Khamis, 7 Jun 2012

Sekat PTPTN mempercepat kejatuhan BN

KUALA LUMPUR: Amat malang rakyat Malaysia mempunyai Menteri Pengajian Tinggi yang mengurus pusat ilmu tetapi  tidak faham konsep federalisme dan pendendam walaupun terpaksa mengorbankan masa depan pelajar yang tidak berdosa.
“Sepatutnya soal pendidikan tidak perlu dipolitikkan kerana mereka yang belajar di Universiti Selangor (Unisel) datang daripada berbagai latar belakang, majoritinya adalah orang Melayu,” kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.


Katanya, alasan dangkal menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) hendak memberi pendidikan percuma jika diberi mandat memerintah Kerajaan Pusat selepas PRU13, bukan sekarang ini.

Syria: Rula Amin and Kristen Saloomey live from Beirut and New York

Flight of Syrians into Jordan intensifying

Khalid Samad shows audio, pix of buy-over defection bid

Gambar, audio dakwaan beli MP Pakatan didedah

NONEAhli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan rakaman audio dan gambar didakwa cubaan membeli wakil rakyat PKR dengan harga RM2 juta oleh BN, melalui sebuah NGO.

Bagaimanapun, Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor enggan mendedahkan secara terperinci mengenai video perbualan yang melibatkan lima orang individu itu.

"Kita akan dedahkan keseluruhan video ini pada Selasa depan.

"Sama ada di Parlimen atau di pejabat saya. Kita tunggulah," katanya pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam petang ini.

Menurut Khalid, video penuh tersebut berdurasi selama tiga jam.

Tetapi hanya rakaman statik dan audio empat minit sahaja didedahkan hari ini.

Berdasarkan gambar yang ditayangkan kepada pemberita, kelihatan lima orang individu - dua wakil ahli parlimen, dua wakil NGO dan seorang pemandu.

"Video yang kita tunjukkan hari ini membuktikan bahawa usaha untuk membeli ahli parlimen memang berlaku.

Jahil, Bangang dan Jahatnya Blogger Umno

Semoga ke api neraka lah hendaknya blogger laknat ini
 
Sudah tentu blogger yang memalsukan gambar Nik Aziz ini berniat jahat !  nak memalukan TG Nik Aziz, parti PAS dan juga agama Islam itu sendiri. Orang PKR mahupun DAP tak mungkin membuat kerja ini.   Sah, ini kerja blogger Umno atau pro Umno. Mereka ini seolah-olah berbangga dengan kerja jahat mereka !  Mereka ingat Allah tak nampak apa yang mereka buat,  mereka ingat hidup ini takkan mati !  walhal mati itu pasti, alam kubur itu pasti, alam akhirat itu pasti, balasan jahat masuk neraka itu pasti,  balasan baik masuk syurga juga pasti!.

Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan






“Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat” - Tonggak Nan Sembilan

Tonggak 1: Rakyat Itu Tuan

1.0 Pentadbiran dan Kewangan Awam

APAKAH MELAYU MATI TAK MAKAN JIKA UMNO TUMBANG?



Kebimbangan tentang kemungkinan UMNO bakal tumbang dan kehilangan kuasa makin terserlah daripada beberapa kenyataan yang diluahkan oleh pimpinan tertinggi parti itu sejak kebelakangan ini. Perdana Menteri, Najib Razak beberapa kali menyatakan tentang kedudukan orang-orang Melayu yang bakal terancam jika UMNO tumbang dan Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa. Pelbagai bentuk kemungkinan yang berupa ancaman kepada kedudukan dan masa depan orang Melayu disuarakan oleh Najib seolah-olah di Malaysia ini UMNOlah pemberi rezeki dan penentu takdir bangsa Melayu.

Muhyiddin, Tun Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO yang lain juga mengeluarkan kenyataan dengan nada yang hampir serupa. Tun Mahathir secara terang-terang menyatakan negara tidak akan aman jika Pakatan Rakyat memperolehi kuasa sambil membandingkannya dengan keadaan di beberapa negara Arab seperti Mesir, Libya dan Tunisia yang terus bergolak meskipun baru bertukar kepimpinan kerajaannya.

Tindakan Khaled sekat PTPTN Unisel bukti Umno khianat dan tak pentingkan Melayu

SHAH ALAM, 7 Jun – Tindakan menteri pengajian tinggi menyekat pemberian bantuan pinjaman kewangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada mahasiswa Universiti Selangor (Unisel) adalah bukti kerajaan Umno tidak mengutamakan kepentingan masyarakat Melayu.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan, tindakan itu juga membuktikan Umno juga hanya memberikan keutamaan kepada parti semata-mata.
“Ini tindakan bukti Umno bukan perjuangkan Melayu. Tapi perjuangkan kepentingan Umno,” tegas Khalid.
Semalam, Datuk Seri Khalid Nordin mengesahkan kementerian telah membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar tahun pertama di Unisel bagi melihat sama ada institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu mampu untuk melaksanakan cadangan mereka menuntut pendidikan percuma.
Pemimpin PAS ini turut menegaskan, tindakan itu juga jelas membuktikan orang Melayu bukan di negeri BN akan dianiya dan dizalimi kerana tidak menyokong mereka.
“Ini adalah matlamat politik kepada Umno.”

