Sabtu, 30 Jun 2012

Mat Sabu: Kalau Pilihanraya Akan Datang Tak Tipu, Putrajaya Kita Punya

Elok Tok Guru, Anwar, Khalid selalu disiasat

Oleh Haji Subky Abdul Latif
Rata-rata desakan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat atas duit yang dikaitkan dengannya sejumlah RM3 bilion sejak di zaman berada  dalam Umno dulu.
Demikian juga Timbalan Menteri Dr Awang Adek mahu Menteri Besar Tok Guru Nik Aziz atau kerajaan Kelantan disiasat atas urusan pengeluaran dinar di negeri itu.

'Demi Islam, saya tidak takut digam TV'

KUALA KEDAH: "Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah.
Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen ... tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya."


Demikian luahan Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali Abby Abadi, pelakon yang terkenal dengan watak Inspektor Aliza, yang menyampaikan perkongsian pengalaman penghijrahannya dekat sini dalam majlis anjuran Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah, 26 Jun lalu.
Mendengar penuh tekun ceritanya selain masyarakat setempat yang memenuhi pekarangan Pasar Besar ialah Adun Kubang Rotan, Nasir Mustafa, Ketua Penerangan Kuala Kedah, Ustaz Ridwan Abu Bakar dan Ketua Pemuda Kawasan, Azizi Abdullah.

Program santai Ketua Menteri Pulau Pinang dicemari insiden kekecohan oleh puak PERKASA..!!!

GEORGE TOWN, 30 Jun – Program santai Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama penduduk di Teluk Bahang, dekat sini hari ini dicemari dengan insiden kekecohan melibatkan pengiring pemimpin itu dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).
Dalam kejadian pukul 10.15 pagi itu, kekecohan mula tercetus apabila Perkasa yang secara kebetulan mengadakan perhimpunan aman di pekarangan pasar Teluk Bahang bertembung dengan rombongan Lim yang turut mengadakan lawatan di kawasan tersebut.
Jurucakap polis berkata pada perhimpunan yang dihadiri lebih 50 orang termasuk penduduk di kawasan berkenaan, peserta perhimpunan itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran ketua menteri.
“Berdasarkan laporan yang diterima, seorang lelaki yang merupakan anggota Perkasa mendakwa tangannya dikilas daripada belakang dan dipukul salah seorang pengiring ketua menteri ketika dia mendekati rombongan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata adegan tolak-menolak dan pergelutan antara kedua-dua kumpulan itu berlangsung beberapa minit namun berjaya disuraikan anggota polis yang bertugas.

Wahid cabar Ahmad Said debat isu Terengganu


MARANG: Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mencadangkan pihak akhbar Sinar Harian menganjurkan debat antara beliau dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.
Katanya, debat tersebut berkisar kepada isu yang berlaku di negeri ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu menyatakan demikian pada Perhimpunan Hijau Ke Putrajaya peringkat negeri di sini, hari ini.

Kira-kira 10,000 orang hadir pada majlis yang dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali di samping kepimpinan PAS negeri.

Al Jazeera's sherine Tadros with the latest update from Egypt.

Lihat muda mudi belake bersama ustaz Azhar Idrus

Punoh Umno lagu ni weh !!

Mude mudi belake yang hadir...

Gitulah aura UAI bersama Bob Lokman & Hairee di pentas..

Lihatla gelagat orang muda di Bukit Payong dengan berbagai aksi kemera ditangan.

Ku lihat hijau belake.....

Syabas moga berkuburlah Umno/BN di sana.














 



Jawapan Tun kepada Kay Jay

Hishamuddin Rais

 Kepada yang berkenaan,
Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Yayasan Tun Perdana telah menerima sepucuk surat dari seorang manusia yang tidak jelas jantan betinanya tetapi telah mengakui dirinya sebagai Kay Jay. Adalah diberitahu bahawa surat tersebut telah difailkan dalam Pejabat Yayasan. Adalah juga diberitahu isi kandungan telah difahami. Maka surat di bawah ini adalah jawapan rasmi dari Yang Teramat Mulia Pekuda Tun.

Kay Jay,
Sebelum beta... ops... kami meneruskan surat ini adalah dinasihatkan supaya kamu menyediakan kertas tisu atau sapu tangan. Kami sedar bahawa ketika kamu membaca surat ini hingus kamu akan meleleh. Kami tidak mahu surat suci kami ini akan dinajiskan dengan hingus cair kamu.

Mat Sabu: Kerajaan Mengajar Rakyat Jadi Bodoh, Inilah Dia UMNO!

Pelancaran Pakat Pangkah PAS Boh Ketua DPPM Ustaz Nasaruddin PGU04

Perasmian PGU04 & Himpunan Hijau Terengganu oleh Presiden PAS

MB bentang kajian pengundi baru S'gor Julai ini

Today in History for June 30th

The doctor decides …?

