Rabu, 27 Jun 2012

Parlimen Kuala Krau: BN gagal lunas janji

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membacakan doa selepas mengumumkan Hassanuddin Salim sebagai calon Pas untuk bertanding dalam PRK Dun Kerdau, 6 Mac 2011 lalu.
KERDAU - “Terserah pada pucuk pimpinan parti untuk memberi peluang kepada saya bertanding lagi bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang,” kata Hassanuddin Salim.

Faekah : Geran Selangorku Diurus Telus


SHAH ALAM 27 JUN : Kerajaan Selangor tidak pernah berselindung berkenaan punca dana Geran Selangorku berjumlah RM300 juta yang diperuntukkan untuk dimanfaatkan terus kepada rakyat.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika Belanjawan 2012 tahun lepas menyatakan geran ini berasaskan sumbangan daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).
Ia juga diperolehi daripada keuntungan operasi Perbadanan Menteri Besar (MBI) yang berjaya mendapatkan hutang lapuk Syarikat Talam Corporation serta penstrukturan semula projek Canal City.
“Jika dahulu keuntungan hanya dimanfaatkan oleh rakan kongsi usaha sama yang berat sebelah serta para kroni BN, kali ini habuan kita agihkan terus kepada semua rakyat Selangor,” kata Faekah dalam kenyataan medianya.

JK khas Parlimen cadang lagi beri SPRM kuasa mendakwa

 
Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah akan terus mengemukan cadangan supaya kuasa pendakwaan kes rasuah diberi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  
Pengerusi jawatankuasa, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad berkata tujuannya ialah bagi membolehkan SPRM dapat menjalankan tugas membanteras rasuah di negara ini dengan lebih berkesan.
  
NONEBercakap kepada pemberita di Parlimen hari ini, beliau berkata, cadangan itu akan dimasukkan dalam laporan jawatankuasa mengenai Laporan Tahunan SPRM 2011 yang akan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama lagi.
  
"Kita telah mencadangkan perkara ini sebanyak dua kali tetapi ditolak. Kali ini kita akan kemukakan sekali lagi," katanya yang sebelum itu menerima buku Laporan Tahunan SPRM 2011 yang diserahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed.
    

Laporan polis terhadap MP mahu Ambiga 'digantung'

Ahli Parlimen DAP akan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen BN Seri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang mahu Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga "digantung" kerana didakwanya seorang "pengkhianat".

NONESemasa perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi rang undang-undang Perbekalan Tambahan semalam, beliau mendakwa Ambiga
(kanan) sebagai "pengkhianat" kerana menganjurkan perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan lapan lagi ahli parlimen parti itu menyuarakan rasa terkejut mereka.

"Ia satu hasutan, rasis dan mengancam. Ianya rasis kerana ia ditujukan terhadap seorang India dan seorang Hindu. Ia juga ditujukan terhadap seorang wanita," katanya.

NONE"Kita tidak akan membuang masa meminta (Mohamad) menarik balik kenyataannya atau memohon maaf, tiada gunanya.."

Beliau berkata, kenyataan Mohamad "rasis" kerana orang lain dalam
jawatankuasa BERSIH termasuk bersama Pengerusi Bersama, Datuk A Samad Said, terlepas daripada kritikan itu.

Lim berkata, imuniti parlimen tidak akan melindungi Mohamad (kiri) kerana imuniti seumpama itu adalah terhad.

SPRM siasat Rafizi isu PM campur tangan tender..he.he..orang yang campur tangan tak berani siasat eh..!!!



 
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat pengarah strategi PKR Rafizi Ramli malam ini susulan pendedahannya berhubung dakwaan campur tangan perdana menteri dalam projek sambungan LRT Ampang bernilai RM1 bilion.

Menurut peguamnya N Surendran, empat pegawai suruhanjaya itu mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat PKR di Tropicana kira-kira jam 8 malam.

Unsur Penipuan Punca Wujud Dua Pelan Pembangunan

SHAH ALAM 27 JUN : Jawatankuasa khas SELCAT telah memulakan siasatan ke atas kontroversi pembangunan sebuah padang di Kelana Jaya yang telah mencetuskan bantahan penduduk dengan pendengaran awamnya hari ini.
Pendengaran awam ini bagi meneliti bagaimana dua buah rancangan tempatan diterbitkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), yang mempunyai maklumat yang bercanggah tentang padang tersebut.

WWW 1: Nizar lapor polis terhadap Utusan, TV3


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia dan TV3 berhubung isu plat kenderaan WWW 1, hari ini.

Laporan polis tersebut dibuat di IPD Dang Wangi, bersama-sama barisan peguam Pemuda PAS Perak.

Menurut beliau, laporan itu dibuat kerana kedua-dua media pro Umno itu telah menyiarkan berita yang disifatkannya sebagai fitnah ke atas kredibiliti beliau.

