Sabtu, 16 Jun 2012

PAS beri banyak manfaat kepada wanita Kelantan


KUALA LUMPUR: Tiada yang merugikan wanita Kelantan apabila kerajaan negeri tidak membenarkan wanita negeri itu menyertai tilawah al-Quran sejak 20 tahun lalu.

Sebaliknya wanita Kelantan mendapat manfaat dengan kelas-kelas pengajian al-Quran yang berada di setiap peringkat negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah itu.

Malah, tegas Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar), mereka dapat mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran untuk diamalkan sebagai bekalan ke akhirat yang abadi.

"Banyak kelas pengajian al-Quran di Kelantan. Kita kena faham, al-Quran ini bukan hanya untuk dibaca dan dilagukan, tetapi ia untuk difahami dan dihayati agar kita berpegang dengannya," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Haji dan politik

Saya tidak menyangka bahawa tulisan saya yang menyebut haji dan pilihan raya secara sepintas lalu menjadi polemik hangat beberapa hari. Saya hanya menyebut bahawa masyarakat Islam kebanyakannya tidak tahu perbezaan di antara wajib mudoyyak dan wajib muwassa' yang tidak ada dalam pelajaran fardu ain.

Apabila Ketua Penerangan PAS, Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membuat kenyataan susulan, beliau menjadi sasaran serangan media Umno yang berpelurukan kenyataan berbagai pihak. Maka Umno tidak mengambil kira musim haji atau musim puasa dan sebagainya, kerana Umno tidak menjadikan Islam itu dasar panduan perjuangannya. Tuan Haji Subky Latif pernah menjadi sasarannya apabila menyentuh perkara ini ketika menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat.

NAJIB SHIVERS: Baginda's right-hand man agrees to CO-OPERATE in Scorpene trial

Prime Minister Najib Razak may be able to hide his nervousness over news that Malaysian NGO SUARAM had managed to collect more than RM200,000 from a fundraising dinner held on Friday.
NAJIB SHIVERS: Baginda's right-hand man agrees to CO-OPERATE in Scorpene trialBut news that the right-hand man of his close friend Razak Baginda has been summoned by the French court to testify in Malaysia's RM7.3 billion Scorpene submarines acquisition, and has promised to co-operate fully with the Parisian probe is bound to send a shiver down the PM's spine.
"He has confirmed his cooperation with us," SUARAM coordinator Cynthia Gabriel told the dinner guests.
She was referring to Jalbir Singh Chahl, who was Baginda's trusted lieutenant in Perimekar, the firm through which at least 114 million euros or RM570 million in illicit commission is suspected to have been channeled.
Moving concretely

Apa yang Najib nak tunjuk sebenaqnya nie...

paklongdin  " Salam semua... Pejam celilk, pejam celik dah masuk pertengahan tahun 2012 dah... kalau nak ikutkan tu, tak lama dah Najib nak kena turun dari kerusi Piem yang panaih tu untuk diserahkan pada rakyat sekali lagi... haha... raya lagi la kita...

Tak kira la belah mana, mengkalu hangpa nak kena sumbat skerap dalam mulut... try la kacau Mak Long hang yang tengah motong camnie... hehe...
Pak Long pun terasa gak bahang panaih nak pilihanraya nie. Tak terasa mai mananya... mengkalu tengok dalam komen-komen yang Pak Long terima, banyak jugak yang komen guna kepala lutut... haha... Ada yang maki berkarung-karung sampai tak tergamak Pak Long nak lepaih bagi anak cucu tengok...

Mahathir cukup takut BN kalah dalam PRU13

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan agar menyedari dirinya sendiri yang sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri, tetapi masih berlagak seperti Perdana Menteri.


Lebih memalukan apabila beliau masih tidak menyedari segala kepincangan yang berlaku dalam Umno sekarang bermula ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun lalu, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf.
Tetapi, cuba mempersalahkan orang lain sehingga sanggup memperlekehkan pemimpinpemimpin lain dalam parti itu termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi.

BN sedang tenat hadapi PRU13

KUALA LUMPUR: Umno-BN kini didakwa berada dalam situasi tenat kerana cemas berhadapan dengan kekalahan pada PRU13 tidak lama lagi.Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, ia dinilai berdasarkan kegagalan pentadbiran parti itu dalam menangani isu-isu yang timbul.