The doctor knows that the longer the polls is delayed, the worst it will be for BN.

Three days ago, a reporter friend forwarded a text message to this columnist which says that the doctor has taken over Umno and right now the grassroots reports are being forwarded to him.
But the big news is that the doctor is planning to have the polls held in September. This is because it seems that the doctor has got tired of Prime Minister Najib Tun Razak’s feet-dragging and lack of confidence.
Therefore he now enters the fray in order to have things up and running according to his way.
Whether there is any truth or not in the text message is one thing but looking at it logically, it could be true.
Najib has been dragging on the polls date for far too long after initiating it as a guessing game about two years ago.

Wanita Pertama, giliran Sinar Harian pula perli Rosmah ..!!!

SEBELUM ini kita dah lihat bagaimana Utusan Malaysia yang barangkali sudah tertekan akibat banyak kali kalah saman fitnah di mahkamah memerli Najib Razak dan suaminya, rujuk sini [Utusan perli Najib].

Kali ini giliran Sinar Harian pula yang dilihat secara tidak langsung melaporkan berita yang bakal membuatkan suami Najib, si Rosmah Mansor tak senang duduk [Sinar].



Anda lihat sendiri bagaimana isteri kepada Presiden baru Mesir, Naglaa Ali Mahmoud enggan digelar sebagai "Wanita pertama Mesir" sebaliknya lebih suka digelar Ummu Ahmed (ibu Ahmed).

Hentikan keganasan dan konflik


BANGKOK – Tindakan keganasan terhadap penduduk etnik Rohingya yang tinggal di kawasan Barat Daya Myanmar terus meningkat sejak awal bulan lalu.

keganasan di myanmar“Pertemuan ini bertujuan menyeru Kerajaan Myanmar menghentikan kekerasan dan konflik etnik di Barat Daya Myanmar secepat mungkin,” kata Eksekutif International Concern Group for Rohingyas (ICGR), Muhammad Adli Abdullah dalam pertemuan ICGR selama dua hari di Bangkok, Thailand, sekali gus mengajak dunia antarabangsa mengancam Kerajaan Junta Tentera agar menamatkan konflik etnik di negara itu.
Beliau berkata, pihak antarabangsa perlu segera menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan, air bersih dan keperluan lainnya kepada mangsa-mangsa keganasan di Myanmar.
“Ribuan rakyat sangat memerlukan bantuan kecemasan, di samping penyelesaian politik dan keperluan hak-hak asasi manusia serta pengakuan kependuduknegaraan bagi etnik Rohingya selaras  dengan Deklarasi Umum hak asasi manusia.

Mesir : Saya bukan ‘First Lady’ - Najla


najla mahmudKAHERAH - Isteri Presiden Mesir Mohamed Mursi, Najla Mahmud, menolak gelaran 'Wanita Pertama' atau 'First Lady' sebaliknya lebih suka disebut ‘pelayan’ atau pembantu wanita Mesir.

“Islam tidak pernah membezakan antara satu wanita dengan wanita lainnya.Kami adalah orang Mesir dan kami harus bersatu untuk bangsa ini,” ujarnya  menurut laporan laman rasmi Ikhwanul Muslimin.
Beliau lebih suka dipanggil Umi Ahmed atau Ibu Ahmed (merujuk kepada anak tertuanya Ahmed) atau Hajjah, sebagai panggilan bagi wanita yang telah melakukan ibadah haji di Makkah.
“Tetapi jika saya harus memakai status ketika ini, biarkan saya menggunakan ‘pelayan pertama’ Mesir,” kata Najla.

Media baru berjaya gagalkan propaganda RTM


BANDAR JENGKA: Rakyat negara ini sekarang bernasib baik dengan kemunculan media alternatif internet kerana berjaya menggagalkan propaganda Umno BN melalui televisyen seperti mahu dilakukan kepada perhimpunan Bersih 3.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pada satu ketika propaganda peristiwa Memali yang membabitkan pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya dan 18 yang lain telah menyebabkan PAS kalah teruk dalam pilihan raya umum (PRU).

(Gambar: Mohamad merasmikan Pejabat PAS Kuala Krau disaksikan Tuan Ibrahim.)

“Bila berlaku Bersih 3 dibuat modus operandi seperti mereka propagandakan tragedi Memali. Kita tahu masa itu Menteri Penerangan Rais Yatim, dia perguna RTM untuk beritahu Ibrahim Libya menganut ajaran sesat, kebal dan sebagainya.

MB Selangor, dulu Umno,.. kata DrM


Al kisah dalam satu sidang media (video) , maka berkatalah ahli Nujum Tok Belalang@TunMahathir,  bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim dulu adalah ahli Umno. Beliau masuk PKR bukan kerana percaya kepada perjuangan parti itu, tetapi kerana  kecewa dengan  Umno,,….katanya.

