Khamis, 31 Mei 2012

Nasharuddin terkejut nama tiada dalam senarai

Yemeni troops continue offensive in south

Protests in India over fuel prices

Occupy PM’s Office called off

Najib will meet the disgruntled residents of Bukit Jalil estate.
PUTRAJAYA: The Bukit Jalil estate residents committee today called off its Occupy PM’s Office campaign after receiving a letter promising that Prime Minister Najib Tun Razak would meet the residents over their grouses.
The letter was delivered by P Ravin, a special officer to the Prime Minister.
“An appointment will be given within a week and we will meet Najib next month,” said Parti Sosialis Malaysia secretary-general S Arutchelvan, a member of the committee.
The residents are seeking four acres of land as replacement for a portion that once was part of Bukit Jalil estate but now allocated for a Muslim cemetery.

Isu Air : Umno Selangor Jangan Jadi Orang Suruhan Rozali

SHAH ALAM, 31 MEI: Umno Selangor dinasihatkan jangan terus menjadi ‘orang suruhan’ kepada Tan Sri Rozali Ismail iaitu Pengerusi Syarikat Bekalan Air Selangor(SYABAS) dan Puncak Niaga, kata Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar.
Nasihat ini ditujukan kepada Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar, Setiausaha Perhubungan Umno Selangor, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed dan mantan Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo.

Debat dengan hakim, kata Khalid kepada Zaid

Polemik ini tercetus berhubung tindakan Jais menahan anak Zaid, Ezra kerana menerbit dan mengedar buku kontroversi, "Allah, Kebebasan dan Cinta".
SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak cabaran bekas menteri kabinet Datuk Zaid Ibrahim mengenai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mengambil tindakan undang-undang ke atas penerbit dan pengedaran buku kontroversi “Allah, Kebebasan dan Cinta”.
Zaid menyuarakan cabaran itu di laman sosial twitter semalam sambil menyifatkan Abdul Khalid sebagai takut kepada Jais.
Memetik tulisan Zaid, beliau berkata “MB Selangor berkata Jais bertindak ikut kuasa. Dia takut dengan mereka. Saya akan dilepaskan tak
lama lagi. Adakah MB terima debat terbuka dengan saya mengenai isu ini?”
Abdul Khalid sambil berseloroh berkata Zaid boleh berdebat dengan hakim sekiranya tindakan Jais itu tidak mengikut undang-undang.

WWW 1 : Polis akan ambil kenyataan Nizar waktu terdekat


Ketua-Polis-Johor,-Datuk-Mohd-Mokhtar-Mohd-Shariff SENAI – Rakaman percakapan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin  berhubung kenyataannya mengenai pembiadaan nombor WWW 1, oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,  akan direkodkan dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan menerima 14 laporan polis terhadap Nizar berhubung isu tersebut, sehingga hari ini.

“Saya sahkan kita menerima 14 laporan polis dan pegawai DSP Senawi telah menghubungi beliau (Nizar) untuk menetapkan tarikh untuk rakamkan percakapan.

KBS tubuh panel siasat insiden lumba drag...dah kantoi baru nak siasat...tak de salah sape2 pung..!!!


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan akan menubuhkan  jawatankuasa khas bagi menyiasat insiden kemalangan semasa sesi ujian perlumbaan drag sempena sambutan Hari Belia Negara baru-baru ini.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata jawatankuasa itu akan turut dianggotai wakil Persatuan Permotoran Malaysia.

"Perkara itu telah dibincangkan dan mendapat persetujuan Kabinet semalam jadi sehingga hasil siasatan dikeluarkan, saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hang Samseng : Bila Tiba Masa Mati...Habislah Samseng Dia..!!!!

SAMSENG MACAM MANA PUN...MEREKA TAK BOLEH LARI DARI KEMATIAN...DAN BAKARAN API NERAKA...MEREKA BOLEH BUNUH MEMBUNUH SESAMA SENDIRI...KEMALANGAN...SAKIT..BUNUH DIRI DAN BERMACAM CARA ALLAH NAK MENGHAPUSKAN...MEREKA TIADA MEMILIKI WALAUPAUN SATU ZARAH UNTUK MELAWAN ALLAH...MEREKA NI JIKA TAK BERTAUBAT...MEREKA LAGI JAUH DARI RAHMAT ALLAH...TIDAK ADA UNTUNG SEDIKIT PUN JIKA KITA JADI SAMSENG...INGATLAH MATI...INGAT KUBUR YANG GELAP LAGI SEMPIT...INGATLAH NERAKA YANG MEMBAKAR KITA...YANG KITA KETIKA ITU TAK MATI2 LAGI.....

Kehilangan Jaban: Malaysia di bawah "hukum rimba"?

Adakah Malaysia benar-benar bebas dan berdaulat atau di bawah "law of the jungle" di mana penyampai berita Radio Free Sarawak Peter John Jaban yang telah hilang selama 6 jam sejurus selepas sampai di Miri tanpa pengetahuan pihak berkuasa.

Saya baru sahaja bercakap dengan peguam Jaban, Alan Ling yang juga ADUN DAP Piasau di Miri dan beliau sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku kepada Jaban selama 6 jam selepas berjumpanya di Lapangan Terbang Miri dari Kota Kinabalu.

Alan baru sahaja bercakap dengan pihak polis Miri lebih kurang satu jam tadi dan dimaklumkan sekali lagi bahawa pihak polis Miri tidak menerima apa-apa arahan atau terlibat dalam penahanan Jaban atau kehilangannya.

Jaban (gambar kiri) telah sampai ke Miri dari Kota Kinabalu menaiki penerbangan Air Asia kira-kira pada pukul 10:45 pagi dan seperti yang dikatakan oleh pihak polis Miri bahawa tiada apa-apa pun arahan untuk menahannya, Jaban telah meninggalkan lapangan terbang Miri menuju ke bandar Miri bersama-sama Pengerusi PKR Miri Dr.Michael Teo.

