Rabu, 6 Jun 2012

KAWAN Tak BAYAR Hutang - Ustaz Azhar Idrus

Adakah HUDUD Tak Sesuai Pada MASA KINI ? - Ustaz Azhar Idrus

Elizabeth: Selangorku grants available for environmental projects

Lim Guan Eng Freedom Of Press Cuts Both Way

Kenapa 17 Tahun Baru Muncul Isu Rasuah Terhadap Saya? - Azmin Ali

Azmin Ali Desak PM Jawab Isu Penjualan Rahsia Pertahanan Negara

PKR Mahu PM dan Isa Samad Jawab Status Tanah Rizab Melayu 6/6/2012

'Khaled must quit if he ordered Unisel loan freeze'

PG1 FREE but WWW15 RM24200

Jual rahsia negara: PKR cabar Najib jelaskan

KDN’s Bersih video release postponed, reasons unknown

Home Ministry's release of Bersih 3.0 rally footage today is postponed but reasons for the change of plans remain unknown.
PETALING JAYA: The Home Ministry, originally scheduled to release today a video compilation of ‘the original footage’ of the Bersih 3.0 rally chaos, has postponed its plans.
Ministry sources said that instruction was given by the minister, Hishammuddin Hussein, earlier this morning to hold back the posting of the video on the ministry’s website.
However, no apparent reason has been given for the sudden decision.
“The minister gave an instruction this morning to postpone it, we don’t know the reasons as yet,” a source in the ministry told FMT.
It is understood that a press release on the matter would be issued later.

Najib, Isa Samad Berbohong Isu Pajak Tanah Felda

PETALING JAYA, 6 JUN : PKR mendakwa Kerajaan Pusat telah berbohong kepada peneroka FELDA apabila menyatakan tanah-tanah yang melibatkan mereka tidak dipajakkan dalam proses penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata prospektus penyenaraian FGV dengan jelas menunjukkan bahawa pegangan peneroka dan kakitangan Felda di dalam syarikat tersebut hanyalah 5.5 peratus sedangkan sejumlah besar saham diperuntukkan kepada syarikat asing dan individu bukan Bumiputera.
“Sehingga kini, PKR tidak mendapat apa-apa jawapan daripada (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak ataupun (Pengerusi FELDA) Tan Sri Isa Samad.

Azmin: ‘Kenapa sekarang baru nak siasat?’

 
PETALING JAYA, 6 Jun — Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini mempertikaikan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka semula kertas siasatan pertuduhan rasuah terhadapnya dan turut mempersoalkan badan pencegahan rasuah itu kerana baru sekarang menyiasat semula kes tersebut.
Malah, ahli Parlimen Gombak itu juga menegaskan, tindakan itu dilihat hanyalah sebagai “pertuduhan politik” terhadapnya memandangkan pilihan raya umum bakal dijalankan tidak lama lagi.
“Kenapa sekarang baru nak siasat, sudah 17 tahun, kenapa tidak dari dulu?” katanya.

Rafizi: Menteri 'sangat gembira' siswa tak dapat pinjaman


Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin perlu meletak jawatan sekiranya terbukti benar bahawa menteri tersebut mengarahkan supaya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional menghentikan pinjaman kepada siswa Universiti Selangor.

Katanya, beliau mengesyaki demikian kerana Khaled menurutnnya "sangat gembira apabila pelajar kita tidak dapat wang (pinjaman PTPTN)."

"Di sini kita ada seorang menteri, bila ada keputusan diambil untuk hentikan pinjaman senyap-senyap kepada seribu pelajar, (bukannya) menunjukkan keprihatinan kepada kebajikan pelajar (tetapi) meraikan dan bermegah-megah mengenai.

Jual rahsia negara: PKR cabar Najib jelaskan


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya tidak mengambil mudah skandal penjualan rahsia pertahanan negara.



(Azmin dalam sidang medianya di ibu pejabat PKR hari ini)

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menegaskan Najib harus tampil memberikan jawapan bagaimanakah rahsia tersebut boleh dijual oleh penasihat utama beliau sendiri iaitu Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Malim Baginda.

Menteri Pendidikan Tinggi: Khairy ganti Khalid Nordin


KUALA LUMPUR: Walaupun menjadi seterusnya dalam debat, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mencadangkan agar Khairy Jamaludin, Ketua Pemuda Umno dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi yang baru.

Ini kerana, cadangan Khairy sepanjang debat PTPTN baru-baru ini jauh lebih berwibawa berbanding dengan tindakan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin.

Pandangan Rafizi ini diberikan beliau ekoran kenyataan Khalid yang menyokong tindakan PTPTN menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar baru Unisel.

Selepas 2 tarik diri, Hisham patut bubar Panel Hanif


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein tidak wajar melancarkan perang video tetapi sewajarnya membubarkan Panel Hanif selepas dua anggotanya meletakkan jawatan.

Langkah ini perlu dibuat Hishamudin selepas perletakan jawatan bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim dan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah yang telah menarik diri daripada keahlian panel itu.

