Isnin, 25 Jun 2012

Inside Story - Is Egypt's political limbo over?

Rafizi Ramli: Apa Beza Reformasi Dengan Transformasi?

Thaipusam: Salahuddin tidak hina agama Hindu

Rafizi to expose abuses of power by Selangor Umno

Debatkini: Is Malaysian Democracy Moving Forward? - Part 2

Kesian Najib, melutut kepada pemandu teksi

Bahaya rasuah, tidak amanah dan salahguna kuasa

Rakyat Malaysia akan menghadapi pilihan raya umum tidak berapa lama lagi dan salah satu perkara yang harus diberi perhatian serius ialah amalan rasuah, tidak amanah dan salahguna kuasa, iaitu satu penyakit yang cukup bahaya dan boleh memufliskan negara.

Penyakit  ini bukanlah wabak baru tetapi sejenis pekung atau kanser yang belum dapat diubati atau dihapuskan kerana sifat manusia yang tamak kekayaan dan kuasa. Ia berlaku hampir di semua negara dan Malaysia tidak terkecuali, sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan-Kerajaan Negeri,  termasuk yang ditadbir oleh parti yang menjadi pembangkang di peringkat Persekutuan.

223 Pelajar Tahfiz Dapat Biasiswa Yayasan Selangor

BANTING 25 JUN : Penghormatan dan keprihatinan Kerajaan Negeri menghulurkan biasiswa kepada pelajar-pelajar sekolah maahad tahfiz diharap mampu meningkatkan tahap kecemerlangan akademik dan sahsiah golongan pelajar tersebut.
Demikian harapan dilontarkan Pengetua Maahad Integrasi Tahfiz Sains & Teknologi (MITIB), Anas Ayob dalam satu Majlis Penyerahan Biasiswa Yayasan Selangor kepada 223 pelajarnya di sini pagi ini.
“Usaha ini menunjukkan komitmen yang baik daripada Kerajaan Negeri kepada anak-anak tahfiz.
“Semoga dengan bantuan sebegini, golongan pelajar yang berlatarbelakangkan pendidikan Al-Quran mampu menjadi golongan professional pada masa akan datang seterusnya dapat menjelmakan mimpi kami menjadi nyata,” ujar Anas.

RM5b oil money for free education

Opposition Leader Anwar Ibrahim indicated in Penang that he may not contest Nibong Tebal federal seat as speculated.
NIBONG TEBAL: Pakatan Rakyat will set aside RM5 billion from the country’s annual RM80 billion oil revenue to provide free education to all when it takes over Putrajaya.
Pakatan de facto leader Anwar Ibrahim said the coalition would give free education to all Malaysian students from primary school to tertiary education in public universities.
He said the government only needed to spend RM5 billion to fund the free education policy to once-and-for all end the argument over equal education opportunities for all Malaysian students regardless of the ethnic and religious backgrounds.
Noting that equal education opportunities and funds have become a major issue among poor Malays and non-Malays in the country, he insisted that free education to all was the right answer to end their woes.

Time to save Sarawak from Taib

The only way Sarawakians can see prosperity in Sarawak is if the state is rid of the “one family” which controls its entire resources, Penang Chief Minister Lim Guan Eng said last night.Reminding Sarawakians that the time had come to “return Sarawak and its natural resources to Sarawakians”, Lim said: “If Penang can do well without any natural resources, just relying only on its human talents and human resources, just imagine the potentials and the possibilities for Sarawak which has abundant natural resources and rich human talents.”
Lim was speaking at a 3,000-strong gathering at BDC Stamping, near here. Although Lim did not name the family, it was obvious that he was referring to Chief Minister Abdul Taib Mahmud’s clan.

Kerajaan BN kata SPR tidak ada rekod daftar pengundi


KUALA LUMPUR, 25 JUN: Datuk Seri Najib Razak gagal menepati janji untuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih telus kerana masih mahu merahsiakan perangkaan sebenar daftar pengundi.
DAP mempersoal tindakan Perdana Menteri ekoran keengganan beliau mendedahkan statistik daftar pengundi yang terkini yang secara langsung menguatkan lagi keraguan umum terhadap ketelusan SPR.
Bercakap dalam sidang media di lobi Parlimen di sini hari ini, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, beliau terkejut dengan jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang menyatakan bahawa SPR tidak mempunyai statistik jumlah pengundi baru yang didaftarkan oleh parti-parti politik setiap suku tahun sejak 2008.

