Isnin, 18 Jun 2012

Chegubard: Makin Susah Kita Berjuang, Kita Sudah Dekat Untuk Menang

Peserta Himpunan Hijau tidak dibayar – Abby Abadi


TEMERLOH: Selebriti terkenal Abby Abadi menyatakan beliau kini sedar tuduhan bahawa orang-orang PAS dibayar untuk ke Perhimpunan Hijau di Alor Setar, Kedah baru-baru ini oleh orang-orang tertentu rupa-rupanya tidak benar.
Beliau yang terkenal dengan watak Inspektor Aleeza dalam siri drama Gerak Khas, berkata ini disebabkan beliau perhatikan sendiri dalam ceramah-ceramah PAS ahli-ahlinya yang menyumbangkan derma dan mereka tidak dibayar untuk hadir seperti diamalkan oleh sesetengah parti politik.

“Jadi saya yakin mereka tidak dibayar seperti yang diperkatakan dalam media sebelum ini,” katanya dalam program Talk Show Malam Keinsafan di Dataran Kompleks PAS Pahang, Kerdau malam tadi.

Penyertaan tokoh gelombang baru kepada PAS


KUALA LUMPUR, 18 Jun: Penyertaan tokoh-tokoh daripada pelbagai bidang dan latar belakang ke dalam PAS merupakan lonjakan baru kepada parti itu.

Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS yang membangun di negara demokrasi memerlukan sokongan rakyat daripada pelbagai latar belakang dan kemahiran untuk menyampailkan mesej Islam yang luas.

KEADILAN sertai Himpunan Anti Penyenaraian FGVH

KUALA LUMPUR 18 Jun: ‘Perhimpunan Oren untuk Selamatkan Felda’ bagi menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) yang akan diadakan pada 14 Julai depan mendapat sokongan padu Biro Peneroka dan Orang Asal KEADILAN.
Pengerusinya, Suhaimi Said berkata, menjelang tempoh itu, biro tersebut akan menganjurkan siri ceramah di kawasan-kawasan Felda bagi menerangkan risiko penyenaraian kepada peneroka.
“Kita menyokong penuh himpunan untuk menyerahkan memorandum kepada yang DiPertuan Agong 14 Julai depan.

Cops given ‘extra restraint’ orders for Bersih 3.0, Hanif panel told

File photo of the police exercising ‘extra restraint’ with protesters during the Bersih rally on April 28.
PUTRAJAYA, June 18 — The police were ordered to exercise “extra restraint” with protesters during Bersih 3.0, Putrajaya’s independent investigative panel was told today. Panel chairman Tun Hanif Omar told a press conference here that Kuala Lumpur police chief Datuk Mohmad Salleh, who had issued the order, confirmed with the panel this morning that his instructions had reached the over 8,000 police personnel deployed for the April 28 event.
“He was quite certain that his orders had reached everyone because he had (earlier) addressed them (police personnel) in Pulapol,” Hanif said.
Hanif said the police followed standard operating procedures.
He said the order was given following the police’s standard operating procedures, adding that the authorities had also learned from experiences during Bersih 2.0 in July 9 last year. The Hanif panel began its inquiry today by interviewing its first witness, theSun’s special and investigative reporting editor R. Nadeswaran, and two other journalists.

Hanif admits Bersih panel has no legal powers

PUTRAJAYA, June 18 — Tun Hanif Omar admitted today that the Bersih 3.0 investigative panel he heads has no power to offer legal immunity to its witnesses but gave his assurance that they would not be hauled to court for their testimonies.
The former Inspector-General of Police (picture) also admitted that the panel does not have any power to compel witnesses to come forward, confirming criticisms raised by Bersih 2.0 and the Bar Council over the panel’s legal standing.
“The panel is absolutely administrative. We have no powers to compel people.

Mahathir enggan bela Najib dalam isu Scorpene

KUALA LUMPUR 18 Jun: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad enggan membela Datuk Seri Najib Razak dalam kes Scorpene, terutama selepas kes itu dibawa ke Mahkamah Perancis, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
Ini kerana katanya, orang kanan kepada Mahathir, Tun Daim Zainuddin gagal memperoleh kontrak pembelian kapal selam berkenaan.
“Pada asalnya, kontrak ini kepunyaan ‘orang Mahathir’, iaitu Daim Zainuddin. Tapi, sekarang ini jadi masalah bila timbul isu membabitkan Najib di mahkamah Perancis. Sebab itu kita nampak Mahathir tidak membela Najib,” katanya kepada Keadilan Daily.

