Ahad, 27 Mei 2012

Apa khabar Sekinchan Ikan Bakar?

Di atas ni .. di Kota Damansara. Tutup .... Di Bukit Tinggi, Kelang sudah 2 bulan .. Tutup .. .
Di Segambut .. .Lelong
Bersih 3.0 ni memang tak patut betul la ... 
Sebab sehari Bersih .. semua restoran tutup
Tu pasal tokey dia meragan tak sudah .. 
Kalu dia kata Jual Nasi Lemak .. doa dia mungkin jadi kenyataan ..
Tapi tak per la .. bleh pakai Ferrari lagi .. kira OK la .. 
Wakakak !!! ..

PRU 13: KEBIADAPAN dan KEBACHULAN GOLONGAN PRO-BN SUDAH MELAMPAU

Pasca 248 telah menyaksikan beberapa insiden provokasi puak pro-BN yang bachul wal bahlul. Tidak cukup dengan penggunaan media massa seperti TV dan Radio untuk menyebarkan fitnah kini dibuat ceramah-ceramah maki hamun berdekatan dengan ceramah penerangan Perikatan Rakyat.

Tidak cukup dengan senaman punggung dan tindakan menghina dan mencabar bangsa lain,kini batu dan telur dilemparkan kepada penyokong pakatan rakyat yang datang kerana hendak mendengar ceramah penerangan dari pihak pakatan.


Saya pasti ramai yang mendengar insiden di ceramah penerangan pakatan rakyat yang mana seorang lelaki Melayu yang sudah lanjut usianya telah dibaling batu-bata oleh pemuda UMNO . Tidak cukup dengan kereta pemimpin pakatan rakyat dirosakkan kini orang yang hadir ke ceremah pakatan diugut dan dicederakan. Memang bachul!...bachul,bachul,bachul dan bachul!..

Kalau demo rakyat 'demo-crazy' demo Umno pulak gilababi!

Tun Mahathir dah tua tapi masih bercakap soal politik yang pertahankan Umno-BN.Patutnya kita tak lagi bercakap dan menyerang Tun.Bukan ada untung apa beliau bukan lagi PM Malaysia.Tapi bila Tun kata PR akan bertindak ganas iringi kekalahan mereka dalam pilihanraya umum ke 13 nanti kita kena jawab balik apa yang disebut Tun tu adalah terbalik.Umno lah yang akan jadi ganas kalau hilang kuasa di Putrajaya.

Dalam zaman Umno berkuasa ni pun banyak serangan samseng dah berlaku seperti samseng Jalan Kebun pukul India, samseng Dataran Merdeka pukul dan belasah mahasiswa,samseng di Melaka baling batu dan telur dan terkini samseng Umno Wilayah Persekutuan KL baling batu dan telur di Lembah Pantai sampai ada warga emas dan kanak-kanak cedera parah.

UMNO DITIMPA CELAKA BERKALI-KALI KERANA MEREKA MEMANG CELAKA !


INI SEMUA DOSA PEMUDA UMNO BN KEPADA RAKYAT


ULANG TAHUN UMNO KE 66 DILANDA TRAGEDI BAS REMPUH TRELER

HARI SEJUTA BELIA PEMUDA UMNO BN KERETA REMPUH RAKYAT.



TANDA UMNO NAK MAMPOS !

TANDA UMNO NAK MAMPOS !

TANDA UMNO NAK MAMPOS !



MALAYSIA TANPA UMNO !!!!!

Himpunan Jutaan Belia tutup tirai dengan rekod kehadiran 2 juta belia....!!! pengisian rohani yang baik..!!!

PUTRAJAYA - Himpunan Jutaan Belia 2012, yang diadakan sempena sambutan Hari Belia Negara menutup tirainya hari ini dengan mencipta rekod tersendiri iaitu kehadiran dua juta belia sepanjang karnival lima hari ini.

Ini secara tidak langsung membuktikan usaha kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan untuk mendekati belia di negara ini berada di landasan yang tepat.

Bertemakan “Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok”, 500 aktiviti yang membabitkan 38 segmen dengan 1,000 persembahan diadakan sejak Rabu lalu, memperlihatkan pusat pentadbiran negara seolah-olah ditawan oleh golongan muda.

Kemuncak sambutan Hari Belia Negara tahun ini ialah apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor mengunjungi ke tapak-tapak karnival dan beramah mesra dengan belia, semalam.

Najib dan Rosmah serta Menteri-Menteri Kabinet menggunakan peluang yang ada untuk bersama-sama golongan muda dan selama kira-kira satu setengah jam mereka mengunjungi ke tapak-tapak gerai seperti My Kampung Art, Little India Street, Chinese Youth Cultural Village dam juga Japanese Fest.

Kehadiran Perdana Menteri dan isteri di tapak karnival disambut ribuan belia dengan memakai baju-T berwarna-warni dengan perkataan “I Love PM” dalam pelbagai warna sebagai tanda sokongan dan hormat kepada pemimpin nombor satu negara.

Selain sorakan, tepukan, dan paluan gendang, sepanduk dan kain rentang seperti “We Stand Behind You, PM!”, Terima Kasih PM dan “N.A.J.I.B, Najib Adalah Jaguh Inspirasi Belia” terpampang sepanjang Dataran Persiaran di sini.