PTPTN sekat, Selangor guna aset sendiri bantu pelajar Unisel



Isu PTPTN SHAH ALAM - Kerajaan Selangor mengumumkan tindakan jangka pendek untuk membantu pelajar-pelajar Universiti Selangor (Unisel) yang berhadapan dengan sekatan pinjaman oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar-pelajar baru Unisel yang teraniayai ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin yang membekukan PTPTN kepada pelajar di universiti tersebut.

Isu PTPTN: Semuga Allah Segera Turunkan Pengajarannya Kepada Dua Menteri Ini

Menteri sahkan PTPTN beku pinjaman siswa Unisel

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa baru Universiti Industri Selangor (Unisel) milik kerajaan Selangor.

Pembekuan itu bertujuan memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membuktikan mereka mampu memberikan pendidikan percuma di negeri itu, lapor Utusan Malaysia.

Mohamed Khaled dipetik sebagai berkata, pihaknya beranggapan Unisel bersedia memberikan pendidikan percuma kepada para pelajar, sekali gus menolak PTPTN.

‘Terima kasih’ kerana ‘tidak cerdik’ – Nik Aziz


KOTA BHARU, 7 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengucapkan ‘terima kasih’ kepada pihak tertentu kerana telah berjaya memalukan perjuangan sendiri akibat tindakan 'tidak cerdik’.
Ucapan terima kasih itu diberikan Tuan Guru kepada pihak  yang menyerahkan peralatan membina lebuh raya di hadapan Kompleks Kota Darulnaim semalam yang dinamakan atas NGO Tukar seperti kereta sorong, penyodok pasir dan lain-lain lagi.

Tuan Guru juga turut menyifatkan tindakan sedemikan sebagai memalukan orang Melayu yang dilakukan dengan tujuan untuk memalukan pihak yang lain (kerajaan negeri).

PTPTN Dibeku : Unisel Akan Cairkan Aset Untuk Bantu Pelajar

Tindakan Kementerian Pengajaian Tinggi membekukan pinjaman PTPTN kepada pelajar UNISEL memaksa kerajaan negeri bertindak mencairkan aset badan pendidikan tersebut bagi membantu pelajarnya yang di aniaya kerajaan pusat.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Selangor memandang berat kesusahan yang dihadapi pelajar-pelajar baharu Universiti Selangor (UNISEL) yang teraniayai ekoran tindakan Kerajaan Persekutuan dan Menteri PengajianTinggi yang membekukan PTPTN kepada pelajar di universiti tersebut.

Zunar di University Dataran Merdeka

Zunar "kita di bodohkan oleh Umno"

Puluhan lagi budak korban keganasan Syria


Puluhan lagi budak korban keganasan Syria
Seramai 108 penduduk kampung termasuk 40 kanak-kanak di Houla dibunuh
dengan kejam oleh kumpulan lelaki bersenjata, shabiha.
DAMSYIK - Golongan wanita dan kanak-kanak berterusan menjadi mangsa kezaliman di Syria.

Sekurang-kurangnya 86 terbunuh termasuk lebih 20 kanak-kanak dalam insiden pembunuhan secara beramai-ramai di dua kampung di wilayah Hama, kelmarin.

SAMM: Najib Perlu Saman The Phnom Penh Post....kalau anak jantan laa...!!!

 
SHAH ALAM, 7 JUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus segera membersihkan nama negara di atas pendedahan seorang wartawan yang berpengkalan di Kemboja yang mengatakan beliau telah dipertemukan dengan Altantuya Shaaribu oleh Razak Baginda di Paris.
Turut didedahkan ialah pembahagian skandal rasuah sebanyak USD160 juta antara Najib, Razak dan beberapa pemimpin Umno.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak Najib di atas kapasiti Perdana Menteri, menyaman akhbar The Phnom Penh Post serta penulis artikel di ruangan Regional Insider – Roger Mitton.

SMM: Khaled Nordin Perlu Letak Jawatan

PETALING JAYA, 7 JUN : Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin perlu meletak jawatan serta merta kerana didakwa borkomplot dengan pentadbiran PTPTN untuk menyekat pinjaman kepada mahasiswa UNISEL.
Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Haziq Abdul Aziz, berkata tindakan Khaled bersifat kebudak-budakkan serta tidak professional dalam menjalankan tugas sebagai seorang menteri.
“Hanya kerana mahu membalas dendam kepada Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khaled bertindak menindas dan mendiskriminasikan lebih 1000 mahasiswa yang baru mendaftar di UNISEL,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Pakatan sambut baik kempen politik di tv, radio

Khalid Samad Dedah Cubaan UMNO Sogok Wakil PR Lompat Parti

Beku PTPTN Unisel- BN Politikkan Pendidikan

Perjalanan terakhir pejuang marhaen




 
BELASUNGKAWA Minggu yang menyedihkan bagi negara, sebuah permata hilang sebelum sempat digilap sehingga terpancar sinarnya.

