Khamis, 14 Jun 2012

Zamil akui cuba tarik ahli PR keluar parti

Tukang urut kena serbu

Rayuan seorang peguam yang diugut bunuh oleh kerabat

ISA dah mansuh, tapi jangan lupa mangsa di Kamunting ...

Oleh NORLAILA OTHMAN
"ANAK saya Amirul Danial, selalu tanya bila abah dia nak balik rumah," kata Niza, isteri kepada tahanan ISA, Mustawan Ahbab yang ditahan tanpa bicara di Kem Kamunting, Taiping, Perak. Mustawan telah ditahan di rumahnya di  Ampang  pada bulan Ogos 2010.

"Belanja dari Kuala Lumpur ke Taiping boleh tahak gak mahalnya. Ada ketikanya Pak Cik dan Mak Cik naik kereta api dari  Sungai Buloh sampai Ipoh, kemudian naik bas dari sana keKamunting, demi  menziarahi anak, kami sanggup lakukan apa saja."  Sayu kedengaran keluhan ibu dan bapa  tahanan ISA, Fadhlullah yang ditahan pada bulan Julai 2010.

UMNO : PARTI KAPITALIS YANG TERUS MENEKAN RAKYAT

Apabila disebut tentang kapitalisme, ia akan menggambarkan bagaimana terdapat individu, sekumpulan atau kelompok masyarakat yang mengambil kesempatan daripada keadaan untuk mengumpul kekayaan dan mempunyai matlamat untuk meraih keuntungan. Istilah ini telah mula diperkenalkan oleh Karl Marx pada abad ke 19. Ia merupakan satu sistem ekonomi yang digerakkan oleh kuasa pasaran bagi menentukan pengeluaran kos, menetapkan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan juga pendapatan. Kapitalisme sebenarnya telah lama wujud dalam sistem ekonomi dunia walaupun istilahnya hanya diperkenalkan oleh Karl Marx. Kapitalisme adalah konsep ekonomi yang telah berjaya mengukuhkan ekonomi England pada kurun ke 16 sehingga kurun ke 19.
Kapitalisme mengambil ruang dengan melabur ke dalam industri dan menggunakan tenaga pekerja untuk menjalankan aktiviti perindustrian. Golongan pekerja dilihat oleh Karl Marx sebagai golongan yang tertindas kerana terpaksa menggunakan tenaga mereka tetapi hanya diberikan pulangan yang tidak setimpal sedangkan golongan kapitalis meraih keuntungan yang besar.

Bersih 3: Berani menteri tanya kabinet mohon maaf


Jawapan yang telah diberikan oleh Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang dipayungi kerajaan Barisan Nasional dalam Parlimen semalam adalah satu pengakuan bahawa tiada sekelumit pun bukti yang mengesahkan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Gua Musang pada 4 Mei bahawa perhimpunan Bersih 3.0 sebenarnya adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan pada 28 April. Oleh sebab itu, Menteri-menteri Barisan Nasional mesti meletakkan topik ini sebagai tajuk utama agenda Kabinet esok.
Menteri-menteri Kabinet mesti bersepakat dan ‘menyelamatkan air muka’ Perdana Menteri dengan mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf secara terbuka bagi pihak Perdana Menteri kepada ratusan ribu rakyat Malaysia yang telah berhimpun secara aman dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan kesemua 28 juta rakyat Malaysia bagi dakwaan yang tidak berasas mengenai Bersih 3.0 sabagai satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan pada 28 April.

Haji atau pilihan raya menurut perbahasan syarak

Persoalan mengenai mana prioriti yang perlu diutamakan apabila melibatkan pertembungan ibadah Haji dan juga kewajipan mengundi sekiranya pilihanraya berlaku pada musim Haji dapat dilihat kepada beberapa aspek yang penting sebelum kesimpulan dibuat. Aspek-apek yang penting ialah mengetahui bentuk kewajipan ibadah Haji dan kewajipan mengundi dalam pilihanraya serta memahami kaedah feqh muwazanat dan feqh aulwiyat.

HUKUM MENGERJAKAN HAJI

Haji merupakan rukun kelima dalam rukun Islam. Hal ini jelas berdasarkan kepada sabda Nabi SAW :

“Dibina Islam itu atas 5 perkara (rukun), penyaksian tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad merupakan utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan puasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji bagi yang berkemampuan.” – Bukhari dan Muslim

PRU MUSIM HAJI : SUDUT PANDANG USUL FIQH

Didalam ilmu usul fiqh, hukum wajib itu terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya adalah, wajib itu dibahagikan kepada wajib mudhayyaq (sempit) seperti menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan, dan juga wajib muwassa’ (luas), seperti menunaikan solat.

Dikatakan berpuasa di bulan ramadhan sebagai wajib mudhayyaq (sempit) adalah kerana, berpuasa itu tidak boleh dilakukan dibulan-bulan yang lain. maka dengan sebab itulah, berpuasa di bulan ramadhan dikira sebagai wajib mudhayyaq (sempit).

Adapun solat, dikatakan sebagai wajib muwassa’ (luas) adalah kerana, solat itu tidak semestinya di tunaikan diawal waktu, bahkan selagi waktu bagi solat belum habis, maka selagi itulah solat boleh di tunaikan[Al-Wadih Fi Usul Al-Fiqh : m/s 7].

PKR dakwa Najib tidak serius isu RCI Sabah

Roti terbang!

Pengerusi SPR bukan ahli UMNO...!!!

