Selasa, 5 Jun 2012

Ku Lihat Hijau (Ratusan Ribu Lautan Manusia)

Ku Lihat HIJAU KE PUTRAJAYA

Belia world class berani bersama himpunan hijau

Oleh Adnan Ibrahim
BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu menutup kebimbangan Umno terhadap Himpunan Hijau ke Putrajaya pada 1 Jun lalu di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, dikatakan mendapat sambutan sehingga dihadiri 100 ribu.

Katanya, jumlah besar membanjiri program PAS di Kedah tidak akan diterjemahkan di kertas undi. Sebagaimana biasa untuk mengubat rasa cemas Umno beliau mendakwa mereka yang hadir itu dibayar. Dakwaan yang sama oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pemimpin Umno dan Mahathir tahu perhimpunan anjuran parti itu mengeluarkan wang berjuta ringgit untuk mengangkut dan memberi imbuhan supaya hadir dalam program mereka. Malah menjadi perkara biasa sekiranya ada laporan terutama kakitangan kerajaan mengatakan mereka dipaksa hadir ke program Umno.

Himpunan Jutaan Belia yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya pada 23 hingga 27 Mei dikatakan melibatkan belanja RM15.1 juta.

Kadar bunuh diri di Malaysia makin meningkat

"Kadar bunuh diri di Malaysia semakin meningkat ketika ini dengan 1,000 kes yang dilaporkan dalam tempoh tiga tahun.

Apa yang mengejutkan 18 peratus atau 180 orang adalah dari kalangan orang Melayu. Menteri Kesihatan sendiri menyatakan angka kes bunuh diri yang tidak dilaporkan mungkin lebih tinggi.

Suicide rate on the rise in Malaysia
Tuesday June 5, 2012

Jihad: Menutup dan Mengelakkan Kad Kredit

Mohon kalian sekiranya belum memakai kad kredit, jangan mula memakai. Sekiranya dah pakai tolong hentikan dan tutup kad kredit tersebut dan langsaikan segala hutang.

Interest/kadar keuntungan bank kad kredit: 1.5% sebulan atas penggunaan bermakna 18% setahun. Tinggi dan membebankan.

Caj kerajaan atas kad kredit: RM 50 setahun

Caj-caj tersembunyi dan tidak dinyatakan juga ada

Sekiranya anda berhutang RM 2000 dengan kad kredit maka anda akan kena interest/kadar keuntungan sebanyak minimum RM 30.00 sebulan

Pemakaian kad kredit secara tidak berhemah boleh menjuruskan pengguna kepada masalah muflis (bankrap)

Mengelakkan pemakaian kad kredit bermakna anda akan mengelakkan dosa riba.

Kenapa Kelantan Dianak tirikan?

KENAPA Kelantan saja yang dianak-tirikan? kami negeri berdaulat, jika tiada kelantan, dan jika Kelantan tidak bersama membentuk persekutuan, maka tiada negara Malaysia.

Fakta berkenaan jarak,tuntutan dan apa-apa berkenaan royalti kelantan boleh dirujuk di www.royaltikelantan.com. Sebarkan!!!!
Alternatif baru di Kelantan



Alhamdulillah Tuanku Sultan Muhammad V berkenan menurunkan tandatangan beliau sebagai sokongan dlm usaha tuntutan ROYALTI, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan. Tok Guru Nik Abdul Aziz juga diminta oleh Tuanku menurunkan tandatangan disebelah beliau. ALLAHUAKBAR!!!

Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) ialah sebuah badan bertindak yang mengabungkan lebih 57 buah badan-badan bukan kerajaan (NGO). Ia terdiri dari dua gabungan NGO induk iaitu Gabungan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT).
 Matlamat utama penubuhan GEGAR ialah bagi mendapatkan kembali hak royalti berasaskan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Petroleum menurut Seksyen 4 Akta pada 1975. Kenangan terindah, mencabar kuasa si penzalim dan pengkhianat rakyat Kelantan... pada waktu itu sy Su Gegar :)
FB Syam Ghaz

 
 5 Jun 2012 - Sejarah Kelantan Moden - "PLAK ROYALTI" yang bersejarah ditandatangani oleh Tuanku Al Sultan Kelantan , Sultan Muhammad V dan Menteri Besar, Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
atas usaha oleh : ROYALTI (Gabungan Profesional Kelantan Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan)

Ucapan sembah tahniah PM Najib pada Agung silap besar

albangi
PM Najib dalam ucapan sembah tahniah tidak berucap dengan kemas, meninggi suara dan bernada marah dan geram.

Malah kandungan ucapannya juga tidak mencerminkan sembah tahniah pada DYMM SPB YDP Agung, tidak mendoakan kesejahteraan ke atas baginda yang sedang bersemayam menyambut Hari Keputeraan.

