2 JUL: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melahirkan rasa kesal dan hairan apabila terdapat segelintir Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mengambil pendirian yang merugikan pengguna air di Lembah Klang.
Sebaliknya menurut Abdul Khalid, segelintir NGO terbabit mengambil sikap menyebelahi syarikat konsesi pengurusan air di negeri itu untuk terus mengaut keuntungan melampau dari hasil industri air Selangor.
“Ini politik. Ada NGO kononya berjuang untuk mempertahankan kepentingan pengguna, tetapi mempertahankan kemahuan syarikat konsesi pengurusan air menaikan tarif air,” sukar untuk dipercayai.
“Saya beritahu kepada NGO, NGO berjuangan untuk pengguna jadi sewajarnya mereka berjuang untuk mendapatkan harga terbaik untuk pengguna.

Imej Umno mulai merudum di bawah Dr Mahathir - Tamrin

PASIR MAS: Rakyat perlu menggunakan kuasa mereka bagi menyekat kerajaan yang boros daripada terus mentadbir negara ini, sekiranya tidak mahu negara hilang hala tuju pada masa akan datang.

Bekas anggota parlimen Batu Berndam, Datuk Tamrin Abdul Ghafar berkata, rakyat perlu bertindak bagi mengelakkan Malaysia terus hilang hala tujunya dalam menempuh masa depan yang gemilang.

“Perdana Menteri sekarang terlalu boros berbelanja tanpa memikirkan natijah buruk yang akan menimpa masa depan negara.

“Kekurangan ketelitian Datuk Seri Najib dalam perbelanjaan termasuk ketika melawat luar negara baru-baru ini menghabiskan RM850,000 dalam lawatan tiga malam di London.

Royalti minyak dinafi, bijih besi pula ditemui



KOTA BHARU: Ketika kerajaan pusat masih menafikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum, sebaliknya bijih besi pula ditemui di bumi negeri ini.

Bijih besi tersebut sekarang dieksport sebanyak 40,000 tan metrik setiap minggu melalui Tok Bali ke China.

Kapal dari China kini berlabuh kira-kira 1.4 batu nautika dari pantai Tok Bali bagi mengangkut bijih besi, di mana ia diangkut ke kapal menggunakan 20 tongkang dari jeti di Tok Bali. (Gambar atas)

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, sebelum ini bijih besi tersebut dieksport ke China melalui pelabuhan di Kemaman dan Kuantan yang melibatkan kos agak tinggi.

“Namun sekarang bijih besi tersebut dieksport melalui pelabuhan di Tok Bali yang ternyata lebih menjimatkan kos pengangkutan,” katanya menjawab soalan Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) pada persidangan Dun hari ini.

Beliau berkata, hasil royalti tersebut dijangka dapat menampung kos pembinaan pembinaan lebuh raya rakyat Kuala Krai-Kota Bharu.

ISA: Bapa dipaksa buka baju-T nak jumpa anak

NONEBapa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah dipaksa menanggalkan "baju-T yang bermasalah" yang dipakainya ketika mahu menemui anaknya di pusat tahanan di Kamunting, Perak semalam.

Ahli jawatankuasa Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Alizah Jaafar berkata, lelaki berkenaan, Abdul Razak - bapa kepada tahanan Fadzullah - memakai baju-Tyang bertulis 'Mansuhkan ISA'.

"Seorang pegawai berpakaian biasa, yang merupakan kakitangan keselamatan kem tersebut, memberhentikan Abdul Razak selepas kami melintasi tempat pemeriksaan keselamatan pertama dan memberitahunya bahawa adalah masalah dengan baju-T tersebut.