‘Cannibalising’ Felda listing bad for settlers

The public listing of palm oil giant Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd is canibalising its subsidiaries in order to artificially inflate its attractiveness, says Tony Pua.
KUALA LUMPUR: DAP lawmaker Tony Pua alleged that the public listing of Felda Global Ventures Holding Sdn Bhd (FGVH) is potentially detrimental to both settlers and employees.
He said this is because profits of FGVH are being “artificially” inflated by cannabilising on the profits of its subsidiaries.
The listing is scheduled to take place at the end of this month.
Pua revealed today that a concession contract signed on March 1 between FGVH and Felda Palm Industries Sdn Bhd (FPI) “forces” the latter to sell all of its crude palm oil to FGVH.
Previously, FPI would purchase raw palm oil from plantations and sell it directly to refineries, traders and other users.

We won't come home to vote...but we are with you!

We won't come home to vote...but we are with you! They may call us traitors to our own country. At times they tell us that Malaysia is better off if we stay wherever we are now - in London, Manchester, Moscow, Sydney, Paris or even Tokyo. For us Malays the vitriol is especially toxic because what we are today, they insist, is because of UMNO and their Ketuanan Melayu.
We are those who choose to live anywhere else but in Malaysia. We do so for various reasons but one thing unite us all – the search for a better life. Better then the one we left in Malaysia. Better then the one we have under an UMNO led Barisan Nasional and we hope an even better one for our children.
Our future is uncertain for we are Pendatangs in a different world, a different culture and a different mindset - but we are welcomed where we are! Nobody tells us that not being a Bumiputra will mean that we are not entitled to a discount when we want to buy a house nor will our children be discriminated against in education. Nobody tells us to write what our race, religion or even our gender is in any application forms we fill in. And nobody is remotely interested about your race or your religion in this new world that we are in.

Egypt's military sets out its powers

FGV cannibalising Felda profits, accuses Pua

Isu Pungutan Sampah: Alam Flora tak buat kerja

Update: the latest from Egypt's presidential election

BERSIH 3.0: Perintah Mahkamah Langgar Hak Asasi/ Perlembagaan

Hak hak Warganegara 3

Hak-hak Warganegara 2

Hak-Hak Warganegera 1

Ceramah Umum YB Salahuddin Ayub

Ceramah Dato' Thamrin Tun Ghafar Baba

Dakwaan KGT terbabit skandal tak berasas – Husam

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menyifatkan dakwaan mengatakan seorang pegawai kanan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) terbabit dengan salah laku sebagai tidak berasas.

Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, berita tersebut jelas berniat jahat dan menyebarkan dakwaan yang bohong.

“Tindakan pihak terbabit secara jelas berniat jahat dan satu pembohongan yang cuba disebarkan kepada orang ramai,” katanya pada reaksi awal berhubung dakwaan kononnya KGT diselubungi skandal seperti dilaporkan media milik Umno hari ini.

Akhbar terbabit dalam laporan muka hadapan mendakwa KGT milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan berhadapan dengan kemelut salah laku terutamanya melibatkan salah seorang pegawai kanan syarikat terbabit.

Jual Dokumen Rasmi : AMK Lapor Polis Terhadap Najib

AMK bersama laporan polis yang dibuat
SHAH ALAM, 18 JUN : Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak polis menjalankan siasatan segera dan telus berhubung dakwaan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal penjualan dokumen rasmi pertahanan negara ketika urusan pembelian kapal selam Scorpene.
Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Md Akin dalam kenyataan medianya berkata, sewajarnya pendedahan terbaru Suara Rakyat Malaysia (Suaram) diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa kerana kes berprofil tinggi itu melibatkan kepentingan negara.
Menurutnya, AMK Pusat menerusi jentera AMK negeri akan terus membuat desakan ini dengan siri laporan polis yang dijalankan di seluruh negara dan sekiranya tiada respon dari polis maka laporan susulan akan dipanjangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pilih pemimpin yang menolak jawatan

Soal kepimpinan memerlukan kewibawaan dan kelayakan yang khusus.

Soal kepimpinan merupakan perkara yang khusus dan penting dalam pentadbiran sesebuah negara bagi melestarikan kehidupan yang aman dan damai serta menjamin keharmonian terutama di kalangan masyarakat berbilang kaum.
Maka dengan itu, memilih pemimpin yang benar-benar ikhlas dan layak adalah ‘integral’ dan sebaliknya jika dipilih pemimpin yang meminta sesuatu jawatan itu nescaya dia tidak dapat melaksanakan tanggungjawabnya.
Apatah lagi memilih pemimpin yang menunggu peluang untuk mengisi perut sendiri, keluarga dan kroni dengan amalan rasuah dan salah guna kuasa hendaklah dihindari sama sekali.
Sehubungan itu, PAS sering mengingatkan rakyat agar memilih pemimpin yang betul pada pilihan raya umum ke 13 (PRU13) nanti.

