Selasa, 26 Jun 2012

Najib 'UNDRESSED' by the int'l press: From champion of double-talk to "FALSE DEMOCRAT"

Najib 'UNDRESSED' by the int'l press: From champion of double-talk to "FALSE DEMOCRAT"If Prime Minister Najib Razak thought he had succeeded in pulling wool over the eyes of the Malaysian people and the international community with a slew of reforms that have been described by critics as "whitewash", "insincere" and "sinister", he is terribly wrong.
And just like the mythical Emperor who wore no clothes, the 58-year old Malaysian leader is now being peeled and exposed for hypocrisy and accused of harboring dark intentions to retain power by force as have many of the world's disgraced despots.
Just months ago, Najib was crowned co-champion of "double-talk" by the influential Washington Post which is read by the likes of President Obama and other top US leaders. The Washington Post lashed out in a stinging editorial after Najib controversially deported Saudi journalist Hamza Kashgari home to face certain torture and perhaps even death. The blunt language used by the US paper raised eyebrows and caused many to cough nervously in the corridors of power in Putrajaya, the Malaysian administrative capital.
But no, Najib and his advisers would not take the hint and clean up their act. Stubbornly, they clung to the belief that because they controlled the local mainstream media, they held the upper hand. If they told a lie often enough, the people and the world would believe them!

Tujuh lagi tahanan ISA sertai mogok lapar

NONETujuh lagi tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah menyertai mogok lapar untuk menuntut pembebasan awal, kata Gerakan Anti-ISA (GMI) hari ini.

"Kami mempunyai maklumat bahawa mereka yang menyertai mogok tersebut ialah dua rakyat Malaysia, empat warga Sri Lanka dan
seorang rakyat India, menjadikan jumlahnya kini sembilan orang," kata anggota urusetia GMI, Syukri Razab.

Mereka menyertai Fadzullah Abdul Razak dan Razali Kassan yang telah memulakan mogok lapar mereka Khamis lalu.

Dalam satu kenyataan, Syukri berkata kedua-duanya dilaporkan dalam keadaan lemah kerana mereka hanya minum air sejak enam hari lalu.

Fadzullah menyertai mogok lapar itu bulan lalu untuk menuntut kebebasan, bersama dengan sekumpulan tahanan, yang sebahagian mereka berpuasa selama seminggu.

Tahanan tersebut menghentikan mogok lapar mereka apabila delegasi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) melawat pusat tahanan apabila diberitahu mengenainya.

Suhakam kini sedang berbincang dengan Kementerian Dalam Negeri mengenai status tahanan tersebut.

Mufti dengan haji dan pilihan raya

SAMA ada Perdana Menteri Najib dapat petunjuk atau tidak  dapat petunjuk rasanya dia tidak akan mengadakan pilihan raya dalam musim haji.

Jika dia hendak mengadakan pilihan raya berhampiran dengan musim haji, maka dia akan pastikan belum ada jamaah yang sudah berangkat ke Mekah dan sesudah semuanya balik baru Parlimen dibubarkan.

Kalau Dr. Mahathir yang lebih degil daripadanya tidak lagi mengganggu orang haji selepas PRU 1986 setelah kerajaan  dikritik gara-gara PAS bercadang untuk menangguhkan haji, maka Najib juga tentu mengambil ikibar daripada kecaman dan ingatan PAS itu.

Pemegang saham minoriti Puncak Niaga mahu lembaga saman Syabas

SHAH ALAM - Pemegang saham minoriti Puncak Niaga Holdings Bhd hari ini meminta Lembaga Pengarahnya menyaman Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), pembekal dan pengedar tunggal air dirawat di Lembah Klang.

Mereka meminta Tan Sri Rozali Ismail, yang merupakan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings dan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB), mengambil tindakan undang-undang terhadap Syabas untuk memaksanya membayar hutangnya berjumlah RM1.09 bilion kepada Puncak Niaga hingga 31 Dis, 2011.

Jurucakap pemegang saham itu, G. Parameswaran, berkata mereka berharap kedudukan aliran tunai Puncak Niaga akan bertambah baik selepas Syabas membayar hutangnya yang tertunggak.

Himpunan Hijau: Harapan baru rakyat Pahang


TEMERLOH: PAS Pahang menganjurkan Himpunan Hijau Ke Putrajaya pada 1 Julai ini bagi mengajak seluruh rakyat negeri ini supaya bangkit membuat perubahan politik pada pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang.
Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program yang bertemakan ‘Harapan Baru Pahang’ itu akan diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau dekat sini.

Tambahnya, program lanjutan daripada himpunan raksasa I Jun di Alor Setar tempoh hari, akan bermula daripada jam 3.00 petang sehinggalah ke tengah malam dengan pelbagai acara telah disusun.

“Program bermula dengan Talk Show anjuran Dewan Muslimat yang menampilkan selebriti terkenal Aishah bersama Setiausaha Majlis Syura PAS Ustaz Nik Zawawi Saleh, kemudian diikuti majlis santai anjuran Dewan Pemuda yang menampilkan penyanyi Pak Long dan kumpulan UNIC.