Begitulah liciknya mulut professor serba tahu Tun Mahathir !!  Kah!  kah!  kah!!!.  Yang Madey sibuk sangat pasal MB Selangor tu mengapa? Suka hati dialah nak masuk PAS  ke atau PKR !!  Lain hulu lain parang,  lain dahulu lain sekarang !  Orang cerdik memang mampu untuk berubah kearah yang lebih baik,  bukan macam kebanyakan pemimpin Umno, termasuk Tun Mahathir!

Rakyat beri mandat kepada Abdullah, bukan Najib


KUALA LUMPUR: Secara tidak rasminya, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh mengatakan rakyat memberikannya mandat selama lima tahun untuk menerajui negara memandangkan beliau bukannya dipilih melalui pilihan raya lalu.

Sebaliknya, selepas BN memenangi pilihan raya umum ke-12, Mac 2008 lalu, Najib dilantik oleh Tun Abdullah Badawi untuk menerajui BN, sekaligus membentuk kerajaan.

"Kalau diikutkan, rakyat beri mandat melalui pilihan raya kepada Abdullah, bukan Najib. Dia tidak boleh berkata demikian, kononnya dia diberi mandat oleh rakyat," tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang berhasrat untuk menunggu tempoh lima tahun sebelum memanggil pilihan raya umum bagi membolehkan beliau meneruskan mandat yang diberikan rakyat.

Menelanjang Atau Ditelanjang.

"Era 80an dan era 90an begitu mudah UMNO BN menelanjang musuh-musush politik mereka dengan menggunakan dua media utama iaitu surat khabar dan television. Memasuki era millinium, UMNO BN masih lagi gah dengan dua senjata utama mereka itu.

Tetapi bermula 2009 sehingga kini, surat khabar kini lebih sinonim dengan lori membeli barangan lusuh yang sering memutar pita rakaman dengan ayat “SURAT KHABAR LAMA” dan juga “PETI TV LAMA”.
Era  UMNO BN menelanjangkan musuh politik mereka telah tamat kerana setiap kali mereka mencuba untuk menelanjangkan musuh politik mereka, mereka yang di TELANJANGKAN.
Percubaan UMNO BN untuk MENELANJANGKAN himpunan bersih 3.0 sebagai ganas, DITELANJANGKAN dengan ribuan foto dan juga video dilaman YOUTUBE yang memperlihatkan betapa polis lah yang mengganas dengan memukul para peserta yang bersenjatakan air mineral dan garam yang kononnya merupakan senjata utama untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia mengikut Menteri Nazri Aziz bapa anak samseng.

Artis masuk PAS ! Aneh bunyinya?

Artis masuk PAS! Aneh bunyinya. Tapi itu 20 tahun dulu. Ketika para artis melihat parti Islam itu dengan mata serong. Bahkan untuk mendampingi aktivis PAS juga artis terasa takut, mereka khuatir ada mata yang memerhatikan untuk menutup periuk nasi.


Ketika PAS Kelantan berjaya merampas Negeri Serambi Mekah dari tangan UMNO/BN pada 23 Oktober 1990, kejayaan itu juga tanpa sumbangan artis. Tiada seorang pun bergelar artis atau selebriti tampil di pentas PAS membantu kempen ketika itu. Hanya awal 2000 muncul seorang penyanyi tahun 80an menyertai PAS iaitu Akay Hai. Artis yang bergelar ustaz ini tampil di atas pentas PAS dengan persembahan yang sedikit berbeza iaitu berceramah sambil mendendangkan lagu, justeru beliau cepat popular terutama dikalangan anak-anak muda, sehingga penganjur mengelar program beliau sebagai “konsert hiburan alternatif”.

Thamrin Tun Ghafar diugut oleh pemimpin UMNO



PULAI: Keputusan Dato' Thamrin Tun Ghafar Baba untuk berceramah di pentas Pakatan Rakyat mengundang resah dikalangan pemimpin dan ahli-ahli UMNO sehingga menyebabkan beliau ditelefon oleh individu yang tidak dikenali. individu tersebut telah mengugut beliau agar menghentikan segala bentuk ceramah di pentas Pakatan Rakyat.

GE-13: Najib out-flip flops Badawi: Admit it, BN has no confidence

Confirmed!
GE-13: Najib out-flip flops Badawi: Admit it, BN has no confidence - Kit SiangPrime Minister Datuk Seri Najib Razak has out-flip flopped his predecessor Tun Abdullah Badawi.
The window for July for the 13th General Election has closed as Najib’s earlier plans for June or July to get his own mandate as the sixth Prime Minister of Malaysia has been completely scuttled by the disastrous government misjudgment and mishandling of the Bersih 3.0 rally on April 28.
In fact, public alienation over the government’s misjudgment and mishandling of the Bersih 3.0 had intensified and aggravated over time with the series of irresponsible and insensitive developments post-Bersih 3.0, including:

‘MGR’ sambut Anwar di Sungai Patani


Anwar bersama penari ala ‘MGR’ di atas pentas di Sungai Petani malam tadi.
Anwar bersama penari ala ‘MGR’ di atas pentas di Sungai Petani malam tadi.
 