PRU13: Masa depan Nasharudin 'pudar' di Kelantan

Sidang Media IPO SPRM: Isu Azmin Ali, NFC dan pasir Selangor

'Butt exercise not stunt for government aid'..he.he..he...Ali Tinju..!!!

DARI NASIONALISME MELAYU, UMNO KINI JADI PARTI SEKS DAN SAMSENG

Hala tuju UMNO sering menjadi perbualan dan perbincangan ramai sejak akhir-akhir ini. Ini kerana hari demi hari, UMNO dilihat semakin tergelincir daripada landasan perjuangannya yang sebenar. Dari sebuah parti yang berasaskan nasionalisme Melayu, kemudian menuntut kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan dengan perjuangan membela orang Melayu, UMNO kini seakan-akan melupakan asas perjuangannya sendiri.

Ucapan pemimpin di majlis perjumpaan, mesyuarat cawangan, bahagian, pusat, ceramah menjelang pilihanraya mahupun sembang-sembang biasa, penekanan kepada perlunya UMNO dikekalkan kuasanya berasaskan sejarah perjuangan untuk terus membela orang-orang Melayu, semakin perlahan kedengaran nadanya. Malahan kepada generasi muda yang baru mengenali UMNO, hampir tidak ada penekanan supaya mereka lebih memahami susur galur perjuangan UMNO itu sendiri.

SO RICH! Perkasa unperturbed by RM500,000 fine

GEORGE TOWN- The Penang Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) will not be cowed by the prospect of a RM500,000 fine by the Penang Municipal Council (MPPP) for an open burning offence during a rally in front of the Komtar building on May 25.
SO RICH! Perkasa unperturbed by RM500,000 finePerkasa northeast district chairman Mohd Rizuad Mohd Azudin said the action taken by Penang Chief Minister Lim Guan Eng through the council was ridiculous as he was only a taxi driver with limited funds.
"We are not cowed by this and we will continue our struggle as Perkasa has a lot of support from the public who are feeling the pinch.
"His (Lim) move is unreasonable because I am only a taxi driver, if there isn't enough money for the election I will willingly offer my taxi," he told reporters at a news conference here today.
At the demonstration, Mohd Rizuad and 20 other members gathered after Friday prayers to burn t-shirts he had received in a package.
As a result of the open burning, Perkasa could face a fine of RM500,000 under Section 29 (a) of the Environmental Quality Act.

Krisis Syria: Pemberontak beri Presiden Bashar 48 jam


Bashar pengecut DAMSYIK - Kumpulan pemberontak, Tentera Syria Bebas (FSA) memberi kerajaan Presiden Bashar al-Assad tempoh 48 jam untuk mematuhi pelan gencatan senjata diusahakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kolonel Qassim Saadeddine berkata, jika tiada respons daripada kepimpinan Bashar menjelang waktu tengah hari esok, FSA akan menganggap pihaknya juga tidak akan tertakluk kepada pelan damai.

Semalam, pasukan pemantau PBB mengesahkan penemuan 13 mangsa yang ditembak mati di bandar  Deir el-Zour.

Himpunan Hijau: Polis ambil tindakan jika kecoh.....jika POLIS yang kecoh siapa nak ambil tindakan..????

ALOR SETAR - Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana kumpulan atau individu yang mencetuskan kekacauan sepanjang berlangsungnya 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' anjuran PAS di Stadium Darul Aman di sini esok.

Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Abdul Ghafar Rejab berkata pihaknya akan menghalang sebarang demontrasi oleh pihak lain di tempat sama bagi mengelak berlaku pergaduhan akibat provokasi itu.

Beliau berkata setakat ini hasil risikan pihaknya mendapati tidak ada mana-mana pihak atau individu yang merancang melakukan provokasi terhadap himpunan tersebut.

Katanya pada masa sama pihaknya akan menempatkan 550 anggota polis yang akan mengawal ketenteraman awam, keselamatan, trafik dan jenayah di sekitar stadium yang bakal disertai 30,000 hingga 40,000 anggota dan  penyokong PAS.

Sukuk RM2.5bil: Kehebatan BN utk menutup gejala 3D - 'Defisit, Debt dan Deceit'

Sukuk RM2.5bil: Kehebatan BN utk menutup gejala 3D - 'Defisit, Debt dan Deceit'
Sukuk RM2.5 Bilion Oleh MAS Yang Dijamin Oleh Kerajaan Persekutuan Membuktikan Kehebatan BN Untuk Menutup Gejala 3D Iaitu Defisit, Hutang (Debt) Dan Penipuan (Deceit).
Bulan Lepas, Malaysia Airlines (MAS) telah mengumumkan pelancaran Sukuk untuk menambah modal sebanyak RM2.5 bilion untuk menangani kekurangan modal kerja ekoran kerugian RM2.52 bilion pada tahun 2011. Satu aspek yang kurang diberi perhatian adalah bahawa modal yang ingin dikumpul ini akan dijamin oleh Kerajaan Persekutuan, lantas menambahkan liabiliti kontingen ke atas hutang Kerajaan Persekutuan yang sudah berada di tahap RM456 bilion setakat 2011.
Penambahan modal RM2.5 bilion oleh MAS yang dijamin oleh Kerajaan Persekutuan membuktikan kejayaan BN untuk menutup gejala 3D iaitu Defisit, Hutang (Debt) dan Penipuan (Deceit). BN tahu bahawa isu kritikal dalam pilihan raya umum yang akan datang adalah pengendalian ekonomi dan bagaimana kos sara hidup rakyat boleh dikurangkan dan kesejahteraan ekonomi ditingkatkan.

Scorpene : MP fail usul tergempar isu jualan rahsia negara


 
Anggota parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar akan memfailkan usul tergempar pada sesi Parlimen akan datang berhubung dakwaan penjualan dokumen sulit kerajaan kepada sebuah syarikat pertahanan Perancis.

Naib presiden PKR itu juga berkata, rakyat berhak menuntut penjelasan perdana menteri kerana jika benar, wujud kemungkinan bahaya besar kepada negara ini.