Hang Ambiga, says Umno MP

KUALA LUMPUR, June 26 — An Umno lawmaker called tonight for Datuk Ambiga Sreenevasan to be hanged for the “treasonous” act of organising the April 28 Bersih rally for free and fair elections, which the ruling Barisan Nasional (BN) has claimed was an attempt to topple the Najib administration.
Sri Gading MP Datuk Mohamad Aziz compared the Bersih chief to leaders of the Al-Ma’unah militants who tried to overthrow the government in 2000 and were eventually sentenced to death by hanging for “waging war against the King,” the first people to be convicted of the offence.
“Shouldn’t we also hang Ambiga (picture) for treason towards the Agong? Traitors should be punished as harshly as possible,” the four-term federal lawmaker told Parliament when debating the supplementary supply bill.

NATO condemns Syria downing of Turkish jet

29 (EKSKLUSIF) JAWAPAN Isu Kerajaan Pusat Nafikan MINYAK Kelantan - Dr Ridhuan Tee

28 (EKSKLUSIF) JAWAPAN Isu UMNO Syirik NASIONAL - Ustaz Fathul Bari

27 (EKSKLUSIF) JAWAPAN Isu UMNO Sokong KEZALIMAN - Ustaz Fathul Bari

26 (EKSKLUSIF) JAWAPAN Isu Dakwah Dalam UMNO - Ustaz Fathul Bari

24 (EKSKLUSIF) Kerajaan PUSAT Lannggar Perjanjian Royalti Minyak KELANTAN 1975 .?

25 (EKSKLUSIF) Kenapa MELAYU Kelantan DINAFIKAN Royalti MINYAK ?

23 (EKSKLUSIF) Ustaz FATHUL BARI Enggan Sokong ROYALTI Minyak KELANTAN ?

22 (EKSKLUSIF) Wajib TAAT Jika Diarah Undi UMNO ?

YB PAS Kubang Kerian Bahas Peruntukan Tambahan 2012 RM195,00

YB - Tim. Menteri Pelajaran Bahas Peruntukan Tambahan 2012

TG Nik Aziz beri "25 jam" siasat KGT

Wacana Ilmu Buku Rasuah - Hayati Undang-undang Allah untuk Memerangi Rasuah

133 official documents PROVE Scorpenes corruption is REAL: Also closes in on Altantuya

133 official documents PROVE Scorpenes corruption is REAL: Also closes in on AltantuyaThe 133 official documents uploaded onto this website are from the Directorate-General of the French National Police and the Judicial Police Directorate’s anti-organized and financial crimes unit.
They were presented to a French anti-corruption court in May and June of 2011. Taken together, they present –in French – the clearest picture to date of the two-decade campaign by the French state-owned defense manufacturer DCN and its subsidiaries to sell Scorpene submarines to the Malaysian Ministry of Defense.
Asia Sentinel’s story summarizing what is in the documents is in a collection in Asia Sentinel's Scribd account. They tell a story of corruption on both sides of the world that included – according to one presentation to the court – “blackmail, bribery, influence peddling, misuse of corporate assets and concealment.”
The documents show that many of these activities were carried out with the full knowledge if not connivance of top officials in both the French and Malaysian governments.

The next Himpunan Hijau will be called by Lynas

The next Himpunan Hijau will be called by Lynas“The people will never retreat a single-step nor tolerate stagnancy. We will continue to push forward. Our second wave of people’s actions shall kick-off immediately!” said Wong Tack, chairperson of Himpunan Hijau.
The Himpunan Hijau steering committee has decided to kick start a Himpunan Hijau ‘BLOCKADE’ campaign straightaway. As we have promised, the people will not allow a single ounce of the Lynas’ ores to reach our shores.
“We’ll bring together tens of thousands of people from across the nation to send the shipment of Lynas’ toxic ores back to Australia,” said Wong Tack.
BLOCKADE

KERAKUSAN PUAK2 NIH SAMPAI SANGGUP MEMBINASAKAN NEGARAA SENDIRI



DOKUMEN SKANDAL SCORPENE TERDEDAH!!!!

70 DOKUMEN TELAH DIMUAT TURUN DIINTERNET MULAI SEMALAM...



DOKUMEN berkenaan skandal Kapal Selam Scorpene telah mula dimuatnaik ke internet sejak semalam. Namun dokumen tersebut berbahasa Perancis, silalah download.

Difahamkan dokumen tersebut dihantar oleh individu yang tidak dikenali kepada Asia Sentinel yang berpengkalan di Hong Kong. Ia merupakan laporan hasil daripada serbuan dan penyiasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Perancis berhubung skandal tersebut Pada 7 April, 2010.

BB Plaza akan diruntuhkan untuk pembinaan stesen MRT

Wakil penyewa BB Plaza Hassan Saad, bercakap kepada media selepas mesyuarat dengan UDA. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 26 Jun —  Bangunan Plaza Bukit Bintang (BB Plaza) milik anak syarikat Kementerian Kewangan (MoF), UDA Holdings akan diruntuhkan untuk pembinaan projek stesen Myrapid Transit (MRT) oleh MRT Corp. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Naib Presiden Kanan UDA Holdings, Syed Ahmad Nazri Syed Kamaruzaman hari ini ketika sidang media selepas pertemuan dengan peniaga-peniaga di bangunan berkenaan.
"Kami perlu menuruti agenda nasional. Bangunan BB Plaza ini akan diruntuhkan untuk pembinaan stesen MRT yang terbesar.
"MRT Corp telah mengesahkan bangunan ini akan diruntuhkan. Semua peniaga, termasuk kakitangan UDA Holdings di sini terpaksa akur dan berpindah," kata Syed Ahmad Nazri.

