Khamis, 24 Mei 2012

Hang Samseng : Penyokong PKR cedera dibaling batu di lembah pantai

kerinchi pantai dalam pkr ceramah 250512Keadaan agak tegang di tapak ceramah PKR dan Umno di Lembah Pantai malam ini dengan kedua-dua penyokong Umno dan PKR hanya dipisahkan pagar di Kuarters DBKL Pantai Permai.

Seorang penyokong PKR cedera di kepala dipercayai akibat dibaling batu.

Kedua-dua khemah menempatkan penceramah kedua-dua ceramah hanya berjarak kira-kira 20 meter sahaja.

Formula Kebangkitan Pemuda Islam - Ust Nasruddin Tantawi

Fadzil Noor & Idea Kerjasama Politik - Dr Zuhdi Marzuki

Millions of Youth Gathering in Putrajaya: Najib's thirst for wasteful vainglory

Millions of Youth Gathering in Putrajaya: Najib's thirst for wasteful vainglory
At a time when Malaysia is facing many serious issues that need the urgent attention of the Prime Minister and his Cabinet, Najib Razak is not doing that at all. Instead he continues to organize one grand, wasteful and irrelevant event after another - with the Millions of Youths Gathering now following hot on the heels of the May 11 Gathering of 1 Million Malays, which had turned out to be a fiasco .
What is the purpose of gathering so many youths in Putrajaya, where they are likely to waste their time? Is it not a mere public relations exercise to help Najib 'save face' in the wake of the 250,000-strong Bersih 3.0 rally and the Umno 66th anniversary fiasco?
What could the youths achieve that has lasting impact and implication for future generations? What is Najib going to promise them this time? And why should they believe him when he has broken all his previous pledges.

Bersih suit: Not all served with writ of summonses

Only two out of nine named have received notices and Bersih plans to meet the Attorney-General soon to seek clarification.
KUALA LUMPUR: Bersih co-chairman S Ambiga revealed today that only two steering committee members have thus far received writ of summons from the government.
“Only Maria Chin Abdullah and I have been served the writ of summons,” Ambiga said.
The remaining seven who were named in the suit by the government which is seeking more than RM200,000 in compensation for damages suffered during the April 28 Bersih 3.0 rally, have not received their summonses.
“We will meet the Attorney-General [Abdul Gani Patail] soon so that all the defendants are mentioned in the suit,” Ambiga said.

KDN haram buku Irshad Manji


Irshad Manji KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan buku tulisan Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' dan versi Bahasa Inggeris 'Allah, Liberty and Love' kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya 'boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.'

Buku itu diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata beliau.

Bersih 3.0: Datuk S.Ambiga sedia hadapi kes saman kerajaan

Traders, youths and bikers at anti-Ambiga protest

PKR condemns prosecution of Ambiga

Pengumuman 4 professional sertai PKR

Fadzil Noor Tokoh Pemikiran Islam Penting - Dr Zuhdi Marzuki

SAD FALL: From 'Great Transformer' to 'Great Reactionary' - Najib no longer listens to the people

SAD FALL: From 'Great Transformer' to 'Great Reactionary' - Najib no longer listens to the peopleThe Najib government’s   gross  mishandling of Bersih 3.0 of April 28 is proving to be even more disastrous than its initial mishandling of Bersih 2.0 of July 9, 2011.
At least, the Najib administration realized in the nick of time and reined in its excessive over-reactions to the Bersih 2.0, performing a volte face two months later by  announcing on  Malaysia Day on Sept. 16 a slew of repeal or reform of draconian laws like the abolition of  Internal Security Act to make Malaysia “the best democracy in the world”.
Ever since, the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has taken pains to emphasise that  no one else but the Barisan Nasional should take credit for the slew of reform  of draconian laws, like the revocation of the four Emergency Proclamations, the repeal of the Internal Security Act, amendments to the Printing Presses and Publications Act and enactment of the Peaceful Assembly Act because the Barisan Nasional government is prepared to  “listen to Malaysians who want change”.

Lancar Perisai Mujahidah pada Himpunan Hijau


KUALA LUMPUR: Muslimat PAS seluruh negara digesa tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menyemarakkan Himpunan Hijau di Alor Setar, Kedah pada 1 Jun ini.

Ketua Muslimat PAS Pusat Siti Zailah Mohd Yusof (gambar) berkata, Himpunan Hijau yang diadakan bagi menggantikan Muktamar Tahunan PAS mungkin himpunan terakhir sebelum turun ke pilihan raya umum nanti.

Tegasnya,  Himpunan Hijau ini merupakan harapan parti agar sokongan dan dokongan ahlinya melaksanakan amanat serta menggembleng tenaga menuju ke Putrajaya.

"Kalau 28 April kita kuningkan Kuala Lumpur, pada 1 Jun ini kita hijaukan Kedah. Kita minta muslimat dan ahli parti datang beramai-ramai," katanya kepada Harakahdaily.

Kaki temberang atau kaki kelentong?

Difahamkan dia ni taukeh besar, tapi mengaku penjaja jalanan !
 
