Ahad, 1 Julai 2012

Ikhwan Muslimin theme song 2011

Puluhan Ribu di Himpunan Hijau Pahang


KERDAU: Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Pahang yang sedang berlangsung di Dataran PAS di Kerdau di sini menarik kehadiran puluhan ribu rakyat negeri itu.

Sekarang ini sedang berlangsung ucapan pempimpin Pakatan Rakyat khususnya PAS termasuk Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan menyampaikan amanat pilihan raya sebentar nanti.

MB: 'Noh harus belajar perakaunan dari saya'

MB: 'Noh harus belajar perakaunan' SUBANG – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau akan memberi maklum balas berkenaan dengan cabaran Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang memberi tempoh seminggu kepadanya agar mendedahkan kedudukan kewangan terperinci Universiti Selangor (Unisel).

Menurut Menteri Besar Selangor, maklumat-maklumat yang diperoleh oleh Noh mengenai Unisel hanya khabar angin semata-mata.

“Beliau (Noh Omar) harus belajar perakaunan daripada saya kerana kebanyakan yang diketahui mengenai Unisel hanya khabar angin sahaja,” kata beliau mengulas cabaran Noh di sini, hari ini.

Rafizi Ramli - Ceramah Di Pasir Puteh Kelantan

Tanda-tanda jawatan PM akan diserah kepada Muhyidin Yasin.

PM: BN berhasrat guna sepenuh mandat lima tahun



Perdana Menteri (tanpa mandat rakyat), Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa kerajaan BN sekarang berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun untuk berkhidmat kepada rakyat selepas memenangi pilihan raya tahun 2008.
Beliau menegaskan demikian ketika ditanya mengenai tarikh pilihan raya umum ke-13 yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak.
“Bila kita dipilih rakyat, kita dipilih untuk tempoh lima tahun.
“Jadi dalam masa lima tahun itu amat penting bagi kita untuk
memperlihatkan kemampuan kita untuk mentadbir negara kita dan membawa kemajuan kepada negara kita dan membela untung nasib rakyat,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN malam ini..

The Razak Baginda that I knew and the ghost of Altantuya that Najib must bury


The Razak Baginda that I knew and the ghost of Altantuya that Najib must buryAbdul Razak Baginda, a controversial figure in the death of Mongolian translator Altantuya Shaaribu, was the chairman of the Kendo Club at St John’s Institution in 1978, while the vice-chairman was none other than me.
Baginda was a most affable chap back in school those days. He was pleasant, courteous and gregarious. He had many friends as he was a likeable person.  There were none in school who could be said to be enemies with him.
Upon leaving St John’s, we parted ways and he never crossed my mind, until a chance encounter at the MPH Bangsar in Jalan Telawi brought us back into contact. By then he was a familiar personality among Malaysians as a television talk show host.
During that brief encounter, he invited me to be a contributing editor with a publication he was about to start from scratch. The name of the publication was Asian Editor. This was mid-1997 and Baginda had a business office at Wisma Getah Asli in Jalan Ampang, Kuala Lumpur which was frequented by me in the process of writing stories for them.

Gara-gara Perkasa, UMNO semakin dibenci

Perkasa... Perkasa... Tunjuk samseng tak kena gaya. Satu tindakan 'membunuh' UMNO di Pulau Pinang

Hahahahaha.... Lu langsi...UMNO pasti terus mati.

Uncle Seekers dituduh aibkan kerabat Johor

Tiga puluh individu pada Ahad membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas (gambar) atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini, bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.
Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

Pertahan kemenangan habis-habisan untuk mara ke Putrajaya

Walau pun Najib belum bersedia ... Jentera Pilihanraya (JPrD) DUN Sri Muda dalam Parlimen Kota Raja telah menyediakan persiapan yang lengkap bagi menghadapi pembubaran Parlimen pada bila-bila masa untuk menghadapi pilihanraya umum ke13.

Semua Ketua 18 Daerah Mengundi atau JPrU yang telah melangkapkan organisasi masing-masing yang menerima watikah dari Dr Siti Mariah Mahmud yang merupakan Naib Yang Di Pertua PAS Kawasan Kota Raja begitu bersemangat untuk berjuang habis-habisan pada kali ini bagi mempertahan kemenangan yang diperolehi pada PRU ke 12 yang lalu.

Sama Seperti Anwar, Tamrin Juga Bakal Diaibkan

Oleh Shahbudin Husin
Kekerapan Tamrin Tun Ghafar muncul berceramah di pentas Pakatan Rakyat sejak akhir-akhir ini rupa-rupanya menimbulkan kegelisahan kepada kepimpinan UMNO. Sejak menulis surat kepada Najib pada 23 April lalu yang banyak mengkritik kepimpinan Perdana Menteri itu dalam menangani pelbagai masalah dalam negara, sambil meminta segera diperbaiki segala kerosakan yang berlaku itu, Tamrin tidak lagi dilihat sebagai pengkritik yang membina oleh Najib dan UMNO.