“Kita lihat BN kini berada dalam bahaya dan kemungkinan akan kalah pada pilihan raya umum akan datang. Kalau tak bahaya kepada BN, mengapa Najib tak buat pilihan raya sekarang?” tanya beliau

Today in History for June 16th

Ringkasan Kedudukan Di Masjidil Al-Aqsa Oleh Syeikh Akrima S.A Sabri

Nour Party spokesman Nader Bakkar

ISTERI Pandai AJAR Mengaji LAWAN Suami - Ustaz Azhar Idrus

Hadis PUKUL ULAR Masuk Dalam RUMAH - Ustaz Azhar Idrus

HARAM Pimpin Tangan ISTERI Di Khalayak RAMAI ? - Ustaz Azhar Idrus

QADHA Solat Sebab Pakai SUIT XPDC Motor - Ustaz Azhar Idrus

Anak MUDA Cukur RAMBUT Separuh - Ustaz Azhar Idrus

Egypt: The media's role in politics

Saudi Crown Prince Nayef dead

French court subpoenas Razak Baginda's confidante

Mat Sabu: Kes Scorpene Mesti Dibicarakan Di Kuala Lumpur

Penduduk Kuantan rancang pertolongan asing untuk tentang Lynas, tegas MP

KUALA LUMPUR, 16 Jun – Penduduk Kuantan merancang untuk mendapatkan bantuan mahkamah Australia untuk membantah Lynas Corporation kata MP PKR Fuziah Salleh hari ini, sebagai amaran untuk Barisan Nasional (BN) berikutan kontrovesi antarabangsa yang boleh menjejaskan sokongan pengundi.
Skandal Scorpene merupakan peringatan untuk pihak kerajaan, Naib Presiden PKR berkata, pimpinan Najib yang menyatakan keengganan menarik semula projek nadir bumi Lynas Corp ini akan memberi kesan kepada pengundi.
“Penduduk Kuantan tidak akan mengalah. Jika kehidupan kami terjejas, kami akan terus membangkang projek ini,” MP Kuantan menyatakan pandangan beliau.
“Dalam erti kata lain, ia berkemungkinan akan berakhir seperti kes Scorpene dalam mahkamah antarabangsa.”

Mesir: Undi automatik, celup jari jalan lancar

Dr. Syed Azman Syed Ahmad,
Proses pengundian bagi setiap pusat-pusat mengundi di seluruh Mesir berjalan tenang bermula pada pagi Sabtu ini. Adalah dijangkakan lebih 60 peratus penduduk seluruh Mesir dari kalangan 50 juta pengundi yang layak mengundi secara automatik setelah melepasi usia 18 tahun akan sekali lagi membuang undi bagi memilih Presiden yang baru selepas jatuhnya rejim Hosni Mubarak.

Secara umumnya proses pendaftaran undi secara automatik ini banyak menyelesaikan pelbagai masalah seperti yang berlaku di negara kita.

Rakyat Mesir tidak perlu bersusah payah mendaftar undi melalui SPR. Mereka secara automatik menjadi pengundi apabila mencapai usia 18 tahun.

MAS sukuk bonds: Why touch pensioners’ fund?

The KWAP's decision to buy RM1 billion worth of ailing MAS-issued sukuk bonds is a yet another bailout attempt, says Sabah PKR
KOTAKINABALU: Why did the Board of Directors of the civil service pension fund (KWAP) pick-up the entire RM1 billion worth of  MAS’  first issue of its perpetual sukuk (bonds) when the airline company is deeply in debt? Malaysian Airlines System (MAS) recently announcement a historic loss of RM2.52 billion for the financial year end 2011.
The governmet-linked company is now in crisis.
Slamming KWAP’s decision as yet another ‘bailout’ by the government, PKR Sabah secretary Dr Roland Chia Ming Shen said the move “will end up causing massive loss to the hard earned pensioners money.”

Lynas TOL appeal rejected: We will sue even to the Aussie courts, vows Fuziah

Lynas TOL appeal rejected: We will sue even to the Aussie courts, vows FuziahThe people of Kuantan are naturally disappointed with the decision to reject the appeal made by three Kuantan residents to overturn the temporary operating licence (TOL) issued to the Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) by the Atomic Energy Licensing Board (AELB).

