Isnin, 28 Mei 2012

Ustaz Nazmi Karim: Tafsir-Bangsal UMNO !

Ustaz Azhar Idrus: Kenali 25 Nabi

TAHUKAH KAMU APA ITU HUTHOMAH ? : APA FATWA ULAMA UMNO KEPADA UCAPAN UMMI HAFILDA INI ?


APA FATWA ULAMA UMNO ?

APA FATWA MAJLIS FATWA ?


APA KATA MUFTI UMNO ?

APA KATA USTAD BARUA ?


PERGI JAHANAM DENGAN GOLONGAN AGAMA

YANG MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN DAN

HANYA MEMBUKA SEDIKIT DARI KEBENARAN ITU

APABILA MENGUNTUNGKAN !!!


APAKAH KAMU SEMUA INGIN BERDIAM DIRI

 DARI MELAWAN GOLONGAN AL-HUMAZAH ??? !!!!


SURAH AL-HUMAZAH


وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ

Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela,

الَّذِي جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُ

yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitungnya ,

يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُ أَخْلَدَهُ

dia mengira bahwa hartanya itu dapat mengekalkannya,

كَلَّا ۖ لَيُنبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ

sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah.

وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ

Dan tahukah kamu apa Huthamah itu?

نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ

(yaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan,


الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الْأَفْئِدَةِ


yang (membakar) sampai ke hati.


إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌ

Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka,

فِي عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍ

(sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang.

Rais Yatim tidak bersetuju debat Najib-Anwar di RTM

Meskipun debat "Perdana Menteri - Ketua Pembangkang Parlimen" semakin dinanti-nantikan, tatkala langkah PRU 13 yang menghampiri, namun Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim hari ini menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak bersetuju untuk mengadakan debat politik antara Najib Razak dengan Anwar Ibrahim di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Kalau kita berdebat 50 jam pun, kita tidak dapat apa-apa.  Tetapi kalau kita sumbang kepada rakyat, rumahnya, jambatannya, jalannya, ini lebih baik daripada lain," kata Rais Yatim (gambar kiri).  Malah, beliau menyifatkan debat antara Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dalam isu PTPTN yang diadakan sebelum ini sebagai "mainan politik".

Saham Felda: PKR gesa Miti dedah nama Bumi 'kaya'


PETALING JAYA - PKR menggesa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri  (Miti) mengeluarkan senarai lengkap pelabur Bumiputera 'kaya', yang bukan kalangan peneroka Felda, yang akan menerima 420 juta saham Felda Global Venture Holding (FGVH).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan prospektus penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia, Khamis ini.

Tian Chua: Kerajaan Barisan Nasional Yang Menghina Rakyat Harus Dijatuhkan

Penerangan isu UNDI PAS MASUK SYURGA dan politik dlm islam

Taliban rule still haunts Pakistani singers

Ban on Thai politicians lifted

Libya's first post-Gaddafi vote may face delay

Kofi Annan travels to Syria to push peace plan

Nong Chik: Likely outsiders sparked fracas

Bila Tarikh PRU13 : Najib VS Mahathir

Perang Ceramah: Khalid Samad vs Ummi Hafidah

Eyewitnesses: No proper barriers at drag race

Panel siasatan bebas mengenai rusuhan diberi 10 terma rujukan

PUTRAJAYA - Penyiasatan panel bebas yang ditugaskan mengumpul butiran terperinci sebenar mengenai rusuhan di Dataran Merdeka berikutan perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas akan berpandukan kepada 10 terma rujukan.
  
Pengerusi panel, Tun Mohammed Haniff Omar berkata salah satu daripada terma tersebut ialah bagi membuktikan sama ada berlaku serangan rambang, meluas dan liar ke atas tubuh badan serta ganas oleh anggota polis terhadap orang ramai dan pengamal media profesional.
  
"Ia dikehendaki membuktikan sama ada halangan secara tidak mengikut undang-undang dikenakan ke atas peguam yang ingin menemui pelanggan mereka yang ditahan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Amaran Umno saman PKR jika terus fitnah......UMNO kena sedia disaman juga eh..!!!!!


Penguat kuasa DBKL diberi latihan hadapi perhimpunan haram KUALA LUMPUR - Umno mencabar PKR mengemukakan bukti jika pihaknya benar-benar mendalangi insiden serangan ke atas ceramah Perdana PKR di Lembah Pantai, Khamis lalu.

Ketua Umno Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata,  pihaknya memberi amaran yang pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika Pakatan Rakyat (PR) memfitnah mereka secara berterusan.

"Jika kami benar-benar bersalah, kemukakan bukti yang kukuh. Video yang diserahkan itu belum cukup kukuh untuk menunjukkan Umno bersalah," kata beliau pada sidang media selepas menyempurnakan majlis "Santai Pemimpin Bersama Pesara Lembah Pantai.