BAD INTENTIONS? Why is Hisham starting a Bersih 3.0 "videos war"

BAD INTENTIONS? Why is Hisham starting a Bersih 3.0 "videos war" The Home Minister, Datuk Seri Hishammuddin Hussein has announced that a compilation of videos on the Bersih 3.0 rally would be uploaded on the Home Ministry website today for public viewing to enable people to see the events that occurred during the rally.
He said: “With the video recording, the people can make their own judgement based on facts and not other consideration.”
This is a  most deplorable development post-Bersih 3.0, as it is continuation of  the vilification and  demonization campaign launched by the Barisan Nasional government against Bersih 3.0 and Pakatan Rakyat  after April 28, like the 30-minute documentary “Bersih 3.0 itu Kotor” telecast on TV1 on Sunday, 13th May  which only antagonised and turned off the hundreds of thousands of Malaysians who had gathered peacefully in Kuala Lumpur in support of the Bersih 3.0 call for a clean election.

Dr M kebingungan: PM ‘de-facto’ berkuasa semula sementara Najib terus tenggelam

Dr M kebingungan: PM ‘de-facto’ berkuasa semula sementara Najib terus tenggelamBekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah mendapat pujian ramai, terutamanya ahli-ahli UMNO pembodek yang lain. Dirinya telah dipuji kerana melakukan banyak penswastaan di Malaysia, Wawasan 2020nya, dasar ketat politik dan ekonomi, namun tidak satupun diantara ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju.
Sebaliknya, akibat dasar kuku besi Mahathir, Malaysia telah dipandang rendah dan dilihat sebagai sama tahap seperti rejim penyangak lain seperti Zimbabwe dan Myanmar. Vietnam sudah semakin maju, manakala Indonesia telah meninggalkan kita jauh di belakang.
Tidak hairanlah Mahathir yang berusia 86 tahun cuba untuk menyelamatkan legasinya, walaupun biografinya yang laris A Doctor in the House tidak akan menjadikannya popular lagi. Di mata rakyat senegaranya, apa yang telah dilakukan oleh Mahathir, dirancang, dilaksanakan dan dibayangkan, semuanya telah gagal teruk.

Tolak politik perkauman, ikut jalan yang benar

Tolak politik perkauman, ikut jalan yang benarPolitik perkauman tidak akan membawa manfaat kepada rakyat negara kita. Jika kita teruskan dengan politik perkauman, ini akan membawa malapetaka kepada seluruh rakyat yang mahukan keamanan dan kesejahteraan. Barisan Nasional telah mengamalkan dasar pecah dan perintah sejak negara kita merdeka. Tidak ada program integrasi yang benar-benar mecapai tahap kejayaan yang boleh dibanggakan. Malah, nyata sekali Barisan Nasional tidak berminat untuk mencapai integrasi nasional. Barisan Nasional lebih berhala kepada dasar pecah dan perintah yang diajar oleh pihak penjajah British.
Barisan Nasional bimbang bahawa menyatupadukan rakyat Malaysia akan merugikan mereka. Mereka mahu berpolitik dengan semangat ‘asabiyah’ yang cukup tebal.

Mengenal bangsa Melayu di Kepulauan Riau-Lingga

Perjanjian London memecahkan empayar Johor-Riau-Lingga hingga mengubah alam Melayu buat selamanya.
Bahagian Pertama
Oleh Fadzli Ramli
Ini adalah bahagian pertama daripada dua siri rencana catatan perjalanan penulis mengikuti Ekspedisi Jejak Jawi III, ekspedisi bagi mengkaji sejarah dan warisan Melayu di Kepulauan Riau-Lingga, Indonesia).
RIAU (Indonesia): Tanggal 17 Mac 1824, Inggeris dan Belanda menandatangani Perjanjian London yang memecahkan empayar Johor-Riau-Lingga hingga mengubah alam Melayu buat selamanya.
Perjanjian itu meletakkan Semenanjung Malaysia dan Singapura di bawah empayar Inggeris manakala Kepulauan Riau-Lingga di bawah Belanda, sekaligus memecahkan bangsa Melayu yang tinggal ‘sebumbung’ dalam empayar kesultanan itu.
Mengikuti Ekspedisi Jejak Warisan Jawi III (JWJ III) di Kepulauan Riau-Lingga di sini baru-baru ini, penulis merasakan bagai pulang ke kampung halaman.

Sultan Kelantan perkenan tuntutan royalti

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum.Baginda berkenan melawat booth Royalti sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV, semalam.Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menurunkan tandatangan sokongan, lapor laman web Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan http://royaltikelantan.com

Setiausaha Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) Muhammad Hishamuddin Ghazali berkata sokongan Sultan Kelantan merupakan satu anjakan terbesar terhadap kempen tuntutan rakyat yang berterusan.

PAS & UMNO pernah bermuzakarah

Subky Latif
Muzarakah adalah perkara baik. Ada masanya ia wajib. Tetapi adakalanya ia harus. Harus bereri boleh diadakan dan boleh juga tidak diadakan.Ia bergantung dengan siapa kita bermuzakarah dan apa yang hendak dimuzakarahkan?Pertemujan Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman Putra dengan Chin Peng, Setiausaha Parti Komunis Malaya di Baling tahun 1955 dulu itu adalah satu contoh muzakarah. Muzakarah seperti wajib bagi Tunku. Tiada hasil yang mereka perolehi. Maka tiada wajib lagi Tunku untuk mengadakan muzakarah dengannya.
Tunku dan Tun Razak selalu bertemu dengan Dr Burhanuddin al-Hilmy semasa masing-masing menjadi pemimpin parti sendiri. Tetapi ia tidak dinamakan muzakarah PAS dan Umno.