SUNGAI PETANI - Pelbagai kejutan dilakukan ketika menyambut ketibaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ke sini malam tadi.
Sebaik tiba, penari yang meniru gaya bintang popular dan bekas Ketua Menteri Tamil Nadhu, mendiang M G Ramachandran (MGR) menari dengan gaya dan lenggok ala selebriti itu.
Anwar secara spontan dilihat terus menggoyangkan badan mengikut alunan muzik, sama seperti penari yang meniru gaya dan perwatakan MGR.
Beliau kemudian terus diiringi ke pentas utama mengikut langkah tarian itu sehingga muzik itu  berakhir.
Tiga wanita yang mewakili kaum ibu dari bangsa Melayu, Cina dan India kemudian diberi penghormatan menyatakan sokongan kepada Anwar dengan memakaikannya kalungan bunga.
Bagaimanapun, sebaik sahaja Anwar memulakan ucapan di pentas utama, kedengaran bunyi mercun yang dilepaskan bertubi-tubi ke udara, menimbulkan suasana riuh dan bising.

Tok Guru Ku Sayang

Anwar Ibrahim: Perjalanan, Journey, 厉程

Wacana Perdana Siri 11 - Part 2

Wacana Perdana Siri 11 - Part 1

Kerajaan BN Berhutang Dengan KWSP (RM144.5 Bilion)?


"Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)? Lepas Ini, Pengeluaran Wang KWSP (Total) Umur 60 Tahun?

Sekarang ini, pekerja swasta masih boleh membuat pengeluaran wang KWSP di akaun 2 ketika menginjak ke usia 50 tahun. Tetapi untukpengeluaran wang KWSP melibatkan pengeluaran keseluruhan (secara total) kalangan anda semua mesti tunggu sehingga 60 tahun. Apa sebenarnya tujuan dan matlamat KWSP sebenarnya?

Pengeluaran Caruman KWSP Kerajaan Berhutang KWSP (RM144.5 Bilion)? Lepas Ini, Pengeluaran Wang KWSP (Total) Umur 60 Tahun?

Seperti yang diketahui anda di sini, KWSP ini merupakan sebuah institusi yang menjadi platform kalangan kakitangan kerajaan mahupun swasta ini membuat simpanan di hari tua bukannya simpanan sehingga mati!! 2 situasi dan perkara yang berbeza di situ.

SUHAKAM: Siasatan Awam terhadap BERSIH 3.0 mulai 5 Julai

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkembangan terkini Siasatan Awam yang dicadangkan dalam insiden semasa dan selepas perhimpunan awam 28 April 2012.  Suruhanjaya telah memutuskan bahawa Siasatan Awam tersebut diadakan bermula pada 5 Julai 2012.

Sehingga 21 Jun 2012, Suruhanjaya telah selesai menjalankan semakan ke atas penghujahan awam yang telah diterima daripada orang ramai dalam bentuk dokumen, kenyataan dan rakaman video dan telah mengenal pasti saksi-saksi.  Suruhanjaya sedang menunggu maklumbalas dari pihak Polis atas permohonannya, dan peringatan seterusnya telah dikemukakan berhubung tujuan untuk menemubual Personel Polis yang bertugas semasa perhimpunan awam 28 April.

Roboh Plaza BB, kenapa membisu? hallo Perkasa dan UMNO dah berkubur ke..!!!!

Sikap membisu dua NGO peniaga Melayu dipersoal berikutan cadangan perobohan Plaza Bukit Bintang yang akan menjejaskan agenda ekonomi Bumiputera.
PETALING JAYA: Pertubuhan Warga Aman, sebuah NGO mewakili masyarakat India hari ini mempersoal kenapa dua NGO peniaga Melayu membisu berikutan rancangan kerajaan untuk merobohkan Plaza Bukit Bintang untuk memberi laluan kepada pembinaan setesen MRT Sungai Buloh-Kajang.
Dua NGO peniaga Melayu yang dipersoalkan itu ialah Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) dan Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL).
“Kenapa IKHLAS membisu dan berdiam diri? Kononnya selama ini IKHLAS memperjuangkan hak, serta membela nasib dan masa depan peniaga terutamanya peniaga Bumiputera.