Dzulkifli Ismail yang mesra dengan panggilan Cikgu Zul, bekas anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Pahang menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tangku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.
NONECikgu Zul adalah anggota aktif Parti Rakyat Malaysia (PRM) - kemudian bersama PKR - selepas penggabungan antara PRM dan Parti Keadilan Nasional (PKN).
Tidak ramai yang tahu, Cikgu Zul juga adalah seorang seniman, menurut adiknya, Shamsiah Ismail, sebelum aktif berpolitik, arwah abangnya hanya memberi tumpuan dalam bidang seni untuk menghormati arwah ayahnya yang merupakan anggota aktif Umno.
"Dia pernah berada di pentas bersama Saloma dan P Ramlee untuk persembahan pentas. Zaman itu banyak pertunjukan pentas di padang-padang, dia selalu jadi pelakon utama.
"Kegiatan seni ini, memang dia meminati seni, bagi saya sebagai tudung melindungi penglibatan politik sayap kirinya, mungkin juga untuk tidak mengguris hati bapa yang begitu menyanjungi perjuangan Umno.

Mahathir tak pernah takut melainkan kalah pilihan raya

KUALA LUMPUR 7 Jun: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah takut untuk diheret ke mahkamah selagi Umno masih berkuasa dan perkara itu adalah mustahil disebabkan polis serta institusi kehakiman negara turut dikuasai parti itu, kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
“Memanglah dia (Mahathir) tidak takut kerana selagi Umno memerintah, amat mustahil untuk polis menyiasat apatah lagi mengheret dia ke mahkamah.
“…Dr Mahathir yang saya kenali mempunyai dua ketakutan iaitu yang pertama takut pada kebangkitan rakyat terutama bila rakyat turun ke jalan raya bagi membantah secara aman penyelewengan atau salah laku kerajaan, pasti polis akan diarahkan bertindak kasar,” jelasnya kepada Keadilan Daily.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang mengulas kenyataan Mahathir kononnya beliau tidak gentar untuk ke mahkamah sebagai reaksi kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk mendedahkan skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Nurul Izzah fail usul Scorpene di Parlimen


 
Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hari ini memohon Parlimen membincang isu dakwaan penjualan dokumen sulit kerajaan kepada sebuah syarikat pertahanan Perancis.

Dalam suratnya kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Nurul Izzah mencadangkannya menurut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) dengan tujuan merundingkan perkara yang melibatkan kepentingan umum.

Apa fatwa tinggal puasa rai Sukan Olimpik

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa terhadap atlet beragama Islam yang akan menyertai sukan Olimpik pada bulan Ramadan bermula 27 Julai ini.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpandangan walaupun Malaysia mempunyai peserta bukan Islam tetapi bagaimana dengan peserta Islam yang bertanding bagi acara yang tidak sesuai untuk berpuasa sama ada etika berpakaian yang tidak sesuai dengan Islam.

Setiausaha Agung, Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid juga berkata, adalah tidak sesuai untuk umat Islam menggadaikan kesucian Ramadan hanya kerana hendak mengejar medal Olimpik.

Hukum Masuk WANG Perlindungan INSURAN - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Pinjaman BANK RAKYAT (Al- Bainah) - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Sedut HINGUS Dalam SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Sertai Tournament F1, BMW,GT Series & Cup Prix - Ustaz Azhar Idrus

Dalam Radar Khas - Demokrasi di Malaysia : PM bukan Melayu? (Bahagian 2)

We can even investigate the IGP

Melaka: PAS fikirkan calon wanita diketengahkan

ANAK dakwa menteri 'salahguna kuasa' kecualikan Isa

ANAK rancang himpunan besar bantah penyenaraian FGVH

Video exposed: ‘BN agents buying Pakatan MPs’

PAS leader Khalid Samad says the clip shows how the 15 MPs were offered RM2 million each to jump ship.

SHAH ALAM: PAS leader Khalid Samad has revealed a video purportedly showing two Umno-Barisan Nasional agents involved in negotiations to “purchase” 15 Pakatan Rakyat MPs.
The three-hour video was recorded at a restaurant in the Klang Valley in 2010 but the Shah Alam MP only revealed four minutes of the clip to reporters.
The clip showed how the alleged agents offered RM2 million for each MP to jump ship.
Khalid said the names of the 15 Pakatan MPs would be revealed next Tuesday.
The video recording also showed the two agents, who were allegedly members of a NGO, negotiating with two representatives of a PKR MP.
“Zahrain’s name was mentioned because he quit the party,” said Khalid, referring to Bayan Baru MP Zahrain Mohd Hashim who resigned from PKR in 2010.
“We planted a video [in the restaurant] without the agents’ knowledge.