Presiden Parti KITA dalang beli pemimpin PR

Wajarkah pelabur mengelakkan kaunter FGVHB?

Dr Rosli Yaakop,
Pengapongan saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) pada 28 Jun ini berkemungkinan besar tidak akan membawa berita gembira kepada bakal pelabur. Masa dan ketika pengapongan amat tidak kena memandangkan arah aliran yang tidak menentu di dalam pasaran saham Malaysia dan dunia sekarang. Tambahan lagi, ekonomi dunia tidak sihat dengan beberapa negara Eropah menghadapi krisis hutang dan pelbagai negara lain termasuk Malaysia berdepan dengan kadar pertumbuhan rendah dan menurun.  Justeru, ada kemungkinan harga saham FGVHB akan jatuh di bawah harga IPO (harga tawaran awam awal) pasca pengapongan sepertimana yang telah menimpa saham Facebook dan pelbagai lagi saham syarikat yang senasib dengannya.

Kehilangan besar buat rakyat Kelantan

KOTA BHARU: Kematian bekas anggota jawatankuasa Majlis Syuara Ulama PAS Pusat, Datuk Ustaz Yahya Othman petang tadi diterima dengan berita berbaul sedih seluruh rakyat Kelantan.

Beliau meninggal dunia di rumahnya di Banggol Judah, Labok akibat sakit tua. Beberapa tahun lalu Allayarham diserang angin ahmar menyebabkan pergerakannya terbatas.

Biar pun dalam keadaan keuzuran bagaimanapun beliau berjaya menyiapkan sebuah pusat latihan yang terletak di hadapan rumahnya, kini menjadi tumpuan banyak pihak.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai bapa tarbiyah PAS merupakan bekas anggota Exco kerajaan negeri ketika PAS menang pada 1990. Beliau menang di Dun Banggol Judah.

Berita kematiannya juga memenuhi ruang facebook di kalangan penyokong PAS.

'Dr M tidak akan alami nasib Gaddafi, Mubarak'


'Dr M tidak akan alami nasib Gaddafi, Mubarak' SHAH ALAM - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang memberi jaminan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak akan berhadapan dengan nasib dialami dua pemimpin negara Arab digulingkan, Hosni Mubarak dan Muammar Gaddafi.

Hosni digulingkan awal 2011 manakala Muammar akhir tahun lalu.

"Biar saya beri jaminan kepada Perdana Menteri Malaysia yang keempat bahawa beliau tidak perlu bimbang beliau akan mengalami nasib Gaddafi (pemimpin Libya) dan Mubarak (bekas presiden Mesir)," kata Kit Siang dalam satu kenyataan media menerusi blognya hari ini.

Dewan rakyat gamat kisah bomoh....musim bomoh laku...!!!!


parlimen KUALA LUMPUR - Gelagat beberapa anggota Parlimen BN yang saling bertingkah pendapat soal siapa paling banyak menggunakan khidmat bomoh, antara kaum wanita dan lelaki, menggamatkan suasana persidangan Dewan Rakyat hari ini.
  
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) menarik perhatian anggota persidangan apabila mendakwa kaum wanita lebih cenderung menggunakan khidmat bomoh sehingga ada yang terpedaya kerana terlalu mempercayai 'doktor moden' itu.
  
"Dari pengamatan saya kaum ibu yang paling suka jumpa bomoh untuk macam-macam sebab, asal ada yang musykil sahaja pergi jumpa bomoh...ini benar-benar berlaku," katanya ketika mencelah ucapan Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) yang sedang membahaskan Rang Undang-Undang Perubatan (Pindaan) 2012.
  

75 pelatih PLKN dijangkiti H1N1


75 pelatih PLKN dijangkiti H1N1
Hospital Kuala Nerang, yang menempatkan pelatih-pelatih yang dimasukkan ke wad.
75 pelatih PLKN dijangkiti H1N1
Dua pelatih dilihat mengenakan topeng hidung dan mulut bagi mengelakkan jangkitan.
ALOR SETAR - Seramai 75 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Dusun Minda Resort, Kampung Pisang, Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang, disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1), kelmarin.

Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, kes berkenaan mula dikesan apabila ramai pelatih di kem terbabit mula mengalami demam dan batuk.

Ikram hargai usaha Selangor tangani isu pendidikan


SHAH ALAM - Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali serta jabatan dan agensi-agensi di bawah mereka, dalam menangani dan mengurus pendidikan serta pembelajaran di negeri ini.

ustaz hasanuddin“Usaha baik dan kesediaan membaiki mutu perkhidmatan pelajaran dan pendidikan di peringkat Kebangsaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak, kedua-dua Menteri Pelajaran dan Menteri Pengajian Tinggi serta jabatan dan agensi-agensi di bawah mereka sangat dihargai,” ujar Yang Dipertua Pertubuhan Ikram Negeri Selangor Profesor Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus.
Beliau berkata, bagi Pertubuhan Ikram Selangor, perbahasan terhadap cadangan pendidikan tinggi percuma di Malaysia adalah amat menarik.
“Kajian dan penyelidikan teliti dan menyeluruh terhadapnya perlu disempurnakan oleh pihak berwajib untuk mencapai rumusan yang lebih menyakinkan dan perlu mengambil kira pandangan pakar-pakar bidang pendidikan, ekonomi, politik serta penggerak ratusan institusi dan NGO pendidikan berkaitan,” terangnya.