Mohamad Sabu PGU04 & Himpunan Hijau Terengganu Part2

Mohamad Sabu PGU04 & Himpunan Hijau Terengganu Part1

i-TR1M: Kerajaan Pusat didakwa tiru program PR

Today in History for July 1st

Umno creating racial bogeymen to woo Malay voters, PR leaders say

KUALA LUMPUR, July 1 — Umno is playing a dangerous game of lies by stoking up fears that could split Malaysia along racial lines in its bid to win over Malay voters at the polls, two Pakatan Rakyat (PR) leaders said today.
Their remarks come after a Mingguan Malaysia columnist Awang Selamat accused the Singapore's ruling People's Action Party (PAP) of having ties with Chinese-dominant Malaysian party, DAP, to influence the 13th general elections here due within a year.
Mingguan Malaysia is the weekend edition of Umno-owned Utusan Malaysia and "Awang Selamat" is a pseudonym adopted by the paper's editorial team that often reflect the ruling party's views.
The DAP's Lim Kit Siang (picture) claimed today that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's uncertainty in winning the next general election has resulted in "desperate" tactics by Umno leaders and strategists.

Kerajaan Umno-BN Sudah Hilang Kasih Sayang Kepada Rakyat Sendiri!

Pembinaan Jalan baru yang dibuat dari Kampung Belao sejauh 10 km ke Gunung Bongsu telah melibatkan dan 'merampas' tanah yang diteroka oleh seramai 20 orang penduduk sekitar kawasan tersebut. 

Pak Da Kori kesal kerana sebanyak 1350 pohon, pokok getah berumur 3 tahun di cabut tanpa apa-apa bayaran.  Sudah lama beliau memohon tanah tersebut tetapi tidak diluluskan oleh kerajaan.


Manakala Zaharah Che Amah, melibatkan tanah seluas lebih kurang 2 ekar dan sebuah rumah yang dibeli daripada penduduk tempatan beberapa tahun dulu dengan harga RM30,000.00,  diambil tanpa apa-apa bayaran. 


Polis Tak Bersikap Profesional Hadapi Tindakan Ganas Perkasa

PERKASA KIAN MELAMPAU, ADAKAH MEREKA KEBAL DARI UNDANG-UNDANG?

GERORGE TOWN: Polis harus menimbang semula sikap tidak peduli terhadap Perkasa untuk mengelak persepsi awam bahawa mereka membenarkan taktik ganas Perkasa untuk mengugut pemimpin PR.

Justeru, Lim Guan Eng berkata kegagalan pihak polis untuk segera menahan ahli-ahli Perkasa yang terlibat dalam keganasan bukan sahaja terhadap orang awam dan wartawan tetapi juga terhadap keselamatan peribadi beliau hanya mengesahkan kebimbangan bahawa tingkah laku Perkasa mendapat sokongan Umno dan BN.

6 Taktik Terbaru SPR Untuk Menipu Pemerhati Pilihan Raya


1) Sekatan daripada memerhati proses mengira undi.

2) Sekatan daripada merakam foto kejadian penipuan, tanpa kebenaran     pegawai berkenaan.

3) Sekatan daripada bercakap dengan ejen parti dan kakitangan pusat     mengundi.

4) Sekatan daripada bercakap kepada media.

5) Pemerhati perlu berada di pusat mengundi sama sepanjang hari     pengundian.

6) Sekatan daripada mengeluarkan maklumat kepada pihak ketiga     sebelum melaporkan kepada SPR.

Johor : Imam Muda Digantung Kerana Benarkan TGNA Jadi Imam


Berita terkini: imam muda masjid jamek pasir gudang telah di gantung kerana membenarkan Tuan Guru Nik Abd Aziz sembahyang jumaat dan menjadi iman di masjid jamek pasir gudang johor...nie la politik kotor yg di buat oleh puak2 yg sggup m'gadaikn agama demi politik di malaysia.

Selangorku : Terharu Terima Geran Sampai Tak Boleh Tidur Malam



AMPANG 1 JUL : Setelah 18 tahun turun naik pejabat tanah dan gagal mendapat geran, S. Ravindran seakan tidak boleh percaya apa yang berlaku padanya hari ini.
Pesara yang berumur 57 itu akhirnya menerima yang impian yang ditunggu hampir 20 tahun itu menjadi kenyataan apabila dokumen borang 5A ada dalam tangannya.
“Memang saya tidak percaya kerana saya fikir semua itu sekadar janji-janji politik sahaja dan tidak bermakna apa-apa pada rakyat biasa seperti saya.
“Jadi apabila diberitahu dua minggu lepas bahawa saya akan terima geran, saya memang tidak percaya dan menganggap ini merupakan satu lagi janji kosong.
“Saya hanya percaya apabila terima surat berkenaan perkara ini tempoh hari.

BERSIH: Lantik pemerhati p'raya hanya langkah pura-pura

Kumpulan pendesak reformasi pilihan raya BERSIH menyifatkan pelantikan lima NGO sebagai pemerhati dalam pilihan raya ke-13 sebagai tindakan berpura-pura oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Satu kenyataan oleh BERSIH hari ini menyebut demikian dengan membangkitkan kriteria pemilihan dan sekatan yang dikenakan ke atas NGO terbabit.