Manifesto di RTM: 'Saya lebih daripada setuju'


Nik Abdul Aziz Nik Mat KOTA BAHARU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik keputusan kerajaan membenarkan parti politik menyiarkan manifesto mereka di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menteri Besar Kelantan itu berkata langkah itu sejajar dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi apabila pemimpin dipilih melalui proses pengundian yang sah.

"Saya lebih daripada setuju (dengan cadangan tersebut)," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian projek usahasama antara Majlis Daerah Gua Musang dan Syarikat True Impression Sdn Bhd di sini, hari ini.

OMG! HOW UNPOPULAR IS ROSMAH & UMNO: Gardenia a victim of business rivals

OMG! HOW UNPOPULAR IS ROSMAH & UMNO: Gardenia a victim of business rivalsThere can be no doubt that Gardenia Bakeries (K.L.) Sdn Bhd “Gardenia - So Good You Can Even Eat It On Its Own” has arrived at its pre-eminent pole position in the bread supply industry in Malaysia, through sheer hard work and fair competition, a hallmark and cornerstone of free markets and democracy.
Up to the end of 2011, Gardenia could well have had perhaps 90% market share of the local bread supply business. This did not happen overnight. They had to change the old fashioned and pretty much localised bread and related products manufacturing and vendor distribution systems, to go national.
Growing consumer awareness called for better bread formulation, choice and manufacturing, storage, distribution and storage hygiene standards. It's no accident Gardenia bread does not go mouldy easily or quickly. New and modern factories had to be built brick by brick from scratch. New industry standards and systems had to be set up and staff recruited and trained for ISO and Halal certification. True entrepreneurship and free market competition, like genius, is all about 90% perspiration and 10% inspiration!

Khalid Samad dedah video cubaan beli MP PR


Khalid Abdul Samad SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad hari ini mendedahkan wujud cubaan membeli pemimpin Pakatan Rakyat (PR) untuk melompat parti, menerusi satu rakaman video kamera litar tertutup.

Menurutnya, cubaan membeli ahli Parlimen PKR itu dilakukan di sebuah restoran sekitar Lembah Klang, lebih setahun lalu.

Beliau berkata, dalam pertemuan tersebut, melibatkan dua wakil ahli Parlimen PKR dan dua ejen sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili BN.

"Jumlah yang ditawarkan adalah RM2 juta iaitu jumlah yang normal untuk membeli Ahli Parlimen PR, sebelum ini.

"Namun, wakil Ahli Parlimen PKR ini, cuba untuk mendapatkan jumlah tertinggi sebagai bukti wujud usaha membeli dari BN," katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

MCA & MIC against PTPTN freeze

Two Barisan Nasional component parties disagreed with the decision to freeze PTPTN (National Higher Education Fund Corporation) loans of new students enrolled at Selangor-owned Universiti Selangor (Unisel).MCA Selangor chairman Donald Lim said that politics should not have come into the equation at the expense of students’ education and future.“Whatever decision we make as the government should not take politics into consideration, but the students… we should prioritise children’s education and future,” he told FMT.
Asked if he was admitting that the government had made a mistake, the senator and deputy finance minister refused to say “who is right or wrong” in the matter.

Mengapa ramai pemimpin UMNO takut debat?

Oleh Hafiz Zainuddin

“Plz convey my four letter words to the moderator…” Tweet ini ditujukan kepada Dr Maszlee Malik selepas beliau mencadangkan Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat. Seruan debat itu dibuat dalam satu debat di antara Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Pengarah Straetgik PKR Rafizi Ramli pada akhir bulan lalu.
Soal sama ada Najib berani berdebat dengan Anwar, itu perkara kedua. Yang penting, seluruh Malaysia telah menyaksikan cabaran oleh seorang ahli akademik – bukan musuh atau lawan politik Najib mahu pun Anwar – yang ingin melihat budaya politik sihat berkembang di negara ini.

PTPTN-Unisel: Satu lagi tragedi kependidikan

KUALA LUMPUR: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) memandang isu pembekuan pinjaman kepada mahasiswa Universiti Selangor (Unisel) sebagai satu lagi tragedi kependidikan dan hak kebajikan pelajar.
“Sikap pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menggantung pinjaman pendidikan kepada pelajar baru Unisel ini dilihat suatu penafian hak kepada pelajar Unisel dan lebih dilihat sebagai satu keputusan politik murahan,” kata Setiausaha Agungnya, Mohd Shazni Abdullah.

RTM: Bukan masa kempen pilihan raya sahaja


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia mengalu-alukan kesediaan kerajaan membenarkan parti-parti politik membentangkan manifesto masing-masing menerusi RTM.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata perkara itu perlu dilakukan berterusan bukan hanya ketika musim pilihan raya semata-mata.

"Kita alu-alukan penambahbaikan tersebut kerana ia memang tuntutan kita.  Cuma, saya harap ia berterusan dan bukan hanya ketika musim pilihan raya," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dokumen sulit: TPM sekali lagi tak mahu ulas...he.he..diam-diam eh..!!! nanti peluang terlepas..!!!

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi tidak mahu memberi komen tentang soalan berkaitan siasatan pihak Perancis terhadap pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia.

