Ahad, 10 Jun 2012

CERAMAH PERDANA : Merdeka Rakyat Kajang - Khalid Ibrahim

Today in History for June 10th

SAH : DUA AHLI PARLIMEN BN SERTAI KEADILAN!

Sekurang-kurangnya dua ahli parlimen dari Sabah sudah mengesahkan keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Perkara ini disahkan sendiri Pengerusi KEADILAN Sabah, Ahmad Thamrin Jaini yang mengesahkan perkara itu sebentar tadi.

Dua pemimpin yang dimaksudkan ialah Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Wilfred Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran.

Turut dinamakan ialah Ahli Parlimen Beaufort dan Ahli Majlis tertinggi Umno-APCO, Lajim Ukin (gambar atas).

PRU13: Peluang terbaik pengundi buat pilihan, kata Presiden PKR


PRU13: Peluang terbaik pengundi buat pilihan, kata Presiden PKR
Dr Wan Azizah Wan Ismail (dua, kiri) dan Kee Kwong (kiri) menyampaikan
sumbangan kepada penduduk petang tadi.
KUALA LUMPUR - Para pengundi perlu bijak membuat pilihan dan tidak tersalah percaturan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini.

Dr Wan Azizah berkata, beliau percaya rakyat kini sudah tahu sedikit sebanyak isu yang wujud sejak kebelakangan ini dan mereka ada pilihan untuk menentukan masa depan negara.

Menurutnya, meskipun terdapat penipuan sepanjang proses pilihan raya, namun rakyat masih berpeluang mengubah keadaan ini dengan keluar mengundi beramai-ramai dan melakukan pilihan tepat.

Anwar confirms talks with Sabah BN leaders

Online media reports have been repeatedly stating for several days now that several Sabah BN leaders would be joining the PKR.
KOTA KINABALU: PKR de facto leader Anwar Ibrahim confirmed here this evening that the party had been in communication with some Barisan Nasional leaders from Sabah who are said to be on the verge of leaving the ruling coalition.
“Of course we have been in communication with many people including some of those people mentioned,” he said when asked to comment on reports that prominent leaders now in Umno and at least one other BN coalition party, UPKO, would be joining PKR.
Anwar’s arrival here this afternoon was delayed after his flight to the state capital was diverted to Labuan due to bad weather.

Anwar Ibrahim: Muhyiddin Yassin, Check Akaun Kamu, Check Akaun Saya

Anwar Ibrahim: Najib, Respect The Rule Of Law, Respect Every Single Rakyat In This Country

CARA Jadikan MALAYSIA Amal 100% Hukum ISLAM - Ustaz Azhar Idrus

WANITA Kini TERPAKSA Urus Rumah Tangga - Ustaz Azhar Idrus

Nafkah Kepada ISTERI - Ustaz Azhar Idrus

Ragu-Ragu Pakai BEG KULIT - Ustaz Azhar Idrus

Cara PASTIKAN Syampoo Bebas GELATIN - Ustaz Azhar Idrus

Buat Kerja SAMBILAN Ketika Waktu PEJABAT - Ustaz Azhar Idrus

Senarai Kekayaan Anak-Anak Menteri Malaysia.Gila Punya Kaya..


Pemimpin BN diketahui umum mempunyai gaya hidup mewah.elaun ahli Parlimen mahu pun menteri tidak melayakkan mereka memiliki rumah atau kereta mewah.
~ apatah lagi individu yang memiliki kekayaan melampau itu bukan datang dari keluarga kaya atau telah mempunyai perniagaan sendiri sebelum menjadi ahli politik.kebanyakkannya jadi kaya setelah menang pilihanraya atau diberi jawatan parti.
- kini gaya bermewah yang dipertikai rakyat mula menular ke sebahagian besar anak anak pemimpin BN.
~ tidak masuk akal dgn gaji ahli parlimen RM4,000 sebulan, Senator Dewan Negara RM6,000, Timbalan Menteri RM10,847 atau Menteri Kabinet RM14,907 mereka mampu memiliki rumah berharga jutaan ringgit dan kereta brharga ratusan ribu ringgit. Persoalan yang lebih menarik,bagaimanakah mereka mampu membelikan kereta kereta mewah untuk anak-anak?
~tentukan sekali pemimpin BN mendapat wang sampingan dari pelbagai sumber. pendapatan mereka dikatakan brjuta juta ringgit stahun dan tidak menjadi masalah untuk membiayai kehidupan mewah. kemewahan itu membuat rakyat MELUAT!. dengan gelagat gaya hidup mewah keluarga dan anak beranak pemimpin BN yg tak sedar diri, melantak hasil titik peluh Rakyat, Jelas dengan sikap Keborosan mereka merakalah membuat ramai lagi nasib si miskin di Malaysia tidak terbela ...

