Ahad, 24 Jun 2012

Anwar Ibrahim: Isu 3 Billion, Saya Nak Capar MACC Buka Balik Fail Itu

Today in History for June 24th

Rafizi Ramli: Kenapa Rosmah & Najib Tidak Berani Panggil Pililihanraya Lebih Awal? ..

Australians protest over refugee boat accident

Ng Chai Hing : Ajak Melayu Cina India Tumbangkan Umno BN Pada PRU 13

UMNO DAN BUDAYA SAMSENG

1. Umno tidak boleh dipakai lagi sebab pemimpin mereka sudah rosak akhlak. Bila pemimpin di atas rasuah, maka pimpinan bawahan termasuk kakitangan kerajaan juga banyak melakukan rasuah danpenyelewengan. Negara akan rosak jika dipenuhi dgn amalan rasuah,ujar beliau. Beliau juga mengingatkan, sekiranya Wakil Rakyat dariPakatan Rakyat menang di dalam PRU akan datang, rakyat diminta tidak mengajaratau mendorong Wakil Rakyat untuk melakukan rasuah. "Hindari dari sikap sukameminta yang bukan-bukan kepada Wakil Rakyat, melainkan apa yang menjadi hakbuat rakyat. "

RM20 Ribu Bina Wakaf Mampu Tingkat Hubungan Masyarakat

AMPANG 24 JUN: Kewujudan wakaf komuniti yang menelan kos RM20,000 di Taman Dagang diharap akan meningkatkan lagi hubungan sesama penduduk di sini.
Demikian menurut Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri Selangor, Iskandar Samad ketika merasmikan Wakaf Rakyat Taman Dagang pagi ini.
“Dengan adanya wakaf ini, saya percaya pelbagai kegiatan dapat dijalankan di sini sekaligus dapat lebih menceriakan dan mengeratkan silaturahim antara sesama penduduk.
“Pembinaan wakaf ini adalah sebahagian dari usaha Kerajaan Negeri untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat di Selangor termasuklah bagi masyarakat yang mendiami pangsapuri,” ujar beliau.
Menurut Iskandar program ‘Bersih, Ceria dan Harmoni’ ini akan diteruskan di seluruh Selangor.
Selain fokus untuk pembinaan wakaf, program ini turut menyediakan peruntukan untuk sudut belajar dan membaca dan pejabat yang lebih selesa untuk Badan Pengurusan Bersama (JMB) untuk mentadbir.

RM50,000 Bangunkan Kampung Baru Batu Caves

BATU CAVES 24 JUN : Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan sebanyak RM50,000 bagi tujuan pembangunan kepada Kampung Baru Batu Caves di sini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata peruntukkan itu diberi bagi membantu penduduk supaya membuat perancangan terbaru agar dapat meningkatkan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) di kampung mereka.
“Saya mahu tunjukkan kepada semua bagaimana jika kita mempunyai tanah seluas 10 ekar untuk dibangunkan dan apakah perancangan yang perlu kita lakukan.
“Saya sudah memberitahu kepada pihak Pejabat Daerah dan Yang diPertua Majlis Daerah Selayang (MDS) berkenaan perkara itu. Saya berharap Ketua Kampung dapat datang berjumpa YDP MDS untuk berbincang,” katanya.

Siswa ditahan di program dialog dengan PM....??? hanya nak menakut-nakutkan pelajar..!!!!


 
Seorang siswa Universiti Malaysia ditahan untuk siatatan polis hari ini sebelum satu program dialog antara pelajar dan perdana menteri diadakan di kampus tersebut.

Koh Cher Hao, seorang siswa jurusan sains sukan, didekati polis berpakaian preman ketika berada di dalam Dewan Tunku Canselor.

Kataya, polis tersebut menunjukkan kad kuasa mereka dan kemudian meminta beliau mengikuti mereka keluar.

Apabila keluar daripada dewan tersebut, pelajar itu bertanya kepada polis berkenaan sama ada beliau ditahan dan polis berkata beliau akan tahu apabila tiba di balai polis, katanya.

Koh dibawa ke balai polis Pantai di mana beliau disiasatan mengikut Seksyen 103 Kanun Prosedur Jenayah.

MP Serdang Teo Nie Ching yang bergegas ke balai polis untuk memberi bantuan guaman mengutuk tindakan polis atas dakwaan menyalahgunakan kuasa.

“Kesalahan boleh tangkap termasuk pembunuhan, culik, rogol, kecurian atau pecah rumah. Apabila saya tanya polis, apakah kessalah boleh tangkap di sini, mereka tidak boleh jawab.

"Jawapannya, 'ikut arahan (daripada) atas'. Jelasnya bahawa mereka menyalahgunakan kuasa untuk menakut-nakutkan pelajar," kata peguam itu.

