Rabu, 13 Jun 2012

Dakwaan Muhyiddin "BN Dalam Bahaya" tepat

Pemimpin Umno-BN makin cemas dengan sokongan pelbagai lapisan rakyat terhadap Pakatan Rakyat khususnya PAS di seluruh negara. Ia dapat dilihat daripada penjenamaan semula "samseng jalanan" oleh Umno-BN yang berselindung disebalik nama-nama NGO untuk menakut-nakutkan rakyat menghurungi program Pakatan, dakwa Naib Yang DiPertua PAS Batu, Dato' Tarmizi Mohd Jam sewaktu berceramah di Markas PAS Kawasan Tampin, Repah 9 Jun lalu.

Katanya, selain petani, nelayan, pesawah padi, peniaga, pegawai kerajaan kini PAS diyakini sehingga bekas pegawai tinggi kerajaan serta artis dan pelakon turut bertekad menyertai parti Islam itu. Mereka termasuklah bekas Pengarah Pelajaran Perak, Dato Adnan Ibrahim; bekas OCPD Slim River, Abdullah Omar; bekas Pengarah JSJ Bukit Aman, Dato' Fauzi Shaari, Laksanama (B) Imran Abdul Majid, dan bekas KSU Kementerian Koperasi, Tanah dan Wilayah, Prof Dato Dr Nik Mohd Zin.
 

Tanda-tanda kejatuhan BN bertambah jelas..yang perlu hanya bersabar

Mencapai matlamat perjuangan sememangnya susah dan terpaksa menghadapi pahit maungnya dengan tabah dan sabar yang maksima. Mencari kebaikan akan berhadapan dengan halangan yang rintangannya kadangkala kita rasakan tidak akan tercapai. Tetapi usaha ini terpaksa juga diteruskan kerana dalam keadaan yang mendesak mesti ada pihak yang berani dan sanggup berkorban dan menghadapinya walaupun ianya berhadapan dengan berbagai-bagai  risiko yang tidak ramai  sanggup menghadapinya.
Apa sebenarnya yang membuatkan ada pihak yang sanggup melakukan usaha untuk kebaikan ini? Jika tercapai akhirnya matlamat yang dicari itu, siapakah yang akan menikmatinya? Apakah sebenarnya kepuasan kepada siapa yang berjuang itu? Sebelum itu persoalannya apakah yang menjadi penyebab seseorang atau kumpulan itu sanggup berjuang sambil menghadapi segala rintangan yang bukan kecil itu?
Bagi kita rakyat di Malaysia sekarang ini, perjuangan yang berada di hadapan sekali ialah perjuangan untuk mengembalikan negara kepada landasan yang sebenar dan hakiki itu. Perjuangan setengah pihak sekarang ialah untuk menjaga negara kita yang dianugerahi kekayaan yang melempah-ruah untuk rakyatnya diuruskan dengan baik dan sempurna. Keadaan negara sekarang berada di dalam keadaan yang paling menyayat hati kepada sesiapa yang berfikir dan sayangkan negara ini.

Only DAP and MCA brave enough to debate: WHERE IS THE MALAY PM HIDING?

Only DAP and MCA brave enough to debate: WHERE IS THE MALAY PM HIDING? ON July 8 DAP’s secretary-general Lim Guan Eng and MCA president Chua Soi Lek will participate in another debate, this time in English.
They had debated once before in Mandarin. That debate was not publicized because it was mostly in Mandarin. The Malays and foreign diplomats could only follow it from the news reports and translations which are not really comprehensive.
But the next round, the whole of Malaysia as well as the Southeast Asian community will be able to follow the viewpoints of the two men who represent opposing sides of the political pendulum in the Malaysian Chinese community.
A political debate is important to the current political development in the country. It is thus imperative that the leaders in every major political party in the nation participate in a series of debates, especially ahead of elections.

Aduhai SPR... takan Borang daftar pemilih habis stok pulak..!!!

PERTANGGUNGJAWABAN SPR : PASTIKAN BORANG DAFTAR PEMILIH CUKUP
Saya telah menerima pelbagai aduan sejak kebelakangan ini daripada anak – anak muda yang bakal mengundi kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke 13 tidak lama lagi yang mengatakan bahawa Pejabat – Pejabat Pos di sekitar tempat tinggal mereka telah kehabisan borang pendaftaran pemilih baru.
Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) haruslah bertanggungjawab dalam memastikan amalan dan semangat demokrasi subur dalam proses pilihan raya yang adil dan telus termasuklah memudahkan capaian rakyat untuk mendaftar sebagai pemilih baru. Matlamat SPR untuk meningkatkan kesedaran rakyat mendaftar sebagai pemilih sepertimana dalam kempen yang giat dijalankan lagi bermula 1 sehingga 30 Jun 2012 ini tidak akan tercapai sekiranya SPR tidak bertindak segera mengatasi permasalahan kehabisan borang di Pejabat - Pejabat Pos.

Daftar: Pakatan Rakyat tunggu penjelasan ROS


KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail memberitahu Jawatankuasa Penaja Pakatan Rakyat yang dipengerusikan oleh Datuk Kamarudin Jaffar masih menunggu jawapan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berhubung dengan permohonan terbaru.

Tambah beliau ketika ditemui di lobi Parlimen sebelum ini ROS menolak permohonan pendaftaran kerana Datuk Zaid Ibrahim yang bertindak sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut telah keluar dari Pakatan Rakyat.

JKM tidak terima maklumat 1,758 kanak-kanak tiada pengenalan diri....apakah agenda JKM...ada yang nak disembunyikan..!!!!