"Mereka telah memfitnah saya dengan memutarbelitkan kenyataan saya di twitter dengan mengatakan saya menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk bidaan WWW1.  Sedangkan, saya tidak menyatakan sedemikian," tegas beliau yang ditemui Harakahdaily.

Mahasiswa lancar Gerakan Mahasiswa Pasca Auku


KUALA LUMPUR, 27 Jun: Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN) hari ini melancarkan Gerakan Mahasiswa Pasca Auku (Gempa) sebagai protes terhadap Opss 2020.

Opss 2020 merupakan konspirasi terancang oleh Umno BN yang menggunakan institusi awam termasuk mahasiswa untuk memenangkan mereka pada pilihan raya umum ke-13.

Menurut jurucakap Pro-MN, Edikoup Lakip Sediyanto, Gempa bertujuan membela mahasiswa dan menolak sebarang pencabulan terhadap hak-hak mahasiswa.

Baju kuning tetap sertai sambutan PM di TARC



 
Sebilangan pelajar Kolej Tunku Abdul Rahman (TARC) tidak gentar dengan 'galakan' pengurusan kolej agar pelajarnya memakai baju merah menyambut perdana menteri sempena lawatannya petang ini.

Sebaliknya, kira-kira 20 pelajar tahun pertama lanjutan (advanced first year) tetap berbaju kuning dan hanya muncul 'menyambut' Datuk Seri Najib Razak di tepi jalan sekitar jam 4.15 petang.

Beri kerakyatan untuk undi adalah derhaka, kata Ambiga...yang ni patut digantung...!!!!

KUALA LUMPUR, 27 Jun — Pengerusi Bersih Datuk Seri Ambiga Sreenevasan menegaskan, tindakan memberi kerakyatan demi undi, bukannya menuntut pilihan raya adil dan bersih, katanya sehari  selepas ahli Parlimen Umno menuntut supaya beliau dihukum gantung.
Peguam itu (gambar) yang juga merupakan seorang aktivis telah mengetuai gerakan menuntut pilihan raya adil dan bersih termasuk menuntut pembersihan senarai nama pengundi meragukan dibuang daripada daftar pengundi telah berulang kali dianggap sebagai pengkhianat oleh pro Barisan Nasional (BN) dan menuntut kerakyatannya dilucut.
Namun seorang pemimpin Umno semalam mencadangkan Ambiga digantung kerana menganjurkan dua perhimpunan jalanan, yang mana Najib mendakwa sebagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan.
“Mungkin kita seharusnya boleh menggantung Ambiga atas penderhakaan terhadap Agong,” kata ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz di Parlimen malam tadi, dan menyebabkan berlakunya keganasan di ibu negara pada 28 April lalu.

Corruption fears high before Mongolian election

UN releases report on Houla massacre

Penyerahan Laporan Tahunan SPRM 2011 Kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah

Nizar tuntut TV3 dan Utusan mohon maaf terbuka

Altantuya Memang Berada Di Paris - Tian Chua

Ustaz Fathul Bari (UMNO) Di Sindir:Dah Tau Musim HAJI, Kenapa Buat PILIHANRAYA? - Ustaz Asri MAZA

44 (EKSKLUSIF) Majlis PENUTUP

43 (EKSKLUSIF) Penutup - Dr Asri MAZA

42 (EKSKLUSIF) JAWAPAN Isu TG Nik Aziz - Dr Ridhuan Tee

41 (EKSKLUSIF) Penutup - Ustaz Fathul Bari

40 (EKSKLUSIF) JAWAPAN Isu UMNO Larang HUDUD - Ustaz Fathul Bari

39 (EKSKLUSIF) JAWAPAN Isu Demonstrasi HARAM ? - Ustaz Fathul Bari

38 (EKSKLUSIF) JAWAPAN Isu Undi PAS Dapat PAHALA ? - Ustaz Fathul Bari

37 (EKSKLUSIF) JAWAPAN Isu SYIAH Di Ekspo KELANTAN - Ustaz Fathul Bari

36 (EKSKLUSIF) JAWAPAN Isu PEMIMPIN Arah Sokong UMNO - Ustaz Fathul Bari

35 (EKSKLUSIF) PRU 13 : Penutup - Dr Fadzli

34 (EKSKLUSIF) Nilai Peribadi TG Nik Aziz & Perdana Menteri

33 (EKSKLUSIF) Siapa Cakap Undi PAS Masuk SYURGA ? Hukum Perhimpunan TUKAR ?

32 (EKSKLUSIF) Mana Lebih RASIS , PR @ BN ? SYIAH Di Ekspo KELANTAN ?