Himpunan Hijau "Occupy Balok-Gebeng" Berjaya Biar Pun Di Halang Masuk Kawasan Kilang Lynas



KUANTAN, 24 Jun - Program Occupy Balok-Gebeng anjuran NGO anti Lynas dekat sini berjaya diadakan walau pun terhalang untuk mengadakan perhimpunan aman dihadapan pintu masuk ke kilang Lynas Corporation dekat sini. Acara bermula di Pelangi Beach Resort Balok sekitar jam 10.00 pagi itu diketuai oleh Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack. Turut bersama ialah Timbalan Presiden PAS, Tn.Hj Muhammad Sabu (Mat Sabu) dan Zulkefly Mohamad Omar, AJK PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat. Para peserta bertolak dari Balok secara konvoi dan mereka telah memasuki kawasan perindustrian Gebeng melalui jalan yang tiada sekatan polis. Difahamkan ketika itu pihak polis mengadakan sekatan jalan raya di pintu masuk ke kawasan perindustrian terbabit dari arah jalan Kuantan-Kemaman. Malah, polis juga dipercayai mengadakan sekatan yang sama di jalan masuk dari lebuhraya Jabor-Sg.Ular, untuk menghalang laluan. Terdapat beberapa buah bas yang ditahan dan penumpang yang berbaju T-Shirt "Perhimpunan Hijau" telah diarahkan turun. Walau bagaimana sebahagian peserta berjaya sampai ke pintu masuk kilang Lynas dan sebahagian lagi tersekat di jalan masuk ke Gebeng berhampiran Institut Latihan Perindustrian (ILP).

Occupy Balok-Gebeng tembusi sekatan polis masuk ke Zon Industri Gebeng



(Mohamad Sabu, Tuan Ibrahim dan lain-lain di atas satu pentas khas yang dibuat dari lori)

KUANTAN: Seramai 1,000 orang peserta berjaya menembusi sekatan jalan raya polis untuk berhimpun di pintu masuk Zon Industri Gebeng bagi menyatakan bantahan ke atas loji nadir bumi Lynas.

Sekurang-kurangnya tiga sekatan jalan raya diadakan sejak awal pagi ini di sekitar taman industri tersebut bagi menghadapi para peserta yang berhimpun di pantai Balok sejak semalam, lapor Malaysiakini.

Anita McNaught reports on Syria's downing of Turkish jet

Turkey-Syria relations: Taking a nose dive?

Peaceful anti-Lynas gathering at Gebeng

Najib tak tahu? adanya “Debat Piala Perdana Menteri”

Najib kata “debat bukan budaya kita”,  Rais kata debat patut diharamkan !!
 
Mereka dalam gambar ini sedang menerima piala kemenangan sebagai  – Johan debat Bahasa Malaysia Piala Perdana Menteri 2011, yang dianjur oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia bukan baru tetapi sudah bertahun-tahun dipertandingkan. Yang peliknya Najib selaku Perdana Menteri, mendakwa  Debat Bukan Budaya Kita,  maknanya ia tak perlu dicontohi.  Rais Yatim pula mahu debat diharamkan!!

Ali Hamsa! Lepaskan jawatan KSN, bertanding atas tiket BN!

Baru sehari dua menjadi Ketua Setiausaha Negara )KSN) Dr Ali Hamsa sudah bercakap politik,  sedangkan beliau adalah ketua kepada 1.4 juta perkhidmat awam yang sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak dan bekerjasama dengan sesiapa atau mana-mana parti yang dipilih rakyat. Kakitangan kerajaan merupakan pelaksana kepada apa-apa dasar yang telah digubal oleh sesiapa yang memerintah yang diberikan mandat oleh rakyat.
Dr Ali menyeru kepada semua kakitangan kerajaan supaya memberikan sokongan kepada kerajaan yang ada pada hari ini dan jangan mendengar janji-janji kosong dari pihak pembangkang. Walaupun beliau berasa berterima kasih kepada kerajaan kerana dijadikan KSN manggantikan KSN yang lama ia tidak bermakna Dr Ali boleh menafikan hasrat rakyat yang ramai yang merupakan empunya kepada negara ini.
Penjawat awam itu pun kepunyaan rakyat dan dibayar gaji mereka oleh rakyat termasuk gaji Dr Ali itu sendiri. Penjawat awam seperti Dr Ali ini nampaknya mesti melalui kurusus sivik yang asas untuk memahami apakah jenis negara dan sistem yang ada yang beliau akan tadbir ini.

“Kepala” dalam video dah mengaku,.. apa lagi?


Dakwaan oleh Khalid Samad, Ahli Parlimen PAS dari Shah Alam, bahawa wujud cubaan membeli pemimpin Pakatan Rakyat  untuk melompat parti adalah berat dan perlu bukti kukuh,.. demikian kata ketua puteri Umno Dato’ Rosnah Abd Rashid. 

Kenapa dipersoalkan tuduhan itu berat atau tidak?  Lupakah mereka betapa banyaknya tuduhan-tuduhan jahat yang dilempar kepada DS Anwar selama ini ? Ia sepuluh kali lebih berat kerana bersifat fitnah!  Siapa yang buat kalau bukan Umno?   Pernahkah pemimpin Umno terfikir dosa memfitnah itu lebih besar dari membunuh?