Menurut Nurul Izzah lagi, ia juga memungkinkan maklumat rahsia pertahanan negara yang lain turut dijual kepada ejen asing.

SKM bersalah biarkan Isa jadi ahli KPF - Mazlan

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) berpendirian Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersalah kerana membiarkan Koperasì Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) menerima keahlian Tan Sri Isa Samad.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, SKM harus bertanggungjawab dalam perkara ini sehingga Isa boleh dilantik sebagai pengerusi KPF.

Beliau yakin SKM menerima tekanan politik daripada 'orang-orang' Isa yang memaksa badan itu membiarkan KPF membuat keputusan tersebut walaupun tahu ia bercanggah dengan undang-undang kecil KPF.

"Saya tetap menyalahkan SKM dalam kes keahlian Isa ini kerana melihat kronologi, penjelasan SKM dalam pertemuan kedua dengan Anak, SKM mengakui Isa belum disahkan sebagai pengerusi KPF.

NFC : 'Shahrizat tak terlibat, apakah Najib pecah amanah?'


 
PKR mempersoalkan sekiranya tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melepaskan ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil daripada tuduhan rasuah hari ini akan menyebabkan perdana menteri berdepan tuduhan pecah amanah.
Pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli serta ketua sayap wanitanya Zuraida Kamarudin menimbulkan persoalan itu dengan mengaitkan penglibatan Najib selaku pengerusi jawatankuasa tender yang menganugerahkan projek tersebut kepada National Feedlot Corporation (NFC).
"Jika Datuk Seri Shahrizat tidak terlibat, apakah ini bermakna Datuk Seri Najib yang pecah amanah kerana beliau (tanpa dipengaruhi dan diminta oleh Shahrizat) menganugerahkan tender RM250 juta kepada NFC yang tidak layak?"

Keputusan SPRM Lepaskan Shahrizat Timbul Banyak Tanda Tanya..????

KUALA LUMPUR 31 MEI : Keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) untuk membuka kembali kes siasatan rasuah tahun 1995 terhadap Azmin Ali dikesali kerana dalam masa yang sama melepaskan Shahrizat Jalil berhubung kes projek Pusat Fidlot Nasional(NFC).
Kekesalan ini dinyatakan dalam kenyataan bersama Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.
Kenyataan itu menyebut, sungguh pun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan Ketua Wanita Umno Malaysia itu dari tuduhan rasuah bersabit NFC tetapi keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Azmin benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM.

Karikatur : Kartunis tak akan hiraukan larangan SPR

NONEKumpulan kartunis tidak mengiktiraf dan tidak akan menghiraukan tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang melarang penggunaan karikatur dalam dalam kempen pilihan raya umum akan datang.

Malah, kartunis terkenal Zulkiflee SM Anwar Ulhaque hari ini mengumumkan akan mengetuai sekumpulan kartunis untuk bergerak aktif dan membuka bilik gerakan sendiri dalam tempoh berkempen.

"Kami akan membuka bilik gerakan kartunis sendiri dan akan bergerak secara berkumpulan dengan menggunakan van dan berkempen ketika kempen pilihan raya umum," kata Zunar (kanan) merujuk kepada inisiatiuf Kumpulan Kartunis Independen (KKI) yang baru ditubuhkan baru-baru ini.

Radio Free S'wak's Jaban snatched away in broad daylight: Still missing after 6 hrs

Radio Free S'wak's Jaban snatched away in broad daylight: Still missing after 6 hrsIs Malaysia under the rule of law or the law of jungle where Radio Free Sarawak presenter Peter John Jaban can disappear for six hours after arrival in Miri this morning without anyone in authority claiming knowledge or responsibility?
I have just spoken to Jaban’s lawyer, Alan Ling, the DAP Piasau State Assemblyman in Miri, and he confirmed that he is completely in the dark as what to has happened to Jaban some six hours after he met him at the Miri Airport on his arrival from Kota Kinabalu.
Alan had just spoken to the Miri police less than an hour ago and he was again told that the Miri police had no instruction or was not in anyway involved in Jaban’s arrest or disappearance.
Jaban had arrived in Miri from Kota Kinabalu in an Air Asia flight at about 10.45 am and as the Miri police had assured Alan that there was no instruction for Jaban’s arrest, Jaban had left the airport for Miri town with the Miri PKR chairman Dr. Michael Teo.

SPRM: Adun Sri Muda, Batu Caves 'bersih'........Kak Ijat tumpang 'Bersih'...!!!


Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil
Pengerusi Panel Penilaian Operasi (IPO) SPRM, Datuk Seri Hadenan Abdul Jalil
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengisytiharkan kes membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Mat Suhaimi Shafiei dan rakan sejawatannya kerusi Batu Caves, Amirudin Shari, yang disiasat berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor, dengan rasminya telah ditutup.

Senarai keganasan Samseng UMNO , kenapa polis takut nak dakwa ?