SAMM, PKR Kutuk Sikap Menteri Sukan Dalam Kemalangan Drag Putrajaya

SHAH ALAM, 28 MEI: Menteri Belia dan Sukan serta pihak penganjur perlu bertanggungjawab terhadap kemalangan yang berlaku dalam Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya semalam hingga menyebabkan 17 penonton cedera termasuk empat parah.
Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata, penganjur sepatutnya menyediakan penghadang bagi melindungi keselamatan dan bukannya menyalahkan penonton mahupun peserta.
Sementara itu, Solidariti Anak Muda Malaysia pula mendakwa penganjur menghalang berita kejadian itu tersebar luas dengan merampas kamera mangsa dan penonton yang mengambil gambar kejadian.
“Kita minta satu siasatan terperinci dilakukan memandangkan perkara ini amat serius dan melibatkan keselamatan awam,” Surendran berkata.

BERSIH pertikai rancangan 'dangkal' siar manifesto

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menyifatkan cadangan kerajaan untuk memberi akses adil kepada parti politik untuk menyiarkan manifesto mereka di ruang media sebagai rancangan "dangkal."

BERSIH 2.0 dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, cadangan untuk membenarkan semua parti menyiarkan manifesto pilihan raya itu juga langsung tidak mendalami tuntutan mereka untuk "akses bebas dan adil kepada media" itu.

Tambahan pula apabila menteri penerangan Datuk Seri Rais Yatim berkata manifesto berkenaan boleh disiarkan mengikut nilai beritanya, menurut kenyataan itu lagi.

"Ini tidak betul. Pengundi perlu mendapat akses kepada maklumat yang mencukupi untuk membuat keputusan bermaklumat ketika pilihan raya dan media memain peranan kritikal untuk memudahkannya," kenyataan itu dipetik.

Logo Pakatan: Rakyat tahu mana nak pilih

KUALA LUMPUR: Selagi lapan perkara yang dituntut Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tidak dilaksanakan SPR, selagi itu isu dibangkitkan suruhanjaya itu tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat.

Khususnya, perkara berkaitan larangan menggunakan logo sendiri membabitkan Pakatan Rakyat pada PRU ke-13, ia merupakan satu diskriminasi yang sengaja dilakukan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata biarpun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertindak melarang atau menurunkan mana-mana bendera parti di kalangan Pakatan Rakyat, beliau yakin rakyat tahu menilai dan memilih parti pilihan mereka.

"Kita tiada masalah. Jika tiada logo PKR dan DAP di tempat calon PAS bertanding, kita yakin rakyat bijak memilih. Begitu juga di tempat-tempat DAP dan PKR bertanding," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

FGV bakal lenyapkan 105,382 ekar Tanah Rezab Melayu


KUALA LUMPUR: Apabila Felda Global Venture (FGV) disenaraikan, sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu bakal tergadai kerana selepas itu sesiapa sahaja berhak untuk membelinya.


Ini kerana, perjanjian pajakan tanah di antara Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGV) dan FELDA bertarikh 1 November 2011 memberikan kuasa dan hak milik kepada FGV untuk mengusahakan tanah-tanah yang kini dimiliki oleh FELDA mengikut syarat-syarat perjanjian.

Sejumlah 847,362 ekar tanah yang kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd terlibat di dalam urusan pajakan ini, yang menjadi syarat utama proses penyenaraian FGV ke Bursa.

Pendidik: Warga guru perlu buat perubahan

PAS Johor telah melakar sejarah baru dengan berlangsungnya majlis pelancaran Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) peringkat negeri semalam.

Majlis yang bertempat di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru berjalan lancar dan meriah dengan kehadiran Al- Fadhil Ustaz Datuk Abu Bakar Chik selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan Pusat dan Al- Fadhil Prof. Datuk Dr. Mahfodz Bin Mohamed, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor petang tadi.

Majlis yang menghimpunkan warga pendidik Johor ini turut dihadiri oleh AJK NGO Pendidik, AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Johor, YDP PAS kawasan dan AJK Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor.

Majlis Hi-Tea dan Pelancaran Pendidik peringkat Negeri Johor juga diserikan dengan ucapan tetamu jemputan, tayangan montaj dan forum yang menjurus ke arah perkongsian pengalaman beberapa tokoh pendidik yang menjadi mangsa diskriminasi, ditindas dan dizalimi dari segi hak dan kebajikan mereka sebagai warga pendidik di Malaysia.

Team BN belum bersedia, team PR dah bersedia lama

Telahan tentang bila pilihanraya akan berlaku sudah beralih dan beranjak. Dari telahan pilihanraya akan diadakan pada penghujung tahun lepas telah beralih kepada bulan Mac 2012, telah beralih kepada bulan Jun dan terusnya telah dikatakan ia akan berlaku pada bulan Julai. Spekulasi beralih lagi dan sekarang bulan September pula, iaitu selepas Hari Raya Puasa dan sebelum musim haji tiba. Apabila bulan Ogos sampai mungkin tarikh PRU itu akan dialihkan lagi: mungkin penghujung tahun atau awal tahun hadapan.
Pilihanraya dinegara ini ditentukan oleh ilham Perdana Menteri dan ilham Perdana Menteri itu datangnya dari mana, kita pun kurang pasti. Setengah berpendapat nasihat dari isterinya belum boleh mengadakan pilihanraya lagi. Ada yang berpendapat yang pilihanraya mesti di adakan selepas Hari Raya Puasa nanti. Pendapat yang ini datangnya dari Dr Mahathir, bekas PM kita.
Jika pilihanraya masih belum ditentukan ianya bermakna Najiblah satu-satunya Perdana Menteri yang tidak mengadakan pilihanraya  walaupun telah empat tahun mengambil alih dari PM sebelumnya. Najib masih lagi boleh mendapatkan sokongan ‘legitimate’ dari rakyat dan kabinet pimpinan beliau sekarang ini masih lagi kabinet Abdullah Badawi.

