Khamis, 21 Jun 2012

Wan Azmi letak jawatan daripada Lembaga MAS

KUALA LUMPUR - Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah meletakkan jawatan sebagai pengarah Malaysia Airlines (MAS).

Syarikat penerbangan nasional itu dalam satu kenyataan berkata Wan Azmi mengumumkan bahawa ia tidak mahu dipilih semula sebagai Pengarah Bebas dan Bukan Eksekutif syarikat itu di Mesyuarat Agung Tahunan ke-41 di sini, hari ini.

Susulan keputusan beliau itu, resolusi yang mahu mendapatkan kelulusan pemegang saham bagi pelantikan semula beliau ditarik balik, kata MAS.

Pengerusi syarikat, Tan Sri Md Nor Md Yusof mengucapkan terima kasih kepada Wan Azmi di atas sumbangan beliau kepada syarikat penerbangan nasional itu sebagai ahli lembaga sejak 9 Ogos tahun lepas. -- Bernama

Pengundi luar negara - Ini bukti SPR tak reti buat kerja?

Malaysiakini melaporkan:
Beberapa rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara tampil mempertikaikan dakwaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa gesaannya kepada warganegara ini yang tinggal di seberang laut supaya mendaftar sebagai pengundi di kedutaan dan pesuruhjaya tinggi masing-masing, mendapat sambutan dingin.

Sebaliknya, mereka mendakwa, kedutaan dan suruhanjaya tinggi Malaysia tidak perasan mengenai arahan SPR itu.

Berikutan itu, mereka menggesa SPR supaya memberi arahan dan
maklumat yang jelas kepada kedutaan dan suruhanjaya tinggi Malaysia. - Mkini.  

Mesyuarat MT Umno esok tentang PRU13?

Majlis Tertinggi (MT) Umno akan mengadakan mesyuarat esok (Jumaat) pada jam 3 petang yang antara lain akan turut membincangkan isu mengenai persiapan pilihan raya umum yang ke-13.Mesyuarat yang akan diadakan di tingkat 39, Menara Datuk Onn itu akan dipengerusikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.Pengerusi-pengerusi badan perhubungan Umno negeri difahamkan akan dijadualkan untuk membentangkan persiapan bilik jentera pilihan raya masing-masing kepada MT dalam mesyuarat itu nanti.
Adalah difahamkan, Najib yang juga perdana menteri dan pengerusi Barisan Nasional (BN) telahpun berpeluang meneliti dua laporan senarai calon-calon Umno sebelum ini.

Panda disusukan, orang utan sendiri mati kebuluran?


Pada 15 Jun lalu, kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Persatuan Pemeliharaan Hidupan Liar China (CWCA) yang mana Malaysia akan dipinjamkan dua ekor beruang panda selama 10 tahun.
Peminjaman dua ekor beruang panda ini adalah sempena penyambutan 40 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China pada tahun 2014.
Beruang panda adalah khazanah ikon negara China. Mereka ini hidup di hutan buluh iklim sederhana di bahagian tengah China. Mereka ini adalah haiwan yang terkenal dan juga antara yang paling jarang ditemui di dunia. Beruang panda ini adalah lambang usaha untuk menyelamat dan memelihara binatang yang kian pupus.
Perdana Menteri Datuk Seri najib Razak berkata kewujudan beruang panda ini di Malaysia akan memerangsangkan industri pelancongan negara kita.

Lautan kain hitam di protes anti-Lynas di Kuantan



 
Lautan kain hitam akan berkibar di ruang udara perhimpunan Occupy Balok-Gebeng di pantai Balok di Pahang pada hari Sabtu ini dan  pihak penganjur sedang meningkat usaha untuk menyediakan sepanduk anti-Lynas menggunakan warna berkabung.

NONEKira-kira 500 sepanduk berwarna hitam dengan tulisan putih, akan
dipasang di pantai manakala ribuan kain hitam akan diagihkan kepada peserta untuk membuat sepanduk mereka sendiri, kata anggota jawatankuasa pemandu Himpunan Hijau, Clement Chin (kanan).

"Kami mahu menghantar mesej bahawa ini adalah saat yang paling muram dan kritikal, memandangkan Lynas akan memulakan operasi. Kita tidak boleh tunggu lagi," kata Chin.

Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack berkata satu pasukan 20 sukarelawan bekerja sepenuh masa untuk menyiapkan 500 sepanduk menjelang hari Sabtu ini.

Program membantah loji Lynas itu, akan bermula pada tengah hari
Sabtu. Banyak aktiviti disediakan termasuk dua konsert dan pameran
mengenai bekas tapak Bukit Merah Rare Earth (ARE) dan aktiviti perkhemahan.

Negara berkebajikan PAS bela semua kaum

KUALA LUMPUR: PAS memberi jaminan bukan sahaja hak bumiputera malah hak kaum lain juga akan lebih terbela jika diberi mandat menerajui negara ini lebih-lebih lagi dengan konsep negara berkebajikan yang digagaskan parti itu.

Ketua Dewan Pemuda PAS Nasruddin Hassan berkata, negara berkebajikan PAS juga akan memastikan negara ini ditadbir lebih baik dengan meletakkan pembangunan seimbang antara fizikal dan rohani.