Rafizi: Skandal kontrak LRT yang libatkan Najib

Saya merujuk kepada satu laporan yang disiarkan oleh Business Times bertarikh 22 Jun 2012 yang menyebut sumber-sumber yang rapat dengan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengesahkan sebuah konsortium yang diketuai oleh George Kent akan dianugerahkan kontrak bernilai RM960 juta.  Kontrak tersebut adalah bagi kerja-kerja projek tambahan sistem LRT Ampang ("The Engineering, Procurement, Construction, Testing and Commissiong of System Works for the Ampang Line Extension Project").

Memorandum penduduk Bkt Koman kepada Menteri Kesihatan

Jawatankuasa Bertindak Menentang Penggunaan
Cyanide Dalam Perlombongan Emas di
Bukit Koman, Raub, Pahang
d/a No. 382-B Bukit Koman
27600 Raub, Pahang Darul Makmur


25 Jun 2012

YB DATO SERI LIOW TIONG LAI
MINISTRY OF HEALTH
Blok E1, E6, E7 & E10, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590, Putrajaya.

Yang Berbahagia,

MESYUARAT TERTUTUP BERKENAAN PROJEK LOMBONG EMAS DI BUKIT KOMAN, RAUB, PAHANG

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

Dewan Pemuda PAS: Hala tuju menjelang taufan

Tatkala pemimpin MCA bercelaru menangkis pelbagai persoalan dan permasalahan yang dilemparkan oleh masyarakat Cina sendiri menjelang PRU13 dengan respons yang cukup lucu dan melucukan, dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) SUARAM lincah menyerang amalan rasuah menyabit kes pembelian kapal selam Scorpene, DAP galak meletupkan meriam biarpun kuasanya tak seberapa, PKR pula membelasah bertubi-tubi sang lembu hidup yang menghuni kondominium hingga ia terputus nyawa.  Pada saat-saat inilah, sudah tentu ramai akan bertanya: Isu apakah yang menjadi prihatin PAS, sebuah parti siasah yang memang terkenal dengan disiplin yang cukup mengagumkan itu?

Anwar Tuntut Mohon Maaf Dari NST, Berita Harian

KUALA LUMPUR, 25 JUN: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menuntut permohonan maaf daripada dua akhbar pro-Umno-BN kerana menyiarkan dakwaan yang beliau memilik akaun induk yang menyimpan RM 3 bilion.
Anwar menuntut agar akhbar The New Straits Times dan Berita Harian memohon maaf dalam masa 24 jam atau hadapai tindakan saman fitnah.
Anwar telah memfailkan notis tuntutan tersebut melalui Tetuan Edwin Lim Suren & Soh, bagi menuntut permohonan maaf berhubung artikel berkenaan.

PKR mahu dedah pula 'skandal' projek tambahan LRT Ampang


 
PKR akan melakukan pendedahan setiap dua hari bermula hari ini mengenai apa yang didakwanya skandal pemberian kontrak pembinaan projek tambahan sistem LRT Ampang yang bernilai  RM960 juta.

NONEPengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli (kanan) berkata projek tersebut yang didakwa dianugerahkan kepada syarikat yang tidak terpilih melalui proses tender terbuka, telah menjejaskan janji pentadbiran Najib untuk membanteras rasuah.

Berikutan itu, tegasnya, PKR akan membuat pendedahan setiap dua hari mengenai skandal tersebut yang bakal menguji komitmen Najib kepada usaha membanteras rasuah dan penyelewengan.

Katanya, pendedahan tersebut adalah juga balasan daripadanya ekoran kerana tindakan Umno memutarbelitkan keputusannya untuk menarik diri dari Kerajaan Selangor sebagai petanda wujud keretakan dalam pentadbiran kerajaan negeri itu yang ditunjangi PKR.

Sebaliknya, kata Rafizi, beliau mengambil tindakan tersebut untuk menumpukan perhatian merancang strategi pilihan raya PKR.

Tahniah Dr Mursi, FJP dan Rakyat Mesir

GABUNGAN Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) mengucapkan tahniah kepada Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) atas kejayaan dalam pemilihan presiden Mesir.
Dr Mohammed Mursi yang mewakili FJP memperoleh 13,237,000 undi atau nisbah 52 peratus berbanding Ahmed Shafik yang memperoleh 12,338,973 dengan nisbah 48 peratus daripada jumlah undi keseluruhan 25,575,973.
Gamis memberi perhatian yang serius sepanjang pilihan raya di Mesir kerana yakin dengan perubahan yang bakal berlaku kepada bumi yang kaya dengan peradaban itu.
Justeru, Gamis berharap dengan kemenangan ini, Mesir menjadi contoh sebuah negara pasca-revolusi yang lebih baik dan mempunyai ciri-ciri ‘baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur’. Serta mampu menjadi ikutan buat negara-negara lain yang telah berlaku revolusi.