Namanya seperti yang sudah diketahui umum ialah Datuk Jamal Md Yunus – datuk sah atau datuk beli, kurang pasti.  Dia ni ketua anti himpunan BERSIH tapi jenis muka tak tau malu,.. kerana memakai T Shirt kuning berwarna BERSIH !   Sepatutnya T Shirt mereka berwarna merah Umno dan tertera perkataan KOTOR. Bukan copy paste hak orang lain!

Si bodoh, si penakut,.. dua-dua malukan negara

S’gor beri RM50 sebulan untuk pelajar tadika miskin


SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor hari ini meneruskan lagi usaha merakyatkan ekonomi negeri apabila mengumumkan pemberian elaun tadika RM50 sebulan kepada kanak-kanak dari keluarga miskin di negeri itu di bawah Skim Tunas.

Pemberian itu bakal melibatkan 3,000 kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun yang berasal daripada keluarga berpendapatan kurang daripada RM1500 di seluruh negeri dan akan berkuatkuasa mulai 1 Julai ini.

Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) skim itu akan menggunakan geran Selangorku berjumlah RM1,016,600 untuk tahun 2012 dan akan diperuntukkan sebanyak RM3 Juta dalam bajet tahunan untuk tahun 2013.

Manikavasagam Ditawar Jadi Presiden MIC Jika Keluar PKR

SHAH ALAM, 24 MEI : Usaha terdesak MIC, untuk mempelawa MP Kapar S Manikavasagam melihatkan pemimpin parti komponen Umno-BN itu menawarkan jawatan presiden partinya kepada beliau sebagai sogokan.
Manikavasagam mendakwa seorang pemimpin MIC tersebut yang juga bekas Timbalan Menteri, pernah berkata parti itu akan menyingkir Tun S Samy Vellu yang pada masa itu presiden MIC dan memberikan jawatan itu padanya.
Sogokan tersebut dibuat oleh pemimpin MIC itu semasa perjumpaan dengan Manikavasagam di pejabat beliau pada tahun 2009.

Heret FELDA ke mahkamah jika keadilan gagal diberikan

MEMORANDUM PENEROKA FELDA KEPIS NEGERI SEMBILAN ADUAN KEPADA SUHAKAM MASALAH TANAM SEMULA LADANG PENEROKA

MUQADDIMAH

Program tanam semula ladang getah peneroka Felda Kepis melibatkan seramai 340 orang peneroka.  Majoriti peneroka menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak pengurusan Felda atas kepercayaan dan keyakinan bahawa Felda dengan kemampuan dan pengalaman yang ada, akan mampu melaksanakan program tanam semula dengan lebih sempurna dan tersusun.  Bagaimanapun, sangat mengecewakan apabila berlaku kelewatan dalam proses tersebut dan timbul beberapa isu yang tidak memuaskan hati para peneroka.  Ketelusan dan kecekapan Pengurusan Felda dan kepimpinan JKKR dalam melaksanakan tanggungjawab mereka mula dipersoalkan kerana peneroka menyedari telah berlaku penghakisan terhadap hak mereka secara sistematik dalam proses tersebut.

Empat tokoh profesional masuk PKR

KEADILAN dengan berbesar hati ingin mengumumkan penyertaan empat orang tokoh profesional sebagai anggota KEADILAN.  Mereka adalah Koh King Kee, bekas Pengurus Kanan Am Jabatan Perniagaan Antarabangsa di Nam Fatt Corporation Berhad, Brigadier Jeneral (B) Abdul Hadi Abdul Khatcab, Praba Ganesan, bekas Pengarang laman portal berita internet The Malaysian Insider dan Dr.Abdul Aziz Bari, bekas pensyarah undang­-undang di Universiti Antabangsa Malaysia (UIAM).

Imperialisme dan penjajahan minda

Susulan pengumuman Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bahawa para mahasiswa dan mahasiswi Malaysia perlu mementerai perjanjian "do's and don'ts", yang dipetik daripada akhbar harian The Star bertajuk "Public varsity students must sign do's and don'ts contract,"  telah menimbulkan beberapa persoalan dalam minda saya.  Walau bagaimanapun saya hanya akan mengetengahkan beberapa persoalan utama bagi kupasan penulisan kali ini.  Persoalan ini ingin saya sampaikan kepada semua warga Universiti dan juga masyarakat yang mendukungnya.

1. Apakah ini satu lagi mekanisme baru bagi menyekat dan membendung perkembangan minda siswa dan siswi Malaysia?

MOGOK LAPAR supaya MIC memulangkan 3 ekar tanah milik SRJK (T) Effingham

Return Effingham Land Action Team akan mengadakan MOGOK LAPAR dan menuntut supaya MIC memulangkan 3 ekar tanah milik SRJK (T) Effingham.
MOGOK LAPAR supaya MIC memulangkan 3 ekar tanah milik SRJK (T) EffinghamPihak DBKL telah menolak permohonan permit kami semalam bersamaan dengan 21 Mei 2012. Kami telah berjumpa secara peribadi dengan Datuk Saravanan selaku Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mendapatkan sokongan beliau terhadap permohonan kami. Namun begitu, amat menyedihkan apabila Pengarah Jabatan Perancangan Korporat, Dr Ismain bin Stapa memberitahu kami secara verbal bahawa permohonan kami tidak diluluskan. Surat rasmi setakat ini tidak diperolehi.
Pada 22 Mei 2012, kita juga telah memaklumkan kepada Pihak Polis di Balai Polis Travers, Jalan Travers untuk memberikan kerjasama dan keselamatan kepada peserta Mogok Lapar dan orang ramai yang turut hadir memberi sokongan kepada upacara kami dengan sewajarnya

Wan Azizah condemns lawsuit against Ambiga-Bersih: Don't deflect attention!