Penganjuran Himpunan Jutaan Belia ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan duta-duta besar dan pesuruhjaya tinggi asing di Malaysia apabila mereka turut mengadakan tinjauan ke tapak-tapak karnival semalam.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berpuas hati dengan sambutan Hari Belia Negara tahun ini dan akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet agar penganjuran Himpunan Jutaan Belia terus diadakan di Putrajaya, yang merupakan bandar mesra belia, pada tahun-tahun akan datang.

“Penghimpunan kali ini jauh lebih meriah dan unik cara sambutannya. Himpunan kali ini adalah karnival terbesar negara dengan pelbagai kreativiti golongan muda.

“Kita percaya penganjuran karnival ini akan membangkitkan semangat golongan muda dan cinta pada Putrajaya sekaligus meneruskan kejayaan negara yang ada sekarang,” kata Ahmad Shabery, merumuskan penganjuran Himpunan Jutaan Belia 2012.

Karnival yang diyakini bakal menjadi 10 karnival terbesar di dunia itu turut dilihat dapat merapatkan jurang antara pemimpin negara pada masa ini dengan golongan pemimpin negara pada masa akan datang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein misalnya, sanggup duduk bersila bersama-sama golongan muda semasa merasmikan Y-Avenue, salah satu program pada sambutan itu.

Meskipun Himpunan Jutaan Belia tahun ini ‘tercemar’ apabila satu kemalangan berlaku ketika acara perlumbaan drag di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19 di sini tengah malam tadi, Ahmad Shabery berharap kejadian itu tidak dipolitikkan.

Seramai 17 penonton perlumbaan drag cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah kereta perlumbaan terbabas semasa sesi ujian sebelum melanggar penonton
yang berada di luar kawasan dibenarkan.

Mangsa yang kini berada di Hospital Putrajaya untuk mendapat rawatan lanjut dan polis sedang menjalani siasatan.

Ahmad Shabery berkata kemalangan itu tidak harus menenggelamkan semangat para belia untuk bersukan, bergiat dan melibatkan diri dalam aktiviti sihat. - Bernama

Tokoh Guru JAIS Gesa Pendidik Ikhlas, Amanah

SABAK BERNAM 27 MEI : Tiada apa yang lebih menggembirakan pesara guru, Salbini Ismail, 64, dan Masirah Maslan, 64, selain terpilih sebagai Tokoh Guru Lelaki dan Wanita, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 2012.
Kedua-dua pesara guru itu merupakan anak kelahiran Sabak Bernam yang mengabdikan diri dalam bidang pendidikan selama 33 tahun bermula tahun 1970 sebelum bersara pada tahun 2003 lalu.
Salbini berkata anugerah itu umpama pemangkin buatnya untuk terus berkhidmat menyampaikan ilmu agama kepada generasi muda walaupun sudah bersara.

Bapak kafir: Ulamak Kelantan minta fatwa

(Tuan Guru Nik Aziz menerima cenderamata dari Dewan Ulamak Kelantan)

MACHANG: Dewan Ulamak PAS Kelantan semalam meminta Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan berhubung kes bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Nor, yang menghina Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai bapa kafir.

Majlis fatwa juga turut didesak mengeluarkan segera fatwa khas berhubung perkara itu bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai berhubung kenyataan menghina ulamak itu.

Perhimpunan peringati BERSIH diganggu, dua ditahan



 
Satu kekacauan tercetus ketika sambutan memperingati BERSIH 3.0 di Pulau Pinang hari ini apabila sekumpulan lelaki mula berteriak ke arah seorang ADUN.

Sekumpulan lelaki itu yang menggangu perhimpunan di Esplanade itu turut mencabar ADUN Pantai Jerejak Sim Tze Tzin untuk berdebat.

Today in History: May 27

Blame traded over massacre in Syria's Houla

Keganasan tidak harus berlaku dalam perbezaan berpolitik

Oleh Syed Imran
Kebelakangan ini keganasan sering berlaku di kalangan para pendukung dan penyokong parti-parti politik khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam. Ianya tidak seharusnya berlaku walaupun berlainan fahaman dan pegangan politik kepartian.

Jika satu ketika dahulu, orang Melayu menjadikan sebagai satu jenaka apabila mesyuarat sebuah parti politik yang mewakili satu kaum tertentu berkesudahan dengan pergaduhan dan saling membaling kerusi dan apa saja objek yang boleh dilontar, sekarang mereka pula yang mentertawakan perangai dan tingkah laku orang Melayu.

Rakyat bosan dengan politik cara UMNO

Oleh: Rossem
Memetik kata-kata penulis terkenal Indonesia, Goenawan Mohamad dalam sebuah Catatan Pinggir yang amat popular. Beliau berbicara tentang kejatuhan ketua-ketua negara di beberapa negara Arab pada tahun 2011.
Siapa yang memimpin para pemberontak yang mengempur Tripoli? Siapa yang mengkomondo ribuan orang yang menjatuhkan Mubarak dari lapangan Tahrir di Mesir, dan mengerakan demonstran yang menuntut demokrasi di jalanan kota Hamas di Syria?