"BERSIH menuntut supaya pemerhatian pilihan raya dibuat sebagai hak mengikut undang-undang supaya semua pihak yang berkepentingan boleh memohon untuk mendapatkan tauliah berdasarkan kriteria objektif.

Kontraktor: 'Bank Negara musnahkan kami'

Sebuah firma pembinaan mendakwa Bank Negara memaksanya muflis untuk mengelak daripada menanggung kos untuk pembinaan Pusat Sumber Perkhidmatan Kewangan (FSRC).

Kontraktor kejuruteraan dan pembinaan itu, H&I Niaga Sdn Bhd mendakwa tindakan Bank Negara yang enggan membayar kos berkenaan menyebabkan syarikat tersebut kini mengalami masalah.

Dr Halimah: Tuisyen Rakyat 1Malaysia Tidak Tepati Sasaran

SHAH ALAM, 1 JUL: Program interaktif Tuisyen Rakyat 1Malaysia (iTR1M) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk penduduk Selangor gagal menepati sasaran.
Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, program tersebut seakan meniru inisiatif Pakatan Rakyat Selangor yang memperkenalkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang telah berjalan dari 2009.
Tindakan Kerajaan Pusat Umno-BN jelas menunjukkan program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri mendapat sambutan positif oleh rakyat Selangor.

Najib patut malu, dakwa beliau telah diberi mandat


Rakyat beri mandat pada Pak Lah !,.. bukan Najib !!
 
Datuk Seri Najib Razak tidak boleh mendakwa yang rakyat telah memberikannya mandat selama lima tahun untuk menerajui negara kerana hakikatnya beliau bukanlah dipilih melalui pilihan raya yang lalu.

Tak perasankah Najib yang beliau dilantik oleh Pak Lah,.. bukan rakyat!!  Kalau Najib nak kepastian, rakyat memberinya mandat atau tidak, bubarkan parlimen dengan segera dan bincang dengan SPR bila nak buat pilihanraya.  Kalau tidak,  Najib jangan berangan lah!  apa lagi nak mendabik dada, kononnya rakyat ada memberinya mandat!..

Alhamdulillah, ramai artis berhijrah

Abby Abadi, seorang lagi artis yang dibuka pintu hatinya untuk menerima pancaran cahaya hidayah daripada Allah SWT.

“Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan,” kata Abby Abadi. Beliau merupakan seorang lagi artis yang dibuka pintu hatinya untuk menerima pancaran cahaya hidayah daripada Allah SWT. “Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen …..tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya.
“Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah,” katanya ketika berceramah di atas pentas PAS di Kuala Kedah baru-baru ini.

Mengapa pengundi Cina tidak akan menjadi faktor penentu dalam PRU13

KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Kaum Cina Malaysia bukan faktor penentu atau kingmaker dalam pilihan raya umum ke-13 kerana bilangan pengundi dari kalangan etnik itu tidak membolehkan mereka menentukan keputusan pilihan raya.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen, hanya 34 yang mempunyai komposisi pengundi kaum Cina sebagai majoriti.
Menurutnya, jika pun Pakatan Rakyat menyapu bersih kesemua undi kaum Cina bagi kerusi-kerusi tersebut, ia hanya mewakili 15% daripada jumlah keseluruhan kerusi Parlimen.
Katanya, bagi 55 kerusi Parlimen lagi di mana pengundi Cina membentuk 30% hingga 50% bilangan pengundi, jika pun Pakatan Rakyat memperolehi 80% undi kaum Cina bagi kerusi-kerusi itu, ia masih memerlukan di antara 35% dan 40% sokongan  kaum lain untuk memenangi kerusi-kerusi tersebut.
“Ini bererti hanya ada 89 kerusi Parlimen yang mempunyai pengundi kaum Cina yang membentuk 30% jumlah keseluruhan pengundi.

Siapa ancam Melayu dan Islam?

Oleh Hafiz Zainuddin


Malaysia dibangunkan hasil dari persepsi yang kabur dan negatif. Dari ketakutan yang dicerna, dari aspirasi palsu yang disengajakan. Semua ini demi survival parti yang memerintah.
Lihat bagaimana kita, ibu bapa, isteri suami, anak-anak, teman dan taulan mungkin pernah dipisahkan untuk bersama dengan kaum lain di kawasan perumahan, di sekolah, di tempat kerja, di universiti tempatan akibat rasa terancam dan penelitian yang buruk sangka.
Kita harus ingat bagaimana suara-suara demokrasi dibungkam dengan pelbagai akta zalim. Para aktivis dan pejuang disumbat ke penjara serta ditohmah sebagai pengkhianat negara dan ejen asing. Semua itu bohong tapi sehingga kini masih terus kedengaran.
Kerajaan UMNO-Barisan Nasional mencipta persepsi dan ada kalangan rakyat yang percaya telah khayal dengan dongeng mereka melalui media arus perdana. Ia disebarkan pula dengan sembang kedai kopi, gosip pejabat dan sikap segolongan penguasa yang tidak selesa untuk bersama dengan kaum-kaum lain.
Semua persepsi negatif ini telah membuahkan rasa takut, terancam, bebal, sedih, marah tanpa perlu berlandas pada kebenaran.