Gelombang kebangkitan Islam melanda Mesir

Apakah selepas ini Mesir masih mahu bersikap lunak dengan kuasa Barat, Amerika Syarikat dan Israel atau dasar luarnya akan berubah?

Pengisytiharan Mohamed Morsi dari Ikhwanul Muslimin sebagai presiden Mesir semalam meneruskan kesinambungan gelombang kebangkitan Islam di Timor Tengah dan Afrika Utara yang berjaya menumbangkan rejim-rejim diktator.
Pelantikan beliau ini juga tentunya diraikan oleh semua gerakan Islam di negara-negara Islam termasuk di Timor Jauh apatah lagi parti PAS di Malaysia ini.
PAS dan ikhwanul Muslimin dianggap seperti saudara kembar. Dasar perjuangan Ikhwan yang berasaskan teologi sama dengan dasar perjuangan PAS.
Malahan ramai tokoh, pemimpin, ustaz dan ulama yang menyertai PAS adalah lulusan dari Universiti Al Azhar, universiti tertua dan terbilang di Mesir itu.

Anti-Lynas protest at Dataran

Armed with placards, some 50 people took part in the protest held in solidarity with the Occupy Balok-Gebeng rally in Kuantan on Sunday.

KUALA LUMPUR: Over the weekend, about 50 anti-Lynas protesters gathered at Dataran Merdeka in solidarity with the 24-hour Occupy Balok-Gebeng rally held in Kuantan.
A video footage of the gathering showed about eight young adults with manila cardboard posters, pots, pans, and a guitar chanting slogans in protest of the Lynas plant.
The group, who seemed to be in high spirits, had their protest disrupted by a Kuala Lumpur City Hall (DBKL) officer after a few minutes of chanting, “Rakyat geram, Lynas haram”, “Rakyat says no” and “Lynas has to go”.
In the video, the DBKL officer was heard telling the group to stop fooling around, asking them why they were troubling people.

Dr Rani: Sasaran Menang 8 Kawasan Baru Berdasarkan Fakta

SHAH ALAM 25 JUN : Sesuatu kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Umno-Bn biasanya tidak berdasarkan fakta dan realiti, kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman.
Perkara itu diperkatakan berhubung kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang meminta Pas Selangor tidak mengeluarkan kenyataan kosong hanya untuk meraih undi bagi PRU13.
Semalam, Noh turut berkata sasaran lapan kawasan baru Pas yang didakwa bakal membantu misi menawan 16 kerusi Dun hanyalah kenyataan kosong sahaja untuk tunjukkan Pas berjaya mengambil hati rakyat.
“Beliau (Noh) boleh cakap apa sahaja, dulu masa 2008 kata nak bagi pembangkang sifar untuk kerusi Dun, tetapi hakikatnya mereka jadi pembangkang.
“Mereka (Umno-BN) bila bercakap bukan atas fakta ataupun realiti. Jadi dia nak cakap apa pun dia boleh cakap tunggu saja PRU13 akan datang. Jika berani buatlah PRU13 sekarang, kenapa perlu tangguh-tangguh,” katanya ketika dihubungi.
Beliau menambah kenyataan itu dapat diperkukuhkan dengan adanya pemimpin Umno-BN sendiri yang pernah mengatakan Umno-BN jangan mimpi untuk merampas Selangor dari tangan Pakatan Rakyat.
“Dr Mahathir sendiri kata “Umno is rotten to the core”. Banyak lagi isu yang perlu dijawab oleh Umno-BN termasuk isu Scorpene. Kemudian nak cari calon untuk hadapi PRU ini sebab tiada calon yang berwibawa seperti calon dalam PAS, PKR dan DAP,” katanya.

ANAK dakwa prospektus FGVH tipu, fail injunksi esok

NONEPersatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mendakwa prospektus Felda Global Ventures Holdings (FGVH) "menipu" kerana menyenaraikan tanah Felda di negeri Pakatan Rakyat sebagai aset bagi tujuan penyenaraian di Bursa Malaysia.

Presiden ANAK Mazlan Aliman berkata, negeri Pakatan khususnya Kelantan tidak pernah menyerahkan tanah untuk proses penyenaraian dan dinyatakan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri.

"Kenapa (ia) ditulis dalam prospektus ini? (FGVH) mengakui tanah itu aset dia, tapi kerajaan negeri tak bagi," kata pemimpin NGO yang dekat dengan Pakatan itu.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa Pusat PAS juga mendakwa, FGVH berbuat demikian bagi meyakinkan pelabur bahawa mereka mempunyai aset bagi tujuan penyenaraian.