Tidak ada. Belum ada. Entah! Mereka ibarat “orkes” tanpa dirigen. Ertinya sebuah orkestra telah dengan spontan terbentuk lalu para pemainnya memainkan irama yang dapat memikat orangramai sehingga orangramai tertarik lalu mendorong mereka bergabung, akhirnya orkestra bertambah besar dan perkasa.

Setpol Najib Tersungkur Di Kaki MCA!!

Oleh Shahbudin Husin
Di antara pegawai Najib yang paling ghairah untuk menjadi calon pilihanraya ialah Shafie Abdullah yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju di Wilayah Persekutuan. Beliau juga adalah Pengerusi BN Wangsa Maju dan Ketua Penerangan UMNO WP.



Sejak bertanding merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju pada 2008 lagi, antara umpan kempen yang sering digunakannya ialah beliau boleh "berbisik" dengan Najib supaya mengembalikan kerusi Parlimen Wangsa Maju daripada MCA kepada UMNO.

Mahathir sedang mengumumkan Marina diperguna untuk gulingkan kerajaan Najib?

Rakyat Malaysia patut berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri Mahathir kerana telah menyediakan bukti kelima mengenai kempen fitnah untuk memburuk-burukkan BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat dan mengapa "panel penyiasatan bebas" yang diketuai oleh Haniff Omar tidak boleh diterima sama sekali dan mesti ditolak dengan sekeras-kerasnya.

Empat bukti yang lain yang telah diberikan oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan dua bekas Ketua Polis Negara, yakni:

1. Dakwaan melulu yang tidak bertanggungjawab oleh Perdana Menteri, Najib Razak bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 sebenarnya adalah satu "kudeta" atau percubaan oleh pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan;

Cuma Saifudin bersikap anak jantan,..


lain-lain pemimpin  Umno semua tak ada teloq

Ramai pemimpin Umno termasuk ahli gustinya merangkap s/u agong Umno Datuk Adnan Mansor tak bersetuju Najib berdebat dengan Anwar.

Kenapa mereka tidak setuju? Mudah! Itu satu cara pengakuan berterus terang,.. bahawa  mereka adalah spesis manusia yang tak ada teloq!, atau teloq sentiasa tersorok kat dalam,.bukan anak jantan!!  
 

PAS tanding 3 kerusi di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: PAS akan bertanding di tiga kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan iaitu Putrajaya, Titiwangsa dan Setiawangsa.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Nor Mohamad berkata, PAS negeri sedang memberikan fokus kepada tiga Parlimen ini.

"PAS Wilayah Persekutuan meletakkan dua strategi dalam menghadapi pilihan raya umum iaitu mengekalkan kemenangan di Titiwangsa dan mencipta kemenangan baru di Parlimen Setiawangsa dan Putrajaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily selepas taklimat jentera PAS Wilayah Persekutuan bersama Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di bangunan Yayasan Selangor, Kampung Baru, hari ini.

Beliau berkata, persiapan PAS di Wilayah Persekutuan sudah mencapai 80 peratus selain memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan sebagai kempen pilihan raya.

Indraf 2.0 berhimpun suarakan sokongan kepada Pakatan

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Kumpulan Indian Rights Action Force (Indraf 2.0) hari ini berhimpun bagi menyuarakan sokongan terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.
Himpunan tersebut yang turut dihadiri pemimpin tertinggi PR seperti Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu juga memperlihatkan kepimpinan PR cuba untuk meraih sokongan pengundi India ekoran penganalisis dan pemerhati politik sebelum ini menyatakan sokongan komuniti tersebut telah kembali kepada Barisan Nasional (BN) ekoran transformasi yang dilaksanakan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

BN khuatir persepsi pengundi atas dakwaan terhadap Bersih

Demonstrasi Bersih pada 28 April.
KUALA LUMPUR, 27 Mei — Tindakan perundangan yang diambil kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap pemimpin Bersih di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) telah menimbulkan keresahan dikalangan pemimpin mereka yang mana tindakan itu akan mengakibatkan pembangkang mendakwa akta itu lebih tegas berbanding akta sebelumnya. Walaupun mereka berketa kepada The Malaysian Insider akta itu perlu dihormati, mereka masih lagi tidak pasti bagaimana pengundi akan menerima penggunaan akta itu, kunci perundangan dalam pentadbiran Najib dalam pembaharuan demokrasi, dengan pilihan raya yang semakin hampir.
Rabu lalu, 10 ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih termasuk Pengerusinya,  Datuk Ambiga Sreenevasan, menjadi individu pertama disaman di bawah PAA, yang dikuatkuasakan sehari sebelum demonstrasi 28 April.