Umno belum berani pecat Tamrin Ghafar !

Sudah begitu lama bekas exco pemuda Umno, Tamrin Ghafar anak kepada  allahyarham Tun Ghafar Baba bekas timbalan perdana menteri ini menyepikan diri dari Umno. Walaupun masih menjadi ahli Umno, beliau tidak segan bergerak aktif dalam ceramah-ceramah Pakatan Rakyat dan menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.

Setiap kali dia berucap di atas pentas Pakatan Rakyat dia menyatakan kekesalannya kerana Umno telah jauh menyImpang dari perjuangan asal,  malahan membuat perkara-perkara mungkar yang telah menjatuhkan imej Umno.  Akhirnya beliau menyeru kepada seluruh ahli Umno agar segera meninggalkan perjuangan parti itu.

Benda2 pelik dibawah UmnoBn,. lebih2 lagi era Najib,…

 
1
Umno meletakkan Raja-raja Melayu dan YDP Agong sebagai ketua agama Islam,  tapi adakah mereka peduli setakat mana amalan dan ketaatan raja dalam hukum-hakam Islam?
2
Seorang Perdana Menteri Islam dibolehkan mengutuk dan memperlekeh sunnah nabi
3
Pas yang memperjuangkan dasar Islam dikatakan sesat,. Umno yang mengagongkan Asabbiyah, dasar penjajah dan Yahudi dikatakan terbaik.
4
Orang yang membuat fitnah disanjung,  orang yang kena fitnah dihukum dan dimalukan.
5
Menantu seorang PM boleh syer kuasa dengan Perdana Menteri,  kadang2 kuasa menantu itu lebih besar.
6
Menteri boleh gunakan kuasa untuk memadam rekod kemasukan warga asing,  termasuk mendiang Altantuya.
7
Polis sesuka hati tembak orang macam tembak babi, walaupun status orang disyaki belum pasti.
8
Perdana Menteri perintah Negara  ikut telunjuk bini…  Itu boleh buat,.. ini jangan buat!!
9
Isteri Perdana Menteri dibenarkan gila berbelanja, mabuk shoping dan hidup mewah, rakyat disuruh berjimat.
10
Speaker dewan negeri boleh diangkat dan diheret keluar secara paksa dan sesuka hati,  kerana hendak mengganti speaker baru.
11
Sebuah stadium yang kononnya sangat gah dan hebat, menelan belanja RM300 juta lenyap sekelip mata,.. baru setahun digunakan, tiba-tiba runtuh.
12
Dua orang yang sedang disiasat SPRM tiba-tiba terjun dari bangunan SPRM lalu mati,  dan SPRM tidak mengaku merekalah puncanya.
13
Pemimpin Islam Umno berbangga apabila menyokong rakan sejawat mereka dari MCA  menghina Islam.
14
Pemimpin dan balaci Umno menghadiahkan replika taik kepada seorang ketua menteri yang bukan beragama Islam tetapi sangat menghormati Islam..
15
Setelah 54 tahun merdeka, Pemimpin Umno termasuk professor kangkungnya mengistiharkan,.. rakyat dan negara Malaysia tak pernah di jajah.
16
Pemimpin dan balaci Umno berebut-rebut bersumpah untuk menunjukkan mereka benar, tetapi hakikatnya mereka membuat fitnah untuk mengaibkan seseorang.
17
Menteri dan keluarganya menyalahguna wang rakyat RM250 juta untuk projek lembu, dengan membeli kondo-kondo mewah tetapi menteri itu dibebas tanpa sebarang dakwaan.
18
Media Umno, RTM & TV3  dibolehkan menyiar rakaman video seks lucah untuk tatapan umum termasuk kanak-kanak & remaja.
19
Menteri dibolehkan mengguna wang zakat untuk tujuan menentang Qazaf yang mahu ditegakkan dimahkamah Syariah.
20
Rakyat tak mintak, tiba-tiba Najib kasi RM500 kepada individu berpendapatan kurang dari RM3,000.
21
Perdana Menteri mengajak rakyatnya mengamalkan konsep “Wasatiyah” tapi beliau sendiri mengamalkan cara hidup melampau,  membazir dan menuju kesesatan.
22
Pemimpin Umno tak tahu mengenali antara BERSIH dan KOTOR, akhirnya yang bersih mereka kata kotor.
23
Kereta Polis tunjuk berani -  dengan sengaja merempuh sekumpulan  peserta BERSIH 3,.. mujur tak ada yang mati.
24
Bekas KPN  sanggup menuduh  seorang ulamak disegani TG Nik Aziz sebagai “bapak kafir”
25
Menteri Pengajian Tinggi tiba-tiba jadi bengang dan nak bekukan PTPTN,..tetapi bila terasa malu, tarik balik ugutan. 
Mungkin ada lagi,,..yang saya terlupa atau terlepas pandang,.. tak salah kalau nak tambah !!.
……………………………………………………………………….
oleh : rahimothman