Sebaliknya isi ucapannya memberi amaran kepada rakyat bahawa kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang cuba mengugat keselamatan dan keamanan negara.... adakah ucapan ini sesuai untuk Hari Keputeraan? Siapalah agaknya yang buat ucapan tu?

Rafizi: Mentaliti BN masih di takuk lama


Mohd Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa mentaliti Barisan Nasional (BN) masih di takuk lama apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam sanggup membuat andaian tidak masuk akal dengan mengatakan akan berlaku huru-hara sekiranya Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13) tidak berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR).

Hishammuddin semalam memberi kenyataan yang tidak menolak sebarang kemungkinan terjadi huru-hara apabila ada pihak yang  sanggup memperalat dan memperkuda pelajar bagi meraih undi.

Rafizi: Pendidikan percuma bukan punca pelajar tidak berkualiti


SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, yuran pengajian percuma bukan penyebab mahasiswa menjadi tidak bertanggungjawab dan tidak berkualiti.

Menurutnya, soal tanggungjawab dan berkualiti dalam pendidikan bukan disebabkan oleh faktor pemberian pendidikan percuma di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

"Ramai yang ditanggung kerajaan melanjutkan pelajaran sama ada di luar negara dan dalam negara.

SHOOT TO KILL! Same old modus operandi by the police

SHOOT TO KILL! Same old modus operandi by the police
SUARAM expresses regret over the deaths of 3 individuals, siblings Aidi Noor Hafizal Othman and Noor Azman Othman and friend Ahmad Soufa  Ahman who were shot dead by the Royal Malaysian Police on 14 April 2012 at Billion roundabout, Cheras.
According to the City Criminal Investigation Department chief Ku Chin Wah claimed that the trio were suspects in relation to Shah Alam jewellery shop heist on April 6.
It is embarrassing to note that the model answer from the police in death by shooting cases is always that victims were suspects in a crime, without having to pursue a thorough investigation and/or prosecution in the court of law. It is with regret to recall the death of Aminulrasyid, 15, who was suspected to be a robber and was subsequently shot to death. Have not the Royal Malaysian Police derived any valuable lessons from Aminulrasyid’s untimely demise?
Instant death penalty

Noh Omar Buta Demokrasi


SHAH ALAM 5 JUN : Sikap Noh Omar yang mempertikai usaha Kerajaan Negeri membersihkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) di Selangor disifatkan sebagai ‘buta demokrasi’ oleh Faekah Husin.
Noh yang menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan kenyataan dengan menuduh Kerajaan Negeri menyalahguna kuasa apabila melancarkan program ‘Selangorku Bersih’ bagi membersihkan daftar pemilih SPR yang menyaksikan penambahan luar biasa pengundi.
“Ini membuktikan Ahli Parlimen Tanjong Karang itu buta demokrasi kerana tidak menghormati hak rakyat negara ini untuk mendapat pilihan raya yang adil dan bebas,” kata Faekah yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.
Faekah berkata, selepas tsunami politik pada 2008, telah berlaku banyak perubahan terhadap senario politik negara termasuklah di Negeri Selangor.

Kit Siang: Dr M akan dilanda amnesia lagi?


Tun Dr Mahathir Mohamad SHAH ALAM - Penasihat DAP, Lim Kit Siang bertanya sama ada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan sekali lagi berhadapan dengan amnesia jika dipanggil memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah.
"Adakah Mahathir akan mengalami serangan amnesia jika beliau muncul di hadapan RCI Sabah?" kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.
Dengan nada menyindir, Kit Siang berkata, Dr Mahathir yang terkenal dengan 'masalah memori' ketika inkuiri suruhanjaya siasatan video Datuk V.K.K Lingam empat tahun lalu telah beberapa kali mengatakan bahawa 'saya tidak ingat.'
Kit Siang mengulas kenyataan Dr Mahathir yang dibuat semalam.

Peserta Bersih 3.0 cedera bantu siasatan Suhakam

KUALA LUMPUR: Mana-mana pihak yang hadir di perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu dan mengalami kecederaan diminta tampil bagi membantu siasatan bebas yang ditubuhkan Suhakam.

Jawatankuasa Bersih 2.0 berkata, keterangan daripada mana-mana pihak terbabit itu begitu penting bagi memastikan Suhakam mendapat gambaran sebenar berhubung insiden 28 April itu.

Dalam satu kenyataannya, Bersih 2.0 juga berkata mereka yang terbabit digalakkan mengemukakan bukti-bukti seperti gambar atau video yang dirakam ketika perhimpunan tersebut.

CARA Jadikan MALAYSIA Amal 100% Hukum ISLAM - Ustaz Azhar Idrus

Cara ORANG TUA Umur 100 TAHUN Ganti PUASA - Ustaz Azhar Idrus

Berlainan TUAN & Pembayar KERETA - Ustaz Azhar Idrus

BINI Bau BUDU Ketika Bersama - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Sedia Pakaian PENGANTIN Dedah AURAT - Ustaz Azhar Idrus

Expresi Hijau Putrajaya : Ustaz Kamal Ashari

Expresi Hijau Putrajaya : Ustaz Riduan Mohd Nor

TERUS TERANG : Bersama YB MANIKAVASAGAM-Lompat Parti?