Tidak perlu guling kerajaan ala 'Arab Spring' - Tok Ki Det.....orang pencen takut kalah...!!!!


KUALA LUMPUR - Usaha menjatuhkan kerajaan ala 'Arab Spring' tidak seharusnya berlaku di negara ini, kerana Malaysia jelas mempunyai sistem demokrasi lebih baik berbanding negara Timur Tengah.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika perbandingan demokrasi antara Malaysia dan negara Arab dibuat, jelas membuktikan negara mendahulukan kepentingan rakyat dalam setiap perkara.

 "Arab Spring ini adalah pemberontakan rakyat menjatuhkan kerajaan di negara tersebut, jika kita bandingkan negara-negara Arab ini, mereka tidak pernah demokratik, dan pemimpin mereka menerajui negara untuk kepentingan diri dan tidak memberi keutamaan kepada rakyat.

 "Rakyat semakin menderita, kadar peratusan kemiskinan meningkat, malahan ada lulusan universiti tidak mendapat pekerjaan yang seterusnya menjadi punca rakyat memberontak," katanya ketika menjawab soalan pada Majlis  Bicara Bersama Negarawan bertajuk 'Komitmen Graduan Pemangkin Kemajuan Negara', di Auditorium Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Husam mahu debat, Awang Adek letak syarat


Husam mahu debat, Awang Adek letak syaratKOTA BHARU - Exco kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa mencabar untuk berdebat dengan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin mengenai isu syarikat yang mengeluarkan dinar dan dirham, Kelantan Golden Trade (KGT).

Cadangan ini dibuat Husam ekoran kenyataan  Dr Awang  Adek Adek semalam yang mahukan Kerajaan Negeri menyiasat skandal yang membabitkan KGT.

"Saya minta TV3 menganjurkan forum terbuka secara langsung antara saya dengan Dr Awang mengenai isu ini, saya harap beliau bersetuju dan memberikan tempoh 21 hari,"
katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Dalam pada itu, Awang Adek menjelaskan kepada Sinar Harian bahawa beliau mahu Husam terlebih dahulu menjelaskan dahulu skandal tersebut, dan sekiranya memuaskan beliau akan mempertimbangakan cabaran tersebut.

Isu tersebut timbul apabila bekas Bekas Pegawai Perhubungan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)
, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali “Kickdefella mendedahkan skandal yang syarikat KGT yang membabitkan laporan polis terhadap bekas pegawai kanan syarikat tersebut yang didakwa menipu.

Anak dakwa FGVH menipu dalam prospektus


KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mendakwa wujud penipuan dalam prospektus Felda Global Ventures Holding (FGVH).

Dalam prospektus itu menurut Mazlan, FGVH menyenaraikan tanah-tanah kerajaan negeri yang sebenarnya tidak pernah diserah kepada FGVH termasuk di Kelantan Perak dan Johor.

"Saya ditunjukkan surat permohonan oleh Tan Sri Isa Samad untuk mendapatkan tanah-tanah itu tetapi Menteri Besar Kelantan (Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) telah menolak.

Pas : Siasat Anwar Untuk Bersihkan Namanya

KUALA LUMPUR, 25 JUN: Pas mengalu-alukan siasatan terhadap pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membersihkan nama mereka daripada dakwaan yang dipaparkan di dalam media.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, Anwar, yang merupakan Ketua Pembangkang, telah mencabar mana-mana Ahli Parlimen dan Menteri untuk membahaskan perkara tersebut di dalam Parlimen, tetapi tiada yang tampil.

Ibrahim Ali 'berbesar hati' dengan anugerah JAG...ha..ha..ha...punya la besor..!!!!

Ahli Parlimen Pasir MAS Datuk Ibrahim Ali berkata beliau berbesar hati dengan anugerah yang dimenanginya pada Sabtu lalu dalam "Aiyoh...Wat Lah?! Awards 2012".

Beliau dengan sinis berkata, pihak penganjur seharusnya menjemputnya pada acara akan datang.

NONE"Saya sangat berbesar hati dengan anugerah yang mereka berikan kepada saya.

"Mereka tidak jemput. Mereka sepatutnya jemput saya mengadakan satu acara yang lebih besar," katanya sambil ketawa ketika ditemui hari ini.

Beliau mengulas anugerah yang diberikan oleh Joint Action Group for Gender Equality (JAG), sebuah gabungan lapan pertubuhan pro-feminisme.

