Sabtu, 26 Mei 2012

Pertarungan sengit Ikhwan dengan 'feloul' Mubarak


KAHERAH: TempOh pengiraan undi bagi daerah mengundi di seluruh Mesir  tamat pada jam 2 petang Jumaat semalam. Pada jam 10 malam semalam, proses pengiraan undi Proses pengiraan pada keseluruhannya berjalan lancar tanpa sebarang masalah besar dan ia di kawal-selia oleh seorang hakim dan wakil-wakil calon yang bertanding dibenarkan menyelia peti undi di sepanjang tempoh pengundian.
Keputusan tidak rasmi yang di keluaran setakat ini menunjukkan calon parti Huriyyah Wal-Adalah (FJP), Ikhwan Muslimin Dr. Mohamad Morsi akan bersaing dengan Ahmed Shafiq bekas Perdana Menteri dan bekas komander tentera udara bekas komander tentera udara ketika pemerintahan Hosni Mubarak, di pusingan kedua yang akan diadakan pada 16 hingga 17 Jun ini.

Terbukti Umno cetus kejadian berdarah


KUALA LUMPUR, 26 Mei: Bukan Pakatan Rakyat (PR), tetapi terbukti Umno yang mencetuskan begitu banyak kejadian berdarah, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Ketika menolak dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa demonstrasi ganas akan dianjurkan tanpa henti jika jika PR tewas dalam pilihan raya umum ke-13, beliau berkata fakta sejarah dengan sendirinya akan mendorong rakyat menolak dakwaan itu.

"Memanglah, saya tak marah langsung dengan apa yang Dr Mahathir kata. Biarlah, dalam negara demokrasi, dia pun ada hak untuk bercakap juga walaupun orang waras tergelak sakan dengan kata-katanya.

Pergi mampooss!!


 Ambooii.... Sedapnyer mulut mengatakan Anwar dulu yang buat provokasi. Anwar provoke dulu, ek??
Pegi mampuih ler....!! Usah nak buat fitnah!! Banyak rakyat yang dah tengok video ceramah tu. Usah nak bawak mulut. Eeeee.... puak-puak UMNO ni, mulut mereka dah terlebih insuran. Aha... mana tidaknyer, mereka ada insuran perlindungan daripada UMNO. Hahahaha... 'syarikat insuran' untuk jaga samseng.

Hadiah kereta mewah – untuk menutup malu !

  
Tindakan ketua penganjur himpunan “Anti BERSIH” @ penyokong KOTOR, Datuk Jamal menawarkan hadiah dua kereta mewah kepada penyokong dan peminatnya merupakan tindakan yang keterlaluan, terdesak, tidak wajar dan tidak sesuai. Kalau hendak beramal jariah sekali pun,  banyak cara-cara lain yang lebih afdhal dan manasabah, bukan dengan publisiti murahan begini seolah-olah nak menunjuk-nunjuk kekayaan peribadinya.
Jelas sekali tindakannya lebih kepada untuk menutup malu kerana perbuatan demo anti BERSIH nya  tidak digemari  oleh banyak pihak,… dan masyarakat sedang mentertawakan kebodohan penganjurnya. Apa kejadahnya  himpunan “BERSIH 3” yang bertujuan baik, untuk menuntut keadilan,  tidak disokong, sebaliknya dimusuhi !   Apakah Allah telah menjadikan semua ahli Umno dan penyokongnya bodoh macam lembu??
Oleh : rahimothman

Bersih akan merantau seluruh negara untuk kempen ‘keluar mengundi, lawan penipuan’

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Bersih akan kembali kepada fokus utama mereka menuntut pilihan raya adil bersih, kali ini dengan merantau ke seluruh pelusuk tanah air bagi kempen mengajak pengundi berdaftar keluar mengundi ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang dijangka tidak lama lagi.
Badan pemerhati pilihan raya itu akan memulakan kempen "Keluar Mengundi, Lawan Penipuan" bermula Jun depan dengan memberikan fokus utama di kawasan pedalaman.
"Bersih akan kembali kepada agenda utama kami. Dengan mengadakan "roadshow" bermula Jun depan.
"Kami akan memberi penjelasan kenapa pengundi perlu keluar mengundi dan melawan penipuan dalam sistem daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," kata ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih, Maria Chin Abdullah ketika perhimpunan vigil pasca Bersih di hadapan pintu masuk Taman Tasik Perdana.

Malam Itu di Kerinchi

Pada malam itu, 24 Mei 2012, di kawasan Kerinchi, Lembah Pantai, UMNO membuktikan sekali lagi mengapa mereka perlu ditolak rakyat Malaysia. Pada malam tersebut kebiadaban yang cuba disorok selama ini telah terserlah, masyarakat Melayu yang penuh dengan adab dan adat telah bertindak samseng, mengganggu ceramah PR dengan membaling batu, telur dan juga membocorkan tayar kenderaan. Maka amat jelas sekali bahawa UMNO hanya mampu merosakkan minda Melayu, membawa Melayu menjadi bangsa yang tidak bertamaddun dan beretika.