NFC: SOP Kementerian Kewangan, Pertanian lemah


NFC: SOP Kementerian Kewangan, Pertanian lemah KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati wujud kelemahan dalam prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhubung penganugerahan kontrak projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).
  
Pengerusi PAC Datuk Seri Azmi Khalid berkata ini termasuk kelemahan dalam aspek memberi arahan dan kawalan dalaman Kementerian Kewangan kepada agensi-agensi yang tidak mantap.
  
"Didapati pegawai yang mewakili kementerian (kewangan dan pertanian) dalam NFC tidak begitu mahir dalam tanggungjawab sebagai ahli lembaga pengarah. "Mungkin tahu (tanggungjawab) tapi tindakan-tindakan untuk pastikan sesuatu

Rasuah Sukar Dibendung Kerana Bermula Diperingkat Atasan


SHAH ALAM 26 JUN : Rasuah di Malaysia sukar dibendung dan menjadi bertambah serius saban tahun kerana ia dikenal pasti bermula di peringkat atasan, kata Senator Dr Syed Husin Ali.
Menurut Syed Husin, ia bukan sahaja membabitkan golongan bawahan tetapi lebih parah apabila golongan pemimpin atasan  terbiasa dengan pengurusan kegiatan ekonomi yang mengaut keuntungan negara untuk memberi kesenangan kepada pihak-pihak tertentu.

21 (EKSKLUSIF) Kenapa Ustaz FATHUL BARI Bersama PEMIMPIN UMNO Yang Rasuah ?

20 (EKSKLUSIF) Hukum HALANG Projek LEBUH RAYA Kelantan

19 (EKSKLUSIF) Undi UMNO Haram @ Wajib ? UMNO Syirik NASIONAL ?

18 (EKSKLUSIF) Sejauh Mana Dakwah Ustaz FATHUL BARI Dalam UMNO ?

17 (EKSKLUSIF) PRU 13 : Masa Depan Islam ? -Moderator-

16 (EKSKLUSIF) PRU 13 : Masa Depan Islam ? -Dr Asri MAZA-

15 (EKSKLUSIF) PRU 13 : Masa Depan Islam ? -Moderator-

14 (EKSKLUSIF) PRU 13 : Masa Depan Islam ? -Ustaz Fathul Bari-

13 (EKSKLUSIF) PRU 13 : Masa Depan Islam ? -Moderator-

12 (EKSKLUSIF) PRU 13 : Masa Depan Islam ? -Ustaz Ridhuan Tee-

11 (EKSKLUSIF) PRU 13 : Masa Depan Islam ? -Moderator-

10 (EKSKLUSIF) PRU 13 : Masa Depan Islam ? -Dr Fadzli-

09 (EKSKLUSIF) PRU 13 : Masa Depan Islam ? -Moderator-

08 (EKSKLUSIF) PRU 13 : Masa Depan Islam ? -Ustaz Ridhuan Tee-

07 (EKSKLUSIF) PRU 13 : Masa Depan Islam ? -Moderator-

06 (EKSKLUSIF) PRU 13 : Masa Depan Islam ? -Dr Asri MAZA-

05 (EKSKLUSIF) PRU 13 : Masa Depan Islam ? -Moderator-

04 (EKSKLUSIF) PRU 13 : Masa Depan Islam ? -Ustaz Fathul Bari-

03 (EKSKLUSIF) PRU 13 : Masa Depan Islam ? -Moderator-

02 (EKSKLUSIF) PRU 13 : Masa Depan Islam ? -Dr. Fadzli-

01 (EKSKLUSIF) PRU 13 : Masa Depan Islam ? -Moderator-

Siapa isteri saya nak ugut Ali Tinju - Zahid Hamidi....ha..ha..ha...Ali kena tinju eh..!!!

Mongolian economy key issue in upcoming election

Pesawah tuntut kerajaan naikkan subsidi

YB - Tim. Menteri Pelajaran Bahas Peruntukan Tambahan 2012

YB Bahas Peruntukan Tambahan 2012 RM195,000,000 Kementerian

YB PKR Balik Pulau Bahas Peruntukan Tambahan 2012 RM195,000,

RTD refutes RM2,000 compound hike

10 tahun penduduk Machap diganggu lalat

Wacana Ilmu Buku Rasuah - Perbelanjaan Berhemah Punca Kelantan Bebas Rasuah

Pakatan Rakyat berada dikemuncak, Tapi jangan biarkan jatuh berkecai

Oleh: mohdnoorawang

"Sehingga kini Pakatan Rakyat berada dikemuncak dan disukai oleh semua golongan rakyat Malaysia terutama anak anak muda Malaysia.

Walaupun bermacam "Tranformasi Najib Razak" dilakukan dan dilancarkan namun rakyat hanya senyum kambing dan senyum sumbing menerima.

Setiap "Tranformasi Najib Razak" hanya memperkayakan sahabat dan kroni Najib Razak dan komponen BN yang lain. Jelas terbukti BN gagal memikat hati rakyat terutama kaum China yang cukup faham politik kotor BN.