Presiden Mesir Mohammed angkat sumpah hari ini


mesir
Presiden Mesir, Mohammed Morsi (kanan) yang baru dipilih menyampaikan ucapan sulung beliau di Dataran Tahrir, Kaherah semalam. Beliau dijadual mengangkat sumpah hari ini. - Foto
 
KAHERAH - Mohammed Morsi,  Presiden Mesir yang baru dipilih, menyampaikan ucapan sulung di Dataran Tahrir di sini semalam sambil menyifatkan rakyat merupakan sumber kepada autoriti beliau selaku pemimpin pertama dipilih secara demokratik.
Katanya, revolusi, yang menyaksikan kejatuhan kepimpinan Presiden Hosni Mubarak awal tahun lalu, harus diteruskan sehingga kesemua matlamat dicapai.
"Seluruh negara mendengar saya," kata beliau. Mohammed akan mengangkat sumpah hari ini.
Mohammed menegaskan, "saya berjanji saya tidak akan menyerahkan sebarang kuasa yang telah diberikan kepada presiden" - kata-kata yang dilihat merujuk secara langsung kepada Majlis Agung Angkatan Tentera (Scaf) yang dua minggu lalu mengehadkan kuasa presiden.
Mahkamah pula telah menggantung Parlimen, beberapa hari sebelum keputusan pemilihan presiden diumumkan.

CM fears for safety after Perkasa ‘brush’.....!!! Police..???

Lim Guan Eng has a rude shock when a youth brushes against him from behind.
Teluk Bahang: Enjoying a Saturday morning stroll in Teluk Bahang, Chief Minister Lim Guan Eng had rude a shock when a Perkasa member suddenly appeared from behind and brushed his left shoulder and arm.
Some local village security and development committee (JKKK) members managed to push away the youth and escorted the chief minister to his car.
Though Lim was uninjured, he was stunned by the incident.
Lim arrived at the Teluk Bahang wet market complex at 8am for a walkabout and dialogue session with constituents.
It was part of his one day “Meet the People in Balik Pulau Parliamentary Constituency” between 8am and 3pm.

‘Where is our houses, BN?’

Residents in Taman Permata, Dengkil, wants the federal government to fulfill their end of the agreement by building 400 terrace houses.
PETALING JAYA: A total of 400 families, currently living in Taman Permata, Dengkil, want the federal government to keep its promise of building terrace houses for them.
“When is Barisan Nasional going to build the houses for us? We have been dumped by MIC and BN for the past 14 years.
“The ball is now in BN’s court to fulfill their word,” said residents committee member G Ramadas.
The 400 families were formerly estate workers in the area that was developed into the federal administrative capital of Putrajaya.
They were forced to move out in 1998 to Dengkil.

Pas cabar buat kenyataan undi UMNO dapat pahala

Pas cabar buat kenyataan undi UMNO dapat pahalaKOTA BHARU- Pas mencabar UMNO membuat kenyataan mengundi parti itu atau Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan dikira sebagai amal soleh dan mendapat pahala sama seperti yang dinyatakan Pas kepada penyokongnya.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, jika UMNO percaya perjuangannya selari dengan apa yang dikehendaki Islam, maka tidak ada salahnya untuk parti itu membuat dakwaan seperti Pas.
Katanya, ini kerana segala amalan yang dilakukan manusia di dunia ini berkait dengan soal dosa dan pahala.
Menurut beliau, tohmahan terhadap kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini yang menyebut 'undi Pas dapat pahala' sebagai ajaran songsang adalah kerana UMNO kurang dalam ilmu agama.
"Kami tidak akan marah jika UMNO juga mahu mengatakan mengundi parti itu akan dapat pahala, jika yakin perjuangan mereka berlandaskan Islam, maka beritahulah begitu kepada rakyat.

Dewan Filharmonik Petronas ditutup?

Dewan Filharmonik Petronas ditutup?Kemasukan bekas KSU Sidek Hassan ke menara berkembar KLCC sebagai pengerusi baru Petronas yang menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak telah mencatat kelukaan pertama buat warga Petronas mereka ialah di unit persembahan Petronas bila mana syarikat gergasi minyak yang enggan bayar royalti kepada Kelantan itu telah menutup unit persembahan berusia lebih 20 tahun itu.
Ekoran penutupan itu menyebabkan 80 orang kakitangan semuanya Melayu yang berkhdimat sebagai penyubur kebudayaan negara di Petronas dengan mengadakan persembahan kebudayaan di luar negara dan sebagainya hilang mata pencarian. Walaupun mereka dibayar pampasan tetapi tindakan menutup "dewan kebudayaan" itu sesuatu yang melukakan.

Najib tak menafikan Konsortium George Kent dianugerahkan kontrak LRT Ampang

Najib tak menafikan Konsortium George Kent dianugerahkan kontrak LRT AmpangSaya mengalu-alukan kenyataan pendek Dato’ Seri Najib Tun Razak semalam berhubung skandal anugerah kontrak LRT Ampang, walaupun kenyataan itu lebih banyak menimbulkan persoalan baru.
Tindakan Dato’ Seri Najib Tun Razak hanya menyebut bahawa “tiada yang salah dalam proses anugerah itu” tidak menafikan bahawa Konsortium George Kent telah dianugerahkan tender tersebut seperti yang didedahkan oleh KEADILAN. Ini mengukuhkan spekulasi bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak berkeras untuk melanggar keputusan penilaian pembidaan yang berpihak kepada pembida lain.
Oleh itu, saya sekali lagi mengulangi desakan bahawa Dato’ Seri Najib Tun Razak wajarlah menyatakan secara terbuka sama ada kontrak itu telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent kerana itu bakal menjawab pelbagai persoalan mengenai campur tangan beliau di dalam proses pemilihan kontraktor.