Action against MACC trio for causing Teoh's 'suicide'

MP wants Terasasi probed for treason

Syria in a 'state of war'

PKR: Murad made SD against Anwar under duress

YB DAP Bagan Bahas RUU Umur Persaraan Minimum 2012

Dakwaan Penjualan Dokumen Sulit P'tahanan Negara - PKR Lembah Pantai

Rafizi: Najib interfered in LRT tender award

‘Demokrat palsu’ kerana Najib rahsia tarikh PRU


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertenang di sebalik tuduhan bahawa pentadbiran beliau sebagai ‘demokrat palsu’ seperti yang dituduh oleh ketua biro Beijing, Mark Mackinnon dalam akhbar The Globe and Mail.
Tulisan Mark Mackinnon bertajuk A 21st-century checklist of the new autocrats disiarkan pada 8 Jun 2012 oleh akhbar tersebut.

Antara alasan penulis ini melabelkan PM sebagai ‘demokrat palsu’ adalah dengan menyatakan “pemimpin ini mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa" dan "penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal".

“DPPM berpandangan, kerajaan Malaysia tidak perlu melenting dengan tuduhan tersebut, sebaliknya kerajaan perlu bermusabah diri melihat kebenaran di sebalik label yang ditakrifkan terhadap PM,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.

Himpunan Hijau ke Putrajaya: Kebangkitan politik Pahang

Himpunan anjuran PAS Pahang ini akan berlangsung pada hari Ahad.
TEMERLOH: PAS Pahang menggesa rakyat negeri ini untuk bangkit membuat perubahan politik dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) menerusi Himpunan Hijau ke Putrajaya yang akan berlangsung pada hari Ahad ini.
Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program yang bertemakan ‘Harapan Baru Pahang’ itu akan diadakan di Tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau dekat sini.
Program lanjutan daripada himpunan raksasa di Alor Setar pada 1 Jun lalu, akan bermula dari jam 3.00 petang sehinggalah ke tengah malam dengan pelbagai acara.
“Acara bermula dengan Talk Show anjuran Dewan Muslimat dengan menampilkan selebriti terkenal Aishah bersama Setiausaha Majlis Syura PAS Ustaz Nik Zawawi Saleh.

PAS sampaikan masalah rakyat, bukan berbohong


MIRI: Isu permohonan Mykad dibangkit semata-mata untuk kebaikan penduduk Sengkabang bukan tujuan untuk meraih undi seperti tuduhan kaunselor Engkamat.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee menyatakan demikian merujuk kepada kenyataan Kaunselor Engkamat Juna dalam Utusan Borneo berkata, bahawa PAS membuat tuduhan liar dan pembohongan dalam isu memohon MyKad penghuni rumah Sengkabang.

“Untuk pengetahuan Kaunselor Engkamat, kami mendapat maklumat dan bertanya sendiri dengan penduduk terbabit dan ini bukan tuduhan liar tetapi kenyataan kerana mereka sudah lama menanti Mykad dan ada di antara mereka tiada memiliki surat beranak sejak lahir sehingga dewasa,” katanya yang juga Yang Dipertua PAS Miri dalam satu kenyataan.

Mum is the word from MACC

The MACC chief prefers to remain silent on investigations into the Scorpene submarine deal and Anwar's alleged RM3 billion stashed in master accounts.
KUALA LUMPUR: The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) chief Abu Kassim Mohamed today refused to give any answers in regard to the recently rekindled issues of the Scorpene submarine deal and Opposition Leader Anwar Ibrahim’s RM3 billion allegedly stashed in master accounts.
“No comment”, Abu Kassim said when asked about the Anwar case during the handing-over of MACC 2011 annual report to the Special Parliamentary Committee on Corruption this morning at the lobby of the Dewan Rakyat.
He said MACC will only investigate if there is “significant evidence to justify it… [then] we will reopen the case”.

HOW LOW can BN go? Documentary, theater shows to remember Teoh, Sarbaini - DAP

HOW LOW can BN go? Documentary, theater shows to remember Teoh, Sarbaini - DAP How low can BN go? Teoh Beng Hock’s death demonstrates the despicable political culture of BN and exposes their true colors of scorning democratic principles.
Nearly three years have passed since political aide Teoh Beng Hock was found death on the fifth floor of the MACC Selangor headquarters in Shah Alam. There has still been no justice for the Teoh family, even after conducting an inquest and Royal Commission for Inquiry (RCI).
The answers given by the RCI to the Teoh family and the Malaysian public is not the real truth and justice, but a ridiculous conclusion of “forced suicide”, which has made Malaysia an international laughing stock.
Even more ridiculous is the fact that the Attorney General’s Chambers cleared the three senior MACC officers named in the RCI report of responsibility. They do not need to bear any responsibility even though the RCI report clearly singled out “Arman the bully, Ashraf the abuser and HH the arrogant leader” as guilty of excessive use of violence on Beng Hock. Is that justice for the Teoh family?
Incompetent MACC

TBH : Tiga pegawai SPRM berdepan tindakan disiplin

Kita telah memutuskan tindakan disiplin akan diambil...kita akan memaklumkan jawatankuasa aduan pada mesyuarat akan datang.
KUALA LUMPUR: Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dinamakan dalam laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung kematian Teoh Beng Hock akan mengetahui nasib mereka tidak lama lagi apabila keputusan berhubung tindakan disiplin terhadap mereka diputuskan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata beliau akan mengemukakan syor kepada jawatankuasa aduan SPRM berhubung kes itu sebelum sebarang tindakan tatatertib diambil, berdasarkan cadangan daripada jawatankuasa berkenaan yang dibentuk di bawah Akta SPRM 2009.