1,000 Indians voice support for Pakatan

Polis akan panggil penganjur Hindraf 2.0


Polis akan panggil penganjur Hindraf 2.0
Perhimpunan Hindraf 2.0 yang berlangsung di Dewan Persatuan Pandu Puteri, Brickfields, hari ini.
KUALA LUMPUR - Polis akan berjumpa dengan penganjur perhimpunan Hindraf 2.0 jika berlaku pelanggaran syarat yang dipersetujui.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Khalid berkata, polis akan mengambil tindakan itu setelah meneliti rakaman video dan gambar sepanjang perhimpunan yang berlangsung di Dewan Persatuan Pandu Puteri, Brickfields, hari ini.
Menurutnya, sekiranya ada unsur melanggar syarat, polis akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang yang ditetapkan termasuk mengikut Seksyen 12 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
 

40 Tahun Menanti Hak Milik Tanah Berakhir Hari Ini

SHAH ALAM 27 MEI : Impian Robani Affandi untuk mendapat hak milik tanah kebunnya di Kampung Bukit Cherakah akhirnya tercapai dan peneroka itu bersyukur kerana beliau sekarang mempunyai harta untuk diwarisi oleh kelima-lima ananknya.
Katanya, beliau kini tidak perlu bimbang lagi kerana dengan pemilikan itu masa depan anaknya juga terbela.
“Dengan hasil pertanian diatas tanah kebun inilah saya membesarkan anak-anak sehingga ke peringkat universiti. Ini semua untuk anak-anak saya.

'Seruan Najib jadi tindak-tanduk samseng ganas'

DAP mengecam keganasan bersiri dalam tempoh beberapa minggu yang lepas di acara-acara Pakatan Rakyat yang membabitkan pemimpin Pakatan.
Insiden ini berlaku di Felda Lepar Hilir, Pahang (mengancam Nurul Izzah), Sembrong Johor (kereta Anwar dibaling dengan batu), Padang Kota Lama, Pulau Pinang (di mana saya diancam), Merlimau (Melaka), Lembah Pantai, Pekan Bangi, Kuala Kangsar dan yang terbaru di Pengerang, Johor.
Ini menunjukkan bahawa pilihan raya umum yang akan datang ini bakal menjadi pilihan raya yang paling ganas dalam sejarah akibat keadaan terdesak BN untuk mengekalkan kuasa tanpa mengira apa-apa.

Sejak Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak menggunakan ungkapan dahsyat iaitu, “Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan” semasa Perhimpunan Agung Umno pada 21 Oktober 2010, Umno makin menggunakan bahasa kebencian dan keganasan.

Media perdana gelapkan kes Scorpene di Perancis- Cynthia

PETALING JAYA 27 Jun: Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, media arus perdana di negara ini cuba menggelapkan berita mengenai skandal  Kapal Selam Scorpene yang kini di peringkat perbicaraan di Mahkamah Perancis.
Katanya, kecuali media dalam talian seperti Malaysiakini, dan akhbar alternatif seperti Suara Keadilan dan Harakah, media lain tidak menjadikan kes berkenaan sebagai berita utama.
Walhal katanya, perbicaraan kes berkenaan sangat penting kerana melibatkan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan wujudnya kes pembunuhan.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi taklimat berhubung kes Scorpene di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.
Dalam pada itu Cynthia berkata, tahap kesedaran rakyat Malaysia mengenai kes Scorpene yang dibicarakan di Mahkamah Perancis, juga masih rendah.
Dari kajian yang dijalankan Suaram dan Merdeka Centre, hanya 52 peratus rakyat Malaysia yang sedar kes tersebut sedang dibicarakan di mahkamah itu.
Katanya dari bancian tersebut, kaum Cina memiliki kesedaran  62 peratus, diikuti kaum India 46 peratus dan Melayu 40 peratus.

Skandal Scorpene: SUARAM Bongkar Lampiran Tertulis 'C4' Dalam Sampul Surat!


Nota: Hasil sidang media SUARAM jam 1 tengah hari tadi di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, Jalan Maharajalela, di ibu negara.

(Gambar: Pengerusi SUARAM, Dr Kua Kia Soong, Pengarah SUARAM, Cynthia Gabriel dan peguam Perancis yang dilantik, Joseph Brehem).

Awal minggu ini, sebuah akhbar di Hong Kong telah mendedahkan 'skandal kapal selam Scorpene yang mengaitkan Perdana Menteri Najib Altantuya, kawan karib Baginda Razak sehingga penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu dibunuh dengan kejam pada 2006.

Dalam laporan berita, yang telah dipetik oleh beberapa blog di Malaysia, Najib Altantuya telah digambarkan sebagai pelaku utama di sebalik konspirasi untuk menyendoki komisen yang besar daripada pembelian 2 kapal selam dari DCNS Perancis, pembuat senjata untuk kerajaan Malaysia.

Beliau juga dikaitkan dalam pembunuhan Altantuya, di mana dua bekas pengawal peribadi beliau telah dihukum gantung manakala Razak Baginda kontroversi dibebaskan.

Akhbar Hong Kong juga melaporkan bahawa mahkamah Perancis telah memanggil Najib Altantuya untuk memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan kes rasuah yang difailkan oleh SUARAM Malaysia terhadap DCNS.

Altantuya berusia 28 tahun, dipercayai telah bercinta dengan kedua-dua Najib Altantuya dan Razak Baginda, adalah penterjemah yang telah dibunuh kerana peranannya sebagai orang tengah dalam kes itu, di mana Najib Altantuya dan Razak Baginda telah dituduh mengumpul sogokan haram bernilai lebih daripada RM500 juta.

Dia ditembak di kepala dalam hutan yang dibersihkan di Malaysia pada tahun 2006 dan mayatnya dibom dengan bahan letupan C4 gred tentera untuk mencegah dari dikenalpasti.

Facebook pun merudum, depa ingat FGVH terer sangat ka?