Hairie: ‘Saya pilih Pas kerana perjuangan sandarkan al-Quran, Sunnah’


Hairie: ‘Saya pilih Pas kerana perjuangan sandarkan al-Quran, Sunnah’
Hairie (tiga, kiri) menyerahkan borang menyertai Pas kepada Nik Aziz (tiga, kanan).
JOHOR BAHRU – Perjuangan Pas yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah adalah faktor utama yang mendorong hero filem Leftenan Adnan, Hairie Othman, 41, mengambil keputusan untuk menyertai parti itu.

Walaupun mengakui tindakan yang diambil itu berisiko dengan kemungkinan berhadapan ketandusan tawaran berlakon pada masa akan datang, Hairie redha dan menganggap keputusan itu tepat.

“Apabila saya memilih untuk bersama Pas, ramai rakan artis bertanya kenapa saya mengambil keputusan ini kerana mereka menganggap saya tidak akan mendapat tawaran berlakon lagi.

“Mereka tanya apa yang saya mahu buat selepas ini. Saya beritahu mereka saya akan keluar berceramah dan saya yakin rezeki ALLAH ada di mana-mana. Saya percaya dan yakin dengan perjuangan berlandaskan Islam adalah benar," katanya yang mengakui keputusan tersebut bukan atas paksaan mana-mana pihak.

SPRM Digesa Siasat Dakwaan Tawaran RM5 juta Lompat Parti

SHAH ALAM 30 JUN : Pemuda PAS mengesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail bahawa beliau pernah ditawarkan RM5 juta untuk lompat ke BN pada tahun 2010.
Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor berkata, rasuah membeli Ahli Parlimen adalah permainan politik paling jijik yang dilakukan oleh golongan yang terdesak untuk mendapat kuasa dengan cara yang tidak bermaruah.

'Kenapa tempat niaga Melayu dikambing hitam?'..sebab UMNO dulu kini dan selamanya perbodohkan Melayu..!!!!

Hasrat kerajaan merobohkan bangunan Bukit Bintang Plaza (BB Plaza) bagi memberi laluan kepada projek keretapi MRT amat dikesali kerana ia akan menjejaskan orang Melayu yang menguasai 60 peratus perniagaan di tempat itu.

Menurut Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), perobohan BB Plaza juga tidak patut dibuat kerana aset UDA Holding - yang ditubuhkan bagi membantu usahawan Bumiputera - itu berada di tempat strategik dan menjadi tumpuan pelancong.

"DPPWP melihat dengan perobohan bangunan BB Plaza ini, bagaikan menabur pasir ke dalam periuk nasi para peniaga Melayu/Bumiputera di sini.

Usah heret kepentingan keluarga, Nik Aziz nasihat Dr M



Nik Aziz kecam Harussani SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang menyentuh peranan anak perempuannya Datin Paduka Marina Mahathir dalam Bersih, tidak sewajarnya mengheret kepentingan keluarga dalam membincangkan soal negara.
"Saya kira seorang negarawan tidak akan mengheret kepentingan keluarga dalam membincangkan soal negara," kata beliau dalam laman sosial Facebook hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, Bersih melibatkan kepentingan rakyat, "bukan soal Datuk Mukhriz (Mahathir)."
"Tun Mahathir yang lebih 'abang' dari saya sewajarnya sedar hakikat ini.
"Kita tidak bersetuju biar dengan hujah, bukan kerana kepentingan masa depan politik 'si anak'," kata beliau lagi.

BERSIH: Siasatan awam Suhakam bermula 5 Julai

Siasatan awam berhubung insiden kekerasan oleh pihak berkuasa semasa perhimpunan BERSIH April lalu oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan bermula pada 5 Julai depan.

Setiausahanya Rodziah Abdul berkata, sehingga 21 Jun, Suhakam selesai menyemak penghujahan awam berbentuk dokumen, kenyataan dan rakaman video dan telah mengenal pasti saksi.

"Suruhanjaya sedang menunggu maklumbalas dari pihak polis atas permohonannya, dan peringatan seterusnya telah dikemukakan berhubung tujuan untuk menemubual personel polis yang bertugas semasa perhimpunan awam 28 April," kata Rodziah.

Tahniah Abby, Kini Semangat Abby Bertambah Kental!!