Namun kesan terhadap tindakan pengecut tidak sepertimana yang mereka harapkan apabila lebih ramai rakyat yang hadir bersama ceramah PR. Walaupun diancam sedemikian rupa program tetap diteruskan. Rakyat tidak bersurai walaupun terpaksa menyaksikan seorang warga mas cedera berdarah dahinya terkena batu yang dilontar dari jauh. Beliau berjalan beberapa langkah setelah terkena batu dan saya melihat dahinya berdarah, bajunya bertompok-tompok dengan darahnya sendiri sebelum tiba-tiba rebah dan disambut orang-orang di tepinya. Beberapa orang memapahnya dan membawanya ke belakang.

‘Anwar tak buat provokasi, kami ada bukti’


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menolak dakwaan Umno bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan provokasi ketika ceramah PKR di pekarangan Pangsapuri Pantai Permai, Lembah Pantai, Khamis lalu.

Menurutnya, beberapa wartawan yang membuat liputan ceramah tersebut mempunyai bukti melalui rakaman video berhubung insiden yang berlaku.

Mahathir The Spin Doctor - UMNO Yang Samseng, Dituduhnya PAS.


Nik Aziz: Bertindak ganas bukan Pas, tapi Umno

MACHANG - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pihak pembangkang akan bertindak ganas sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tidak pernah membuat kacau dan menimbulkan keganasan tetapi sebenarnya tindakan-tindakan sedemikian dimulakan oleh pihak Umno dengan melakukan pelbagai provokasi sejak kebelakangan ini.

"Kenyataan ini terbalik. Pelbagai keganasan dilakukan oleh Umno termasuk menimbulkan suasana panas dengan melakukan tindakan tidak bermoral di depan rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga.

Bukti Samseng Umno-APCO Punca Provokasi

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menolak dakwaan Umno bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memulakan provokasi ketika ceramah PKR di pekarangan Pangsapuri Pantai Permai, Lembah Pantai, Khamis lalu.

Menurutnya, beberapa wartawan yang membuat liputan ceramah tersebut mempunyai bukti melalui rakaman video berhubung insiden yang berlaku.

"Masyarakat boleh menonton rakaman video itu dilaman Youtube. Orang ramai yang hadir semasa ceramah di pangsapuri itu dilaporkan dilempar dengan batu, telur dan botol air," katanya.

Trader denies profiting from ‘Bersih 4.0’, claims Lamborghini gesture of thanks

Datuk Jamal Md Yunos with Bersih 4.0 supporters. — File pic
KUALA LUMPUR, May 26 - Restaurant owner Datuk Jamal Md Yunos today dismissed claims he would profit from the coming 'Bersih 4.0' gathering, insisting instead that the luxury cars offered as lucky draw giveaways were merely his way of "thanking" the public for supporting his "peace-loving" cause.

Earlier today, DAP leaders had claimed the trader would rake in millions of ringgit by asking the public to spend RM50 in a single receipt at his restaurant - Sekinchan Ikan Bakar - to participate in the lucky draw.

But Jamal, who leads the "Bersih 4.0" gathering pointed out that if he were truly out to make a profit for himself, he would not be offering a 30 per cent discount at his restaurant for those who "like" the "Bersih 4.0 Cintakan Keamanan" Facebook page.

LZS Peruntuk RM55 Juta Perkasa Pendidikan Islam di Selangor

SABAK BERNAM 26 MEI : Sejumlah RM55 juta diperuntukkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk disalurkan kepada bahagian pendidikan Islam yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Penyerahan ‘Mock Up Check’ itu disampaikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Majlis Sambutan Hari Guru JAIS peringkat negeri, di sini yang turut dihadiri Pengarah JAIS, Datuk Marzuki Hussin.
Peruntukkan itu melibatkan 14 jenis bantuan dan sumbangan antaranya bantuan elaun guru Kursus Asas dan Fardu Ain(KAFA) negeri berjumlah RM26 juta.

MB: Perkasa Pendidikan Islam, Selangor Tambah 5,161 Guru

SABAK BERNAM 26 MEI : Bagi menampung kekurangan guru pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Kerajaan Negeri Selangor bersetuju menambah 5,161 jawatan guru agama di negeri ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, lantaran kerajaan negeri memiliki kemampuan kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan penambahan jawatan ini bagi menampung kekurangan guru masa kini.
Katanya, setakat ini seramai 9,128 orang guru mengurus dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran seramai 238,572 pelajar.
“Jumlah pertambahan pelajar setiap tahun menyebabkan guru yang dipertanggungjawabkan tidak mencukupi.