"Kita tidak mahu membina sebuah negara yang maju dari sudut material dan fizikal, tetapi dipenuhi kemungkaran dari sudut ekonomi, politik dan sosial sehingga mengundang kemurkaan Allah," katanya.

"Kita tidak mahu kekayaan bumi yang Allah beri ini hanya berlegar-legar untuk golongan elit dan pemerintah sahaja," sambungnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam program debat Dalam Radar Khas bertajuk 'Malaysia Negara Berkebajikan, Dasar Baharu atau Amalan Sedia Ada' anjuran Bernama Radio 24 di wisma Bernama di sini petang tadi.

Apa eloknya perjuangan asal Umno?

Subky Latif,
SAYA terbaca seruan Khalid A. Samad, anggota Parlimen PAS Shah Alam menyeru  supaya UMNO kembali kepada perjuangannya yang asal.
Saya tidak ikut secara terperinci seruan itu. Tetapi  apakah perjuangan asal UMNO itu yang elok yang UMNO patut kembali kepadanya?

UMNO itu ditubuhkan atas kejayaan Dato Onn Jaafar menggagalkan Malayan Union dan berjaya mengembalikan kedaulatan raja-raja Melayu sesuai dengan perkembangan politik di Tanah Melayu.

Khairy: SPR wajar daftar pemilih secara automatik


Khairy Jamaluddin PUTRAJAYA - Pergerakan Pemuda Umno mencadangkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan pendaftaran pemilih secara automatik bagi rakyat Malaysia yang telah mencapai umur 21 tahun.
  
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu penting kerana sebilangan besar rakyat masih tidak menunjukkan minat atau mengambil inisiatif untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih, meskipun pelbagai usaha telah diambil.
  
"Kita tidak boleh memaksa...jadi masalah ini tidak akan wujud sekiranya sistem pendaftaran pemilih secara automatik dilaksanakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum bertajuk 'Righs vs Security: To Strike A Balance' sempena seminar kebebasan berhimpun di sini hari ini.

Hudud dan teokrasi: PAS sedia terus debat dengan MCA


KUALA LUMPUR: Ekoran DebatKini baru-baru ini, PAS bersedia untuk terus berdebat dengan MCA dalam apa sahaja tajuk yang selalu dibangkitkan MCA termasuk isu hudud dan negara teokrasi.

Demikian dinyatakan oleh Dr Mujahid Yusof (gambar) kepada Harakahdaily ekoran debat beliau dengan Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu yang dianjurkan Malaysiakini baru-baru ini.

Dalam DebatKini itu, pemimpin Pakatan Rakyat berdebat dengan pemimpin BN di Dewan Perhimpunan China Selangor baru-baru ini.

PRU hanya selepas mandat 5 tahun lengkap?


Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang melakukan gerakan kecil-kecilan untuk mempertimbangkan bahawa pilihan raya umum diadakan apabila tempoh mandat pentadbiran kerajaan sedia ada mencukupi lima tahun dan bukannya lebih awal.
  
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, beliau secara peribadi bersetuju dan bersedia untuk menjadi pemangkin kepada langkah itu.
  
"Saya secara peribadi merasakan lima tahun bermakna lima tahun, jadi rakyat faham mereka akan mengundi wakil mereka selama lima tahun, saya juga boleh jadi catalyst (pemangkin) untuk kita cuba dapatkan lima tahun ini," katanya ketika menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2012) 2012 di peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

MP Merbok akui pernah dipujuk Zamil keluar KEADILAN

KUALA LUMPUR 21 Jun: Ahli Parlimen (MP) Merbok, Datuk Rashid Din mendedahkan beliau pernah diajak Bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim untuk keluar daripada parti KEADILAN.
Menurutnya, peristiwa itu berlaku beberapa tahun lalu ketika beliau dan Zamil sedang bersembang di sebuah kedai makan di Taman Rasa Sayang, Jitra, Kedah.
“Saya dan Zamil memang kawan baik. Dia adalah bekas pembantu politik sejak saya mula-mula menjadi wakil rakyat. Kami selalu berjumpa dan bersembang.

Nama PM Disebut Dalam Video Beli Ahli Parlimen PKR

SHAH ALAM 21 JUN : Nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikaitkan dalam pendedahan terbaru Video Beli Ahli Parlimen PKR yang didedahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad siang tadi.
Pendedahan video selama 30 saat itu menyaksikan bekas ketua pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim menyebut nama pemimpin nombor satu negara itu.
“Dalam siri pendedahan kali ini, Zamil ada menyebut tentang rundingan terus kepada PM andai tawaran yang diberikan tidak memuaskan kepada Ahli Parlimen yang ditawarkan tukar parti.
“Mereka yang ditawarkan ini bolehlah berjumpa sendiri dengan PM dan boleh juga meminta jumlah yang diinginkan,” beritahu Khalid mendedahkan isi kandungan video berkenaan.

Ada rahsia kes pindah wang Tabung Haji?


KUALA LUMPUR: Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar beranggapan ada sesuatu yang cuba disembunyikan kerajaan berhubung isu pemindahan wang ke akaun Ketua Pengarah Eksekutifnya, Datuk Ismee Ismail.