Masalah 5D jika BN kekal kuasa

Negeri-negeri Pakatan seperti Pulau Pinang telah berjaya membuktikan kerajaan yang bersih boleh menunjukkan prestasi yang lebih baik dari kerajaan yang korup.

Oleh Lim Guan Eng
Rakyat Malaysia menjadi semakin gelisah. Persoalannya sama ada kali ini merupakan peluang untuk mewujudkan masa depan dengan penuh integriti dalam kepimpinan atau terus undur ke belakang di mana masa depan anak-anak kita akan terus gelap dengan gejala rasuah sepanjang 50 tahun lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan keyakinannya bahawa Barisan Nasional (BN) akan menang dalam pilihan raya umum akan datang (PRU23) dengan menyapu bersih kejayaan 14-0.
Jika beliau dan BN berjaya, rakyat pasti merana dengan 5D – Deficits (Defisit), Debts (Hutang), Deceits (Penipuan), Dictatorship (Kuku Besi) dan brain Drain (pengaliran keluar tenaga mahir).
BN menunjukkan keangkuhan dengan menabur wang tunai dan politik wang untuk membeli populariti dan Pakatan Rakyat menerima kemungkinan BN boleh memenangi PRU13 dengan apa cara sekali pun.

BN mengugut orang awam dengan tema Merdeka, kata Pakatan

KUALA LUMPUR, 26 Jun — Pihak pembangkang telah menuduh Barisan Nasional (BN) sedang mengugut rakyat dengan tema Janji Ditepati untuk perayaan Merdeka tahun ini.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) telah memberitahu The Malaysian Insider bahawa tema itu bercanggah dengan idea kebebasan yang dikaitkan dengan kemerdekaan dan berkata Datuk Seri Najib Razak telah menggunakan perayaan hari cuti nasional untuk "propaganda politik yang sempit".
"Beliau tidak peduli lagi," pemimpin Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, merujuk kepada perdana menteri.
Pemimpin de fakto PKR itu berkata bahawa "sebalik dari mesej kebebasan yang dapat diterima oleh semua", BN telah memilih tema yang "bercanggah dengan kemerdekaan dan sebaliknya menggugut dan mengfragmentasi rakyat Malaysia."

JPJ : Jumlah tidak lebihi RM300 jika selesai melalui bayaran kompaun

Penerangan berkaitan kenaikan denda mahkamah maksima atas cadangan pindaan undang-undang APJ 1987 di bawah Seksyen 14, 15, 26, 40, 59, 66(A) dan 79.

1. Semua kesalahan di atas adalah merupakan kesalahan yang boleh dikompaun.  Orang yang kena saman (OKS) diberi peluang untuk membayar kompaun atau hadir di mahkamah.  Jika OKS memilih untuk menyelesaikan kes melalui bayaran kompaun, jumlah kompaun yang akan dikenakan tidak melebihi RM300.  Jumlah bayaran kompaun berdasarkan kepada bayaran berperingkat berdasarkan kepada prinsip "the more you delay, the more you pay".  Sebagai contoh, bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 iaitu kesalahan mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan tidak mengikut spesifikasi, denda yang akan dikenakan sebagaimana berikut:-
Bayaran Jumlah Kompaun
Bayaran dalam tempoh 15 hari daripada tarikh saman  RM100
Bayaran selepas 15 hari sehingga 30 hari  RM150
Bayaran selepas 30 hari sehingga 60 hari  RM250

NFC: PAC finds ministerial ‘weaknesses’

PAC chairman Azmin Khalid says there are a 'quite a number of weakenesses' in the SOPs of the two ministries.

KUALA LUMPUR: The Public Accounts Committee (PAC) today said that it found “quite a number” of “weaknesses” in the standard operation procedures (SOPs) of two ministries in relation to the RM250 million National Feedlot Centre (NFC) scandal.
PAC chairman Azmi Khalid told reporters this after the committee spent about five hours hearing testimonies from representatives from both the Ministry Agriculture and Agro-Based Industry and Ministry of Finance – the ministries in charge of the award and disbursement of funds to the NFC.
Azmi said that not only were there weaknesses in adhering to the SOPs, but even the SOPs themselves contained flaws.
Asked if these weaknesses were minor or major, he responded:”If they were all minor, it would not have exploded this far. There are certain things that are minor, certain [things] that are not so minor, a combination of everything.”

S’pore to Utusan: Give our side of story

Envoy Ong questions the paper’s refusal to publish a rebuttal against the accusation that his office wants to see BN fall.
PETALING JAYA: Singapore High Commissioner Ong Keng Yong today bemoaned Utusan Malaysia’s refusal to publish his office’s defence against the Umno paper’s allegation that it might have supported the Bersih 3.0 rally in order to see Barisan Nasional fall.
“We have put across our stand, but Utusan has not published the letter that we sent on Saturday,” Ong said.
“Their readers think that we have not done anything.”
Ong said he sent the letter in response to Utusan’s publication last Wednesday of an opinion piece written by editor Zaini Hassan.

Perlu “Pelincir” Jika Ingin Dapatkan Sesuatu Projek Di Malaysia...!!!