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak menerima sebarang maklumat mengenai 1,758 kanak-kanak bekas penghuni institusinya yang didakwa Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) sebagai tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi JKM, Noraini Mohd Hashim berkata berikutan itu, JKM tidak boleh melakukan siasatan terhadap dakwaan itu yang dibuat oleh Pengerusi Perbak Mohd Khairul Hafiz Abdullah baru-baru ini.
“Oleh itu, JKM meminta beliau menyerahkan senarai nama itu secepat mungkin untuk tindakan segera,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mengenai dakwaan Mohd Khairul Hafiz bahawa beliau menerima ugutan berikutan kenyataannya itu, Noraini berkata JKM memandang serius perkara itu dan memintanya membuat laporan polis. – Bernama

Violence intensifies inside Syria

Interview with expert on Syria's military capabilities

BETTER OR WORSE: Has the BN govt succeeded in fighting crime effectively?

BETTER OR WORSE: Has the BN govt succeeded in fighting crime effectively?In the aftershock of the Nayati Moodliar kidnapping in Penang people are getting more apprehensive of their children’s safety. In fact, the first half year of 2012 has seen quite a number of gruesome crimes in the country.
A spate of crimes involving kidnapping, murders, rapes, brutal attacks on citizens, armed robberies, breaks-ins, car thefts, drug smuggling, street crimes and many other forms of criminality have gravely impaired the image of the country. Foreign investors too are spotting this sensation in the country.
The crime of violence has even been reported during political ceramah.
The flaunting of statistics by the authority to show that there is a dip in crime rate in the country has not convinced the people.  Figures may be true but when folks see gory crimes happening in their locality they begin to lose faith in statistics.

Sabotaj dan khianat mahu gagal projek lebuh raya rakyat


Datuk Husam Musa KOTA BHARU - Belum pun pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai bermula sudah timbul dakwaan terdapat usaha pihak-pihak tertentu untuk menggagalkan pembinaan projek itu yang dikenali sebagai lebuh raya rakyat.

Menjelaskan perkara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, pembinaan lebuh raya itu masih mengikut jadual walaupun terdapat usaha untuk mengganggu kontraktor yang terlibat.

Bakal menantu Najib yang hebat!

Larry Celona dan Dareh Gregorian
Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan,  menipu pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki University Columbia dengan cara menipu, kata kertas dakwaan terhadapnya.Daniya Nazarbayev  – yang bapa tirinya ialah adik kepada presiden Kazakhtan Nursultan Nazarbayev – memasuki kolej menggunakan sijil palsu yang ditipu daripada sebuah sekolah tinggi yang beliau tidak pernah hadiri, tambah kertas dakwaan tersebut. Semasa permohonan, Daniyar telah dituduh menyatakan bahawa beliau seorang graduan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan.
Sebenarnya beliau telah bersekolah di sebuah sekolah tinggi di Switzerland dan gagal mendapat ijazah, kata sumber. Bukan itu sahaja, bahkan nama terakhir Daniyar yang berpengaruh juga adalah palsu, kata kertas pendakwaan itu. Nama bapanya yang sebenar ialah Kesikbayev. Ibu beliau, Maira, didakwa telah menukar sijil kelahiran beliau selepas beliau berkahwin dengan Bolat Nazarbayev pada 2001. Perkahwinan tersebut berakhir tahun lepas. Daniyar, sekarang 24, telah mendapat ijazah daripada Columbia pada 2010.

Akta Perhimpunan Aman 2010 tidak sah?

Pengerusi perhimpunan BERSIH 3.0, Datuk S Ambiga dan sembilan lagi, memfail tuntutan balas di Mahkamah Tinggi untuk mengisytihar Akta Perhimpunan Aman 2010, tidak mengikut Perlembagaan.Defendan sebagai alternatif memohon mahkamah untuk mengisytihar seksyen 6 Akta itu sebagai tidak mengikut perlembagaan.Kumpulan itu, yang memfail tuntutan berkenaan melalui Tetuan Tommy Thomas juga memohon ganti rugi umum dan teruk, selain kos daripada plaintif, kerajaan Malaysia.
Pada 15 Mei, Peguam Kanan Persekutuan bagi pihak kerajaan dan Jabatan Peguam Negara memfail saman terhadap defendan, menuntut ganti rugi khas kerosakan berjumlah RM122,000 sebagai kos membaiki kenderaan polis, faedah, kos dan relif lain yang difikir wajar oleh mahkamah.

Swasta : Didenda RM10k jika bersara awal

Kakitangan swasta di negara ini hanya boleh bersara pada usia 60 tahun di bawah Rang Undang-Undang Usia Persaraan Minimum 2012, yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada Rabu.Rang undang-undang tersebut dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Subramaniam.Di bawah akta tersebut, mana-mana pekerja swasta hanya boleh bersara apabila mereka mencapai usia 60 tahun jika mereka bersara sebelum tempoh mereka boleh didenda sehingga RM10,000.
Turut dicadangkan adalah setiap kakitangan swasta juga boleh bersara apabila mereka mencapai usia persaraan pilihan seperti yang dipersetujui dalam kontrak yang telah mereka tandatangani sebelum ini.
Sekiranya rang undang-undang tersebut diluluskan, sebarang pertikaian mengenai usia persaraan yang dibuat dalam kontrak terdahulu dianggap tidak sah dan ia akan digantikan dengan umur minimum 60 tahun.
Tahun lepas, kerajaan telah memutuskan untuk menaikkan had umur minium persaraan bagi sektor swasta di Malaysia daripada 55 kepada 75 tahun.

Subramaniam (gambar) telah menolak cadangan agar kerajaan menetapkan had umur maksimum bagi pekerja swasta dengan menegaskan bahawa mereka seharusnya dibenarkan bekerja selagi mereka mampu untuk bekerja.

Betul ke BERSIH akibatkan rugi RM1.8 juta? Yang lepas berbilion-billion ringgit tu apa?

Kalau BN kata kerajaan rugi RM1.8 juta sebab himpunan Bersih yang menuntut penyucian Suruhanjaya Pilihan Raya agar adil dan telus, kita juga boleh kata bahawa rakyat akan rugi dengan pengagihan RM1.5 juta di setiap kawasan Parlimen mereka sebab dana awam cukai yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia dicopet sesuka hati.
Makanya, kalau sekarang BN mengusai 139 Parlimen, ini bererti RM208.5 juta wang cukai rakyat akan dilantak puak-puak ini. Berapa banyak yang akan sampai kepada keluarga Melayu, India, Kadazandusun, Iban, Orang Ulu yang miskin, tak pula diketahui.