Ia berikutan persoalan yang dibangkitkan beliau masih tidak dijawab secara terperinci, biarpun berulang-kali didesak berbuat demikian.

"Semalam, saya membangkitkan isu ini dengan menjelaskan butirannya, dan hari ini jawapan tersebut sudah ada di meja saya.

Tee Keat vs Rafizi or Tee Keat vs Soi Lek: PR don’t need friends to win GE-13

It was most amusing to read The Star’s analysis with the headline “No calm before the storm” (June 21, 2012).
Tee Keat vs Rafizi or Tee Keat vs Soi Lek: PR don’t need friends to win GE-13 Amusing because it shows the Pakatan Rakyat (PR) don’t need friends to win the next general election (GE) because the Barisan Nasional (BN) and Umno, with “friends” like MCA will ensure disaster for the ruling coalition.
Already MCA is fighting political demise in the next GE and BN is also struggling. Yet, the MCA’s mouth piece (The Star) ran an analysis that can be seen as promoting Rafizi Ramli and undermining or sabotaging the BN incumbent in Pandan, Ong Tee Keat.
I note the following content in the analysis:
> On his side, Ong, 58, has experience and a long track record that was quite distinguished until his brief but stormy stint as MCA president

Home Ministry's third boo-boo over crime rate?

Lynas: JK Himpunan Hijau tolak laporan PSC

Jika IBU Berpisah Jangan Cari IBU - Ustaz Azhar Idrus

NASIHAT Buat ISTERI Yang SUAMINYA Ingin BERMADU - Ustaz Azhar Idrus

Imamkan Orang TOLAK Al Quran & Hadis - Ustaz Azhar Idrus

Ibnu QAYYIM & Ibnu TAIMIYAH Sesat ? - Ustaz Azhar Idrus

Ciri Ciri SUAMI Soleh - Ustaz Azhar Idrus

Pelakon Hairie Othman sertai PAS

Debat Menteri JPM vs YB (3) Bahas RUU Perbekalan (2012) 2012

Khalid names another 'MP-buying' agent

Pengerang folk submit petition on burial site

More space, facilities for the media at Parliament

3 lelaki tampil sokong Faekah Husin jadi tanda tanya

Khalid dedah seorang lagi ejen BN beli MP Pakatan

Hisham’s three different versions of crime rate

Petaling Jaya Utara MP Tony Pua is puzzled why there are three different crime rates for the same year. 

KUALA LUMPUR: Petaling Jaya Utara MP Tony Pua is very concerned about the crime rate in Selangor . He asked the home ministry three times for figures. And he got three different figures for the crime rate in 2009.
A puzzled Pua believes that the home ministry’s figures are less than truthful.
On Tuesday, he said that based on a written reply to him, the number of violent and property thefts in Selangor had increased in the last two years (2010 to 2011).
The home ministry released a statement yesterday to rebut Pua.

No more democracy in schools?

An Education Ministry circular bans the election of class monitors.

PETALING JAYA: Is the government trying to stifle democracy at the school level?
In a Twitter message this morning, Subang Jaya state assemblyperson Hannah Yeoh provided a link to an education ministry circular that instructed schools to stop the election of class monitors.
The circular, dated Feb 12, 2010, was addressed to all state education departments. It said the decision was made in a Cabinet meeting chaired by Education Minister Muhyiddin Yassin on Feb 10.
“The Cabinet decided that election to appoint class monitors to be halted immediately,” the circular said. “Instead, class monitors will be appointed by the schools’ respective principals or headmasters.”
It bore the signature of Alimuddin Mohd Dom, who was then the director-general of the education ministry.

Pakatan Tiada Kuasa Pengaruhi Tentera

SHAH ALAM 21 JUN : Pakatan Rakyat(PR)tiada kuasa mempengaruhi tentera membenci dan bangkit menentang Kerajaan Pusat, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul.
Beliau menegaskan sebagai penjawat awam, anggota tentera juga mempunyai hak untuk mempunyai pandangan berbeza dengan kerajaan pemerintah dan sama sekali tidak memerlukan pengaruh pihak parti pembangkang untuk berbuat demikian.
Sebelum ini, media pro Umno-BN melaporkan PR cuba mempengaruhi anggota tentera untuk membenci dan bangkit menentang Kerajaan Pusat.

Pemilik Sebenar No PLAT PKR 1 hingga PKR 5.



RM99,555.00 = PKR 1

Anwar Ibrahim yang punya. Celaka. Bodoh. Jongos. Makan duit rakyat. Pencuri. Cakap orang lebih tapi sendiri pun sama. Takde beza. Pemimpin neh yang korang dok agung2kan sangat dan menganggap bakal mengantikan najib? Dah larh kaki liwat apa seme. G mampos lah wehhhhh

kah kah kah

Rileks. No Plat tue bukan DSAI punya. Kata2 di atas tue hanyalah kata2 dalam mimpi bloggers umno yang nak meluahkan rasa marah kat DSAI dan PKR andai PKR benar2 membeli / membida no plat tersebut. Tapi sayangnya PKR tak beli pun. So dorang hanya mampu marah dalam mimpi jek.

kah kah kah


No. Plet Kenderaan 'PKR 1' telah dibida dan dimiliki oleh seorang usahawan dari Pilau Pinang iaitu Ong Thai Yang. Nilai bidaan ialah RM99,555.00

Manakala no plet PKR 2 pula dibida dan dimenangi oleh Advanced Sales Sdn Bhd dengan harga RM23,200 dan Datuk Seri Santhara Kumar Ramanaidu memenangi PKR 3 dengan harga RM50,000.