HANG ME? But asking for clean polls isn't treason, giving away citizenship IS - Ambiga

HANG ME? But asking for clean polls isn't treason, giving away citizenship IS - AmbigaAlthough Bersih co-chief Ambiga Sreenevasan did not say it should be Umno-BN lawmakers who should be hung, her retort that giving away citizenship in exchange for votes is treason enough makes it clear that if anyone deserved capital punishment, it should Prime Minister Najib Razak's coalition, which has been accused of desperate tactics to win the coming general election.
“As for treason, asking for free and fair elections is not treason. Giving away citizenship for votes is,” Ambiga was reported as saying by the Malaysian Insider.
She was responding to a comment from Umno's Sri Gading MP Mohamad Aziz, who was busy in Parliament on Thusrday night 'defending' his coalition on several issues.
Is this the 'quality' of Umno MPs?

Treason is giving away citizenship for votes, says Ambiga

KUALA LUMPUR, June 27 — Treason is giving away citizenship for votes at the ballot box and not asking for clean elections, Bersih chief Datuk Ambiga Sreenevasan said today, a day after an Umno MP called for her to be hanged.
The prominent lawyer-activist has led the call for the federal government to reform the election process and rid voter roll of dubious entries, for which she has been repeatedly branded a "traitor" by right-wing elements within the pro-Barisan Nasional (BN) establishment. They have also demanded for her citizenship to be stripped.

Demokrat Palsu: Najib ambil alih tempat Hosni Mubarak

Akhbar Kanada mengkategorikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak sebagai “demokrat palsu”, dengan meletakkannya sebaris dengan autokrat lain dunia.
Tulisan itu bertajuk “A 21st-century checklist of the new autocrats” disiarkan pada 8 Jun lalu olehThe Globe and Mail.
Ia ditulis oleh Ketua Biro Beijing Mark Mackinnon, pemenang anugerah kewartawanan yang sudah mewawancara sebahagian pemimpin paling kontroversi dan terkemuka di seluruh dunia.
Antara mereka, Ketua Pembangkang Burma, Aung San Suu Kyi; bekas pimimpin Soviet, Mikhail Gorbachev; bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra; Presiden Israel, Shimon Peres dan Raja Abdullah daripada Jordan.

Zahid tak perlu pura2, Terasasi memang wujud dalam urusniaga Scorpene

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, dokumen yang diperoleh daripada Mahkamah Perancis menunjukkan wujudnya hubungan antara syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS dan Terasasi (Hong Kong) Ltd dalam urusan pembelian Scorpene Malaysia.
Katanya, walaupun secara teknikal tiada perjanjian ditandatangani antara kerajaan dengan Terasasi, tetapi syarikat ini terlibat dalam rundingan pembelian kapal selam.
“Kementerian Pertahanan berpura-pura tidak tahu menahu mengenai Terasasi. Ini satu kenyataan tidak bertanggungjawab,” kata Ahli Parlimen Batu itu lagi.
Beliau berkata demikian mengulas jawapan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam bahawa tiada sebarang maklumat mengenai penjualan dokumen oleh Terasasi kepada syarikat Thint Asia (Thales International).

Gantung Ambiga sampai mati: DAP mahu lapor polis


KUALA LUMPUR, 27 Jun: DAP mengarahkan wakil rakyatnya membuat laporan polis beramai-ramai terhadap Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz berhubung kenyataannya yang bersifat ekstrimis.

Aziz, wakil BN dalam ucapannya di Dewan Rakyat semalam meminta Pengerusi Bersama Gabungan Menuntut Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan digantung sampai mati kerana didakwa mahu menggulingkan negara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya tidak mahu membuang masa meminta Aziz menarik balik kenyataan tersebut tetapi mahu semua wakilnya membuat laporan polis agar Aziz dapat disiasat sewajarnya.

Menanti natijah Tahrir Square di Dataran Merdeka

Mohd Sayuti Omar,
Pengesahan secara rasmi Dr Mohamed Morsi, 61, sebagai presiden baru Mesir beberapa hari lepas disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan laungan Allahuakbar oleh umat Islam bukan saja 26 jaziah Mesir tetapi di seluruh dunia. Mereka yang berjiwa Islam akan emosi dengan kemenangan itu.