The decision was made by Science, Technology and Innovation Minister, Dr Maximus Ongkili in a letter sent to their lawyer yesterday.

The decision was nothing unexpected. However, it clearly shows that the current regime under Najib Tun Razak has not been listening to the people, despite the people's protest.

78 Orang Asli saman peguam yang tipu mereka


JOHOR BHARU: 78 Orang Asli akan menuntut tanggungjawab dan pembayaran balik wang pampasan sebanyak RM38 juta daripada peguam yang mengendalikan kes mereka sebelum ini yang mereka anggap sebagai pecah amanah.

Menurut kenyataan Pusat Prihatinan Orang Asli (COAC), kes ini akan dibicarakan Isnin ini Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Sebanyak tiga buah bas akan digunakan untuk membawa Orang Asli suku kaum Jakun ke Mahkamah Tinggi di Johor Bahru pada hari Isnin ini bagi memulakan tuntutan saman sivil bagi mengembalikan wang pampasan mereka  daripada peguam yang menjadi pemegang amanah.

Daniyar Nazarbayev kini di Sandhurst, walaupun ada keraguan latar belakang akademik

KUALA LUMPUR, 16 Jun  — Daniyar Nazarbayev telah mendaftar di Maktab Tentera Sandhurst sejak tahun lepas, walaupun terdapat keraguan terhadap bakal menantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila kelayakan akademik untuk memasuki Universiti Columbia di Amerika Syarikat.
The Malaysian Insider difahamkan dari sumber-sumber keluarga yang pemuda berusia 24 tahun itu adalah dalam perjalanan pentauliahan untuk tentera biasa pegawai yang mengambil masa 48 minggu.
“Daniyar berada di Sandhurst sekarang. Mereka menerimanya tahun lepas,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Menurut laman web kolej tersebut, Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst di Surrey adalah dimana “semua pegawai Tentera British dilatih dan bertanggungjawab memimpin tentera.”

NGO: 'Reformasi' SPR lonjak kos pilihan raya

indelible ink psc 291211Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 telah ditarik balik secara mengejut ekoran bantahan dan rasa tidak puas hati terhadap pindaan yang dilihat menghalang fungsi pemerhati pilihan raya, tetapi beberapa pihak berkata ada lagi perkara yang telah terlepas pandang.

Ketua kumpulan pendidikan pilihan raya - Tindak Malaysia - Wong Piang Yow berkata ini dapat dilihat dalam lima pindaan terhadap Peraturan Pilihan Raya yang dimulakan sejak Jun tahun lepas manakala yang lain termasuk perubahan prosedur yang mungkin tidak memerlukan pengubahsuaian undang-undang.

Beberapa perubahan adalah positif, seperti penggunaan dakwat kekal, pemansuhan tempoh tiga hari untuk calon menarik diri bagi mencegah rasuah yang mendorong mereka berbuat demikian pada saat-saat akhir dan pembaikan kecil kepada borang pilihan raya.

Bagaimanapun, satu kebimbangan yang serius, kata Wong, ialah
perubahan prosedur yang memperkenalkan kerani keempat di tempat mengundi, yang ditugaskan untuk memastikan kertas undi dimasukkan dengan betul ke dalam peti undi.

Beli MP Pakatan: Khalid sahut cabaran Zamil


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad bersedia mendedahkan 'lebih banyak' rakaman video membabitkan 'penglibatan' Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim dengan isu 'pembelian' ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu, berkata pihaknya memang merancang untuk mendedahkan baki rakaman video terbabit, termasuk seorang lagi 'agen' yang turut wujud dalam rakaman tersebut.

"Tiada masalah, kita memang ada rancangan untuk mendedahkan keseluruhan rakaman tersebut.  Malah, kita juga akan dedahkan tentang seorang lagi yang ada dalam video tersebut," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Pemimpin Umno/BN Memang Layak Jadi Pengarah Zoo


zooDi Terengganu, khususnya di Kemaman, tempat MB Terengganu sekarang berada, antara tempat yang  menjadi keutamaan ialah Zoo Kemaman. Kos makan minum binatang, harga binatang yang dibeli, kos penyelanggaraan zoo dan lain-lain memakan duit rakyat yang tidak terkira nilainya.
Kegilaan ini rupa-rupanya bukan sahaja menimpa Ahmad Said sahaja, bahkan sudah berjangkit kepada Najib pula. Beruang Panda dari Cina didatangkan.
Mou dimeterai untuk pinjam Panda. Wah! Hebatnya beruang Panda. Mou khas untuknya dibuat. Berapa pula kos pinjam (atau sewanya?) Adakah ia secara percuma? Ada yang menulis kosnya menjangkau puluhan juta ringgit?