Noh Tiada Kepakaran Dalam Pengurusan Air, Patut Selesaikan Isu NFC

SABAK BERNAM 26 MEI : Masalah utama Noh Omar ialah beliau tidak faham dan tidak tahu menyelesaikan masalah air yang berlaku kini, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tambahnya, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani tidak mempunyai kefahaman yang begitu baik untuk mencampuri urusan itu.
Noh sepatutnya menjaga kementeriannya dan mengkaji semula isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) kerana ia melibatkan nilai yang tinggi.

Children killed in 'massacre' in Syria's Houla

PM : Melayu Islam lebih berhak, kata Nik Abduh


Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz
MACHANG - “Melayu (muslim) lebih berhak, sebab ia majoriti,”kata Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh bahawa untuk berjuang bagi memastikan bukan Melayu menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Anak kepada Mursyidul Am Pas itu menegaskan berdasarkan situasi semasa negara, hanya orang Melayu dan Islam sahaja yang berhak menjadi pemimpin nombor satu negara.

Jangan lupa kezaliman Regim Najib


Ingat anak muda ini.... 
Ingat kezaliman Regim Najib Razak!!

Tambah SUJUD Solat HAJAT - Ustaz Azhar Idrus

Maksud MUALAF - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Perhimpunan BERSIH 3.0 - Ustaz Azhar Idrus

IKTIKAF Di Masjid Untuk Hisap ROKOK - Ustaz Azhar Idrus

Ambil AL QURAN Masjid TAPI Ganti Balik - Ustaz Azhar Idrus

Abdullah Ali Himpunan Selamat Tinggal Umno

Presiden Mesir: Wakil Ikhwanul undi terbanyak, keputusan 'terikat'


Mohammed Mursi
Mohammed Mursi
KAHERAH - Mohammed Mursi, wakil Ikhwanul Muslim dan bekas Perdana Menteri Ahmed Shafiq akan bersaing di pusingan kedua pemilihan presiden yang pertama sejak Hosni Mubarak digulingkan.

Dalam pusingan pertama pemilihan yang berakhir kelmarin, Mohammed berada di depan dengan memperoleh 25.3 peratus undi manakala Ahmed, bekas anggota pentadbiran Hosni, memperoleh 24.9 peratus undi.

SPR: Responden mungkin tak tahu....SPR cuba memperbodohkan rakyat,,,,!!!!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, keputusan tinjauan bahawa 92 peratus rakyat Malaysia hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya mungkin disebabkan "mereka mungkin tidak tahu apa yang mereka katakan".

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga berkata, soalan yang dikemukakan dalam tinjauan itu terlalu umum dan terdapat kecenderungan bagi mendorong menjawab "ya" bagi soalan yang dikemukakan.

"Soalan yang diberikan jelas dan menggunakan logik, semua orang akan menjawab mereka mahu dafar pemilih yang bersih, termasuk SPR.

Samseng Umno-APCO Ikut 'Arahan Provokasi' Mahathir??

Bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad tak sudah-sudah buat onar lagi!

Terbaru, Mahathir mendakwa kononnya Pakatan Rakyat yang bakal tewas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan itu.

Dakwa Mahathir, pembangkang (Pakatan Rakyat) seterusnya akan mengusahakan pilihan raya baru yang dimanipulasi mereka diadakan.

"Tunjuk-tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya.

"Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan," dakwa beliau dalam blognya.

Begitulah Mahathir, seorang pengamal politik Machiavelli yang tidak sudah-sudah dengan taktik 'reverse psychology'nya ketika berhadapan lawan politik.

Aishah Himpunan Selamat Tinggal Umno Chukai

Umno Sedang diTransformasi jadi Kelab Samseng

NAJIB SEBUT "HARAM JADAH", DIA LUPA UMNO DULU PERNAH DIHARAMKAN, JADI UMNO ITU "HARAM JADAH" . NAJIB PERNAH KATA, 'KITA TUNJUK NEGARA INI SIAPA YANG PUNYA," SEBAB MARAH PADA PENYOKONG PAKATAN, DIA LUPA RAKYAT AKAN TUNJUK, NEGARA INI BUKAN BAPAK NAJIB YANG PUNYA. ABU... asalkan bukan umno

Politik negara ini dah macam politik longkang, busuk, hanyir dan kotor, itu semua pembawakan dari dalaman umno itu sendiri.

Tak payahlah "tukanglawan" nak cerita tentang hal dalaman umno yang macam tong najis tu, didalam umno sendiri segala jenis kekotoran ada, rasuh, politik wang, salah guna kuasa, budaya samseng, ugut dan banyak lagi, yang kita semua dah lama tahu.

Budaya politik wang untuk kuasa itu sudah jadi darah daging umno, siapa banyak wang dia akan naik, siapa tak ada wang, tunggu saja pemilihan, wang ditabur macam kertas kosong, sumbernya dari mana agaknya?.

Jadi kerana politik wang itulah, pemimpin umno boleh kita kata tak tulin, jiwa mereka tidak untuk rakyat, tetapi kerana pelaburan besar yang mereka buat, mereka mahu pulangan juga yang besar-besar.