Pengumuman itu yang hakikatnya kemenangan Ikhwan Muslim dianggap sebagai satu kejayaan besar umat di seluruh dunia yang mencintai tertegaknya hukum Allah dan syariah Muhammad di atas muka bumi ini. Ini kerana Ihwan Muslim dianggap sebagai siasah politik Islam yang bukan saja diterima pakai di Mesir tetapi di seluruh dunia. Jauh dari itu diharap perubahan atau kejayaan Islam di Mesir akan menjadi penyuntik semangat gerakan Islam di tempat lain termasuk Malaysia juga.

Debat Anwar-Najib perlu untuk masa depan negara

KUALA LUMPUR 27 Jun: Debat antara Anwar Ibrahim dan Najib Razak perlu diadakan agar rakyat dapat menilai hujah serta kewibawaan mereka bagi memilih siapa bakal meneraju negara pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad.
“Debat antara Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang sememangnya ditunggu-tunggu untuk mereka berhujah secara berhadapan dan disaksikan seluruh rakyat Malaysia, malangnya masih belum mendapat persetujuan Najib sedangkan (Datuk Seri) Anwar telah lama menyatakan kesediaannya,” kata Nik Nazmi kepada Keadilan Daily.
Beliau berkata, perdebatan itu adalah sebahagian daripada kaedah untuk kedua-duanya menerangkan kepada umum mengenai manifesto pilihanraya seperti diumum menteri.

R-Royalti : Gambar Perusuh dari UMNO



Sesiapa ada maklumat, boleh salurkan pada pihak kami di Pages
https://www.facebook.com/RoyaltyOfficialPages

Dakwaan “Master Account” Oleh Dato’ Murad Khalid Merujuk Kepada Pegangan Harta Beliau Sendiri

Ekoran dari permainan Umno/Barisan Nasional menimbulkan kembali dakwaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun untuk menyimpan saham dan hartanah, saya telah mengambil inisiatif sendiri meneliti semua fakta dan dakwaan yang dibuat terhadap beliau.
Atas nama kebenaran dan keinginan untuk membongkar perkara sebenar, saya telah menyelidik perkara ini secara peribadi.
Dakwaan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mempunyai banyak akaun saham dan hartanah sehingga mencecah nilai RM3 bilion ini timbul dari perakuan bersumpah (statutory declaration) yang dibuat oleh Dato’ Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara di antara tahun 1994 dan 1999.
Perakuan bersumpah beliau tidak memberikan fakta dan senarai semua harta yang didakwanya dimiliki oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya, ia hanyalah dakwaan dengan menyebut beberapa nama yang kemudiannya dikaitkan dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

RM 3B : PKR mahu Murad mohon maaf kepada Anwar


Datuk Abdul Murad Khalid PETALING JAYA - PKR mendakwa Datuk Murad Khalid membuat perakuan sumpah palsu terhadap Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya mempunyai akaun bank induk menyimpan saham dan hartanah bernilai sekitar RM3 bilion.
Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, apabila diteliti dakwaan ke atas Anwar oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, ia adalah palsu kerana telah menerima ancaman dan ugutan daripada ejen kerajaan.
"Perakuan sumpah yang dibuat adalah tidak benar kerana merujuk kepada perakuan sumpah tersebut ada menyebut beberapa nama lain yang kemudiannya dikaitkan dengan Anwar tanpa menyenaraikan harta atau saham yang dimiliki oleh Anwar.

PKR dedah dokumen kontrak RM1 bilion LRT

NONEPKR hari ini mendedahkan salinan dokumen rasmi kerajaan berhubung penganugerahan kontrak mengenai projek kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion.

Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mendakwa, pada mulanya Kementerian Kewangan menganugerahkan kontrak tersebut kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys, berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK).

Sedangkan, dakwa Rafizi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak minggu lepas melahirkan hasrat untuk menganugerahkan kontrak tersebut kepada Konsortium George Kent seperti yang dilaporkan media.

"Ini bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) yang bersidang pada 25 Januari 2012. JPMK adalah jawatankuasa tertinggi Kementerian Kewangan dan dipengerusikan sendiri oleh Datuk Seri Najib sebagai menteri kewangan.

Najib went against panel in Ampang LRT contract

Official documents showed he went against his own initial decision to award it to the winning bidder.

PETALING JAYA: PKR demanded today that Prime Minister Najib Tun Razak explain why he went against the tender panel’s decision to award the Ampang LRT extension project to the winning bidder.
Copies of official documents given to the press showed that Najib had signed the approval to award the contract to Balfour Bratty Invensys Consortium, but he was later said to be keen on granting the project to George Kent consortium instead.
Business Times had quoted sources with knowledge on the matter as saying the winning bidder for the job was expected to be announced by the government within the next few days.
The logistics consortium, first tipped to win the job in July last year, was again said to be the likely winner for the project in a report published five days ago.