 Samseng Taik Minyak ini jelas terbukti bertindak ganas melanggar undang-undang. Sampai sekarang bebas tidak didakwa. Malah semakin berani menganas. Mana polis Malaysia?
Jadual 1: Kronologi Insiden Keganasan (Jan 2012-Mei 2012)
Tarikh
Acara/Tempat
Insiden
25 Mei
Lembah Pantai
v  Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah melaporkan beberapa biji telur dilempar di tangga pejabatnya.
24 Mei
Ceramah Pakatan/ Lembah Pantai
v  Beberapa individu membaling batu, telur dan botol air ke arah para hadirin mengakibatkan seorang penonton ceramah cedera selepas terkena batu yang dilemparkan dari arah yang tidak diketahui dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis turut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan.
24 Mei
Ceramah Pakatan/ Kuala Kangsar
v  Terdapat 11 kereta disimbah cat biru semasa majlis ceramah dilangsungkan, termasuk kereta Bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan dari kuasanya, Nizar Jamaluddin. Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan.
24 Mei
Ceramah Pakatan/ Bangi
v  Sekira-kira 30 orang melakukan provokasi termasuk membaling batu dan melontar kata-kata kesat ketika Mat Sabu memberi ceramah di pentas.[1]
20 Mei
Minum Petang bersama Amiga/
Merlimau, Melaka
v  Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga. Salah satu daripada tayar kenderaan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam kumpulan itu.
11 Mei
Pulau Pinang
v  Kira-kira 30 anggota kumpulan pendesak Melayu PERKASA melangsungkan "upacara pengebumian" di depan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng di Pulau Pinang bagi menyatakan perasan tidak puas hati terhadap pentadbirannnya sejak 2008.
6 Mei
Pahang
v  Ibu Pejabat Keadilan Pahang diceroboh. Pengerusi Majlis Pimpinannya, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata bahawa pecereboh itu bukan berniat mencuri tapi fail, komputer habis dimusnahkan.[2]
2 Mei
Hantar memorandum pada Perdana Menteri/
Putrajaya
v  Tiga orang ahli Keadilan iaitu K. Gunasekaran, S. Murali dan Gobalakrishnan telah tercedera akibat serangan yang didakwa diketuai oleh Ketua Pemuda MIC, T. Mohan semasa mereka melawat Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri berkenaan isu kad pengenalan bangsa India di Malaysia.[3]
19 April
Demonstrasi Mansuhkan PTPTN/ Dataran Mederka
v  Sekumpulan antara 40 hingga 80 samseng berkelakuan biadap apabila menyerang perkhemahan mahasiswa di Dataran Merdeka, kira-kira jam 2.30 pagi. Mereka berpakaian serba hitam, samseng itu turut meroboh khemah, memukul mahasiwa dan orang ramai yang menyokong perkhemahan di samping mensasari terhadap mereka yang membawa kamera dan alat perakam video.
3 April
Pertikaian rumah pangsa Kampung kerinchi/ Lembah Pantai
v  Protes aman melibatkan seramai 433 bekas penduduk rumah pangsa Kampung Kerinchi, bertukar kecoh apabila sebahagian penduduk enggan mengosongkan rumah mereka. Kekecohan ini juga menyaksikan pelajar kontroversi Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) Adam Adli ditumbuk.
26 Mac
Majlis Sambutan Sempena Empat Tahun Pemerintahan Pakatan Rakyat Selangor/ Stadium Kuala Selangor
v  Seramai kira-kira 20 samseng bermotor berkumpul di pagar stadium dan melakukan provokasi kepada hadirin, termasuk membaling objek seperti batu dan botol air ke dalam stadium.[4]
26 Febuari
Ceramah Pakatan/
Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang
v  Seorang samseng Umno mengacu penumbuk, beberapa inci sahaja dari wajah Nurul Izzah, sebelum sempat dihalang penyokong Pakatan.[5]
26 Febuari
Perhimpunan Hijau, Pulau Pinang
v  Sekumpulan samseng Umno menaiki pentas acara Himpunan Hijau di Pulau Pinang dan menghambur kata-kata kesat terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Pecerobon tersebut mengakibatkan seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar bahasa Cina cedera dipukul dengan topi keledar.
19 Febuari
Ceramah Pakatan/ Sembrong, Johor
v  Lebih 100 orang, kebanyakannya remaja belasan tahun, telah melakukan gangguan di sebuah program ceramah DSAI. Mereka turut melempar mercun, telur, botol dan kayu di samping melontar kata-kata kesat ketika DSAI berucap.
v  Di samping itu, sekumpulan samseng yang membawa bendera Umno dan BN itu turut memecahkan cermin kereta DSAI dan bertindak ganas menendang bahagian keretanya sehingga kemek.
13 Febuari
Ceramah Pakatan / Alor Gajah
v  Sekira-kira 20 hingga 30 samseng bermotosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah tersebut. Malah, sejurus sebelum ceramah bermula, mereka telah menampar seorang lelaki ahli Keadilan yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.
12 Febuari
Kebebasan Akademik/ Klang
v  Satu ceramah mengenai kebebasan akademik terpaksa dibatalkan selepas sekumpulan remaja mengganggu majlis itu dan mengepung lokasi sebelum ceramah bermula.
21 Jan
Ceramah ABU/ Shah Alam
v  Penyokong Umno dipercayai bertindak ganas apabila menyerang orang ramai pada satu aktiviti ceramah ABU (Asal Bukan Umno)-Hindraf, mereka menggunakan kerusi dan juga menggunakan kayu bendera sebagai senjata memukul orang India yang berada di dalam serta di luar dewan. Insiden ini mengakibatkan seorang ahli Kelab Penyokong PAS, Krishnan cedera parah apabila diserang oleh Umno dan dimasukan ke Hospital Pakar Sri Sentosa bagi menerima rawatan.

Sultan yang Dekat di Mata dan Hati Rakyat


Razak Baginda sold naval secrets to French firm, Umno implicated - Scorpene lawyers

Razak Baginda sold naval secrets to French firm, Umno implicated - Scorpene lawyers
French lawyers acting for Malaysian NGO SUARAM have accused a close aide of Prime Minister Najib Razak of selling defence secrets to arms maker DCNS for 36mil euros or RM142 million.
“It was a secret document by the Malaysian Navy, an evaluation for the order of the submarines, which is a highly confidential report,” Joseph Breham told a press conference in Bangkok on Wednesday.
According to Breham, who heads the SUARAM legal team, French police have uncovered evidence that a firm Terasasi had sold the secret information to the the French naval giant.
The latest news harking at treason is bound to jolt Malaysians, already worried and demoralized by the endemic corruption in Najib's ruling Umno party. As Breham pointed out, even in France selling highly-classified papers to another country is a breach of defence secrets and illegal.
“It’s treason because you are selling a competitor or a foreign country what you think about a specific weapon, and your plan on how to use this specific weapon. In France, if you release them, you can be punished up to 10 years’ jail,” he said

Kajian: Melayu kini menolak Umno Baru

UMNO mempunyai kelebihan ke atas PAS sebelum Februari 1988 tetapi hari ini UMNO Baru kalah kepada PAS dan PKR. Pemimpin-pemimpin dalam UMNO Baru telah gagal untuk menyelamatkan UMNO. UMNO Baru yang gagal telah menyebabkan kebangkitan PAS dan PKR.
Orang Melayu sekarang cenderung untuk menyokong PAS dan PKR lebih daripada UMNO Baru. Dan apa yang menjadi luar jangka adalah terdapat sejumlah besar orang Melayu yang menyokong DAP, meninggalkan Barisan Nasional (BN) di belakang dalam perlumbaan untuk Pilihan Raya Umum ke-13.