SHAH ALAM, 26 JUN : Amalan memberi “pelincir” oleh pemaju dan kontraktor sebagai ganjaran kepada pihak tertentu untuk mendapatkan tender dan kelulusan projek kian menjadi tabiat yang semakin menular di Malaysia.
Natijahnya, sesuatu projek itu akan mudah diluluskan apabila kontraktor sanggup membayar harga berlipat ganda iaitu antara 30 hingga 50 peratus daripada kos sebenar.
Menurut Senator Dr Syed Husin Ali, Malaysia dianggarkan mengalami ketirisan hampir RM21 bilion setahun ekoran daripada amalan rasuah dan korupsi yang dilakukan pihak tertentu.
“Ketirisan RM21 bilion itu bukan digunakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, tetapi ia jatuh ke dalam poket orang-orang tertentu yang berkuasa dan kroni mereka sendiri untuk meraih kekayaan.
“Kebiasaannya, rasuah ini berlaku menerusi kerjasama paling rapat kontraktor itu dengan pemimpin besar,” katanya.

Tak perlu 'emo' wakil Singapura dalam Bersih - Kadir


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Kadir Jasin (gambar) berpandangan, rakyat negara ini tidaklah perlu 'emo' sangat dengan kehadiran diplomat Singapura dalam perhimpunan Bersih 3.0.

"SAYA rasa kita tidaklah perlu “emo” sangat mengenai kehadiran diplomat Singapura di tunjuk perasaan Bersih pada 28 April lalu.

"Saya yakin banyak lagi Suruhanjaya dan Kedutaan yang hantar wakil untuk meninjau, memantau dan membuat laporan diplomatik peristiwa itu.

"Apalah yang hendak dihebohkan sangat, bukankah sejak bertahun-tahun mereka menghantar wakil meninjau, memantau dan membuat laporan mengenai mesyuarat agung Umno, PAS, DAP, PKR dan bermacam-macam kegiatan politik lagi?" tulis Kadir dalam blognya.

Pesawah tuntut kerajaan naikkan subsidi



KUALA LUMPUR, 26 Jun: Sekumpulan pesawah Malaysia hari ini menggesa kerajaan menaikkan harga padi dan subsidi kepada petani.

Pengerusi Badan Bertindak Pesawah Malaysia, Mohamad Fuad Yaakob berkata, kerajaan harus mengkaji harga padi terkini yang disifatkan tidak lagi relevan pada masa kini.

Pendapatan 140,000 keluarga pengusaha tanaman padi dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan keluasan 240,000 hektar hanya berpendapatan RM480 sebulan iaitu di bawah paras miskin tegar.

Siasatan skandal Scorpene menyukarkan Najib dengan PRU makin hampir

KUALA LUMPUR, 26 Jun – Kerajaan Malaysia akan menjawab dakwaan berkenaan pembelian dua buah kapal selam Scorpene pada Selasa, sebagai maklum balas terhadap skandal tersebut yang dilihat cubaan untuk mencalarkan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan pilihan raya bakal dilaksanakan tidak berapa lama lagi.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka akan memberikan jawapan terhadap dakwaan penjualan dokumen rahsia tentera laut negara ini kepada syarikat pembinaan kapal selam Perancis DCNS bagi memudahkan mereka memenangi bidaan tersebut dengan harga €1 billion (RM4 billion) pada 2002.

140 peneroka mohon sekat proses pinjaman

Seramai 140 orang peneroka Felda hari ini memfailkan injunksi untuk menghalang pihak berkuasa daripada memproses permohonan pinjaman mereka untuk membeli saham bagi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Dalam permohonan tersebut, kumpulan peneroka daripada Pahang, Kedah dan Johor itu menyatakan bahawa mereka mahu satu injunksi untuk menghalang dana berkenaan dipindahkan kepada FGV.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuantan melalui firma Mohd Harris.

KGT: Husam minta Awang Adek teliti sebelum ulas

KOTA BHARU: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Datuk Husam Musa mendakwa Awang Adek Hussin sebagai pemimpin mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa dalam isu membabitkan pengurusan Kelantan Golden Trade (KGT), dinar dan dirham Kelantan.

Husam yang juga Naib Presiden PAS Pusat mendakwa tindakan Timbalan Menteri Kewangan itu berpijak kepada ‘habuk-habuk fitnah’ dalam membuat kenyataan.

“Bahkan sebagai Timbalan Menteri Kewangan, tidaklah wajar bagi Awang Adek terburu-buru memberikan kenyataan tanpa memeriksa fakta kes termasuk apa laporan, apa isi laporan polis dan apa komen polis (dalam isu berkaitan).

“Tiba-tiba terus terburu-buru, (justeru) seakan-akan memberikan implikasi adanya ‘penyelewengan’ dalam KGT,  dinar dan dirham Kelantan.

Bekas timbalan pengarah Jakim masuk PAS


KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengalu-alukan sesiapa sahaja atau di kalangan mereka yang mempunyai peranan untuk menyertai Parti PAS.

Katanya, PAS bersikap terbuka dan menerima siapa sahaja bukan hanya di kalangan ahli politik bahkan mereka di kalangan teknokrat.

Mengulas fenomena bekas kakitangan kerajaan, artis dan selebriti secara terbuka menyertai PAS pada hari ini,  Abdul Hadi berkata, itulah satu kekuatan dan nilai tambah kepada PAS.