PKR exposes dirt on ex-central banker

Its strategic director Rafizi Ramli says his 'personal investigation' reveals that the former Bank Negara assistant governor has a corrupt track record.
PETALING JAYA: PKR today disclosed alleged wrongdoings of former central banker Murad Khalid in a move to bring his claim that Anwar Ibrahim has RM3 billion stashed in a personal “master account” into disrepute.
Party strategic director Rafizi Ramli told a press conference here that his “personal investigation” found the former Bank Negara assistant governor to have a corrupt track record.
Murad, now retired, was said to have received “incentives” in the form of golf club membership when he was with the central bank in 1991 and had his house insurance worth RM3.1 million paid for by a third party.

A year on, MACC to punish trio in Teoh RCI

Abu Kassim said the commission will make its recommendations to the complaints committee before announcing the disciplinary action. — File pic
KUALA LUMPUR, June 27 — The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has finally decided how it will punish its three officers implicated in Teoh Beng Hock’s fatal fall in 2009, nearly a year after they were named by a royal commission of inquiry (RCI). MACC chief commissioner Datuk Seri Abu Kassim Mohamed told reporters today that the commission would first make its recommendations to its complaints committee before meting out appropriate disciplinary action against the trio.
He would not, however, reveal the nature of the punishments to be recommended, merely saying the matter would be finalised at the committee’s next meeting.

N9 : Pakatan Rakyat komited dalam isu adat dan tanah terbiar


"tranungkite.netPada Tonggak ke 9 Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menyentuh bab Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat. Ianya antara lain menyebut untuk menaikkan elaun Datuk Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.

Bukannya satu usaha yang mudah untuk Datuk Lembaga untuk memanggil semua anak buah untuk menyelesaikan isu tanah adat terbiar, apatah lagi jika satu geran ada sehingga 50 penama.


Sudah pasti 50 penama ini mungkin ada yang sudah meninggal dunia, ada yang tinggal di luar Negeri Sembilan dan sebagainya.

Investors unlikely to stay long with FGVH, says WSJ

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (centre) holds up the prospectus for the FGVH market listing during its launch ceremony. — File pic
KUALA LUMPUR, June 27 — Despite strong initial demand for shares in Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) ahead of its listing, investors are unlikely to stick long with the state-run palm oil operator based on its weak yields compared to rival firms, the Wall Street Journal (WSJ) has said. The international business paper noted that the state-run commodities firm has raised US$3.1 billion (RM9.3 billion) in sales for stocks of its initial public offering (IPO) ahead of its debut on Bursa Malaysia tomorrow, but posted a 50 per cent drop in this year’s first quarter profit yesterday due to higher costs in planting palm oil trees.

Kit Siang: Bukan revolusi, hanya peralihan kuasa secara aman

Semalam, bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mempersoalkan "tuntutan beberapa pihak yang sedang mencetus satu revolusi untuk menggulingkan kerajaan apabila kerajaan sekarang sedang mengutamakan kepentingan rakyat jelata".

Dalam satu forum yang bertajuk "Diskusi bersama negarawan - Komitmen mahasiswa akan menjadi pemangkin untuk pembangunan negara" di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mahathir berkata bahawa tiada keperluan untuk rakyat Malaysia bertindak di luar batasan undang-undang untuk menggulingkan kerajaan kerana Malaysia mempunyai sistem demokrasi yang jauh lebih baik daripada banyak negara yang telah dipengaruhi oleh Kebangkitan Arab atau "Arab Spring".

Lima soalan untuk Mahathir

Demokrasi, selalu diberi ragam makna.  Bergantung kepada fahamnya.

Faham demokrasi Mahathir selalu mudah: demokrasi harus ada batasannya, harus diiringi dengan tanggungjawab, dan berfungsi untuk tujuan pembangunan.  Inilah "acuan demokrasi yang ideal" yang Mahathir sampaikan sewaktu sharahan utama di University of Santo Tomas (UST) di Manila seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada 11 Jun 2012.

Lebih lanjut di Filipina tersebut, Mahathir turut menegaskan bahawa sekiranya mahu mengubah pemerintahan, cukuplah dengan kotak undi.  Ini dapat dilakukan lima tahun sekali.  Selain itu, nilai pemimpin, bagi Mahathir, ialah idea dan strategi yang dimilikinya.  Sesuai dengan faham ini, maka Mahathir sama sekali tidak melihat Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi liberal.  Anehnya, Mahathir tidak pula memaklumkan jenis apakah demokrasi di Malaysia ini.

Today in History for June 27th

Himpunan Anti Lynas Gebeng

Dr Mursi Umum 4 Langkah Pertama Sebagai Presiden Mesir


Presiden Mesir yang baru, Dr.Muhammad Mursi mengumumkan empat langkah pertamanya sebaik saja beliau dengan rasminya diisytiharkan sebagai Presiden.