Dalam majlis tersebut, Ibrahim diberikan anugerah "Menghina Kebijaksanaan" atas kenyataannya pada 7 April tahun lalu bahawa "hubungan sulit dalam perkahwinan berlaku kerana isteri yang mengabaikan tanggungjawab kepada suami."

Perkasa Desak Singapura Tidak Campuri Urusan Malaysia

Boleh ZIKIR & SELAWAT Ketika KHUTBAH Jumaat ? - Ustaz Azhar Idrus

Boleh QADHA Solat TERAWIH ? - Ustaz Azhar Idrus

Bayar HUTANG Dengan Duit JUDI - Ustaz Azhar Idrus

HUKUM Beri ZAKAT Pada IBU BAPA Yang Miskin - Ustaz Azhar Idrus

Siapa BERHAK Terima FIDYAH ? - Ustaz Azhar Idrus

Pendedahan Terbaru : Rafizi dedah projek LRT Ampang

PKR dakwa campur tangan Najib projek LRT Ampang

PKR tells Najib to brace for NFC-style exposé

Rafizi Ramli: Letak Jawatan Untuk Memfokuskan Tenaga Kepada Kerja-Kerja Parti & PRU13

Rafizi tumpu susun strategi untuk PKR dan PR

Rafizi Ramli: Always Take Side, You May Take The Wrong Side, Do Not Become A Bystander

CAUGHT RED-HANDED LYING: Ex ACA director denies Anwar ordered SD


We refer to the false allegations published in the NST and Berita Harian on 21st June 2012 that opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim had ordered former ACA director of investigations Abdul Razak Idris to make a statutory declaration relating to the RM 3 billion allegation.
En Abdul Razak Idris has now denied the allegation that he was ordered by Anwar to make the SD clearing him of wrongdoing. Abdul Razak Idris has communicated this fact to NST and Berita Harian.
We have been given a copy of his message in which he says, " Saya pula bukan diarah oleh DSAI tetapi saya diminta oleh KP SPRM untuk elakkan beliau atau pegawainya disapina oleh DSAI sebagai saksi plaintif dlm civil suit terhadap NST yg didengar pd akhir Nov 2009."
Lies aimed to inflict political damage

Umno khianati Melayu sejak sebelum merdeka

KOTA BHARU: Apa yang sering dibangkitkan pemimpin Umno setiap kali menjelang pilihan raya umum, orang Melayu dan Islam kononnya berada dalam keadaan terancam.

Bagi mereka situasi itu tidak mungkin berlaku sekiranya Umno masih berkuasa.

“Walhal Umno sudah tidak berupaya menjaga kepentingan orang Melayu. Jumlah orang Melayu murtad seperti pernah disebut Mufti Perak mencecah 250,000. Ini satu jumlah yang menggerunkan.

“Sejarah pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu sebenarnya bermula sebelum kemerdekaan apabila memenjarakan tokoh-tokoh awal pejuang kemerdekaan termasuk Dr Burhanuddin Helmy, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi.

PKR terima keputusan Rafizi letak jawatan



 Datuk Saifuddin Nasution Ismail PETALING JAYA - PKR menerima keputusan Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli meletakkan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau turut menerima baik keputusan peribadi yang dibuat oleh Rafizi itu.
Saifuddin berkata, Rafizi memerlukan banyak masa bagi merancang strategi perundingan dan pengagihan kerusi, kriteria penentuan bahan kempen selain menyusun langkah membuat lebih banyak pendedahan berkenaan skandal Umno.
"Saya setuju keputusan Rafizi meletakkan jawatan Kerajaan Selangor itu.
"Beliau perlukan masa yang cukup untuk menjalankan tanggungjawabnya dalam parti ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Rafizi: Kerusi mana saya tanding bukan isu


Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Pandan menegaskan, tidak timbul persoalan bahagian yang bakal beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Apa pun kata Rafizi, beliau pasti akan bertanding pada pilihan raya umum kali ini.

Bagaimanapun kata Rafizi, keputusan untuk menempatkan calon akan dibuat oleh kepimpinan tinggi setiap parti pada saat akhir sebelum bertanding.

PKR tells Najib to brace for NFC-style exposé

Presiden pertama pilihan rakyat


Presiden MursiAhli politik Ikhwanul Muslimin, Mohamed Mursi secara rasmi menjadi Presiden Mesir pertama yang terpilih dalam pilihan raya presiden yang diumumkan pada Ahad, 24 Jun 2012.