Pengerang: Kerajaan BN tak peduli rintihan nelayan


MUAR, 10 JUN: Kerajaan Barisan Nasional didakwa bertindak sambil lewa terhadap ‘periuk nasi’ lebih 500 nelayan dan penduduk kampung sekitar perairan pantai Pengerang di Johor yang akan terjejas akibat projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).
Malah, janji 5,000 peluang pekerjaan oleh kerajaan BN apabila projek tersebut siap menimbulkan banyak keraguan di kalangan penduduk asal.
Menurut Ahli Parlimen DAP Bakri, Er Teck Hwa, pendapatan nelayan sepanjang pantai Pengerang bakal terjejas, malah pampasan yang diberi sangat tidak munasabah, iaitu antara RM15,000 hingga RM30,000 kerana kerugian besar yang dialami penduduk tempatan.

BN umum kadar jenayah turun, aktivis sosial dan guru dipukul teruk


KUALA LUMPUR, 10 JUN: Insiden samun ke atas aktivis BERSIH, Dr Wong Chin Huat, semalam adalah peringatan ngeri kepada semua rakyat Malaysia tentang kegagalan pentadbiran Najib untuk mengurangkan kadar jenayah dan menyingkirkan rasa takut orang awam.
Dr Wong diserang dan dipukul semasa beliau keluar untuk jogging berhampiran rumahnya di Seksyen 18, Petaling Jaya, Selangor pagi semalam.
Dalam satu lagi kejadian, seorang guru dari Bandar Kinrara, Puchong, Teoh Soo Kim, cedera parah dan tidak sedar diri dalam satu percubaan menculik pada Rabu lalu.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, tidak ada gunanya pemimpin kerajaan berbangga dengan pengumuman kadar jenayah telah turun apabila rakyat Malaysia boleh diserang dan dipukul di tempat terbuka.
“Tiada gunanya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif  PEMANDU dan Menteri Dalam Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala yang berbangga dengan keberkesanan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Sampai bila politik harus menjerat hidup masyarakat?

Area kau ada Balai Raya? Kalau kau duduk kampung ada la kot. Kalau kat taman aku rasa dia panggil Pusat Khidmat Komuniti.

Kita semua sedia maklum, balai raya adalah tempat di mana masyarakat setempat dapat berkumpul dan berbincang mengenai masalah yang terjadi di kawasan mereka.

Balai raya juga dijadikan sebagai pusat aktiviti kampung di mana anak muda boleh bermain takraw, anak kecil boleh bermain polis sentri dan gotong royong kampung boleh dijalankan.

Semua orang boleh menyertai apa-apa upacara yang berjalan di balai raya… asalkan kau sokong UMNO.

Syria forces renew Homs assault, kill 35, say activists

Syrians gather in Deraa June 9, 2012, at the funeral of people whom protesters say were killed by forces loyal to President Assad. Seventeen people, including 10 women, were killed overnight by shelling in the southern Syrian town of Deraa, where the uprising against President Bashar al-Assad erupted 15 months ago, the Syrian Observatory for Human Rights said. — Reuters pic
AMMAN, June 10 — At least 35 people were killed in Syrian army bombardment over the past 24 hours in a renewed assault to regain control of the rural province of Homs, the epicentre of the revolt against President Bashar al-Assad, opposition activists said today. The bombardment targeted opposition strongholds in the city of Homs and the nearby towns of Qusair, Talbiseh and Rastan, where Free Syrian Army rebels have been escalating attacks on army patrols, roadblocks and missile batteries, the Syrian Network for Human Rights and other opposition campaigners said. — Reuters

Tiada alasan lagi tolak daratkan minyak di Bachok


KOTA BHARU:  Tidak ada sebab lagi untuk Kerajaan Pusat menolak tuntutan pendaratan gas ke Pantai Bachok oleh kerajaan negeri apabila Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V turut menyokong tuntutan  itu.


Presiden Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan, (Royalti) Nazri Deraman, berkata menolak tuntutan pendaratan gas oleh kerajaan negeri dan rakyat Kelantan, turut disokong oleh baginda pada pembukaan rasmi Persidangan Dun Kelantan Penggal ke lima baru-baru ini.