Keempat-empat langkah itu ialah:

Pertama: Menyumbangkan wang gaji Presidennya untuk kebajikan rakyat Mesir


Kedua: Mengeluarkan arahan tidak menggantungkan gambarnya di bangunan kerajaan atau menerbitkan apa-apa iklan ucapan tahniah di dalam akhbar.

Pengesan elektronik pada bekas tahanan dibantah

NONEMengenakan alat elektronik pada tahanan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) - akta penggganti ISA - yang dibebaskan untuk tujuan siasatan merupakan tindakan tidak wajar, kata peguam Edmund Bon.

"Alat itu membolehkan pihak polis dapat tahu anda berada di mana.

"Tetapi mengikut hak asasi manusia, ia tidak sepatutnya dikenakan kepada seseorang yang belum lagi dijatuhkan kesalahan," kata pengerusi jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam itu.

Katanya, tindakan itu diperkenalkan kali pertama melalui Sosma dan akan dipakaikan kepada tahanan selepas mendapat kebenaran mahkamah.

Import makanan, BN perjudi keselamatan rakyat

Dr Azman Ibrahim,
Jawapan Timbalan Menteri Pertanian di Parlimen kelmarin yang menyatakan bahawa negara kita telah membelanjakan sejumlah RM221.81 bilion sejak 10 tahun lalu bagi tujuan pengimportan bahan-bahan makanan adalah suatu bukti jelas kegagalan kerajaan BN menjana pengeluaran sumber makanan dalam negara.


Pergantungan keterlaluan negara kita kepada sumber bahan-bahan makanan yang diimport, menghadirkan hakikat yang kita tidak sedari, bahawa ia adalah juga ancaman kepada keselamatan rakyat dan survival kehidupan mereka.

Fenomenanya jelas, sebarang bencana alam yang berlaku kepada negara lain akan turut memberi kesan kepada negara kita. Banjir di Thailand tetapi orang kita juga tumpang susah. Bukan setakat menyebabkan harga beras meningkat, malah berlaku juga kenaikan harga sayur-sayuran, ayam dan ikan.  Semua ini disebabkan kita masih bergantung kepada sumber makanan dari  luar khususnya negara jiran.

Mogok Lapar ISA : GMI Protes Di Depan Parlimen 28 Jun

SHAH ALAM 27 JUN : Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) akan mengadakan protes pada 28 Jun (Khamis) ini di hadapan bangunan Parlimen mendesak Menteri Dalam Negeri segera bertindak dalam menjawab tuntutan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) yang sedang bermogok lapar.
Penyelaras Sekretariat GMI, Syukri Razab berkata berdasarkan maklumat yang diperolehi, sehingga hari ini sembilan orang tahanan ISA melancarkan mogok lapar.
Mogok lapar dimulakan oleh dua orang tahanan iaitu Fadzullah Abdul Razak dan Razali Kassan pada hari Khamis lalu.
“GMI juga mendapat maklum, Razali dan seorang warga Sri Lanka diasingkan daripada tahanan lain oleh pihak kem tahanan kerana melakukan mogok lapar.

Altantuya riddle deepens with new details

A BN MP says the truth will eventually prevail, while an independent MP and PKR MP say the latest revelation raises more questions.
KUALA LUMPUR: Latest revelations to come out from the French investigation into the Scorpene submarine deal, particularly new facts surrounding murdered Mongolian national Altantuya Shaariibuu, have caused a little stir in Parliament.
While several Barisan Nasional MPs were reluctant to comment on the matter when asked, Kota Belud MP Abdul Rahman Dahlan said that he welcomed additional information on the case.
“The lies would eventually be unravelled by the truth. The [new fact that there are] no records [of Altantuya entering France] is a strong point against the argument of a conspiracy,” he told FMT.
“The allegations are serious and the problem is that is it spun as if it is part of a conspiracy, and also part of something just to pin down something on Prime Minister [Najib Tun Razak]. It is just not sticking.”

Siasatan skandal Scorpene buat Najib tertekan

Kerajaan Malaysia gagal menjawab persoalan berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene sebagai maklum balas terhadap skandal tersebut termasuk penjualan dokumen rahsia negara kepada syarikat pembuat kapal selam Perancis, DCNS.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berjanji untuk menjawab mengenai penjualan dokumen sulit oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Dewan Rakyat semalam bagaimanapun menafikannya dengan berkata, kerajaan tiada maklumat berhubung penjualan dokumen pertahanan negara kepada negara asing.
Beliau turut menafikan bahawa kementerian itu juga tidak pernah membayar komisen secara langsung, mahupun tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan kapal selam Scorpene.
Memetik laporan Reuters, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang pada masa itu merupakan Menteri Pertahanan, juga telah menafikannya.

Penganalisis: PRU13 diramal Disember..!!!