Skim perumahan kakitangan awam bukti BN gagal cari penyelesaian

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar melihat kegagalan Barisan Nasional (BN) memastikan kakitangan awam memperolehi rumah yang sesuai didiami membuktikan polisi kerajaan itu sebenarnya indah khabar dari rupa, bersifat sementara dan tidak menangani sebarang permasalahan secara tuntas.
“Pendedahan Cuepacs bahawa lebih kurang 60 peratus  penjawat awam berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 di seluruh negara khususnya di Lembah Kelang tidak mampu memiliki rumah sendiri merupakan satu lagi bukti jelas kegagalan BN,” kata Nurul Izzah memetik kenyataan Ceupas dan menjelaskan polisi jangka pendek BN tidak berhasil.

PAS kutuk pembunuhan rakyat Syria



KUALA LUMPUR: PAS mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai rakyat Syria oleh rejim Bashar Al Assad kelmarin.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) dalam satu kenyataan hari ini berkata pembunuhan itu merupakan episod hitam dalam sejarah umat manusia, apabila nyawa rakyat dipertaruhkan semata-mata untuk mempertahankan kuasa.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:


Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai rakyat Syria oleh pihak keselamatan kerajaan Syria di Houla yang telah menyebabkan kematian terhadap seramai 108 orang, serta kecederaaan terhadap 49 orang kanak-kanak dan 34 orang wanita.

Terma rujukan panel Bersih lebih fokus kepada keganasan polis

PUTRAJAYA, 28 Mei – Panel siasatan bebas berkenaan Bersih hari ini mengemukakan 10 Terma Rujukan (TOR) yang dilihat memberikan fokus utama terhadap keganasan pihak polis sewaktu perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih pada 28 April lalu.
TOR yang diserahkan salinannya kepada media di pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menyaksikan sebahagian daripadanya menjurus kepada insiden keganasan polis terhadap perusuh termasuk juga petugas media yang turut dikasari pihak berkuasa terbabit.

Sabah : Jangan politikkan dokumen 20 Perkara

Jangan politikkan dokumen 20 Perkara: SallehKOTA BELUD- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, berkata penjelasan sebenar berhubung dokumen 20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan pembentukan Malaysia perlu dibuat bagi mengelak parti pembangkang memperalatkannya untuk kepentingan politik.
Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah itu berkata, Barisan Nasional (BN) terus memperjuangkan asas dalam dokumen itu tetapi hakikatnya ialah 20 Perkara itu hanya memorandum dan bukan perjanjian yang ditandatangani.
"Ada di antara perkara tersebut yang dimasukkan ke dalam dokumen perjanjian Malaysia dan Perlembagaan Negara.
"Hak rakyat Sabah dan negeri Sabah pasti terbela oleh Barisan Nasional dan pada pandangan saya, kita hormati pandangan masing-masing dan saya sendiri tidak pernah menyentuh soal "kesahihan" dokumen 20 Perkara kerana ia bukan perjanjian cuma memorandum," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Semalam, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata kandungan dan semangat dokumen 20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan pembentukan Malaysia sah dan relevan hingga bila-bila kerana ia termaktub dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perlembagaan Persekutuan.

Tok Pa risau apabila Kelantan buat lebuhraya



MACHANG: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad yang berkata Kelantan buat lebuhraya sendiri sebagai gimik politik seumpama orang yang sedang risau.

"Tok Pa risau takut Kelantan berjaya buat, sedangkan kerajaan pusat yang kaya nak halang walaupun dah rancang sejak RMK ke 5

"Dia nak risau, risaulah tetapi kita berdoa pada Allah. Moga berjaya buat, berkat sokongan semua," kata beliau.

Saifuddin: Lepasan SPM boleh ke IPT berdasarkan pengalaman kerja


Datuk Saifuddin Abdullah TEMERLOH - Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang cemerlang berpeluang melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi berdasarkan pengalaman kerja atau perniagaan masing-masing.
  
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata peluang berkenaan adalah selaras dengan agenda kerajaan mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
  
"Kerajaan akan mewujudkan satu kaedah kelulusan baharu dengan mengambil kira pengalaman kerjaya serta perniagaan seseorang lepasan SPM untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi termasuk di universiti," katanya.
  

Mengisi kerohanian di hari Belia,.. anda kenal?