Serah memo, solat hajat untuk keselamatan umat Islam Rohingya

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (MAPIM) akan mengetuai penyerahan memorandum Badan Bertindak Rakyat Malaysia Selamatkan Umat Islam Rohingya di keduataan Myanmar di Kuala Lumpur pada 15 Jun 2012 (esok) selepas solat Jumaat.

Setiausaha Agung MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata acara tersebut akan bermula dengan perarakan dari Masjid Tabung Haji Kuala Lumpur.
“Memo tersebut adalah hasil persetujuan 37 organisasi Islam di Malaysia yang menyatakan pendirian tegas mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam yang telah dilakukan ke atas umat Islam Rohingya sejak 3 Jun 2012 yang lalu,” ujarnya.
Menurutnya, laporan terakhir yang diperoleh adalah bahawa lebih 1,500 orang Islam Rohingya telah dibunuh dengan kejam.
“Mereka ditembak oleh pihak keselamatan jika keluar dari rumah. Lebih 20 perkampungan Islam telah dibakar oleh etnik Rakhine dan mereka pula mendapat sokongan daripada pihak polis, tentera serta polis antirusuhan.

FLABBERGASTED MUHYIDDIN: Why should I show my accounts, I don't have that kind of money!

FLABBERGASTED MUHYIDDIN: Why should I show my accounts, I don't have that kind of money!Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, who has been leading the BN charge against Opposition Leader Anwar Ibrahim over RM3bil of funds salted away in "master accounts", did a full U-turn on Thursday.
After repeatedly calling on Anwar to come clean if he had nothing to hide, Muhyiddin himself refused to show his own bank accounts as challenged by Anwar.
The 64-year old Opposition Leader had last week turned the tables on his foe by promising to disclose his banking details if Muhyiddin did the same.
"Why should I disclose my accounts? I don't have that kind of money,” Muhyiddin told a press conference on Thursday.
Surveys galore but no action

Tiada alasan kukuh tubuh Akademi Undang-undang


KUALA LUMPUR: Kerajaan dilihat tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk membentuk Akademi Undang-undang selepas tidak berpuas hati dengan Majlis Peguam ekoran laporan terhadap Bersih 3.0.

Ahli Parlimen Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mempertikaikan alasan kerajaan menubuhkan akademi undang-undang dengan alasan akademi itu untuk mahasiwalepasan universiti yang baru mendalami undang-undang.

"Jika itu alasan kerajaan, mahasiswa lepasan bidang undang-undang ini hanya perlu ada persatuan sebagai pertubuhan sosial bagi mendalami bidang mereka.

ORDERS FROM HIGHER-UPS? Ping-pong over why PAC has not hauled up NFC, Tajudin or 1MDB

ORDERS FROM HIGHER-UPS? Ping-pong over why PAC has not hauled up NFC, Tajudin or 1MDB Pakatan Rakyat and BN MPs played 'ping pong' over the failure of the parliamentary Public Accounts Committee to meet in more than 3 months to begin probing several corruption scandals including former Women's Minister Shahrizat Jalil's involvement in the RM250mil NFC debacle and fallen tycoon Tajudin Ramli's out-of-court settlement over a RM589mil Danaharta debt.
But despite the accusations and counter accusations, the glaring and unresolved issue remained why has not the powerful PAC been doing its job or keeping its promise to probe without fear and favor the corruption scandals involving prominent personalities linked to Prime Minister Najib Razak's government.
"We were all busy and focusing on elections. The last time I called for a meeting we had no quorum," PAC chairman Azmi Khalid told reporters but refused to say which of the 13 members were absent from a meeting slated for mid April.
Azmi denied the Pakatan accusations that there was an attempt to cover up so as not to further dent the BN's image with the country's 13th general elections due to be held soon.
Lack of quorum was just an "excuse"

Ustaz Yahya Othman sangat berjasa - Presiden

Kita baru sahaja mendapat khabar pemergian, Al Murabbi Ustaz Yahaya Othman, Mantan Ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Sesungguhnya berita ini amat mengejutkan kami pimpinan dan ahli-ahli Parti Islam Se-Malaysia PAS.

Beliau pergi dikala jamaah amat memerlukan khidmat beliau.

Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia PAS, kami mengucapkan takziah kepada keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh kenalan serta muridnya diatas pemergian tersebut.

Ustaz Yahya Othman merupakan kawan dan guru yang berjasa besar di dalam memperkasakan tarbiah ahli-ahli PAS dan mendambakan diri sejak sekian lama kepada tugas-tugas tersebut.

Samada ketika berjawatan didalam parti, daripada Dewan Ulama kepada Ahli Majlis Syura Ulama dan juga sebagai exco kerajaaan negeri Kelantan diawal pemerintahan PAS ataupun setelah tiada jawatan didalam jemaah, beliau meneruskan tugasnya dengan penuh gigih.

Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang besar kepada almarhum dan kegigihannya menjadi ikutan kepada pendokong-pendokong PAS dan ditempatkan beliau bersama orang yang soleh.

Kepada keluarga dan sahabat handai, kita doakan diberi kesabaran oleh Allah SWT.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Ustaz Yahya Othman meninggal dunia

MACHANG: PAS hari ini kehilangan murabbi dan juga tokoh dakwah yang disegani, Datuk Ustaz Yahya Othman yang meninggal dunia kira-kira jam 6.15 petang tadi di kediamannya di sini.

Menyorot latar belakang beliau, ketika dalam parti, Allahyarham merupakan bekas ahli Majlis Syura Ulama’ (pernah jadi setiausahanya yang pertama) selain pernah menjadi AJK PAS Pusat dan AJK Dewan Ulama’ PAS Pusat.