Gelombang Hijau empat negeri

Bermula dengan kejayaan besar PAS melancarkan Himpunan Hijau di Stadium Darul Aman, Alor Setar 1 Jun lalu dengan mengumpulkan lebih 100,000 ahli dan penyokong,  kini himpunan itu menjadi gelombang hijau dan sudah sampai ke Johor, Perak dan Selangor.

Gelombang hijau di Batu Pahat dan Muar Johor dan di Bagan Serai Perak dua hari lalu disertai lebih sepuluh ribu orang. Bagi negeri Johor yang selama ini dianggap oleh sesetengah pihak sebagai kubu Umno, kini sudah semakin jelas kubu itu akan runtuh segera, walaupun ia dinafikan oleh pemimpin Umno. Ini berdasarkan sambutan rakyat Johor terhadap PAS semakin meningkat.

Selain RM15 juta bantu pelajar, Unisel juga tawar yuran paling murah di Malaysia

KUALA LUMPUR 18 Jun: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, sebahagian daripada  RM30 juta dana yang diperuntukkan untuk pendidikan di Selangor akan digunakan sepenuhnya bagi membantu siswa dari segi kewangan dan sebagainya.
Menurut beliau, RM15 juta pertama yang direncanakan adalah untuk menarik balik kontrak konsesi di Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) kerana dengan penarikan itu akan menurunkan kos pengurusan infrastruktur universiti.
“Kita (Pakatan Rakyat (PR)) akan tebus balik konsesi kroni-kroni Umno yang menyebabkan kos penyelenggaraan universiti di Selangor menjadi terlalu mahal contohnya seperti konsesi Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) Permatang di Kuis selama 30 tahun dan satu kontrak ‘potong rumput’ di Unisel berjumlah hampir (RM) 1 juta setahun,” katanya.

Nazri : Peguam dengan perintah khas k'jaan boleh dakwa AG

NONEPeguam dengan fiat (perintah khas) daripada kerajaan boleh mendakwa peguam negara dalam kes melibatnya secara peribadi, kata 'menteri undang-undang' Datuk Seri Nazri Aziz.

Dalam kes pendakwaan terhadap peguam negara sebagai individu, dia tidak dapat didakwa oleh orang yang berkhidmat di bawahnya kerana ia sukar dilakukan, kata Nazri.

Bawah perlembagaan, tambahnya, perintah khas boleh diberikan kepada individu, sebagai contoh pengamal undang-undang, untuk membuat pendakwaan.

Nazri menjawab soalan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat yang bertanya bagaimana aduan terhadap peguam negara dikendalikan.

Gobind merujuk kepada dakwaan bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim dalam wawancara dengan Malaysiakini bahawa peguam negara sekarang terlibat menyembunyikan kes rasuah melibatkan ketua menteri daripada didakwa di mahkamah.

Ambiga: Let there be no witchhunt

Should Pakatan Rakyat form the government, the Bersih chairperson says it should set up a Truth and Reconciliation Commission to look into issues of corruption.
PETALING JAYA: There is a fear lurking in the hearts of some that should Pakatan Rakyat form the federal government, it will embark on a witchhunt against the corrupt.
The condemning paper trails, observers noted, might land high-ranking civil servants, politicians and their kin as well as corporate captains behind bars.
The courts would need to work overtime as prosecutions would involve those at the bottom and at the top of the food chain.
But Bersih co-chairperson S Ambiga argued that it would be counter-productive to do so.
The former Bar Council president said the nation should not be burdened with these court proceedings during a period of transition in governance.
“If Pakatan wins the next general election, they should refrain from initiating a witchhunt and I believe that they won’t resort to such a move based on the statements made [by the leaders].
“But at the same time, those guilty of corruption must be made accountable,” she told FMT.

Isa’s membership in Felda illegal: Why then is he Felda chairman?

Isa’s membership in Felda illegal: Why then is he Felda chairman?The Malaysian Cooperative Societies Commission (MCCC) has become the laughing stock of the nation by coming up with a ridiculous decision that defies logic and makes nonsense of common sense.
It absurdly ruled that even though the approval of Isa Samad’s application as a member of Koperasi Permodalan Felda (KPF) had gone against the by-law of KPF, Isa’s membership nevertheless remained intact (Malaysiakini, 31 May 2012). The MCCC made this outrageous conclusion on 23 May in response to an application by 16 Felda settlers challenging Isa’s illegal membership in KFP.
This controversial decision shocked and dismayed Malaysians who are simply flabbergasted that the three- man MCCC panel sitting in judgment could arrive at this ridiculous decision.