PKR 4 dimenangi oleh Muhammad Fadhrul Redzwann Samsudin dengan harga RM12,11 dan RM28,000 dibayar oleh Sow Ban Leong untuk PKR 5 .


Tiada seorangpun pemimpin dari PKR diberitakan turut serta dalam bidaan nombor plet 'PKR' tersebut seperti yang dilaporkan oleh The Star kat atas neh..
-SUMBER-

Ameno : Teruskan marah dalam mimpi oke.. ekekke

Ekonomi Mantap : MAS mungkin kurangkan pekerja untuk jimatkan kos



 
Ketua pegawai eksekutif Malaysia Airlines (MAS) Ahmad Jauhari Yahya berkata syarikat itu tidak menolak kemungkinan untuk mengurangkan tenaga kerjanya dalam rancangan untuk meningkatkan pulangan secara agresif, selepas mencatat kerugian bersih RM2.5 bilion tahun lalu.

Katanya, tindakan tersebut merupakan antara langkah terakhir.
"Kos tenaga kerja adalah satu perkara yang kita perlu tangani pada masa ini. Untuk jangka masa panjang, kita perlu tanganinya, tapi (fokus) pada masa ini adalah penggunaan pesawat," katanya kepada pemberita hari ini.

Guan Eng:"Najib Can Come and Go"

Kuliah Tarbiyyah Ijtima Tarbawi 2010 - Almarhum Ustaz Yahya Othman

Rafizi letak jawatan CEO penasihat ekonomi S'gor

KUALA LUMPUR: Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Perkara itu turut dimaklumkan dalam twiternya sebentar tadi.

"Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sbarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk Kerajaan Negeri," katanya.

Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor diterajui Ketua Umum PKR Datuk Sri Anwar Ibrahim sebagai penasihat.

Rafizi pula menyandang jawatan Ketua Eksekutif di pejabat itu sejak 2009 lalu.

"Letak jwtn proses biasa. Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di Kerajaan Negeri & parti. Ramadhan dah dekat, tumpu ibadah," katanya lagi.

Dalam tulisan lanjut di twiternya, beliau berkata belum membuat sebarang perancangan namun mahukan rehat dan menumpukan kepada ibadah sempena bulan Ramahan ini.

'Sepina pada rakan Razak Baginda akan tiba'


 
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menegaskan peguamnya di luar negara dalam proses menghantar sepina terhadap Jasbir Singh Chahl, yang dikatakan 'orang kanan' urus niaga Scorpene Malaysia-Perancis.

Menurut kenyataan sekretariat NGO hak asasi itu, peguam William Bourdon dan Joseph Breham di Perancis mengesahkan Jasbir sebagai saksi kes dan disepina oleh mahkamah.

"Penghantaran sepina sedang dibuat dan akan mengambil masa beberapa hari. Kami tiada maklumat lanjut bilakah tempoh waktu sebenar untuk proses ini," menurut kenyataan itu.

‘Dr M provocative due to GE13′

Serdang MP Teo Nie Ching has expressed surprise at former premier Dr Mahathir Mohamad's statement that more Chinese independent schools would hinder national unity.

PETALING JAYA: Former prime minister Dr Mahathir Mohamad’s statements are getting more provocative by the day because of the impending general election, DAP assistant publicity chief Teo Nie Ching said today.
Teo was referring to Mahathir’s statement on Chinese independent schools yesterday.
Mahathir had reportedly said that the setting up of more Chinese independent schools would create obstacles to foster national unity.
He also said that in any country, the national language is always “the original language used by the original settlers of the particular land”.

Anak fail permohonan halang penyenaraian FGVH


KUALA LUMPUR: Panel peguam Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk menghalang penyenaraian Felda Global Vantuer Holding (FGVH) sebelum 28 Jun ini.

Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, barisan panel peguamnya sedang membuat persiapan terakhir untuk membuat permohonan sebelum FGVH disenaraikan.

"Kita sudah buat penelitian dan kita yakin berjaya menghalang penyenaraian itu," katanya kepada Harakahdaily.

TERKINI !! RAFIZI RAMLI -LETAK JAWATAN DARI PEJABAT PENASIHAT EKONOMI SELANGOR

BERITA DARI TWITTER BELIAU -BELUM ADA BERITA RASMI DARI PARTI DAN BELIAU

Rafizi Ramli ‏@rafiziramli
Saya tlh beri notis letak jawatan dr Pej Penasihat Ekonomi Slngor. Sbrg pertanyaan mengenai ekon Sel dll ruj KNegeri atau
anwaribrahim


KPF agih dividen ahli bernilai RM340 juta..!!