Bijak Sifir : 112,635 Peneroka Dapat 2.5%, 23, 000 Kakitangan Dapat 2.5%....23,000 lebih ramai dari 112,635...!!!!!

Ahmad Maslan, Menteri Felda berkata kakitangan layak menerima 2.5 peratus saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) manakala peneroka juga layak mendapat 2.5 peratus.
“Kakitangan dan peneroka Felda masing-masing menerima saham sebanyak 2.5 peratus, namun disebabkan bilangan peneroka lebih ramai berbanding kakitangan, agihan saham yang diterima peneroka kelihatan lebih kecil berbanding kakitangan.
“Kita mempunyai 112,635 peneroka di seluruh negara manakala bilangan kakitangan hanya 23,000 orang,” katanya kepada pemberita
Peneroka akan menerima 800 unit saham FGVH yang bernilai RM4.55 seunit dan bayangkan berapa yang diperolehi kakitangan Felda.

MB : Jangan Ambil Cukai Jika Mahu Selangor Beri Pendidikan Percuma Sekarang

KUALA LUMPUR 10 JUN : Jika benar mahu Kerajaan Negeri membiayai pendidikan percuma di negeri Selangor, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Kerajaan Pusat tidak mengambil wang cukai daripada Selangor.
Menurut Abdul Khalid, pendidikan percuma pasti dapat dilaksanakan jika segala sumber Kerajaan Negeri tidak disalurkan kepada Kerajaan Pusat seterusnya diuruskan dengan lebih baik oleh Kerajaan Negeri.
“Jika dilihat, Kerajaan Negeri Selangor menyumbang sebanyak 23 peratus daripada jumlah keseluruhan kekayaan Kerajaan Pusat.

TPM: 'PRU tak lama lagi, juga tak terlalu cepat'...uiks nanti kak mah marah eh..!!!!!


TPM: 'PRU tak lama lagi, juga tak terlalu cepat' KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan baru - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan tidak terlalu lama lagi.

Tetapi, beliau menambah - tarikhnya juga tidak terlalu cepat sebagaimana dijangkakan.

Beliau memberi sedikit gambaran, namun tarikh sebenar masih menjadi teka-teki.

Sidang Parlimen akan bermula esok di tengah-tengah spekulasi bahawa PRU13 akan diadakan dalam waktu terdekat.

Isu DERHAKA : Fakta dan sejarah

Krisis Perlembagaan 1990-1993

Selepas kalah teruk dinegeri Kelantan dalam pilihanraya uum 1990, Umno sekali lagi bertembung dengan Raja-Raja. Dalam Perhimpunan Agung Umno 1991, pemimpin dan perwakilan Umno menghamburkan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap Raja-Raja Melayu.

Istana Kelantan dihentam secara terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN ditangan calon-calaon Angkatan Perpaduan Ummah (APU) ketika pilihanraya umum. Raja-Raja negeri lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan termasuk penyalahgunaan kedudukan untuk mendapat perlbagai kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya.

RON 97 patut dijual RM3.38 seliter...tapi untuk orang kaya tiada cukai....!!!!

Kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri bahawa harga RON95 masih disubsidi kerajaan dan harganya tidak akan dikurangkan merupakan kenyataan yang memesongkan rakyat.

Ini kerana harga RON95 masih boleh dikurangkan apabila RON97 masih belum dijual pada paras yang sepatutnya, iaitu RM3.38 seliter.

Ini selari dengan pengumuman Ismail di Bera Khamis lalu bahawa kerajaan tidak mengenakan cukai jualan terhadap RON97, menjadikan bahan api ini dijual pada harga RM2.80 seliter.

Raja Kamarul Bahrin Batu Burok

Raja Datuk Kamarul Bahrin - Kisah disebalik Stadium Runtuh di Terengganu

Syrian cities endure intense shelling

Luka Riadah di Kampung Tok Beng Seberang Takir

Datuk Ariff Sabri Bukit Tok Beng Seberang Takir

Syria: From tipping point to breaking point?

Ceramah Ustaz Azhar Cuba Disabotaj Dengan Live Band Dangdut

2 tokoh BN Sabah lompat parti hari ini?


 
Khabar angin bertiup kencang bahawa Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Bumburing dan pendokong Umno Sabah Datuk Seri Lajim Ukin akan menyertai majlis PKR hari ini, sekali gus menyertai pembangkang.

Ketua PKR Sabah Ahmad Thamrin Jaini (bawah) berkata, dua tokoh BN itu besar kemungkinan akan hadir ke perayaan Kaamatan di Kota Belud dan majlis makan malam PKR pada jam 8 malam ini di Kota Kinabalu.