Umno sengaja mahu timbulkan kekecohan


MARAN, 28 Mei: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Umno belajar menghormati hak berpolitik dan demokrasi yang dibenarkan di negara ini dengan berhenti melakukan provokasi dan keganasan.

Berucap di hadapan kira-kira 5,000 orang di perkarangan pejabat PAS Maran di sini malam tadi, Ketua Pembangkang di parlimen itu berkata, kini wujud senario baru di mana pihak Umno atau sekutunya cuba menimbulkan ketegangan dalam setiap program Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, kini seperti satu trend Umno sengaja mahu menimbulkan suasana kecoh sedangkan PR hanya menggunakan pentas ceramah bagi menjelaskan fitnah yang sudah ditabur melalui media rasmi kerajaan.

Faekah: Noh Perlu Tangani Isu NFC, Bukan Air Selangor

SHAH ALAM 28 MEI : Kegagalan Datuk Seri Noh Omar untuk memahami masalah pokok isu air di Selangor bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau sendiri terbukti gagal menanggani isu penyelewengan dana NFC yang memalukan seluruh menteri kabinet.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin dalam kenyataan medianya mengulas, isu air yang cuba dibangkitkan Menteri Pertanian dan Asas Tani itu sebenarnya berpunca daripada pengurusan yang lemah dan pengetahuan yang cetek.
“Disebabkan kelemahan-kelemahan ini, rakyat dipaksa untuk menanggung kos pembinaan Langat 2 yang sangat mahal.

Motif Putrajaya Mesti Dipertahankan Ke Titisan Darah Terakhir

Oleh: AntiKarat

"Kalau BN tumbang, Najib akan disoalsiasat berkaitan pembunuhan Altantuya. Najib akan terdedah kepada risiko kes suapan kapal selam Scorpene. Banyak lagi kes lain yang mungkin memerlukan kerjasama dari PM ini. Kes besar-besar tu.

Kes jenayah, kes pembunuhan dan kes rasuah. Kalau aku yang duduk di tempat Najib, sudah pasti aku akan berkata, “Kita mesti pertahankan Putrajaya sampai ke titisan  darah yang terakhir”. Dalam hati kecilku berkata, “Mampuslah aku kalau BN kalah.”

IIM sokong SPRM tapis semua calon PRU13

Institut Integriti Malaysia (IIM) mengalu-alukan dan menyokong cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menawarkan perkhidmatan untuk menapis semua calon parti sebelum pilihanraya umum Ke-13.

Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata, langkah proaktif ini akan membantu kepimpinan parti untuk mencalonkan individu yang berintegriti.

"Institut Integriti Malaysia juga melihat bahawa proses ini akan memastikan tahap keyakinanan rakyat terhadap sistem pilihanraya dan sistem demokrasi akan bertambah baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ini, tambahnya, secara tidak langsung akan menarik minat dan penglibatan rakyat dalam proses pilihanraya dan pemilihan pemimpin.

PKR mahu penganjur acara lumba disiasat

NONENaib presiden PKR N Surendran berkata penganjur kepada acara perlumbaan yang berakhir dengan tragedi ketika Himpunan Jutaan Belia pada Sabtu lalu perlu disiasat atas kemalangan yang berlaku.
Katanya, insiden yang menyebabkan 17 orang cedera, dua daripada parah dan menerima rawatan rapi, perlu disiasat lanjut kerana mungkin melibatkan unsur kecuaian jenayah.

Katanya penganjur berkenaan, MUSC Motorsport, dalam kejadian itu hanya meletakkan pasu bunga untuk memisahkan penonton dan jalan raya yang menjadi litar perlumbaan.
Perkara itu jelas merupakan satu kesalahan dan penganjur tidak sepatutnya memulakan perlumbaan dengan langkah keselamatan seperti itu, katanya.
"Saya terkejut melihat pesakit yang mengalami kecederaan di bahagian usus dan bahagian dalaman yang teruk.

Kerajaan mesti bertanggungjawab, bayar pampasan – Ibu mangsa rempuhan

PUTRAJAYA 28 Mei: Tujuh sekawan yang mahu menyaksikan acara lumba kereta semasa Himpunan Sejuta Belia yang berlangsung 23 hingga 27 Mei lalu meninggalkan sejarah hitam kepada Fairuz Jalaludin, 27, yang mengalami kecederaan kritikal di bahagian organ dalamannya.
Fairuz antara tiga mangsa lain yang masih kritikal sementara dua lagi rakannya, Muhamad Iskandar Rasiq Shaari, 20, mengalami masalah di bahagian usus dan Ami Nakim, 27, patah kedua-dua kaki dan tangan. Kesemua mangsa dirawat di Hospital Putrajaya.
Fairuz yang bakal melangsungkan perkahwinan Februari tahun depan terpaksa melakukan pembedahan membuang limpa ekoran rempuhan kuat kereta sehingga mengakibatkan limpanya hancur.

FGVH: Peneroka perlu dapat perintah mahkamah


KUALA LUMPUR, 28 Mei: Para peneroka Felda hendaklah mendapatkan perintah mahkamah supaya mereka mendapat peruntukan saham yang benar-benar adil berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) mengecam tindakan memperbodohkan para peneroka Felda dengan tindakan memperuntukkan 91 juta saham sahaja kepada mereka.