 Tahniah Abby, kini Abby Abadi mula bersemangat kental, ciri-ciri yang perlu ada bagi wanita Islam.
“Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah.
Sekiranya saya tidak dibenarkan lagi keluar di televisyen … tak apalah, sebab saya sayangkan agama saya.”
Itulah kata-kata Abby semasa berkongsi pengalaman penghijrahannya di pentas Pas anjuran Dewan Pemuda PAS Kuala Kedah, 26 Jun lalu. Penghijrahannya membuka lembaran baru buat dirinya.
“Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan.
“PAS yang banyak menjemput saya, untuk berkongsi pengalaman sekaligus dapat memberikan sedikit kesedaran kepada di luar sana khususnya artis betapa pentingnya mendekatkan diri kepada agama Allah,”
“Saya seronok berkongsi cerita supaya apabila ada wanita lain melalui peristiwa seperti saya (berhijrah) mereka akan sama-sama mendapat kekuatan melalui perkongsian pengalaman ini,” kata Abby lagi.

PRU 13 ; Simbol parti dilarang di tempat mengundi

Peraturan itu amat penting untuk dipatuhi oleh semua pihak termasuk pengundi, lebih-lebih lagi pegawai atau kakitangan yang bertugas semasa pilihan raya.
MIRI: Baju atau payung yang memaparkan simbol atau lambang parti politik dilarang sama sekali dipakai sesiapa sahaja yang hendak memasuki tempat mengundi bagi mengelak ketegangan dan kejadian tidak diingini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.
Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dato Mohd Ramji Ali berkata, peraturan itu amat penting untuk dipatuhi oleh semua pihak termasuk pengundi, lebih-lebih lagi pegawai atau kakitangan yang bertugas semasa pilihan raya yang sepatutnya menjadi petugas bebas.
“Kita tidak akan menyekat dari segi penggunaan pakaian asalkan kemas termasuk warna baju yang dipakai oleh pengundi apabila memasuki tempat mengundi tetapi baju mereka, pakaian dan barangan lain yang mereka gunakan seperti payung tidak dibenarkan mempunyai sebarang simbol parti politik,” katanya.

Hanging Ambiga: Umno has DEEPLY hurt the feelings of the Indians

Hanging Ambiga: Umno has DEEPLY hurt the feelings of the Indians
Some UMNO leaders can never learn from history. Over 50 years holding on to power has made them arrogant.  It is always threats and racial tinges that have made them survive thus far. But the equation has now changed in Malaysian politics. UMNO is no more seen as a political entity that is likely to survive in the next general election.
Threats and racial overtones have now even climaxed to uncouth statements demanding for a person’s life.  An UMNO MP’s suggestion that Ambiga is a traitor and should be hanged is too much for the Indian community in the country to swallow.
Ambiga exploded many myths
Ambiga Sreenevasan, the co-chairman of Bersih 3.0 − a coalition of NGOs (non-governmental organisations) which seeks to reform the current electoral system in Malaysia to ensure free, clean and fair elections − has proven to UMNO that the Bersih rallies in the past had seen people of different ethnic and religious backgrounds working in unison as Malaysians.

MB: Kajian pengundi baru Selangor ke SPR bulan depan


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan membentangkan kajian berhubung senarai 500,000 pengundi baru di semua Dewan Undangan Negeri (Dun) di Selangor kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Julai ini.
Katanya, laporan lengkap kajian itu yang akan diperoleh minggu depan adalah bagi mengenal pasti senarai pengundi baru yang didaftarkan sejak 2008 termasuk meneliti wujudnya pengundi dan alamat seperti yang disenaraikan SPR.
Beliau berkata, kajian terhadap senarai pengundi baru berkenaan dijalankan di semua 56 Dun di Selangor yang menyaksikan pertambahan pengundi antara 3,000 dan 21,000 orang bagi setiap kerusi Dun.

Scorpene: Keenganan Najib ke Perancis timbulkan prejudis

KULIM 30 Jun: Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjadi saksi dalam kes Scorpene di Mahkamah Perancis menimbulkan prejudis di kalangan rakyat, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Anwar, Najib sepatutnya mempunyai keberanian untuk hadir pada perbicaraan itu bagi membersihkan namanya sejak didakwa terlibat dengan skandal berkenaan.
“Keengganan beliau hadir bukan saja menimbulkan prejudis dan prasangka di kalangan rakyat, sebaliknya dunia juga sedang melihat setakat mana keberanian  dan kebenaran yang cuba ditegakkan oleh beliau,

Rafizi: Jawapan PM isu LRT kukuhkan spekulasi

Jawapan perdana menteri bahawa projek sambungan LRT Ampang mengikut peraturan, tanpa menafikan pemberian tender kepada Konsortium George Kent, mengukuhkan spekulasi beliau melanggar keputusan penilaian bidaan, kata PKR.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, kenyataan Datuk Seri Najib Razak itu mengesahkan kontrak itu telah dianugerahkan kepada konsortium itu seperti disyaki banyak pihak.
"Oleh itu, saya sekali lagi mengulangi desakan bahawa Najib wajarlah menyatakan secara terbuka sama ada kontrak itu telah pun dianugerahkan kepada Konsortium George Kent, kerana itu bakal menjawab pelbagai persoalan mengenai campur tangan beliau dalam proses pemilihan kontraktor," katanya.