FOKUS ISU : Relevankah Tol Batu 3 & Sungai Rasau Dihapuskan?

Menteri: Saya kecualikan Isa dalam KPF

BERSIH: PKR curiga ahli panel tarik diri

PAS mahu lakar kemenangan besar di Johor - Hatta

Pendidikan Percuma Mahasiswa Gempur Kampus

SHAH ALAM 5 JUN : Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) dan Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI) akan menjelajah ke seluruh kampus Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) berhubung isu pendidikan percuma dan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Siri jelajah ini turut menampilkan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.
Program tersebut yang juga dinamakan Gempur Kampus : Mansuh PTPTN dan Tuntut Pendidikan Percuma diadakan khusus untuk memberi penerangan mengenai polisi pemansuhan PTPTN dan dasar pendidikan percuma yang dibawa kumpulan mahasiswa dan Pakatan Rakyat.

PAS : Jentera Parti Diminta Tangguh Haji Untuk Fokus PRU-13

SHAH ALAM, 5 JUN : PAS hari ini meminta kesemua ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Ini kerana menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS menjangka PRU-13 bakal berlangsung semasa musim haji iaitu selepas bulan Ramadan, antara September hingga Oktober.
Katanya, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya nanti.

Selangorku Bersih: Kenapa Noh takut sangat?

SHAH ALAM: Timbul persoalan kenapa Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menolak mentah-mentah usaha kerajaan negeri Selangor membersihkan daftar pemilih di negeri itu melalui program Selangorku Bersih.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, Noh sepatutnya menyokong sebarang usaha untuk mewujudkan satu pilihan raya yang bersih, adil dan telus bukannya menghalang.

Namun malang katanya apabila Noh seperti “anjing yang takutkan bayang-bayang” dan menuduh kerajaan Selangor menyalahgunakan kuasa.

Kalau tak fitnah bukanlah UMNO namanya

PTPTN Digesa Bersikap Professional

SHAH ALAM 5 JUN : Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) digesa bersikap professional dan tidak menjadikan para pelajar Universiti Selangor (Unisel) sebagai mangsa politik pihak tertentu, tegas Dr Halimah Ali.
Dr Halimah yang merupakan Exco Pendidikan,Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Insan,yang dihubungi mengulas isu pembekuan pinjaman PTPTN berharap perkara itu dapat diselesaikan segara demi memastikan masa depan pelajar agar tidak terjejas.

PRU 13: Ibrahim Ali mahu pertahan kerusi Pasir Mas...atas tiket ape eh..!!!


Datuk Ibrahim Ali KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mengesahkan akan bertanding mempertahankan kerusi tersebut pada  Pilihan Raya Umum ke-13, namun enggan mengulas tiket yang akan digunakan.

Beliau berkata, ia terpulang kepada dirinya sendiri sama ada mahu menerima tawaran daripada mana-mana parti.

Pada 2008, Ibrahim bertanding atas tiket Pas.

"Bertanding di PRU ini tidak kira parti ke tidak parti ke, kalau kita mahu bertanding kita boleh bertanding, jadi tiada masalah. Saya bertanding atas tiket apa itu soal lain.

UMNO KEDAH aka PEKIDA Alor Setar nie kena libas camtu jaa..!!!

Semua tuntutan Pekida Kota Setar telah pun ditunaikan

Kelmarin Pekida Kota Setar yang diketuai oleh Mansor @ Chot telah mengadakan himpunan haram di hadapan Wisma Darul Aman. (Chot ni.. dialah Pekida, dialah Perkasa, dia UMNO, dia badan bertindak Madrasah Salihiah, dia badan bertindak jirat Cina Kulim.. wuyoo kalau Tok Mat Bashah dia punya jawatan).

Mereka telah kemukakan 11 tuntutan kepada kerajaan negeri. Berikut adalah senarai tuntutan dan komen oleh Kedah La di bawah tuntutan tu...

TUNTUTAN 11 PERKARA OLEH PEKIDA DAERAH KOTA SETAR DAN UMAT ISLAM DI KEDAH KEATAS KERAJAAN ISLAM PAS UNTUK MELAKSANAKAN 'AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR'

Himpunan Hijau lagi bukti kuasa mobilisasi PAS

Tiga perhimpunan besar dengan matlamat menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini; perhimpunan ulang tahun Umno ke-66, perhimpunan belia di Putrajaya anjuran kerajaan Barisan Nasional dan Himpunan Hijau Menuju Putrajaya oleh PAS.

Selepas beberapa hari berakhir Himpunan Hijau di Alor Setar, Kedah oleh PAS, perhimpunan ini menunjukkan kesan paling positif kepada penganjurnya, berbanding perhimpunan belia dan ulang tahun Umno.