Karnival Jelajah Najib : LFoundry Kulim HiTech-Janji Ditepati atau Janji Capati?

usinwafer

"Gambar; Najib ketika berucap di Karnival Jelajah Janji Ditepati Kulim Hi-Tech 8 Jun 2012

usinkata;.." Kerbau dipegang TALINYA.. manakala Manusia dipegang JANJINYA"...

kalau janji tak boleh pegang... kita pegang tali sajalah.. huhuhu

Tahniah Najib kerana berjaya menghimpunkan ribuan hadirin yang membanjiri Kranival Jelajah Janji Ditepati yg bertempat di Kulim Hi-Tech Park Kulim Kedah pada 8 Jun yang lalu...

Pinda Akta Kesalahan Pilihan Raya, Lindungi Penyelewengan Daftar SPR

SHAH ALAM, 10 JUN: Kerajaan BN meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya demi melindungi penipuan yang terdapat dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Demikian menurut Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa apabila ditanya tentang pindaan terhadap seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) yang menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak.

No weapons left, ailing Umno exploits non-Malay PM issue to alarm innocent Malays

No weapons left, ailing Umno exploits non-Malay PM issue to alarm innocent MalaysThis question about a non-Malay Prime Minister is being exploited by UMNO to alarm the innocent Malays. All Karpal Singh is saying is that legally you can have non-Malay or non-Muslim as Prime Minister. From the constitutional point of view he is spot-on.  He may be politically off the grid in the Malaysian context but he has not erred constitutionally.
The Federal Constitution of Malaysia clearly stipulates that the race and religion of the Prime Minister are not the criteria here. Article 43(2)(a) of the Constitution just merely stipulates that His Majesty the Agong is to appoint a Prime Minister from amongst a Member of the House (elected Member of Parliament) who commands the confidence of the majority of the Members of the House.
No Chinese or Indian is ambitious to become the Prime Minister

Khalid Ismath mahu cabar hukuman UiTM


Khalid Ismath mahu cabar hukuman UiTM SHAH ALAM - Penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath, yang kelmarin digantung tiga semester, mahu mencabar keputusan pusat pengajian tinggi itu di mahkamah.

Khalid berkata, beliau mahu mencabar penggunaan peruntukan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 oleh UiTM dalam mengenakan tuduhan ke atasnya.

Khalid, 22, dibicarakan Jumaat lalu oleh Lembaga Tatatertib UiTM dan dijatuhkan hukuman digantung pengajian selama tiga semester bermula sesi akademik September ini.

Tiada maruah pihak persenda lebuh raya rakyat

KOTA BHARU: Pihak yang tidak ada maruah sahaja mempersendakan usaha kerajaan negeri membina lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bagi menyelesaikan masalah lalu lintas.

Bekas Setiasuaha Gerakan Kelantan, Lau Chin Chua berkata, siapa sebenarnya yang menipu rakyat bagi membina kemudahan asas bagi manfaat orang ramai di Kelantan.

“Sedangkan semua orang tahu projek lebuh raya itu pernah dijanjikan mahu dibina sejak 1986 oleh pemimpin Umno, namun sampai sekarang tidak menjadi kenyataan.

Mana 'Talking Quran' kita?

church christian in kuala lumpur 1Saya sering juga menghadiri program-program yang dianjurkan oleh pelbagai gereja di persekitaran tempat tinggal saya di Bandar Oxford ini. Saya ingin melihat dan mendengar cara mereka.

Ternyata gereja itu telah jauh berubah dari apa yang tercatat dalam sejarah mereka. Dahulunya, hukuman dan penyeksaan ke atas mereka yang dianggap tidak sealiran menjadi amalan gereja.

Betapa ramai yang dibakar hidup-hidup, diseksa dengan dengan pelbagai seksaan yang kejam, dimalukan dan pelbagai lagi penindasan. Kesemuanya atas nama Jesus.

Bukan sedikit Yahudi dan Muslim yang dibunuh di Eropah dengan cara yang begitu dahsyat. Bahkan bukan sedikit golongan pembaharuan Kristian sendiri yang berbeza mazhab seperti Protestan yang dibakar hidup-hidup.

Bumi Oxford turut menyaksikan kekejaman itu dalam sejarahnya. Betapa ramai juga saintis yang dibakar dan dibunuh. Kesemuanya atas nama Tuhan.

Kononnya mereka menghukum penentang Tuhan, ataupun yang berbeza dengan Tuhan yang ditafsirkan oleh mereka.