EC ban won’t stop me, says Zunar

Controversial cartoonist Zunar is miffed that the Election Commission has deemed political cartoons illegal during the next general election.
KUALA LUMPUR: The drawing of political cartoons, though banned during the next general election (GE), will not stop one satirist from sketching his caricatures.
Zulkiflee Anwar Haque, popularly known as Zunar, said that nothing was going to stop him or fellow cartoonists from lampooning politicians, despite the Election Commission’s (EC) warnings against this.
“Cartoons are legal in Malaysia. Nobody said that cartoons are illegal…Who is the EC to decide whether [political cartoons] are serious or not serious, satire or not?” he told FMT in an interview.
Known for his unflattering portrayals of the ruling Barisan Nasional government, Zunar found it funny that the EC was striking-off political cartoons from its drawing board, when BN itself used them to fight past elections.

‘Our soldiers at risk due to secret documents sale’

Malaysia's navy is in danger as government secrets have been allegedly sold to a French company, PKR claimed.

PETALING JAYA: The alleged sale of Malaysian military secrets, if true, have put our soldiers at risk, PKR deputy president Azmin Ali said.
He was referring to Suaram’s recent expose, which involved the selling of secret documents with details on the Malaysian Navy’s Scorpene-class submarine to a French company.
The act, as far as Azmin was concerned, was “treason of the highest order”.
“Revealing these strategies have allowed for the Scorpene’s weaknesses to be taken advantage of.”
“This action has endangered the lives of our soldiers handling the already operational Scorpene submarines,” he told reporters at party headquarters this morning.
The exchange, which supposedly took place during the early 2000s, occured when Prime Minister Najib Tun Razak served as Malaysia’s Defence Minister.
As such, Azmin said that Najib had much to answer for.

Kadir: Umno tidak suci lagi

BN sedang membuat helah untuk menipu rakyat supaya mereka menang dalam pilihan raya umum, kata bekas tokoh veteran Umno.
PETALING JAYA: Bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, beliau tidak akan menyertai semula Umno dan mendakwa parti itu tidak lagi suci.
Beliau juga mendakwa, BN sedang membuat helah untuk menipu rakyat supaya mereka menang dalam pilihan raya.
“Orang sudah lupa perjungan mulia ini, pemimpin mula lupa diri, banyak main drama dengan rakyat, berjumpa rakyat sudah menjadi beban dan mencuri duit rakyat.
“Mereka ambil bilion wang rakyat, ambil kontrak secara rundingan terus dan terpaksa lulus macam-macam.

Stadium: Runtuh anjur Himpun & Ingat Jumaat ini


KUALA TERENGGANU: Badan Bertindak Menangani Isu Bangunan Runtuh (Runtuh) akan mengadakan program Runtuh & Ingat pada Jumaat, 8 Jun di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak bermula jam 5 petang.


Setiausahanya, Muhammad Zaidan Abdullah berkata ia sebagai mengingatkan kepada rakyat mengenai SSMZA yang runtuh pada 2 Jun 2009.

Jelasnya, program diisi dengan deklamasi sajak oleh SN Datuk A Samad Said, pidato rakyat, pimpinan masyarakat, NGO, pameran dan penyebaran risalah.

Katanya, pada 2 Jun 2009 yang lalu, Malaysia telah gempar dengan keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), Gong Badak yang dibina dengan kos RM292 juta dalam tempoh tidak sampai setahun disiapkan.

Tambahnya, turut mendukacitakan rakyat Terengganu apabila keluar dari mulut seorang wakil rakyat di pihak kerajaan yang mengatakan ‘keruntuhan adalah satu rahmat’ kepada rakyat sedangkan, ianya adalah satu musibah.

''Tahniah PTPTN jadi ejen BN laksana politik dendam'

NONEKetua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) "menggantung" pinjaman untuk siswa baru Universiti Selangor menunjukkan badan berkenaan menjadi ejen politik BN.

"Buat PTPTN, sekalung tahniah kerana berjaya mengesahkan bahawa mereka secara rasmi telah menjadi ejen Umno untuk melaksanakan politik dendam Umno kepada Pakatan Rakyat.