Wan Azizah condemns lawsuit against Ambiga-Bersih: Don't deflect attention!Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) and Pakatan Rakyat hereby strongly condemn the decision by prime minister, Dato’ Seri Najib Tun Razak to prosecute S. Ambiga and the Bersih 2.0 Steering Committee, for damages done by others, who include agent provocateurs.
Till now, except for the case of 25-year-old Mohd Safuan Mamat, where he was beaten up in an attempt to extract a confession, when Safuan went to the police station voluntarily, the police has not ascertained who damaged the police vehicles but are already bringing a civil suit against S. Ambiga and the Bersih 2.0 Steering Committee to seek RM122,000 in special damages for 15 police vehicles damaged during the protest, including two water cannon trucks.
It is also not transparent how the damages have been assessed in the first place, because there were no witnesses from both parties. Could it be possible that some damages have been further done to the vehicles in order to create a bigger loss?

Mana-mana bangsa boleh jadi PM asalkan Islam

KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS Pusat berpendapat mana-mana bangsa boleh dilantik menjadi Perdana Menteri asalkan mereka beragama Islam.

Timbalan Ketuanya, Datuk Ahmad Yakub (gambar) berkata, dalam Islam soal bangsa tidak menjadi isu utama, sebaliknya ketakwaan kepada Allah dan menjalankan segala perintah-Nya lebih penting.

“Kita jangan terikut-ikut sangat dengan soal bangsa sebab dalam Islam semua bangsa adalah sama.

“Dan yang lebih penting seseorang pemimpin itu perlu mematuhi hukum Allah dan berlaku adil sesama manusia tanpa mengira bangsa,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Ambiga: Kami sedia jumpa kerajaan di mahkamah



ambiga KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga, yang berhadapan dengan saman kerajaan menuntut gantirugi RM122,00 bersama sembilan yang lain, menegaskan pihaknya bersedia untuk menghadapi kes itu.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya juga menerima sumbangan dan sokongan moral daripada rakyat untuk menghadapi kes saman, yang notisnya diterima semalam.

"Kami telah mendapat banyak sumbangan daripada orang ramai untuk membiayai tuntutan gantirugi oleh kerajaan.

"Kami juga mendapat tawaran daripada ramai peguam untuk membela kami," kata beliau pada sidang media di sini, petang ini.

Ambiga juga berkata, setakat hari ini hanya beliau dan ahli Jawatankuasa bersama Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah telah mendapat notis saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Mei lalu.

Ambiga dan sembilan yang lain disaman oleh kerajaan yang menuntut gantirugi RM122,000 ekoran perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara 28 April lalu.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said berkata, segala sumbangan yang diberikan perlu dibekukan terlebih dahulu kerana mahu berbincang cara yang sebaiknya bagi mengelakkan ketidakteraturan dalam penerimaan sumbangan.

"Buat masa ini, kami nasihatkan sumbangan yang diberikan dibekukan terlebih dahulu kerana tidak mahu wang itu datang secara bersepah.

"Kami akan fikirkan cara yang terbaik untuk mengutip sumbangan tersebut," kata Samad.

Siapa susah pekerja MAS disuruh cuti 2 tahun ...!!!

Siapa susah pekerja MAS disuruh cuti 2 tahunKUALA LUMPUR- Siapa akan tanggung beban dan kesusahan pekerja MAS yang disuruh mengambil cuti tanpa gaji sehingga dua tahun, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mempersoalkan.
"Berikutan penurunan pendapatan dan penstrukturan semula bagi menjimatkan kos, MAS menawarkan cuti tanpa gaji sehingga dua tahun kepada kakitangannya untuk mengurangkan kos operasi.
"Apa yang dibimbangi ialah bukan setakat tawaran sahaja tetapi akhirnya kakitangan MAS dipaksa mengambil cuti tanpa gaji sehingga dua tahun," kata beliau.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, kakitangan MAS yang dipaksa bercuti tanpa gaji pasti akan menghadapi pelbagai masalah dan beban ekonomi berikutan kehilangan pendapatan yang tetap.
"Jika separuh dari kira-kira 20,000 pekerja MAS mengambil cuti tanpa gaji walaupun dalam masa enam bulan sekalipun, ke mana mereka hendak mencari rezeki untuk menyara keluarga mereka?
"Pemimpin-pemimpin Umno boleh kata mereka boleh cari kerja lain atau berniaga, tetapi dengan peluang pekerjaan yang semakin terhad dan perniagaan pula memerlukan modal yang besar, apa yang pasti tindakan itu akan mengakibatkan kesusahan dan penderitaan hidup mereka," kata Salahuddin.
Tambahan pula, tanya beliau lagi, jika 10,000 orang yang disuruh mengambil cuti tanpa gaji selama dua tahun, adakah kesemua 10,000 itu mempunyai kebolehan dan kemampuan untuk berniaga bagi menampung kos hidup mereka?