Rafizi: 'Betul, saya nak tumpu PRU13'



Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengakui beliau terpaksa melepaskan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor minggu lalu semata-mata untuk membuat persediaan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Kata Rafizi, beliau ingin memberi fokus sepenuhnya ke atas PRU yang bakal dilangsungkan, di peringkat kerusi yang ditandinginya kelak dan juga atas kapasiti Pengarah Strategi PKR melibatkan partinya di peringkat nasional.

Beliau dijadual mengadakan sidang media khas menjawab pelbagai persoalan mengenai keputusannya melepaskan jawatan itu esok.

Kedah : Pengusaha pusat hiburan akan dipanggil

Egypt readies itself for historic moment

Skandal Lembu by Cikgu Fariz Musa

Kenapa saya meletak jawatan - Rafizi Ramli - Hill City Hotel

Ali Hamsa tidak layak jadi KSN - Bekas Speaker


IPOH: Kenyataan Ketua Setiausaha Negara yang baru, Datuk Dr Ali Hamsa disifatkan sebagai sungguh memalukan.

Oleh itu, beliau yang baru dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara tidak layak memegang jawatan itu, kata bekas Speaker DUN Perak, V Sivakumar (gambar kiri) dalam kenyataannya.

Bagi beluau, kenyataan yang menyokong Barisan Nasional secara terbuka  membuktikan beliau bukan seorang yang neutral.

Sebagai seorang penjawat awam  tertinggi di negara beliau harus mengetahui tentang prinsip ‘neutraliti’ yang didokong oleh kakitangan awam, katanya.

Tetapi, beliau telah membuat  satu kenyataan yang bercanggah dengan  etika penjawat awam.

Ketua Setiausaha Negara yang baru mungkin tidak tahu peranan dan  tanggungjawab beliau kepada rakyat.

PRU 5 tahun sekali lalui perlembagaan


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya bersedia meminda perlembagaan supaya parlimen hanya dibubarkan apabila genap lima tahun demi kepentingan rakyat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar).

Langkah sedemikian, katanya, boleh mengelakkan kekeliruan rakyat malah membantu mengurangkan politiking ketika bukan masanya.

Parti yang memerintah juga, kata Mahfuz, tidak lagi boleh memanipulasikan waktu pilihan raya untuk kepentingannya sendiri.

Malangnya, kata beliau, Perdana Menteri nampaknya lebih cenderung kepada amalan hari ini di mana Perdana Menteri seolah-olah dibenarkan membubarkan parlimen pada masa yang beliau rasa memberi kelebihan kepada partinya selagi tidak cukup tempoh lima tahun.

Manifesto: Cuba dulu sebelum ragui, kata SPR....depa ni jaga RTM kaa..!!!!


Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) merayu parti-parti politik memberi kerjasama dengan tidak mempertikaikan mekanisme yang hendak digunakan untuk menyiarkan manifesto menerusi RTM semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Sehubungan itu, badan pengendali pilihan raya mahu Pakatan Rakyat (PR) mencuba terlebih dahulu kaedah rakaman dan memberi peluang untuk melaksanakannya sebelum sangsi dan menolak bulat-bulat.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, usaha pihaknya mendapatkan ruang bagi menyiarkan manifesto untuk semua parti harus diteruskan sebelum membuat andaian negatif.

Tahanan ISA dapat perhatian s'jaya Pakistan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan (HRCP) menggesa kerajaan negara itu supaya memberikan bantuan kepada warganya yang ditahan bawah ISA di Malaysia.

HRCP berkata ia telah menyatakan kepada pejabat kementerian luarnya bahawa perkara itu memerlukan perhatian segera.

“Misi Pakistan di Kuala Lumpur harus diminta untuk menghubungi tahanan Pakistan dan memastikan mereka tidak dinafikan hak perundangan,” kataya dalam satu kenyataan pada Rabu lalu.

Kenapa gas Kelantan naik ke Terengganu?


 
(Royalti menuntut gas Kelantan di naik ke negeri itu bukannya Terengganu)

KUALA LUMPUR:  Gabungan profesional tuntut royalti, pendaratan minyak dan gas ke negeri Kelantan (Royalti) menuntut penjelasan daripada Petronas berhubung pelaburan sebanyak RM15.6 billion bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin - MNB) yang menyebabkan gas Kelantan didaratkan ke Terengganu.

Ini kerana, dalam tempoh lima tahun akan datang MNB membabitkan pengeluaran Rizab Gas sekitar 1.7 trillion kaki padu di kawasan perairan negeri Kelantan.

Ia melibatkan Blok PM302, Blok PM325, dan PM326B turut membabitkan pembinaan saluran paip sepanjang 300 kilometer dari pelantar carigali dalam perairan negeri Kelantan ke Kerteh, Terengganu.

"Mengapa gas yang dicarigali dalam perairan negeri Kelantan perlu didaratkan ke Kerteh, Terengganu?" soal mereka.

Gelombang Hijau landa Perlis


 
(Rakyat Perlis berikrar untuk menangkan Islam di perhimpunan hijau)

ARAU:  Gelombang Hijau ke Putrajaya meneruskan momentumnya dengan himpunan yang diadakan di peringkat negeri Perlis pada 22 Jun lalu di Markas PAS Kampung Paya di DUN Santan dekat sini.