KUALA LUMPUR, 21 Jun — Walaupun berdepan dengan pelbagai kontroversi, termasuk tentangan terhadap lantikan Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai anggota Lembaga Pengarah Koperasi Permodalan Felda (KPF) oleh NGO pembangkang, pertubuhan itu hari ini mengumumkan pembayaran dividen sebanyak RM340.1 juta kepada ahlinya.
Pertubuhan yang mempunyai ahli terbesar daripada kalangan peneroka Felda itu juga turut mengumumkan mereka beroleh keuntungan sehingga lebih RM356 juta pada tahun 2011, peningkatan sebanyak 39.11 peratus berbanding RM238 juta pada 2010.
“Perwakilan juga bersetuju untuk meluluskan pembayaran dividen sebanyak RM340.1 juta atau 18 peratus bagi tahun kewangan 2011 kepada anggota-anggota KPF,” jelas Ketua Eksekutif KPF, Mazlan A. Talib.

Terengganu Darul Runtuh : Astaka di Jertih runtuh, enam terperangkap


Kerja-kerja mencari dan menyelamatkan mangsa runtuhan sedang dijalankan.
Kerja-kerja mencari dan menyelamatkan mangsa runtuhan sedang dijalankan.
 
BESUT - Sebuah astaka yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih di sini runtuh jam 1.30 petang tadi menyebabkan enam pekerja warga Indonesia terperangkap dalam runtuhan.

Sehingga jam 3 petang, seramai empat pekerja berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.

Pasukan penyelamat masih bertungkus lumus untuk mengeluarkan dua lagi mangsa yang masih terperangkap.

Lagi kesilapan kadar jenayah dari KDN?


 
Kadar sebenar jenayah di negeri Selangor menjadi pertikaian apabila Kementerian Dalam Negeri didakwa memberi tiga jumlah berbeza untuk tahun 2009.

Anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua membandingkan jawapan bertilis parlimen yang diterimanya pada 2010, dua hari lepas dan pembetulan terbaru Kementerian Dalam Negeri semalam.

Prof Mohamad: Pandangan Tokoh Luar Tak Jamin Tepat

SHAH ALAM, 21 JUN: Tokoh asing yang menyentuh isu tempatan negara ini tidak menjamin pandangan itu boleh dijadikan panduan untuk membuat keputusan sekaligus menyelesaikan isu tersebut.
Demikian menurut pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar ketika dihubungi TVS hari ini.
Menurut Prof Mohamad, antaranya termasuklah pendapat yang dikeluarkan oleh ulama yang dijemput dalam satu seminar yang diadakan di ibu negara berhubung isu pilihan raya di musim haji.
“Setiap kali ada isu tercetus mereka ini suka mengheret tokoh luar, jemput mereka datang untuk berseminar, berforum dan kemudian media akan tanya pendapat.
“Perkara ini sudah menjadi fenomena yang lumrah sedang berlaku dikalangan parti pemerintah dan parti politik.
“Akhir-akhir ini kita melihat kehadiran ulama luar dari Masjidil Haram sebagai contoh.

Lagi ejen Umno didedah ada dalam video beli MP Pembangkang

KUALA LUMPUR 21 Jun: Seorang lagi ejen Umno BN yang berada di dalam video cubaan membeli dua Ahli Parlimen (MP) Pembangkang didedahkan.
Pada tayangan video kali ketiga di Bangunan Parlimen hari ini, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan, Pengerusi Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah adalah ‘kepala’ dalam rundingan tersebut.

PR dedah seorang lagi pujuk MPnya lompat parti


Khalid Samad KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) hari ini mendedahkan seorang lagi pemimpin terlibat dalam usaha memujuk ahli-ahli Parlimennya keluar parti.

Selain itu, pemimpin-pemimpin PR juga mendedahkan durasi tambahan kepada pendedahan rakaman video yang dibuat minggu lalu.

Sambungan itu melibatkan rakaman yang durasinya 30 saat.

Pendedahan dibuat oleh dua Ahli Parlimen PR iaitu Khalid Samad dan Charles Santiago.

Merdeka Rakyat Sabak Bernam - YB Zuraida

Kes Scorpene: Saksi pertama terima sapina Mahkamah Perancis

KUALA LUMPUR 21 Jun: Sapina untuk saksi pertama kes skandal penyelewengan kapal selam Scorpene – Jasbir Singh Chahl sudah diperolehi dari Mahkamah Perancis dan dalam proses penyerahan.
Sekretariat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam satu kenyataan hari ini berkata, penghantaran sapina tersebut dalam proses dan memerlukan beberapa hari untuk dilaksanakan.
“Kami tidak ada maklumat yang tepat bila jangka masa sapina itu akan diserahkan,” kata kenyataan itu dipetik Harakah Daily.
Suaram mengulas kenyataan Jasbir yang merupakan pembantu kanan Abdul Razak Baginda sebelum ini yang menafikan kaitannya dengan kes pembelian Scorpene.
Jasbir berkata, sehingga kini beliau tidak menerima sebarang sapina dari mana-mana mahkamah.

Merdeka Rakyat Sabak Bernam - Chua Jui Meng

Skandal Shafie Apdal "Spedo" Zahida Rafik AKHIRNYA Ke SPRM!