IN-LAW FROM HELL: Maira's damage-control exposes herself, red faces for Najib & M'sia

IN-LAW FROM HELL: Maira's damage-control exposes herself, red faces for Najib & M'siaIt is hard not to write about Maira Nazarbayez, the controversial in-law of Prime Minister Najib Razak and wife Rosmah Mansor. While the 50-year-old jet-setter accused by her own 'husband' of being an international serial swindler is lapping up the media attention, no matter which way their expensive publicists try to spin it, Maira and her son Daniyar are bad news for Malaysia and the Najibs.
Maira has been sending a series of 'clarifications' through her consultants to selected Malaysian press, where she has denied the news reports written by the reputable New York Post and carried around the world by the international media.
Given Maira's overblown style and manner, it is not surprising few readers would want to exonerate her or even wish to sympathize with her.
Until her 'husband' Bolat Nazarbayev, the brother of the Kazakh president, issues a full clarification, most readers would assume that Maira is lying through her teeth to clear herself, her son as well as do some damage-control for Najib and his family.

'Bakal besan PM tiada dalam senarai Interpol' - kata jurucakap le..!!!

 
Maira Nazarbayev daripada Kazakhstan, melalui jurucakap, menafikan dakwaan beliau termasuk dalam senarai dikehendali Polis Antarabangsa (Interpol).

NONEDalam kenyataan, Ronn Torossian melampirkan gambar Maira di Dubai bagi membuktikannya memulakan lawatan ke Eropah tanpa ditahan oleh pihak polis.

"Media telah salah melaporkan khabar angin Interpol - jelas daripada gambar dia bebas melancong di Eropah, keluarga Nazarbayev merancang menghabiskan masa dengan anggota keluarga dan orang tersayang," menurut kenyataan itu.

Anak Maira, Daniyar Nazarbayev, bertunang dengan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa.

"ISA bukan hukuman, tetapi pemulihan"?

Pada satu pagi di bulan Ramadan sepasang suami isteri baru sahaja selesai bersahur bagi persediaan berpuasa di siang harinya.  Tiba-tiba suasana menjadi kecoh dan bising.  Pintu dipecahkan dan dirempuh masuk sekumpulan lelaki asing dengan kasar dan mereka turut membawa senjata api.  Pintu rumah pecah.  Seluruh rumah digeledah dan disepahkan.  Si suami digari tangannya ke belakang.  Si anak yang baru berusia sekitar dua tahun terjaga dari tidur dan terus diajak duduk di riba ayahnya (abi).

"Jangan takut ini kawan abi," Si ayah cuba berselindung bagi menutup keadaan kekecohan yang sebenarnya berlaku yang bakal meninggalkan kesan buruk ke atas anaknya yang masih kecil itu.  Anak yang masih kecil duduk berdiam diri di atas ribaan ayahnya.  Kata ibunya begitulah sikap si Anak Umar Al Khatab setiap kali bila baru bangun dari tidur akan mencari ayahnya.  Si isteri kebingungan meninjau ke luar dan kelihatan banyak kereta polis di luar termasuk trak pengesan bom.  Suasana pagi itu tidak ubah seperti sekumpulan penguasa yang cuba menangkap seorang pengganas yang amat bahaya dan paling dikehendaki.

Syiah menular secara senyap


Syiah menular secara senyap Difahamkan terdapat 200 juta pengikut Syiah di seluruh dunia. Di Malaysia, anutan ini dipercayai sedang berkembang.Untuk mengenali Syiah, perlu difahami bahawa ia terbahagi kepada tiga golongan iaitu al-Tasyaiyu’, al- Mufadhdhila dan al-Rafidhah.

Pada asasnya, Syiah dianggap golongan yang memberikan wala' (taat setia) melampau kepada Saidina Ali bin Abi Talib serta keturunannya sekali gus menafikan kemuliaan Khalifah Ar Rasyidin yang lain iaitu Saidina Abu Bakar Assidiq, Umar Al Khattab dan Saidina Usman Ibn Affan.

Nota mengharukan dari Kamunting

“Nota penyeksaan” yang didakwa diseludup keluar dari kem tahanan ISA di Kamunting, menimbulkan persoalan berhubung kaedah soal siasat yang digunakan pihak berkuasa.

Nota berkenaan, didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem dan diserahkan kepada Malaysiakini, menyatakan dengan terperinci penyeksaan ala Guantanamo yang didakwa dialami oleh 45 orang tahanan yang masih dikurung di pusat tahanan di Taiping, Perak.