Lima aktivis Royalti cedera dipukul samseng politik sebelum himpunan


Kekecohan Libatkan Dua NGO
Seorang peserta perhimpunan, dari Kumpulan NGO Royalti tercedera ketika kekecohan di hadapan Kompleks Darul Naim, Kota Bharu pagi tadi.
 
KOTA BHARU - Seramai lima aktivis Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak Dan Gas ke Kelantan (Royalti) cedera didakwa dipukul ketika berhimpun di hadapan perkarangan Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.
Salah seorang mangsa yang juga Naib Presiden Royalti, Abu Samah Hassan berkata, kejadian itu berlaku ketika pihaknya sedang berunding dengan anggota polis bertugas berhubung urusan pembahagian kawasan himpunan.

9 tahanan ISA mogok lapar: GMI akan protes di depan parlimen

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, sehingga hari ini sembilan orang tahanan ISA telah melancarkan mogok lapar.  Mogok lapar telah dimulakan oleh dua orang tahanan iaitu Fadzullah bin Abdul Razak dan Razali bin Kassan pada hari khamis lalu.  Berdasarkan maklumat yang diperolehi juga, mogok lapar tersebut telah disertai oleh dua orang warga tempatan, empat orang warga Sri Lanka dan seorang warga India menjadikan jumlah kesemuanya sembilan orang.

GMI juga mendapat maklum, Razali dan seorang warga Sri Lanka telah diasingkan daripada tahanan lain oleh pihak KemTa kerana melakukan mogok lapar.  Fadzullah pula sememangnya telah mengalami Solitary Confinement (Kurungan Sendiri) sejak dua bulan lalu atas sebab yang masih tidak dapat dipastikan.  Keadaan tahanan juga dilaporkan semakin lemah kerana mereka hanya minum air tanpa mengambil sebarang makanan sejak enam hari lalu.

Malaysia tolak label 'demokrat palsu' pada PM.....tapi memang benar eh..!!!


 
Kementerian Luar sedih dengan artikel dalam akhbar Kanada yang mengkategorikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai "demokrat palsu", dengan meletakkannya sebaris dengan autokrat lain dunia.

Tulisan itu, bertajuk "A 21st-century checklist of the new autocrats" disiarkan pada 8 Jun oleh The Globe and Mail.

DUPP : Najib tak layak bercakap soal LGBT, pluralisme


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'cakap tak serupa bikin' untuk tidak membenarkan kefahaman lesbian, gay, bisexual dan transexual (LGBT), pluralisme dan liberalisme bertapak di negara ini.

Dengan dasar pemerintahan yang tidak berlandaskan Islam, Najib sepatutnya menilai kembali ucapannya secara jujur dan ikhlas tentang hasratnya mempertahankan Islam.

"Contoh paling jelas, bagaimana seorang Perdana Menteri ingin mendaulatkan Islam jika isterinya sendiri tidak mengikut tuntutan Islam?  Bagaimana dengan sistem pentadbiran negara yang tidak berlandaskan Islam?" soal Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP), Ustaz Nik Zawawi Salleh (gambar) kepada Harakahdaily, hari ini.

Parlimen : 19 kematian, 21 cacat kekal sejak PLKN dilaksana


KUALA LUMPUR: Sejak diperkenalkan pada tahun 2004, sejumlah 19 kematian direkodkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Selain itu, 21 kes lagi melibatkan kecederaan kekal ke atas pelatih dalam tempoh sama.

Kematian pelatih adalah disebabkan pelbagai punca termasuk masalah kesihatan yang dihidapi pelatih.

Perkara itu dimaklumkan kerajaan dalam jawapan bertulis hari ini terhadap soalan Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) di Dewan Rakyat.

Manifesto Pilihan Raya SPR Teruskan Sikap Berat Sebelah

SHAH ALAM 26 JUN : Pemuda PAS kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang  tidak bersungguh mahu memastikan perjalanan pilihan raya berlangsung dalam keadaan yang telus dan bersih.
Ini ekoran kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusof yang mahu setiap parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya dibenarkan berbuat demikian secara rakaman dan bukannya secara langsung.

Perbelanjaan Berhemah Punca Kelantan Bebas Rasuah


SHAH ALAM 26 JUN : Tiada pegawal peribadi, memakai hanya satu kereta rasmi, mendiami rumah sendiri dan memakai perabot yang tidak ditukar selama 20 tahun.
Ini antara langkah yang diambil Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi menerapkan amalan hidup sederhana bagi memerangi rasuah selama lebih 20 tahun beliau mentadbir Kelantan.
“Selain mengamalkan cara yang dianjurkan Islam, kecekapan menguruskan wang juga penting demi memastikan setiap perbelanjaan itu tidak sia-sia.

Nik Aziz : Hayati Undang-undang Allah Bagi Memerangi Rasuah

SHAH ALAM 26 JUN : Undang-undang ciptaan manusia tidak akan sesekali berjaya memerangi gejala rasuah atau jenayah lain secara mutlak dan menyeluruh.
Sebaliknya, menurut Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hanya undang-undang Allah mampu mengubah keadaan tersebut asalkan setiap umat berpegang teguh kepada konsep ketakwaan terhadap-NYA.
“Hanya Allah yang mampu menjaga kita menjadi lebih baik. Sama juga dengan lembu, takkan lembu kena jaga lembu memang tidak jadi apa.
“Sebab itu, lembu ada tuan dia yang menjaga barulah lembu dapat mengawal diri, tidak tidur di tengah jalan dan sebagainya.