Wanita KEADILAN hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pembiyaan kewangan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Shafie Apdal sebanyak RM1.5 juta kepada artis terkenal, Zahida Rafik.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Wanita KEADILAN Ampang, Salmah Ismail pada jam 10.00 pagi tadi.

Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Zuraida Kamaruddin tidak dapat hadir kerana sedang menghadiri persidangan Parlimen.

Laporan tersebut berdasarkan maklumat oleh bekas pemandu Zahida, Noor Azman Azemi sebelum ini bahawa wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun artis itu melalui lima transaksi (urusniaga) berlainan dari Oktober 2011 sehingga Januari 2012.

“Kami mempunyai bukti yang cukup dan kini bersedia untuk mendedahkan perkara ini secara berperingkat.

Form RCI on Anwar, says PKR

Party leaders say the inquiry should be telecast live and include investigations into Najib and Muhyiddin as well.
KUALA LUMPUR: PKR has rejected a new allegation against Opposition Leader Anwar Ibrahim that he instructed former Anti-Corruption Agency (ACA) director of investigations Abdul Razak Idris to clear him of suspicions that he had stashed RM3 billion in various accounts.
The party’s secretary-general, Saifuddin Nasution Ismail, suggested that the government form a royal commission to investigate recent allegations of corruption against Anwar and that its proceedings be telecast live.
The latest attack on Anwar came today on the front page of the Umno-friendly New Straits Times. The report quoted Abdul Razak as saying that Anwar, when he was deputy prime minister, instructed him to make a statutory declaration (SD) to be used in a defamation suit.

Makin Goyang : ‘Siasat Anwar, siasat juga pemimpin Umno’ - Ketua Umno Bahagian

Ketua Umno Padang Besar berkata, SPRM harus menjalankan siasatan secara adil tanpa mengira pemimpin kerajaan atau pembangkang.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno dari Perlis meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemimpin politik salah guna kuasa tanpa memilih jawatan dan parti sama ada BN atau Pakatan Rakyat.
Ketua Umno Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, walaupun SPRM mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan tetapi ia mesti adil kepada semua pihak.
Katanya, siasatan perlu dijalankan jika ada kes rasuah terhadap pemimpin Umno sebagaimana yang dilakukan terhadap bekas Ketua Pemuda, Datuk Harun Idris.
“Tidak kena jika menyiasat pemimpin tertentu sahaja,” kata bekas Timbalan Pengerusi Umno Perlis itu lagi

Al-Quds-Al-Quds juga..jangan lupa Umno-Bn bayar Apco RM77 juta!

NAJIB menerima cenderahati daripada Dr Moh’d Akram (lima dari kiri) ketika menerima lawatan Ahli Majlis Institut Antarabangsa Al Quds di pejabatnya di bangunan Parlimen, semalam.
AHLI Lembaga Pengarah Ketua Komuniti Perhubungan Antarabangsa Palestine/Lebonan, Dr Moh'd Akram Al-Adlouni (kiri), membuat kunjungan hormat ke pejabat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut sama Pengerusi Ali Lembaga Pengarah Yayasan Al Quds Malaysia, Nasharudin Mat Isa (kanan),


Aiit..takkan Nasa tak bawa pi jumpa Presiden Pas dan Murshidul Am Pas?Takkan bawa jumpa Najib dan Muhyiddin ja.Apa nasib rakyat di kawasan parlimen Bachok yang diwakilinya?Apa reaksi pemimpin tertinggi Pas?Apa reaksi ketua-ketua Pas di Bachok?Seronoknya dapat jadi pengerusi Al-Quds Malaysia.Berapa elaun sebulan?Tentu lumayan.Jenguk-jenguk la sama rakyat di Bachok.

Debatkini: Prof Diraja Ungku Aziz Ucap Syabas Kepada Mujahid Yusof Rawa

Tak semena mena Prof Di Raja Ungku Aziz tokoh yang paling disegani terutamanya dalam bidang pendidikan dan seorang ahli ekonomi yang banyak menyumbang idea kepada agama, bangsa dan negara mengucapkan syabas secara terbuka kepada Dr. Mujahid Yusof Rawa dalam salah satu postingnya di Facebook.

Ucapan tersebut dibuatnya atas satu laporan yang dikeluarkan oleh Malaysiakini tentang isu Negara Islam yang berjaya diseliakan dengan baik oleh Dr. Mujahid dalam debat yang dikatakan menjadi panas apabila wakil dari MCA menyerang Hudud dan mempersoalkan isu murtad

Kedah Sejahtera, Apa masyarakat India dapat

Merdeka Rakyat Sabak Bernam - Aziz Bari

The ‘Umno spring’ and Ambiga

Wave after wave of attacks have been launched against the Bersih chairperson but she appears to grow stronger and stronger.

“It is a fallacy that prolonged war will weaken an occupied enemy. It most likely will make your enemy stronger. They get used to the deprivation and they adapt and respond accordingly.
“While here at home with every death reported we have to deal with a public-opinion trajectory that slides rapidly from supportive to negative to downright hostile. People just get sick…”
The above quote is from the Ridley Scott-directed drama “Body of Lies” concerning a CIA agent who uncovers a lead on a major terrorist and attempts to capitalise on it.
Similarly, the unrelenting offensive against Bersih chairperson S Ambiga has strengthened the woman and her struggle, at the same time nudging Barisan Nasional’s tattered image along a more precipitous path.