Ditanya apa yang akan dilakukan oleh kerajaan berhubung dakwaan bahawa pihak pendakwa Perancis mendapati dokumen sulit Tentera Laut Malaysia telah dijual, beliau terus menjawab: "Tidak ada komen".

Beliau mengulangi jawapan yang sama apabila ditanya sama ada kerajaan akan terus membisu walaupun perkara itu mungkin mengaitkan Perdana Menteri yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Jual rahsia negara: AMK hasrat serah memorandum kepada Agong

KUALA LUMPUR 7 Jun: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan
Agong berhubung skandal pembelian Scorpene dan penjualan dokumen rahsia pertahanan negara kepada syarikat pembuat kapal Perancis, DCNS.
Azmizam (dua dari kanan) bersama anggota AMK Selangor selepas membuat laporan polis semalam
Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, tindakan itu bakal disegerakan jika polis masih enggan menyiasat
pemilik syarikat Terasasi Limited, Abdul Razak Baginda dan Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Pertahanan ketika itu.

Skandal Scorpene: Wartawan antarabangsa dedah pertemuan Najib-Razak Baginda di Itali

Sesuatu keputusan yang dibuat di Paris bulan lepas bermakna bahawa salah satu episod yang paling sensasi di rantau ini akan timbul kembali dengan sepenuh hati.
Ia bermula belasan tahun yang lalu apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak memegang portfolio pertahanan dan mengarahkan dua kapal selam Scorpene dari pembuat kapal Perancis, DCNS, kira-kira AS $ 400 juta setiap satu.
Perjanjian itu telah ditaja oleh Razak Baginda, yang berkerja sebagai pengarah Institut Penyelidikan Strategik Malaysia, yang dibiayai oleh Najib dan direka untuk melanjutkan kerjaya politiknya.
Demi kepentingan pendedahan sepenuhnya, biarlah saya mendedahkan bahawa saya bertemu Razak kerap semasa posting saya di Kuala Lumpur (KL) pada tahun 1990-an dan terus melihat dia setiap kali saya melawat Malaysia.
Apabila dia menjadi pointman untuk pembelian Scorpene, bagaimanapun, saya telah meninggalkan KL dan tidak bertemu dengannya sekali lagi sehingga kita bertemu di Venice, Itali, pada persidangan 2002 Asean-Eropah.

Pembelian Scorpene Malaysia: Ahli Parlimen Malta akui perunding kewangan Perancis disiasat

Skandal kapal selam Scorpene Malaysia nampaknya telah melebar ke kepulauan Mediterranean Malta, di mana seorang anggota parlimen pembangkangnya mendakwa bahawa perunding kewangan yang berpangkalan di Malta milik Perancis, sedang disiasat kerana peranannya dalam pembelian kontroversi dua kapal selam itu pada  berharga AS$1 (RM3.1 bilion) oleh kerajaan Malaysia.
Menurut portal berita – Malta Today – MP Evarist Bartolo memberitahu Parlimen Malta bahawa perunding kewangan milik Perancis, Gifen, sedang disiasat oleh pegawai Perancis berhubung dakwaan sebahagian daripada 114 juta euro (RM457 juta) komisen yang dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak Baginda, rakan rapat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, telah ‘dibersihkan’ melalui Malta.
Komisen Perimekar telah dikritik sebagai satu dalih untuk sogokan kepada tokoh politik.
Laporan lain dari Malta mendakwa bahawa Gifen telah ditubuhkan oleh Jean-Marie Bouvin, yang juga banyak terlibat dalam penjualan kapal selam dari syarikat pertahanan milik Perancis, DCN, kepada Pakistan dan kapal frigat kepada Taiwan.

Gentleman dari kacamata seorang menteri tua

Kenapa Rais kata Anwar tidak gentleman? Setelah dikaji dan diteliti rupanya ini alasan Rais,…
1.    Anwar tidak gentleman kerana -  tidak melawan semasa dipukul oleh Rahim Noor KPN, sewaktu di penjara dulu,.. sedangkan Anwar diikat dan ditutup mata,.. namun Rais mengaku beliau telah melepaskan ikatan tangan Anwar pada ketika itu. Kah!, kah! kah!
2.    Anwar tidak gentleman kerana - beliau dan penyokong-penyokongnya tak berani buat senaman punggung di depan rumah Najib sebagaimana orang Umno telah buat depan rumah Ambiga.
3.    Anwar tidak gentleman kerana - tidak berani bercakap di depan media arus perdana untuk memberitahu rakyat apa yang Pakatan Rakyat dah buat dan apa lagi yang Pakatan akan buat untuk rakyat Malaysia,  sedangkan sesaat pun Rais tak pernah beri kesempatan kepada Anwar atau mana pemimpin pembangkang untuk bercakap dalam media arus perdana,  tapi Rais kata dia pernah beri peluang,  Anwar yang tak mahu!. Kah! Kah, kah!

PTPTN beku pinjaman sementara waktu


Logo PTPTN SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengesahkan pihaknya telah memutuskan untuk membekukan sementara waktu pemberian pinjaman kepada pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel).