Effingham 7 on hunger strike

Securing Afghanistan after the US withdrawal

Syrian activists decry 'massacre' in Houla

"Penang General Hospital is one of the best in Malaysia"

Rafizi Ramli Himpunan Selamat Tinggal Umno

Kisah Benar : Arab Saudi Naiktaraf Kediaman Sebab Jemaah Haji Dikurang

SHAH ALAM, 26 MEI: Kerajaan Arab Saudi dijangka terpaksa mengurangkan jemaah haji dari Malaysia dan negara-negara lain disebabkan kerja menaiktaraf kediaman jemaah dan tiada kena mengena dengan perhimpunan BERSIH 3.0 yang turut diadakan di negara itu.
Demikian menurut Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik ketika dihubungi TVS hari ini.
“Memang begitulah, maklumat yang kita perolehi, akhbar-akhbar di Arab Saudi tak keluar kenyataan sebagaimana yang dinyatakan oleh akhbar arus perdana Malaysia.
“Cuma pengurangan itu memang ada berlaku tetapi disebabkan penempatan lama seperti pangsapuri diruntuhkan, yang baru belum bina lagi.

Bukan Melayu boleh jadi PM asalkan Islam, kata Nik Aziz


nik aziz 16mac
MACHANG - Soal bangsa tidak perlu dipertikaikan untuk seseorang menjadi Perdana Menteri asalkan dia beragama Islam, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ini kerana perdana menteri akan mengetuai kerajaan dan memimpin umat Islam di negara ini.

"Nak bukan Melayu tidak apa, asalkan beragama Islam, mana boleh pimpin Islam kalau tidak Islam. (Contohnya) negeri demokrasi, adakah (jawatan) diberi kepada komunis, negeri komunis pula adakah dia akan beri kepada orang demokrasi? Tak ada... negeri komunis maka (pemimpin) komunis yang pegang, negeri demokrasi maka demokrasi pegang.

"Negeri Islam, maka orang Islamlah pegang, jadi bangsa apa pun tak peduli," katanya selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS Negeri Kelantan di Markaz Dewan Ulama (MADU) Labok, di sini, hari ini.

Nik Aziz: Bertindak ganas bukan Pas, tapi Umno


MACHANG - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pihak pembangkang akan bertindak ganas sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tidak pernah membuat kacau dan menimbulkan keganasan tetapi sebenarnya tindakan-tindakan sedemikian dimulakan oleh pihak Umno dengan melakukan pelbagai provokasi sejak kebelakangan ini.
"Kenyataan ini terbalik. Pelbagai keganasan dilakukan oleh Umno termasuk  menimbulkan suasana panas dengan melakukan tindakan tidak bermoral di depan rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga.
"Apa ni? Tindakan mengadakan senaman 'tonggeng' itu bukan budaya Melayu. Kita orang yang beradab dan beretika... semua ini adalah budaya luar yang dibawa oleh Umno," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, beliau merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kali ke-41 di Markas Dewan Ulama Labok di sini, hari ini.

Nasihat siswa buat penganalis politik



 
Terlibat dengan gerakan mahasiswa menjadikan saya membina pandangan alam yang lebih luas.

Gerakan mahasiswa bukan saja terdedah kepada politik nasional secara langsung, bahkan entiti ini harus mendepani cabaran-cabaran untuk terus membina gelombang rakyat.

Bukan sekadar membaca tulisan-tulisan 'pemerhati dan penganalisa politik', gerakan mahasiswa sebaliknya hadir terlibat secara langsung.

PKR akan kemuka bukti Umno dalang keganasan di Lembah Pantai

KUALA LUMPUR, 26 Mei — PKR akan mengemukakan bukti ahli Umno adalah dalang disebalik keganasan yang berlaku di ceramah pembangkang di Lembah Pantai Khamis lalu.
Pemimpin Umno hari ini menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan provokasi ketika ceramah tersebut dan beliau perlu bertanggungjawab terhadap insiden keganasan tersebut.
Anwar telah memanggil pemuda Umno di lokasi ceramah Umno yang berjarak 100 meter dengan panggilan “sial” dan “celaka” sejurus kemudian ceramah PKR diserang menggunakan batu, telur, dan botol air.”
“Kami ada bukti, video menunjukkan Umno memulakan serangan terhadap rakyat dan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah disebabkan perkara itu,” kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (gambar) kepada The Malaysian Insider.

Asrul tersentuh dengan pembaca, KM



 
Pembaca Malaysiakini dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng nyata tersentuh dengan keberanian dan keazaman Asrul Wadi Ahmad yang mahu terus berjuang untuk pilihan raya bersih dan adil.

Asrul, peserta BERSIH yang mungkin buta sebelah mata akibat terkena kanister gas pemedih mata dalam perhimpunan di Kuala Lumpur pada 28 April lalu, berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang membantunya.