Malaysian Insider hari ini melaporkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed mempertahankan tindakan kerajaan memperuntukkan 11.5 peratus saham FGVH kepada pelabur-pelabur Bumiputera yang disokong oleh kerajaan.

PKR: No help wanted with vetting polls candidates

Guna derma awam, Kelantan bina Lebuh Raya KB-KK


Guna derma awam, Kelantan bina Lebuh Raya KB-KK
Nik Abdul Aziz menerima sumbangan orang ramai bagi menjayakan pembinaan
Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai.
MACHANG - Pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai sepanjang 73 kilometer, yang akan menelan kos RM1.8 bilion, yang tertangguh sejak 26 tahun, dimulakan di Kampung Berangan Mek Nab di sini, hari ini, antara lain menggunakan sumbangan orang ramai.

Harapan airtime TV untuk Pakatan semasa kempen PRU13

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Di waktu banyak pihak meramalkan Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin mencipta tragis sebagai "medan terburuk" bagi pertarungan menagih mandat baru rakyat, saya melihat beberapa reaksi awal pemerintah -- yang mungkin dilihat sudah terlewat tetapi tetap dianggap positif dalam proses pendemokrasian -- yang agak mengembirakan.


Semua maklum bahawa PRU13 paling kritikal, sama ada buat Pakatan Rakyat dan juga BN. Ia pertempuran hidup atau mati. Bagi sesetengah individu bertaraf VVIP, kalah bukan sekadar bererti menjadi pembangkang tetapi bakal berdepan tindakan yng cukup mengaibkankan. Maka, untuk mengharapkan pertandingan ini dijalankan secara adil, telus dan bersih, serta menurut etika yang sihat, ia seolah-olah hanya ilusi.

Peruntukan saham FGVH tidak adil terhadap peneroka

Keadilan tidak sabar-sabar menanti pelancaran prospektus lengkap mengenai IPO FGVH oleh Perdana Menteri pada hari Khamis 31 Mei 2012.  Datang Khamis ini, kami semua akan tahu berapa banyak saham Isa Samad akan dapat.  Sebagai preview kepada hari Khamis ini dan untuk memulakan perbincangan tentang hal peruntukan saham, kami ingin mendedahkan beberapa analisa terbaru.

12 hari yang lepas, Keadilan telah mendedahkan bahawa "durian runtuh" peneroka adalah cuma ​9% daripada jumlah keuntungan FELDA daripada IPO.  Hari ini, kami membuat komen analisa tentang 2.2 bilion saham FGVH yang akan dijual.  Pecahan peruntukan saham-saham tersebut adalah seperti berikut:

Soi Lek, did you sabotage Penangites to help Umno crony Syed Mokhtar

Soi Lek, did you sabotage Penangites to help Umno crony Syed MokhtarMCA president Chua Soi Lek, who is also the Penang Port Commission chief, has been accused of trying to short-change Penangites and thwarting the state's progress and posperity so as to benefit his home state Johor, where Umno crony Syed Mokhtar operates the Port of Tanjung Pelepas.
“Is there a conspiracy to stifle Penang’s economy through privatisation of Penang Port to Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary who will turn it into a feeder port for his Tanjong Pelepas Port (PTP)?" DAP MPs Chow Kon Yow, Liew Chin Tong and Chong Eng asked in a joint statement.
“Why did Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, as Penang Port Commission chairman, reject the proposal to dredge the Penang Port channel, during a meeting of National Economic Council, the government’s economic cabinet in which Chua is a member, on 8th August 2011?”

Politik bebas perkauman lawan telur kemurok

28 MEI — Baru-Baru ini, saya dan beberapa orang blogger dijemput berbincang dengan Pengerusi Yayasan 1 Malaysia, Dr Chandra Muzaffar.
Saya tertarik dengan pandangan pemblog Syed Akhbar Ali yang mengatakan bahawa Pakatan Rakyat menawarkan politik bebas perkauman.
Saya antara setuju dan tidak. Setuju yang kepemimpinan PR terdiri daripada pelbagai kaum, mewakili parti yang pada dasarnya pelbagai kaum dan nampaknya memperjuangkan agenda kepelbagaian kaum.
Tidak setuju kerana unsur dan ciri perkauman masih tebal dalam parti-parti terbabit. PAS masih berupa parti Islam-Melayu dan DAP parti majoriti Cina. Benarlah PKR lebih berbilang kaum, tetapi ia parti “cult” yang berlegar di sekitar Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim.

Kerajaan Selangor Bantu Warganegara Yang Masih Tiada Mykad

KLANG 28 Mei : Merah, biru “campur” merah dan kembali kepada merah. Itulah pengalaman luar biasa Valiamah Adika ketika memohon MyKad daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Saya lahir di negara ini, surat beranak ada, cuma masalahnya masa saya kanak-kanak, bapa saya tak daftar untuk dapatkan kad pengenalan biru.
“Kemudiannya bila saya dah umur dekat 40 saya daftar. Tetapi cuma dapat kad pengenalan merah,” kata ibu yang berumur 54 ini yang ditemui di satu majlis pendaftaran MyKad oleh Kerajaan Selangor.
“Dengan bantuan anak-anak, saya cuba mohon untuk dapatkan Mykad biru. Saya dapat Mykad biru, tetapi ada tanda merah pada Mykad saya.”