Umno in disarray, top leaders scared stiff of losing power after 55-yrs of hegemony

Umno in disarray, top leaders scared stiff of losing power after 55-yrs of hegemonyIn this day and age every President or Prime Minister lives under a never-ending barrage of scrutiny. He won’t engage in any form of activity without the public knowing all of the most intimate details. After all, his schedule has been planned for the whole year in advance.
But sometimes the details made public are only what the press has been instructed to report - in other words, what the public should be told and not what the public should know.
And this is the basis for why an alternative media has sprung, telling a different version of the same event, and allowing the public to use its own common sense to make its own judgment and conclusion.
Despite controlling the media, Najib has failed to convince the people

Polisi kabotaj gaji minima untungkan kroni

KUALA LUMPUR: Penetapan gaji minima sebanyak RM800 tidak menepati kepentingan rakyat Sabah dan Sarawak kerana polisi kabotaj yang mensabotaj gaji minima.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad berkata polisi kabotaj yang diperkenalkan pada 1980 itu dimonopoli kroni-kroni BN yang akhirnya meningkatkan perbezaan kos 20 hingga 30 peratus kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

"Polisi kabotaj ini yang me'reserve'kan pengangkutan barangan dalam perdagangan domestik kepada kapal-kapal yang mengibarkan bendera Malaysia, yang merupakan sistem kroni yang tidak mengizinkan persaingan terbuka yang akhirnya meningkatkan perbezaan kos 20 hingga 30 peratus lebih tinggi dari Semenanjung," katanya ketika ditemui di lobi parlimen, hari ini.

Siapa berbohong? MITI atau Lynas?

6. Kesilapan ketika memetik laporan UNSCEAR

Dalam laporan PSC (Lampiran I - ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN SERTA ULASAN AGENSI DALAM SESI PENDENGARAN AWAM), ketika menjawab persoalan dari orang ramai yang prihatin terhadap bahaya radioaktif, AELB (m/s 13, 29 dan 30) memetik laporan UNSCEAR (United Nations Scientific Committee on the Effects of Atomic Radiation) tahun 2010 untuk menyatakan bahawa tiada hubung kait antara dos sinaran aras rendah dengan kejadian kanser.

Namun demikian, laporan UNSCEAR 2010 membuat hujahan berasaskan hasil kajian sains di seluruh dunia.  Pada hakikatnya, hasil kajian sains ini tidak menyimpulkan bahawa dos sinaran aras rendah tidak akan menyebabkan kanser; sebaliknya, ahli sains menjelaskan bahawa kajian sains terhadap sinaran yang menyebabkan kanser adalah kerja yang amat kompleks, mereka memerlukan lebih banyak statistik dan masa untuk mengkaji dengan lebih terperinci.  Hujah yang dikemukakan adalah, tiada statistik yang cukup setakat ini untuk membuktikan sama ada dos sinaran aras rendah merbahaya atau tidak. (*Rujukan)

Tolak merah, Tamrin ajak rakyat hijaukan Malaysia

TASEK GELUGOR: Veteran Umno, Datuk Tamrin Ghafar (gambar) mengajak rakyat negara ini menghijaukan Malaysia kerana warna merah yang menjadi kebanggaan Umno tidak releven lagi untuk memerintah.

Sikap kepimpinan negara yang terlalu boros, ego dan kurang turun ke padang membuatkan rakyat terlalu muak untuk memilih Umno sekali lagi pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

"Tanda merah dan lumpuh.  Marilah kita hijaukan Malaysia dengan kasih sayang, niat suci dan bertekad akan jatuhkan Umno dan BN pada pilihanraya umum ke 13, " ujarnya ketika berceramah di Padang Awam, Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor semalam.

Walaupun dirinya masih berada dalam Umno namun jiwanya tidak lagi suka sepertimana dulu bekerja untuk meninggikan kepentingan Umno dan kepimpinanya.

MACC completes probe into alleged RM40m money laundering linked to Musa Aman

KUALA LUMPUR, June 21 — Graftbusters have completed investigations into alleged money laundering by Sabah timber tycoon Michael Chia linked to the state’s Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.
Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said in a written reply to a parliamentary question by Batu MP Chua Tian Chang yesterday that the case has been passed on to the Attorney-General’s Chambers for consideration.
“The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has conducted investigations into the Michael Chia case which is linked to the Sabah chief minister.
“It has been completed and presented to the AGC for study and a decision,” he said, adding that the anti-graft body received full co-operation from its counterparts in Hong Kong.
Musa (picture) had denied in April corruption allegations linking him to a RM400 million timber graft scandal as exposed by whistleblower site Sarawak Report.

Garis konservatif BN lwn reformis Pakatan

Saya menerima undangan untuk menjadi panelis dalam "Debatkini" sejak sebulan yang lalu. Saya agak teruja tetapi pada waktu yang sama berdebar kerana terpaksa berhadapan dengan Abdul Rahman Dahlan daripada Umno dan Gan Peng Siew daripada MCA.