Hadi gesa rakyat Johor berubah, jangan jadi 'ekor cicak'



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru rakyat Johor untuk membuat perubahan dengan menyokong Pakatan Rakyat menuju Putrajaya sepertimana yang ditunjukkan oleh beberapa tokoh Umno dan bekas pemimpin polis dan tentera yang kini menyertai perjuangan gabungan itu.

Bahkan, Abdul Hadi juga menggesa supaya rakyat negeri ini tidak menjadi seperti "ekor cicak" dalam usaha untuk menuju perubahan supaya tidak ketinggalan.

God may not be on your side, Najib: Listen to the groundswell and stop inconveniencing Muslims

God may not be on your side, Najib: Listen to the groundswell and stop inconveniencing MuslimsThere is escalating brouhaha over whether Prime Minister Najib Razak will call for snap general elections during the Hajj season, which will start with the first flight to Mecca on 17th September and will end with the last return flight on 29th November 2012.
The number of pilgrims allowed for Malaysia is 0.1% of the population that is 28,000 people. This is the agreed quota by the OIC nations to control the number of people performing the Hajj in order to maintain a manageable crowd at the Muslim Holy Land given the constraints in infra-structure, amenities and facilities.
Of course, the figure could be increased depending on countries that are not able to meet the quota. Malaysia, which has one of the best Hajj management systems sending many Muslims to perform the obligatory once-in-a-lifetime pilgrimage, actually needs more than the one percent quota.

Penang port privatization: End of the road for Guan Eng or Soi Lek?

Penang port privatization: End of the road for Guan Eng or Soi Lek?
Despite warnings that he was only finalizing his party's annihilation at the coming general general, MCA president Chua Soi Lek stuck to his guns over the privatization of the Penang port to an Umno crony, lashing out at arch rival Lim Guan Eng, the DAP Chief Minister, and accusing him of "sabotaging" his own state.
Guan Eng and his state executive council had a day ago rejected the federal government's decision to privatize the port to Johor-based Seaport Terminal, controlled by tycoon Syed Mokhtar Albukhary. They reiterated their request for the federal government to dredge the port instead of using the excuse that the privatization was to enable the dredging to be done by the tycoon's firm.

Mahkamah Perancis sepina orang kanan Razak Baginda...kita tunggu sape seterusnya..!!!

suaram scorpene case fundraising dinner 160612 cynthia gabriel 1Sepina pertama untuk mendapatkan testimoni dalam siasatan di Perancis berhubung dakwaan sogokan terhadap seorang tokoh politik Malaysia berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene pada 2002, telah diserahkan malam tadi, demikian menurut Suaram.

"Ketika kita sedang duduk di meja makan malam pada saat ini, satu
sepina kini dalam perjalanan ke rumah Encik Jalbir Singh Chahl," umum Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel (kanan) yang menerajui kes tersebut untuk NGO hak asasi manusia itu.

Bercakap di majlis makan malam bagi mengumpul dana bagi projek mereka 'Ops Scorpene', Gabriel berkata Jasbir adalah orang kanan Abdul Razak Baginda di Perimekar - syarikat yang bertindak sebagai orang tengah bagi perolehan kapal selam tersebut, di mana lebih RM500 juta "komisen" didakwa telah disalurkan.

Hebat : Rezeki Zamil mencurah-curah selepas meninggalkan perjuangan sia-sia Anwar Ibrahim?

Sehari dua ni, kecoh dengan cerita si Zamil ni, beliau dikatakan telah menjadi agent untuk memujuk dan membawa keluar MP-MP dari dari Pakatan Rakyat dan beliau sendiri telah mengakui perkara ini.
Perkara ini bukanlah satu berita baru buat kebanyakkan penggerak-penggerak PKR yang berada di Utara Semenanjung ini, ianya bolehlah dikatakan sebagai cerita lama..
Cuma setelah Khalid Samad menimbulkan isu ini disertakan dengan video, barulah pemimpin-pemimpin PKR membawa isu ini, dulu semua buat bodoh saja...
Zamil suatu masa dulu hanyalah seorang penjual burger, beliau juga pernah ditahan di Pulau Jerejak.. meninggalkan PKR bersama-sama Ezam.