Zam Lupa Banyak Fakta !

Menurut bekas Menteri Penerangan, Zainudun Maidin atau lebih lebih dikenali dengan Zam,.. punca atau penyebab utama Umno menjadi lintang pukang sekarang ini ialah Khairy Jamaluddin. . 
 
Menurutnya lagi, tindakan Khairy dan rakan-rakannya dari tingkat 4 semasa Pak Lah (Pak mertuanya) menjadi Perdana Menteri dulu telah menyumbang kepada ketidaktentuan politik dalam parti dan juga keruntuhan kepada asas-asas ikatan perpaduan negara yang diletakkan oleh pemimpin terdahulu. Demikian tulis beliau dalam entri blognya, www. zamkata.blogspot.com yang bertajuk, Khairy hanya boleh jadi PM pada hari tuanya”  semalam.

Umno / Dr Mashitah buat “u turn”

Bersih 3  “haram” bukan FATWA tapi NASIHAT ,.. pulak dahh !!

Majis Fatwa Kebangsaan yang sebelum ini mengistiharkan himpunan BERSIh 3 adalah haram tetapi kelmarin menterinya dengan muka tak malu membuat “pusingan U” (u turn).
Selepas hampir sebulan fatwa haram itu dimainkan media arus perdana pro Umno,  barangkali kerana terlalu malu diketawakan oleh rakyat,
tiba-tiba Parlimen diberitahu kelmarin, bahawa kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan tempoh hari bukanlah FATWA,  tetapi NASIHAT ! ,… pulak dah ! !,.. Begitulah penjelasan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Dewan Rakyat petang kelmarin.

Mashitah berkata demikian sebagai jawapan balas kepada ucapan penangguhan oleh Ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim yang mendakwa fatwa tersebut membawa kekeliruan kepada rakyat.

Toppling The Government Using Salt And Water : Ghandi Did It Last Century


Some say street protests are a waste of space and human energy. Others believe that since Malaysia is not as bad as Somalia and Libya , we should shut the fuck up and take it up the ass. That got me thinking. What would the world look like if a few historical protests were clamped down before it were started. Time to dove your thinking hats (thinking kippah for the Hebrews) and dig deep into human history in the past 100 years. It’s going to be one of my infamous boring historical blog entry! Look away now if you refuse to be bored shitless.

Obviously one of the most famous protests ever done was orchestrated by one frail and bald chap from India. He also loves wearing a Dhoti and carries a walking stick like Yoda. This Indian fella is none other than one Mohandas Karamchand Gandhi a.k.a Mahatma Gandhi a.k.a The Non Jew Version of Ben Kingsley. Gandhi invented the template for the non-violent movement. Gandhi believed that starving his skinny ass to death and just being uncooperative to the Brits are equally as effective as picking up weapons and murdering those posh white bastards. He organised plenty of street protests that fought for the rights of Indians in India.

In 1930 Gandhi led thousands in the Salt Satyagraha, a campaign of non-violent protest against the British salt tax in colonial India. Yes folks, Gandhi led a street demo for 24 days, across 4 districts and 48 villages over taxation on SALTS! That’s sodium chloride... the same thing that A R Tompel refused to accept as a gift in Ahmad Albab! And you motherfuckers complained that people demo-ed against ISA? I wonder what would they comment on Gandhi’s Stayagraha if was organised today in Kuala Lumpur? Probably this?

“Bodo punya keling botak! Pasal garam pun nak protes ke? Aku nak beli garam letak dalam ikan masin pun susah pasal keling kurus cicak kobeng ni! Semua kedai tutup. Jangan demo boleh? Need salted fish now! Hidup kerajaan British! Sepak Gandhi babi!”

The Satyagraha is a brilliant move by Gandhi. It showed the British how Indians would rise against the small matter of salt taxation. Just imagine how big the protest from Indians over other matters would be like . The Satyagraha campaign of the 1930s also forced the British to recognize that their control of India depended entirely on the consent of Indians — Salt Satyagraha was a significant step in the British losing that consent. All in all Gandhi non violent protest and civil disobedience was an inspiration to another famous civil liberty icon, one Dr Martin Luther King Junior (MLK) of Atlanta Georgia

Simply put without Gandhi’s 24 day walkabout all around India,the concept of peaceful protest will not even exist. Coincidentally the way we achieved Merdeka will also be different too since Tunku was also INSPIRED by the Mahatma Gandhi. I did mentioned Martin Luther King right? Well he was involved in yet another famous street protest.

I'm sure most of you are familiar with MLK’s “I have a dream speech”. That speech was delivered during the famous march to Washington to support President’s Kennedy new civil rights legislation. Technically you can say that the march is a street protest against racism in America. The 60’s was a very volatile time in American history with African American getting lynched in the South. The bill passed by the congress guaranteed the right of "coloured people" as equal to their white counterparts. It’s the end of the American version of NEP! HAHAH. Also the "I have a dream" speech was a major inspiration for generations of Americans. Here is an excerpt from that speech;

"I have a dream that one day this nation will rise up and live out the true meaning of its creed: 'We hold these truths to be self-evident, that all men are created equal. I have a dream that my four little children will one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin, but by the content of their character”

In Malaysia we often hear the leaders talk about equality and justice but they never elaborate on what their interpretation of equality and justice. What MLK did in his speech was explaining what EQUALITY really means. The right not to be judged by the colour of your skin and we are all equal in the eyes of god (or the flying spaghetti monster if you are an atheist). It is also important to point out that if the march didn’t received an overwhelming response from the public, it will be seen as a vote against the civil rights bill. The America that we know today will definitely be different. I reckon Barry H Obama could not even be a manager in a white owned company, let alone the 44th President of the United States if it was not for this monumental march to Washington. On a more musical note, the black and white collaboration between Dre and Eminem will also never happened! Imagine a world without "Forget About Dre" and "My Name Is". That is a world not worth living

Last but not least is the protest against Condoleezza Rice led by Yang Terkacak Menantu Hensem Khairy Jamaluddin. In this historical demo we finally see Khairy showing the world that he got the cajones to defy the US secretary of state. It also proved that street protest IS in fact part of the UMNO culture (this was denied multiple times by his daddy in law) Without this protest people would still question Khairy's ability to whip a mob into frenzy . But most importantly it gave us a glimpse of KJ's “O-Face”. What a sexy beast! LOLOLOLOLOL11111111!!!!111

So? What do you guys think? Are street protests really that EVIL?