Rahman Dahlan hebat berdebat di Parlimen dalam banyak isu dan agak "nakal" ketika mematahkan hujah di Parlimen dengan pendekatan sinisnya. Gan Peng Siew sebagai salah seorang naib presiden MCA juga dilihat sebagai tokoh muda MCA.

Dan saya diberi penghormatan untuk berdebat dengannya secara maya dalam "I Pidato" tempoh hari. Debat itu berlarutan dua minggu tentang isu-isu masa depan negara.

Saya berseloroh dengannya ketika bertemu dalam forum tersebut, "Hari ini kita bertemu mata bertentangan mata."

Himpunan Hijau ‘Occupy Balok-Gebeng 24 Hours’ bermula Sabtu

KUALA LUMPUR 21 Jun: Jawatankuasa Himpunan Hijau akan menganjurkan satu lagi himpunan besar-besaran pada Sabtu hingga Ahad ini, di Pantai Balok, Kuantan.
Pengerusinya, Wong Tack berkata, himpunan dinamakan ‘Occupy Balok-Gebeng 24 Hours’ bertujuan meneruskan desakan terhadap kerajaan supaya menghentikan projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), di Gebeng.
Menurut beliau, pelbagai program akan diadakan sepanjang tempoh 24 jam himpunan tersebut.
“Antaranya konsert ‘hijau’, gig band tengah malam, perkhemahan, pameran dan kempen kesedaran alam sekitar, dialog dan ceramah,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Scorpene: Sapina Jasbir sedia untuk diserahkan


KUALA LUMPUR: Sapina kepada pembantu kanan Abdul Razak Baginda, Jasbir Singh Chahl sudah diperolehi dari Mahkamah Perancis dan dalam proses penyerahan.
(Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel ketika memaklumkan Jasbir sebagai saksi pertama)

"Penghantaran sapina ini dalam proses dan memerlukan beberapa hari untuk dilaksanakan," kata satu kenyataan media Sekretariat Suaram hari ini.

"Kami tidak ada maklumat yang tepat bila jangka masa sapina itu akan diserahkan," kata kenyataan itu lagi.

Laporan PSC Lynas: Siapakah yang keliru?

Huzir Sulaiman,
Ramai di kalangan  sukarelawan gerakan Anti-LYNAS sudah menjangka keputusan akhir dari Jawatankuasa PSC LYNAS yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri itu. Jangkaan itu bukanlah dikhususkan hanya kepada penubuhan Jawatankuasa itu sahaja, tetapi kepada seluruh respon dan tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional melalui agensi-agensi yang berkaitan khususnya Jabatan Alam Sekitar(DOE) dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) terhadap segala desakan dan bantahan dari penduduk setempat semenjak tahun 2008 lagi yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu.

Malah satu perjumpaan di antara penduduk Balok yang majoritinya Melayu yang semuanya tinggal di dalam ZON Impak 5KM dengan pihak MITI dan disertai AELB, MOH dan DOE telahpun diadakan pada pertengahan tahun yang lalu walaupun MPK dan Kerajaan Negeri Pahang tidak bersedia untuk berjumpa dan berbincang dengan mereka walaupun mereka juga majoritinya orang Melayu.

78pct of Bukit Koman folk have 'cyanide-related' ailments

Merdeka Rakyat Sabak Bernam - Datuk Seri Anwar Ibrahim

Semua Kaum Perlu Bersatu Tolak Umno-BN

SABAK BERNAM 21 JUN : Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari meminta semua kaum di negara ini bersatu dan menolak pentadbiran Umno-BN.
Katanya, hal itu kerana ramai pemimpin Umno-BN banyak mencetuskan masalah kepada rakyat dan akan berlagak hero untuk menyelesaikan masalah itu.
“Mereka ini pemimpin yang berpura-pura. Jadi kita mesti berubah untuk menolak dan membuang mereka.
“Contohnya, saya dimaklumkan, terdapat lebih 300 nelayan Cina di Sabak Bernam memohon untuk mendapatkan geran tanah tempat tinggal mereka tetapi tiba-tiba mereka dapati bahwa tapak rumah mereka itu dikenal pasti adalah tanah rizab melayu.

21 Jun 2012 - Sesi Pertanyaan - Isu Jalanraya, Isu IPCM (Polis)

21 Jun 2012 - Isu Pilihanraya (Peringkat JK- JPM)

Merdeka Rakyat Sabak Bernam - S MANIKAVASAGAM

Najib, Altantuya and submarine

Finally, I have decided to touch on a topic that would make the average FMT reader filled with glee upon reading the trifecta of conspiracies penned on the title.
Ever since 2008 there were various versions running around in regard to the death of this particularly attractive Mongolian lady. They ranged from the infamous Raja Petra Kamarudin who was once hailed as a hero, a beacon of democracy and the tower of freedom to the latest version from Suaram.
Of course, versions can change and facts and figures seem bendable and adjustable just as long as they fit into the narrative which would conveniently be beneficial to a certain party.
RPK should have learnt that you are only a beacon of democracy if your version of “truth” is beneficial to the cause of toppling Barisan Nasional. I, too, have learnt that being a good writer is not about facts or arguments, but about pandering to the rabid Pakatan Rakyat groups.