Beliau juga pernah menjawat jawatan YDP PAS Machang selama tempoh lebih kurang 20 tahun.

Di dalam kerjayanya pula, beliau pernah menjadi pensyarah dan Timbalan Pengetua Nilam Puri Kelantan sebelum bertanding dalam pilihanraya tahun 1978.

'PENANG FREE PORT MERELY 'WAYANG'

PAC digesa bersidang bincangkan empat isu segera

Habis.. tanah kami [Part 1]

PRU 13 : Radio jadi senjata PKR di Sarawak

Radio gelombang pendek kini menjadi senjata paling berkesan bagi pembangkang untuk menyebarkan maklumat di kawasan pedalaman Sarawak.  Menurut sesetengah kaum asli yang mengikuti Radio Free Sarawak dengan radio yang diderma, mereka kini gagal untuk menyokong Barisan Nasional lagi.
Gambar dipetik dari Facebook.
Ketika ditemuramah MerdekaReview dengan telefon, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak, Paul Bian berkata, PKR mula mengumpulkan radio yang diderma orang ramai, dan dihantar ke rumah panjang di kawasan pedalaman, selepas Hari Krismas pada tahun lalu.  Namun demikian, radio yang diterima itu telah lapuk, dan tidak begitu baik dari segi penerimaan.  Justeru itu, kesannya tidak begitu memuaskan.

Selepas itu, pihaknya berjaya mendapatkan radio gelombang pendek yang lebih berkesan, dan menghantar dalam bilangan yang besar ke dalam kawasan pedalaman.  Orang asli dapat mendengar rancangan Radio Free Sarawak saban hari selepas radio dihantar ke rumah panjang.

CAUGHT ON VIDEO: Defect and you get RM2 mil, BN agents tell Pakatan MP

CAUGHT ON VIDEO: Defect and you get RM2 mil, BN agents tell Pakatan MPBN agents tried to lure a Pakatan Rakyat Member of Parliament to defect by offering RM 2million, Pakatan leaders told a press conference on Thursday.
Showing a video clip, PKR secretary-general Saifuddin Nasution alleged that one of the BN agents was Zamil Ibrahim, the former Kedah Kita chief who had also been PKR Youth state chief under PKR turncoat Ezam Mohd Noor.
In the video, Zamil;s back was facing a hidden camera, but the audio was clear.
“Two million is not enough,” one of the MP’s representatives is heard saying.
“We only get loose change,” the agent alleged to be Zamil replied. His colleague then interjected, saying that projects could also be included in the defection package.

Bermewah Sakan : Lawatan 11 hari Najib ke UK, AS telan belanja RM3 juta


KUALA LUMPUR, 14 JUN:  Lawatan Datuk Seri Najib Razak ke United Kingdom dan Amerika Syarikat pada bulan Mei lalu memakan belanja wang rakyat hampir RM3 juta.
Dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, lawatan ke London, UK untuk menghadiri jamuan makan Putera Charles pada 13 hingga 15 Mei memakan belanja RM849,175.
Katanya, lawatan kerja Najib ke Amerika pula untuk menghadiri meysuarat Global Science and Innovation Advisory Council di New York pada 15 hingga 18 Mei menelan belanja RM1.606 juta.
Manakala belanja para pegawai yang mengiringi lawatan peribadi Perdana Menteri ke Washington pada 19 hingga 24 Mei pula adalah RM452,985 juta.
“Sepanjang tempoh lawatan peribadi, kerajaan hanya membiayai perbelanjaan pegawai kerajaan yang mengiringi YAB Perdana Menteri,” kata Nazri.

Apa peranan Umarak dan ulamak di Malaysia?

Di Malaysia ulamak mesti tunduk kepada  umarak (pemimpin),.. kalau tidak,  mereka akan dihukum atau diambil tindakan. Begitulah malangnya masyarakat Islam di malaysia. 

Sepatutnya ulamak memandu pemimpin kearah jalan yang benar dan diredhai Allah!,  barulah negara akan selamat, maju dan sejahtera. 

Ada ramai ulamak di negara ini,  tetapi kebanyakannya lebih mementingkan harta dan wang ringgit dari memperjuangkan kebenaran Islam. Ada mufti, dicucuk hidung  oleh pemerintah (Umno).  Ada Majlis Fatwa, dipaksa meletakkan sesuatu hukum atau fatwa mengikut kehendak sang pemerintah. Ada pula ketua agama atau penaung bagi agama Islam seperti Raja dan Sultan,..tak nampak sangat  apa peranan mereka !  Cara hidup raja-raja ini pula sesetengahnya mengamalkan cara hidup melampau,  kadang-kadang rakyat jadi keliru dan kurang pasti !,  setakat mana ketinggian ilmu dan ketaatan mereka kepada hukum-hukum Islam!

Cashing in on Malay votes

'Allocations' was the major concern raised by Malay NGOs in a dialogue with the deputy prime minister.
KUALA LUMPUR: More money! This was the recurring phrase during a dialogue between Malay NGO representatives and government leaders here, underscoring the fact that cash remains a major factor in influencing voters.
The sentiment gauged from today’s dialogue with Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin strengthened the possibility of more spending by Putrajaya similar to the BR1M project that factored Prime Minister Najib Tun Razak’s increased popularity.
Most of them, representing NGOs from the city, took the chance to ask for more financial aid for social programmes while at the same time pledging support for the ruling coalition.
“We have been supporting the ruling coalition since the start… but we need more money for our social programmes,” said one leader representing the DBKL residents association.
Muhyiddin replied that the government often provided allocations for them and would consider increasing the amount.