Kerajaan UMNO@BN pajak lebih 100,000 ekar tanah rezab Melayu ke Bursa Saham

PETALING JAYA 28 Mei: KEADILAN mendedahkan sebanyak 105,382 ekar tanah rezab Melayu dipajakkan oleh kerajaan Umno BN dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, ia adalah daripada jumlah keseluruhan 847,362 ekar tanah yang
dipajakkan dan kini diuruskan oleh Felda Plantations Sdn Bhd.
Ia dijadikan sebagai aset utama FGVH dan menjadi syarat penting untuk disenaraikan di Bursa Malaysia.
“KEADILAN boleh mengesahkan bahawa kami telah mendapat salainan penuh perjanjian dan senarai tanah-tanah yang terlibat.
“Semakan kami menunjukkan bahawa dari sejumlah 847,362 ekar tanah yang dipajak ini, sejumlah 105,382 ekar adalah tanah-tanah yang diwartakan sebagai tanah rezab Melayu di seluruh negara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini, hari ini.

SPRM: Usah guna jenayah rasuah untuk kepentingan politik....adakah rasuah halal dalam politik..!!!!

MELAKA, 28 Mei — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa semua pihak agar tidak menggunakan jenayah rasuah untuk kepentingan politik terutama menjelang pilihan raya umum akan datang.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed (gambar) berkata berdasarkan pengalaman lepas, aduan dan maklumat berhubung jenayah rasuah yang diterima pihaknya meningkat secara mendadak apabila tiba musim pilihan raya.
“Kita minta dalam keadaan nak dekat pilihan raya ini, bantulah SPRM kerana dalam pengalaman kita yang lepas setiap kali ada pilihan raya, tiba-tiba jumlah maklumat, aduan-aduan mengenai rasuah naik dengan mendadak,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Forum Pemantapan Integriti Dalam Perkhidmatan sempena Melaka 750 tahun, di sini hari ini.

Tun M beri isyarat undi Pakatan kalau mahu aman?


KUALA LUMPUR, 28 Mei: Adakah Tun Dr Mahathir Mohamad memberi isyarat kalau mahu negara aman undilah Pakatan Rakyat (PR) apabila beliau mendakwa akan berlaku keganasan jika PR kalah, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan.


Ditemui selepas majlis ceramah anjuran PAS Wilayah Persekutuan di sini, beliau berkata dakwaan Dr Mahathir bahawa akan berlaku keganasan jika PR kalah dalam pilihan raya umum akan datang boleh mendorong sesetengah pihak membuat kesimpulan untuk mengundi PR kerana mahu memastikan keamanan berkekalan.


"Dr Mahathir fikir dia boleh untung dengan kenyataan itu, tetapi saya nampak dia akan lebih banyak rugi dari untung," katanya.


Mahfuz bagaimanapun mengucapkan tahniah kepada bekas Perdana Menteri itu kerana semakin pandai membuat rakyat tertawa.

Violence is Umno's answer: STOP ANWAR and you stop Pakatan!

Violence is Umno's answer: STOP ANWAR and you stop Pakatan!DAP condemns the serial procession of violence over the past weeks at Pakatan Rakyat events involving PR leaders in Felda Lepar Hilir, Pahang (threatening Nurul Izzah) Sembrong, Johor (where Anwar’s car was stoned), Padang Kota Lama, Penang (where I was threatened) Merlimau in Melaka, Lembah Pantai, Pekan Bangi, Kuala Kangsar, and the most recent incident in Pengerang, Johor which indicate that this elections may be the most violent in history out of BN’s desperation to retain power at all costs.
Ever since Prime Minister Dato Seri Najib Tun Razak used the famous phrase of defending Putrajaya at all costs during the UMNO General Assembly on 21.10.2012, UMNO has used the language of hate and violence. Najib infamous call that day shows how that language of violence is no longer limited to words but has degenerated into mindless and thuggish violence:-
“Even if our bodies are crushed and our lives lost, brothers and sisters, whatever happens, we must defend Putrajaya”
Refuse to admit despite visual proof

Himpunan Belia saji hiburan melampau, ketepi kerohanian

KUALA LUMPUR 28 Mei: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) kesal dan kecewa kerana Himpunan Belia ‘menyajikan’ lebih banyak hiburan berbanding program keilmuan dan kerohanian.
Presiden Gamis, Akram Ikrami Taib Azamudden berkata, program hiburan melampau bukan sekadar menghilangkan nilai-nilai ketimuran, malah mencalarkan imej Islam yang sudah lama terpahat di Malaysia.
“Belia wajar digilap dari sudut keilmuan dan kerohanian supaya perkembangan belia seimbang.
“Projek membangunkan belia perlu melalui kebajikan seperti pendidikan percuma, prasarana sukan dan kebudayaan yang lengkap bagi di kawasan pedalaman.
“Institusi belia yang efektif juga perlu diwujudkan bagi mengurangkan pengangguran dan membantu ekonomi belia,” katanya dalam satu kenyataan.