Katak Oh Katak


Menjelang PRU13 ini.... katak-katak upahan diperlembu selembu-lembunyer. Takkan dah kenyang nak bergolek-golek jer kot?? Kena ler jadi lembu... Mana boleh makan free jer.

Di sana ... di sini dan di situ.... lembu-lembu upahan ni terpaksa bersuara dan berceramah menabur fitnah dan menyebar propaganda untuk mencederakan imej Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim dan menaikkan reputasi UMNO/BN serta para pemimpin  mereka yang dah down the drain.

Calon Ikhwan Muslimin Menang PR Mesir. Allahuakhbar!

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/551682_366607396749709_619243390_n.jpg

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/540673_366565096753939_1533896494_n.jpg

Najib yang paranoid

Najib dalam keadaan tidak menentu dan masih tidak dapat menetapkan tarikh pilihanraya. Beliau masih berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat yang sudah semakin ketandusan untuk parti yang dipimpinnya dan setiap hari dengarnya beliau sentiasa berada di kaca TV untuk berkempen menjelang tibanya pilihanraya ini. Pengumuman demi pengumuman dibuat melalui ‘acronym’ yang besar-besar tetapi tidak juga nampak hasilnya.
Tetapi yang lebih jelas Najib sudah begitu ‘paranoid’ terhadap Anwar Ibrahim seolah-olah Anwar akan menyiat-menyiat kulit dari dagingnya (Najib). Begitu ramai yang menjadi paranoid dengan Anwar dan Najib bersama Dr Mahathirlah yang menghadapinya yang paling jelas. Ini bukan isu Anwar. Sebenarnya ini adalah isu rakyat dan BN yang sudah hilang keyakinan mereka (rakyat).

Bully UMNO and the Hijacking of an Ancient Covenant

What was it that Nizar said that greatly offended the sensibilities of the youths who gathered on the grounds of the Istana in Johor? Why are they so worked up? Precisely because they are little Melayus who believe there is only one way to progress- by having an absolute system tending towards totalitarian. If the people can be muted and be made compliant, then the little Melayus can rule unfettered.
That is the UMNO mentality. UMNO’s longevity rests on being able to keep Malays subjugated and subservient- and if these objectives can be achieved by using an ancient covenant which they think Malays are programmed to accept, UMNO will have no qualms to use it. 

Apa pendirian kerajaan berhubung tafsiran Islam


KUALA LUMPUR: PAS meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian rasmi Kerajaan Persekutuan berhubung tafsiran Islam dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Malaysia, adakah ia bermaksud agama upacara (ceremonial religion) atau sebagai sistem kehidupan yang sempurna (al-Din).
Demikian soalan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Berikut ialah pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan yang dikemukakan oleh ahli-ahli parlimen PAS pada persidangan Dewan Rakyat hari ini yang bermula jam 10.00 pagi.

Kes PKFZ: Ling mohon hakim tarik diri

Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik memfailkan permohonan supaya Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmadi Asnawi menarik diri daripada mendengar perbicaraan terhadapnya berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang  (PKFZ).

Pada mulanya, hari ini telah ditetap untuk mahkamah mendengar keterangan bekas presiden MCA itu.

Pada 9 Mac, dalam penghakiman 83 muka surat, Hakim Ahmadi mengarahkan Ling membela diri selepas beliau mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Bubar Parlimen di akhir mandat April 2013?


Menjelang PRU 13 SHAH ALAM - Sementara spekulasi mengenai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berterusan, beberapa pihak tidak menolak kemungkinan Perdana Menteri akan menggunakan tempoh mandat yang ada sepenuhnya untuk membubarkan Parlimen.

Mandat semasa Kerajaan Pusat hanya akan berakhir penghujung April 2013.

Penganalisis politik, Prof Dr Samsul Adabi Mamat berkata, PRU13 akan diadakan pada bulan Mac depan kerana ia adalah waktu bersesuaian iaitu selepas Pembentangan Bajet 2013 dibentangkan pada 28 September,

Parlimen Mesir dibubar

Parlimen Mesir dibubar .
KAHERAH - Pemerintah Tentera Mesir, kelmarin mengeluarkan arahan membubbubarkan Parlimen susulan daripada keputusan Mahkamah Tinggi Perlembagaan, Khamis lalu yang mengumumkan keputusan pilihan raya lalu sebagai tidak sah kerana bercangggggah dengan Perlembagaan.
Media melaporkan keputusan mahkamah itu turut memberi kuasa kepada ketua tentera, Hussein Tantawi untuk melaksanakan undangundang melarang mana-mana ahli memasuki Parlimen tanpa mendapat kebenaran.