MACC blamed for alleged whitewash in Shahrizat-NFC probe


KUALA LUMPUR, May 31 — The Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) was accused today of whitewashing Datuk Seri Shahrizat Jalil's National Feedlot Centre (NFC) graft investigation , with PKR's Rafiz Ramli pointing out that he had not even been questioned by investigators despite being responsible for most of the allegations against the minister and her family.
Rafizi, the man who led a relentless campaign to expose alleged misappropriation of public funds in the management of NFC, pointed out that he had been the one leading the series of exposes on the NFC since the RM250 million federally-funded cattle funding project hit media headlines late last year.
"Seeing as I was the one who exposed all these issues in the NFC, one has to wonder - why have I not been called in to see the MACC when I have been the loudest in this issue?" he told The Malaysian Insider when contacted this afternoon.

PKR gears up for polls with 12mil pamphlets

The move is to educate the voters, especially rural voters, on Pakatan Rakyat's Buku Jingga pledges.
PETALING JAYA: While date of the general election remains elusive, PKR has started printing pamphlets in an effort to give exposure to its Buku Jingga, which contains the opposition’s plans for the country, and woo voters in the process.
“We have printed 12 million pamphlets to be distributed throughout the nation to promote ‘Buku Jingga’,” a party source told FMT.
The country has about nine million voters who would cast their ballots in the upcoming polls, while another three million new voters would join the list next year.
The party source, who did not want to be named, said the ‘Buku Jingga’ will become a major weapon for PKR in an effort to persuade voters.

Cadangan debat isu tanah rakyat Johor

PERBAK : 24 tahun hidup merempat

Kantoi : Kumpulan 'senaman punggung' tuntut duit kopi, tanah dari Kerajaan Selangor

Kumpulan pesara tentera yang terkenal dengan aksi "senaman punggung" depan rumah Datuk S Ambiga menuntut "duit kopi" diberikan kepada golongan itu yang memegang pingat diraja dan tanah 20 ekar untuk kebajikan mereka.

Permintaan pemberian bulanan itu dibuat Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Manakala tuntutan tanah itu dikemukakan kepada kerajaan Selangor.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Mohd Ali Baharom berkata, bayaran bulanan dariapda kementerian dicadangkan sebanyak RM300 kepada penerima Pingat Jasa Negara (PJN) sebagai penghargaan sebagai tanda penghargaan.

Laporan penuh Kes Kapal Selam

Suaram, NGO hak asasi manusia terkemuka di Malaysia, mengalu-alukan semua media, kedua-dua media serantau dan Malaysia, serta ahli-ahli masyarakat diplomatik di Bangkok, taklimat media ini eksklusif, pada satu skandal rasuah yang paling sensasi dan kontroversi di negara kita, dan mungkin di rantau ASEAN.

Ini merupakan sidang media bersama yang pertama antara peguam Perancis dan pasukan SUARAM, berikutan bermulanya siasatan kehakiman di instance Tribunal Grande De di Paris, yang akan menyiasat jenayah rasuah yang didakwa dan rasuah yang menyalahi undang-undang yang melibatkan pegawai tertinggi dari kedua-dua Malaysia dan Perancis.

Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, delegasi Suaram yang terdiri daripada ahli lembaga pengarah Kua Kia Soong, Cynthia Gabriel dan Fadiah Nadwa Fikri, kembali selepas suatu pendengaran berjaya sebelum Hakim Roger Le Loire, salah satu daripada dua orang Hakim Arahan yang ditugaskan untuk menyelia kes itu.

YB Dr Lee Boon Chye: UMNO Guna Politik Ganas/Samseng, Kotor & Tipu!

Himpunan Hijau persediaan hadapi PRU-13

KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau ke Putrajaya di Alor Setar Kedah esok adalah ijtimak terbesar PAS bagi memperkasakan persiapan menghadapi PRU ke 13.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, himpunan itu bakal menyerlahkan satu penyataan persediaan jentera parti di semua peringkat berdepan pilihan raya.

"Himpunan ini akan diadakan dalam suasana semua pihak menggembleng tenaga dan sokongan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti yang bakal menerajui negara.

"Himpunan ini juga satu medan mendekatkan diri sebagai makhluk Allah dengan rayuan, bermunajat dan menghambakan diri kepada Allah agar kemenangan Islam dapat dicapai dalam PRU ke 13," katanya.

Beliau yakin himpunan esok mampu menjadi model himpunan paling baik untuk dinilai oleh rakyat.

Himpunan Hijau “Semarak Perjuangan Serlah Keyakinan”

Himpunan Hijau pada 1hb Jun adalah ijtimak terbesar PAS bagi menggarap gelombang mujahadah seluruh ahli dan jentera parti bagi memperkasakan persiapan menghadapi PRU ke 13.

Himpunan bagi menggantikan muktamar PAS Pusat yang ditangguh ini akan menyerlahkan satu penyataan persediaan jentera parti di semua peringkat.


Himpunan ini akan diadakan dalam suasana semua pihak menggembleng tenaga dan sokongan bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap parti yang bakal menerajui negara.


Himpunan ini juga satu medan mendekatkan diri sebagai makhluk Allah dengan rayuan, bermunajat dan menghambakan diri kepada Allah agar kemenangan Islam dapat dicapai dalam PRU ke 13.

Larang kempen guna kartun melucukan - Zunar

KUALA LUMPUR: Kumpulan Kartunis Independen (KKI) menyifatkan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melarang penggunaan kartun dalam kempen Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 sebagai 'melucukan'.