Meneladani kejayaaan Ikhwan

Tidak syak lagi bawa kekuatan tarbiyah dan pendekatan dakwah serta jihad Ikhwanul Muslimin selama 84 tahun – dengan izin Allah – menyebabkan ia mencapai kejayaan besar di Mesir apabila pemimpin Ikhwan Muhammad Morsi Isa al-Ayyat dipilih sebagai Presiden Mesir, selepas kejatuhan diktator  Hosni Mubarak
Beliau yang berkelulusan jurutera dari Unversiti Southern California mewakili Freedom and Justice Party, berumur 60 tahun.
Ini sebuah sejarah gilang gemilang bukan saja bagi Ikhwan Mesir, bahkan juga gerakan Islam sedunia, termasuk PAS. Ini kerana demikian ramai pemimpin PAS semua peringkat – sejak dahulu lagi – mendapat inspirasi perjuangan dari Ikhwanul – Muslimin.
Demikian banyak buku-buku Ikhwan yang mengalir dan ditelaah oleh pendukung Abim dan PAS. Di samping itu demikian ramai pendukung PAS sejak dahulu lagi mengikuti usrah dan tamrin Ikhwan bukan saja di Mesir, bahkan di Jordan, Syria dan sebagainya.
Pemikiran Ikhwan adalah berlandaskan syariat Islam serta amal berterusan iaitu :

Hukuman Hudud dari UMNO.... Betul ka..

Setiap kali nak Pilihanraya tak kira PRU atau PRK nama hudud sentiasa di bibir pemimpin cikai UMNO... bukan datang dari mulut Najib atau Muhyiddin... 

Tolonglah ingat balik,, sebelum ni di zaman Mahahtir jadi PM, bila mana PAS dok sibuk negara Islam, tuptup Mahathir potong trip buat pengumuman Malaysia adalah negara Islam,,, yang kemudiannya disambung pulaoleh Pak Lah Malaysia agama Islam Hadhari pulak.... Apa yang Islamnya aku pun tak tau... 

Exco Kelantan dilarang masuk ke sekolah kementerian

KOTA BHARU: Usaha kerajaan negeri bagi mengekang gejala sosial kurang mendapat kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) apabila anggota Exco dilarang mengadakan program di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, sebagai pengerusi Pemadam Negeri beliau tidak mendapat kerjasama PPD bagi mengadakan program di sekolah di bawah kerajaan pusat.

“Saya tidak boleh masuk ke sekolah di bawah kementerian bagi mengadakana program kempen gejala sosial. Malah PPD juga melarang guru-guru hadir pada mesyuarat agung Pemadam di Kuala Lumpur.

Making the Malays ANGRY with the non-Malays: Najib and Umno's latest tactic

Making the Malays ANGRY with the non-Malays: Najib and Umno's latest tacticUMNO must accept that it has done too many wrong things. Forgiveness even from the Malay community which has supported it in the past won't come so easily anymore. The party just has too many scandals and failed to do too many things it is duty bound to do.
Even with 55 years of authority, it has mismanaged the country’s economy, failed to raise the standards of living of the majority of the Malays which is supposed to be its main objective and failed to eradicate poverty amongst all Malaysians, which they promised all of us. There have been too many disastrous economic decisions that have now resulted in the country sitting on an incomprehensible RM460 billion mountain of debts.
Debt alone has stunted the development and progress of our country; we can all forget about becoming a developed nation by 2020.
Cooking poison curry

Guru di Kelantan dipaksa dengar ceramah Hasan Ali

http://bm.harakahdaily.net/cache/555295_451386094885179_1469104136_na2sphotosakfbcdnnet_thumb_medium490_0.jpg
http://bm.harakahdaily.net/cache/293240_451386354885153_699551202_na2sphotosakfbcdnnet_thumb_medium490_0.jpg
http://bm.harakahdaily.net/cache/392884_451386684885120_1451225576_na2sphotosakfbcdnnet_thumb_medium490_0.jpg
http://bm.harakahdaily.net/cache/553273_451387108218411_1570219047_na5sphotosakfbcdnnet_thumb_medium490_0.jpg
http://bm.harakahdaily.net/cache/205334_451388598218262_2026533242_na7sphotosakfbcdnnet_thumb_medium490_0.jpghttp://bm.harakahdaily.net/cache/425002_451385841551871_100159710_na6sphotosakfbcdnnet_thumb_medium490_0.jpg

Ramai guru yang marah apabila mereka kena paksa untuk hadir ke program Hassan Ali. Inilah malang apabila umno telah mengamalkan dasar paksa memaksa ini.