Kempen R: ADUN BN hina OKU


KOTA BHARU: Tindakan Adun BN Nenggiri, Mohd Yusof Abdul Ghani mengaitkan simbol 'R' untuk Perjuangan Rakyat dalam menuntut Royalti, hak pendaratan minyak dan gas ke bumi Kelantan  adalah menghina bahasa isyarat golongan itu.

(Isyarat jari bersilang adalah untuk huruf 'R' dalam bahasa OKU Pekak-Bisu.)

(Tuan Guru Nik Aziz serta penyokong kempen Royalti semasa melancarkan kempen ini)

Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti,Pendaratan Minyak dan Gas (Royalti), Mohammad Hisyamuddin Ghazali berkata, tindakan berkenaan juga seolah menghina Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yangturut menyokong pendaratan Gas di Kelantan.

15 maut dalam keganasan di Syria





BEIRUT - Seramai 15 orang terbunuh dalam keganasan yang berlaku di Syria semalam apabila pihak tentera membedil beberapa daerah di bandar Homs, kata sebuah kumpulan pemantau.
Menurut Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Syria, seorang penduduk terbunuh di kubu pemberontak di Khalidiyeh akibat serangan tentera rejim Presiden Syria, Bashar Al-Assad.
Serangan itu dilakukan bagi menawan semula beberapa buah daerah yang dikuasai pemberontak.
Seorang pemberontak maut dalam pertempuran dengan tentera rejim di Karm Shamsham, sempadan Homs.

PAS gerakkan usaha tarik lebih banyak sokongan pengundi Melayu

KUALA LUMPUR, 17 Jun — Parti berteraskan Islam, PAS dilihat semakin agresif dalam cubaan menarik sokongan pengundi Melayu di negara ini dengan pilihan raya umum ke-13 yang dijangka semakin hampir dilaksanakan tidak lama lagi.
Parti komponen majoriti Melayu dalam Pakatan Rakyat (PR) itu juga semakin aktif menjelajah ke seluruh negara menganjurkan “Himpunan Hijau Menuju Putrajaya” dengan yang terbaru di Dewan SUK Selangor hari ini, dan di Johor semalam.
Sebelum ini, Himpunan Hijau telah menjengah ke Kedah, yang menyaksikan kehadiran sekitar 100,000 peserta yang berlangsung di Alor Setar pada 1 Jun lalu.

An angry Malaysian youth’s voice

It is downright inhumane that in the debate over the PTPTN issue, one side resorted to temporarily freezing the loans of some students in an attempt to prove a political point.

The past few months have been undoubtedly one of the most stressful periods of my life. How so? It’s because I am currently sitting for my final A-level papers before departing for university.
Having taken into consideration possible university options, compiled a portfolio, applied for placements and received my offers, my parents and I underwent much stress as we embarked on one of the greatest decisions I might ever have to make.
The process of exam revision over the recent months had been immensely taxing as I strove to secure those pesky university target grades. Such are the stresses and pressure that youths like me have to endure in the hopes of securing our placements at universities, so we can acquire and develop the skills necessary to perform in our future vocations.

PTPTN, a pawn in hands of politicians

Revolution may be the only way to make our so-called leaders think and reflect on who they are truly serving i.e. the rakyat or themselves.

Vindictive! This aptly describes the Barisan Nasional federal government, which has no shame in stooping to despicable levels to achieve its agenda. Too many incidents have taken place that have proved the machinations of this government.
The latest of events however is by far the most pathetic of moves made by BN, or more precisely by none other than the deputy prime minister Muhyiddin Yassin.
This time the victims were none other than students of two universities managed by the Selangor state government. Selangor, once a BN-stronghold, fell into the hands of the opposition in the 2008 general election.

Kanak-kanak, penyokong yang dibayar jadi peserta Bersih 3.0, kata Kayveas

KUALA LUMPUR, 18 Jun — Kanak-kanak sekolah, penyokong anti Barisan Nasional (BN) dan peserta yang dibayar adalah peserta penyokong perhimpunan Bersih 3.0, kata Datuk M. Kayveas, menambah, 99 peratus yang menyertai perhimpunan itu tidak mengetahui tujuan perhimpunan tersebut pada 28 April.
Kayveas, ketua Parti Progressif Penduduk (PPP), kata mereka telah menutup mata mereka terhadap kebaikan BN, dan berniat menyalahkan kerajaan atas kegagalan mereka dalam hidup.