ALOR SETAR - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mungkin diadakan pada pertengahan atau penghujung Disember iaitu tiga bulan selepas pembentangan Bajet 2013.

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, PRU13 mungkin diadakan sewaktu cuti persekolahan dan Disember dilihat sebagai bulan yang sesuai.

Jambatan tercanggih selepas 54 tahun Umno BN memerintah


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/s480x480/197632_316703531757759_945354266_n.jpg

TEMERLOH - Seramai 500 penduduk Kampung Mambang Berulang dan Sungai Dingin, dekat sini berhadapan risiko kemalangan berikutan jambatan gantung yang digunakan bagi menghubungkan kampung berkenaan dengan bandar Mentakab kerap mengalami kerosakan.
"Negara kita telah merdeka 54 tahun dan jambatan sepanjang 200 meter itu tidak lagi sesuai digunakan zaman sekarang. Tambahan pula, jambatan itu sudah uzur dan mengalami banyak kerosakan...

N'N:Tranformasi???

Scorpene scandal surfaces to trouble Najib

The submarine scandal threatens to tarnish Prime Minister Najib ahead of elections he is expected to call later this year.
By Stuart Grudgings and Rachel Will

KUALA LUMPUR: Malaysia’s government will address allegations on Tuesday over its purchase of two French submarines, responding to a scandal that threatens to tarnish Prime Minister Najib Tun Razak ahead of elections he is expected to call later this year.
Defence Minister Ahmad Zahid Hamidi is due to speak in parliament on allegations that Malaysian navy documents were sold to French shipbuilding giant DCNS to help its bid for the 1 billion euro contract it won in 2002.
Najib, defence minister at the time, has for years denied allegations of wrongdoing in the purchase of the Scorpene-class submarines. There has been no evidence linking him directly to corruption in the deal and his supporters say the political opposition is behind efforts to revive the issue just ahead of the election.
But his government is under mounting pressure to give a fuller explanation of the dealings after documents in a French court case brought by a Malaysian human rights group were leaked and picked up by the country’s lively online media.

Getah turun harga. Tanaman pisang diserang penyakit. Kerajaan buat tak tau?


Baru-baru ni, untuk setandan pisang abu, aku dapat RM 19.00!  Aku bukannya ada kebun pisang pun, yang ada itu la dalam 15 ke 20 pokok je, yang ditanam oleh arwah suami  kat tepi jalan depan umah. Tak jual pun, hanya untuk makan anak-beranak. Kadang-kadang je ada jiran  beli sebab nak buat bekal bagi anak depa bawak balik ke bandar.

Aku tanya kat jiran yang beli pisang abu aku tu. Apsal mahal sangat? Katanya susah nak dapat sebab pokok pisang banyak yang musnah diserang virus. Kalau dulu sekilo harganya sekitar 60sen @ 70 sen, sekarang dah jadi RM1.40. Memang buat duit betul la bagi sapa-sapa yang ada kebun! Tapi masalahnya sekarang di Bagan Datoh ni bekalan pisang tak ada! Tak macam dulu, bersepah-sepah pisang di merata tempat.

Aku ada gak dengar masalah ni dari kawan2 yang berkebun pisang. Ingatkan dah selesai rupanya masalah ni masih berterusan. Aku pun call beberapa orang kawan bertanya hal ni. Kata depa, kalau dulu yang rosak cuma pisang abu dan pisang awak saja, sekarang pisang nangka ,pisang berangan pun kena jugak. Sekiranya masalah ni tak ditangani dengan segera, rasanya lama-lama nanti mau semua jenis pisang  abis rosak.

Teka teki teka tekup, lepas PRU13 Umno lingkup..

  
Ini la uniknya demokrasi ala Malaysia. Tarikh PRU 13 masih menjadi teka teki. Nampak seolah2 pimpinan yang menerajui kerajaan masih lagi takut untuk menetapkan tarikh akhir pilihanraya. Disini jelas kelihatan yang parti Umno yang menerajui kerajaan belum beroleh keyakinan diri untuk membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihanraya umum ke 13 di adakan dalam masa terdekat ni.
Apabila Menteri Di jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz membuat kenyataan bahawa PRU 13 akan diadakan setelah mandat partinya memerintah tamat, PM Najib yang menjadi Presiden Umno pantas menafikannya dan mengatakan bahawa itu hanyalah pendapat peribadi beliau.
Mengapa PM Najib ni begitu takut untuk berhadapan dengan pilihan rakyat? Apakah segala pemberian yang boleh di anggap gula2 politik belum benar2 memberi keyakinan kepada dia untuk mengadakan pilihanraya? Atau segala perancangan jika tewas dalam pilihanraya masih belum lagi tersedia? Ataupun Umno/BN tiada isu yang boleh dijadikan killer instinct untuk dijadikan modal pilihanraya yang kukuh demi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.