Lelaki 26 tahun itu berkata, sifat murah hati dan sokongan awam akan memberikan motivasi padanya untuk berjuang ke arah Malaysia yang lebih baik.

"Jutaan terima kasih kepada semua pihak atas sikap ambil berat dan sumbangan rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan bangsa," katanya kepada Malaysiakini.

Bekas IGP: Ceramah balas undang masalah

ex-igp musa hassan interview with malaysiakini 4Ceramah balas di kawasan berdekatan tidak harus dibenarnya kerana ia seolah-olah mengundang masalah, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Pergaduhan boleh berlaku sekiranya ia tetap diadakan, kata Musa dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam.

Menurutnya lagi, apabila tercetus insiden, kedua-dua belah pihak kemudiannya akan saling menyalahkan satu sama lain dan sukar dicari siapa yang bertanggungjawab.

Ditanya sama ada polis patut campur tangan, Musa berkata, tanggungjawab harus diberikan kepada peserta ceramah untuk mengawal emosi mereka sendiri.

DAP: Tinjauan buktikan BERSIH benar

NONETinjauan terhadap isu pilihan raya yang dikeluarkan semalam menunjukkan "bukti yang menjahamkan" (damning evidence) bahawa kerajaan gagal memastikan pilihan raya bersih dan adil, sekali gus membenarkan perhimpunan BERSIH pada 28 April, kata DAP.

"Daripada data yang dikumpulkan... ia bukti yang melampaui keraguan bahawa 'program transformasi politik' sejak sambutan kemerdekaan tahun lalu gagal menggerakkan rakyat Malaysia.

"Keputusannya juga membenarkan secara menyeluruh tindakan BERSIH turun ke jalan raya setelah dinafikan peluang berhimpun secara aman di Dataran Merdeka bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil untuk semua rakyat Malaysia," kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

Don't be angry with Dr M, pity him for he know BN can lose GE-13

Don't be angry with Dr M, pity him for he know BN can lose GE-13 - Kit SiangYesterday, former Prime Minister Tun Dr. Mahathir blogged that the Bersih 3.0 rally was a “preparation” and “warm-up” by Pakatan Rakyat for violent demonstrations to reject the results of the 13th general election should the opposition fail to win it.
He said: “Their defeat will be followed by violent demonstrations that will go on and on so that the election results are rejected and a new government is put in place, that is approved by the opposition.
“After that, they will attempt to hold an election again that they can manipulate.”
Record-holder
Mahathir must hold the Malaysian record of having made the most number of outrageous and preposterous statements in his political life, before, during and after his 22-year premiership (1981-2003) but what he blogged yesterday must rank as among his most outrageous and preposterous statements.

Anwar: Saya jadi PM jika PR menang

Raja Datuk Kamarul Bahrin Himpunan Selamat Tiinggal Umno

Haji Hanafiah Himpunan Selamat Tinggal Umno

Mujahid : Tiada keperluan PAS kaji kedudukan dalam PR

Nurul Izzah: Ceramah video the best proof

Isu Serang Ceramah Anwar: Reaksi Umno Lembah Pantai

PKR KACAU CERAMAH UMNO DI PANTAI DALAM.....!!!!

Umno Lembah Pantai dakwa Anwar provokasi insiden Lembah Pantai....2 jam sumpah seranah dari majlis UMNO tak pe,,,!!! Pakatan pekak semua..!!!



Umno Lembah Pantai hari ini mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanggungjawab membuat provokasi menyebabkan berlakunya ketegangan dan kecederaan dalam ceramah Pakatan Rakyat kelmarin.

Ketua Pemuda Umno bahagian itu Mohamad Sazali Kamilan mendakwa, Anwar pada malam itu mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka".

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Mohamad Sazali berkata, daripada ucapan itu boleh dijangkakan apa yang bakal terjadi.

Dalam ceramah di Pantai Dalam malam tadi, seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang hanya beberapa meter sahaja dari ceramah PKR.

Izzah: Video ceramah bukti terbaik " Malam Berdarah Pantai Dalam"

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menolak dakwaan Umno Lembah Pantai bahawa PKR memulakan provokasi sewaktu kejadian baling batu dan telur pada ceramah berkembar di Pantai Dalam Khamis lalu.

"Saya nak tanya dua jam lebih Ummi Hafilda dan penceramah lain keluar kata-kata kesat kepada Anwar, kami tak buat apa-apa.

"Itu pun, on record, kita minta semua bersabar," kata naib presiden PKR itu.

Menurutnya, bukti terbaik yang akan menjelaskan kejadian sebenar pada malam itu adalah rakaman video yang dibuat wartawan portal berita yang membuat liputan ceramah itu.

"Bukti terbaik adalah video rakaman," katanya.

Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan pagi tadi mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat provokasi menyebabkan berlakunya ketegangan dan kecederaan dalam insiden itu.

Beliau mendakwa, Anwar pada malam itu mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Pemuda Umno sial, Pemuda Umno celaka".