MAHATHIR LIVING IN THE PAST: If reforms create unrest, he is to blame

MAHATHIR LIVING IN THE PAST: If reforms create unrest, he is to blameFormer Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamed has only himself to blame for building a nation which he believes is not ready for change.
The former PM said today that the liberalization efforts by the current Najib administration could well spark off racial unrest. (refer to article below Dr M: Reforms could spark unrest, more freedom leads to more racial unrest).
The fact of the matter is that our government, particularly under the leadership of Dr Mahathir had implemented policies which had the effect of cowing its people into accepting things as they are, notwithstanding the negative impact such policies had on its people and nation building.

DAP Selangor yakin menang semua kerusi


Menjelang PRU 13 KLANG - DAP Selangor yakin dan telah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan pada bila- bila masa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Teng Chang Kim berkata, setelah hampir empat tahun diberi kepercayan menerajui Selangor, beliau yakin sokongan rakyat kepada DAP dan Pakatan Rakyat terutamanya sokongan dari penduduk kawasan luar bandar semakin meningkat.

“DAP telah memenangi 13 kerusi dari 15 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dipertandingkan pada PRU lalu, kali ini kami yakin akan memenangi seratus peratus dari kerusi yang dipertandingkan itu,” katanya selepas merasmikan kempen gotong-royong perdana membasmi aedes di Taman Kembara, Rantau Panjang, di sini semalam.

Hak politik adalah amanah, tegas Hadi


Datuk Seri Abdul Hadi Awang SHAH ALAM - Pas tidak akan mengizinkan musim haji menafikan hak rakyat untuk menunaikan kewajipan berpolitik tanpa mengira menang atau kalah sekiranya parti itu diberikan kuasa untuk memerintah negara.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hak politik adalah amanah besar dalam ajaran Islam.

Beliau berkata, Rasulullah SAW  bersabda, menghilangkan amanah ini menjadi salah satu sebab berlakunya kiamat yang menamatkan alam dunia dengan kehancurannya.

Apa ertinya demokrasi?


Jika mengikut tafisran UMNO-Barisan Nasional, istilah “demokrasi” bererti pilihan raya empat atau lima tahun sekali, Sepanjang tempoh itu pula, kerajaan UMNO-BN tahu apa yang baik untuk rakyat. Jadi, suka atau tidak,  rakyat terima sahajalah apa yang UMNO-BN lakukan.
Itu tafsiran demokrasi UMNO-BN yang diamalkan sejak zaman berzaman, terutamanya sejak zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad pada awal dekad 1980-an hingga sekarang.
Sebenarnya, demokrasi bukan sekadar mengundi atau bila Malaysia ada wakil rakyat, ada hakim, ada NGO, ada pilihan untuk masuk mana-mana parti politik. Itu semua sudah jelas, ia manifestasi demokrasi.

Mana boleh Umno-BN buat garis panduan kempen di TV

Oleh AZIZ MUDA
SIKAP kerajaan BN yang terus mengongkong kebebasan media di negara ini sehingga memaksa media arus perdana hanya menyiarkan berita-berita yang menyebelahi BN, berita-berita palsu, fitnah dan caci maki terhadap pihak pembangkang ternyata amat memalukan para wartawan di negara ini.


Dengan penyiaran beritaberita seperti itu akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan kepada para wartawan yang bertugas di media-media terbabit, selaras dengan kehilangan kepercayaan mereka terhadap media-media itu sendiri.

Mubarak Pun Tak Berubah Rupanya!!

Oleh Shahbudin Husin
Ketika Majlis Bekas Wakil Rakyat BN atau Mubarak menyatakan hasrat kepada Najib beberapa bulan lalu agar bekas-bekas wakil rakyat turut dipertimbangkan sebagai calon pilihanraya akan datang ini, ramai yang menyangka ianya sekadar gurauan atau cakap-cakap main-main sahaja.
 

Tidak ramai yang menyangka ia perkara serius kerana Mubarak ini dianggotai oleh mereka yang sudah pernah merasai nikmat menjadi wakil rakyat. Takkan mahu menjadi wakil rakyat lagi.

Uneasy calm in Myanmar's Rakhine

Hukum SEDEKAH Untuk Orang TAK SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Kahwin ONLINE - Ustaz Azhar Idrus

Hukum BUTIK Upah JAHIT Pakaian DEDAH AURAT - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Majlis BATAL Air SEMBAHYANG Selepas AKAD Nikah - Ustaz Azhar Idrus

Juru NIKAH KL VS Pengantin LOGHAT Penang - Ustaz Azhar Idrus

BN Putrajaya cemas di kubu sendiri

PULUHAN RIBU HADIRI CERAMAH BN DI TAMAN SRI MUDA,SHAH ALAM

Bangunan Umno Bukit Gantang disita

UMNO PERAK MEMANG HARAM JADAH , MENGHINA MAHKAMAH PULAK

Oleh: MSK

Tak sampai beberapa jam selepas bangunan Umno Bukit Gantang disita oleh mahkamah, bangunan tersebut dibuka kembali seperti biasa. Arahan mahkamah dianggap macam arahan budak-budak. Mungkin kerana mereka merasakan mereka lebih berkuasa dari mahkamah.