Muhyiddin ke Perak disambut bangunan Umno Bukit Gantang disita


Sila klik pada foto-foto untuk paparan yang lebih besar dan jelas


Esok ketibaan Timbalan Perdana Menteri ke Bukit Gantang,Perak akan disambut dengan pemberian hadiah,  pejabat utama Umno Bahagian disita,  berikutan satu pertikaian dimahkamah.

Pada pukul 10.0 pagi semalam, 15hb Jun 2012 , JRAS Corporation telah berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menyita bangunan Umno Bukit Gantang berikutan kegagalan satu projek di Trong.
Penyitaan tersebut sepatutnya dibuat kelmarin, tetapi oleh kerana terdapat beberapa masalah teknikal, maka ianya hanya dapat dilakukan semalam. Bailif Mahkamah Taiping telah melekatkan surat penyitaan dipintu utama bangunan tersebut.
Tidak ada kakitangan Umno Bahagian Bukit Gantang yang datang bertugas semalam kerana mereka telah mendapat tahu lebih awal dan pintu bangunan telah dikunci dari dalam. Pihak mahkamah terpaksa menggunakan khidmat tukang kunci untuk memastikan semua pintu masuk dikunci.

KALAU BANGUNAN SEBESAR ITU PUN UMNO GAGAL NAK URUS DENGAN BAIK.. IKUT HUKUM LOGIK KALAU DIBERI TERUS AMANAH UNTUK MENGURUS DAN MENTADBIR NEGARA, MAKA TIDAK HAIRAN DAN TERKEJUT NEGARA KITA BOLEH MUFLIS DAN TERGADAI.

Najib mungkin tunda PRU ke 2013 dan tawar RM 1.5 juta untuk Ahli Parlimen kekal dalam BN

Perpecahan BN Sabah? Najib mungkin tunda PRU ke 2013 dan tawar RM 1.5 juta untuk Ahli Parlimen kekal dalam BN Najib yang semakin kesuntukan masa disebabkan pilihanraya umum yang harus diadakan menjelang pertenghan tahun hadapan, telah berpaling kepada cara yang paling efektif untuk BN mendapat kembali kepercayaan rakyat yang semakin beralih kepada pihak pembangkang Pakatan Rakyat - Wang ringgit!
Najib telah ditakutkan dengan perkhabaran bahawa Anwar akan mengumumkan 6 pemimpin BN yang bakal melompat parti ke PKR dan 2 orang daripadanya mempunyai kerusi Parlimen.
Walaupun ini tidak akan memberi kesan kepada pembahagian kuasa, pemerhati menjangka bahawa ini boleh member kesan domino terhadap pemimpin Sabah yang sedang cuba melarikan diri daripada parti BN yang semakin goyah dan mungkin buat pertama kalinya menyaksikan pertukaran rejim dalam masa 55 tahun.

Daniyar Nazarbayev now in Sandhurst, despite doubts over academic background

KUALA LUMPUR, June 16 — Daniyar Nazarbayev has enrolled in the famed Sandhurst Military College since last year, despite doubts over Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s future son-in-law’s academic qualifications to enter Columbia University in the United States previously.
The Malaysian Insider understands from family sources that the 24-year-old Kazakh is in the commissioning course for regular army officers which takes 48 weeks.
“Daniyar is in Sandhurst now. They accepted him last year,” a source told The Malaysian Insider.
According to the college’s website, the Royal Military Academy Sandhurst in Surrey is where “all officers in the British Army are trained to take on the responsibilities of leading soldiers.”

Khalid: ‘Kenyataan Zamil tak masuk akal’

KUALA LUMPUR, 16 Jun —  Khalid Samad hari ini mempertahankan pendirian beliau bahawa bekas Ketua Pemuda PKR Kedah, Zamil Ibrahim merupakan agen Umno-Barisan Nasional (BN) yang terlibat dalam "pembelian" ahli Parlimen PKR untuk melompat parti.
Khalid yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam menegaskan, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Zamil jelas menunjukkan bahawa pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah itu "tidak masuk akal" dan membuktikan beliau adalah agen Umno-BN.