Ahli kongres Amerika puji UMNO?

Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
Ramainya makhluk Allah di muka bumi ini dan ramainya makhluk itu seperti juga manusia yang tak dapat dibilang sorang-sorang. Makhluk malaikat, binatang, batu-batan, bukit bukau dan seumpamanya memang tak dapat dapat dibilang.
Namun tidaklah kerana ramainya sehingga tidak terhitung, maka Allah tidak mengutuskan Nabi untuk mereka. Hakikatnya Allah mengutuskan Rasul atau Nabi kerana kemuliaan darjat manusia. Lalu yang ada Rasul dan Nabi hanya untuk manusia.

Air traffic system working fine, ministry tells PKR

PAC's inaction on major controversies under fire

Pakatan names alleged BN 'MP purchasing agent'

Kroni : Kenyataan Ismail Sabri baik tetapi tidak berlaku lagi


KUALA LUMPUR: Kenyataan  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memperingatkan pemimpin UMNO supaya tidak memperjuangkan kelompok tertentu atau krooni sahaja sebaliknya berjuang untuk semua rakyat sudah tidak berlaku lagi.

Bahkan, ia berlaku sebaliknya, kata bekas Menteri Penerangan yang kini menjadi Presiden Protem Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil (gambar).

"Walaupun terdapat kenyataan-kenyataan yang dibuat dari semasa ke semasa untuk memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa tetapi apa yang sedang berlaku adalah sebaliknya.

Broker UMNO : Bekas Pengerusi Kita Kedah ada dalam video cubaan beli 2 MP Pakatan

KUALA LUMPUR 14 Jun: Bekas Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim antara lima individu yang terdapat dalam rakaman video cubaan membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (Pakatan).
Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad di Parlimen hari ini.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, Zamil bertindak sebagai salah seorang ejen kepada Umno BN untuk memujuk dua Ahli Parlimen Pakatan supaya lompat parti dengan tawaran RM2 juta.
Menurut Khalid, selain Zamil, ada empat lagi individu membabitkan dua wakil Pakatan, seorang pemandu Ahli Parlimen dan seorang lagi ejen Umno.

Anak bekas menteri dapat RM280 juta projek sistem kawalan trafik berbahaya

KUALA LUMPUR 14 Jun: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapati, projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara negara diberi kepada keluarga menteri.
Menurutnya, dalam carian syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin iaitu ahli keluarga bekas Menteri sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd.
“…Saya tanya, dan ini belum dijawab oleh Kementerian (Pengangkutan),” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

242,000 rakyat muflis bukti ekonomi negara dalam krisis

KUALA LUMPUR 14 Jun: Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, jumlah 241,740 orang muflis di Malaysia perlu dipandang serius kerana majoritinya melibatkan golongan muda.
“Jumlah orang yang muflis sebahagian besar terdiri dari mereka yang berumur produktif.
“Kebanyakan mereka muflis akibat kegagalan membayar pinjaman perumahan dan kereta. Ini sangat membimbangkan,” kata William pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Terdahulu, Kementerian Kewangan ketika menjawab soalan William menyatakan, jumlah terbesar orang muflis berumur 35 hingga 44 tahun membabitkan seramai 37,493, diikuti 30,910 (45-54 tahun), 21,353 (25-34 tahun) dan 14,379 (55 ke atas).

SYABAS tuntut S'gor bayar RM1.05 bilion..!!!


 
Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menuntut kerajaan negeri Selangor membayar RM1.05 bilion yang dihutang kepada syarikat itu berikutan pelarasan tarif air.

Dalam pernyataan tuntutan pindaannya, SYABAS menuntut satu perisytiharan bahawa semasa perjanjian konsesi bertarikh 15 Dis, 2004, terdapat RM1,054,208,382 (berdasarkan tarif dipersetujui mengenai RM1.89/meter padu) kena dibayar dan terhutang dari kerajaan Selangor kepada SYABAS untuk tempoh dari 1 Januari, 2009 sehingga 31 Mac, 2011.

Selangor : Noh akhirnya mengaku struktur semula air jalan terbaik

Kekurangan rezab air terawat yang kini dikatakan sekitar 2.4 peratus adalah kerana ketidakupayaan Syabas dan Puncak Niaga menguruskan rawatan air bersih.
PETALING JAYA: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Dato’ Seri Noh Omar akhirnya mengaku bahawa masalah sebenar air di Selangor kerana keengganan syarikat-syarikat konsesi menerima tawaran kerajaan negeri untuk menstruktur semula perkhidmatan air.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin memberitahu perkara ini dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, Noh secara tidak langsung mengakui bahawa isu air di Selangor hanya akan selesai jika kerajaan negeri dibenarkan untuk menstruktur semula bekalan air yang akan memberi perkhidmatan lebih berkualiti, cekap dan pada harga munasabah kepada pengguna di Lembah Klang.
Menurut Faekah, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu telah sedar bahawa kekurangan rezab air terawat yang kini dikatakan sekitar 2.4 peratus adalah kerana ketidakupayaan Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor) dan Puncak Niaga menguruskan rawatan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi.