“Saya akan menjadi presiden bagi seluruh warga Mesir dan saya meminta anda semua, warga Mesir yang hebat, untuk menguatkan kesatuan negara kita kerana inilah satu-satunya cara untuk mengeluarkan Mesir dari masa yang sukar,” ujar Mursi.
Mursi mengalahkan bekas Perdana Menteri Mesir Ahmed Shafiq dalam pilihan raya presiden pusingan kedua.

SPRM APA KHABAR


Banyaknya duit Setiausaha Sulit Menteri ini ya.. aku ingatkan hanya Setiausaha Nor Mohd Yaakod saja yang kaya raya…SPRM tak nak siasat ke?

Debat Perdana Najib Anwar : Debat Bukan Budaya Kita!!


Debat Najib Anwar Debat Perdana Najib Anwar : Debat Bukan Budaya Kita!!
Selama ini, kita seringkali mendengar Kementerian Pengajian Tinggi ini melaung-laungkan kewujudan platform speaking corner yang boleh digunakan dan dimanfaatkan oleh kalangan para mahasiswa. Yang lebih ironinya debat peringkat universiti pula diberi nama DEBAT PIALA PERDANA MENTERI tetapi dalam pada masa yang sama debat dikatakan bukan budaya kita? Di mana kebenarannya? 
Jika acara debat dikatakan bukan budaya Malaysia, mengapa tidak debat dijadikan budaya baru Malaysia? Mengapa tidak bukan? Ini kerana dengan debat kita boleh mengelakkan “masalah seperti baling batu sembunyi tangan” yang bergitu menular dalam masyarakat hari ini.
Rakyat boleh menilai dan memerhatikan sendiri pelbagai platform yang berbeza di atas platform yang sama. Jika sekarang kita lihat acapkali budaya kutuk mengutuk dalam media cetak mahupun media elektronik, masing-maisng tuduh menuduh, lebih baik bagi pendangan kami, diadakan sahaja acara debat dan dipergiatkan lagi. Sekurang-kurangnya ia membuatkan rakyat berfikiran matang serta membuka minda untuk menganalisis maklumat dan pendapat setiap pemimpin yang ada di Malaysia ketika ini.

Debat Perdana : Debat Tidak Penting, Yang Perlunya Maklumat Sampai Kepada Rakyat 

Denial of voter stats sparks fears of electoral fraud

File photo of voters lining up to cast their ballots in last year’s Sarawak state elections. The government has now refused to reveal the number of voters registered by political parties.
KUALA LUMPUR, June 25 — The government’s refusal to reveal the number of voters registered by political parties has raised further suspicion of fraud in the electoral roll, a claim which has seen tens of thousands take to the streets in two mass rallies over the past year. Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Nazri Aziz said, in a written reply to a parliamentary question by Petaling Jaya Utara MP Tony Pua, that the Election Commission (EC) “does not have statistics on newly registered voters by each party for each quarter since 2008.”
But Pua told a press conference today that the reply given last week to his written question posed during the March sitting contradicted previous reports in 2010 and last year where the EC issued a breakdown of voters registered by parties.

Khairy mocks Najib by supporting France? 'Banana kick' for Scorpenes

Khairy mocks Najib by supporting France? 'Banana kick' for ScorpenesThis boy is clumsy. Clever is not the word to describe him. Ignorant of politics? Maybe. More often than not, Khairy goes way too far off the trail. Targeting the wrong person at the wrong time and the wrong place.
This is the problem with Umno Youth chief, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, who is also Member of Parliament for Rembau. With big ambition beating in his heart, Khairy was once rumoured to be the apple being polished by his father-in-law Dato 'Seri Abdullah Ahmad Badawi to become Prime Minister of Malaysia.
However, that dream ended after the 2008 general election, when the government led by Badawi was almost toppled by the Pakatan Rakyat political tsunami. With Badawi forced to resign following an internal ouster, Khairy's political fate suddenly dimmed.
Football jersey gaffe

Ibans invite the spirits to prepare for ‘war’

Is the Sarawak government which is freely issuing provincial leases on NCR lands to private companies, regardless of the natives' welfare, prepared to face their wrath? 

KUCHING: Some 700 Ibans who have been served eviction notice by a company, regard the move as an “act of war”. And they are prepared to defend their longhouse.
The Ibans from the 60-door longhouse of Ruman Sigan (previously known as Rumah Umpol), Ulu Niah, have resorted to performing a war ceremony known as a “sandau hari” to help confront the threat.
The “sandau hari” is scheduled for tomorrow at the longhouse.
In the old days, Ibans performed the ceremony to seek the assistance of the forest spirits before they went on head-hunting or war expeditions.
The 700 Ibans were given two weeks to move out of the more than 40-year-old longhouse, failing which their dwellings will be demolished by an oil palm company, Medan Mustika.