Guru Kelantan sudah lama tolak UMNO BN!

Abd Razak Mak


kwn saya adalah salah seorang yg di'wajib'kan hadir program ni...so rsnya lebih 90% yg di'wajib'kan hadir...kalau x hadir tindakan akan diambil...sbb tu hasan akidah konfiden nk bg ucapan...sbb dh ada bantuan kn...


Kerepek Ubi


kesian kat cikgu.. udah ler kena paksa pegi... kena paksa dengar lak...

Pendakwa raya cari 1001 helah untuk tekan pemimpin Pakatan

KUALA LUMPUR, 2 Julai: Umno BN terdesak apabila menambah satu lagi pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dua pemimpin lain.
Badrul Hisham Shaharin yang turut dituduh bersama Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali, berkata pertuduhan baru itu membuktikan pertuduhan sebelum ini tidak kukuh hingga mendesak kerajaan Umno BN menambah satu lagi pertuduhan.
“Kes ini lemah. Sebab itu pendakwaraya terpaksa mencari 1001 helah dalam kes ini untuk menyabitkan kami,” katanya kepada Keadilan Daily.
Badrul Hisham yang dikenali Chegu Bard berkata, mereka juga tidak pernah dimaklumkan oleh pendakwa raya mengenai pertuduhan baru tersebut.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu berkata, ia hanya diketahui apabila pendakwa raya membaca pertuduhan depan Hakim Mahmud Abdullah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta pagi tadi.

AYAHANDA PEKIDA BERSUARA HEBAT!!! Tapi sayang diperlembu UMNO

Ingat lagi krisis Perak pada tahun 2009? Masih ingat lagi satu kumpulan manusia yang datang membuat provokasi ketika Sidang Tergempar DUN Perak pada masa itu? Cuba perhatikan gambar dibawah.


Di Perak, ini adalah kumpulan yang dipanggil “untouchables” atau pun kumpulan yang tak boleh disentuh. Polis pun takut kepada kumpulan ini. Kalau di India, kumpulan yang dipangil “untouchables” ini adalah golongan kasta paling bawah.

Siapa lelaki yang dihadapan sekali yang seolah-olah menjadi boss ini? Dia adalah Pengerusi Majlis Ayahanda Negeri Perak. Mohd Israq. semasa Krisis Perak, dia lah yang menjadi taiko kepada Umno.

Perantau sokong debat Wahid – Ahmad Said

Bagi membolehkan rakyat Terengganu memahami wawasan perjuangan kedua-dua parti dan kredebiliti kedua-dua pemimpin.
Kuala Lumpur: Persatuan Anak Terengganu di Perantuan (Perantau) menyokong debat antara Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan Pesuruhjaya PAS negeri,  Mohd Abdul Wahid Endut dalam isu-isu yang berlaku dalam negeri itu.
Setiausaha Perantau, Suhaimi Embong berkata, beliau bersetuju diadakan debat Wahid-Ahmad Said diadakan menjelang PRU ke-13.
Wahid mencabar Ahmad berdebat isu Terengganu ketika berucap pada program Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Negeri Terengganu baru-baru ini.
Suhaimi menegaaskan, dengan adanya debat itu membolehkan rakyat Terengganu dapat memahami wawasan perjuangan kedua-dua parti dan kredebiliti kedua-dua pemimpin.
Sebelum ini debat Datuk Seri Anwar Ibrahim-Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Rafizi Ramli -Khairi Jamaluddin dan terbaru Salahuddin Ayub-Datuk Saifuddin Abdullah telah diadakan.