Selain perbandingan mudah dan terpilih seperti yang tersebar di laman jaringan sosial Facebook, satu kelebihan yang masih dimiliki PAS ialah kemampuan menggerakkan jumlah ahli yang besar, dan digerakkan secara keseluruhannya dengan inisiatif ahli dan parti.

Kalau umumkan takrif lektrik naik, BN kalah PRU,diam diam sedar tak sedar naik,lihat buktinya di sini

Best Blogger Tips
Jit Fong menunjukkan bil elektrik yang diterimanya jauh lebih tinggi serta turut menerima notis pemo
Jit Fong menunjukkan bil elektrik yang diterimanya jauh lebih tinggi serta turut menerima notis pemotongan bekalan elektrik daripada TNB.
Kasmah menunjukkan berlaku peningkatan bil elektrik mendadak bil pada April lalu berbanding Mac.
Kasmah menunjukkan berlaku peningkatan bil elektrik mendadak bil pada April lalu berbanding Mac.
KUALA ROMPIN - Rata-rata pengguna di sekitar Bandar Kuala Rompin, di sini, merungut berikutan kenaikan kadar tarif elektrik sambil menyifatkan kadar itu terlalu membebankan pengguna.

Peniaga dan penduduk mendakwa, kenaikan tarif elektrik itu ­dianggap sebagai tidak munasabah kerana terpaksa membayar sekurang-kurangnya sekali ganda berbanding sebelum ini.

Hanya 100 daripada 505 peneroka Felda Lakum Lanchang yang cerdik..

Tahniah buat 100 orang peneroka Felda Lakum Lancang Pahang, yang berani menolak pemberian saham FGVH, kerana bimbang akan kerugian dan masa depan...klik SINI

Mana pergi Najib haramjadah... setelah puas dok pi maki peneroka,, ambik ko,,,, Pengerusi Felda Isa Samad apa pasal tak turun selesaikan, pi bercuti ka.., ini projek hangpa.. Kenapa pihak pengurusan felda yang kena pikul tanggungjawab masaalah ni,,, 

Memang ini jenis perangai pemimpin UMNO,, ilmu bohong atau kelentong pada rakyat dah habis bangkrap,, terpaksa berdiam dirilah masing-masing,,, kakitangan felda jadi mangsa....

Pendakwaan Tan Hong Kai 'mala fide' - Suaram

PUTRAJAYA: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendesak Peguam Negara mengugurkan dakwaan terhadap aktivisnya Tan Hong Kai yang disifatkan 'mala fide' hanya kerana menampal poster di kawasan Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurut Suaram, pendakwaan yang dilakukan seolah-olah lebih kepada keinginan untuk menindas aktivis muda, dan juga gerakan Bersih, yang menuntut pilihanraya yang adil dan bersih.

Suaram dalam memorandumnya kepada Peguam Negara turut mendesak agar menghentikan segala penindasan dan intimidasi ke atas aktivis sosial serta berfungsi sebagai satu badan yang adil tanpa campur tangan politik.

Memorandum itu disampaikan oleh Penyelaras Suaram Nalini Elumalai bersama-sama wakil Bersih Datuk A Samad Said dan Hishamuddin Rais. Memorandum tersebut diserahkan kepada wakil Pegawai Perhubungan Awam pejabat Peguam Negara, Nasrudin kira-kira jam 11 pagi tadi.

Hidup mati: Muhyiddin pamer ketakutan Umno


KUALA LUMPUR: Seseorang yang berada dalam keadaan selesa, hanya mengeluarkan keyakinan dalam setiap kata-kata yang dituturkan.

Sebaliknya, hanya mereka yang berada dalam keadaan cemas yang akan mengeluarkan kenyataan yang mempamerkan kebimbangan mereka.

Ia terbukti apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan kenyataan bahawa pilihn raya umum akan datang sebagai penentu hidup mati BN.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa, berkata Timbalan Presiden Umno itu tanpa beliau sedar telah mempamerkan kebimbangan dan cemasnya BN menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Hanya orang yang bimbang sahaja mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.  Tanpa sedar, ia membayangkan ketakutan BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

PRU13 Ketika Musim Haji Nafikan Hak Rakyat Malaysia Mengundi – Hadi Awang

PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diadakan pada musim haji tahun ini.
Menurutnya, tindakan mengadakan pilihan raya umum ketika musim haji akan menafikan hak sebahagian besar rakyat untuk mengundi dan memilih kerajaan.
"Tarikh PRU13, masih dalam ramalan pelbagai pihak. Jika musim haji dipilih ia melibatkan jumlah pengundi yang ramai," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas bila PRU13 akan diadakan.