Implikasi politik dunia ekoran kemenangan Dr Morsi

Dr. Syed Azman Syed Ahmad,
(Penulis [tengah] di dataran Tahrir bersama meraikan kemenangan Morsi dengan rakyat Mesir)

Peristiwa besar yang berlaku di luar negara adalah perkembangan politik yang sedang berlaku di Mesir. Setelah seminggu berada di bumi Mesir, saya dapat bersama menyaksikan satu era baru yang terukir dalam sejarah politik dan pemerintahan Mesir.

Bagi saya, sesungguhnya politik Mesir adalah ibarat permainan catur yang penuh dengan debaran kepada banyak kalangan.

Namun rakyat Mesir sekali lagi melakar sejarah apabila buat pertama kalinya dalam sejarah, mereka telah berjaya memilih seorang Presiden yang dipilih terus oleh rakyat setelah berpuluh-puluh tahun di bawah pemerintahan diktator dan ’kuku besi’.

Polis didakwa ambil gambar bogel tahanan ISA



 
Polis mengambil gambar foto tahanan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) Sami Hammad dalam keadaan berbogel dan mengugut hendak mendedahkannya, dakwa peguam Fadiah Nadwa Fikri.

NONEFadiah (kiri) mendakwa, perkara itu berlaku dalam 20 hari pertama ketika Sami ditahan pada 21 Januari tahun lalu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia.

Sami, warganegara Iraq, didakwa disoal siasat oleh empat pegawai polis di pusat tahanan reman.

Fadiah - penyelaras kumpulan peguam Lawyers for Liberty - berkata beliau melawat Sami pada Jumaat lalu bersama peguam Farhana Abdul Halim.

Butiran dakwaan salah laku itu didedahkan Fadiah dalam sidang media hari ini.

Gambar yang menyeramkan pemimpin UMNO....!!!!!

bila la dapat cium tok guru ning.......

Mesir: Kemenangan manis usaha tegak keadilan


KUALA LUMPUR: Kemenangan Dr Mohamed Morsi di Mesir yang diisytiharkan semalam merupakan suatu kemenangan yang manis dalam usaha menegakkan keadilan di bumi Allah Taala.
Demikian tegas Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali At-Takiri (gambar) dalam laman sosial beliau ketika mengulas perkembangan terkini Mesir yang menyaksikan Morsi diisytiharkan secara rasmi sebagai pemenang dalam Pilihan raya Presiden negara itu.

Morsi mendapat 13.2 juta undi dari 26 juta rakyat Mesir yang keluar mengundi iaitu 51.7 peratus dari jumlah undi.

PRU13: Kemenangan Dr Morsi inspirasi buat PAS


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap kemenangan Dr Mohamed Morsi (gambar) sebagai Presiden Mesir sebagai inspirasi buat PAS bagi memimpin kebangkitan rakyat dalam PRU13.
“DPPM percaya kemenangan ini menunjukkan bahawa trend dan gelombang perubahan telah semakin diterima oleh rakyat seluruh dunia dan trend ini sedang menular pula ke negara ini,” kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor.

Justeru, kata beliau jentera dan penyokong PAS di seluruh negara menyambut kemenangan ini dengan bertakbir dan bersyukur serta menaikkan semangat mereka bekerja bagi menghadapi pilihan raya di negara ini pada bila-bila masa.

Fulamak...Umno Pulau Pinang gigit jari lagi...

Terkejut orang Bagan : Puluhan ribu Manusia membanjiri  Padang Bandaran Butterworth
Puluhan ribu Manusia membanjiri  Padang Bandaran Butterworth

KGT: Husam cabar TV3 anjur forum dengan Awang

KUALA LUMPUR: Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa mencadangkan agar TV3 menganjurkan forum terbuka antara beliau dengan Datuk Dr Awang Adek Husein mengenai Kelantan Golden Trade (KGT).

Cadangan ini dibuat Husam ekoran serangan terkini terhadap dinar dan dirham serta Kelantan Golden Trade (KGT) menerusi TV3 malam tadi.

Isu sama berulang sejak seminggu lalu tanpa apa-apa maklumat konkrit, kata Husam.
"Jika TV3 boleh menyiarkan tuduhan itu, saya juga memohon untuk muncul memberikan penjelasan di TV3 melalui siaran langsung pada bila-bila masa.

Darul runtuh: Pentadbiran Ahmad Said tidak berkat?