Conman, so what? BN MPs defend Najib over Kazakh son-in-law


KUALA LUMPUR — Barisan Nasional (BN) lawmakers rushed today to the defence of Datuk Seri Najib Razak's family after court papers in the United States alleged his future son-in-law fudged academic credentials to enter Columbia University and cheated his former stepfather of a RM60 million home.
The MPs dismissed the allegations as having nothing to do with Najib's leadership of Malaysia.
Yesterday, several foreign newspapers including the New York Post reported that Daniyar Nazarbayev was being sued for cheating his former stepfather, the brother of Kazakhstan President Nursultan Nazarbayev, and for fudging his records to gain entrance into the presitigious Columbia University.
The 24-year-old Kazakh had celebrated his engagement to Najib's daughter and college sweetheart, Nooryana Najwa, in a glittering ceremony here in June last year.
Family affair

DON'T LAUGH: Govt can be toppled even with bottles - Nazri

DON'T LAUGH: Govt can be toppled even with bottles - NazriKUALA LUMPUR - A government can even be toppled with mineral water bottles if it does not enjoy the support of the people, said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz.
He told Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) not to underestimate salt and water as the governments that fell in Egypt, Tunisia and Libya were brought down just by handphones.
"Don't underrate. If the government is not supported by the people, not only handphones, even bottles will do (to topple the government).
"There was no bomb or anything, they fell just with handphones," he said in reply to Lim who asked for evidence supporting the government's claim that the Bersih 3.0 rally was a coup attempt by the opposition.

Declare Peaceful Assembly Act 2010 unconstitutional

Declare Peaceful Assembly Act 2010 unconstitutional - AmbigaKUALA LUMPUR, -- Bersih 3.0 co-chairman Datuk S. Ambiga and nine others have filed counter claims seeking the High Court to declare the Peaceful Assembly Act 2010 as unconstitutional.
The defendants, as alternative, are seeking the court to declare Section 6 of the Act as unconstitutional.
The group who filed the claims on June 8 via Messrs Tommy Thomas, also seeks general and aggravated damages, besides costs from the plaintiff, the Government of Malaysia.
On May 15, a senior federal counsel on behalf of the government and Attorney-General's Chambers, filed a suit against the defendants claiming special compensation amounting to RM122,000 as cost to repair the damaged police vehicles, other costs, interests and other relief deemed fit by the court.
In its statement of claims, the government, as the plaintiff, has named Ambiga, Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, K.Arumugam, S.Arul Prakkash, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon and Andrew Khoo as defendants.
-- BERNAMA

Buat Tuanku, Mohon Patik Persembahkan Sejarah Lalu

Oleh: wfauzdin_ns

"TAHUKAH anda tahun 1993 boleh dianggap Tahun Penuh Pendurhakaan Umno terhadap Raja-Raja Melayu? Bagaimana jika kesemua kes pendurhakaan itu disemak semula dan diambil tindakan sepertimana kes-kes lama Azmin dan Anwar disemak semula?

Pada 18 Jan 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Raja-Raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja minta tangguh pindaan ini, maka media melalui BH bertarikh 19 Jan 1993 telah mengkritik secara terbuka salah laku Raja-Raja.

Lupakah kita pada 29 April 1993, di Ketereh, Kelantan di mana telah diadakan `pertabalan' Sultan Kelantan dilakukan pada ketika Sultan Ismail Petra masih di takhta. Siapa tokoh Umno yang terlibat waktu itu? Jika anda lupa, sila rujuk kepada Datuk Anuar Musa yang kini merasai `dizalimi' pula oleh FAM yang diterajui oleh Sultan Pahang.

Helping the Penans: A RM100m question

In 2008, Sarawak Deputy Chief Minister Alfred Jabu said that RM100 million had been allocated to develop Penan community and that projects would be completed by 2010.
KUCHING: Several Penan community leaders are demanding to know what happened to the RM100 million that Deputy Chief Minister Alfred Jabu had announced in September 2008.
According to them, the RM100 million was a federal government allocation meant to aid development in the Penan community.
But it has been four years since and the community has not seen the money or any development.
Sarawak PKR chief Baru Bian, who was in Baram last week, said several Penan leaders had met him and urged him to raise the RM100-million question.

Kokok Berderai-derai, Ekor Bergelumang Taik

Oleh: ruhan

"Apabila bercakap tentang penganutan agama Islam, perkara utama yang wajib dipegang ialah iman dan taqwa. Kesemuanya bersandarkan Al-Quran dan Hadis. Sehubungan itu, seseorang yang mengaku dirinya Islam wajib mematuhi perintah dan menjauhi larangan yang disampaikan Allah melalui Rasul-Nya dalam semua laku perbuatan, tidak kiralah dalam bidang sosial, ekonomi, mahupun politik.

Politik Islam mengamalkan dasar perjuangan yang berteraskan Al-Quran dan Hadis. Tentulah hal ini tidak sama dengan kebangsaan yang menjurus kepada kepentingan bangsa dan sekularisme, yakni fahaman yang menolak nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan sosial manusia.