Meskipun buat julung kalinya, program besar seumpama ini diadakan di luar premis induk PAS Perlis samada Kompleks PAS Perlis di Kangar mahupun Markas Tarbiah PAS Perlis di Jejawi, sambutan orang-ramai amat membanggakan dengan lebih 5000 orang hadir membanjiri dataran di hadapan markas  PAS tersebut.

Pelumba larian BERSIH 'bolosi' Dataran Merdeka



Semua jalan ke Dataran Merdeka disekat hari ini, namun bukan disebabkan satu lagi perhimpunan BERSIH.

Sebaliknya, kawasan itu menjadi penamat kepada Standard Chartered KL Marathon, oleh itu disekat kepada semua kenderaan.

standard chartered marathon 240612Bagaimanapun, acara tersebut tetap menarik penyertaan penyokong BERSIH yang menggunakannya sebagai cara sah untuk berada di Dataran Merdeka dan menyatakan maksud mereka.

Pada 28 April lalu, lebih 100,000 penyokong BERSIH melingkungi kawasan tersebut, namun disuraikan dengan gas pemedih mata dan tembakan meriam air.

Kali ini, penyokong BERSIH dapat memakai bib kuning dengan tulisan "Saya berlari untuk BERSIH 2.0" dan meluru ke arah dataran tersebut.

Idea untuk "membersihkan" acara Marathon Kuala Lumpur 2012 itu dicetuskan oleh pengguna Internet di Facebook.

"Kita tidak boleh masuk ke Dataran Merdeka (pada 28 April) tapi di marathon terbesar di Malaysia, kita boleh (masuk)," kata kumpulan tersebut di laman Facebook mereka.

Menurut penganjur, Julie Wong, kira-kira 500 bib diedarkan kepada pelumba berkenaan.

Peaceful anti-Lynas gathering at Gebeng

About 1,500 people protested against the Australian mining giant some 5km from where the plant is located.

About 1,500 anti-Lynas protesters gathered peacefully at Gebeng Industrial Park, Kuantan this morning to oppose the siting of the Lynas rare earth plant there.
The protest, organised by Himpunan Hijau, saw the protesters sending a strong message against the Australian mining company.
Himpunan Hijau chairman Wong Tack had previously told FMT that the grouping was fed up with the government’s approval of the Pahang-based rare earth plant.
“We will voice our serious concerns. We want to send a message to Lynas so that they would not set foot on Malaysian soil.”

Najib: Sistem pajak teksi satu 'perhambaan moden'.....aik baru tahu monopoli dan perhambaan...ikut buku jingga nampak..!!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berikrar untuk menghapuskan monopoli lesen teksi oleh syarikat swasta yang disifatkannya sebagai "perhambaan moden".

Kerajaan sebaliknya akan mengeluarkan lesen secara terus kepada individu di bawah satu model baru dalam satu tempoh rancangan.

"Saya tak suka dengar syarikat dapat terlalu banyak lesen teksi. Era kita bagi pada syarikat individu kita akan tamatkan.
"Dan dalam model baru ini kita beri kepada individu dalam satu bentuk sistem baru di mana kepentingan individu kita pelihara dengan sebaik-baiknya.

Nigeria imposes curfew over growing unrest

Sudan anti-austerity measures spark protests

Panas : Dato Hamidah Menghalau Rakyat

Polis: Protes 24 Hour Occupy Balok-Gebeng tidak ikut prosedur

KUANTAN - Kira-kira 1,000 peserta 24 Hour Occupy Balok-Gebeng yang berhimpun di pintu masuk ke Pusat Komersial Gebeng dekat sini memprotes loji nadir bumi Lynas, tidak dibenarkan masuk ke kawasan kilang itu kerana tindakan mereka bercanggah dengan peruntukan undang-undang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd Jasmani Yusof berkata, penganjur himpunan itu tidak mematuhi prosedur dan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Kumpulan itu bagaimanapun meneruskan himpunan di atas jalan raya di depan Institut Latihan Perindustrian, di simpang masuk ke Pusat Komersial Gebeng.

Peserta Occupy Balok-Gebeng tembusi sekatan polis



 
Seramai 1,000 orang peserta berjaya menembusi sekatan jalan raya polis untuk berhimpun berhampiran Zon Industri Gebeng untuk menyatakan bantahan ke atas loji nadir bumi Lynas.

Sekurang-kurangnya tiga sekatan jalan raya diadakan sejak awal pagi ini di sekitar taman industri tersebut bagi menghadapi para peserta yang berhimpun di pantai Balok sejak semalam.

Haire Dikutuk Pencacai UMNO Kerana Sertai PAS, Apa Jawapan Haire?

Sebaik saja dramatis/pelakon Haire Othman menyatakan pendirian menyertai PAS, maka ramailah yang memuji dan gembira dengan perkembangan tersebut. Tetapi tidak kurang juga yang memandang jengkel dengan kata-kata sinis terutama dari para pencacai UMNO yang "keciwa" dengan tindakan haire itu.

Apa jawapan Haire? Mari kita baca sama-sama dan semuga Allah memperkuatkan pendirian dan iman dramatis ini disamping ditambahkan rahmat dan hidayah kepada beliau.