Jangan terpengaruh dengan yang ragukan perjuangan PAS


(Himpunan Hijau di padang Ahmad Badawi mendengar ucapan Ustaz Hadi dari Dubai)

BUTTERWORTH: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan semua ahli dan pendokong PAS jangan terpengaruh dengan kumpulan yang sering meragukan perjuangan PAS dengan lontaran kenyataan yang bertentangan dengan arahan kepimpinan.

Tugas mereka sebagai pejuang sambungnya, untuk menyebarkan dakwah dan berpolitik bagi memastikan kuasa pemerintahan dimiliki oleh orang atau parti yang benar-benar ikhlas serta mempunyai bermatlamat membentuk negara menjadi lebih bertamadhun.

"Ahli dan pendokong perjuangan PAS jangan terpengaruh dengan kumpulan yang bebal. 

"Di mana mereka sering berada di pentas pidato mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan suara yang di arahkan oleh kepimpinan.

SACK ZAHID: No, my wife did not threaten army veterans, says defense minister

SACK ZAHID: No, my wife did not threaten army veterans, says defense ministerDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has refuted a claim that his wife had threatened a group of army veterans who want him sacked as defence minister, saying she was only advising them against carrying out their protest rally this Friday.
The Malay Army Veterans Association (PVTM) had planned to demonstrate their anger at Ahmad Zahid (picture) outside the Ministry of Defence (Mindef) on June 29 for allegedly breaking his promise to set up a special pension fund for retired soldiers, but cancelled it after their president, Datuk Mohd Ali Bahrom, said he had been threatened by the minister’s wife through a text message.
“My wife and Ali are from the same village. They know each other even though they are not related.
“I asked my wife how many text messages Ali sent (to her), she told me 16, because Ali is fond of sending text messages to anyone, including my wife.
“So my wife advised him, but Ali only highlighted one sentence and after I read it, I don’t think that it is a threat,” Ahmad Zahid was quoted as saying by news portal Malaysiakini today.
Don't try to be funny SMS

Mula-mula tidak kenal, hari ini isteri yang kenal...ha..ha..lu sape..ki..ki..!!!


KUALA LUMPUR: Mula-mula Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak kenal Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) mahupun pengerusinya Mohd Ali Baharom (gambar kanan).

Tetapi dalam sidang medianya hari ini, Ahmad Zahid  berkata, isteri beliau mengenali Mohd Ali kerana mereka berasal dari kampung yang sama.

"Siapa mereka itu?" soalnya kembali ketika ditanya mengenai tuntutan persatuan berkenaan - antaranya untuk mendapatkan elaun sehingga RM1,000 kepada bekas tentera berusia lebih 60 tahun.

"Saya tidak pernah kenal dia," katanya lagi dalam sidang media di Kementerian Pertahanan sebelum ini.

Jika puak UMNO tengok gambaq nie..sah depa kata ASRI pun SESAT..!!!

Airmataku Mengalir Melihat Gambar Ini...
 
Gambar yang memberikan 1000 makna.

Antara ISLAM UMNO dengan PENARI TIANG..!!!

PRU 13 - Anwar bergerak ke SELANGOR.. Kit Siang & Salahudin bergerak ke JOHOR

Strategi PR untuk merakyatkan Putrajaya
Menyedari bahawa beberapa buah kubu kuat tradisional Barisan Nasional perlu ditawan untuk mengambil-alih kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dipercayai sedang merancang untuk bergerak keluar daripada kubu kuat mereka dan bertanding di kawasan-kawasan parlimen utama yang kini disandang oleh BN.

Strategi ini perlu jika Pakatan Rakyat meletakkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya 110 kerusi bagi membentuk kerajaan persekutuan selepas PRU-13 seperti yang didakwa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

BB Plaza to be demolished for MRT, says UDA

KUALA LUMPUR, June 26 — Bukit Bintang Plaza (BBP), an iconic 1970s-built mall in the heart of the city’s busiest shopping district, will be demolished to make way for construction on the Klang Valley MRT rail line, mall owner UDA Holdings Bhd said today.
The Finance Ministry-owned firm added that the mall’s 167 tenants, 60 per cent of whom are Bumiputeras, would have to clear out of the building by year-end to facilitate preparatory work on the country’s first mass rapid transit system.
But the announcement, made today by UDA Holdings senior vice-president Syed Ahmad Nazri Syed Kamaruzaman, contradicts MRT Corporation’s last statement on the debacle.
A representative of the MRT project owner had last told The Malaysian Insider that BBP’s tenants could stay put, despite plans to integrate the rail line’s largest station with the mall.

Tok Ki Det : Tan Sri Khalid tak tahu berpolitik ?