"Tentunya tindakan ini menzahirkan satu lagi amalan diskriminasi kepada negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

PM juga dapat pendidikan percuma, apa masalahnya? – Rafizi

KUALA LUMPUR 6 Jun: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengulangi pendirian menolak dakwaan Umno BN bahawa pendidikan percuma yang diperkenalkan Pakatan Rakyat akan menghasilkan graduan tidak berkualiti.
Beliau berkata, soal graduan tidak berkualiti bukan disebabkan pendidikan percuma tetapi berpunca daripada sikap pelajar itu sendiri.
“Ramai juga menteri mendapat pengajian percuma…mereka tetap berjaya. Termasuklah Perdana Menteri yang juga mendapat biasiswa dan ditanggung kerajaan semasa melanjutkan pelajaran,” katanya disambut tepukan gemuruh pelajar dari universiti awam dan swasta sekitar Shah Alam pada program Gempur Kampus: Mansuh PTPTN dan Tuntut Pendidikan Percuma semalam.
Dengan mengambil pendekatan dalam kehidupan seharian, Rafizi berkata, sudah menjadi resam kehidupan akan wujud 90 peratus masyarakat yang mematuhi peraturan dan selebihnya tidak dapat mematuhi.

KEADILAN cabar cendekiawan negara unjur kaedah selesai hutang PTPTN

SHAH ALAM 6 Jun: KEADILAN mencabar cendekiawan di negara ini tampil mengunjurkan kaedah terbaik bagi
menangani masalah hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang membelenggu
graduan.
Menurut Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli, setakat ini tiada satu pun kaedah oleh kerajaan berjaya menarik graduan
membayar semula hutang PTPTN, sedangkan unjuran jumlah pinjaman perbadanan itu menunjukkan peningkatan setiap tahun.
“Hutang itu terus berkembang dan tak mampu dibayar. Kalau dalam jangka masa 15 tahun (jumlah hutang) yang patut dikutip adalah RM20 bilion tetapi yang berjaya dikutip hanya sebanyak RM2 bilion setiap tahun.

Anwar 'absolutely certain' of winning GE-13 by at least 10 seats: Najib too weak & scared of Dr M

Anwar 'absolutely certain' of winning GE-13 by at least 10 seats: Najib too weak & scared of Dr MEven as Datuk Seri Najib Razak dithers on a date for the 13th general election following reports that his Chinese and Indian support has slipped, arch-rival Datuk Seri Anwar Ibrahim has expressed confidence of leading Pakatan Rakyat (PR) into a “comfortable” majority win in the coming polls.
The opposition leader predicted last night a minimum 10-seat margin in Parliament between the federal opposition and the ruling Barisan Nasional (BN), owing to significant inroads made in Umno’s Johor bastion as well as BN’s east Malaysian fortresses of Sabah and Sarawak.
Anwar even hinted of a coming “surprise” to be announced soon in Sabah, which he claimed would change the entire political landscape of the state, where BN presently holds 59 of 60 state seats.
“I’m absolutely certain, Insya’Allah, that we will perform much better... enough to secure a simple, comfortable majority in Putrajaya,” an optimistic Anwar told the Foreign Correspondents Club of Malaysia (FCCM) dinner talk last night.
Battle for the Malay ground

‘Kalau mahu berpolitik, janganlah sampai guna tarian lucah’

Persembahan K-Pop yang jelas menyinggung sensitivi budaya, adat resam dan agama masyarakat mendapat restu pula dari Perdana Menteri.
PETALING JAYA: Dalam keghairahan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) untuk menarik sokongan anak muda, penganjur Himpunan
Jutaan Belia Negara di Putrajaya baru-baru ini sanggup mencampur aduk perhimpunan dengan program maksiat.
Ramai golongan masyarakat yang mengkritik kerasionalan pihak penganjur menjemput kumpulan K-Pop dari Korea Selatan untuk membuat persembahan.
Persembahan mereka jelas menyinggung sensitiviti budaya, adat resam serta agama yang dianuti oleh masyarakat di negara ini apabila artis-artis kumpulan itu mengenakan pakaian yang menjolok mata.
Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor (SAMM Johor) memandang berat isu hiburan keterlaluan dan melalaikan ini yang menjadi hidangan minda kepada masyarakat Malaysia khasnya anak muda.

Begitu terdesaknya Najib…


Seperti biasa apabila ada sahaja pemimpin luar negara yang memuji-muji pentadbiran Najib Razak, maka bercananglah media-media kawalan UMNO-BN. Pada ketika ini mereka menjadi media paling waras dalam dunia bila mana isi ungkapan atau kenyataan memuji itu diangkat melangkaui penilaian terhadap nilai individu atau sumber yang mengeluarkan kenyataan tersebut.
Namun kewarasan itu hilang apabila rakyat Malaysia turun padang menyokong gerakan aman BERSIH kerana media yang dikawal UMNO-BN menggembargemburkannya sebagai yang ganas. Putar-belit media ini ialah mahu melupakan tentang ratusan ribu rakyat bersama BERSIH kerana mahu diheboh-hebohkan beberapa samseng yang memecah kereta polis.
Beginilah propagandis UMNO memutar bahan dan fakta menjadi sejarah yang akan dikenang dalam arkib politik Malaysia. Benarlah teori yang mengatakan bahawa sejarah ditulis oleh mereka yang berkuasa, dalam kes Malaysia maka UMNOlah yang menjadi Tun Sri Lanangnya.
Bila McCain memuji Najib

Siapa kawan Israel?