Najib : Revolusi politik saja tak bawa natijah diingini...transformer tak pe eh..!!!

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata revolusi politik semata-mata tidak akan membawa natijah yang diinginkan tetapi sebaliknya disepakati dengan revolusi sosial, pemikiran dan pembinaan institusi yang kukuh.
  
Perdana menteri berkata revolusi politik yang berlaku di rantau Timur Tengah seperti Tunisia, Mesir, Libya, Syria, Yemen dan Bahrain tidak akan membantu memperbetulkan tanggapan dunia Barat terhadap gelombang Islamophobia.

"Ironinya mereka yang pernah berdegar-degar bercakap mengenai revolusi politik di dunia Arab, menganggapnya pembaharuan politik... tetapi kesedaran politik sudah mula terima kenyataan bahawa revolusi politik semata-mata tidak membawa natijah yang dinginkan," katanya.
  

Umno Mesti Terima Kekalahan Dalam Pilihanraya

SHAH ALAM, 15 JUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta memberikan jaminan peralihan kuasa akan berlaku secara aman sekiranya rakyat memilih untuk membuat perubahan pada Pilihanraya Umum ke-13.
Menurut MP Shah Alam, Khalid Samad, permintaan ini relevan kerana sejak kebelakangan ini banyak pimpinan Umno-BN mengakui mereka akan berhadapan dengan satu pilihanraya sengit kali ini.
“Ini menunjukkan satu kesedaran bahawa suasana dalam masyarakat telah banyak berubah dan sokongan kepada Barisan Nasional telah menurun dan ada kemungkinan berlakunya peralihan kuasa dimana mereka kalah dalam pilihanraya,” katanya.

Saya kurang selesa pindaan Akta Keterangan - Khairy

khairy jamaluddin at bn youth volunteers 2Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melahirkan rasa 'kurang selesa' terhadap pindaan Akta Keterangan 1950 yang berkuat kuasa pada 1 Jun lalu.

Ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi bertemu pengikut Twitternya di sebuah restoran di ibu negara, Khairy berkata, pindaan akta tersebut mempunyai kebaikan dan keburukannya.

Menurut Khairy, beliau sebelum ini telah membangkitkan isu tersebut
kepada peguam negara sebelum ia dipinda.

"Kita telah bangkitkan isu beban bukti kepada peguam negara mengenai perkara. Saya serahkan kepada kerajaan untuk mengkaji sama ada perlu atau tidak tarik balik akta tersebut.

Sang Murabbi - Ustaz Yahya Othman

PRU13 selepas Aidilfitri?


Nik Aziz: Usah tangguh haji, Umno kena faham SHAH ALAM - Spekulasi tarikh Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) berterusan! Sementara bulan Ramadan akan bermula dalam lima minggu manakala Bajet 2013 pula akan dibentangkan akhir September ini, spekulasi sebelum ini bahawa PRU kemungkinan besar dipanggil awal bulan depan dilihat ‘terpaksa’ dilupakan banyak pihak.

Ahli-ahli politik, pemerhati dan anggota panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai pertimbangan dan perkiraan sendiri mengapa tarikh PRU13 sebelum Ramadan hanya tinggal ramalan.

UN says both sides escalating violence

Rebel armies fighting against Myanmar government

Komen KJ Mengenai Bahasa Kesat Oleh Blogger Pro Kerajaan

NUBE best time for increment

Parliament reporters speak out against working conditions

Haram jadah: Saman jika Najib enggan mohon maaf


KUALA LUMPUR: Saman malu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kenyataan 'haram jadah' yang ditujukan kepada beberapa peneroka Felda akan diteruskan jika beliau gagal memohon maaf secara terbuka.

Beliau diberi tempoh 48 jam untuk berbuat demikian, atau diminta membayar gantirugi sebanyak RM10 juta setiap seorang daripada mereka, jika gagal berbuat demikian.

Sehubungan gesaan itu, peneroka terbabit bertindak menyerahkan notis saman melalui peguam yang mewakili mereka, Haris Abdullah di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, petang tadi.