(Datuk Ahmad Said MB Terengganu)

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Terengganu di Perantuan (Perantau) kesal terlalu banyak bangunan yang dibina oleh kerajaan Umno runtuh semasa pemerintahan Ahmad Said mungkin kerana tiadanya keberkatan dalam perintahannya.

Ia berbanding dengan kerajaan sebelum ini sama ada kerajaan Terengganu ‘Membangun Menurut Islam’ pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau  ‘Islam Haddhari, Terengganu Bistari’ pimpinan Datuk Seri Idirs Jusoh sebagai Menteri Besar.

DAP: Tindakan SPR sembunyi statistik mencurigakan

NONETindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang keberatan mendedahkan statistik pendaftaran pengundi baru oleh parti politik menimbulkan keraguan berhubung kesahihan daftar pemilih, kata anggota parlimen DAP Tony Pua.

Wakil rakyat Petaling Jaya Utara itu juga mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz cuba memperdayakan orang ramai dengan jawapan bertulisnya di parlimen.

Pua (kiri) yang juga setiasaha publisiti DAP berkata, jawapan itu menyatakan jumlah pendaftaran pengundi oleh parti politik sejak 2008 tidak direkodkan oleh suruhanjaya itu.

PKR dakwa projek naik taraf LRT Ampang dibuat tanpa tender terbuka


PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa wujud campur tangan pihak atasan Kerajaan Pusat dalam menganugerakan projek tambahan LRT Aliran Ampang, yang bernilai RM960 juta, kepada sebuah syarikat secara terus tanpa tender terbuka, akhir tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau meminta penjelasan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berhubung perkara berkenaan.

Rafizi berkata, beliau merujuk laporan yang disiarkan oleh satu akhbar tempatan dan mendapat maklumat mengenai Perdana Menteri telah campur tangan dalam pengurniaan kontrak projek itu.

Morsi: Terima kasih 'syahid', revolusi terus


 
Mohamed Morsi menjadi pemimpin Islam pertama dilantik menjadi presiden Mesir dalam dunia Arab yang padat dengan penduduk dan selepas pertarungan sengit dalam pilihan rayanya.

Morsi, presiden Mesir yang pertama dilantik selepas kebangkitan rakyat menyingkirkan bekas presiden Hosni Mubarak pada Februari tahun lalu.

NONEAgensi berita AFP melaporkan tokoh yang juga bekas jurutera itu menang 51.73 peratus undi berbanding pencabar yang merupakan bekas perdana menteri negara itu, Ahmed Syafiq.

"Saya akan menjadi presiden untuk seluruh rakyat Mesir," kata Morsi dipetik selepas beberapa jam kemenangan beliau diumumkan.

"Saya menyeru kepada kamu, rakyat Mesir yang hebat... supaya menguatkan kesatuan kita," katanya sambil menambah "kesatuan merupakan jalan keluar segala tempoh kesulitan".

Morsi yang meletakkan jawatan dalam Ikhwan Muslimin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang 'syahid' sewaktu kebangkitan rakyat untuk mencapai kemenangan itu.

"Revolusi diteruskan," katanya sambil berjanji untuk menghormati perjanjian antarabangsa.

Mesir merupakan negara Arab pertama mematarai perjanjian keamaanan dengan Israel pada 1979.

Di Dataran Tahrir, kemenangan beliau disambut dengan laungan takbir, sorakan dan kibaran bendera oleh ratusan ribu penyokongnya yang berhimpun.

Di luar Kaherah, mereka melaungkan namanya serta, membunyikan hon kereta sebagai tanda sokongan.

Najib kafankan transformasi sendiri

Shahbudin Husin
Semakin hampir detik pilihanraya, semakin banyak percakapan mengenai transformasi politik Najib diperkatakan orang. Meskipun Najib nampaknya mahu rakyat menilai transformasi yang cuba dilaksanakannya sebagai sesuatu yang baru dan penting untuk masa negara, masih ramai yang ragu-ragu dengannya.Keraguan rakyat tidak sukar difahami. Isunya ialah kerana antara cakap dan dan perbuatan Najib seringkali berbeza, malah banyak kali berlawanan.

Ketika beliau berbangga mengumumkan penghapusan ISA ketika sambutan Hari Malaysia tahun lalu, hakikatnya masih ada tahanan ISA yang kekal disimpan dalam penjara dan tidak tahu bila akan dibebaskan.
Di ketika melaungkan kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman dengan mewujudkan Akta Perhimpunan Aman, sekatan-sekatan tertentu masih dikenakan melalui penggunaan kuasa polis dan sebagainya sebagaimana terpamer dalam Bersih 2.0 dan Bersih 3.0.