Dilaporkan bahawa Facebook rugi 16 peratus berbanding harga tawarannya US$38 selepas disenaraikan.

Dilaporkan bahawa "The stock failed to live up to the anticipation of some who thought investors would be stampeding to get a piece of the network which has 900 million users" ("Facebook deflates any thought of new tech bubble" FMT 27/5/12).

Itu Facebook. Bayangkan Felda Global Ventures Holdings (FGVH). Tak payah cerita banyak-banyak, lihat pautan-pautan di bawah:
Peneroka Felda tinggal sehelai sepinggang – Ku L
i (HD 11/4/12)
Ku Li: FGVH listing exposes FELDA to market risks (MI 11/4/12)
Felda faces dip in profits due to old palm trees (MI 15/5/12)
'65% Felda managers say listing plan will fail' (HD 17/5/12)
FGVH plantation business is fundamentally weak (BO 16/5/12)

Noh Omar Dedahkan Konspirasi Kerajaan Umno/BN

reformis1998
Kalau rakyat Malaysia pergi ke Parlimen mendengar wakil-wakil rakyat Bn berhujah di dalam dewan, anda semua mesti kata ... “ patut la YB-YB Bn pun membentangkan hujah-hujah yang tak berkualiti, sebab menteri mereka pun bodoh macam tu jugak...”
Kalau tak percaya... boleh tanya Nazri Aziz. Ahli-ahli parlimen Bn, sudah biasa panggil beliau ‘chief’. Beliau selalu naik angin bila melihat ahli-ahli parlimen BN yang pemalas, tak buat homework, pembentangan hujah yang bodoh, pemalas, tak hadir sidang parlimen dan sebagainya. Malah beliau juga memuji YB-YB Pakatan Rakyat yang telah menyampaikan hujah-hujah bernas demi kepentingan Rakyat dan senantiasa membuat homework sebelum dibentangkan di Parlimen.

Hujah Tengin Noh Omar

SPR macam tahu BN terus berkuasa pada PRU13


Hari ini aku bacaa kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang menolak laporan kajian dari Merdeka Centre yang mengatakan 92% daripada pengundi tidak percaya pada kebersihan sistem pilihanraya di negara kita. Alasannya adalah 1000 responden tidak mewakili keseluruhan rakyat negara.
Bagi mereka yang tahu konsep sampling dalam melakukan sebarang bancian tentu tak akan menolak kenyataan dari beliau. Memang segala kajain atau bancian daripada metodologi sampling boleh dipertikaikan. Prinsip asas sampling adalah semakin ramai atau semakin banyak responden, semakin tepat hasil kajian.

Ingat UMNO .. ingat goyang bontot

Dari rumah Ambiga membawa kepada Putrajaya .. goyang bontot tak abis abis ..
Kita dekatkan dengan ceramah agama .. depa bawak gi jauh jauh..
Ngaku pulak tu sbg pejuang agama ..
Tak bleh la orang lain yang perjuangkan .. ishk dia saja yang bleh juang
Imam muda dah start bising, tapi goyang bontot tak abis lagi .. syok naaa ....

Aduyai .. kepala otak bodoh mana la yang tak bleh pikirkan antara baik dan buruk sampai susah sangat nak ubah.

Sudah sudah la ...
Rumah kata pergi .. kubur kata mari.
Dunia ni bukan lama sangat
Pejam celik, pejam celik .. terus pejam
Waktu tu dah tak leh goyang bontot dahhhh ....

Terdesak : Utusan ulang siar puisi pro-Mahathir (2003) karya Pak Samad

Akhbar Mingguan Malaysia menyiarkan semula satu puisi oleh pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said berhubung kepemimpinan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Puisi September 2003 berjudul Dirgahayu Mahathir disiarkan semula ekoran "perubahan ketara" sikap A Samad yang kini "asyik bersama para pemimpin pembangkang", menurut tulisan pengarang akhbar tersebut dalam ruangan Bisik-bisik Awang Selamat.

"Awang difahamkan, sebahagian teman rapat beliau dari kalangan dunia saster merasa malu. Mereka yakin Pak Samad dipergunakan oleh pihak tertemtu yang mempunyai agenda serong.

MIV ikrar sokongan pada Pakatan Rakyat



 
Pengerusi Malaysian Indian Voice (MIV) V Raidu hari ini menyatakan ikrar bahawa NGO itu akan bekerja keras membantu Pakatan Rakyat untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 agar gabungan parti itu  dapat membela nasib kaum India.

Beliau turut memuji pentadbiran kerajaan Selangor dan Pulau Pinang dalam menyelesaikan masalah melibatkan orang Indian seperti isu kuil dan tanah perkuburan.

MB Selangor mahu air mentah dari Terengganu


Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini bertegas mempertahankan pendirian kerajaan negeri bahawa bekalan air mentah adalah lebih penting daripada bekalan air terawat sebagai persiapan Selangor menghadapi masalah kekurangan air pada masa hadapan.

Abdul Khalid turut mencadangkan agar air mentah yang disalurkan di Selangor diambil dari Tasik Kenyir di Terengganu yang mempunyai kedalaman melebihi 100 meter dan mempunyai kapasiti menyimpan air terbanyak di seluruh Semenanjung.