UMNO tolak hudud, MCA hina hudud, mengapa DAP dijadikan sasaran?

 Oleh Izmil Amri

Apabila ada seorang hadirin bertanya sambil mencuba untuk memintal-mintal konteks tajuk satu wacana minggu lalu dengan soalan “sama ada DAP merasa terancam dengan kebangkitan Islam”, saya melihat tepat ke wajah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng untuk melihat riak mukanya, agar dapat saya teka kadar keterancamannya.
Rambutnya yang bersikat kemas sedikit pun tidak terusik. Otot mukanya juga tidak menguit. Ternyata Guan Eng sedikit pun tidak merasa gusar, apa lagi rasa terancam.
Kenapa perlu dia rasa terancam dengan kebangkitan Islam? Kenapa dia perlu risau dengan kebangkitan umat Arab yang dahagakan demokrasi dan kebebasan menentang regim kuku besi di negara-negara mereka?

Hired thugs to kill you: email warns Ambiga

An email warns the Bersih chairperson that two gangsters have been hired to 'terminate' her.

PETALING JAYA: Bersih co-chairperson S Ambiga has received an email warning her of a threat against her life.
The former Bar Council president told FMT that she received the email yesterday afternoon.
The email with its subject stated as “Beware hired guns out to kill you” claimed that a particular group had contracted two thugs to “terminate” her.
Although she withheld the identities of those mentioned in the email as well as that of the sender, Ambiga however said there were no references to any political parties.
The Bersih leader, who lodged a report with the Travers police station, preferred not to reveal the sender in order to protect the source.
“I will leave it to the police to investigate the matter,” she said.

Tamrin Tidak Pedulikan Ugutan...

Hari ini merupakan tamat tempoh yang diberikan kepada anak negarawan bekas TPM Tun Ghafar Baba, Tamrin Ghafar supaya membuat keputusan sama ada ingin meneruskan kembara dan jelajah mencerahkan iman di seluruh negara serta menyedarkan rakyat betapa busuk dan jahatnya Umno ataupun beliau akan menerima padah. Kata dua telah diberikan kepada Tamrin untuk membuat perhitungan terakhir menerusi satu panggilan telefon.

Tamrin Ghafar
Dua tiga hari lepas Tamrin telah menerima panggilan misteri yang memberi kata dua kepadanya supaya tidak meneruskan kembara menyedarkan rakyat agar meninggalkan Umno dan menjatuhkan kerajaan BN. Panggilan itu diterima semasa dalam perjalanan untuk berceramah di Bukit Gantang, Perak. Pemanggil itu membuat ancaman sekiranya Tamrin tidak berganjak beliau akan menerima nasib sama seperti dialami Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Anwar Ibrahim, yang diaibkan.

Baru sekejap saya menghubungi Tamrin untuk bertanya khabar mengenai ancaman berkenaan dan juga tuntutan yang dibuat pemanggilan yang dikenali rapat dengan tokoh Umno atasan. Tamrin yang ketika ini berada di lapangan terbang bersama Mohd Sobree Shafei dalam perjalanan ke Kelantan, memberi tahu beliau tidak pun mempedulikan ancaman berkenaan dan menganggap ia hanya kerenah budak nakal berkepala botak.

Guan Eng dakwa polis gagal lindunginya


 
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa polis sekali lagi gagal melindunginya daripada aktivis PERKASA yang sering menjejakinya di kawasan awam.

Mengulas kejadian di pasar Teluk Bahang, Pulau Pinang semalam, Lim mendakwa tindakan polis terlalu lambat dan memberi peluang kepada anggota PERKASA untuk melontar objek kepadanya.

Katanya, beliau selamat dalam insiden tersebut kerana tindakan seorang pemimpin Pakatan Rakyat tempatan yang membawa seorang individu didakwa sebagai anggota PERKASA itu jauh daripadanya dalam.

Tiba-tiba ahli Perkasa serang saya – Guan Eng


GERORGE TOWN: Polis harus menimbang semula sikap tidak peduli terhadap Perkasa untuk mengelak persepsi awam bahawa mereka membenarkan taktik ganas Perkasa untuk mengugut pemimpin PR.

Justeru, Lim Guan Eng berkata kegagalan pihak polis untuk segera menahan ahli-ahli Perkasa yang terlibat dalam keganasan bukan sahaja terhadap orang awam dan wartawan tetapi juga terhadap keselamatan peribadi beliau hanya mengesahkan kebimbangan bahawa tingkah laku Perkasa mendapat sokongan Umno dan BN.

Katanya, kejadian semalam di pasar Teluk Bahang, di mana sekumpulan ahli Perkasa telah dibenarkan untuk berdemo dan melempar poster-poster anti-Lim Guan Eng berdekatan dengannya, membuktikan bahawa pihak polis tidak akan mengambil tindakan walaupun kejadian berlaku di depan mata mereka.