Awkward weekend foray for Najib

A delayed visit by Prime Minister Najib Tun Razak to KadazanDusun and Murut heartland in Keningau, Sabah, may prove to be politically uncomfortable.

KENINGAU: The people in the interior divisions of Sabah are preparing to use the weekend visit of Prime Minister Najib Tun Razak, the third this year, as an opportunity to deliver a strong message about what they feel about his party, Umno, and his leadership style.
Najib will be in Keningau today (Saturday) to officiate at the national-level Kaamatan Festival and then he moves to nearby Tambunan in the weekend to launch the ground-breaking of a Parti Bersatu Sabah (PBS)-initiated KDM College.
In the works are plans to transport the thousands from the interior and other parts of Sabah to the town centres to give Najib a morale boost and show that support from his “fix-deposit” state is intact, ahead of the 13th general election.

Negara Samseng : Geng samseng gempur sekolah

 SIASAT...pegawai dan anggota polis menjalankan siasatan di sekolah berkenaan.
SIASAT...pegawai dan anggota polis menjalankan siasatan di sekolah berkenaan. 
 
KAJANG: Sekumpulan lebih 40 remaja bersenjatakan kayu, batang besi, cota dan topi keledar bertindak samseng ketika menyerang 30 pelajar sebuah sekolah menengah di sini, yang keluar melalui pintu pagar selepas selesai waktu persekolahan, semalam.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, lebih 10 pelajar cedera manakala seorang guru kanan sekolah itu luka teruk di kepala akibat dibaling dengan topi keledar ketika cuba meleraikan pergaduhan terbabit selain dua motosikal rosak teruk.

Almarhum Ustaz Yahya: Insan suci istiqamah dalam perjuangan

Sebaik mendapat khabar dukacita menyatakan Ustaz Yahya Othman, 73 telah kembali ke Rahmatullah menjelang Maghrib semalam (14 Jun 2012), ingatan dan fikiran saya berbusa-busa dan menerawang menjamah wajah dan perwatakan sosok ulamak dan siasah ini. Seluruh ingatan dan kenangan pada detik-detik bersama dengannya juga diperah sehabisnya untuk mengenang segala tentangnya.  Saya mahu mengingati seluruh kenangan dan memeluk semua nostalgia bersamanya yang saya mulai kenali pada tahun 1978.


Allahyarham dan Anwar Ibrahim - pertemuan terakhir.
Bentuk tubuhnya yang kecil molek, warna kulit yang putih mengapas, bersih dan suci menjelma ke dalam dua buah kolam mata saya. Begitu juga patah-patah perbualan dan percakapannya yang lemah lembut, teratur dan penuh takmaninah menusuk ke dalam telinga dan melabuh di sanubari. 

Sambil mengingat dan mengamati wajah suci bersihnya, kesedihan memutar tangkai hati.  Ah, ustaz yang kukenali dan berhemah sudah tidak ada lagi. Air mata bagaikan manik terputus dari karangan, berjeruk jatuh teburai menimpa meja tulis usang di bilik hotel di Banda Aceh. Sebuah puisi yang terlahir secara spontan tidak dapat disiapkan kerana terlalu emosi dengan segala bayangan dan kenangan itu.

Fenomena Ustaz Azhar Idrus


Ustaz Azhar Idrus, penceramah dari Terengganu yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat khususnya remaja. Setiap kali beliau berceramah, tidak kira di mana, ribuan yang hadir.

Dahulunya Ustaz seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar Kuala Terengganu “band boy”. Dan sempat membuat beberapa persembahan di stadium-stadium.

Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz menarik diri kerana tujuannya hanya suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk mencari glamour.

Ketua Kampung, Perompak dan UMNO

Oleh Khalid Samad
Baru-baru ini ada seorang hamba Allah sempat bersembang dengan dan menyuruh saya supaya bersyukur kepada UMNO/BN. Bila saya tanya mengapa, dia menjawab kerana BN telah membangunkan Negara ini dengan pelbagai jenis pemba
ngunan dan seterusnya mula menyenaraikan segala jenis pembangunan yang mampu difikirkannya satu persatu. Selesai dia bercakap, maka saya menjawab balik, “adakah patut saya bersyukur kepada BN yang membina sesuatu dengan harga RM 500 Juta sedangkan benda yang sama boleh dibina dengan harga RM 300 Juta?