‘BN has failed the Indian community’

I trust the wisdom of the masses that they will do the right thing, says Anwar Ibrahim at a Pakatan-backed Indraf 2.0 rally.
KUALA LUMPUR: The pro-tem committee members of Indian Rights Action Front (Indraf 2.0) today held a rally to call upon all political parties to look into pressing matters concerning the Indian community and to urge them to provide a solution for Malaysian Indians.
Organised by NGO Malaysian Indian-Voice (MI-V), the rally attracted about 3,000 people to the Girl Guides Hall in Brickfields.
The rally was backed by Pakatan Rakyat and helmed by DAP leader and Penang Deputy Chief Minister P Ramasamy. Other Indraf pro-tem committee members are V Ganabatirao, R Kengadharan and Thasleem Mohd Ibrahim.
Ganabatirao and Kengadharan were part of the Hindraf (Hindu Rights Action Force) five who were arrested under the Internal Security Act in the aftermath of the Nov 25, 2007 rally.

Egypt presidential candidates submit complaints

Pihak SABOTAJ Ceramah Ustaz AZHAR - Ustaz Azhar Idrus

Hukum SOKONG Ibu Bapa BERCERAI - Ustaz Azhar Idrus

Jawapan kepada soalan Rafizi : Dimana 237 billion sumbangan Petronas kepada kerajaan ketika Pak Lah menjadi PM.

Banyak bukti Umno cetus suasana tegang

MACHANG: PAS menolak sama sekali kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya pembangkang akan bertindak ganas sekiranya kalah pada pilihan raya umum ke-13.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya berkata, berdasar kepada apa yang berlaku sekarang jelas pihak lawan yang sering mencetuskan suasana tegang.

Katanya, banyak program yang dianjur PAS atau Pakatan Rakyat berdepan dengan keganasan pihak lawan sehingga menyebabkan berlaku kecederaan.

“PAS tidak pernah membuat kacau dan menimbulkan keganasan. Kenyataannya sudah terbalik, sebelum ini pun pelbagai keganasan berlaku.

“Siapa sebenarnya yang menimbulkan suasana panas dengan melakukan tindakan tidak bermoral di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga.

Mangsa keganasan di Pantai Dalam dakwa dilastik bebola besi

PANTAI DALAM 27 Mei: Mangsa keganasan samseng Umno, Raja Ismail Raja Din yang berdarah kepala semasa ceramah Pakatan Rakyat, di Pantai Dalam  24 Mei lalu, mendakwa dilastik dengan bebola besi (ball bearing).
Menceritakan semula kejadian di pangsapuri Pantai Permai itu, Raja Ismail memberitahu, kira-kira jam 11 malam, bekalan elektrik yang disambung ke tapak ceramah dipotong.
“Dalam gelap itu tiba-tiba saya rasa ada sesuatu yang berat dan keras kena di kepala. Saya terasa sakit. Bila dikesat, nampak darah.
“Orang kata saya dilastik dengan ‘ball bearing’ dari tingkat atas Flat. Saya berlari ke arah pentas dan pengsan. Hanya sedar ketika di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” jelas Raja Ismail yang kehilangan banyak darah akibat luka di dahi.

Kita semakin matang, tidak ‘emo’


*HAMPIR seminggu telah berlalu, orang masih bercakap mengenai debat terbuka KJ-Rafizi yang disiarkan secara langsung menerusi Bernama Radio 24 dan stesen TV Astro Awani. Stesen berkenaan mengulang tayang program tersebut sebanyak dua kali.

Baik media cetak, media elektronik juga media baru dalam talian dan blog beri liputan meluas terhadap pertikaman lidah yang begitu hangat mengenai isu penghapusan pinjaman PTPTN.

Kedua pendebat – Ketua Pemuda Umno dan Pengarah Strategik PKR – sama hebat dan masing-masing bertegang urat dan saling menuding jari antara satu dengan lain sepanjang sejam setengah bersama moderator, Dr Maszlee Malik. Ini bukan pertama kali KJ-Rafizi bersemuka, sebab sebelum ini mereka sudah pun bertemu dalam acara serupa di London.

SPR: Keputusan kajian Merdeka Center tidak mencerminkan semua rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menolak hasil sebuah kajian bahawa hampir separuh pengundi tidak percaya pada pemilihan proses di negara ini, dengan alasan saiz sampel yang digunakan “terlalu kecil dan rawak” untuk mewakili semua rakyat Malaysia.
SPR Timbalan Pengerusi, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) berkata beliau yakin bahawa pengundi tidak akan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang akan datang atau marah jika Barisan Nasional (BN) terus berkuasa.
Kajian yang diumumkan pada hari Jumaat oleh Merdeka Center mendapati bahawa 92 peratus pengundi mahu daftar pemilih dibersihkan sebelum pilihan raya diadakan, manakala 48 peratus bersetuju bahawa daftar pemilih sekarang tidak tepat.
Tetapi Wan Ahmad menegaskan bahawa 1019 pengundi berdaftar yang ditemuduga tidak mewakili semua rakyat Malaysia dan oleh itu tidak mempunyai kaitan dalam pilihan raya umum akan datang.
“Mereka hanya menyoal 1000 orang; 48 peratus adalah hanya sekitar 480 orang. Ia tidak menggambarkan majoriti rakyat Malaysia,” Wan Ahmad memberitahu The Malaysian Insider.