Agih projek kepada ahli keluarga perbuatan curi wang rakyat

Sesebuah kerajaan bukan dilantik untuk mencuri wang rakyat melalui pengagihan kontrak dan tender runding sesebuah projek terus kepada kroni dan ahli keluarga, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kamu (kerajaan) tak dilantik untuk curi wang kami. Saya boleh senaraikan 100 hal (tentang anugerah kontrak kerajaan kepada kroni dan keluarga)
“Tanah Sungai Besi, projek LRT Ampang, semua beri pada kroni. Raja Nong Chik (Projek IKBN, Bandar Penawar), Shahrizat Jalil (Projek NFC), semua beri pada keluarga. Mana ada pemimpin Umno yang hidup tidak senang?
“”Lihat projek MRT, kos 17 kali ganda dari negeri China. MRT kita ada emaskah?” kata Anwar dengan nada menyindir. Siapa yang tak tahu tentang menteri beri projek kepada anak mereka?” katanya depan kira-kira 2,000 hadirin di jamuan makan malam KEADILAN di Dewan Pay Fong, Melaka, malam tadi.

Mogok lapar: Suhakam akan periksa tahanan ISA

NONEPesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) Muhammad Sha'ani Abdullah berkata badan itu akan melawat tahanan bawah ISA yang mengadakan mogok lapar di  Kem Tahanan Kamunting.

Muhammad Sha'ani berkata, lawatan yang akan dilakukan pada masa terdekat itu juga akan disertai doktor bagi membuat pemeriksaan terhadap tahanan berkenaan.

"Kita akan lakukan lawatan secepat mungkin. Kita akan cuba bawa doktor untuk buat pemeriksaan pada tahanan untuk buat satu laporan kesihatan yang bebas dan lapor kesihatan tahanan pada masa ini," katanya.

Sha'ani berkata demikian selepas menerima memorandum oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di ibu pejabat Suhakam hari ini.

Isu seksaan dalam ISA: Kedutaan Iraq guna 'saluran rasmi'

Kedutaan Iraq sedang membuat persediaan untuk membuat susulan dengan kerajaan Malaysia berhubung isu warganya yang mendakwa diseksa semasa dalam tahanan ISA.

Dalam satu emel kepada Malaysiakini, pejabat duta Iraq Amal Moussa Hussein berkata kedutaan itu sedang menjalankan usaha tersebut "melalui saluran rasmi Malaysia".

"Kedutaan Republik Iraq ingin... memaklumkan kepada anda bahawa Kedutaan sedang membuat susulan ke atas kes tahanan Iraq melalui saluran rasmi Malaysia," emel itu dipetik.

Tahanan ISA didera, isteri mangsa ditipu polis

KUALA LUMPUR: Nunur Heni Onim, isteri kepada seorang tahanan ISA Razali Kassan kesal kerana suaminya dibelasah pegawai Kem Kamunting walaupun beliau tidak mengadu kepada mana-mana pihak luar.
Sambil menangis teresak-esak, ibu kepada dua anak itu berkata,  polis yang hanya dikenali sebagai Tuan Ayub memberi jaminan keselamatan suaminya jika beliau tidak menghubungi peguam, media atau badan bukan kerajaan (NGO).
“Saya terperanjat bila dengar cerita sebenar  suami yang dia dibelasah (ketika melawatnya) semalam. Suami beritahu saya, pegawai kem memukulnya kerana marah lantaran  mereka mengadakan mogok lapar.  Saya tak dapat bayangkan bagaimana keadaannya dibelasah berkali-kali selama ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada penyerahan memorandum Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) di Jalan Raja Laut pagi tadi.

ISA: Isteri sedih suami diseksa di Kemta


KUALA LUMPUR, 2 Julai: Isteri kepada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Razali Kassan sedih dan kecewa apabila suaminya diseksa di Kem Tahanan Kamunting (Kemta) walaupun ahli keluarga mengikut arahan pihak berkuasa sebelum ini.

Nunurheni Onim berkata, sebelum ini beliau dan ahli keluarga yang lain tidak bercerita mengenai penahanan suaminya kepada mana-mana pihak kerana berpegang kepada janji pihak polis.

Pihak polis Bukit Aman katanya melarang beliau menghebahkan penahanan suaminya di bawah ISA kepada media, peguam atau badan bukan kerajaan (NGO) jika mahu Razali dibebaskan segera.