Bersih: Malaysia wajib undang PBB jika yakin benar

KUALA LUMPUR 13 Jun: Jika kerajaan Malaysia yakin tentang rekod hak asasi negara ini, maka kerajaan wajib berbesar hati dan dengan tangan terbuka menjemput tiga Perwakilan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dalam kenyataan bersamanya, percaya  lawatan perwakilan khas dari PBB ini akan membantu mewujudkan asas hak asasi untuk memiliki pandangan, hak bersuara dan hak berhimpun secara aman di Malaysia.
“Dua buah negara Islam yang terbesar iaitu Indonesia dan Pakistan telah menerima lawatan Frank William La Rue – perwakilan khas untuk Promosi dan Mempertahan Hak Kebebasan Berpendapat dan Bersuara,” kata Jawatankuasa itu dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu juga menyebut, hak-hak asasi ini selari dengan nilai hak asasi antarabangsa, oleh itu Malaysia sebagai negara yang menjadi Ahli Majlis Hak Asasi PBB tidak perlu gentar dengan lawatan mereka.

PRU 13: Harapan golongan muda dan dispora muda Malaysia

Spekulasi sudah mula, debaran sudah terasa, dinantikan dengan penuh sensasi, dan siapakah yang akan menang kali ini?  Ermmmmmmmmmmm, tidak merujuk kepada Kejohanan Bola Sepak Eropah 2012 (EURO 2012) di Poland dan Ukraine tetapi ingin merujuk kepada pilihanraya yang bakal berlangsung di Malaysia, pilihanraya yang ke 13.  PRU 13 !
 
Pelbagai pandangan, tafsiran dan andaian sudah mula kedengaran dalam ruangan sosio-politik tanah tumpah darah ini kini.  Ramai pemerhati politik dan ahli akademik sudah kian membuat fokus kepada pertandingan kali ini dengan pelbagai kaji selidik dan statistik terbaru.  Malah, banyak insitusi kaji selidik dan pemikir mula giat membuat pelbagai kajian serta persediaan yang rapi.  Berkata mengenai persediaan, bagi aktor-aktor politik tanah tumpah darah ini sudah pun bermula dengan strategi mereka sejak setahun lalu, lebih awal daripada semua orang, maklumlah, periuk nasi kan! Harus dijaga!
 

Two prospectuses for FGVH?

One set does not have information required for public listing.
PETALING JAYA: There appears to be two different sets of prospectus for investors in Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
A copy obtained by FMT does not contain vital information such as the company’s profit-and-loss statement, its track record and its growth forecast. But several securities companies said their copies came with such information.
Analysts said the discrepancy could be the result of a printing error.
One analyst added that failure to publish the information would be against the rules of the stock exchange.

Tolak Isu PKFZ, Scorpene Menunjukkan Parlimen Bias

SHAH ALAM, 13 JUN : Keputusan Parlimen menolak usul membahaskan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan Scorpene dianggap bias oleh Exco Teresa Kok dan tidak boleh diterima kerana kedua-duanya melibatkan kepentingan awam.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Seputeh, menganggap tindakan itu tidak wajar kerana ia melibatkan kepentingan awam serta cuba melindungi pihak berkepentingan yang terlibat dalam kes berkenaan.
“Saya kecewa apabila menerima dua pucuk surat penolakan daripada Setiausaha Parlimen ketika permulaan sidang Dewan Rakyat semalam. Penolakan ini berdasarkan Perintah Parlimen Tetap 23(1)(h) dan 23(1)(g) di mana soalan berkaitan PLKFZ dan Scorpene yang saya kemukakan dikatakan tidak dibenarkan dibahas di parlimen.

Politik Malaysia paling kotor di bawah pentadbiran Najib – Cucu Mahatma Ghandi

PANDAN 13 Jun: Cucu kepada tokoh pemimpin politik tersohor India, Mahatma Ghandi berkata, beliau tidak pernah melihat politik di dunia sekotor pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri itu membiarkan prasangka buruk sesama kaum dan mempertahan penipuan dalam pilihan raya di negara ini.
Perkara itu diungkap Raj Mohan Ghandi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa pemimpin KEADILAN ini dipelawa bertemunya di India baru-baru ini.
“Politik Malaysia lebih kotor dari politik India. Saya (Raj Mohan) ‘follow’ politik Malaysia. Saya tidak pernah melihat politik di dunia sekotor politik di bawah Datuk Najib. Ini Raj Mohan kata (kepada saya),” kata Anwar.

Zalim dan kejam pembunuhan Muslim Rohingya

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya. Sungguh Allah benar-benar Maha Pengampun, Maha Penyayang.”   (Surah An Nahl  [16] : ayat 18)

Surah An-Nahl ayat 18 sebuah pendahuluan bagi menyatakan tentang kebesaran dan maha pemurah Allah swt pada hambanya. Alhamdulillah, segala puji- pujian hanya bagi Allah swt. Sungguh besar nikmat Iman dan Islam yang telah Allah berikan kepada kita. Nikmat yang tidak mungkin kita perolehi walau dengan sejumlah mana wang sekalipun. Nikmat yang pastinya bukan bertujuan untuk disia-siakan dan nikmat ini Allah kurniakan pasti mempunyai matlamatnya yang tersendiri.

Begitu juga dengan nikmat keaman yang kita peroleh di negara Malaysia ini. Negara Malaysia yang rakyatnya hidup aman damai pada zahirnya, jauh dari peperangan dan persengketaan. Namun sebagai seorang insan yang bergelar mahasiswa Islam, kita wajib cakna dan sedar sebenarnya tentang saudara seislam kita yang masih belum sempat merasai nikmat keamanan lagi sehingga kini. Adakah kita pernah peduli tentang apa yang berlaku terhadap mereka? Tepuk dada tanya iman!

Nazri: Ibrahim Ali 'tipu' PAS untuk kerusi Parlimen

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nazri Aziz menggelar Ahli Parlimen bebas, Datuk Ibrahim Ali sebagai "penipu" - dan memuji kejayaannya "mencuri" satu kerusi Parlimen dari PAS.