Undang-undang sedia ada cukup hukum Mahathir


KUALA LUMPUR, - Jika benar ada salah laku dilakukannya, tidak perlu menyalah guna kuasa untuk menghukum Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Ketika menolak kebimbangan bekas Perdana Menteri itu, beliau berkata, undang-undang yang sedia ada sudah mencukupi untuk menghukum sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan.
"Kalau benar Dr Mahathir bersalah, tak perlu salah guna kuasa. Undang-undang yang ada sudah cukup untuk hukum beliau," kata Mahfuz.
Semalam, Dr Mahathir dilaporkan berkata, beliau tidak takut Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih kuasa tetapi beliau takut pemimpin kerajaan PR menyalahgunaan kuasa untuk mendakwa beliau atas pertuduhan palsu.
Ketika berucap dalam satu ceramah di Ampang malam tadi, Mahfuz mempersoalkan adakah Dr Mahathir pernah melakukan apa yang beliau bimbang akan dilakukan oleh orang lain.

Kertas undi PRU13, bukan garam dan botol air

Nazri kini sudah tidak boleh berfikir dengan waras sehingga sanggup berimaginasi dengan sesuatu yang diluar kotak pemikiran.
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak perlu menuduh ‘botol air dan garam’ sebagai  faktor sesebuah kerajaan boleh tumbang.
Sebaliknya akan ditentukan rakyat melalui kertas undi dalam Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), demikian menurut Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Suhaimi Abdul Aziz.
Suhaimi berkata, Nazri kini sudah tidak boleh berfikir dengan waras sehingga sanggup berimaginasi dengan sesuatu yang diluar kotak pemikiran.
Malah menurutnya alasan Nazri itu adalah jawapan ‘paling tidak cerdik’ yang pernah diucapkan oleh seorang menteri Kabinet dalam menilai perhimpunan Bersih 3.0.

How about calling it ‘Altantuya’?

Najib's appeal to Facebook users to name two Pandas has drawn cheeky responses, with one suggesting the name of the slain Mongolian national.

KUALA LUMPUR:  No matter how much he tries, Prime Minister Najib Tun Razak appears unable to excorcise the spectre of slain Mongolian national Altantuya Shaariibuu.
Even when it came to naming two young Chinese pandas, he was not spared.
Najib had posted an appeal on his Chinese-language Facebook page, asking Malaysians to name the animals but this drew ridicule with many cheeky users seizing the opportunity to take shots at the government.
China would send the two animals to Malaysia for 10 years in Beijing’s latest chapter of “panda diplomacy”.

Depa Dengki Dan Cemburu : New York Post Sengaja Besar-besarkan Dakwaan Menipu Menantu Najib?

Dakwaan bakal menantu PM menipu diperbesar-besarkan'

Laporan terbaru yang mengaitkan bakal menantu perdana menteri, Daniyar Nazarbayev, dengan dakwaan menipu telah diperbesar-besarkan oleh akhbar The New York Post, demikian menurut sumber yang dekat dengan isteri perdana menteri.

Sumber tersebut berkata, dakwaan berhubung warga Kazakhstan itu juga tidak melibatkan keluarga perdana menteri.

"Isu itu telah diperbesar-besarkan. Ia semata-mata melibatkan keluarga di sebelah sana," kata sumber itu lagi yang menambah, pertunangan antara Daniyar dan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, tidak terjejas.

UMNO MEMBAZIRKAN WANG MEMBUTA TULI TAK RASA BOLEH BANKRUPT KE?

Negara akan Bankrupt?..kih kih kih,jika cadangan kerajaan Selangor tersebut di laksanakan maka akan tertulis dalam lipatan sejarah bahawa Kerajaan Persekutuan yg di pimpin UMNO/BN  mencabuli semangat Persekutuan,adakah beliau sedar bahawa Negeri Selangor menyumbang RM90B kepada kerajaan Persekutuan!!!!!
Bersamaan 23 peratus pendapatan Persekutuan!!!!!!!
Dan Negeri Selangor mendapat perolehan sekitar RM370 juta sahaja..
Apa kata "Jika" Negeri Selangor Memungut sendiri Hasil2 Cukai2 tersebut !!!!!!!,
Semua ini Bermula dari cadangan Pakatan Rakyat "JIKA" membentuk kerajaan Persekutuan dan akan memansuhkan PTPTN dan memberi Biasiswa kepada Pelajar,baru cadangan "JIKA" 
Apa punya Mangkuk Menteri2 UMNO nih..

Berikut adalah kenyataan Menteri dari UMNO:

Ambiga rela dipenjara demi Bersih

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan sedia dipenjara demi mempertahankan perjuangannya menuntut pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini.
Kenyataan itu dikeluarkan bekas Pengerusi Majlis Peguam itu sewaktu sesi “chat secara online” di laman Yahoo Malaysia hari ini sewaktu menjawab pertanyaan salah seorang pengunjung ruangan chat tersebut.
Antara soalan pengunjung itu adalah, “Adakah anda rela dipenjarakan kerana tindakan anda?” (Are you willing to be jailed for your cause?); dan Ambiga kemudiannya menjawab,”Ya”.
Kebanyakan pengunjung yang bertanyakan soalan di ruangan chat yang bermula jam tiga petang itu memberikan fokus terhadap perhimpunan duduk bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April lalu.
Selain itu, Ambiga juga menolak untuk menjadikan Bersih sebagai parti politik, dan beliau juga tidak bercadang untuk menjadi menteri.