Joe Lieberman adalah seorang yang hebat. Kenapa saya kata dia hebat? Sebab Lieberman adalah antara penyokong terkuat negara Israel dalam Kongres Amerika. Mark Vogel, pengerusi ‘National Action Committee Political Action Committee (NACPAC) yang pro-Israel telah menyebut dengan jelas terang bahawa Joe Lieberman adalah pembela Israel nombor wahid dalam Kongres.
“Tidak ada siapa yang lebih banyak memperbuat sesuatu bagi pihak Israel, selain Joe Liberman. Itu sebabnya beliau amat penting kepada komuniti pro-Israel.” Itu kata Mark Vogel.
Lieberman kini berada pada tangga keempat dalam senarai calon-calon yang menerima dana daripada badan-badan tindakan politik pro-Israel pada tahun 2006.
Dalam tahun 2002, Lieberman telah menaja sebuah resolusi pro-Israel di Senat Amerika berkaitan konflik Timur Tengah, secara terus terang menyatakan kebersamaan dengan Israel dalam usaha berterusannya untuk ‘menentang keganasan’.
Siapa pula yang lebih hebat daripada Lieberman?

Tetapi, tiada gambar yang lebih bermakna dan yang lebih indah dari yang ini.......

Suntikan Semangat bagi Pejuang-Pejuang Tuntutan Royalty Minyak & Gas Kelantan & juga Pendaratan Hasil Minyak & Gas Perairan Negeri Kelantan ke Bachok, Kelantan...

Tuanku Sultan Muhammad ke-V hari ini berkenan menurunkan tanda-tangan Baginda ke atas Plak yang tertulis Titah Baginda pada sessi Pembukaan Sidang DUN yang lepas iaitu:

"Beta berharap GAS ini dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan telah menyediakan ZON INDUSTRI PETROLEUM di Bachok seluas 4,000 ekar sejak tahun 1990-an lagi".

QUASH threats to public order? Prove you're not a liar, Najib - start with Perkasa

QUASH threats to public order? Prove you're not a liar, Najib - start with PerkasaThe Prime Minister, Najib Abdul Razak, in a recent speech – as reported – planned to ‘quash any threat bent on disrupting public order’. If Najib has the political will to do so then this must be good news for Malaysians. As they say charity begins at home, so Najib must have the political drive to start the ball rolling now.
Disruption in politics can best be defined as a situation characterised by ‘provocation’ – mental or physical – that can cause unrest or public disorder. Provocation comes in many forms. And a responsible government must have a strong political spirit to halt all forms of threats that can disrupt public order. The formula is rather simple: stop the provocation and there will be no unrest or public disorder in the country.
It hurts the people more
First and foremost, there must be a political determination to get Perkasa – a rabble-rouser NGO – and those of the same political faith with this organisation to behave. Holding wild demonstrations for political reasons have disturbed the peace-loving people living in states won by the Opposition. Conducting a mock funeral for the Penang Chief Minister in front of his home is another blatant provocation. Alas, in some cases police inaction has caused matters to exacerbate.
Najib should go after the sponsors who are paying the Mat Rempit to cause trouble in states held by the Oppositions as well as at gatherings held by the Opposition and NGOs.

Perniagaan Melayu Bukit Bintang terancam dengan mulanya kerja MRT

Pandangan di stesen MRT BB Timur yang dibatalkan oleh pelan baru untuk membuat satu stesen sahaja. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 6 Jun — Pendapatan peniaga-peniaga Melayu di daerah membeli-belah utama, Bukit Bintang, dijangka terjejas dengan mulanya kerja di atas projek My Rapid Transit (MRT) bernilai beberapa bilion, berdekatan Plaza Bukit Bintang pada tahun 2013. Ia akan bermula di ruang legar bangunan tersebut dan dan bangunan Yayasan Selangor yang bersebelahan dari 1 Julai bagi kerja-kerja persediaan untuk membina stesen bawah tanah.

The Malaysian Insider
difahamkan bahawa pemilik projek  MRT Corporation Bhd telah memutuskan untuk memulakan projek dari sebelah BBP Jalan Bukit Bintang kerana rundingan dengan pemilik bangunan di seluruh kompleks membeli-belah terhenti dan masa kian suntuk untuk melengkapkan sistem MRT menjelang 2017. BBP menempatkan majoriti perniagaan Melayu manakala ahli perniagaan China menjalankan syarikat mereka di Wang Plaza Sungei bersebelahan dan rumah kedai berdekatan.

TLDM tidak mahu ulas dakwaan penjualan dokumen sulit



 
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak mahu mengulas dakwaan bahawa dokumen sulit yang dikaitkan dengan tempahan untuk membeli dua kapal selam kelas Scorpene, telah dijual kepada sebuah syarikat asing.

Ketika dihubungi Malaysiakini, pengarah media dan web TLDM, Komander Ismail Othman berkata, pihaknya tidak ada sebarang komen mengenainya buat masa ini.