Konsert Himpunan Belia, mana suara Majlis Fatwa


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) hari ini mempersoal tindakan kerajaan menganjurkan Himpunan Jutaan Belia 2012 lalu yang dicemari program maksiat dan menyimpang jauh dari ajaran agama.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, apa yang turut mengecewakan adalah kenapa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir yang menjaga hal ehwal agama Islam tidak menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita menganggap Datuk Seri Jamil Khir turut bersekongkol dalam menganjurkan program maksiat ini.

"Kita mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan pendiriannya berhubung Sambutan Hari Belia yang diadakan oleh kerajaan," katanya.

Penganjuran sambutan hari belia itu yang bermula 23 Mei lalu dan berakhir semalam mencetus pelbagai reaksi negatif daripada orang ramai.

Budaya Samseng Bukti Umno-BN Berpemikiran Kolot

SHAH ALAM, 28 MEI: Budaya samseng dan pendekatan ketinggalan zaman yang digunakan Umno-BN untuk cuba menakutkan rakyat mencerminkan hakikat sebenar bahawa gagasan berkenaan tidak mampu berhadapan dengan kekalahan jika ditakdirkan Putrajaya menjadi milik Pakatan Rakyat pada PRU-13 akan datang.
Tindak-tanduk kegusaran jelas kelihatan apabila mereka semakin ghairah mengganggu selain mencetuskan provokasi yang boleh membawa gejala pergaduhan dalam siri ceramah umum Pakatan membuktikan BN sedang berada dalam keadaan amat terdesak.
Beberapa siri ganguan dan cubaan mencetuskan pergaduhan dibeberapa lokasi ceramah pakatan rakyat juga memperjelaskan mentaliti kolot dikalanganm ahli dan pemimpin-pemimpin Umno-BN.

Panel Bersih sedia bersemuka dengan Majlis Peguam dan Bersih

PUTRAJAYA, 28 Mei – Panel penasihat bebas berkenaan perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih hari ini menyatakan kesediaan untuk bersemuka dengan Majlis Peguam dan Bersih bagi menyatakan kediaan bekerjasama dengan mereka secara sukarela.
Panel itu juga menegaskan mereka adalah satu badan alternatif buat pertubuhan yang menuntut untuk membersihkan sistem pilihan raya, malah, mereka juga sanggup untuk Majlis Peguam dan Bersih di pejabat masing-masing demi kebaikan bersama.
“Mengenai kebimbangan bahawa ada pihak yang tidak mahu bekerjasama seperti Majlis Peguam dan Bersih, saya menyatakan di sini panel ini adalah saluran alternatif untuk mereka sedia bekerjasama secara sukarela.
“Dalam hal itu, saya sanggup berjumpa mereka termasuk hadir ke pejabat mereka sendiri,” kata Pengerusi panel bebas tersebut, Tun Mohammed Hanif Omar (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.
Hanif sepatutnya mempengerusikan sidang media yang dijadualkan hari ini di pejabat Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, namun, sidang media itu dibatalkan atas sebab yang tidak diketahui di saat-saat akhir.

Sultan Johor pemilik plat WWW1 berharga RM0.5j

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menyenaraikan pemilik nombor pendaftaran kenderaan yang paling mahal dalam sejarah Malaysia adalah Sultan Johor.

NONESultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah membelanjakan RM520,000 untuk mendapatkan nombor plat 'WWW1'.

Disiarkan di lamanweb rasmi JPJ pagi ini adalah senarai pembida yang berjaya untuk plat premium, antara mereka ialah Yang di Pertuan Agong bagi nombor pendaftaran 'WWW5' pada harga RM220,000.

Harga tawaran untuk 'WWW1' memecahkan rekod  'MCA 1' yang dijual pada tahun 2010 dengan harga RM300,100.

Sultan Johor dikenali sebagai seorang peminat kenderaan mewah yang memiliki koleksi kereta antik dan model terbaru.

Putera mahkota Johor Tunku Ismail Idris juga mengesahkan bida tersebut dalam posting Twitternya.

PKR dakwa FGVH dapat tanah rizab Melayu ikut 'pintu belakang'

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendakwa sebahagian besar tanah yang akan dipajak kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH) untuk rancangan penyenaraian syarikat itu merupakan kawasan tanah rizab Melayu.

Kajian PKR menunjukkan bahawa sejumlah 105,382 ekar tanah daripada 847,362 ekar yang akan dipajak itu merupakan tanah rizab Melayu, kata Rafizi dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Anwar mohon batal tuduhan berkaitan BERSIH 3.0



 
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman terhadapnya atas alasan beliau bukan merupakan pihak kepada prosiding undang-undang berkaitan dengan perintah sekatan melarang perhimpunan BERSIH 3.0.