Agen UMNO tawar RM2 juta beli MP Pakatan Rakyat


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini menayangkan video pendek yang didakwa bukti cubaan agen Umno Barisan Nasional (BN) membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Rakaman sepanjang 3 minit 41 saat itu mengandungi perbincangan antara lima orang di sebuah restoran di ibu negara.

Mereka terdiri daripada dua orang agen yang membuat tawaran, dua orang wakil ahli parlimen (MP) Pakatan Rakyat dan seorang driver kepada agen.

Khalid turut mendedahkan salah seorang agen tersebut adalah bekas ketua AMK Kedah, Zamil Ibrahim yang kini mengaku dirinya sebagai pemimpin Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita).

Antara kandungan perbincangan itu, salah seorang dari wakil ahli parlimen Pakatan itu berkata "Dua juta tak berapa cukuplah".

Nik Aziz: Usah tangguh haji, Umno pun kena faham jangan buat pilihanraya musim haji....


Nik Aziz: Usah tangguh haji, Umno kena faham
KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju saranan agar ahli Pas  menangguhkan ibadat haji semata-mata untuk mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Sehubungan itu, Menteri Besar Kelantan meminta agar Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak megadakan pilihan raya ketika musim perayaan dan haji.

“Masalah ini tidak timbul jika Umno faham, bukan senang nak dapat peluang pergi haji, oleh itu, saya minta jangan adakan pilihan raya musim haji,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Program MASS CPR anjuran St John Ambulans Malaysia (SJAM) di sini, hari ini.

Ambiga says willing to be jailed for clean polls

KUALA LUMPUR, June 14 — Electoral reforms activist Datuk Ambiga Sreenevasan said today she is willing to be jailed if Putrajaya will commit to cleaning up the election process before the country's key polls next year.
The award-winning lawyer who has been at the forefront in pushing for meaningful electoral reforms for the past two years was responding to questions from the public in an online chat hosted by Yahoo! Malaysia this afternoon.
"Are you willing to be jailed for your cause?" Yahoo! Malaysia asked.
"Yes," Ambiga replied.
The 55-year-old has also been the target of hate groups in the last two years, with some right-wing partisan NGOs asking that the government strip her of her citizenship and some BN ministers accusing her of trying to topple the ruling government from power in the latest street rally last month.
Ambiga, together with Bersih co-chair national laureate Datuk A. Samad Said, had led a sit-in protest for electoral reforms last April 28, which the movement claims were attended by 250,000 people.

PAS dakwa Utusan putar kenyataan tentang haji


 
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa kenyataan berhubung penangguhan haji telah "diputarkan" oleh akhbar Umno Utusan Malaysia seolah-olah ia disaran untuk semua umat Islam di Malaysia.

NONEKatanya, dalam kenyataan yang asalnya dibuatnya kepada akhbar web kerajaan Selangor Selangorku 5 Jun lalu hanya merujuk kepada anggota anggota PAS yang terlibat langsung, iaitu calon atau agen parti seperti pengarah pilihan raya.

"Namun begitu, ia tidak hairan - selepas kontroversi PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) yang menampar muka sendiri, jawapan-jawapan menteri di parlimen yang memang susah untuk ditonjolkan di muka depan, bertambah pula laporan-laporan antarabangsa mengenai isu Scorpene - mereka perlu mencari sesuatu untuk mengalih pandangan rakyat," katanya.

Tuan Ibrahim (atas) juga berkata, berdasarkan tarikh Belanjawan 2013 yang ditetapkan pada 28 April, sudah ada bayangan pilihan raya umum di musim haji akan berulang seperti tahun 1985 sebelum ini.

Berikut kenyataan penuh Tuan Ibrahim:

Akaun Anwar akaun Muhy

Sekarang timbul pula cerita akaun induk Anwar Ibrahim seperti yang disebut oleh Datuk Murad, bekas Naib Governor BNM. Murad berkata ini berlaku semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan Malaysia dahulu. Isu ini merupakan isu yang sudah lama, dan mahkamah telah pun memberikan keputusannya yang perkara itu tidak wujud. Tetapi dalam negara kita yang tidak wujud pun boleh diwujudkan dan yang wujud boleh di ‘tidak wujudkan’. Inilah agaknya konsep ‘Malaysia boleh!’ Semua boleh berlaku.
Tetapi tidak mengapalah jika isu itu ditimbulkan kerana pilihanraya pun sudah hampir. Semuanya akan timbul. Saya pun hendak juga tahu berapa banyak wang yang ada di dalam akaun induk Anwar itu jika akaun itu benar wujud. Anwar sendiri pun bersetuju untuik membukanya tetapi kenalah ada syarat sikit. Syaratnya TS Muhy pun kenalah buka akaunnya juga.

Mengapa masih merah: Masa hadapan masyarakat India diperjudikan?

Jumlah penduduk etnik India pada tahun 2010 terdiri daripada 7.3% daripada 28.3 juta, akan tetapi pada masa yang sama etnik India mempunyai kadar enrolmen pelajar yang paling rendah dan kadar penggangguran yang paling tinggi.  Situasi ini menggambarkan betapa genting keadaan kumpulan etnik India dalam negara.  Kumpulan etnik India juga memghadapi masalah terlibat dalam jenayah yang tinggi berbanding kumpulan etnik yang lain.
Jadual 1: Populasi Mengikut Etnik Di Malaysia2010<1>
Hak dan situasi kumpulan etnik India menjadi topik perbualan panas di kalangan masyarakat India, terutamanya mengenai hak kewarganegaraan dan pendidikan masyarakat India.
 