Rebahnya BN kerana kesalahan mereka sendiri

Aspan Alias,
Insiden yang mengasari Ketua Menteri P Pinang di Telok Bahang semalam membuktikan yang BN amat sengsara apabila kalah di dalam pilihanraya 20008 yang mengakibatkan BN  jatuh tersembam di Pulau Pinang dalam PRU yang lalu.  Kerajaan PR yang di ketuai oleh DAP itu telah melakukan yang terbaik dan telah pun membuktikan yang sesebuah kerajaan itu boleh ditadbir dengan baik jika pimpinannya telus, jujur, dan sebenarnya rasuah boleh dielakkan.
Jika P Pinang kini mempunyai pentadbiran yang hampir sama dengan prestasi BN, tentulah BN mempunyai peluang untuk kembali berkuasa di Pulau Pinang selepas pilihanraya yang akan datang. Tetapi Lim Guan Eng dan barisan pimpinan kerajaan P Pinang telah menunjukkan perbezaan ketara dengan membuktikan yang PR memang lebih berkemampuan untuk mentadbir dari BN yang telah menguasai P Pinang dari 2008 dahulu.

Perbezaan ketara Umno dan PAS, ramai artis pilih PAS

Alhamdulillah, ramai artis berhijrah

PETALING JAYA: “Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan,” kata Abby Abadi. Beliau merupakan seorang lagi artis yang dibuka pintu hatinya untuk menerima pancaran cahaya hidayah daripada Allah SWT.

“Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen …..tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya.

“Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah,” katanya ketika berceramah di atas pentas PAS di Kuala Kedah baru-baru ini.

Abby minta Tok Guru doakan beliau istiqamah


KOTA BHARU: Pelakon drama bersiri Gerak Khas, Abby Abadi tidak dapat menahan sebak apabila diminta Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menceritakan bagaimana beliau mula terdetik untuk berubah dan mendekati perjuangan Islam.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan hanya sempat menyatakan, pada awalnya mempunyai masaalah peribadi, dan seterus memohon kepada Allah sewaktu berada di Makkah.

Nik Aziz dakwa Najib "takut bubar Parlimen"

Nik Aziz dakwa Najib 'takut bubar Parlimen' SHAH ALAM - 'Ketakutan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih belum berani untuk mengumumkan pembubaran Parlimen adalah satu kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat (PR), kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am Pas berkata, alasan Najib kononnya untuk menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menggambarkan 'ada sesuatu' yang belum meyakinkan Najib yang juga Presiden Umno.

"Satu daripada kemenangan moral kita ialah bila Umno tak berani nak bubar Parlimen.

Haji Wahid endut PGU04 & himpunan Hijau Terengganu

Left Kol B Haji Mohd Nazari PGU04 & Himpunan Hijau Terengganu

Keluar MANI Ketika Mandi WAJIB - Ustaz Azhar Idrus

Maksud Ilmu MANTIK & LADUNI - Ustaz Azhar Idrus

Reka Ayat AL QURAN & HADIS Untuk Jawab PEPERIKSAAN - Ustaz Azhar Idrus

SYAK Hadas BESAR - Ustaz Azhar Idrus

CINTA Sebelum @ Selepas KAHWIN ? - Ustaz Azhar Idrus

Libya justice system stagnant despite funding

Inside Story - Sudan: Breaking the barrier of fear

Inside Syria - Can foreign powers determine Syria's future?

Pakatan Rakyat assists fire victims at Segambut Estate

Himpunan Hijau Ke Putrajaya (Johor) - PPR Kempas Permai

Sivarasa Rasiah: "Rakyat Diutamakan" Slogan BN Sahaja, Cakap Kosong

Himpunan Hijau Ke Putrajaya (Johor) - Pelancaran

Himpunan Hijau Ke Putrajaya (JOHOR)- TGNA

Ust Nasruddin Tantawi - Pakat pakoh PAS boh!!

Hairie Othman - Saya tanak jadi hantu lagi

Parlimen atau Dun: Tunggu dulu, kata Nik Aziz


Nik Aziz KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berteka teki ketika ditanya ura-ura mengatakan beliau akan bertanding kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).                        

Menurutnya, spekulasi itu akan terjawab setelah pembubaran Parlimen.                  

"Parlimen atau di mana-mana... nanti tengoklah esok (kemudian hari), (lagi pun Parlimen) tidak bubar lagi," katanya selepas merasmikan Hari Perbandaran Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) ke-34 di Padang Perdana di sini, hari ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar menyiarkan laporan mengenai spekulasi berhubung kemungkinan Nik Aziz akan bertanding kerusi Parlimen Pengkalan Chepa pada PRU-13 ini.

Kelantan akan terus terajui perubahan - Nik Aziz



SHAH ALAM: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru rakyat negeri itu agar kekal memberi mandat kepada PAS pada pilihan raya akan datang supaya nilai dan budaya Islam dapat terus disuburkan.

Menurutnya, sejak PAS mentadbir negeri itu pelbagai perkara baru diperkenalkan kerajaan negeri untuk memberi kebaikan rakyat yang selari dengan suruhan agama Islam itu sendiri.