Mahfuz : 'Andaikan PRU13 esok'


'Andaikan PRU13 esok'
Mahfuz (kiri) menaikkan bendera gergasi Pas kawasan Jerlun sebagai simbolik perasmian Himpunan Hijau, sambil disaksikan Abd Ghani (kanan).
 
JERLUN - Ahli Pas diminta buat andaian bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan esok, berikutan tarikh pilihan raya masih belum diumumkan.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, sehubungan itu juga semua ahli Pas diminta melaksanakan Ops 100 hari agar sentiasa bersedia pada bila-bila masa.

“Hingga ke hari ini, tiada kepastian bila PRU13 akan diadakan, tetapi saya yakin Pas bersedia jika PRU13 diadakan pada bila-bila masa.

More than 100 dead as violence intensifies in Syria

UN leader Ban Ki-moon expressed his 'deep concern' over the plane incident in a telephone conversation with Turkey's foreign minister.
DAMASCUS: More than 100 people were reported killed Saturday in violence across Syria, as Turkey played down Syria’s shooting down of one of its warplanes.
President Bashar al-Assad meanwhile formed a new cabinet, but kept the key posts unchanged.
NATO member Ankara acknowledged that one of its warplanes may have violated Syrian airspace after Damascus confirmed shooting down the F-4 Phantom on Friday. Its muted response however was seen as a bid to take the tension out of the latest rift between the former allies.
A Syrian military spokesman told the official SANA news agency early Saturday that they had shot down what had at the time been an unidentified object coming in low and fast over its territorial waters.

Kenyataan Media Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)


Kenyataan Media Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)
Pra-Himpunan Royalti “Menjunjung Titah KDYMM Tuanku Sultan Muhammad ke-V”

Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI) yang juga dianggotai oleh Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR), Gerakan Mobilisasi Anak Muda Kota Bharu Tuntut Royalti (GERAM), Solidariti Anak Bachok Tuntut Pendaratan Minyak dan Gas (CABAR) dan Cakna UT akan menganjurkan satu Program yang dinamakan “pra-Himpunan Royalti: Menjunjung Titah KDYMM Tuanku Sultan Muhammad ke-V”.

Pendaratan Hasil Bumi Negeri Kelantan ke Luar Negeri Kelantan.





Kenyataan Media Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak & Gas ke Negeri Kelantan (ROYALTI)

Pendaratan Hasil Bumi Negeri Kelantan ke Luar Negeri Kelantan.

Merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia 22hb. Jun, 2012 bertajuk: PETRONAS Labur 15.6 Billion.

Pihak ROYALTI ingin menuntut penjelasan daripada PETRONAS berkenaan Laporan Akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian, bahawa PETRONAS akan melabur USD5.2 Billion (RM15.6 Billion-Utusan, RM16.64 Billion-Berita Harian) bagi pembangunan Projek Lembangan Melayu Utara (Malay North Basin) dalam tempoh 5 tahun akan datang yang membabitkan pengeluaran Rizab Gas sekitar 1.7 Trillion kaki padu di kawasan Perairan Negeri Kelantan, iaitu di Blok PM302, Blok PM325 dan PM326B yang membabitkan pembinaan saluran paip sepanjang 300 kilometer dari Pelantar Carigali dalam Perairan Negeri Kelantan ke Kerteh, Terengganu. Mengapa Gas yang dicarigali dalam Perairan Negeri Kelantan perlu didaratkan ke Kerteh, Terengganu?

Petronas dan Kumpulan Amanah Wang Persaraan dicadangkan melabur US$100 juta untuk buat Bank Islam Mega

Permintaan BNM untuk biaya US$1b bank Islam mega membimbangkan..!!!


Gambar fail Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

KUALA LUMPUR, 23 Jun — Rancangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mewujudkan bank Islam secara mega telah menimbulkan kebimbangan di kalangan kakitangan kerajaan yang mana mungkin dikritik oleh pembangkang kerana menggunakan dana awam bernilai US$1 bilion (RM3.19 bilion) sebagai modal, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengejutkan firma petroleum negara, Petronas dan Kumpulan Amanah Wang Persaraan (KWAP) apabila mengutarakan cadangan supaya setiap daripada mereka melabur US$100 juta.
Mengikut sumber, ahli lembaga KWAP telah menolak untuk melabur kerana tidak bersedia untuk membuat pelaburan tersebut.

Lynas: PSC lebih sudu dari kuah

Dr. Dzulkefly Ahmad

 1. Amat nyata bahawa Laporan JK Pilihan Khas (PSC) Lynas semacam telah membuat keputusan bahawa apa pun dapatan dari penelitian dari isu-isu perhatian awam dan pihak yang berpengetahuan tentang keselamatan projek ini, PSC ini mahukan projek ini diteruskan dan kelulusan yang diberikan oleh AELB pada 17 Ogos, 2007 untuk lesen kelas A (Mengilang Penempatan Tapak dan Pembinaan) sekarang ini diminta supaya dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) untuk “Lynas Advanced Material Plant” (LAMP) mula beroperasi.