Umno bahagian dapat beli tanah - murah sangat!



 
Pemimpin Umno bahagian Tanjung Karang didakwa telah menyalahgunakan kedudukan mereka untuk membeli tanah daripada pentadbiran Umno negeri sebelumnya pada kadar yang terlalu murah.

ADUN Selangor, Ng Suee Lim menunjukkan dokumen dalam satu
sidang akhbar hari ini, berhubung maklumat terperinci penjualan 0.437ha tanah kepada bahagian Umno pada kadar hanya satu ringgit bagi satu kaki persegi pada November 2001.

"Harga asal tanah tersebut adalah lebih daripada satu juta ringgit, tetapi ia akhirnya dijual pada harga hanya RM47,039.

Cadang hudud: ADUN Umno 'hilang akal', kata MCA

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata ADUN Umno Johor yang mencadangkan supaya hukum hudud dilaksana ke atas orang Islam dan bukan Islam di negeri itu "hilang akal" kerana mengemukakan perkara tersebut.

Dalam satu tulisannya di Twitter malam tadi, Chua berkata ADUN berkenaan, Datuk Ayub Rahmat juga telah kehabisan idea sehingga menimbulka
n cadangan berkenaan.

"ADUN Umno Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan hudud di Johor meliputi bukan Islam," katanya.

Tambahnya, MCA "pastinya" menentang usaha seperti itu.

Ayub yang merupakan ADUN Kemelah membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.
LAGI SEKALI PRESIDEN MCA SEKUTU PALING RAPAT DAN AKRAB UMNO SAMPAI MATI, DS CHUA...

Hudud: Kelantan ada halangan, jika Johor dahului silakan


KUALA LUMPUR: “Pada saya, saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Tidak perlu cabar mencabar, saya menyokong sepenuh hati,” kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
Beliau menyatakan demikian sebagai respons setelah membaca kenyataan Adun Umno Johor di dalam Sidang Dun Johor, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Johor melaksanakan hudud mendahului Kelantan serta mencabar PAS menyokong hukum hudud itu walaupun datang dari Umno.

“Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah.

Today in History for July 2nd

Bersih 3.0: Anwar, Azmin slapped with new charge

Jangan sia-siakan bakat artis sertai Pakatan Rakyat

NONETahniah kepada para artis yang kini berani tampil secara terbuka menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Selama ini rungutan golongan artis di bawah pemerintahan BN ialah mereka dianaktiri, dipinggir dan kreativiti disekat.

Contohnya filem atau drama yang melibatkan watak polis mesti terlebih dahulu dilulus oleh PDRM – ini adalah terang-terangan satu kongkongan kebebasan. Penapisan pula semakin ketat. Sejak akhir-akhir ini bukan sahaja skrip drama mesti diluluskan oleh stesen-stesen TV tetapi pemilihan pelakon juga mesti terlebih dahulu mendapat perkenan stesen-stesen TV.

Lagu-lagu yang kritis pula akan digam oleh stesen TV dan Radio. Ini adalah sebahagian contoh dari senarai panjang tekanan yang dikenakan.

Bob Lokman (kanan), Aishah, Dayang Ku Intan, Hairie Othman, Abby Abadi, Iwan (sekadar menyebut beberapa nama) menyertai Pakatan kerana yakin bahawa gagasan tersebut adalah wadah alternatif untuk menggantikan BN.

MB: Isu dinar boleh siasat, tapi fitnah dosa

Nik Aziz KOTA BHARU - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pegawai Kerajaan Pas Kelantan sekiranya terlibat dalam penyelewengan dirham dan dinar emas Kelantan yang dikeluarkan oleh Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT).

Menurutnya, kalau betul-betul wujud penyelewengan tersebut, beliau adalah orang pertama yang akan ambil tindakan.

“Penyelewengan boleh siasat tidak ada apa, nak kata apa katalah tetapi siasat kena ada, kalau siasat tak jumpa apa-apa ini ertinya fitnah.