Kalau tuan merupakan Pengarah Syarikat dan salah seorang kakitangan tuan membayar RM500 untuk barang yang bernilai RM300 adakah tuan akan berterima kasih dengan dia?” Dia kemudianya diam tidak berkata apa-apa.

Kebanyakan kita masih salahfaham dengan Islam

Ada lebih baik di nyatakan disini kebanyakan kita masih salahfaham dengan Islam.Mengapa? kerana pada mereka Islam itu sama dengan lain lain agama, sedangkan Islam adalah wahyu bukan dan buah fikiran nabi Muahmmad SAW.

Jika Islam itu buah fikiran nabi Muhammad pasti ia adalah ideologi sepertimana kebanyakan fahaman hari ini.Mereka memahamkan begitu.

Sejak dahulu lagi kebanyakan kita salahfaham dengan istilah “umat Islam” dan “non muslim”.Pada hal Rasulullah SAW telah menyatakan,Umat Islam terbahagi kepada 73 puak. Hanya satu puak saja yang diterima. Manakala 72 puak lagi tak diterima, kerana tak ikut ajaran nabi.

Debt cut on track despite extra RM14b bill

The government claims that per capita income had increased, which means there is more revenue in the coffer.
KUALA LUMPUR: The government insists that it is on track to rein in public debt despite a bleak growth forecast which will likely force it to fork out more money.
Minister in the Prime Minister Department Idris Jala claimed per capita income had risen, which means there is more government revenue.
He said this would help offset the growing deficit amid concerns that the government’s demand for an additional RM13.8 billion would add to the growing debt.
“The good news is that gross national income per capita has grown. Last year, it was RM30,700 (US$9,700), compared with US$6,700 in 2009. We are still on track for a 4.7% deficit,” he told reporters here.

Isu Pembunuhan Umat Islam Rohingya di Myanmar

"Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama?

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, “Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Bukti! Salinan dokumen mahkamah kes bakal menantu Najib

BEBERAPA hari lalu kita digemparkan dengan laporan akhbar luar negara termasuk The New York Post dan Dailymail UK, berhubung sebuah dokumen mahkamah di New York yang mendakwa bakal menantu Najib Razak terlibat dengan satu kes penipuan terhadap bapa tirinya, rujuk sini [Bakal besan Najib].

Bagaimanapun, bakal besan Najib, yang juga merupakan ibu kepada tunang anak perempuan Najib (Daniyar Nazarbayev) mendakwa laporan tersebut adalah menipu dan tidak masuk akal [TMI].


Dua Kenyataan Aishah Yang Boleh Buat UMNO Sasau

Orang Bijak Pandai Ramai Masuk PAS - Aishah

Kuala Terengganu: Rakyat diingatkan agar tidak lagi merasa takut dengan helah serta propaganda Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tahu mentadbir negara.

Selebriti tanahair, Wan Aishah Wan Ariffin yang baru menyertai PAS mengajak rakyat agar sama-sama membuat perubahan politik dalam negara ini.

Katanya, andaian hanya kerajaan BN sahaja yang pandai memerintah negeri itu hanyalah propaganda pemimpin Umno.

“Kita selalu ditakut-takutkan dengan perubahan. Inilah propaganda oleh Umno kononnya orang lain tidak boleh memerintah dan hanya Umno sahaja.

Nizar Jamaluddin Tidak Perlu Layan Isu Plat Kereta

Nizar Jamaluddin
Mulanya saya malas ulas dan sentuh mengenai isu plat kereta WWW 1 yang membabitkan bekas MB Perak setahun Nizar Jamaluddin dengan sultan Johor. Kepada saya isu itu remeh temeh dan bukan pun membangun politik negara. Jauh sekali untuk membangun minda rakyat negara ini. Sepatutnya isu seperti itu tidak dimasuk pun dalam kepala.


Apa lah sangat dengan isu itu. Sultan Johor pun boleh biarkan begitu saja. Rasanya tidak jatuh mertabat sultan itu kalau baginda tidak murka dan ikut terpanggil dengan isu itu. Adalah bijak kalau sultan mendiamkan sahaja. Lebih bijak kalau baginda memaafkan Nizar. Rasanya bagi Nizar masih ada isu lebih besar dan penting dari isu plat kereta itu untuk beliau bercakap dijadikan modal politik.