Kerajaan ditekan berhubung kes Tajudin selepas dakwaan Khairy

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Penyelesaian sulit kerajaan dengan Tan Sri Tajudin Ramli timbul kembali selepas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata minggu ini syarikat susunan semula aset nasional Danaharta tidak kehilangan duit dalam penyelesaian luar mahkamah.
DAP hari ini menuntut jawapan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas Khairy membuka semula perbalahan mengenai penyelesaian sulit yang kontroversial ini dengan menuntut semasa debat yang disiarkan di televisyen dengan Rafizi Ramli dari PKR bahawa dia telah diberitahu sumber bahawa kerajaan tidak kehilangan dalam pengaturan dengan Tajudin (gambar).
“Datuk Seri Najib Razak mesti mengesahkan dengan serta-merta jika ketua Pemuda Umno-nya bercakap benar atau sedang menipu orang awam tentang skandal tersebut.
“Terutamanya kerana ini kali pertama seorang ahli politik Barisan Nasional (BN) telah membuat tuntutan bahawa Tan Sri Tajudin telah membayar separuh atau semua hutang tertunggaknya sebagai sebahagian penyelesaian,” ketua publisiti DAP Tony Pua, berkata dalam kenyataan media hari ini.
Khairy telah berkata ada sumber bahawa bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) itu mungkin telah membayar lebih dari RM589 juta yang dihutang kepada Danaharta berikutan suatu penyelesaian luar mahkamah yang jumlahnya masih belum didedahkan.

Muzakarah perangkap usang Umno?

Ahmad Lutfi Othman, 24 Mei 2012
Sekonyong-konyong, ketika semua sibuk berbicara dan bergosip tentang ibu segala pilihan raya -- PRU13 -- timbul isu muzakarah PAS-Umno, persoalan yang dilihat tidak pernah selesai, malah kerap dijadikan polemik politik yang tidak berkesudahan.

Akhbar melaporkan kesediaan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bermuzakarah dengan sesiapa jua, termasuk NGO dan parti politik.

Hang Samseng : 100, termasuk kumpulan motor serbu rumah Ambiga



 
Lebih 100 orang berkumpul di depan rumah Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga di Bukit Damansara dekat ibu negara hari ini dengan sebahagiannya terdiri daripada sekumpulan pemuda bermotosikal.

Namun, kemaraan kumpulan itu dihalang penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berada di simpang masuk ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1 sejak pagi tadi.

NONE

Kumpulan itu yang rata-ratanya anti-BERSIH kemudian menghentikan motosikal di kawasan DBKL berkawal dan berjalan kaki untuk ke rumah Ambiga sambil menyanyi lagu "Inilah Barisan Kita".

Sementara itu, Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) Datuk Jamal Yunus mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.

Setakat ini, kumpulan pro-BERSIH WargaAman yang juga merancang berkumpul petang ini bagi menyatakan sikap mereka masih belum kelihatan.

Jamal Apologizes for Creating Chaos

Isteri DERHAKA Jika ENGGAN Lahirkan ANAK ? - Ustaz Azhar Idrus

ISTERI Bolot HARTA Madu Arwah SUAMI - Ustaz Azhar Idrus

Hukum TATU / TATTOO Palsu - Ustaz Azhar Idrus

Hukum Lukis KOMIK Kartun - Ustaz Azhar Idrus

Hukum IMAM Tak BERSUNAT - Ustaz Azhar Idrus

Jawi rampas buku kontroversi Irshad Manji bertajuk 'Allah Kebebasan & Cinta'...siapa yang benarkan ia masuk ke Malaysia..???

Guan Eng Upset Over Lembaga Lebuhraya Malaysia

Chan Ming Kai : Ceramah Chukai

Pak Samad : 'Ancaman sasar Ambiga kerana dia India, wanita'

Sidang Media YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abd Aziz Nik Mat

Ambiga's house to turn into Bersih protest hub

Bersih 4.0 : Ambiga & A Samad Said

TGNA di Majlis Pelancaran Sukan Memanah Sekolah2 YIK

PKR : 600 photos and a video and still no arrest

Amid unrest new Syrian parliament opens

Lawatan TGNA ke Kolam Usahawan, Kg Lepan Jaya, Gua Musang

Hijau Ke Putrajaya 1 Jun 2012

Anthony Loke : Ceramah Chukai

The tale of three women's struggle for justice and equality

Hang Samseng : Rentetan kejadian insiden Sabtu di Merlimau



 
Pekan Merlimau di Jasin, Melaka kembali menjadi perhatian selepas insiden serangan ke atas wakil rakyat pembangkang yang dilempar telur dan batu oleh sekumpulan peserta demonstrasi pada Sabtu lalu.