WWW 1 : 41 laporan polis, keterangan Nizar petang ini


JOHOR BAHRU – Keterangan Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya mempersoalkan pembidaan nombor plat pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor,  menerusi lawan Twitter bulan lalu, akan diambil hari ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata, pegawainya akan mengambil keterangan Ahli Parlimen Bukit Gantang itu pada jam 2 petang  di  Ipoh, Perak.
Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin Mokhtar berkata, setakat ini pihaknya menerima 41 laporan polis daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik berhubung kenyataan yang dikeluarkan Muhammad Nizar.
“Sehingga kini kita telah merekodkan percakapan daripada 39 individu dan kita juga sedang menunggu laporan daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung perkara ini.
“Seterusnya kertas siasatan akan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas kedua-dua laporan dan keterangan Muhamad Nizar diterima, “ katanya semalam.

Anwar percaya peralihan kuasa aman jika Pakatan menang

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang dengan majoriti mudah dan peralihan kuasa akan berjalan secara aman.

Katanya, ini adalah kerana pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, tidak akan mahu membahayakan masa depan mereka untuk terus berdegil memegang kuasa jika mereka kalah.

Kenyataan Anwar itu dilihat sebagai satu usaha untuk meyakinkan golongan atas pagar selepas kedua-dua bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi amaran bahawa pembangkang mungkin mencetuskan huru-hara jika mereka kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Mesej yang sama turut disuarakan oleh Menteri Penerangan Datuk Seri Rais Yatim dua hari lepas.

"... Saya fikir mereka tahu rakyat tidak akan membiarkannya... kerana mereka tahu akan ada risiko besar," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.

Beliau menegaskan demikian di majlis makan malam Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) di Kuala Lumpur malam tadi, apabila ditanya sama ada rusuhan akan tercetus jika BN kalah dalam pilihan raya.

Sultan Kelantan tandatangani plak tuntutan royalti


KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan mencemar duli menandatangani plak Tuntutan Royalti Petroleum.
Baginda berkenan melawat booth Royalti sebuah Gabungan Profesional Kelantan Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan, bersempena Ekspo Pertanian Kelantan 2012 di pekarangan Stadium Sultan Mohamad IV, semalam.

Turut mengiringi baginda adalah Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menurunkan tandatangan sokongan, lapor laman web Gerakan Menuntut Royalti Petroleum Kelantan http://royaltikelantan.com

Nasihat Ustaz Azhar Idrus kepada Anak Muda

Forum Rakyat: Ekslusif Bersama YB Dato' Hj. Husam Musa

Mufti Perak - Jangan Takbir. Ini Bukan Raya....he..he.he..hanya untuk raya jerk...!!!

Adik Ini Cipta Sejarah Melaungkan Azan Pertama di Stadium Darul Aman.?

Afif Syairani (berserban) dan Afif Syairazi (berkopiah)
Ehsan Lie Gj Penang
                                                                  
 Afif Syairazi Bin Nasrudin ialah anak kepada Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi iaitu Ketua Pemuda PAS Pusat .

Sekatan PBB : Najib Ditekan Untuk "Wang Tebusan" Taib Mahmud


Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB )telah mendengar tuntutan-tuntutan dari 21 buah NGO dari sembilan negara untuk bertindan terhadap Malaysia kerana gagal untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud.

Tekanan antarabangsa terhadap Perdana Menteri, Najib Tun Razak untuk mengheret Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud telah menuju satu langkah baru apabila NGO-NGO dari sembilan buah negara bertemu dengan pegawai-pegawai PBB dalam satu "mesyuarat tertutup untuk membincangkan langkah-langkah yang boleh mengenakan tindakan terhadap kerajaan Malaysia.

NGO juga mengemukakan satu surat aduan kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, yang menuduhan kerajaan Malaysia sengaja dan aktif melindungi Taib Mahmud dan ahli keluarga beliau daripada pendakwaan jenayah yang mereka gambarkan sebagai "ketua pelaku” dalam pembalakan besar-besaran di Sarawak".

‘Comfortable majority’ for Pakatan in GE13, Anwar predicts

Anwar hinted at a “surprise” soon in Sabah, which he said would completely alter the political landscape. — File pic
KUALA LUMPUR, June 6 — Even as Datuk Seri Najib Razak dithers on a date for the 13th general election following reports that his Chinese and Indian support has slipped, arch-rival Datuk Seri Anwar Ibrahim has expressed confidence of leading Pakatan Rakyat (PR) into a “comfortable” majority win in the coming polls. The opposition leader predicted last night a minimum 10-seat margin in Parliament between the federal opposition and the ruling Barisan Nasional (BN), owing to significant inroads made in Umno’s Johor bastion as well as BN’s east Malaysian fortresses of Sabah and Sarawak.

Sebenarnya BN sedang berusaha merebut mandat rakyat dari Pakatan Rakyat

Sesungguhnya pilihanraya kali ini ialah pilihanraya untuk mengalahkan Pakatan Rakyat. Begitulah situasi sebenarnya kerana banyak dalil yang menunjukkan yang BN sedang tercari-cari waktu yang sesuai sejak setahun yang lalu untuk menentukan tarikh pilihanraya umum ini. Sesungguhnya jika PRU di adakan sekarang PR akan mendapat mandat rakyat dan hakikatnya BN sedang berusaha untuk mengalahkan Pakatan Rakyat dan Pakatan Rakyatlah yang sebenarnya yang  sedang mempertahankan mandat itu..
Sebagai parti yang memerintah BN masih  membelek tarikh-tarikh yang sesuai kerana jika salah tarikh mereka khuatir BN akan dikalahkan dengan teruk oleh Pakatan Rakyat yang kini mendapat perhatian rakyat sebagai satu-satunya pilihan jika hendak menolak BN.