Najib Boleh Mufliskan Malaysia....Bajet Tambahan 2012..!!!!

Kerajaan persekutuan hari ini membentangkan bil perbekalan tambahan, meminta parlimen meluluskan sejumlah RM13.8 bilion lagi untuk dihabiskan tahun ini, mencetuskan kebimbangan pentadbiran Najib Altantuya tidak akan dapat mengurangkan defisit dan melanggar had hutang berkanun sebanyak 55 peratus dari Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Rang Undang-Undang yang dibentangkan pagi ini oleh Kementerian Kewangan memperuntukkan RM360 juta kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), RM113 juta kepada Jabatan Perdana Menteri, RM446 juta untuk Kementerian Kerja Raya dan mencecah RM11.2 bilion untuk “perkhidmatan am perbendaharaan” dengan pilihan raya yang semakin hampir.

SYABAS! PERBADANAN PUTRA PUTRAJAYA, SAPA NAK MAMPUS DULU?


Siapa yang SOMBONG, ANDA nak tegur parti nie, mereka semua kebal dari undang-undang semua boleh buat cuba anda fikir tindakan pihak Polis membalun rakyat dan wartawan pada hari perhimpunan Bersih 3.0 adakah penguatkuasa hormat undang-undang?.



Terbaru isu PTPTN depa buat duit kerajaan persekutuan macam bapak depa punya. Apa komen terbaru TPM :

Muhyiddin berkata lebih sejuta orang rakyat mendapat faedah melanjutkan pelajaran menerusi hampir RM43 bilion kemudahan pinjaman yang disediakan kerajaan melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

"Anwar Ibrahim kata nak hapuskan (PTPTN). Tuan-tuan nak sokong dia? Dalam erti kata (lain) dia nak bagi percuma. "(RM) 43 bilion itu datang dari mana? Orang kata dulu ada tongkat sakti, 'kun faya kun'. Dia ada tongkat sakti ke tuan-tuan? Ada lampu ajaib ke tuan-tuan?

"Kalau dia kata nak hapuskan (PTPTN) wang itu datang dari sumber mana nak sediakan peluang pelajaran? Datang dari langit?


Tujuan utama Puak-puak Menteri dan pemimpin BN Selangor adalah semata-mata sabotaj kerajann PR Selangor dengan mempergunakan PTPTN untuk menyekat pinjaman pada siswa/siswi untuk memenanggi undi pada PRU 13.. ia adalah perancangan untuk memburukkan unisel supaya ramai rakyat disana jangan mendaftar sebagai siswa Unisel sesi baru..

Malaysia Agreement: Don’t rewrite history

One fact stands out in Sabah and Sarawak – grassroots politicians on both sides of the political divide are united on the issue of the Malaysia Agreement.
KUCHING: In the run-up to what is likely to be a highly charged 13th general election, political mischieve-makers abound, especially in Sabah and Sarawak, on which both Prime Minister Najib Tun Razak and Opposition Leader Anwar Ibrahim are dependent on for a victorious run to Putrajaya.
It was only a short while ago that Sabah State Legislative Speaker Salleh Keruak came in for a shelling for dismissing the state’s 20-point agreement. Now, Sabahans and Sarawakians have to contend with former Sabah Archives director Tigabelas Zainal Abidin’s equally disconcerting views.
Both Sarawakians and Sabahans believe that the 18-20 points in the Malaysia Agreement were the foundation on which the two states agreed to form the federation of Malaysia together with Malaya and Singapore.

SPR sedia RM10 juta untuk PRU 13 di Pulau Pinang


GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan peruntukan RM10 juta untuk negeri Pulau Pinang bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
 
Beliau berkata peruntukan yang disediakan itu termasuklah bayaran elaun dan kemudahan bagi membolehkan para pegawai dan petugas pasukan penguatkuasaan kempen pilihan raya yang dibentuk di negeri ini dapat menjalankan tugas dengan berkesan.

Umno-BN Perkecil Soal Agama Jika Adakan PRU-13 Pada Musim Haji

SHAH ALAM, 14 JUN : PAS menyifatkan kerajaan Umno-BN sebagai memperkecilkan soal agama dan hukum Islam sekiranya menetapkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada musim haji.
Ini kerana menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad, sekiranya parti itu benar-benar menghormati Islam dan ibadah haji seperi yang dinyatakan, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengadakan PRU-13 pada tarikh lain yang dirasakan sesuai.
“Kalau Kerajaan Pusat katakan mereka tahu soal hukum agama, tetapi tetap adakan PRU-13 pada musim haji, maka ia jelas menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati haji, tidak pentingkan soal ibadat dan tidak pentingkan hak Islam untuk tentukan corak pemerintahan negara,” katanya.
Berbanding Umno-BN, PAS sentiasa berpegang pada konsep kepimpinan politik dan kepentingan Islam yang menjadi keutamaan dalam pentadbiran parti, kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

WWW1 : Sultan Johor murka terhadap Nizar


Sultan Johor NUSAJAYA - Sultan Johor Sultan Ibrahim hari ini melahirkan rasa murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mengkritik tindakan baginda membida nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 menerusi laman Twitter, baru-baru ini.
  
Sultan Ibrahim bertitah tindakan Mohammad Nizar itu juga merupakan satu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negeri Johor dan baginda berharap Anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang itu sedar mengenai kesilapannya.
  
"Baru-baru ini ada pemimpin politik yang secara terang-terangan mengkritik tindakan saya membida nombor pendaftaran di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).