NONEMenurut pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari, suasana tegang itu mula memuncak apabila seorang wanita keturunan India mula berucap di majlis jamuan teh anjuran Kelab Penyokong Pas di Taman Seri Merlimau pada.

Kumpulan dianggarkan 200 orang itu kemudian cuba "menceroboh" masuk ke kawasan majlis yang sepatutnya dihadiri pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga.

Ambiga membatalkan kehadirannya ke majlis tersebut di saat terakhir atas nasihat polis.

Malaysiakini mengesan semula rentetan kejadian berkenaan yang seterusnya menyebabkan peserta demonstrasi tersebut bertembung dengan polis anti-rusuhan, berdasarkan sumber media sosial dan kenyataan oleh pemimpin PAS, DAP, Umno dan PERKASA.

Bersih 3.0: man got hit by gas canister

Peserta BERSIH mungkin buta sebelah mata



Salah seorang peserta yang cedera serius terkena kanister gas pemedih mata sewaktu berlaku kekecohan ketika perhimpunan BERSIH 3.0, tampil hari ini untuk mencerita apa yang telah menimpa dirinya.

NONEAsrul Wadi Ahmad, 29, dari Kepala Batas, telah diperiksa oleh empat orang doktor dan mungkin didiagnosis buta mata kanannya  jika
keadaan tidak bertambah baik dalam tempoh enam bulan.

Asrul berkata dia terkena kanister gas pemedih mata tepat di mukanya pada kira-kira jam 3.15 petang di sekitar Masjid Jamek, ketika dia menyertai bantahan BERSIH pada 28 April.

Katanya, dia hilang penglihatan di mata kanannya, dan setiap kali dia melihat, terdapat tompok hitam di dalam pandangannya.

Para doktor memberitahunya bahawa kesan pada matanya disebabkan oleh satu objek yang mengenainya pada kelajuan yang tinggi.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang, Asrul berkata keadaan adalah tenang ketika dia berada di sekitar Masjid Jamek, tetapi ia tiba-tiba bertukar menjadi kacau-bilau apabila gas pemedih mata ditembak ke arah orang ramai.

Makin ramai sertai PAS ketika dituduh negatif


KUALA LUMPUR: “Penyertaan Datuk Fauzi Shaari ke dalam PAS membuktikan PAS semakin relevan di hati rakyat dan diterima baik oleh rakyat pelbagai peringkat,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor (gambar).
Sehubungan itu, katanya DPPM mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan penyertaan Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ke dalam PAS.

Katanya, keberanian Fauzi melangkah ke dalam PAS secara terang-terangan wajar dicontohi oleh rakyat yang mahu melihat perubahan dalam negara ini.

Menurutnya, meskipun pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap PAS dengan tuduhan yang negatif, ia tidak mematahkan hasrat rakyat mendekati dan memasuki PAS secara berbondong-bondong.

Saman Khalid Samad: Utusan kalah lagi


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad.

Pada 21 November lalu Hakim Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10 September 2009 bertajuk 'ZULKIFLI BIDAS ‘PAK JANGGUT’ ” adalah memfitnah ke atas Khalid Samad.

Ahli sendiri pun UMNO tidak percaya

Kalau tidak silap saya pada hari Isnin yang lepas Mahathir telah mengingatkan ahli-ahli UMNO di Kedah yang Melayu akan hilang segala-galanya jika UMNO ditewaskan dalam pilihanraya yang akan datang ini. Kata beliau yang Melayu akan hilang kuasa politik mereka jika UMNO tidak lagi memegang tampuk kuasa setelah ditolak oleh orang Melayu.
Tetapi Mahathir tidak langsung menyentuh kenapa orang Melayu sudah ramai yang menolak UMNO itu. Setiap perkara yang berlaku mesti bersebab dan perubahan kepada sikap orang Melayu terhadap UMNO itu pun bersebab. Perubahan tidak berlaku begitu sahaja tanpa sebab-sebab yang besar. Orang Melayu bukan mudah untuk berubah, tetapi kenapa mereka kini berubah? UMNO sepatutnya memandang ke dalam diri mereka untuk mencari masalah dan penyebabnya.
Kalau kali ini Mahathir berubah pun tentu bersebab. Kalau dalam pilihanraya yang lepas Mahathir membelakangkan UMNO dengan keluar dari parti itu, mesti ada sebab yang tersendiri. Semasa itu Mahathir menyeru rakyat memilih calon, jangan memilih parti. Kali ini beliau menyeru orang ramai memilih sesiapa juga yang diturunkan oleh parti.

ADUN: Cabutan bertuah BMW tunjukkan kegilaan "Bersih 4.0"


 
Tindakan kumpulan peniaga anti-BERSIH menawarkan cabutan bertuah yang menawarkan dua buah kereta mewah kepada penggemar laman Facebook mereka disifatkan menunjukkan "kegilaan dan kerencatan akal" kumpulan itu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku Lau Weng San berkata, tindakan itu menggambarkan dakwaan peniaga mengalami kerugian ekoran perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu rekaan semata-mata.