AMK cabar Rais Yatim adakan debat Najib-Anwar

KUALA LUMPUR 5 Jun: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mencabar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim mengadakan ‘Debat Bakal Perdana Menteri’ di antara Najib Razak dan Anwar Ibrahim dengan ‘gentleman’ serta berpandukan prinsip demokrasi.
Bercakap dalam kenyataan, Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon berkata, cabaran debat itu bagi membalas gesaan Rais semalam agar Anwar berlawan secara ‘gentleman’ dan menghentikan keganasan termasuk demonstrasi jalanan bagi mengambil alih pemerintahan.
“Di samping menggesa (Datuk Seri) Anwar Ibrahim untuk menunjukkan kepimpinan yang ‘gentleman’, mengapa Rais tidak mendesak Najib untuk berdebat? Bukankah berdebat itu adalah platform yang terbaik bagi rakyat menilai pandangan dan tawaran yang diberi oleh kedua-dua pemimpin?

Pelajar UiTM Khalid dibicara Jumaat ini


Pelajar UiTM Khalid dijangka bebas hari ini SHAH ALAM - Penuntut jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath akan dibicarakan oleh lembaga tatatertib universiti itu, Jumaat ini, antara lain berkaitan dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Khalid, 22, yang juga Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) berkata, beliau dikenakan tiga tuduhan iaitu tidak menghadiri ujian bulanan, menggunakan laman Facebook berbaur ugutan bunuh terhadap polis dan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kalungan bunga pada demonstrasi hapuskan PTPTN.

Pakatan lapang dada terima 'layanan' BN di Johor


Menjelang PRU 13 SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) menegaskan pihaknya tidak akan berundur atau berputus asa dalam usaha mereka menawan Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) walaupun pelbagai isu negatif dikaitkan oleh perikatan saingan mereka, Barisan Nasional (BN).

Dalam satu kenyataan disiarkan Sinar Harian hari ini, dua pemimpin Umno dengan nada menyindir berkata pembangkang dialu-alukan untuk menyerang Johor.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bagaimanapun mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) supaya mereka bersiap sedia untuk menghadapi keadaan "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran."

Gempur: Mansuh PTPTN, tuntut pendidikan percuma


KUALA LUMPUR: Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) dan Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) akan menjelajah ke kampus IPTA dan IPTS seluruh Malaysia bersama-sama Rafizi Ramli.


“Program jelajah ini dinamakan Gempur Kampus: Mansuh PTPTN dan Tuntut Pendidikan Percuma,” kata Presiden Kami, Haziq Abdul Aziz.

Tujuannya, kata beliau ialah untuk memberi penerangan secara meluas di peringkat akar umbi supaya mahasiswa dan golongan rakyat akar umbi faham mengenai polisi pemansuhan PTPTN dan dasar pendidikan percuma yang dibawa oleh kumpulan mahasiswa.

Beliau berkata, Program Gempur Kampus itu berbentuk dialog dan ‘sembang-sembang’ antara anak muda dan mahasiswi.

Katanya lagi, program pertama diadakan di Wakdol Kopitiam Warisan, Seksyen 7, Shah Alam pada Selasa 5 Jun jam 5 petang berdekatan dengan UiTM Shah Alam untuk mengajak mahasiswa-mahasiswi UiTM untuk berdiskusi dan mengaju soalan kepada Rafizi.

SPR: Tak boleh tolak alamat tak lengkap

NONESuruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya tiada kuasa untuk menolak permohonan pengundi beralamat tidak lengkap yang diragui.

Katanya, sekiranya pendaftaran itu tidak menerima bantahan daripada penduduk dan diwartakan dalam daftar pemilih utama, sebarang komen tidak berkesan kecuali pengundi sendiri tampil untuk menukarnya.

"Seperti dalam kes Kampung Majidee Johor, tugas SPR mendaftarkan warganegara Malaysia yang layak sebagai pengundi berdasarkan alamat yang tertera di kad pengenalan mereka masa permohonan dibuat dan selepas semakan dengan ALIS/JPN.

"Penolong pendaftar pemilih daripada pejabat kerajaan, NGO, pejabat pos, parti politik, universiti dan sebagainya yang dilantik oleh SPR boleh mendaftarkan pemilih-pemilih kod 71 dan kod-kod lain jika mereka mohon.

"SPR tidak ada hak untuk menolak pendaftaran tersebut bila ALIS/JPN mengesahkan alamat itu sahih dan betul seperti yang direkodkan di JPN juga," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz diminta mengulas dapatan terbaru penyelidik politik Ong Kian Ming baru-baru ini bahawa banyak pengundi baru yang didaftarkan agensi kerajaan (bukan SPR) mempunyai kod 71 dalam kad pengenalan tetapi tanpa nombor rumah dan jalan.

Kod 71 menunjukkan tempat lahir pengundi di luar negara.

Malang sungguh PM kita

Nampaknya kerajaan BN diterajui Umno terperangkap lagi. Himpunan Jutaan Belia jauh sekali mahu menandingi Bersih 3.0 atau Himpunan Hijau di Alor Setar.