Ketuanya Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata, yang patut diberi perhatian oleh SPR bukan medium, tetapi kandungan atau mesej yang digunakan oleh parti-parti politik dan penyokong yang berkempen.

Mesej yang tidak bertanggungjawab serta bersifat serangan peribadi dalam apa jua medium ujarnya perlu diambil tindakan.

"Kartun adalah salah satu medium bagi parti-parti politik untuk menyampaikan mesej dalam Pilihanraya dan ia adalah medium yang halal dipraktiskan secara undang-undang di Malaysia dan kerana itu SPR tak berhak melarangnya.

Shahrizat’s case closed, Azmin’s case re-opened

The MACC review panel clears the minister of any wrongdoing in the NFC scandal, and at the same time, recommends that the PKR deputy president's case be re-investigated.
KUALA LUMPUR: The MACC operations review panel has cleared former minister Shahrizat Abdul Jalil of any links with regard to the National Feedlot Centre scandal, in which her husband and children have been implicated.
On another matter, the panel ordered the case against PKR deputy president Azmin Ali to be re-opened based on the fresh information received.
As for Shahrizat’s case, panel chairperson Hadenan Abdul Jalil said: “The panel found that she was not involved in awarding the project to the company (headed by her husband Mohamed Salleh Ismail) and the (government’s) RM250 million loan (for NFC).”

1,758 bekas penghuni rumah kebajikan hidup merempat


PETALING JAYA: Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKM) perlu bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan setiap remaja yang keluar dari pusat jagaan di bawah selian mereka diberi hak kerakyataan serta jaminan pekerjaan.

Bekas penghuni Rumah Budak-budak Lelaki Tun Abdul Aziz Melaka, Muhammad Khairul Hafiz Abdullah menjelaskan kepada pemberita, sepanjang 24 tahun beliau menderita apabila tidak mendapat taraf kewarganegaraan walaupun dilahirkan di Malaysia.

"Saya diistilah sebagai 'anak tong sampah' dilahirkan di negara ini tetapi sejak saya dilahirkan hinggalah tahun 2011 saya bukannya warganegara ini.

Terima keahlian Isa Samad langgar peraturan KPF

Suruhanjaya Koperasi Malaysia memutuskan tindakan Koperasì Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) menerima keahlian  Tan Sri Isa Samad bercanggah dengan undang-undang kecilnya.

Bagaimanapun, tiada peruntukan dalam peraturan itu yang membolehkan keanggotaan yang telah diterima oleh lembaga pengarah KPF dibatalkan.

NONEOleh yang demikian, keanggotaan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu diputuskan kekal.

Menurut peguam pengadu kes itu Ahmad Nizam Hamid (kiri), keputusan itu dimaklumkan kepadanya melalui sepucuk surat semalam.

Ahmad Nizam mewakili 16 orang peneroka Felda gugusan Jengka, Pahang yang membantah keahlian Isa ekoran teguran dengar SKM kepada KPF kerana gagal mematuhi Fasal 11 Undang-undang Kecil KPF berkaitan syarat-syarat keahlian.

Menurut keputusan itu, Ahmad Nizam berkata, keputusan itu "paling pelik" pernah didengarnya sepanjang mengendalikan kes-kes berkaitan peneroka.

"Walaupun penerimaan keanggotaan Isa bercanggah undang-undang kecil KPF, beliau kekal sebagai anggota dan juga pengerusi KPF," katanya.

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 berkuatkuasa serta merta - Facebookers PR jaga-jaga.

Apa akta yang merepek lagi mengarut neh? Sebenarnya akta neh takde merepek sangat tetapi bn buat ia jadi merepek. Maksudnya aku, daripada tak berapa nak merepek kepada merepek habis setelah melalui pindaan 2012. Bagaimana bn buat ia jadi merepek? Dan bagaimana repekan bn akan menyusahkan kita terutamanya penyokong2 pr di facebook, blog dan twitter? 



Meh baca kat bawah neh sat ;

Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.
Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Majlis Pertemuan Dan Dialog Anak-anak Kelantan 2 Jun

Peluang Menyoal Dan Mendapat Penjelasan

Pada Sabtu 2 Jun  ini untuk kesekian kalinya kerajaan negeri Kelantan mengadakan majlis pertemuan dan dialog dengan anak-anak Kelantan di perantauan. Majlis kali ini akan berlangsung di Hotel Putra terletak di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur dianjurkan Urusetia Kerajaan Kelantan dengan kerjasama Persatuan Anak-Anak Kelantan DiPerantauan (Perkaran) Malaysia.

Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama semua anggota Exco akan turut sama menghadiri majlis berkenaan. Selain itu para pegawai kerajaan berkaitan juga akan ikut sama. Majlis seperti itu sudah kerap kali diadakan. Sebelum ini majlis pertemuan dengan anak-anak Kelantan di peringkat kawasan Parlimen atau pun jajahan telah diadakan.

Sehingga ini hampir semua kawasan parlimen telah pun mengadakan pertemuan seumpama itu di mana sambutannya ada yang memuaskan dan ada yang suram kurang mendapat sambutan kerana kelemahan penganjur. Kekerapan kerajaan dan pimpinan PAS mengadakan pertemuan ini menunjukkan kerajaan Kelantan mengambil berat dan cakna kepada hal ehwal rakyat Kelantan di luar.

Dengan adanya majlis ini juga hubungan kerajaan negeri Kelantan erat dan anak-anak Kelantan yang tinggal di luar tidak berjauhan dan merasakan mereka dipedulikan. Majlis yang akan berlangsung pada 2 Jun nanti dari jam 2:00 hingga 7: 00 petang adalah kesenimbungan dan boleh juga dianggap sebagai kemuncak kepada beberapa majlis seperti itu yang telah pun diadakan.

Azmin on RPK expose: I'm not that rich

Today in History for May 31st

Debate 2.0: DAP & MCA: Whose policies benefit the country more?