Pemimpin Umno diingatkan jangan perjuangkan kelompok tertentu atau kroni....ha.ha..ha..lucu hari ahad...!!!!

BERA, 10 Jun — Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan pemimpin Umno di semua peringkat supaya tidak memperjuangkan kelompok tertentu atau kroni mereka sahaja sebaliknya semua rakyat.
Beliau berkata perjuangan Umno adalah perjuangan tulen untuk semua rakyat tanpa mengira status, kaum atau agama.
"Maka bagi mencapai matlamat itu semua pihak dan pemimpin serta anggota parti perlulah turun padang dan berkorban masa demi menggalas tanggungjawab tersebut," katanya pada perjumpaan dengan lebih 200 pemimpin Umno Bahagian Bera di dewan Umno Bera di sini semalam.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu berkata rakyat perlu diberikan penjelasan mengenai dasar dan maklumat kerajaan agar mereka dapat mengetahui peranan serta usaha yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan negara dan rakyat.
"Kita tidak mahu rakyat hanya mendengar hasutan serta pembohongan pembangkang yang menafikan usaha dilakukan kerajaan, sebaliknya biar rakyat tahu bahawa kerajaan BN serius membangunkan negara dan membela nasib mereka," katanya.

Antara Nakbah Palestin dan tanah Felda

7 September 1981, kerajaan Malaysia menerusi Perbadanan Nasional Berhad (PNB) mengejutkan pasaran saham dunia apabila mengambil alih syarikat pertanian British, Kumpulan Guthrie dalam masa kurang daripada dua jam. Peristiwa ini dikenali sebagai ‘dawn raid’ atau ‘serangan subuh’, yang mengakibatkan timbulnya krisis diplomatik antara kerajaan Malaysia dan British. Salah seorang yang terlibat dalam operasi ini ialah Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor sekarang, yang pada masa itu memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PNB.

Nurul Izzah: Istijuara Peroleh Tender RM30.8 Juta Dibawa Ke Parlimen

SHAH ALAM, 10 JUN: Isu kontrak bernilai RM30.8 juta yang melibatkan syarikat Istijuara Sdn Bhd milik anak Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin akan dibawa ke sidang Parlimen.
Demikian menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kepada TVS ketika ditemui di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya semalam.

Siswa: Satu persatu aktivis disasarkan

Kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa Nasional menyelar tindakan Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggantung pengajian aktivis Khalid Ismath dengan menyifatkannya sebagai usaha terancang memastikan penguasaan pemerintah di kampus-kampus.

Jurucakap kumpulan itu Edikoup Lakip Sediyanto berkata, tindakan "ugutan" itu menggambarkan BN terdesak untuk mempengaruhi undi mahasiswa di universiti.

"Maka begitulah juga cara mereka menyekat kebangkitan gerakan mahasiswa dengan mematikan pergerakan beberapa pimpinan-pimpinan mahasiswa di kampus yang mampu menggalkan perancangan Umno/BN untuk menawan kampus," katanya.

Anwar: RM5b untuk BIASISWA tak mufliskan negara

anwar ibrahim ceramah kajang 090612Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika berjawa menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua pembangkang berkata, Pakatan Rakyat mampu berbuat demikian kerana negara mengaut hasil minyak sebanyak RM80 bilion, sedangkan tanggungan kos PTPTN hanya RM5 bilion.

"Tapi Najib kata, RM80 bilion tolak RM5 bilion jadi bankrap," katanya sambil diiringi ketawa hadirin dalam ceramah di di Stadium Kajang malam tadi.

Anwar: Siapa bayar sewa rumah Muhyiddin


KAJANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kepada rakyat siapakah yang membayar sewa rumahnya ketika dia mula-mula menjadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya tahu sebab masa itu saya bos dia , saya timbalan perdana menteri.

"Jawab la...nak lawan sangat," katanya dalam nada mencabar.

PTPTN Bukti Dasar Tidak Matang Umno-BN

KUALA LUMPUR 10 JUN : Kerajaan Pusat Umno-BN barangkali tidak memahami antara tanggungjawab dan tugas yang harus dipikul sehingga mengamalkan dasar tidak matang yang menjejaskan rakyat, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai isu pembekuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini, beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, seharusnya Umno-BN perlu tahu membezakan antara ideologi politik yang didukungnya serta tanggungjawab yang harus dipikul sebagai sebuah Kerajaan Pusat.

MB: Kalau duit menteri kita tak persoal



 
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendesak kerajaan memohon maaf berhubung isu pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mahasiswa baru Universiti Selangor (Unisel).