RU: Pakatan digesa timbang faktor masa, kos..!!! Sarawak tak pe eh..!!!


PRU: Pakatan digesa timbang faktor masa, kos
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berharap negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) di negeri masing-masing serentak jika Parlimen dibubarkan dengan mengambil kira faktor masa dan kos.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, selain faktor kos, pihaknya berharap kesemua empat negeri akan berbuat demikian atas pertimbangan masa iaitu mandat pemerintahan masing-masing akan berakhir antara April dan Mei tahun depan.

Masyarakat Cina Sambut Kepulangan YB Salahuddin Ayub


GELANG PATAH - Keputusan YB Salahuddin Ayub untuk balik bertanding di negeri Johor mendapat sokongan dan dokongan daripada pengundi masyarakat Cina. Sokongan ini telah dizahirkan kepada YB Salahuddin pada satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina Gelang Patah di Restoran Pekin Sutera.


Rata-rata masyarakat Cina yang hadir menyatakan kegembiraan mereka dengan keputusan yang diambil YB Salahuddin untuk kembali ke negeri Johor. Walaupun baru membuat keputusan untuk bertanding di Johor dan belum lagi dimuktamadkan kerusi yang ingin ditandingi, terdapat segelintir masyarakat Cina sudah memberikan harapan kepada YB Salahuddin untuk memimpin perubahan di negeri Johor seterusnya menjadi Menteri Besar di negeri ini.

Keadilan Kecam Serangan ‘Malam Berdarah Lembah Pantai’

SHAH ALAM 26 MEI : PKR menyelar dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Umno kerana mengganggu program Ceramah Perdana PKR Lembah Pantai yang berlangsung di Apartment Pantai Permai pada 24 Mei lepas.
Dalam kenyataan media bersama Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata tindakan provokasi samseng Umno yang membaling batu bata, telur dan botol air mineral mengakibatkan dua orang yang menghadiri ceramah PKR mengalami kecederaan.

Kantoi : Hallo jamal Ikan Bakaq..Hutang RM153K ikan kami bila mau bayaq..??

 

Tuuu dia aihhh tengok ke GAYA tu ingatkan kaya raya..rupa-rupanya hutang nelayan pun tak berbayar lagi....

PAS tegaskan tiada muzakarah dengan Umno

Mohamad Sabu berkata, sekarang masa pilihanraya dan bukan untuk muzakarah.
PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, mengulangi pendirian bahawa parti itu tidak akan mengadakan muzakarah dengan Umno.
Mohamad Sabu menegaskan PAS akan menghadapi Umno melalui pilihan raya dan bukan dengan muzakarah.
“PAS kini mahu menghadapi pilihan raya umum ke 13 dan bukan masa bermuzakarah dengan Umno,” tegasnya.
Pendirian itu bercanggah dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang masih mahu mengadakan muzakarah dengan Umno.
“Muzakarah sudah tidak ada, dekat pilihanraya muzakarah tidak ada. Muzakarah dengan Umno sejak Memali tidak pernah jadi.

Laba PRU 13 : Projek untuk kontraktor Umno di Terengganu

Wakil rakyat Umno akan mengesahkan lesen kontraktor sebelum mendapat projek Kementerian Pelajaran.
PETALING JAYA: `Durian runtuh’ menanti kontraktor kelas F  Terengganu apabila Kementerian Pelajaran dikatakan akan membahagikan projek untuk mereka awal bulan Jun ini.
Bagaimanapun, projek tersebut hanya untuk kontraktor yang menyokong Umno kerana pejabat Adun Umno yang mesti mengesahkan status lesen kontrak mereka.
Kontraktor kelas F yang khusus untuk Bumiputera boleh memasuki tender kerajaan bernilai sehingga rM250, 000.
Pembahagian projek dan kontrak kepada kontraktor bukan perkara baru terutama menjelang pilihan raya.
Beratus kontraktor kelas F mendapat projek semasa pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Januari 2009.

The world’s craziest game continues…

Many political observers are saying that the prime minister now intends to use the July-August months to woo the Malay voters.

The latest news or rumour going around is that the 13th General Election may very well be held in September. This is the umpteenth time that this annoying game is still continuing. In fact this game was started by Prime Minister Najib Tun Razak who views the guessing of the polls date as a favourite national past-time.
The guessing game has in fact yielded six attempts. They are as follows:
  • October-November 2010 (during PKR’s party elections)
  • April 2011 (together with the 10th Sarawak State Elections)

Bar submits Bersih 3.0 report to Cabinet ministers

Lim said the council was adopting a diplomatic approach to its engagement with the government. — File pic
KUALA LUMPUR, May 26 — Despite recent criticism, the Malaysian Bar has pressed on with its recent resolution condemning the alleged acts of police violence during Bersih 3.0, and presented its views to two Cabinet ministers this week. The Malaysian Insider understands that the Bar Council met with the two leaders to explain the resolution and their final report on the Bersih 3.0 April 28 rally, which details numerous witnessed incidents of police brutality and lists out recommendations on crowd control for future gatherings.
Council president Lim Chee Wee declined to reveal the names of the two ministers but told The Malaysian Insider that discussions with both individuals had gone well.