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, keputusan itu dibuat setelah terdapat suara dan desakan supaya pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara dan PTPTN dimansuhkan.

“PTPTN sentiasa mengikuti perkembangan ini dan memandangkan berat cadangan dan desakan tersebut, terutamanya ia datang daripada parti pembangkang yang kebetulan adalah kerajaan di negeri Selangor.

SMM gesa Khaled tidak jadikan PTPTN isu balas dendam


Logo PTPTN
KUALA LUMPUR - Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menggesa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan kemudahan pinjaman demi kepentingan pelajar-pelajar Universiti Selangor (Unisel).
Sebubungan itu, Setiausahanya Haziq Abdul Razak berkata, PTPTN tidak seharusnya menjadikan pemberian kemudahan pinjaman sebagai isu politik dan balas dendam.

"Jangan jadikan kami, pelajar sebagai mangsa keadaan dan lakukan diskriminasi terhadap kami," katanya.
Haziq yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) berkata, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin tidak seharusnya menjadikan isu PTPTN ini sebagai isu politik dan balas dendam.

"Khaled bersikap tidak matang dalam melaksanakan tugas yang digalasnya sebagai seorang pemimpin.

MORE CASH HANDOUTS: Umno looks for ways to win votes

MORE CASH HANDOUTS: Umno looks for ways to win votes KUALA LUMPUR, — The Najib administration is mulling giving more direct cash transfers under the Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) programme as more Malaysians are starting to feel the pinch from a bleak global economic outlook.
Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin was reported by Bernama to have mooted the idea at a Cabinet meeting yesterday.
The federal government had handed out RM500 in cash aid under BR1M last year in a bid to help reduce the rising cost of living, in what was seen as a populist Budget to win support the ruling Barisan Nasional (BN) coalition in key polls that must be held by April next year.
The move was estimated to have cost RM2.6 billion, reaching an estimated 5.2 million households earning below RM3,000 a month, which Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has said was funded by an unprecedented RM26 billion jump in last year’s national revenue resulting in extra cash for public coffers.
Najib had also said the government may carry out BR1M again, depending on the availability of funds.
“If the opposition can do Bersih 1, 2 and 3, we can do BR1M 1, 2 and 3, which will be of greater benefit to the people if we can afford it,” Bernama reported him saying on April 28 this year.

Syarat, peraturan bentang manifesto di RTM diumum selepas Parlimen bubar...he..he...syaratnya tak de gambo dan suara eh..!!!!


Rais Yatim KUALA LUMPUR - Butiran terperinci mengenai peraturan dan syarat yang perlu dipatuhi setiap parti politik yang ingin membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), akan dikeluarkan selepas pembubaran Parlimen.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata syarat dan peraturan itu perlu diikuti agar setiap parti politik mempunyai pengertian mengenai amalan berlandaskan nilai-nilai murni yang boleh diterima pakai dalam dunia penyiaran tv dan radio.
"Semua pihak yang ingin mengemukakan manifesto parti masing-masing terikat dengan beberapa prinsip peraturan dan juga apa yang disebut sebagai ikatan sosial yang ada dalam pegangan pihak berkuasa seperti RTM dan juga stesen tv dan radio yang lain.

Ini Bukan Alat Untuk Bina Lebuhraya.. Untuk Gali Lubang Kubur Umno Boleh La..


"Ini zaman moden, zaman kemajuan, zaman teknologi... Untuk bina Lebuhraya, kita perlukan peralatan & teknologi Moden... Ini akan mempercepat & melancarkan pembinaan Lebuhraya... Semalam UMNO sumbangkan Cop & Cangkul untuk Pembinaan Lebuhraya... Zaman ini kita x bina Lebuhraya dengan Cop & Cangkul... Cop & Cangkul kita guna untuk Gali Kubur..."

Mungkin UMNO minta kita Gali Lubang Kubur UMNO dengan Cop & Cangkul tu...

UMNO AKAN KALAH DALAM PRU KE-13

Menelanjang polemik dan sikap ahli UMNO yang bakal menyebabkan UMNO kalah melalui Barisan Nasional dalam pilihanraya sejak 1994 hingga 2013 ialah: 

1. 85% Ketua-ketua Bahagian yang terlalu lama menjadi Boneka dan Patung Mainan oleh pasukan duit, duit dan duit. 

2. Apabila ada ahli UMNO yang cerdik, bijak, vokal, extrovert, ahli ini dicap sebagai Penentang. Sebenarnya Jawatankuasa Bahagian ramai yang bacul. Sembang aja kuat, bila nak buat tak de telo. Ramai yang pandir dalam Jawatankuasa Bahagian UMNO. 

3. Apabila calon pilihanraya bukan kalangan Jawatankuasa Bahagian, walaupun dia Ahli UMNO totok, orang yang kerja kuat, calon ini akan dihukum "boikot". Inilah perangai hasad yang amat dikesali oleh Dr. Mahathir. Sebab itulah Dr. Mahathir kata dia gagal selesaikan urusan PEMUTIHAN UMNO. 