"Dia seorang penipu, kerana (berjaya) menipu PAS (untuk dapatkan kerusi)," kata Nazri sewaktu sesi soal jawab Parlimen.

Kenyataan itu dibuatnya selepas bersetuju dengan kritikan Ibrahim terhadap himpunan BERSIH 3.0 yang berlangsung pada 28 April.

Kenyataan Nazri menimbulkan kekecohan di antara ahli parlimen PAS menyebabkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berdiri untuk membidas Nazri.

Khalid menegaskan jika Nazri menggelar Ibrahim "penipu" yang membohongi rakyat, maka mereka sepatutnya tidak perlu mempercayai apa-apa sahaja yang diucapkan Ibrahim.

Merdeka Rakyat Ampang - Anwar Ibrahim

'Curi royalti': Pemimpin Umno wajar dikena hudud


KUALA KRAI: Pemimpin Umno antara pihak pertama yang wajar dikenakan hukuman di bawah hudud kerana mencuri wang royalti minyak milik rakyat Kelantan.

Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata, royalti sebanyak 5 peratus yang wajib dibayar kepada Kelantan setiap tahun dinafikan pemimpin Umno sehingga sekarang.

“Kalau hukum hudud sudah dapat dilaksanakan di Kelantan merekalah orang pertama yang boleh dikenakan hukuman potong tangan kerana 'mencuri' wang royalti.

“Kalau ramai pemimpin Umno hilang tangan nanti ia sudah tidak pelik lagi kerana kesalahan mencuri duit royalti rakyat Kelantan,” katanya pada ceramah menuju Putrajaya di sini malam tadi.

Undi rakyat tumbangkan BN, bukan garam dan botol

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa lucu dengan kenyataan Datuk Seri Nazri Aziz bahawa ‘garam dan botol’ yang digunakan oleh peserta Bersih adalah untuk menumbangkan kerajaan.


“Bagi DPPWP, alasan Datuk Seri Nazri adalah jawapan ‘paling tidak cerdik’ yang pernah diucapkan oleh seorang menteri kabinet Malaysia,” KATA Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.

Katanya, ia bukan sebagai justifikasi bagi menggambarkan betapa negatifnya himpunan Bersih 3.0, sebaliknya ia menggambarkan betapa lemahnya intelek seorang pemimpin negara ini dalam menilai perhimpunan tersebut.

Sukuk kekal: PAS mohon penjelasan pelaburan KWAP


KUALA LUMPUR: PAS memohon penjelasan kerajaan terhadap tindakan membenarkan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melanggan sepenuhnya bahagian pertama RM1.0 bilion Sukuk Juniro Kekal terbitan Malaysian Airline System Bhd (MAS).

AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad mempersoal bagaimana pelaburan itu boleh dibuat sedangkan sangat berisiko apatah lagi melibatkan wang pencen rakyat.

"Bon ini tidak ada penarafan, tidak ada jaminan, tiada tempoh masa dan sangat berisiko tinggi.

"Sebab itu kita mintak penjelasan kerajaan kenapa KWAP melanggan," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor.

Isu RCI pendatang asing punca BN Sabah retak, MP lari

KUALA LUMPUR 13 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keretakan dalam Barisan Nasional punca dua pemimpin parti komponen itu di Sabah berhasrat menyertai KEADILAN.
“Masalahnya ialah, (mereka) kehilangan keyakinan kepada Barisan Nasional. Ia keretakan dalam Barisan Nasional, bukan KEADILAN.
“…Ini satu kemajuan. Kita alu-alukan pendirian mereka,” kata Anwar kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Ahad lalu, Keadilan Daily melaporkan, dua Ahli Parlimen BN akan menyertai KEADILAN.
Mereka adalah Timbalan Presiden Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran dan Ahli Parlimen Beaufort merupakan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim Ukin.

Mubarak kemuka senarai 21 calon PRU13 kepada Perdana Menteri..."orang pencen nak masuk gelanggang semula"


Menjelang PRU 13 KUALA LUMPUR - Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) mengemukakan senarai 21 calon mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, kata Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Rahman.
Katanya senarai calon berkenaan diyakini boleh menjadi calon boleh menang bagi Barisan Nasional (BN) pada pilihan umum ke-13 dan dan ia juga selari dengan kenyataan Perdana Menteri usia tidak diambil kira sebagai calon.
  
"Calon kitar semula dari anggota Mubarak ini mempunyai potensi untuk memberi kemenangan kepada BN kelak berdasarkan pengalaman dan pengaruh mereka dalam bidang politik," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat anggota Majlis Tertinggi Mubarak dan majlis makan tengah hari bersama kumpulan bekas menteri-menteri kabinet BN di sini, hari ini.
  

PKR S'gor berbalah, setpol MB jadi sasaran....

NONEPerbalahan dalam PKR Selangor, yang menyebabkan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa berundur daripada jawatan ketua PKR Selangor pada 2010, nampaknya kembali berulang.

Sasaran kali ini ialah ke atas setiausaha politik menteri besar, Faekah Husin.

Kempen dalam talian dengan nama Kami Sayangkan PKR itu pada awalnya nampak remeh, namun tetap mencuri perhatian apabila ia dilihat mendapat sokongan oleh timbalan presiden PKR Azmin Ali.

Azmin yang kini ketua PKR Selangor, minggu lalu menerbitkan semula satu tulisan di Twitter yang menggesa Faekah "dipecat".

Tindakannya itu mencetus spekulasi sama ada satu lagi perbalahan akan berlaku di dalam parti tersebut di Selangor.

Ditanya mengenai perkara itu, MP Gombak tersebut menganggap bahawa perkara itu tidak penting kerana beliau menerbitkan semula tulisan tersebut secara "tidak sengaja."

Azmin bagaimanapun menambah, banyak rungutan mengenai Faekah yang diterima sejak beberapa bulan, "termasuk daripada penjawat awam."