NONEWakil rakyat DAP itu berkata, tawaran cabutan bertuah kereta BMW dan Lamborghini itu akan menyebabkan mereka kerugian RM1.445 juta, tidak termasuk potongan harga di restoran milik pemimpinnya Datuk Jamal Md Yunus.

"Jadi, adakah kerugian ini lebih ringan atau lebih teruk daripada "kerugian" yang ditanggungnya pada hari perhimpunan BERSIH 3.0?" soal Lau.

"Sudah pasti kerugian berpunca daripada pemberian kereta-kereta mewah dan potongan-potongan harga jauh melebihi kerugian yang ditanggung oleh mana-mana peniaga (semasa perhimpunan BERSIH)."

Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) yang mahu berniaga depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga mulai semalam menawarkan BMW 530 bernilai RM225,000 apabila jumlah peminat Facebok mereka mencecah 150,000 orang.

Menurut Jamal, sekiranya jumlah peminat Facebook bernama "BERSIH 4.0" itu mencecah satu juta orang, Lamborghini Gallardo bernilai RM1.2 juta akan ditawarkan dalam cabutan bertuah.

Dalam kenyataannya hari ini, Lau berkata, jelas tindakan itu hanya gimik politik untuk mengalih perhatian orang ramai daripada menghadapi isu ketidakadilan dalam sistem pilihan raya.

"Nasihat saya kepada Jamal Md Yunus, jikalau beliau benar-benar berminat untuk membantu peniaga-peniaga kecil di Kuala Lumpur, maka gunakan wang yang beliau ada dan pendapatan daripada kedua-dua buah kenderaan ini untuk memberi bantuan kepada para peniaga...," katanya.

Kantoi : Awani potong cabaran debat Najib Anwar


KUALA LUMPUR: Astro Awani dalam siaran ulangannya semalam, memotong bahagian moderator Dr Maszlee Malik yang mencabar debat antara Datuk Seri Najib Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan segera.
(Dr Maszlee, moderator debat Rafizi KJ yang memanaskan Najib)

Malam semalam, stesen berbayar itu menyiarkan secara langsung debat PTPTN anjuran Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang dikendalikan Dr Maszlee Malik sebagai perantara.

Menariknya, dalam debat itu moderator secara terbuka mencabar perdana menteri dan ketua pembangkang berdebat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Isu ceramah: Nizar beri keterangan


nizarIsu ceramah: Nizar beri keterangan
Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin
IPOH – Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin memberi keterangan berhubung ceramahnya yang dikatakan berbaur hasutan dan fitnah terhadap Perdana Menteri dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada jam 10 pagi tadi.

PKR Mahu Polis Menangkap, Siasat Pemuda MIC

KUALA LUMPUR, 24 MEI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menuntut polis menahan ahli Pemuda MIC yang terlibat dalam serangan di ke atas ahli PKR semasa mereka melawat Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, awal bulan ini.
Dalam kejadian pada 2 Mei lalu, tiga orang ahli PKR iaitu K. Gunasekaran, S. Murali dan Gobalakrishnan telah tercedera akibat serangan yang didakwa diketuai oleh Ketua Pemuda MIC, T. Mohan.
S. Murali yang juga Ketua Cabang Puchong, terpaksa menjalani pembedahan kecil akibat cedera di bahagian mata manakala dua yang lain mendapat rawatan sebagai pesakit luar.

Semua perlu hadir 1 Jun - Mursyidul Am


KOTA BHARU: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru masyarakat pelbagai bangsa yang beragama Islam supaya hadir pada majlis himpunan besar-besaran pada 1 Jun ini di Kedah.

Katanya, majlis perhimpuan besar-besaran dan penuh bermakna khususnya yang inginkan keadilan perlu hadir pada majlis yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah.

“Semua bangsa, sama ada Melayu Muslim, Cina Muslim, India Muslim pergi ke  majlis perhimpunan itu nanti beramai-ramai,”ujarnya.

Tauke 'Sekinchan' baik jaga restorannya dari kacau Ambiga


(Restoran Sekinchan Ikan Bakar di Jalan Pahang...hidup segan mati tak mau)

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar diminta memberikan nasihat kepada pemilik Sekinchan Ikan Bakar agar menjaga kedainya dari terlibat dengan memperleceh Pengerusi Bersama Bersih,  Datuk S Ambiga.

Ini kerana, sejak kebelakangan ini, banyak outlet kedai ikan bakar berkenaan mengalami masalah dan sudah hidup segan mati tak mau.

Peluang Terbaik Untuk Rakyat Buat Perubahan

Oleh P Hayat
Kepimpinan Umno/BN dilihat semakin cemas dan gabra untuk menghadapi PRU ke 13. Mereka ibarat pesakit yang sedang nazak dan segala talian akhir hayat sedang digunakan sepenuhnya demi kerakusan nafsu yang tiada batas.
Terbaru menggunakan Majlis Fatwa Kebangsaan bagi menfatwakan perhimpunan Bersih 3.0 adalah HARAM. Amat mengejutkan ! Bukan apa, kerana cepat sangat fatwa dikeluarkan, tanpa siasatan dan kajian terperinci secara menyeluruh.