Kaji selidik Merdeka Centre bukti transformasi Najib gagal, kata Pua

Pua berkata Najib masih ada peluang untuk melaksanakan pembaharuan seluruh ke atas sistem pilihan raya negara. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 26 Mei - Kaji selidik terbaru Merdeka Centre telah membuktikan program transformasi kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan kegagalan, mengikut kata Ahli Parlimen DAP Tony Pua. Pua, yang juga Setiausaha Publisiti DAP, kegagalan program transformasi Najib itu jelas terutamanya yang melibatkan pilihan raya yang adil dan bersih.
“Hasil kajian Merdeka Centre itu membuktikan rakyat tidak menyokong penuh [dan] sebaliknya telah hilang keyakinan terhadap sistem pilihan raya di Malaysia walaupun Najib telah meletakkan ‘usaha penuh’ terhadap transformasi tersebut.

Sejarah & Silam : Tuan Imperialis Dan Anjing Buruannya

Ketahuilah bahawa samseng Umno itu benar

CHE DET buat lagi. kali ini mantan PM itu mendakwa kononnya Pakatan Rakyat yang bakal tewas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan itu.

Dakwa Tun Mahathir Mohamad, pembangkang (Pakatan Rakyat) seterusnya akan mengusahakan pilihan raya baru yang dimanipulasi mereka diadakan.

"Tunjuk-tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya.

"Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan," dakwa beliau dalam blognya.

Begitulah Mahathir, seorang pengamal politik Machiavelli yang tidak sudah-sudah dengan tektik 'reverse psychology'nya ketika berhadapan lawan politik.

Umno dicabar kemuka bukti orang Melayu diusir


PULAU PINANG: Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mencabar Ketua Pehubungan Umno negeri, Datuk Zainal Abidin Osman menyenaraikan 50 buah kampung Melayu yang bakal diusir oleh mahkamah dalam masa terdekat.



Jika ada, beliau dikehendaki mengemukakan dengan bukti kukuh bukan dakwaan kosong sebagaimana kenyataannya dalam akhbar The Sun pada 22 Mei lalu.


Justeru, cadangan Umno agar Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang menambah rumah kos rendah bagi mengatasi penduduk yang terlibat dengan projek pembangunan dilihat sesuatu yang dangkal.

Ini kerana selama ini mereka berhujah supaya kerajaan negeri mengekalkan perkampungan Melayu sedia ada.

PRU13: Umno makin tertekan, huru-hara mungkin berlaku?

Oleh: Inimajalah

Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) belum berlangsung dan Umno-Barisan Nasional (BN) belum kalah  walaupun banyak petunjuk dan spekulasi menjangka parti itu akan kecundang dalam pilihanraya kali ini.

Walau belum kalah dan Umno-BN masih menjadi pemerintah negara ini, sudah ada banyak petunjuk yang parti itu dan penyokongnya sedang mengalami tekanan dan ketakutan yang hebat terhadap kemungkinan mengalami kekalahan, sekali gus  hilang mandat kuasa dalam PRU13.

Amukan 'yob pasior' londeh pekung busuk Umno

Isunya hanyalah berpunca daripada orang kuat Umno, yang mengamuk kerana tidak dapat projek pasir. Dalam loghat Perak pasir disebut 'pasior'.

Di Selangor suatu ketika, Umno cuba memburuk-burukkan kerajaan Pakatan Rakyat dalam isu pasir, tetapi gagal. Akhirnya mereka hanya menjadi 'beruk-beruk yang menggoyangkan pokok', seperti kata Khairy Jamaluddin satu ketika dulu.

Umno jadi malu, apabila seorang pengusaha pasir yang merupakan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kampar, Zamhuri Md Zin, mengamuk memaki hamun Umno dan kerajaan BN Perak, pimpinan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir.

'Kenapa polis serbu pekerja asing waktu gaji?'

Sekumpulan pekerja Burma menyatakan perasaan tidak puas hati dengan serbuan polis dan imigresen ke setinggan mereka di Kajang yang menyaksikan 31 telefon bimbit dan wang tunai RM11,000 dirampas.

Di samping itu, 14 orang turut ditahan.

Menurut pekerja, lebih 40 anggota polis dan 15 pegawai imigresen tiba dalam dua trak dan kereta peronda di rumah mereka di Kampung Baru Balakong pada awal pagi Sabtu.

Serbuan pada jam 1 pagi itu berlaku sejurus selepas hari gaji untuk hampir 200 pekerja Burma di kilang berdekatan.

"Saya percaya mereka memerhati dan tahu bahawa ia hari gaji kepada pekerja," kata Father George Harrison yang mewakili pekerja asing itu.