Can Malays live without Umno-crutch?

The Malays know that a day will come when they will lose political power if they allow themselves to be divided in their loyalty to Umno.

Malays must first understand the responsibility that political power asks of them.
It is not a matter of sharing political power with the non-Malays because political power will always stay with the Malays.
It is the responsible use of this power to determine how it is used to benefit not only the Malays but also the people of this nation.
It needs only for the Malays to understand that political power must be used to do good not evil.
If there is anything constant about Umno from the time it came into government it is this – Umno has never wavered from its promise that Ketuanan Melayu will prevail, that Islam shall be the religion of this nation and that the Sultans will reign in the state they are Sultans of.
Umno does not apologise for these principles that they live by it.

Debat… oh… debat

Adakah anda seorang yang suka meluahkan perasaan?

Beranikah anda untuk meluahkan hujah-hujah terhadap sesuatu isu yang dekat dengan hati anda dan yang melibatkan kepentingan nasional?
Sanggupkah anda memperjuangkan sesuatu yang betul di mata rakyat tetapi tidak disenangi dalam kalangan pihak atasan yang berkepentingan?
Jika anda mempunyai kesemua ciri yang dimaksudkan tadi, maka platform terbaik untuk anda ialah berdebat.
Sejak akhir-akhir ini, debat sudah menjadi suatu acara yang berkesan dalam menyampaikan isi hati pihak tertentu. Tidak kiralah pihak tertentu yang dimaksudkan itu adalah orang politik, orang-perseorangan mahupun tokoh korporat.
Di Malaysia umpamanya, biarpun budaya berdebat masih di peringkat permulaan atau dalam istilah Bahasa Inggeris disebut sebagai “infancy” namun nampaknya lewat kebelakangan ini ia semakin mendapat tempat.

MB : Rafizi mahu tumpu tanding PRU13


rafizi ramli SHAH ALAM - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan, punca Rafizi Ramli meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor kerana mahu memberi tumpuan penuh terhadap  perancangan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Beliau berusaha menjadi Ahli Parlimen, oleh itu, beliau tidak mahu banyak persoalan yang timbul, dan mahu bertindak secara individu,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas peletakan jawatan Rafizi yang dikatakan ada kaitan dengan dakwaan wujud krisis dalam pentadbiran Kerajaan Negeri.

Penyokong Kapitalis : DAUN pula berhimpun sokong Lynas

Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Pahang Mendukung Agenda Untuk Nasional (DAUN) didakwa berjaya menarik kira-kira 10,000 orang untuk berhimpun di Teluk Cempedak di Kuantan semalam bagi menyokong usaha dan dasar kerajaan berhubung kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng di Kuantan.

Penyelaras DAUN Wan Emril Nizam Wan Embong berkata antara program yang dilaksanakan dalam perhimpunan itu yang berlangsung dari awal pagi hingga tengah malam tadi adalah menanam pokok yang diberi nama Lynas sebagai gimik sokongan.

Aktivis bakar 'TOL' Lynas



 
Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack pada malam tadi melemparkan satu simbol lesen operasi sementara Lynas ke dalam api dan disorak kira-kira 600 orang yang berhimpun di pantai Balok, Kuantan.
NONEKumpulan berkenaan berhimpun di lokasi tersebut untuk menyaksikan acara kemuncak di hari pertama demonstrasi anti-Lynas sebelum mengadakan protes 'Occupy Balok-Gebeng' hari ini.

Terdahulu, Wong bersama pengerusi bersama BERSIH 2.0, Datuk A Samad Said menyalakan api untuk membakar kain hitam dengan tulisan slogan anti-Lynas di pantai tersebut.

Mereka kemudiannya menarik turun satu kain rentang besar dengan tulisan Lynas sebagai tindakan yang dianggap sebagai simbol memberhentikan Lynas.

Gimik selama 15 minit itu bermula pada jam 11.30 malam dan berakhir dengan tindakan Wong mengetuai peserta perhimpunan melaungkan slogan “Hentikan Lynas.”

Santai Santapan Rohani Bersama Ustaz Azhar Idrus di Stadium PJ Kelana Jaya

Bicara Ulama' : Ustaz Nazmi Karim - Hukum mengikut agenda bukan islam !

Bicara Ulama' : Ustaz Zawawi - PAS mencetuskan penerapan nilai2 islam dlm pemerintahan UMNO

Bicara Ulama' : Ustaz Nik Bakri - PAS...Dasar, Perlembagaan, Terbuka

Bicara Ulama' : Ustaz Fairuz - Kebanyakan Ilmuan Islam berada dlm PAS

Bicara Ulama': Rugikah bila bekerjasama dgn bukan Islam ?