Beliau memberi contoh sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu yang bukan sahaja bebas riba malah memberi keadilan kepada rakyat dan kini ditiru pula pihak lain.

Selain itu banyak lagi perkara lain yang Kelantan menjadi perintis perubahan termasuk peraturan papan iklan yang mensyaratkan wanita menutup aurat.

Tulisan di blog Uncle Seekers didakwa aib Sultan Johor..!!


 
Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini, bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Attacks against Guan Eng intensify ahead of GE13

KUALA LUMPUR, July 1 — All eyes are now on the DAP’s Lim Guan Eng as the Penang chief minister struggles to fend off concerted attacks against him ahead of general elections due within a year.
The pro-Barisan Nasional (BN) mainstream media today published lopsided reports of the federal opposition leader’s run-in with members of Perkasa, a right-wing Malay organisation, at the Teluk Bahang market in Penang yesterday.
The reports, which related the incident from the viewpoint of the Perkasa members, appear to indicate a concerted effort by the ruling federal coalition to reclaim Penang, a key economic state under BN control until four years ago.
“The failure by police to immediately arrest Perkasa members involved in violence not just against members of the public and reporters but also make direct threats against my personal safety has only confirmed fears that Perkasa can do no wrong because they are supported by Umno and BN,” Lim said in a media statement today.

Guan Eng Demands Police Action Againts PERKASA For Treatening Safety

KUALA LUMPUR, July 1 — Lim Guan Eng demanded today the authorities act against Malay movement Perkasa for threatening his safety, saying that police inaction would only fuel the perception that they condoned the group’s “violent tactics.”
The Penang chief minister described his run-in with Perkasa members at the Teluk Bahang market in Penang yesterday was another act of “intimidation” by the group when they allegedly threw posters at him.
He also claimed that he had been roughed up by a member of the right-wing Malay non-government organisation (NGO) in the marketplace who had charged at him from the back and would have been injured if a Pakatan Rakyat (PR) supporter nearby did not drag him away to safety.

Mukhriz akui kepentingan politik terjejas kerana Marina..he.he..sabor jerk le..!!


 
Timbalan pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir mengakui bahawa hubungan kakaknya Datuk Marina dengan penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 memberi kesan kepada kepentingan politiknya.

“Seperti mana bapa (Tun) sebut hubungannya dengan gerakan BERSIH sedikit sebanyak beri kesan kepada saya sebagai ahli keluarga yang terlibat politik,” katanya, seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.

Kerajaan Negeri Ambil Tanah Untuk SJK(c) Tchi Min

CHERAS, 01 JULAI: Prihatin dengan keperluan pelajar yang semakin bertambah, Kerajaan Negeri bersetuju mengambil milik tanah bersebelahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tchi Min bagi membolehkan sekolah itu menambah bangunan kelas darjah baru.
Keputusan sebulat suara ini dicapai pada Mesyuarat Exco pada 27 Jun memandangkan sekolah yang berada di Sungai Pelek ini mengalami masalah kekurangan ruang bilik darjah sejak sekian lama.
Exco Kerajaan Negeri, Teresa Kok berkata, proses ini dilakukan mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan Tanah untuk mengambil-milik sebahagian tanah-tanah di sebelah sekolah tersebut.
Pengambilan tanah ini melibatkan lot 99 (0.9981 ekar) dan lot 100 (1.6324 ekar) di Pekan Sungai Pelek untuk kegunaan penambahan bangunan bilik darjah bagi sekolah tersebut.

Hari2 Gelap Peneroka FELDA

Hari ini, sudah ramai peneroka sedar mereka telah di tipu. Kita harap kian ramai akan sedar. Kita tidak boleh lagi percaya kepada kerajaan UMNO-BN. bercakap berdegar pasal tender terbuka, projek LRT Ampang di beri kepada syarikat rakan golf nya, Tan Kay Hock dari George Kent. Orang yang serupa jadi broker dapatkan projek larian rel berkembar Johor Bharu ke Gemas. Ini orang yang bercakap mengenai model ekonomi baru. Ianya model memantaskan rompakan dan samun keatas sumber2 kekayaan negara ini.

Najib Menjadi Sibuk Hari Ini, Kenapa?

Malam ini Ha Najib Razak bersama isteri dan beberapa menteri kabinet menjadi tetamu agung kepada majlis perkahwinan anak seorang korporat terkemuka di Selangor. Turut sama menjadi tetamu ialah beberapa orang sultan termasuk Yang Dipertua Agong, Raja Nazri Shah, Raja Muda Perlis, Sultan Kelantan dan lain-lain.


Najib agak monyok sikit.
Kalau mengikut hukum Najib bukan lagi harus tetapi wajib kena menghadirinya kerana tidak manis majlis dihadiri raja-raja Najib 'pulaukan'. Tetapi entah kenapa, bala apa yang menimpa dan musibah apa yang hendak datang, Najib membatkan kehadirannya di saat-saat akhir. Katanya malam tadi beliau memaklumkan kepada tuan rumah tidak dapat hadir.