ADUN Umno cadang Johor laksana hukum hudud "sebenar"...!!!! Ia membabitkan semua kaum....!!!

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Johor mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Ayub berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" -- yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.

Perbezaan paling ketara, kata Ayub, hukum hudud sebenar meliputi semua kaum dalam sesuatu negara berbanding hudud PAS yang hanya tertakluk kepada orang Islam.

PRU 13: Bagus umpan politik tapi Najib tak yakin

KUALA LUMPUR: Biarpun bersetuju dengan hasrat Perdana Menteri untuk menunggu mandat lima tahun sebelum mengadakan pilihan raya umum (PRU), PAS tetap menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mempunyai keyakinan untuk membubarkan parlimen.

Tiada 'feel good factor' bagi parti Melayu terbesar itu dikatakan antara sebab mengapa Presiden Umno itu tidak mengadakan pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata biarpun kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk rakyat yang disifatkan sebagai umpan politik, ia tidak mampu menarik sokongan rakyat terhadap BN.

Murshid: Haram panggil PRU13 musim haji


Menjelang PRU 13 SHAH ALAM - Multaqa Asatizah dan Du’at (Murshid), kumpulan pendakwah dan asatizah, mengambil ketetapan bahawa adalah haram jika kerajaan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada musim haji.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, sekretariat sekumpulan 20 pendakwah berkata, jika PRU13 diadakan pada musim haji, ia merupakan satu pengkhianatan kepada amanah dan sistem pemilihan.
"Kami juga bersepakat bahawa pilihan raya dan proses pengundian tidak boleh atau haram dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar negara.
"Sekiranya pilihan raya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan satu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini kerana proses pengundi adalah satu proses kesajsian," kata kenyataan itu.

Pemuda PAS jelas isu Awang Adek ke seluruh Kelantan



Rafizi (tengah) menyerahkan dokumen yang mengandungi keterangan hubungan Awang Adek - Hon Cheong kepada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Marzuk Shaary (kanan) dan Ahmad Fadhli Shaari (kiri).


BACHOK: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan akan mengadakan sesi penjelasan ke seluruh negeri Kelantan khususnya di Parlimen Bachok berhubung dakwaan salah laku terhadap Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussain.

Ini ekoran beberapa keraguan di dalam hubungannya dengan ahli perniagaan, Chung Hon Cheong semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara.

PRU 13 : 'Pulau Pinang kubu kuat PR sukar ditawan'


Menjelang PRU 13 SHAH ALAM – Pulau Pinang adalah antara kubu kuat Pakatan Rakyat (PR) yang sukar ditawan semula oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Penganalisis politik, Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, berdasarkan kajian, terdapat lima negeri sukar ditawan.

Kelantan dan Pulau Pinang, menurut beliau, berada di kedudukan pertama dan kedua dalam senarai negeri PR yang tidak mudah ditawan BN.

“Ranking itu diikuti oleh Selangor, Kedah dan Perak. “Kedudukan itu dilihat berdasarkan kajian yang dibuat antara akhir Disember 2011 dan awal 2012 menerusi majoriti undi pada PRU 2008 dan sokongan rakyat kepada kerajaan BN,”  katanya kepada Sinar Harian.

Salahuddin: Tanding di Johor bukan 'bunuh diri'



Salahuddin Ayub JOHOR BAHRU - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, keputusan meninggalkan Parlimen Kubang Kerian, yang dilihat sebagai kawasan selamat untuknya dan bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), bukan satu tindakan "membunuh diri."
Beliau menegaskan, keputusan itu adalah muktamad walaupun ada pihak yang menyifatkan tindakannya itu sebagai satu keputusan mahu membunuh diri.
“Saya tidak akan berpatah balik daripada keputusan untuk meninggalkan Kubang Kerian, seterusnya membawa balik apa yang saya belajar ke Johor walaupun ada yang mengatakan saya cuba membunuh diri.

Himpunan Hijau Johor momentum Pakatan ke Putrajaya


 
(Puluhan ribu rakyat Johor menyertai Himpunan Hijau di Dataran Dahlia malam tadi)

JOHOR BAHRU: Puluhan ribu rakyat Johor membanjiri Dataran Dahlia malam tadi bagi menyertai Himpunan Hijau ke Putrajaya yang turut membariskan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sambutan ini disifatkan oleh pelbagai pihak sebagai kesediaan PAS untuk membentuk kezahiran bermakna parti Islam itu di Johor dan membantu Pakatan Rakyat ke Putrajaya.