Gambar diambil oleh Team Mediaperak tengahari tadi dan amat jelas bagaimana Umno tidak memperdulikan keputusan mahkamah.



Sejarah Perak moden telah membuktikan bagaimana Umno tidak pernah menghormati undang-undang manakala mahkamah hanyalah digunakan untuk kepentingan Umno, bukan kepentingan rakyat.

Ketika menyaksikan proses penyitaan oleh Mahkamah Tinggi Taiping semalam, ada diantara yang hadir berkata, “Di Perak,Umno lagi kuat dari Sultan.”

Tamrin 'serang' Muhyiddin di Pagoh

Penceramah Pakatan Rakyat, Tamrin Ghafar menjadikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai sasaran dalam satu ceramah di kawasan parlimen yang diwakili menteri tersebut.

Bercakap kepada kira-kira 300 hadirin dalam majlis minum petang di Sungai Terap, Bukit Pasir, anak kepada timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba itu mengimbau kembali dakwaan yang timbul ketika Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor antara 1986 hingga 1995.

Najib didesak hentikan keresahan bakal haji


SHAH ALAM: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu segera mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum PRU-13 akan datang bagi menghilangkan keresaan yang dihadapi bakal haji pada waktu ini.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, selagi perdana menteri itu tidak mengumumkan bila tarikh PRU-13 akan diadakan, selagi itu bakal haji berada dalam keresahan dengan desas-desus yang ditimbulkan.

"Najib perlu mengumumkan tarikh pilihan raya supaya orang Islam dapat mengerjakan haji secara aman dan tenteram.

"Mereka boleh membuat perancangan jika sekiranya tarikh pilihan raya diadakan pada bulan itu," katanya.

Didakwa Haziq hina Sultan, serah kepada UM


PTPTN-Unisel: Sekadar uji Selangor, kata Khaled PASIR GUDANG - Kementerian Pengajian Tinggi menyerahkan kepada Universiti Malaya untuk mengambil tindakan terhadap pelajarnya yang didakwa menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,  beliau difahamkan pelajar itu, Haziq Abdullah Abdul Aziz, kini digantung pengajian kerana terlibat dalam Demonstrasi Mansuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) pada 14 April lepas.

"Sebagai pelajar, dia patut sensitif dan patut tahu suasana persekitaran negara dan sebagainya... terpulang kepada universiti (untuk ambil tindakan)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Borang Notis 5A kepada 75 penduduk Kampung Pasir Gudang Baru di sini hari ini.
Haziq dipercayai mempertikai tindakan Sultan Johor, yang murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berhubung isu pembidaan nombor plet kenderaan WWW1, di laman sosial Twitter miliknya pada 15 Jun lepas. Pengajian pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Undang-undang itu digantung selama satu semester mulai September ini. - Bernama

Free-falling Umno so desperate it can't win GE-13 without the illegals

Free-falling Umno so desperate it can't win GE-13 without the illegalsRCI (Royal Commission of Inquiry) is the only way to clean up the whole mess with the illegals and the recruitment of foreign-born citizens (FBCs) for votes throughout the country. Has Malaysia become a famed international haven for Illegal Immigrants?  Some developed countries bring in rich foreigners into their countries for some economic reasons such as to set up businesses that could create thousands of jobs for their people.
But Malaysia seems to be in the glare of publicity for the wrong reason. Firstly, there are thousands of illegals roaming the country – some grabbing jobs meant for the locals as they can be paid cheaper and at times conned. Secondly, it has been alleged that questionable FBCs and illegals are being nippily absorbed as citizens to help UMNO win elections.

Pembaharuan bawa kepada ekstremis, Dr M beri amaran kepada Najib

 
KUALA LUMPUR, 17 Jun — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritik tindakan reformasi Datuk Seri Najib Razak, memberi amaran kepada perdana menteri tindakannya itu bakal mencetuskan gejala ekstremis.
Bekas perdana menteri itu berkata kepada agensi berita, Agence France-Presse (AFP) dalam satu temu ramah di sini, formula Najib untuk penyatuan kaum tidak “dijelaskan dengan sempurna.”
“Apa berlaku, sudah tentu, adalah apabila anda membuka sesuatu isu — anda menjadi liberal — pelampau-pelampau yang agresif menunjukkan pendapat mereka,” kata beliau yang dipetik oleh agensi.