Beliau menyerahkan kepada isterinya untuk menjadi pengganti. Dalam kata lain Rosmah memangku kedudukannya sebagai tetamu berstatus perdana menteri majlis itu malam ini. Pembatalan ini satu kemujuran kepada Rosmah kerana sudah pasti dia akan berada di kiri agung dalam majlis itu nanti.

Menteri-menteri lain yang turut menjadi tetamu juga ikut sama mengambil tindakan serupa. Rais Yatim sebaik mendapat tahu Najib membatalkan kehadiran, dia adalah menteri pertama berbuat demikian. Kemudian diikuti oleh Husni Handzalah, Shafei Afdal dan beberapa yang lain. Sehingga catatan ini dipostkan Ismail Sabree Yaacob yang juga diundang masih belum membatalkan notis kehadirannya di majlis berkenaan.

Presiden baharu Mesir ikrar sokong Palestin


MOHAMMED MORSI mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir di Mahkamah Agung Perlembagaan di Kaherah semalam.



KAHERAH - Presiden Mesir, Mohamed Morsi mengumumkan sokongannya kepada Palestin sehingga penduduk wilayah berkenaan "mendapat semula, semua hak mereka".
Dalam ucapan sulungnya sebagai Presiden Mesir di Universiti Kaherah di sini semalam, beliau turut meminta supaya pertumpahan darah di Syria ditamatkan.
"Saya mengumumkan dari sini bahawa Mesir, rakyatnya dan institusi Presiden berdiri teguh bersama bangsa Palestin sehingga mereka mendapat semula semua hak mereka," kata Morsi.
"Kami juga menyokong rakyat Syria. Kami mahu pertumpahan darah di negara berkenaan dihentikan," tambahnya.
Beliau mengulangi bahawa Mesir akan menghormati semua perjanjian antarabangsa yang pernah ditandatanganinya.

Najib Belum Terima Mandat Rakyat Terajui Negara ..!!


Secara tidak rasminya, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh mengatakan rakyat memberikannya mandat selama lima tahun untuk menerajui negara memandangkan beliau bukannya dipilih melalui pilihan raya lalu.

Sebaliknya, selepas BN memenangi pilihan raya umum ke-12, Mac 2008 lalu, Najib dilantik oleh Tun Abdullah Badawi untuk menerajui BN, sekaligus membentuk kerajaan.

"Kalau diikutkan, rakyat beri mandat melalui pilihan raya kepada Abdullah, bukan Najib. Dia tidak boleh berkata demikian, kononnya dia diberi mandat oleh rakyat," tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

GMI: Tutup segera Kem Kamunting

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) menuntut agar kem tahanan di Kamunting, Perak ditutup segera dan dijadikan 'warisan negara'.

Saranan itu dibuat anggota sekretariat GMI, Ahmad Syukri Razab sewaktu upacara memasang lilin memperingati baki 45 tahanan ISA yang ditahan di kem berkenaan di Kamunting, Perak.

"Bebaskan semua 45 tahanan ISA. Kemudian kita minta wartakan kem ISA sebagai 'warisan negara' jadi tugu untuk memperingati hakikat rakyat negara ini pernah dizalimi," laung Ahmad Syukri penuh bersemangat dalam ucapan di perhimpunan itu.

Pelajar Pinjaman Selangor Dapat Biasiswa Jika CGPA 3.75

SHAH ALAM, 30 JUN:  Pelajar yang mendapat pinjaman pelajaran Selangor berpeluang menukar status pinjaman kepada biasiswa sekiranya berjaya mendapat CGPA 3.75 dan ke atas selepas tamat pengajian.
Manakala mereka yang memperoleh CGPA antara 3.5 hingga 3.75 hanya perlu membayar 75 peratus dari nilai pinjaman.
Berita baik ini diumumkan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali pada majlis Penyerahan Dokumen Perjanjian Pinjaman Pelajaran Kerajaan Selangor.
Menurut Halimah, ini bagi menggalakkan pelajar supaya belajar dengan lebih tekun dan memberikan sepenuh perhatian kepada pengajian.

Takut panggil PRU, kemenangan moral buat Pakatan



SHAH ALAM:
'Ketakutan' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sehingga kini masih belum berani untuk mengumumkan pembubaran parlimen adalah satu kemenangan moral kepada Pakatan Rakyat.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, alasan Najib kononnya untuk menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan pilihan raya umum (PRU) ke-13 menggambarkan 'ada sesuatu' yang belum meyakinkan presiden Umno itu.

"Satu daripada kemenangan moral kita ialah bila Umno tak berani nak bubar parlimen.

Peneroka Lui Timur Berdemo.... 33 tahun menunggu lampu jalan..!!


Demo aman di Lui Timur
Peneroka mendakwa selama 33 tahun mereka terpaksa melalui simpang masuk Felda berkenaan dalam keadaan gelap.
 
LUI TIMUR - Berulang kali merayu meminta disediakan lampu jalan serta menyelesaikan isu perparitan di kawasan mereka, namun permintaan mereka belum nampak ada tanda diambil perhatian.