Malang sungguh bukan keberkatan dicari, sebaliknya bala diundang. Bayangkan kos sehingga USD300,000 (RM900,000) semata-mata membawa tiga kumpulan pop Korea (K-pop) membuat persembahan pada program tersebut.

Jumlah berkenaan didedah Ketua setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohid Mohamed. Itu belum lagi cerita soal maruah agama yang digadai.

Bagi menutup malu menteri berkaitan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memohon maaf, seperti dilapor media massa.

Bila Dah Kantoi : Menteri elak terus terang isu no plat RM24,200.....tak tau sape bayar eh..!!!!



 
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini dilihat enggan menjawab secara langsung berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW15 bernilai RM24,200 baru-baru ini walaupun diasak hebat pemberita.

Melihat perkara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tampil mencelah dengan berkata, wang berkaitan hanya "dari tangan kanan kiri kepada tangan kanan" apabila semua wang yang menjadi dana kerajaan disatukan daripada semua kementerian.

PTPTN 'beku' pinjaman untuk siswa baru Unisel

NONEPermohonan siswa baru Universiti Selangor untuk mendapatkan pijaman melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dibekukan, menurut perbadanan tersebut.
Seorang pegawai PTPTN ketika dihubungi melalui talian pertanyaan badan tersebut mengesahkan bahawa perkara itu dimaklumkan secara dalaman melalui emel.
Katanya lagi, tiada pekeliling secara hitam putih dikeluarkan berkenaan langkah tersebut.
Tinjauan Malaysiakini di satu laman forum PTPTN hari ini turut mendapati bahawa pinjaman kepada pelajar baru Unisel "ditangguhkan buat sementara waktu."

Lawak Sengal : Menteri tidak pasti siapa bayar untuk ‘WWW 15’...ada orang sedekah kot...!!!!

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata beliau sendiri tidak pasti siapa yang membayar sejumlah RM24,200 bagi pendaftaran “WWW 15” yang dimenanginya dalam bidaan baru-baru ini yang menimbulkan kontroversi kenapa beliau membidanya untuk kereta rasmi beliau.
Apabila disoal hari ini oleh pemberita siapa yang membuat pembayaran tersebut, timbalan presiden MCA itu mengesahkan Kementerian Kesihatan tidak membayar untuk nombor tersebut.
Namun bila didesak, beliau teragak-agak untuk menjawab sebelum berkata “tidak pasti, saya perlu semak semula.”
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang turut hadir ketika sidang media di Ibu Pejabat MCA itu, dilihat cuba membantu Liow mengatakan “duit itu datang dari tangan kiri, ke kanan.”
“Bila saya membidanya, saya tidak memikirkan kos tersebut,” kata Liow (gambar).
Beliau turut mempertahankan dirinya dengan berkata “proses (bidaan) diuruskan JPJ” dan bidaan itu dibuat kerana perubahan kereta rasminya.
Beliau berkata, “semua menteri perlu ada satu nombor (plat), saya tidak merasakan pilihan itu pada mulanya.”
Beliau menambah “nombor itu tidak penting, apa yang utama adalah servis kepada rakyat.”
Pada 28 Mei, JPJ telah mengumumkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, menewaskan bidaan hampir 10,000 pembida untuk WWW 1 dengan bidaan bernilai RM520,000.
Turut didedahkan Liow telah memenangi bidaan tersebut untuk “WWW 15”.

Skandal Wang Asing BNM 1992-93: Imbasan Semula

Skandal Wang Asing BNM 1992-93: Ziarah SemulaPada hari Rabu, 30 Mei 2012, awal pagi, saya menerima satu pesanan ringkas yang berbunyi: “Salam Dr. Rosli. Kaifahal? Saya Syed Mikael dari Penang Institute. Berhajat besar utk menjemput tuan hadir memberi pdgn dlm satu forum khas bertajuk “Bank Negara Forex Scandal: When Government Becomes Speculator.” Forum ini bakal diadakan pada 2.30 ptg, Sabtu ini 2 Jun 2012 di Dewan Sri Pinang, Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Selain tuan, CM Lim Guan Eng dan DS Anwar Ibrahim turut jd panelis. Ini adalah permintaan pribadi DSAI kpd tuan. Harap dapat hadir.”
Apabila membaca mesej itu saya menjadi kelam kabut (tetapi saya tahu ayat terakhir itu adalah tambahan dengan maksud tidak sopan kalau saya menolak). Pertama, saya memang sudah ada program tetap di hujung minggu. Setiap minggu, kecuali ada hal yang lebih utama, mulai petang hari Khamis sehinggalah ke petang hari Ahad, saya mesti berada di Rembau – turun padang. Kedua, pada hari Jumaat, 1 Jun, saya mesti hadir bersama-sama rombongan dari Rembau ke program “Himpunan Hijau ke Putra Jaya” di Alor Star, Kedah. Ketiga, pada hari Ahad, 3 Jun, saya mesti kembali ke Rembau kerana majlis perkahwinan anak buah (anak adik) saya. Saya tahu ibu saya akan sedih jika saya tidak bersama di majlis itu.