Khalid menyifatkan tindakan itu dan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai "main-main", terutama apabila PTPTN diberikan semula.

Jangan tunjukkan sangat sikap 'inferiority' itu

Sampai bila pemimpin-pemimpin kerajaan (BN) hendak berperang dengan rakyat? Perbalahan tentang isu PTPTN  berlarutan sehinggakan TS Muhy dan Menteri Pendidikan Tinggi telah bertindak untuk menjadikan mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL) mangsa pertembungan diantara kerajaan dan PR dengan melakukan tindakan yang paling bodoh (maaf kerana menggunakan istilah bodoh) yang dipamerkan oleh pemimpin-pemimpin setinggi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri yang bertanggungjawab terhadap pendidikan tinggi negara.

Bulan apa nak buat pilihanraya?Semua bulan tak selamat

Cuti-cuti sekolah ni balik kampung.Musim cuti.sekolah ni.besa la ada kenduri kahwin sampai 5-6 tempat dalam satu hari.Ni nak cerita kisah di tempat kenduri kahwin.Tajuk utama di tempat kenduri ialah kisah politik.Semua orang pakat lawat tanya ,“Bila nak pilihanraya,bulan apa
?”
Macam-macam bulan depa pakat lawan teka tapi yang pasti tarikh pilihanraya umum ke 13 ada dalam kocek Rosmah dan Najib.Nampak gayanya semua bulan dah tak selamat bagi Najib yang kini berdepan dengan dakwaan terlibat dengan skandal jual beli kapal.selam Scorpene yang dibicarakan di mahkamah Perancis.
Kalau nak.buat kenduri kahwin orang tunggu cuti sekolah tapi bila nak. tahu tarikh pru 13 semua tak tau bila.Apa yang pasti semua bulan dah tak selamat nak umum tarikh pru 13.

PROJEK BARISAN NASIONAL YANG PALING BERJAYA

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash3/182738_373968912663003_489898845_n.jpg

Hanya di Terengganu..........

Udin Anak Yassin Kini Diserang Tebuan

Kata orang tua-tua jangan usik sarang tebuan kalau tidak mahu menerima bahananya. Tindakan Udin anak Yassin yang cuba menambah dosa dan menyusahkan Anwar memburukkan bekas TPM Anwar Ibrahim nampaknya telah terbalik terkena ke batang hidungnya hari ini apabila Anwar menyatakan kesediaannya untuk mendedahkan butiran akaun bagi menjawab persoalan ditimbulkan Udin anak Yassin.


Udin anak Yassin
Udin anak Yassin meminta Anwar mengulas mengenai dakwaan yang dilemparkan ke atas Anwar 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai sebanyak RM3 billion. Tindakan Udin membangkitkan perkara yang sudah selesai dan berlalu 13 tahun itu dilihat sebagai orang tidak ada modal untuk membaja lobak sanggup mengguna tahi sendiri sebagai pupuk. 

Tindakan itu juga menunjukkan Udin anak Yassin terdesak seperti mana Ha Najib Razak yang sudah hilang akal dan ketandusan idea untuk menguburkan Anwar. Hakikat Najib dan Udin hilang akal jelas apabila mereka sudah pening memikirkan macam mana untuk berdepan dengan rakyat. Kekaburan tarikh atau tempoh membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan menunjukkan akan kepeningan mereka berdua ini.

Kejar TIMELINE Kahwin - Ustaz Azhar Idrus

Hukum MAKAN Sedekah TANPA Tahu Siapa Yang BERSEDEKAH - Ustaz Azhar Idrus

Aurat WANITA Dalam IHRAM - Ustaz Azhar Idrus

Erti MUKIM & MUSAFIR - Ustaz Azhar Idrus

Batal WUDUK Jika Bersentuh KULIT Suami Isteri ? - Ustaz Azhar Idrus

USAHLAH KHIANATI MELAYU WAHAI UMNO

Rais Yatim Naik Jobo Lagi! 
Masyarakat Melayu harus bersatu demi kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang bagi memastikan hak mereka tidak diketepikan pembangkang, kata menteri Kabinet hari ini dan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim “tidak sayangkan Melayu, sistem beraja atau budaya Melayu.” Dalam menarik undi masyarakat Melayu, Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (gambar) turut menuduh negeri Pakatan Rakyat (PR) mengabaikan tanggungjawab terhadap masyarakat Melayu.

Anwar turns the tables on Muhyiddin: Investigate him too, see who is the corrupt one!