NONEKatanya, pengadu berkenaan diberitahu bahawa parti dan menteri besar tidak boleh membuat banyak tindakan melainkan pengadu berkenaan membuat aduan rasmi dan mengemukakan bukti.

Beliau enggan mendedahkan dakwaan berkenaan namun aduan sama ke atas Faekah itu malah diterima daripada individu dari Sabah, katanya.

Faekah yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti semenjak dilantik sebagai setiausaha politik meteri besar pada Jun 2010, dikatakan berdepan dengan tindakan pemecatan pada Mac akibat tekanan daripada parti.

Sumber di peringkat tertinggi PKR mengesahkan bahawa aduan ke atas Faekah ditimbulkan dalam beberapa mesyuarat biro politik, namun tiada tindakan diambil setakat ini.

Perang siber BN-Pakatan melihat emel ‘spam’ bertambah

KUALA LUMPUR, 13 Jun — Adakah anda telah menerima emel spam yang berkaitan dengan kesusahan masyarakat India Malaysia dan kekurangan perhatian dari Pakatan Rakyat (PR) kebelakangan ini? Ataupun peningkatan Malaysia dalam indeks daya saing dunia yang dibuat oleh sekolah perniagaan global Switzerland, IMD?
Emel-emel ini kelihatan datang dari penyokong Barisan Nasional (BN) yang telah menambahkan aktiviti online mereka dalam satu peperangan dengan PR untuk memenangi hati dan minda penyokong.
The Malaysian Insider telah menerima sejumlah emel spam yang ditulis oleh penyokong BN yang ghairah (eager) untuk menuntut sebahagain ruang siber, pada masa di mana spekulasi kuat tentang tarikh pilihan raya umum yang akan datang masih berterusan.
Kebanyakan emel spam menyentuh isu komuniti India, dengan tajuk seperti “Malaysian Indian Welfare Association holds protest against Selangor government” (“Persatuan Kebajikan Kaum India Malaysia berprotes terhadap kerajaan Selangor”) dan “Betrayal and opportunism: the tales of the 3 newest Indian champions” (“Pembelotan dan opportunism: cerita tiga jaguh India yang terbaru”).

DAP: K'jaan gagal buktikan cubaan rampas kuasa..'botol mineral dan garam jadi mangsa fitnah"


 
Penasihat parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata Kerajaan Persekutuan gagal membuktikan dakwaannya bahawa himpunan BERSIH 3.0 adalah satu cubaan rampasan kuasa.

Ini jelas terbukti apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ser Nazri Aziz memberitahu Dewan Rakyat hari ini bahawa penyokong BERSIH boleh menumbangkan kerajaan menggunakan "garam dan botol mineral", kata Kit Siang dalam kenyataannya.

Nazri berkata demikian sewaktu menjawab soalan Kit Siang di Parlimen hari ini.

Adilnya BN: Ambil tanah sekolah beri kepada kroni


KUALA LUMPUR: Apabila soal keadilan yang merupakan undang-undang moral yang tertinggi tidak diamalkan, maka berlakulah sesuatu pengkhianatan.

Lebih malang lagi, pengkhianatan itu dilakukan sebuah kerajaan yang bercogankatakan Tradisi Membela Rakyat apabila tanah yang diberikan kepada rakyat dirampas semula atas sebab politik sempit.

"Adalah tidak adil apabila tanah yang diberikan kepada rakyat bagi membangunkan sebuah sekolah, yang mana sebahagian tanahnya telah dibangunkan diambil dan kemudiannya diagihkan kepada pihak yang mereka suka," tegas Datuk Abu Bakar Chik (gambar bawah), Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, hari ini.

SECRET IS OUT: Najib has no evidence at all Bersih 3.0 was a Pakatan plot

SECRET IS OUT: Najib has no evidence at all Bersih 3.0 was a Pakatan plot - Kit SiangQuestion No. 4 during Question Time in Parliament today was the star attraction of the day as I had asked the Prime Minister to substantiate his allegation more than a month ago that Bersih 3.0 rally was a coup attempt by the Opposition to overthrow the government.
MPs from both Barisan Nasional and Pakatan Rakyat were expecting some “shocking” revelations to substantiate the very serious allegation by the Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak in Gua Musang on 4th May and which had the immediate support of three former Inspectors-General of Police, Tun Hanif Omar, Tan Sri Rahim Noor and Tan Sri Musa Hassan that the Bersih 3.0 rally was a coup d’etat attempt by Pakatan Rakyat to overthrow the Najib government  on April 28 itself!

Faekah unfazed by campaign to boot her out

The Selangor menteri besar's political secretary of two years says online attacks against her by Azmin's supporters would not deter her from carrying out her duties
PETALING JAYA: Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim’s political secretary Faekah Husin is unfazed by the relentless attacks in cyberspace to boot her out.
The campaign called “Kami Sayangkan PKR (We Love PKR)”, allegedly waged by supporters of PKR deputy president and Selangor PKR chief Azmin Ali has escalated in recent weeks.
The issue first surfaced in 2010. Azmin had called for Faekah’s sacking over her involvement in the Selangorku grants programme
It resurfaced recently when Azmin re-tweeted calls for Faekah to be replaced.
When contacted, Faekah dismissed the allegations that she had abused her position in the steering committee of the “Selangorku” grants programme.
“It is not true. It could be from Azmin’s supporters or Azmin himself. I don’t care. It is an open secret that Azmin wanted Khalid to replace me as political secretary in 2010.
“As a trade-off then, Khalid gave up his position as Selangor PKR chief and Azmin took over the helm of Selangor PKR,” said Faekah.

Saman terhadap bakal menantu Kazakh Najib mendedahkan segalanya: ROSMAH PASTI BANGGA!