Bersih 3.0: Pemimpin PKR didakwa merusuh oleh polis....!!!

Timbalan Ketua PKR Cabang Rasah R Tangam mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan tambahan iaitu merusuh.
KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Rasah R. Tangam, yang didakwa sebelum ini berhubung perhimpunan Bersih 3.0, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan tambahan iaitu merusuh pada perhimpunan itu, di Jalan Raja, 28 April lepas.
Peguam kanan Rajesh Kumar Gejinder Nath, 45, dan Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Farhan Ibrahim@Alias, 29, yang juga telah didakwa sebelum ini, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.
Mereka didakwa bersama penyokong ‘Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0)’ yang melebihi lima orang yang masih bebas menentang perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir dengan menggunakan kekerasan dan keganasan, semasa perhimpunan itu.

Najib pemimpin Umno pertama politikkan ucapan Tilawah Al-Quran

KUALA LUMPUR 5 Jun: “Tak pernah dalam sejarah seorang pemimpin Umno bercakap soal politik dalam perasmian Tilawah Al-Quran,” kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Mohd Nur Manuty.
Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Manuty
Beliau berkata demikian mengulas ucapan Datuk Seri Najib Razak ketika merasmikan majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1433H/2012M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, malam tadi.

Terdesak : Umno paksa warga emas berlakon keluar PAS


LARUT: Seorang warga emas Mohd Sulaiman Abd Wahab mendakwa dirinya menjadi mangsa dipergunakan Umno BN dalam drama '688 ahli PAS masuk Umno' di Larut kelmarin.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Su Mat ketika menerima kunjungan Dewan Pemuda PAS Larut semalam berkata, sebenarnya hanya dua orang sahaja yang menyertai Umno bukannya 688 seperti yang dilaporkan media Umno.

“Saya hanya dipergunakan untuk kepentingan nafsu serakah Umno.

PERKASA: Inkuiri BERSIH buang masa

NONEPresiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata, tindakan kerajaan menubuhkan panel bebas bagi menyiasat perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu membuang masa.

Katanya, tiada apa lagi untuk disiasat kerana perhimpunan itu haram dan melanggar arahan mahkamah dengan cuba memecahkan penghadang untuk ke Dataran Merdeka.

Menurut Ibrahim lagi, tiada gunanya menubuhkan panel hanya untuk memuaskan hati pihak yang menuduh polis melakukan keganasan dalam perhimpunan itu.

Ekoran desakan pelbagai pihak, kerajaan pada 9 Mei lalu mengumumkan penubuhan panel bebas diketuai bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar.

Ekoran penarikan diri dua ahli, Ibrahim Ali tidak bercadang sertai panel Bersih.,..ha..ha.ha..tak de sape nak pelawa abe him pun...!!!!

KUALA LUMPUR, 5 Jun — Datuk Ibrahim Ali tidak bercadang untuk mengisi kekosongan dua kerusi panel siasatan Bersih yang telah kosong ekoran penarikan diri dua ahlinya.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu menegaskan, beliau tidak bercadang untuk mengisi kekosongan tersebut kerana menurutnya, siasatan itu hanyalah satu tindakan sia-sia dan sekadar membuang masa.
“Mereka nak tarik diri itu terpulang kepada mereka (panel). Tapi saya tidak akan menawarkan diri untuk menyertai panel siasatan tersebut.
“Pada saya tidak perlu dikaji. Sudah sah perhimpunan itu perhimpunan haram, tak perlu siasat lagi,” katanya ketika diminta mengulas berkenaan penarikan diri.
Dua anggota Panel Penasihat Bebas yang dilantik oleh kerajaan untuk menyiasat dakwaan berkaitan perhimpunan Bersih 3.0, yang memutuskan untuk menarik diri daripada menganggotai panel tersebut ialah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim, dan Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Mohammad Medan Abdullah.

Najib's secret 'Coca-cola' recipe

Najib's secret 'Coca-cola' recipeThe election date has become a subject of guessing since 2010. However, no one has guessed it right so far.
Rumours about the date of the general election have been widely spread since we entered the year of 2012. It was once rumoured to fall in the March school holidays and later the June school holidays. The latest speculation said that the date might fall in July or September.
However, no matter how we speculate it, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak still looks calm. He said earlier that the general election would be coming soon and the date would be a surprise to all. However, he later said that the date of the general election was a secret not to be revealed like the recipe of Coca-Cola. People are looking forward to the big day but at the same time, worrying. Some people speculated that he was indecisive and lacked confidence due to the internal and external problems, while some said he actually had a ready plan in mind and was deliberately playing psychological warfare to kill morale and patience of the Pakatan Rakyat.