4. Wakil rakyat UMNO baik ADUN mahu pun ADR, 95% tidak berkhidmat untuk rakyat dan tanahair. Mereka lebih mementingkan perut, tembolok dan hasil mahsul sebelum "dikafan" pada pilihanraya akan datang atau dikafan semulajadi (boleh la duit untuk waris-waris) 

Utusan Paparkan Bagaimana Bodohnya Umno Di Mata Rakyat

'SEGERAKAN PEMBINAAN LEBUHRAYA RAKYAT...' Gesaan paling bangang dari puak2 bodoh ni.. Meroyan disaat-saat nyawa nak habis..



Tok Guru Nik Aziz kata....

Saya ditunjukkan dengan muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang memuatkan demonstrasi NGO pro UMNO di hadapan Kota Darulnaim semalam yang membawa kereta tolak dan alat-alat pembinaan, kononnya sebagai 'sumbangan' untuk pembinaan lebuhraya.

Ikatan dilancarkan secara rasmi, Umno lama jadi pegangan

Abdul Kadir ketika pelancaran Ikatan: “Kami utamakan bangsa Malaysia, bukan untuk mendapatkan kuasa.” — Foto Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 7 Jun — Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) hari ini dilancarkan oleh Protem Presidennya, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, dengan membawa matlamat menyambung kesinambungan semangat  perjuangan Umno lama di zaman Bapa Kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman. Abdul Kadir menegaskan, beliau berpegang kepada semangat perjuangan Umno zaman menuntut kemerdekaan dahulu kerana pemimpin di zaman itu begitu mementingkan perpaduan antara kaum dan agama, yang dilihatnya semakin pudar di bawah kepimpinan kerajaan.
“Ikatan hanya menyambung usaha pemimpin Umno terdahulu yang amat mementingkan perpaduan. Isu perpaduan dan agama sekarang ini dilihat menjadi isu yang dimainkan dengan meluas.

Skandal Scorpene: Wartawan Bongkar Pertemuan Najib Altantuya-Razak Baginda!

Sesuatu keputusan yang dibuat di Paris bulan lepas bermakna bahawa salah satu episod yang paling sensasi di rantau ini akan timbul kembali dengan sepenuh hati.

Ia bermula belasan tahun yang lalu apabila Perdana Menteri Malaysia, Najib Altantuya memegang portfolio pertahanan dan mengarahkan dua kapal selam Scorpene dari pembuat kapal Perancis, DCNS, kira-kira AS $ 400 juta setiap satu.

Perjanjian itu telah ditaja oleh Razak Baginda, yang berkerja sebagai pengarah Institut Penyelidikan Strategik Malaysia, yang dibiayai oleh Najib Altantuya dan direka untuk melanjutkan kerjaya politiknya.

Muhyiddin: 'Adil' untuk PTPTN uji dasar PKR



 
Timbalan perdana menteri menyifatkan tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membekukan pinjaman kepada mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) sebagai "adil" kerana ia hanya reaksi kepada dasar PKR.

"Dia tangguh, bukan batal, nak periksa dulu. Fair lah. Kalau MB kata tak payah ambik, tak payah bagi lah," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berhubung tindakan PTPTN secara 'senyap-senyap' itu.

Kekangan kelucuan dan bersuara

Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengambil keputusan untuk
mengharamkan karikatur politik dalam kempen politik menjelang tiba pilihan raya umum ke13.  Ini, kata SPR lagi, adalah untuk mengelakkan fitnah yang boleh ditaburi oleh pihak tertentu melalui lakaran watak dalam karikatur.
 
Zunar, pelukis kartun tempatan yang terkemuka, berasa lucu terhadap tindakan SPR kerana beliau merasakan ada perkara-perkara lain yang lebih penting dan perlu ditangani oleh SPR secepat mungkin, seperti membersihkan senarai pengundi yang tidak bersih, rasuah politik dan ketidakadilan media.
 
Lagipun, fitnah selalu ditaburi oleh media tertentu tanpa menggunakan apa-apa karikatur pun - dan tiada tindakan diambil terhadap media berkenaan.
 
Sesungguhnya, pengharaman karikatur politik ini adalah satu perkara yang "lucu" Yang dialami Zunar pada kali kedua.  Yang pertama ialah bila buku kartun Zunar diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri tidak berapa lama dulu.
 

Malam 1 Jun itu, di Stadium Darul Aman

Ahmad Lutfi Othman,
Sebenarnya saya hampir terlepas daripada mengikuti secara dekat peristiwa bersejarah Himpunan Hijau ke Putrajaya, malam 1 Jun lalu, yang mengumpulkan lebih 100,000 penyokong PAS di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Mulanya, sahabat saya, wartawan kanan Wan Nordin Wan Yaacob yang dijangka menemani sepanjang perjalanan ke utara, terpaksa membatalkan hasratnya disebabkan demam.