Pembantu jemaah paderi itu memberitahu Malaysiakini bahwa kesemua rakyat Burma itu mempunyai permit kerja yang sah dan dokumennya tersimpan dengan baik.

Wajibkan PLKN: Ramai bantah

Ramai pihak menolak cadangan mewajibkan semua pelajar lepasan sekolah menengah menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).Beberapa pertubuhan pendidikan, ibu bapa dan pelajar memberikan pelbagai sebab mengapa mereka tidak bersetuju dengan cadangan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr Tiki Lafe.Dr Tiki pada Khamis berkata, cadangan itu telah dibincangkan oleh MLKN dan akan diusulkan kepada kerajaan untuk persetujuan selain meminta maklum balas dari orang ramai.
“Jika ia dipersetujui, kira-kira 500,000 pelatih akan terlibat untuk satu tahun. Oleh itu, kami akan mengkaji kemudahan sedia ada sama ada ia perlu diperluaskan untuk menampung pertambahan peserta,” katanya.

Bersih menerima sokongan penuh rakyat Malaysia walau diserang

KUALA LUMPUR, 26 Mei — Walaupun menerima kecaman daripada pelbagai pihak, Bersih telah menerima sokongan daripada rakyat Malaysia untuk memastikan pemimpinnya selamat.
Menurut Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenavasan, mereka terkesan apabila pemimpin kerajaan gagal mengutuk insiden penjualan burger di luar kediamannya bagi memprotes perhimpunan Bersih 3.0.
“Ini jelas menunjukkan pemikiran rakyat biasa yang meningkat mengenai norma-norma. Namun perkara ini tidak dilihat dalam kalangan pemimpin ... Hanya rakyat biasa yang meletakkan tahap sedemikian,” katanya kepada The Malaysian Insider semalam.
Kereta Lamborghini untuk diserahkan kepada penyokong “Bersih 4.0”. — Foto oleh Jack Ooi
Walaupun kumpulan anti Bersih menawarkan hadiah bernilai jutaan ringgit untuk menarik sokongan mereka, terdapat juga aktiviti online yang pro Bersih bagi melindungi pemerhati pilihan raya tersebut dengan cara simbolik mereka sendiri. Dalam satu petisyen online “Menyokong  Datuk Ambiga Sreenavasan” dimulakan oleh  “Hope E Wong” pada 14 Mei, telah menyaksikan lebih daripada 11,000 tandatangan daripada bermula 7 petang semalam dan semakin ramai dari semasa ke semasa.
Petisyen berkenaan menggunakan “Causes”, teknik pengumpulan online melalui laman sosial seperti Facebook, mempunyai surat pendek ditujukan kepada Ambiga, dan berterima kasih kepadanya termasuk Bersih “atas apa yang telah kamu lakukan terhadap negara ini”.

Ceramah Anwar Di Johor 25-5-2012



Video streaming by Ustream

Anwar: 'PM adalah Melayu Islam'

JOHOR BAHRU - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat (PR) sudah memutuskan supaya Perdana Menteri adalah seorang Melayu yang beragama Islam.

Menurutnya, pihaknya mempercayai isu dan dasar yang sudah diputuskan itu adalah adil kepada semua dan menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk memperjuangkan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri sebagai berlunaskan semangat Perlembagaan Persekutuan.

“PR memang memutuskan dengan cukup jelas supaya Perdana Menteri harus seorang Melayu yang beragama Islam untuk PRU akan datang. Isu dan dasar ini kita percaya ia adil kepada semua.

“Saya tidak pertikai suara semangat Perlembagaan Persekutuan. Malah DAP telah umumkan bahawa pada PRU akan datang, seandainya PR menang, Anwar Ibrahim akan ditonjolkan sebagai Perdana Menteri. Saya Melayu Muslim, melainkan beberapa orang Umno yang menganggap saya Cina,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pulai Springs Resort di sini, semalam.

REGIME CHANGE: A change from wasteful development

REGIME CHANGE: A change from wasteful developmentIn comparative politics the word “regime” refers to the formal and informal institutions by which political power is acquired and exercised. In political economy, a regime refers to an enduring combination of “socio-economic alliances, political-economic institutions, and a public-policy profile” (Pempel 1998: 20).
In the case of Malaysia, the Barisan Nasional (BN) regime’s durability in the former, political sense has been closely associated with a particular sort political economy, or regime in the second sense. Despite significant changes over the years, Malaysia’s hegemonic-party political system, centered on United Malays National Organisaion’s (UMNO) dominance, has since the early 1970s practiced a form of developmentalism that has shaped Malaysian society in profound ways.
As the Pakatan Rakyat (PR) understands, its challenge to the BN’s national political monopoly is inescapably a contest about Malaysia’s economic development model, as well. To what extent, and in what ways, does the prospect of change in Malaysia’s political regime imply a change in the country’s pattern of development?
Quality of life not improving