Saifuddin Nasution Ismail SHAH ALAM – PKR menuntut Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussain menjelaskan beberapa keraguan berhubung hubungannya dengan seorang ahli perniagaan, Chung Hon Cheong semasa beliau menjadi Penolong Gabenor Bank Negara.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keraguan itu timbul ekoran beberapa fakta dan transaksi kewangan yang membabitkan mereka.

Menurutnya, Hon Cheong yang juga pemilik serta pengarah syarikat SunPrestige Sdn Bhd  didakwa memperoleh kontrak mencetak nota RM2 sebanyak 100 juta keping semasa Awang Adek memegang jawatan tersebut.