Meskipun dapat menghadiri program Amanat Khas Presiden, yang mencatat kehadiran lebih 3,000 aktivis parti dari seluruh pelosok negara, pada hari sama, pagi Jumaat, di Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut, sekali lagi saya hampir terlepas majlis kemuncak malamnya disebabkan kereta ketua pemberita Harakah Kedah, Azamin Amin, terperangkap dalam kesesakan teruk di sekitar stadium. Sepatutnya beliau menjemput saya di hotel, yang jaraknya tidak pun sampai 5 kilometer.

Pengundi Sabah kini hampir 1 juta....!!!

KOTA KINABALU, 7 Jun — Pengundi berdaftar di Sabah kini berjumlah 926,638 orang, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar hari ini.
Bagaimanapun, seramai 258,943 rakyat Sabah berumur 21 tahun ke atas belum mendaftarkan diri sebagai pengundi.
“SPR menganggap jumlah ini besar, walaupun tidak sebesar di negeri-negeri lain. Tetapi kita mintalah rakyat yang layak mengundi supaya mendaftar,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan SPR dengan wakil parti-parti politik di Sabah mengenai Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya di sini.
Wan Ahmad juga berkata semakan daftar pemilih di Sabah kini boleh dilakukan selama sebulan sejak 1 Jun lepas melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip nombor kad pengenalan dan menghantar ke 15888 atau dengan menghubungi talian SPR Negeri iaitu 088-488588.

NUJ sambut baik siaran adil untuk semua


KUALA LUMPUR: Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) menyambut baik cadangan kerajaan mahu memberikan ruang siaran secara adil untuk semua parti yang bertanding semasa pilihan raya umum nanti.

Sehubungan dengan itu, Setiausaha Agungnya, V Ambalagan (gambar) mencadangkan agar watu utama (prime time) diberikan untuk membolehkan setiap parti memaklumkan manifesto masing-masing di media kerajaan.

Status PUSAKA Jika KAHWIN Belum JIMAK - Ustaz Azhar Idrus

Cara KHUSYUK Dalam SOLAT - Ustaz Azhar Idrus

Cambodian maids entering Malaysia despite ban

Today in History for June 7th

Lawatan Kerja KM ke Pantai Bersih

Mesra rakyat bersama KM di Dewan Bunga Raya

FGVH: Wacana ilmiah 9 Jun ini

Peneroka tak faham prospektus FGVH

Haram jadah: Anak mungkin saman malu Najib

KUALA LUMPUR, 7 Jun: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan menghantar notis menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat permohonan terbuka berhubung ucapannya yang menyebut 'haram jadah' kepada peneroka, 8 Mei lalu.


Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata notis itu akan dihantar ke kediaman rasmi Najib di Putrajaya pada 15 Jun, selepas solat Jumaat.

"Peguam Anak telah meneliti beberapa kali ucapan Najib dan ternyata ia mengandungi kenyataan berniat jahat, jijik dan dan tidak sepatutnya.

"Kita akan serah notis dan kalau notis ini juga tidak dilayan, kita akan teruskan hasrat saman malu terhadap Najib," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

'Aku janji PRU13 tidak diperlukan'


Menjelang PRU 13 SHAH ALAM – Cadangan supaya pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menandatangani 'aku janji' bagi mengelakkan kejadian huru-hara sebelum dan selepas hari pengundian tidak diperlukan.

Veteran Umno, Datuk Amzah Umar berkata, cadangan itu tidak penting dan menganggap tindakan undang-undang sedia ada sudah dapat mengawal keadaan.

“Siapa yang bersalah pada pilihan raya, mereka perlu dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang yang ada.

Siapakah akan memantau pembaharuan pilihanraya?

Siapakah akan memantau pembaharuan pilihanraya?Ada beberapa pihak yang mengemukakan cadangan mereka agar Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi Pembaharuan Pilihanraya dinaiktarf menjadi satu PSC yang tetap bagi memerhati dan mengawalselia pembaharuan sistem pilihanraya di negara ini dalam semua aspek dan jadual perlaksanaan, dan pada masa yang sama PSC itu juga boleh bertindak sebagai satu badan pemantau dan penasihat kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Di pihak SPR pula, menurutnya mereka telahpun mengumumkan dengan begitu cepat sekali bahawa mereka telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 (PRU13) yang akan datang pada bila-bila masa. Persoalannya adalah bagaimana dengan 32 cadangan pembaharuan yang telah dikemukakan oleh PSC bagi Pembaharuan Pilihanraya sebelum ini?
Apakah perkembangan terbaru mengenai hasil perlaksanaan 32 cadangan yang diketengahkan oleh PSC itu? Adakah SPR betul-betul telah menjalankan tanggungjawabnya dengan perlaksanaan 32 cadangan tersebut? Siapakah yang akan memantau perlaksanaan pembaharuan tersebut? Inilah persoalan yang masih tidak dapat dijawap oleh SPR sehingga ke hari ini. Sama ada pihak pengurusan SPR itu degil atau hanya tunduk kepada arahan para pemimpin Umno dan BN, itu kita tidak dapat pasti.