Suaram desak SPRM buka kertas siasatan Scorpene

PETALING JAYA 27 Mei: Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan mengenai skandal Scorpene yang turut dikaitkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau turut mendesak Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyenaraikan semua syarikat yang terlibat dalam skandal pembelian kapal selam berkenaan.
“Zahid perlu senaraikan semua syarikat yang terlibat dalam pembelian kapal selam ini kerana ia melibatkan penggunaan dalam jumlah yang besar wang pembayar cukai.
“Kita juga desak SPRM membuka semula siasatan skandal ini kerana jelas berlakunya penyelewengan dan rasuah termasuk Perdana Menteri, Najib Razak,” katanya dalam taklimat isu Scorpene di Pejabat KEADILAN di sini, hari ini

SPR hilang mandat berdasarkan kaji selidik, kata Bersih

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Tinjaun terbaru di Dataran Merdeka membuktikan bahawa pengundi sudah hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya kini termasuk peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata pemerhati Bersih hari ini. Menurut Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan, natijah kepada tinjauan terbabit telah mendapati bahawa sistem pilihanraya berusaha untuk menubuhkan sebuah pasukan untuk memenuhi keperluan politik bagi PRU akan datang.
Tinjauan itu dilakukakn sehari selepas ribuan perusuh berhimpun pada Bersih 28 April lalu yang menemukan sembilan daripada sepuluh pengundi mahukan sistem pilihanraya yang bersih sebelum menjelang PRU ke-13.
Tinjauan oleh Merdeka Centre berhasil mendapatkan  hampir separuh daripada 1,019 pengundi yang berdaftar yang percaya daftar pemilih mempunyai pengundi diragui termasuk warga asing.

BERSIH: K'jaan buru 'habis-habisan'....penjenayah dan samseng bebas sakan..!!!!



Aktivis yang mengadakan perhimpunan nyalaan lilin untuk memperingati perhimpunan BERSIH 3.0 malam tadi menyifatkan kerajaan menggunakan taktik menakut-nakutkan rakyat dalam menghadapi perhimpunan tersebut sejak sebulan lalu.

Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah berkata kerajaan bertindak "habis-habisan" dalam memburu anggota jawatankuasa tersebut dan juga penyokong mereka selepas perhimpunan 28 April.

Bersih vigil Maria Chin AbdullahKatanya, jawatankuasa gabungan NGO itu terkejut dengan dakwaan bahawa polis sekali lagi bertindak ganas dengan memukul orang yang diburu itu, selepas individu berkenaan menyerah diri, seperti yang dialami Mohd Safuan Mamat.

Katanya, orang yang menyerah diri tidak menjangka untuk dipukul, "tapi tidak dalam kes ini."

Polis juga hanya mendedahkan 36 nama daripada 141 orang yang dikehendaki itu, katanya yang mahu polis mendedahkan nama lebih 100 yang lain.

"Tujuan mereka adalah untuk mewujudkan ketakutan di kalangan orang ramai," katanya.

Beliau bersama pemimpin aktivis lain termasuk pengarah eksekutif Suaram E Nalini dan setiausaha agung PSM S Arutchelvan bersama 30 yang lain menyertai perhimpunan nyalaan lilin itu.

BERSIH 3.0: Mahathir kutuk anak sendiri?


KUALA LUMPUR, 27 MEI: Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya perhimpunan BERSIH 3.0 adalah “persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya” menimbulkan persoalan sama ada bekas Perdana Menteri itu mengecam anaknya sendiri Datin Paduka Marina Mahathir yang menyokong dan menyertai perhimpunan tersebut pada 28 April lalu.
Malah, Marina juga telah menyokong dan menyertai perhimpunan aman BERSIH 2.0 pada Julai tahun lalu.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, tuduhan Mahathir yang tidak masuk akal itu mencerminkan sikapnya sendiri dan membangkitkan pertanyaan sama ada anaknya Marina “tidak cerdik” kerana sanggup menjadi “alat” kepada BERSIH 3.0 dan Pakatan Rakyat.

Nafi royalti: Umno tidak layak dipilih jadi ketua

RANTAU PANJANG: Dalam Islam pemimpin yang bercakap bohong tidak layak dipilih sebagai ketua. Begitu juga apabila ada pemimpin yang menafikan perjanjian ditandatangani pada 1975 mengenai royalti petroleum.

Perjanjian berkenaan ditandatangani kerajaan Kelantan dan Petronas ketika itu dengan memberi hak untuk mendapat royalti sebanyak 5 peratus dan perlu dibayar dua kali setahun.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud berkata, pelanggaran yang berlaku itu tidak melayakkan rakyat memilih pemimpin Umno menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.