Anwar turns the tables on Muhyiddin: Investigate him too, see who is the corrupt one!Datuk Seri Anwar Ibrahim has said he is prepared to open all the accounts he owns only if Tan Sri Muhyiddin Yassin does likewise.
“If there’s a case he should have charged me. This shows how desperate Muhyiddin is.
“I challenge him open up every single case. I will open up every single account and Muhyiddin must do likewise,” he told reporters here.
“I challenge Muhyiddin to be investigated, I am prepared to submit everything,” said the PKR de facto leader.
20 master accounts worth RM3bil

MENTERI LEMBU UMNO


Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitulah pribahasa yang sesuai menggambarkan nasib menimpa Umno BN berhubung tindakan mereka membekukan PTPTN kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis).

Pada mulanya Umno menjangkakan tindakan itu bakal memberi manfaat politik yang besar terhadap mereka sekaligus memberi tekanan baru kepada Pakatan Rakyat Khususnya di Selangor.

Mungkin pada perkiraan awalnya, Umno mencongak bahawa tindakan itu akan membangkitkan kemarahan rakyat kepada Pakatan Rakyat, yang sebelum ini berjanji akan memberi pendidikan percuma jika diberi peluang mengambil alih pemerintahaan negara.

Janji itu yang dicanang berulang-ulang oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan dibentang dalam debat antara Rafizi dan Khairy, terus mendapat sokongan besar khususnya daripada golongan mahasiswa dan anak muda.

MCA is a goner: Between grandfather stories and 'lucky' 15

MCA is a goner: Between grandfather stories and 'lucky' 15It has been a while since I last penned my thoughts in response to public issues, especially those involving MCA and its leaders.
To me, many issues involving MCA and its leaders have become so stale and idiotic that it is just a waste of time to respond. I stand to be corrected that I get the feeling that many also feel the same about MCA and Barisan Nasional (BN)-Umno and they have already decided who they want to give their ballots to in the next general election which must be held within 60 days after March 8, 2013.
Three wonderful choices - lucky Liow!
The MCA and its leaders have been harping and harping on stale issues. They also continue to belittle and insult the people’s intelligence with their idiotic statements and responses to public issues.
But, the MCA’s mouthpiece, The Star, on June 9 ran a typical story spun to help get its master, MCA deputy president Liow Tiong Lai, off the hook on the controversial bid for WWW 15.
“We will give Liow three choices, says JPJ” was the obnoxious news headline to the intelligent public.
Are we stupid or ignorant?

Berlagak pandai,..akhirnya senjata makan tuan!!

Pukulan maut kepada Umno oleh Umno !
 
Pukulan terhadap Umno datang bertimpa-timpa, satu demi satu !  Terbaru,. tindakan Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Khalid Nordin nak membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar baru Unisel dan Kuis mendapat tentangan banyak pihak termasuk dari kalangan Umno sendiri. Inilah yang dikatakan senjata makan tuan !

Menteri ini bukan saja telah menjatuhkan imejnya sendiri, tetapi juga imej Umno, sebuah parti tua yang semakin dibenci oleh sebahagian besar orang Melayu. Ada lagi beberapa contoh yang lain, dimana Pemimpin Umno membuat kenyataan-kenyataan yang tidak selari atau bertentangan antara satu sama lain. Semuanya ini menjadi pertanda bahawa Umno akan tersungkur pada PRU-ke13 nanti.

Belajar main politik cara bijak

Oleh Ahmad Baei Jaafar
Semasa belajar ilmu mantik di sekolah agama dulu, ustaz ada menyebut bahawa ilmu ini penting ketika berhujjah dan berbalas hujjah. Tetapi pada waktu itu aku tidak temui ilmu yang dimaksudkan itu. Mungkin contoh yang diberi ketika itu tidak relevan dengan apa yang berlaku pada waktu itu. Tetapi apabila tamat pengajian dan berkecimpung dalam masyarakat, ilmu itu mula tampak sedikit demi sedikit.

Rupa-rupanya ilmu ini amat berguna kepada orang politik. kepetahan mereka menjawab tuduhan dan mematah hujjah lawan adalah menggunakan ilmu mantik. Malah kadang-kadang upacan musuh akan diguna semula untuk membunuhnya secara KO.

Mega hitam politik bangsa?

Oleh Ismail Hashim Yahaya
Kesedaran dan fikiran masyarakat negara ini akhir-akhir ini dihantui oleh bayang-bayang kehancuran dan kebangkrupan.
Apakan tidaknya isu pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada para pelajar Universiti Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) memperlihatkan suatu wajah kehidupan sosial-pendidikan-politik yang kian mencemaskan berikutan merebaknya politik ugutan dengan keputusan hitam putih, sokong atau tidak sokong, ikut atau kena tindakan.