Pada 22 Mei lalu, Anwar didakwa di bawah Seksyen 4 (2) (c) Akta tersebut bersama-sama dengan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Badrul Hisham Shaharin kerana menyertai perhimpunan 28 April dan melanggar perintah mahkamah.

Permohonan tersebut difailkan hari ini oleh peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar. 
Sementara itu, Bernama melaporkan, dalam permohonannya hari ini, Anwar mendakwa pertuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 188 Kanun Keseksaan tidak sah kerana Majistret Zaki Ashraf itu tidak menamakannya di dalam perintah itu.
Beliau mendakwa perintah yang dikeluarkan majistret itu tidak pernah diwartakan dan dilampirkan di tempat-tempat yang berkebolehan bagi orang awam mengetahui mengenai perintah itu mengikut Seksyen 90(2) Kanun Acara Jenayah.
   
Anwar mendakwa prosiding terhadapnya berhubung kedua-dua pertuduhan itu juga adalah tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Merdeka Center refutes EC’s claims, insists voter survey accurate

KUALA LUMPUR, May 28 — Independent pollster Merdeka Center today defended the accuracy of its recent voter survey against the Election Commission’s (EC) criticisms, and reminded the authority that the same methodology was used to rate the prime minister’s popularity.
The research firm’s director Ibrahim Suffian said that Merdeka Center’s past voter opinion polls had always returned fairly accurate results, such as surveys done to predict the possible results of general or by-elections.
He pointed out that Merdeka Center’s projections for Election 2008 had also fallen close to the actual results, which saw the ruling Barisan Nasional (BN) lose its customary two-thirds parliamentary majority.

Sabotaj : Pakatan 'tak boleh guna logo sendiri' dalam PRU13

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya umum ke-13 kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pendaftaran gabungan tersebut.

NONEOleh itu, bendera parti-parti komponennya tidak boleh diletakkan di
kawasan di mana mereka tidak bertanding, atau ia akan diturunkan, kata Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar (kiri).

Dalam temubual dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, Wan Ahmad menjelaskan bahawa undang-undang pilihan raya hanya membenarkan parti-parti yang bertanding memaparkan logo mereka yang berdaftar di dalam kawasan pilihan raya yang ditandingi.

SPR telah meluluskan 32 logo parti politik, bertambah lima daripada pilihan raya umum lepas.

Logo baru itu termasuk Parti Cinta Malaysia, Parti Makkal Sakti dan Parti Sosialis Malaysia.

SAMM: Acara 'tak ubah seperti lumba haram'

NGO bawah PKR, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyelar kenyataan menteri belia dan sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang meremehkan kes kemalangan dalam acara perlumbaan ketika sambutan Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada Sabtu lalu.

Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata Ahmad Shabery sepatutnya lebih bertanggungjawab dan bukannya mengeluarkan kenyataan "seolah-olah melepaskan batuk di tangga" berhubung kemalangan yang menyebabkan 17 orang cedera itu.

"Kecelakaan tersebut sepatutnya boleh dielak namun oleh kerana penganjur tidak mengendahkan aspek keselamatan, malah penganjuran sukan berisiko tinggi seperti drag race itu tidak ubah seperti penganjuran sebuah perlumbaan drag haram.

Ambil iktibar kemalangan di himpunan belia

KUALA LUMPUR: PAS Putrajaya meminta kerajaan mengambil iktibar daripada kes kemalangan yang berlaku ketika acara perlumbaan drag sempena Himpunan Jutaan Belia Sabtu lalu.

Yang Dipertuanya, Nazir Zakaria berkata, penganjur aktiviti tersebut seharusnya memperketat langkah keselamatan sebelum, semasa dan selepas perlumbaan itu diadakan.

"Kerajaan khususnya pihak penganjur harus dipertanggungjawab dalam kes ini kerana gagal mengambil langkah keselamatan semasa perlumbaan berlangsung.

Saksi: Litar lumba drag hanya dipisahkan pasu bunga



 
Seorang saksi yang mengalami kecederaan akibat dirempuh sebuah kereta lumba ketika sambutan Hari Himpunan Jutaan Belia 2012 berkata, penganjur hanya menggunakan pasu bunga sebagai pemisah di antara para penonton dan kawasan litar perlumbaan.
Menurut seorang mangsa yang menerima rawatan pesakit luar, Mohd Aidiel Aiezad Ashari, beliau melihat pasu bunga tersebut diletakkan sepanjang tepi jalan di Lebuh Wadi Ehsan, Presint 19 yang menjadi litar perlumbaan drag pada Sabtu.

Program Hari Belia, berapa juta wang rakyat dibelanjakan


PM Hj Najib Gembira Dengan Hari Belia
Konsert, Penyanyi  Jemputan dari Negara Luar,, Berapa Dibayar Ma
Konsert Malam Tadi Untuk Penyanyi Tempatan Berapa wang Habis Ma?
Kemah Yang Di Pasang Berapa Wang Habis ma ?
Minta Ahli Parlimen kita, tanya di Parlimen nanti  Ye. berapa juta wang rakyat habis ma ?