Mahathir jangan dijadikan contoh dan ikutan

Betul kah padangan Dr Mahathir jika PR kalah dalam pilihanraya nanti negara akan huru-hara? Satu lagi yang menjadi persoalan  ialah kata-kata Mahathir yang jika UMNO kalah dan ditewaskan Melayu akan hilang kuasa politiknya? Kenapa Mahathir alih-alih terlalu sayang kepada UMNO pula? Kenapa Mahathir alih-alih dan tidak semena-mena  terlalu sayang kepada orang Melayu yang selama ini beliau pandang rendah? Persoalan-persoalan yang saya ajukan ini jangan di salah fahamkan.
Saya bertanya perkara ini, kerana orang Melayu telah hilang identiti asalnya oleh kerana Mahathir. Apabila Mahathir kembali bercakap pasal masa depan orang Melayu dan tentang ketakutannya kepada huru hara negara ini, ia amat bertentangan dengan apa yang beliau lakukan selama ini, terutamanya semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dahulu. Segala yang beliau lakukan semasa sedang seronok berkuasa dahululah yang menjadi penyebab berlakunya apa yang berlaku pada hari ini.

PM biarkan keganasan di ceramah....agenda menghalal cara...!!!

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara tidak langsung membiarkan tindakan ganas dilakukan ke atas ceramah Pakatan dengan tidak mengutuk tindakan tersebut.

Katanya, Najib secara tidak langsung membiarkan tindakan tersebut ketika apabila perdana menteri tidak membuat kenyataan supaya perkara seperti itu dihentikan.

Najib juga melepaskan tanggungjawabnya dengan bertindak demikian, kata Anwar lagi ketika ditemui pemberita di Klang petang ini.

Siri serangan yang mensasarkan ceramah Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi seperti yang berlaku di Gambang (Pahang), Merlimau (Melaka) dan terbaru di Lembah Pantai (Kuala Lumpur yang menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera.

Ditanya mengenai dakwaan Umno bahawa beliau yang mencetus pergaduhan di Lembah Pantai ketika ceramah pada Khamis malam itu, Anwar dengan sinis berkata mangsa dalam kejadian tersebut, seorang lelaki yang sudah berumur, mungkin cedera akibat perbuatan sendiri.

Malah ketika cermin keretanya dipecahkan, beliau juga memecahkannya sendiri, kata Anwar lagi.

Hang Samseng : Malam Jumaat luar biasa di Pantai Dalam



 
SAKSI MATA Hari Khamis 24 Mei yang lalu sepatutnya sama seperti hari-hari Khamis lain. Saya ditugaskan membuat liputan ceramah politik PKR - satu perkara yang biasa saya lakukan sebelum bertugas di Malaysiakini lagi. Ceramah itu dijadual berlangsung di Pantai Dalam, yang terletak dalam kawasan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Sepanjang jalan bermula dari stesen Petronas Pantai Dalam ke tapak ceramah di PPR Pantai Permai aliran trafik lebih sesak daripada biasa.

pantai dalam kerinchi pkr 240512Kelihatan pemuda-pemuda berbaju-T merah memegang kain rentang berdiri di kiri kanan jalan. Pada kain rentang tersebut tertulis mesej-mesej antaranya "Anwar kaki pusing", "Parti anak-beranak", dan "Parti Kencing Rakyat"

Saya tidak pasti sekiranya kesesakan trafik hari itu berpunca daripada kebanjiran ramai orang ke ceramah Pakatan Rakyat yang merupakan satu perkara biasa, atau kerana jalan raya ke tapak ceramah menjadi semakin sempit dengan kehadiran pemuda-pemuda berbaju merah tadi.

Ramai kakitangan awam tidak mampu miliki rumah sendiri


logo cuepacs MACHANG - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutama di Lembah Klang, tidak mampu memiliki rumah sendiri.

Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata, fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu, termasuk mengurangkan kadar faedah pinjaman dan menaikkan gaji kakitangan awam terbabit.

"Kadar faedah pinjaman perumahan 4 peratus yang dikenakan institusi kewangan ke atas penjawat awam pada masa ini wajar diturunkan kepada 1 peratus," katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Himpunan Belia Negara Wasotiyah Hj. Najib...Konsert Maksiat Diutamakan, Anak Muda Dilalaikan!

Penganjur orang Islam, penonton pun orang Islam..ish3...rosak anak muda bawah takluk Umno/BN...yang sadisnya, pentaksub Najib begitu teruja, malah kata mereka, konsert (maksiat) ada, ceramah agama pun ada, pilih lah...ini kan 1 Malaysia.....korang fikir lah sendiri..sedih2...

Kak Mah pun ada... eh, apa yang ditunjuk oleh Hj Najib tuh!

DAP: PRU13 bakal muncul pilihan raya paling ganas...bila samseng UMNO@PERKASA bebas menganas...!!!


DAP: PRU13 bakal muncul pilihan raya paling ganas SHAH ALAM - DAP, komponen Pakatan Rakyat (PR), mendakwa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bakal muncul sebagai pilihan raya paling ganas dalam sejarah akibat keadaan terdesak Barisan Nasional (BN) untuk kekal kuasa tanpa mengira apa kaedah untuk memperoleh undi dan sokongan rakyat.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, sejak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan ungkapan "dahsyat iaitu kalau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa", menunjukkan Umno makin menggunakan bahasa kebencian dan keganasan dalam arena politik.

"Seruan Najib pada hari itu membuktikan bahawa bahasa keganasan bukan sekadar terhad kepada kata-kata tetapi sudah pun menjadi tindak-tanduk samseng yang ganas dan tidak berakal," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.