Saman terhadap bakal menantu Kazakh Najib mendedahkan segalanya: ROSMAH PASTI BANGGA!Anak saudara bekas presiden Kazakhstan telah mendapat 'kejayaan besar' selepas dia menipu untuk mendapatkan tepat di Universiti Columbia dan menipu bapa tirinya, abang presiden, sebanyak USD20 juta untuk sebuah pangsapuri di Bandar New York, mengikut sebuah saman dari mahkamah.
Perbuatan Daniyar Nazarbayev di Amerika adalah sebuah kisah yang akan memalukan Borat seorang karaktor fiksyen brbangsa Kazakh bekerja sebagai seorang produser TV yang mneyindir bekas republik Soviet dalam sebuah filem pada tahun 2006.
Encik Nazarbaye, 24 tahun, yang telah melarikan diri dari Amerika Syarikat, kini dilaporkan akan berkahwin dengan anak perempuan Perdana Menteri Malaysia, mereka berkenalan di universiti Ivy League, Amerika Syarikat.

Pertarungan hidup mati antara dua pemimpin

Mohamad Hasan tidak akan menerima laluan mudah daripada Mohd Taufek kerana setakat ini ‘track record’ Mohd Taufek di Dun Paroi amat memberangsangkan.
Merujuk kepada situasi terkini ada kemungkinan Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Mohamad Hasan akan mencabar Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abdul Ghani pada Pilihan Raya Umum (PRU) 13.
Ada beberapa fakta perlu dihalusi untuk melihat kedudukan Dewan Undangan Negeri (Dun) Rantau yang menyebabkan Mohamad Hasan beralih arah ke kerusi Dun Paroi.
Dun Rantau merupakan Dun yang mempunyai peratusan pengundi India yang ketiga paling ramai iaitu 25.5 peratus.
Jeram Padang di bawah parlimen Jempol mempunyai pengundi India paling ramai dengan 38.5 peratus dan Port Dickson di bawah parlimen Telok Kemang dengan 30.5 peratus pengundi India.
Pada PRU 2008, Mohamad Hasan kehilangan majoriti yang besar berbanding keputusan PRU 2004.
Pada tahun 2004 Mohamad Hasan mengalahkan calon PKR, Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) dengan majoriti 6,199 undi.
Bagaimanapun pada Mac 2008, Mohamad Hasan menewaskan calon PKR, Aisah Lamsah dengan majoriti 3,783 undi.

Tarif Air Selangor : Zaman Umno-BN Naik 62 Peratus, Zaman Pakatan 12 Peratus

SHAH ALAM, 13 JUN: Meskipun kos pengurusan industri air semakin meningkat, Kerajaan Selangor hanya akan menaikan kadar tarif air tidak melebihi 12 peratus untuk tempoh tiga tahun.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata ketetapan itu akan berlaku sekiranya industri air distruktur semula dan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor memansuhkan satu perjanjian pada 2004.
“Apabila perjanjian ini dimansuhkan dan penyusunan semula dilakukan kenaikan tarif air hanya berlaku tiga tahun sekali dan tidak melebihi 12 peratus.

Kalau sekadar nasihat tak payah guna Majlis Fatwa


KUALA LUMPUR, 13 Jun: "Kalau hendak beri nasihat, tidak perlu sampai guna Majlis Fatwa Kebangsaan," kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mashitah Ibrahim bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hanya memberi nasihat mengenai penglibatan umat Islam dalam demonstrasi jalanan.

Mashitah dilaporkan menafikan bahawa Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengeluarkan sebarang fatwa mengharamkan demonstrasi jalanan di ibu negara pada 28 April lepas.

Sebaliknya beliau berkata ia merupakan kenyataan media yang dikeluarkan sebagai nasihat daripada anggota muzakarah jawatankuasa berkenaan yang bersidang awal bulan lepas.

Dr M: Saya tak takut Pakatan tawan P'jaya..." kena faham cakap terbalik tok ki det "


 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak takut Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa - kecuali beliau akan didakwa atas pertuduhan palsu.

Beliau mengulas kenyataan ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang bahawa beliau bekerja keras memastikan pembangkang tidak berjaya kerana takut dakwaan salah lalu didedahkan.

"Dia betul. Saya takut," tulis Dr Mahathir dalam blognya.

"Saya takut pada bentuk salah guna kuasa seperti sudah ditunjukkan oleh seorang pemimpin besar Pakatan yang pegawai polis kanan di pihaknya untuk menakutkan Dr Ristina Majid dan Umi Hafilda Ali supaya menarik balik surat Umi kepada saya."

Bersih calls BN ‘paranoid’, rubbishes coup claims

The government was only undermining itself by making such claims about the April 28 rally, said Wong. — File pic
KUALA LUMPUR, June 13 — Bersih leaders today laughed off a federal minister’s claim that “salt and bottles” used by protesters during the April 28 rally indicated a coup bid, calling the connection “ridiculous” and “highly imaginative.” Bersih steering committee member Dr Wong Chin Huat said the electoral reforms group has never questioned the legitimacy of the present Barisan Nasional administration despite accusing it of electoral fraud.
“What we want is to ensure the legitimacy of the next government (federal and state) is beyond question by ensuring that the legitimacy of the next elections is beyond question.
“I am amazed with the level of paranoia in some of our ministers. They are fearing their own shadows thinking that Bersih 2.0 and 3.0 were all plots to stage (a local replica of the) Arab Spring,” he told The Malaysian Insider.

MB Kedah: Ahli Pas boleh tunai haji, calon tunggu


Menjelang PRU 13 ALOR SETAR - Tidak ada halangan untuk ahli Pas di Kedah mengerjakan haji walaupun kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan ketika musim haji, namun calon yang bakal bertanding perlu berada dalam negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, tuntutan kewajipan menunaikan ibadat haji hanya sekali seumur hidup dan oleh itu, memadai jika mereka sudah memenuhinya.

"(Tunai) haji wajib sekali, yang sudah pi (pergi), nak pi buat apa lagi, cukup sekali, orang nak buat pilihan raya, dia nak pi ke lain, itu untuk orang yang sudah pi haji la.