Ustaz Nazmi Karim: Secebis kisah keluarga di Syria

Ustaz Nazmi Karim: Sifat2 umat Nabi Muhammad SAW (Bhg 2)

Ustaz Nazmi Karim: Sifat2 umat Nabi Muhammad SAW (Bhg 1)

Very Very Emotional- recitatioin about Respect of Parents

Al Jazeera's correspondent Jamal Elshayyal reports from Cairo

Syria: Downing of Turkish Plane an Accident

Lynas on 'Fire'

TAHUKAH ANDA : Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang

Negara Zina : Kondo maksiat empat sekawan

Pencemaran Operasi Kuari Ulu Choh

Egyptians await election results

Syria says Turkish plane violated airspace

Ustaz Sharir Long: Tips senang nak ingat/hafal

Ustaz Sharir Long (Bicara Hadis-Bhg 9):Taqwa itu 4 perkara

Ustaz Sharir Long (Bicara Hadis-Bhg 8): Taqwa itu 4 perkara

Ustaz Sharir Long (Bicara Hadis-Bhg 7): Amal tanpa ilmu...Ilmu tanpa amal

Ustaz Sharir Long (Bicara Hadis-Bhg 6): Jual ilmu agama ..Kufur ! Mati Kafir..

Ustaz Sharir Long (Bicara Hadis-Bhg 5): Syukur & Pengertiannya

Ustaz Sharir Long (Bicara Hadis-Bhg 4): Taqwa & Pengertiannya

Ustaz Sharir Long (Bicara Hadis-Bhg 3): Taqwa & Pengertiannya

Ustaz Sharir Long (Bicara Hadis-Bhg 2): Taqwa & Pengertiannya

Ustaz Sharir Long (Bicara Hadis-Bhg 1): Taqwa

The Settler and his Felda will soon Part ( Part 2/2)

 I hope the filial sons and daughters of settlers will explain to their parents, the rip-off job Isa et al with the blessings of Najib are pulling on them. Look at the distribution of the 60% shares being offered:-

Table 1. percentage and number of shares offered.
item
Shares offered for sale
Percentage (%)
Number of shares( million)
1
Sale of existing shares
33.1
1,208.9 million
2
Sale of new shares
26.9
   980.0
3
TOTAL
60.0
2,188.90
A total of 2.1889 billion shares amounting to 60% of the total are offered. The buyers? A large portion is taken up by cornerstone investors. Exotic name huh? They are large institutional buyers such as EPF, Tabung Haji, state governments. Did I see my home state Pahang in the list? Where will it get the money?

FGV is the settlers' Road to Serfdom. (1/2)

Someone wrote that FELDA settlers will eventually become estate workers. The FGV listing is the settler’s road to serfdom.
Table 1: %age and number of shares offered for sale.
per
Saham2 yang di tawarkan
Peratus(%)
Jumlah saham
1
Saham sedia ada yg di tawarkan
33.1
1,208.9 juta
2
Saham baru yang di tawarkan
26.9
   980.0
3
JUMLAH
60.0
2,188.90
Table 2: allocation of FGV shares.
 per
Jenis pembeli
Peratus(%)
Jumlah saham( Juta unit
1
Yang di pilih oleh MITI
11.5%
419.5
2
Pembeli institusi
41.1%
1495.8
1 +2
Jumlah
52.6%
1915.30
4
Orang awam
2.0%
73.0
5
Peneroka FELDA
2.5%
91.2
6
Kakitangan FELDA
3,0%
109.4
5+6
jumlah
5.5%
200.6
JUMLAH KESELURUHAN
60.0%
2188.9

Mampuih la UMNO kali nie, hampa tunggu bom terbaru...

Shuhaimi Shafiei
PKR Selangor: Tunggu 'bom jangka' terbaru

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei menegaskan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada pendedahan terbaru skandal terbaru membabitkan Umno Selangor.

Katanya, faktor itu jugalah yang menyebabkan Rafizi meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan menafikan ia berpunca akibat perpecahan dalam parti.

ANDA MENGUNDI UMNO/BN BERERTI ANDA MEMBANTU MENJAHANAMKAN NEGARA..APA KATA ANDA?

Dana KWSP mencecah RM444.5 Billion.. Najib tentu gembira..



Dengan jumlah dana terkumpul yang mencecah USD145,570 Juta atau bersamaan dengan RM444,593 Juta, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)rakyat Malaysia telah tersenarai sebagai yang kelima terbesar dalam Pengurus Dana Pencen Dunia.


KWSP adalah agensi kerajaan Malaysia di bawah Kemeterian Kewangan ianya ditubuh secara rasmi di bawah enakmen Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452.

Berfungsi menguruskan pelan simpanan wajib pekerja dan pelan pesaraan untuk mereka yang bekerja di Malaysia dan keahlian adalah wajib bagi warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang merupakan penduduk tetap.

Zionis musuh kemanusiaan sejagat

Zionis adalah satu pergerakan anti demokrasi dan berbentuk perkauman.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama harus ditanam dengan kefahaman yang betul dan benar bahawa zionis Israel adalah musuh kemanusiaan sejagat.
Profesor Dr Azmi Hassan, seorang Geostrategist dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, isu Palestine adalah isu sejagat sama seperti dasar apartheid di Afrika Selatan pada suatu ketika dahulu yang ditentang oleh masyarakat antarabangsa.
“Dalam menghadapi isu Palestine ini, kita harus menukar strategi dengan memberi kefahaman bahawa zionis adalah satu pergerakan anti demokrasi dan berbentuk perkauman.
Perjuangan menentang kezaliman zionis Israel adalah perjuangan untuk menegak keadilan buat rakyat Palestine,” katanya pada “Wacana Al-Quds: Siapa itu Zionis Israel?” di Dewan Serbaguna Lembah Keramat di sini malam tadi.