 Nampak sangat fatwa itu dikeluarkan demi menyelamatkan Umno/BN setelah talian hayat yang lain sudah ‘jamp’.

Pokok dan BN boleh tumbang, tidak kerajaan

Oleh: Shirzad Lifeboat
Andaikata lebih daripada 250,000 peserta Bersih 3.0 datang dengan membawa tukul, pemecah, kapak, cangkul, penggali, jentolak dan sebagainya lalu memecahkan Bangunan Sultan Abdul Samad, mengorek seluruh Dataran Merdeka dan menjadikannya kolam ikan koi atau merobohkan Bangunan DBKL di Jalan Raja Laut lalu menaikkan bendera parti-parti dalam Pakatan Rakyat, Kerajaan Malaysia sama sekali tetap tidak akan tumbang. 

Lagi Ditangguh Tarikh Pilihanraya, Lagi Senget UMNO@BN

Oleh Shahbudin Husin
Najib dijangka pulang dari luar negara dalam sehari dua ini. Dalam masa yang sama tarikh pilihanraya umum masih menjadi misteri. Semua orang berdebar-debar menunggu dan tidak sabar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Tidak seperti piliharaya sebelum ini, keghairahan kali ini dianggap luar biasa kerana lebih ramai pengundi mahu menterjemahkan sokongan dan pendirian mereka ke dalam kotak undi.

Antara ’bapak kafir’ Rahim Noor dan Pas ’Parti Ajaran Sesat’ MB Terengganu Ahmad

Oleh : Dr. Syed Azman Syed Ahmad
Tiba-tiba Mantan Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor dalam kenyataan di akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times pada minggu lepas melabelkan Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai “bapak kafir” atau "Nik Aziz is father of kafir" kerana dianggap mengelirukan umat Islam ekoran kenyataannya mewajibkan seluruh ahli dan penyokong Pas menyokong himpunan aman Bersih 3.0.

Hutang bank: Kes 154 peneroka selesai


KUANTAN, 24 Mei: Seramai 154 orang peneroka semalam berjaya mendapatkan injunksi dari Mahkamah Tinggi Kuantan bagi menghalang CIMB Bank dan AmIslamic Bank untuk memproses dokumen pinjaman yang ditandatangani oleh mereka baru-baru ini.


Peguam Harris Abdullah berkata, dokumen untuk membeli saham Felda Global Venture Holdings (FGVH) itu terpaksa tandatangan peneroka kerana terpengaruh dengan kenyataan pihak pengurusan Felda di tempat masing-masing untuk mendapat durian runtuh.

"Selanjutnya kes ini akan diselesaikan di luar mahkamah apabila dua bank berkenaan bersetuju untuk tarik balik borang tersebut,” katanya.

[Gambar: Harris (tiga, kanan) sedang mendengar penjelasan Mazlan selepas mahkamah selesai memberi keputusan.]

Polemik berterusan politik, ekonomi Melayu PP

Polemik terbesar di Pulau Pinang pastinya persoalan kuasa politik dan ekonomi orang Melayu di negeri ini.

Sering kali kita mendengar atau membaca tajuk berita seperti ”Melayu Pulau Pinang terpinggir”, ”Melayu tiada suara di Pulau Pinang” dan banyak lagi ungkapan yang cuba menggambarkan bahawa kewujudan orang Melayu di Pulau Pinang benar-benar terancam.

Amat malang sekali, sejak Mac 2008 keadaan Melayu di negeri ini digambarkan seolah-olah lebih parah. terutamanya oleh media kawalan pembangkang di negeri ini iaitu, Umno dan BN.

Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, untuk tahun 2010, jumlah penduduk Pulau Pinang 1,609,000 orang. Mengikut pecahan etnik, orang Melayu sudah mengatasi jumlah orang Cina di negeri ini sebanyak 676, 900 (42.06 peratus) dan Cina 658, 700 (40.93 peratus) dan selebihnya 155,600 India dan 118,700 etnik lain-lain.

Artis Bidas Menteri Umno "Mesti Ikut Macam Lembu Saja?"


Para artis hari ini membidas kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik. Salah seorang artis, Haire Othman mempersoalkan kenyataan Tok Pa itu mengapa jika para artis apabila berbeza pendapat dianggap pembangkang. Menulis di facebooknya, beliau menempelak Tok Pa dengan menyatakan jika artis berkempen atau menyertai UMNO tidak pula dijadikan isu.

Haire melahirkan rasa kehairanannya mengapa para artis tidak boleh berbeza pendapat dengan pihak kerajaan dan mesti ikut mereka seperti lembu.

Banyak pihak melihat kenyataan Tok Pa berkenaan menyerlahkan keadaan UMNO kini sedang tertekan dengan sikap beberapa orang bekas pegawai kerajaan dan artis/selebriti yang telah mengambil keputusan untuk menyertai PAS.