Budaya politik di Malaysia, termasuk di Selangor, memang unik, banyak sekali ironis dan tak masuk akalnya. Dahulu, insan seperti Dr. Khir Toyo yang asalnya seorang doktor gigi tidak semena-mena menjadi orang yang sangat penting dan amat kaya dalam arena politik Malaysia khususnya dalam politik Selangor.
Siapa Khir Toyo
Manusia bernama Khir Toyo ini datangnya entah dari mana, kliniknya pun ramai orang tak tahu. Namun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri dengan beraninya telah melonjakkan ‘budak mentah’ ini ke jawatan paling penting dan panas sekali. Perlantikan itu sekali gus membuang jauh-jauh nama-nama ahli politik yang kanan pada ketika itu.
Suka atau tidak, rasional atau tidak, semua orang UMNO ketika itu terpaksa menelan bulat-bulat keputusan Tun M. Mereka beranggapan, Tun M lebih tahu apa tentang yang beliau buat, Tun M boleh ‘nampak’ masa depan. Inilah mitos orang-orang UMNO ke atas Tun M.

Arab Spring: Mahathir gabra, cemas Umno-BN kalah teruk dalam PRU-13

Sejak muktahir ini, Mahathir Mohamad semakin galak memberikan kenyataan untuk membantu Najib Tun Razak mempertahankan kuasa. Tetapi kenyataan lebih menggambarkan "ketakutan" dan "kebimbangan" beliau menongkah arus politik baru yang bakal melakar sejarah. Mahathir dengan sengaja memain dan memutarkan isu 'Arab Spring' bagi menakut-nakutkan rakyat melakukan perubahan dalam PRU-13 tidak lama lagi.

Exco S'gor: Surat sokongan amalan k'jaan BN

Exco pendidikan Selangor, Dr Halimah Ali berkata amalan menghantar surat sokongan di kalangan pegawai kanan kerajaan bagi permohonan projek kerajaan negeri perlu ditukar.
"Itu norma, budaya dahulu, jumpa YB untuk dapatkan kerja dan sebagainya.
"Norma itu kita mahu tukar, YB tiada pena ajaib," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor itu berkata, beliau tiada halangan sekiranya orang ramai memohon untuk mendapatkan surat sokongan.
Menurutnya, walaupun beliau tidak menghalang, beliau sendiri tidak menggalakkan perkara itu berlaku dalam pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri itu.

"Itu amalan saya. Pergi terus (kepada pihak berkenaan) jika ada apa-apa permohonan," katanya.

Rais Yatim nak perangkap Pakatan Rakyat

Oleh Safar Jumaat
Untuk percaya, sukar tetapi sama-samalah kita tengok. Apakah janji Menteri Penerangan, Komunikasi Kebudayaan dan Warisan, Dato' Seri Dr Rais Yatim untuk memberi peluang kepada pembangkang mendapat ruang menyampaikan manifesto dalam PRU-13 menjadi kenyataan atau sebaliknya.


  Dari segi logik akalnya, ia mustahil berlaku kecuali satu slot "sekadar mahu melepaskan batuk di tangga" bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa media yang dikawal kerajaan bersikap terbuka kepada pembangkang, sebagai membuktikan telah berlaku trasformasi media dan politik, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

The Umno trap

The Umno trapWe have heard of the middle income trap; a situation where a country after attaining a certain income will get stuck at that level - unable to progress further but may gently slip backwards.
For citizens of such a nation, there will typically be a majority earning within the middle income range with a small percentage of poor, rich and the super-rich. Those in the middle income group usually slide back into the poor group as the years go by, with only a few able to join the rich and super-rich.
Like it or not, the majority will be trapped and burdened with increasing debt to make ends meet.
There is also a low income trap or the poverty trap. But the UMNO trap is the most 'unique'. It is truly a case study of how a corruption and race-based party evolves through the years it held power.
Trapped with being racist

Khairy: Royalti minyak Kelantan tidak diberikan terus

"Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata negeri Kelantan telah diberikan royalti minyak melalui satu jawatankuasa yang diketuai timbalan menteri kewangan Datuk Awang Adek Hussin.

Menurut Khairy, tujuan kerajaan pusat tidak memberi terus kepada kerajaan negeri adalah kerana mereka tidak yakin terhadap pemerintahan negeri di bawah PAS.

"Kita tak bagi melalui kerajaan negeri kerana tak yakin dengan kerajaan negeri. Ini bukan soal politik tapi tak percaya.

Hanya 'mutu mengenal manikam', bukannya 'Muthu mengenal Maniam'

Saya bersetuju dengan Dr Mahathir bahawa kita tidak perlu mengikut jejak cara Arab Spring untuk menjatuhkan kerajaan, kerana diantara Malaysia dan negara-negara arab itu berbeza. Di negara-negara arab itu tidak ada demokrasi dan saya bersetuju dengan Dr Mahathir itu.
Kita tidak mahu terjadinya Arab Spring disini untuk mendapatkan kuasa. Kita memilih untuk mendapatkan kuasa melalui pengiraan undi didalam pilihanraya yang diadakan secara demokratik. Tidak ada siapa yang mahukan kekecohan dalam politik ini, lebih-lebih lagi pihak pembangkang.
Kerana tidak mahu berlakunya Arab Spring itulah, rakyat mendesak kerajaan untuk membetulkan sistem pilihanraya di negara kita ini. Negara kita telah melalui pilihanraya demi pilihanraya sejak merdeka tetapi rakyat sekarang sedar bahawa sistem pilihanraya dan demokrasinya yang telah terlaksana selama ini tidak sampai ketahap yang munasabah. Ianya berat sebelah dan sentiasa memberikan kelebihan kepada BN sahaja.