Tunku Abdul Rahman VS Tok Guru Nik Aziz

Anwar Ibrahim: Merdeka Rakyat Rumah Panjang Jugah

FATWA ANTARABANGSA : BASYAR ASSAD WAJIB DI BUNUH!!


Ulama besar di Al-Azhar, merupakan institusi pendidikan ternama di dunia Islam, telah mengeluarkan fatwa yang menyeru pembunuhan terhadap Presiden Syria Bashar Al-Assad atas kematian ribuan orang awam yang menentang regim diktatoriannya. “Bashar Al-Assad adalah pembunuh dan harus dibunuh,” kata Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir, kepada akhbar milik Parti Kebebasan dan Keadilan yang merupakan sayap politik Ikhwanul Muslimin, hari Rabu 14 Mac.

 “Dia yang menaburkan peluru terhadap rakyatnya adalah perbuatan terkutuk dan penjahat perang yang wajib dihukum.” Lebih dari 8000 orang Syria telah terbunuh dalam tindakan keras membunuh yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Assad pada protes menuntut diakhirinya 11 tahun pemerintahan Assad. Pihak berkuasa Syria berdalih mereka berperang melawan “pengganas”, yang telah mengorbankan 2000 tentera dan polis.

Mafia Dilindungi : Ah Long kini ganas,baling bom petrol

Pemberi pinjaman wang haram atau ah long bertindak lebih agresif dengan membakar kenderaan dan melontar bom petrol ke dalam rumah peminjam yang gagal melunaskan hutang mereka.”Selain bertindak sedemikian untuk mengganggu peminjam, mereka juga membahayakan nyawa orang lain,” kata Ketua Biro Khidmat Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong (gambar:tengah-sedang menunjukkan gambar-gambar selepas serangan tersebut).
“Jika api merebak, ia turut memusnahkan rumah jiran berdekatan,” katanya di pejabatnya di sini, Rabu.
Beliau berkata, sebanyak 239 kes individu dan keluarga diganggu oleh ah long dilaporkan kepada jabatan itu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding hanya 356 kes tahun lalu.
Katanya, kes tahun ini melibatkan sejumlah pinjaman sebanyak RM14 juta daripada ah long.
Beliau berkata, kebanyakan mangsa meminjam wang untuk kegiatan perjudian manakala beberapa yang lain mendapatkan pinjaman bagi memulakan perniagaan.

Dihadapan berdepan dengan pembangkang, didalam bermusuh sesama sendiri

UMNO bukan sahaja bermasalah untuk menentang parti-parti pembangkang, parti itu juga sedang berhadapan dengan masalah dalamannya. Masalah dalaman UMNO bukannya kecil. Ia melibatkan pergerakan dalam yang dilakukan oleh sekumpulan pemimpin UMNO yang veteran dan yang muda untuk menyusun kembali hiraki kepimpinan parti itu.
Dalam situasi menghadapi pilihanraya umum, UMNO juga sedang membuat persediaan untuk mengadakan perhimpunan agong parti dan perhimpunan kali ini melibatkan pemilihan kepimpinan di setiap peringkat. Gerakan-gerakan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi parti dalam isu pemilihan kali ini amat besar ertinya dalam menentukan masa depan setengah pemimpin tertinggi parti dan pemimpin muda yang tidak sabar untuk menongkah arus dengan cita-cita besar menjadi Pemegang tampok kuasa suatu hari nanti.

Daulatnya Kak Mah dihati Boneka UMNO-SPR!

Ini je puncanya...
Tak yah kait-kait dengan PRN Sarawak la duhai ahli UMNO bertopengkan Suruhanjaya Pilihanraya oiiii!!

SPR larang kempen karikatur

JOHOR BAHRU 30 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dilarang memasang poster atau banting yang memaparkan karikatur individu atau personaliti.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, ini kerana bahan kempen seperti itu adalah perkara menyindir, tidak serius, budaya tidak baik serta memperlekehkan seseorang, sekali gus tidak sesuai digunakan pada kempen pilihan raya.
Menurutnya, SPR akan menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 4(a) Akta Pilihan Raya 1994 untuk melaksanakan perkara tersebut termasuk menanggalkan atau menurunkan mana-mana poster atau banting seumpama itu.

"Pilihan raya ini satu aktiviti serius dan kita tidak boleh benarkan parti politik mempamerkan bahan kempen yang memperlekehkan seseorang dan jika kita dapati ada berlaku perkara seperti itu, SPR tidak akan benarkan.

Hari-Hari Terakhir Yang Amat Menakutkan Bagi Seorang Mamak Bendahara

Anwar pernah arahkan polis takutkan orang - Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengarahkan pegawai tinggi kerajaan melakukan sesuatu bukanlah perkara yang luar biasa.

Menurut Dr. Mahathir, Anwar ketika didakwa di mahkamah sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri pada penghujung 1990-an, pernah mengarahkan polis untuk menakutkan beberapa saksi yang terlibat dalam pertuduhan salah guna kuasa dan liwat dihadapinya.

"Kalau dia mengarah itu bukan sesuatu yang luar biasa kerana dia biasa mengarah pegawai polis untuk menakutkan orang, itu pun dia biasa buat juga.


"Dia (Anwar) suruh polis 'gempaq' (menakutkan) pakar pergigian, (Allahyarham) Dr. Ristina Majid dan Ummi Hafilda (adik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali) yang terlibat dalam perbicaraan. Dia guna kuasa polis dengan cara salah," katanya.

Pas tidak akan khianati Pakatan


SHAH ALAM - Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan, pihaknya tidak akan mengkhianati perjanjian untuk bersama dengan dua rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) - perikatan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Mac 2008.
Sehubungan itu kata beliau, pihaknya menerima perjanjian tersebut memandangkan PR memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan manakala Umno pula tidak menunjukkan sikap sedemikian.
Pas tidak akan khianati Pakatan Dalam soal ini, pemimpin veteran Pas ini menegaskan, tidak timbul isu parti Islam itu lebih kuat berbanding Umno dan BN sehingga kononnya menolak pelawaan parti lawan mereka untuk berunding aspek kerjasama politik.
"Soal Pas kuat atau Umno-BN lemah, itu bukan isunya. Kami tidak mahu mendabik dada, tetapi kita tidak akan mengkhianati perjanjian dengan komponen Pakatan Rakyat dan akan lawan BN menghadapi PRU ini.
"PR memperjuangkan keadilan, kesaksamaan dan Umno tidak menunjukkan sikap seperti itu," kata beliau dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian dan Sinar Harian Online, semalam.