Itu yang dialami penduduk Felda Lui Timur, di sini, yang sebahagian besarnya adalah peneroka Felda yang sudah 33 tahun melalui simpang gelap sehingga menjejaskan keselamatan mereka.

Agak menghairankan kerana hanya simpang masuk ke Felda Lui Timur saja yang masih tidak dilengkapi lampu jalan, sedangkan kawasan lain berjiranan dengan mereka sudah terang berderang di waktu malam.

Selamatkah kita?

Markus Lim

Saban hari ada sahaja kes-kes jenayah yang dilaporkan dalam dada akhbar.  Jelas, kes-kes jenayah yang dilaporkan itu bukanlah jenayah biasa.
Rogol, membunuh, memperkosa, pemerdagangan orang, hamba seks bahkan juga penculikan.
Insiden yang berlaku pula bukan lagi kes terpencil seperti yang dijangka sebaliknya ia menjadi satu gerakan terancang oleh kumpulan penjenayah.
Kesudahan daripada insiden jenayah yang dilaporkan itu kebanyakannya berakhir dengan kematian, paling tidak pun dengan ugutan serta penderitaan yang tidak berkesudahan.
Sememangnya, peningkatan kadar jenayah di negara kita bukan lagi satu rahsia. Walaupun inisiatif Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) melalui NKRA Jenayahnya berjaya mencatatkan sedikit kejayaan, namun kes demi kes jenayah yang dilaporkan dalam media tidak menggambarkan sedemikian dan mencetuskan kegusaran dalam kalangan rakyat.
Ia bukan satu masalah kecil yang harus disapu ke bawah permaidani. Tanyalah kepada mana-mana penduduk di negara ini mengenai prioriti utama dalam hidup mereka, aspek pertama yang terus terlintas dalam fikiran mereka ialah mengenai keselamatan diri, isteri dan anak-anaknya.

Mongolian working team to retrace Altantuya's murder

PKR rep: I was offered RM5mil to defect to BN

Fitnah UMNO BN Makan Diri, PAS Terus Diterima Masyarakat Bukan Islam



Sudah hampir 5 tahun slogan PAS Untuk Semua (PAS For All) dilancarkan dan kehadiran slogan yang dikira agak keramat ini, bukan sahaja telah berjaya menenggelamkan usaha pihak UMNO BN menakut-nakut kaum bukan Islam terhadap PAS, malah sambutan bukan Islam terhadap PAS semakin hari semakin nyata.

Hukum kebenaran & keadilan menetapkan yang dengki dan khianat akan kembali kepada yang berdengki dan yang mengkhianat itu sendiri. Lagi dihentam lagi difitnah PAS ini oleh UMNO BN, lagi ramai yang menyokong PAS. Dan lebih ramai menjauhkan diri dari UMNO BN.

Isu lompat parti: Umno nafi dakwaan Azan...ha..ha..UMNO 2X5...!!!


 Datuk Seri Adnan Yaakob CAMERON HIGHLANDS - Kepimpinan Umno negeri Pahang menolak dakwaan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari PKR berkaitan tawaran lumayan yang diterima beliau untuk lompat parti.

Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, dakwaan terbabit tiada kena mengena dengan barisan kepimpinan Umno negeri yang mahukan Azan melompat parti.

“Demi ALLAH, demi Rasulullah, saya selaku Pengerusi Perhubungan Umno negeri tidak pernah menawarkan kepada beliau (Azan) berjuta-juta ringgit untuk melompat parti.

Salahuddin bukan calon MB Johor...fokus tumbangkan BN dahulu..!!


Salahuddin bukan calon MB Johor
Nik Aziz ketika menyempurnakan penyerahan Salahuddin kepada pimpinan Pas Johor, kelmarin.
 
MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengesahkan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang dikatakan akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), bukan calon Menteri Besar.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, Pas belum lagi mencalonkan mana-mana pemimpin daripada parti itu untuk jawatan tersebut, sebaliknya lebih menumpukan gerak kerja untuk merampas negeri itu daripada Barisan Nasional (BN).

“Kita belum calon sesiapa untuk menjadi Menteri Besar. Kita hendak menang dahulu,” katanya menjawab spekulasi Salahuddin sebagai bakal calon Menteri Besar jika Pakatan Rakyat (PR) menguasai negeri itu pada PRU13.
Salahuddin yang lahir di Kampung Serkat, Tanjung Piai, Pontian, berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian pada PRU12 dan mengekalkan kerusi Naib Presiden Pas pada pemilihan parti itu pada Jun tahun lalu.

Anak Muda Terengganu Sudah Bersedia Bersama PAS Mara ke Putrajaya

MARANG – Anak-anak muda Terengganu menjawab dengan jelas dan tegas, mereka telah bersedia untuk menjatuhkan kerajaan Umno dan Barisan Nasional secara demokratik pada pilihanraya umum yang ke-13 akan datang.

Mereka yang menyertai sesi ‘Xpresi Hijau Menuju Putrajaya’ berkata demikian ketika ditanya oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan.

“Justeru itu, saya nak tanya pada hari ini, tak kiralah anak muda lelaki ataupun anak muda muslimah, saya nak tanya pada hari ini…..