PM buta sejarah? Kesian beliau jadi bahan ketawa

Mahu menyelamatkan air muka Najib, Sinar padam kenyataan ini.. tapi kantoi..


Jika diperhatikan print screen Sinar Harian di atas yang di highligtkan dengan warna biru itu ialah.. "Dalam sejarah kita, kita pernah buat pilihan raya masa musim haji. Pilihan raya tahun 1986 kalau tak silap saya. Saya tahu ia pada zaman Tun Hussein Onn.


Itu adalah kata-kata Najib yang buta sejarah  pada tahun tersebut Perdana Menteri adalah Tun Mahathir..

Krisis Najib Dan UMNO : Dana negeri mencari kawasan lebih selamat apabila pasaran tempatan merundum

KUALA LUMPUR, 24 Jun - Dana pelaburan negara Malaysia mengalir berbilion-bilion ringgit ke luar negara mencari kawasan selamat apabila ekonomi tempatan kelihatan terus mengalami kejatuhan harga sepanjang tahun dengan beberapa indeks berterusan  dijangka mengalami kemerosotan dalam bulan-bulan berikutnya.
Indeks utama Malaysia, yang menunjukkan aktiviti ekonomi akan datang, mengalami penurunan pada bulan kedua berturut-turut pada April, memberi isyarat bahawa  berturut-turut melambatkan perkembangan bersedia untuk diteruskan, kata para penganalisis.
Ahli-ahli ekonomi berkata kepada The Malaysian Insider yang dana seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan dilihat mempelbagaikan portfolio mereka apabila peluang-peluang tempatan semakin mengecil.

Komunis: Mohamad maafkan Visvanathan, bukan Utusan


NIBONG TEBAL: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sedia memaafkan saksi pertama kes isu komunis Bukit Kepong, Visvanathan a/l Muthu, 75, yang terlibat dengan perbicaraan isu berkenaan di Mahkamah Seksyen Butterworth pada 11 Jun lalu.

Mohamad sebaliknya terus bertekad menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana mengeluarkan berita dengan niat jahat.


Jelasnya, Visva Nathan telahpun mengaku dan memohon maaf kepadanya di hadapan Hakim Ikmal Hisyam Ahmad Tajudin ketika diasak peguam Mohamed Hanipa Maidin pada perbicaraan berkenaan.

Umno-BN Johor takut silent protest

WALAUPUN bekas Bendahari Umno, Tun Daim Zainuddin meramalkan Umno-BN akan dapat mengekalkan kemenangan di Johor, Melaka dan Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13, tetapi PAS Johor yakin Pakatan Rakyat menang besar di negeri tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Johor, Dzulkefly Ahmad menegaskan pandangan peribadi Daim itu mungkin boleh berubah kerana rakyat Johor kini sudah semakin bijak dan berfikiran terbuka dalam menentukan hala tuju kepimpinan negeri mereka.

Mengenang amanat Ustaz Fadzil Mohd Noor

Oleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM
TANGGAL 23 Jun 2012, genaplah 10 tahun pemergian mantan Presiden PAS dan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Almarhum Dato’ Fadzil Mohd Noor.
Allahyarham merupakan satu nama besar dalam arena politik dan gerakan Islam, bukan sahaja dalam negara, malah dikenali di seantero dunia lantaran kehebatan cara berpidato beliau dengan mengemukakan hujah yang mantap yang sukar ditangkis oleh pihak lawan terutama Umno-BN.

Sepanjang penglibatan beliau dalam arena politik tanah air, banyak perkembangan positif dalam memimpin ummah dengan politik yang sihat agar mereka bersedia untuk menyatakan kebenaran di hadapan golongan individu yang tidak berapa cenderung kepada pelaksanaan undang-undang Islam yang kian lama terpinggir dalam kehidupan umat Islam.

Mengenang tokoh terbilang PAS

Oleh Abd Shukur Harun
DUA tokoh berjasa kepada dunia Islam, khususnya PAS, sudah tidak ada lagi bersama kita, namun legasi mereka adalah khazanah yang tidak ternilai harganya.
Mereka adalah Presiden PAS (1989-2002), Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Noor yang telah 10 tahun pemergiannya dan murabbi PAS, Ustaz Yahya Othman yang meninggal dunia beberapa hari lalu dalam usia74 tahun.

Sebelum itu dua pejuang PAS yang tidak boleh dilupakan, yang bertugas di Pejabat Agung sejak puluhan tahun – Almarhum Syed Muhamad Syed Hasan dan Ustaz Abdul Rahim Saidin telah juga berpulang ke rahmatullah beberapa waktu yang lalu. Mereka walaupun bukan pemimpin, adalah ‘pahlawan yang tidak bernama’ yang sangat berjasa seperti yang pernah disebut oleh Almarhum Ustaz Fadzil sendiri ketika hayatnya.