SUHAKAM Digesa Siasat Malam Berdarah Lembah Pantai

KUALA LUMPUR: MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar telah menghantar satu memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berhubung keganasan politik pada “malam berdarah Lembah Pantai” pada 24 Mei lalu.
Beliau berkata keganasan politik pada malam itu, di mana batu, telur dan botol air dilontarkan ke penonton ceramah Pakatan Rakyat, merupakan satu deklarasi perang terhadap demokrasi dan rakyat.
Seorang warga emas cedera dibahagian kepala dipercayai terkena batu yang dilemparkan ke arah hadirin yang berkumpul di ceramah tersebut di flat Pantai Permai, Lembah Pantai.
Ceramah yang bertajuk “Halatuju Politik dan Ekonomi Negara” itu memaparkan ucapan dari Nurul Izzah, MP Batu Tian Chua, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tunggu kejutan di Himpunan Hijau esok

KUALA LUMPUR: Dijangkakan akan ada beberapa kejutan akan diumumkan oleh PAS dalam Himpunan Hijau ke Putrajaya yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman Alor Setar esok.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya berhubung 'kejutan' itu, beliau berkata ianya mungkin diumumkan pada acara kemuncak di sebelah malamnya.

"Malam esok adalah program kemuncaknya di mana semua pimpinan utama PAS akan hadir.

"Semestinya mungkin ada beberapa orang baru nak isytihar masuk PAS," katanya.

Sebelum ini desas-desus menyebut beberapa lagi tokoh berpengaruh dan pernah memegang jawatan tinggi negara akan membuat perisytiharan meyertai PAS pada Himpunan Hijau ini.

Sejak kebelakangan ini, ramai tokoh dan salebriti yang cenderung kepada agama mengumumkan secara terbuka menyertai PAS.

Mengisi harapan Himpunan Hijau

Jumaat ini, seawal lapan pagi, bandar Alor Star akan dilimpahi warna hijau  - warna yang diasosiasikan dengan alam tumbuh tumbuhan kurnia Allah s.w.t  – sesuai dengan gelaran Negeri Kedah Darul Aman, negeri jelapang padi yang diperintah oleh PAS/Pakatan Rakyat sejak 2008.


Limpahan warna hijau ini ialah berikutan Himpunan Hijau Ke Puterajaya, sebuah himpunan PAS yang dijangka dihadiri oleh kira-kira seratus ribu ahli dan penyokong PAS seluruh negara yang diarahkan supaya datang memakai baju warna hijau.

Saya kira ini bukan sebuah pesta untuk hanya berkumpul dan berseronok-seronok sementara menunggu kedatang PRU Ke-13, bukan juga untuk menunjuk kekuatan. Tetapi sebuah himpunan yang penting untuk menerima arahan pimpinan akan apa yang wajib dilakukan, terutama di segi persiapan menghadapi sebuah pilihan raya akan datang yang tidak dapat dibayangkan bagaimana bentuk suasananya, sama ada sebuah pilihan raya yang benar-benar bersih, demokratik atau bagaimana.

Agah : 'Penyenaraian Felda akan lebih baik dari Facebook' - Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di Bursa Malaysia akan lebih baik daripada laman sosial Facebook.

"Penyenaraian (FGV) ini mencatat dua detik sejarah untuk FELDA. Pertama, penyenaraian terbesar di Asia pada tahun 2012.

"Kedua, ia IPO kedua terbesar di dunia selepas Facebook. Insya-Allah, FGV lebih baik daripada Facebook, saya kira," katanya sambil diiringi gelak ketawa para hadirin.

Najib berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan sempena pelancaran prospektus FGVH di Bursa Malaysia.

BIG SHAKEUP in M'sian Indian politics: Violence goes on, Ganabatirao and brother attacked

BIG SHAKEUP in M'sian Indian politics: Violence goes on, Ganabatirao and brother attackedMany Malaysians, especially from other racial groups may not have realized it yet, but politics in the Indian community is shaking up in a big way, with new players emerging and new 'heroes' set to take the front stage.
This has led to a spate of violence among the various political camps as incumbents resorted to all ways and means to hang onto to their territory.
V Ganabatirao and his brother Raidu - among the 'new stars' in the Indian community and responsible for helping organize last Sunday's Indraf 2.0 rally - were attacked by three men on Wednesday night, suffering serious injuries and warded in a private hospital in Klang.
Ganabatirao sustained a broken nose while his brother's arm was broken.

SPRM: Shahrizat tak terlibat dalam kontrak, pinjaman NFC..!!!

azlanBekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil didapati tidak terlibat dalam proses pemberian projek Pusat Fidlot Nasional bernilai jutaan ringgit kepada anggota keluarganya.

Pengerusi Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Hadenan Abdul Jalil berkata, pihaknya mendapati Shahrizat yang tidak terlibat dalam proses pemberian projek tersebut kepada syarikat tersebut dan mengenai pinjaman RM250 juta.

Mapim: Najib layak digelar bapa liberal Malaysia


KUALA LUMPUR: Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya baru-baru ini mengesahkan bahawa pihak Perdana Menteri dan Kementerian Belia dan Sukan sendiri membakulsampahkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Menurut Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), hiburan dengan wanita separuh bogel dalam acara perhimpunan tersebut adalah lambang kebudayaan di Negara ini yang telah mengganti nilai agama dan moral yang termaktub dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

"Jelas yang berlaku adalah suatu penghinaan kepada kebudayaan negara dan Perdana Menteri  menjadi Ketua Liberalis Malaysia bila membenarkan budaya lucah dipentaskan bersama kehadiran beliau.