Daftar Pemilih : Selangor Sedia Heret SPR, Pusat Ke Mahkamah

SHAH ALAM, 5 JUN: Kerajaan Selangor bersedia mengambil tindakan mahkamah terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Kerajaan Pusat sekiranya semakan oleh Kerajaan Negeri mendapati daftar pemilih SPR terbukti mengandungi unsur-unsur penipuan.
Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Selangor, Ronnie Liu dalam rancangan ‘Terus Terang’ terbitan TV Selangor .
Menurut Ronnie, daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR menimbulkan banyak keraguan.
“Kita ada terima laporan dari senarai daftar pemilih SPR yang baru, kita semua terkejut pengundi baru untuk Selangor sahaja bertambah sebanyak setengah juta.

Himpunan Bersih haram, Himpunan Belia bagaimana


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang menolak pandangan Majlis Fatwa Kebangsaan yang berpandangan negatif pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.
“Bagi DPPM, pendirian Majlis Syura Ulamak PAS adalah jelas iaitu perhimpunan ini adalah sebahagian daripada usaha mencegah kemungkaran dan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah dalam negara ini,” kata Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor (gambar).

Tambahan lagi, ujarnya tidak ada insiden pelanggaran syariat dalam perhimpunan yang dianjurkan itu.

Katanya, peserta perhimpunan yang hadir tempoh hari amat beradab dan menjaga tatasusila semasa majlis perhimpunan.

Himpunan Hijau : Apa mesej PAS?

Himpunan hijau baru-baru ini bukan sekadar himpunan tetapi ia adalah usaha PAS untuk menyampaikan mesej kepada pengikutnya dan pendokongnya bahawa parti Islam itu masih bersemangat dan bertenaga untuk melakukan apa yang dilakukan selama ini iaitu bersaing dengan Umno.
Bezanya kali ini, mesej yang hendak disampaikan ialah, PAS sudah bersedia untuk mengambil alih kuasa politik orang Melayu dengan slogannya menuju ke Putrajaya.
Walau apa pun yang cuba diperkatakan oleh Umno untuk memandang remeh mesej PAS ini, pemimpin mereka dapat merasakan bahawa ketakutan Umno kini sudah sampai ke sum-sum tulang mereka.
Di sebalik kata-kata sinis pemimpin Umno terhadap mesej PAS, kata-kata yang tersirat jelas menggambarkan cemas mereka kepada sambutan yang diterima oleh PAS dalam perhimpunan hijau pada 1 Jun baru-baru ini di Alor Setar, Kedah.

'Liar' Liow ‘not sure’ who paid for his own WWW15 car plate registration

In the aftermath of the July 9 rally for electoral reforms or Bersih 2.0 last year, MCA number two Liow Tiong Lai denied that tear gas was fired by the police into the compound of the Tung Shin hospital. Although he was not a witness, the Health minister defied video evidences in defending his claim, even blaming the wind for blowing smoke into the hospital's direction.
This time around, Liow finds himself in the thick of controversy over the bidding organised by Road Transport Department (JPJ) for those vying popular vehicle registration numbers under the 'WWW' series.
The JPJ earlier displayed the 9,999 Malaysians - including two sultans - who were ready to pay a combined total bid of RM64 million in exchange of several characters on their number plates.
Liow was among those successful, paying RM24,200 for the number 'WWW 15'.
Days later, netizens were intensely discussing who paid the amount, since Liow had claimed that it was for his ministry's new official car.

Malaysia bawa imej pengeksport judi dunia


KUALA LUMPUR: “Dengan dasar kerajaan yang liberal, Malaysia kini membawa imej pengeksport industri judi terkenal di dunia,” kata Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).
Katanya, hal ini dapat dilihat dalam laporan akhbar NST semalam (5 Jun) di ruangan Business Times yang melaporkan syarikat Malaysia iaitu Genting Malaysia Bhd kini sedang berusaha untuk mendapat kelulusan mengembangkan pelaburan kasino perjudian sehingga ke New York, Amerika Syarikat.

Dalam kenyataannya berdasarkan aliran tunainya yang kukuh ia mungkin membida salah satu lesen kasino yang ditawarkan di New York atau di Florida.

Ia berdasarkan operasi kasino yang dijalankan oleh Resorts World Genting yang didapati sangat kukuh.

Muzakarah: Nik Aziz bertelagah rekaan Umno


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata laporan media arus perdana yang menyifatkan beliau bertelagah dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah cerita rekaan Umno menjelang Pilihan Raya Umum ketiga belas (PRU13).
Perkembangan terbaru, media menggambarkan beliau berbalah dengan presiden parti mengenai isu 'Muzakarah PAS dengan Umno' menyebabkan sehingga kini muzakarah itu tertangguh.

(Gambar: Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengiringi Sultan Muhammad V melawat gerai ekspo pertanian.)

Namun beliau yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan itu adalah 'cerita Umno'.