ANAK: 2 bank tarik diri beri pinjaman beli saham FGVH

NONEDua buah bank yang dikatakan terbabit dalam memaksa peneroka Felda menandatangani borang pinjaman untuk pembelian saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH), telah bersetuju untuk membatalkan permohonan yang telah dikemukakan kepada mereka, dakwa NGO berkaitan PAS - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).
Kedua-dua institusi kewangan itu bersetuju untuk membatalkan
borang pinjaman yang diserahkan oleh kira-kira 153 peneroka, yang juga plaintif dalam kes permohonan injunksi yang didengar di Mahkamah Tinggi Kuantan baru-baru ini, kata Presiden ANAK, Mazlan Aliman (kiri) semalam.

Menurutnya, salah sebuah daripada bank tersebut menulis kepada peguam plaintif di Pahang untuk memaklumkan keputusannya untuk menarik diri daripada skim pinjaman tersebut, manakala yang satu lagi "dijangka berbuat demikian sedikit masa lagi".

Mazlan berkata, penarikan diri bank-bank tersebut membuktikan bahawa asas tuduhan mereka adalah betul, iaitu memang terdapat unsur penipuan dalam meminta peneroka menandatangani borang pinjaman.

Fitnah: Guan Eng berumur 8 tahun pada 13 Mei 1969


BENTONG, 24 Mei: Adalah menjijikan dakwaan blogger Umno BN bahawa Lim Guan Eng terlibat dengan Peristiwa 13 Mei 1969 kerana beliau berumur lapan tahun ketika itu.
Justeru, bagi Lim Kit Siang (gambar), dengan menggunakan internet atau laman sesawang, blogger pro Umno BN telah menyebarkan fitnah yang dahsyat bahawa beliau telah bertanggungjawab rusuhan 13 Mei 1969.

Blogger Umno BN juga menuduhnya merayau-merayau di jalanan Kuala Lumpur setelah keputusan pilihan raya 1969 dibuat, sambil merejamkan tohmahan anti-Melayu yang telah mencetuskan rusuhan 13 Mei.

“Sebenarnya, saya tidak berada pun di Kuala Lumpur pada 10, 11, 12 dan 13 Mei 1969, sesuatu yang boleh disahkan oleh media massa pada masa itu dan berdasarkan rekod polis yang ada.

'Ancaman sasar Ambiga kerana dia India, wanita'

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga menjadi sasaran "ancaman" pelbagai pihak disebabkan beliau keturunan India dan seorang wanita.

NONESebaliknya, kata A Samad (kiri), ancaman itu, antaranya 'senaman punggung' di hadapan rumah, tidak akan berlaku sekiranya beliau berada di tempat Ambiga.

"Ambiga memang sepatutnya (mengetuai). Beliau seorang peguam, beliau mempunyai pengalaman yang banyak, dia menerima pujian dan sebagainya.

"Malang, oleh kerana dia seorang India, dia bukan Islam, malang. Kalau Ambiga itu saya, tidak berlaku ancaman yang berlaku terhadapnya (seperti) menayangkan punggung," kata A Samad ketika ditanya perbezaan peranannya dalam BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0.

Samad, seorang lagi pengerusi bersama gabungan proreformasi sistem pilihan raya itu menegaskan bahawa "tiada perbezaan tetapi mempermudahkan" sesuatu perkara.

Ditanya sekiranya beliau dilihat lebih menonjol berbanding Ambiga, segala ancaman itu tidak akan timbul, Pak Samad menjawab:

Pakatan Rakyat mesti kuasai media baru

Oleh Abd Shukur Harun
Perkembangan terkini menunjukkan bahawa media baru atau media alternatif akan mengambil peranan yang amat penting, bahkan menjadi cabaran utama dalam PRU Ke-13. Pihak mana yang mempunyai kelebihan dalam menguasai media baru akan mempunyai peluang besar untuk mencapai kemenangan. 


Oleh itu sewajaranyalah Pakatan Rakyat mengatur rancangan sesegera mungkin untuk mendapat kelebihan dalam menguasai media baru bagi menghadapi PRU Ke-13 nanti.

Sinar Harian tawar tempat muzakarah Umno - Pas


 Datuk Hussamuddin Yaacub
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub
SHAH ALAM - Kerana mahu melihat dua parti politik Melayu/Islam duduk semeja, Sinar Harian secara rasmi menawarkan tempat kepada pemimpin dua parti itu bertemu.

All eyes on Najib to confirm Khairy's claim Tajudin's debt not written off

All eyes on Najib to confirm Khairy's claim Tajudin's debt not written offRembau MP Khairy Jamaluddin has claimed in his debate with PKR Director fo Strategy Rafizi Ramli 2 days ago that he is “certain that Danaharta didn't incur losses in the Tan Sri Tajudin Ramli case”.
In fact, the Umno Youth chief cited “sources” claimed that Tajudin may have even paid more than the amount owing, as a result of the undisclosed out-of-court settlement.
“We don't know the outcome as it was done out of court. (The opposition) says Tajuddin need not pay, but they don't say that maybe the settlement involved paying part of the debt or maybe more than the RM500 million owed.”
KJ completely unbelievable