Menteri: Saya kecualikan Isa dalam KPF..ha..ha...ha... special kes la nie..untuk menghalal cara...!!!!

NONEMenteri boleh memberi pengecualian kepada mana-mana individu daripada mematuhi kehendak undang-undang kecil bagi menjadi pengerusi atau ahli lembaga pengarah Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat dua syarat daripada undang-undang tersebut yang perlu dipatuhi sebelum perlantikan dilakukan.

"Tapi di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Felda, pihak menteri boleh mengecualikan sesiapa daripada mematuhi kehendak undang-undang kecil ini.

"Saya telah pun mengecualikan pematuhan undang-undang kecil tersebut kepada Tan Sri Isa (Samad) bermakna Tan Sri Isa boleh dilantik sebagai ahli lembaga oleh lembaga mereka," katanya selepas mengadakan 'walkabout' dan majlis ramah mesra warga penjaja dan peniaga kecil 1Malaysia di Jalan Petaling petang ini.

Tukar kerajaan, selesai masalah

Kita harus yakin bahawa kepimpinanan BN ini tidak mempunyai kesungguhan politik maupun keupayaan untuk melakukan reformasi.

Bahagian Akhir
Blogger Raja Petra Kamarudin (RPK) menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengaruhi Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada ketika itu, kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk menghalang siasatan dakwaan rasuah terhadap Mohamed Azmin Ali.
RPK mendedahkan perkara ini dalam laman web kendaliannya Malaysia Today pada 29 Mei lalu dan kejadian ini didakwa berlaku pada tahun 1995.
Azmin kini merupakan timbalan presiden PKR, ahli parlimen Gombak dan juga Adun Bukit Antarabangsa.
Berikutan itu kata RPK, kes itu ditutup sehingga beliau diberi fail penyiasatan baru-baru ini oleh bekas pegawai BPR dan dengan itu kes ini dibuka semula.
RPK juga mendakwa BPR menjumpai bukti yang cukup untuk menahan dan mendakwa Azmin pada ketika itu tetapi tidak berbuat demikian berikutan arahan untuk menutup kes itu. RPK juga memuat naik bahagian dari fail itu dalam laman webnya.

Peneroka FELDA ditimpa penyakit keluh kesah?

"Bercakap pasal FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV, teringat 10 buah syarikat di bawah permodalan nasional Berhad (PNB) telah dilupuskan.

Dari segi istilah "lupus" dihapuskan. Bermakna 10 buah syarikat dibawah PNB itu sudah tiada lagi.

Yang peliknya macam mana Datuk Seri Mohd Najib Razak berkata, akan dijualkan bumiputera yang punya berdaya saing.

Persoalan yang timbul, Bagaimana bumiputera hendak membelinya sedangkan 10 syarikat itu sudah lupus.

Projek IC Sabah: Jangan Tun M kena amnesia lagi

 
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang dalam nada menyindir meminta Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak diserang 'penyakit lupa' apabila memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja berhubung isu pendatang tanpa Izin di Sabah.

Menurut Kit Siang, apa yang dibimbangkan kini apabila 'penyakit lupa' Tun datang semula seperti berlaku ketika bekas Perdana Menteri itu memberi keterangan kepada Suruhan Jaya Diraja Pita Video Lingam.

Perbak minta JKM selesai kerakyatan anak yatim

Nip violent culture in the bud

Over the past two months a dangerous trend has been silently emerging in the country's political scene.

The trend is none other than the violence displayed by political players, be it from the ruling Barisan Nasional or opposition Pakatan Rakyat pact.
These incidents have set off an alarm and, if not curbed, could lead to a disaster. Some 55 years ago, Malaysia’s colonial masters have predicted that race violence would ultimately result in the demise of this multiracial nation.
Sensing this dangerous trend, leaders from both sides of the divide have sounded warning bells, telling voters and supporters alike that violence was not the way to go.
PAS president Abdul Hadi Awang was the latest. A few days ago, the PAS chief issued a “amanat” (more or less a directive) to party members that the government in power must be brought down in a courteous manner.
“We Malaysians are known for our courteous manner. Putting leaders in and out of power must be done in a courteous manner and not in an embarrassing way,” he had said in issuing the “amanat”.

DAP, PKR senada dengan PAS

Ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat mahu mengambil alih Kerajaan Pusat secara aman.
PETALING JAYA: Para pemimpin DAP dan PKR senada dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) secara aman.
Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw menekankan peri pentingnya perjuangan politik secara aman.
“Perjuangan politik secara aman adalah satu-satunya strategi dan falsafah yang perlu didokong untuk membawa perubahan.
“Kita tidak boleh sama sekali menggunakan kaedah ganas untuk perubahan politik,” kata Dr Tan yang juga merupakan ahli parlimen Kepong dan menambah, kaedah keganasan hanya akan berakhir dengan keganasan.