"Cerita dia nak melaga-lagakan orang, dia sendiri tak dak hujah, tak dak point. Kerja dia melaga-lagakan orang (pimpinan PAS),” katanya sambil menambah perkara itu bukan menjadi 'isu' baginya.

PR: 'Kami pun nak menang secara gentelman'


Salahuddin Ayub SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) menegaskan pihaknya komited untuk mengamalkan politik budiman dalam usaha mengambil alih pemerintahan negara secara berhemah.

Pemimpin-pemimpin kanannya yang dihubungi juga menekankan pendirian sekali-kali tidak akan mempengaruhi rakyat untuk bangkit memberontak atau bertindak ganas jika terpaksa berhadapan dengan kekalahan.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, sejarah telah membuktikan bahawa parti itu tidak pernah mencetuskan huru-hara sekalipun kalah dalam kesemua pilihan raya umum sejak lima dekad lalu.

"Kita sudah buktikan sejak 1955 lagi, sejak mula Pas sertai pilihan raya umum. Walaupun berkali-kali gagal, kita tak pernah berontak, kita terima kekalahan dengan terbuka," katanya.

PKR to BN: Let’s sign ‘gentlemen’s pact’

The fact that Umno-Barisan Nasional is psyching the voters for 'violence' in case Pakatan Rakyat wins is not worrying the opposition.
KUCHING: Has ‘old timer’ Rais Yatim forgotten who acted with ‘violence’ after opposition Pakatan Rakyat won Selangor, Perak and Penang in the 2008 general election?
It was not Pakatan Rakyat but Umno/Barisan Nasional that did a reverse takeover of a democratically elected Perak state government. And it was Umno-BN that ‘prevented’ opposition elected officers from ‘entering’ government offices.
Still according to opposition PKR, Rais, who is the information, communications and culture minister, must be lauded for giving a ‘good suggestion’ when he reportedly said there “will be no use of force after the election”
Giving its candid support for Rais, Sarawak PKR has invited BN to ink a ‘gentlemen’s agreement’ to the effect.

Russia & China terus pertahan regim Assad

BEIJING: China menyatakan semalam ia dan Russia menolak campur tangan asing atau pertukaran rejim yang dipaksa di Syria, sedang Presiden Russia, Vladimir Putin, tiba di negara itu bagi satu sidang puncak keselamatan.Beijing dan Moscow, kedua-duanya anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), telah menghalang usaha kuasa-kuasa Barat mengecam atau menggesa Presiden Syria, Bashar Al-Assad diguling.
Dua negara itu dijangka mengukuhkan kerjasama mereka semasa lawatan tiga hari Putin itu.
Beijing dan Moscow saling berhubung mengenai isu Syria dan percaya keganasan harus segera dihentikan, sambil menambah dialog politik harus dimulakan secepat mungkin, kata jurucakap Kementerian Ehwal Luar China, Liu Weimin, semasa taklimat harian kepada media.
“Kedua-dua pihak menentang campur tangan luar di Syria dan membantah perubahan rejim secara paksa. Kami percaya isu Syria pada akhirnya sepatutnya ditangani dengan betul melalui rundingan antara pihak-pihak berbeza di Syria. Ini sangat penting bagi rakyat Syria.
“China dan Russia telah, dengan cara tersendiri, memainkan peranan positif tentang isu Syria,” katanya.

Ustaz Azhar Idrus : Orang Islam UMNO pun wajib sokong PAS

Expresi Hijau ke Putrajaya : Cik Faridah Abdul Samad (Pengerusi Ameerah)

Microsoft Embraces Competition With Smartglass

Syria allows UN aid presence, but violence continues

Syria: US, European Diplomats No Longer Welcome

PENEROKA KERATONG SAMAN FELDA

Sekumpulan peneroka Felda yang mahu menguji kadar perahan minyak sawit hasil tanaman mereka mendakwa makmal milik lembaga tersebut dan juga firma perladangan lain enggan menjalankan ujian tersebut.

Namun kumpulan berkenaan bertindak memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuantan ke atas Felda sebagai defendan pertama Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan kedua atas dakwaan "penipuan dan pecah amanah."
Peguam Sivarasa Rasiah yang mewakili 957 peneroka dari Felda Kratong, Rompin dalam saman itu, berkata makmal berkenaan enggan menerima ujian tersebut semenjak tindakan sekumpulan peneroka memfailkan saman pada pertengahan 2011.

Analisis Kuasa Politik Negeri-Negeri di Malaysia

1. Sebelum penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1948 dan juga penggabungan membentuk Malaysia pada 1963, setiap negeri di Malaysia mempunyai kedaulatan, kekayaan dan sejarah yang tersendiri.
Konsep & Semangat Federalisme
2. Apabila bergabung membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, penggabungan ini diikat dengan Perlembagaan Malaysia. Hubungan antara negeri-negeri dan kerajaan pusat pula dijelaskan melalui konsep federalisme yang bermaksud wujudnya dua peringkat kerajaan, iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang tiap-tiap kerajaan itu mempunyai had bidang kuasa masing-masing serta bebas daripada campur tangan orang lain.