
"Houla
massacre" atau pembunuhan beramai-ramai di Houla dijadikan sebab untuk Amerika Syarikat memaksa dunia menerima campur tangan kemanusiaan atau
humanitarian intervention kepada Syria.
Campur tangan kemanusiaan yang bagaimana?
Dengan menghantar bala tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) bagi menyokong pemberontak bersenjata menggulingkan Bashar Al-Assad.
Lebih menarik lagi, tindakan ini bakal dihalalkan oleh jutaan umat Islam seluruh dunia. Mengapa ini berlaku?
Kerana ada satu dua "ulama" tajaan Amerika-Israel mengeluarkan fatwa darah orang-orang Syiah halal dibunuh.
Apa lagi selepas berlakunya terjadi pembunuhan beramai-ramai di Houla.
Menurut Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), seramai 108 orang terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai di Houla termasuk 34 wanita dan 49 kanak-kanak.
Serangan menyebabkan kehilangan ramai nyawa. Ia berlaku pada 25 Mei 2012.
Dunia tahu, yang dimahukan oleh Amerika-Israel hanyalah minyak mentah yang banyak bagi menyokong pembangunan tamadun mereka.
Selain itu, penguasaan sumber minyak dunia membantu Amerika mengekang kebangkitan China sebagai kuasa besar ekonomi dunia.
Penguasaan Amerika di Syria juga menjamin keselamatan Israel di Timur Tengah.
'911' bagi Syria