Rabu, 23 Mei 2012

Dirtiest Election Battle In History

Two days ago, former Prime Minister Dr. Mahathir Mohamad warned in Kedah that Malays would lose political power in the country if UMNO is defeated in the next general elections.
This is a lie, for if UMNO is defeated in the next general elections,UMNO would be replaced in Putrajaya not by DAP but by the Pakatan Rakyat coalition comprising PKR, PAS and DAP which is committed to a common policy framework to uphold the cardinal features ofthe Malaysian Constitution, including defending the role and responsibility of the institution of Constitutional Monarchy; Islam as the religion of the Federation while other religions can be practiced in peace and harmony in any part of the country; the position of the Malay language as the National Language while protecting and strengthening the use of mother tongue languages for all races; and the special position of the Malays and the indigenous peoples including Sabah and Sarawak and the legitimate interests ofother races.

DEBAT PTPTN : RAFIZI LIBAS KHAIRY SAMPAI K.O !

debat ptptn Debat PTPTN 22 Mei 2012   Khairy VS Rafizi

Rafizi Ramli libas Khairy sampai K.O
Dalam debat ini bukan Khairy yang kalah teruk. Yang kalah teruk dan nak mampos adalah UMNO-BN.
Rata pengundi muda sudah faham akan penjelasan polisi Pakatan Rakyat berhubung pemansuhan PTPTN bagi membuka laluan kepada pendidikan percuma. Debat ini baik bagi meningkatkan imej Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN yang dibarisi oleh ramai pimpinan muda yang berpendidikan , bijak dan tidak kurang tampan yang menjadi kegilaan wanita muda. kah kah kah
Rafizi Ramli sebenarnya mewakili golongan muda profesional dalam KEADILAN yang bukan sahaja kukuh idealismanya malah sudah sedia dalam menjalankan tugas administratif bagi memastikan kemampanan ekonomi negara supaya mampu berdaya saing dalam menjadikan Malaysia ini antara peneraju utama dalam 'Asia Economic Powerhouse' .

Tangguh kes Kong Choy untuk tutup kebodohan


(Chan Kong Choy dibawa ke mahkamah....namun kesnya tangguh lagi)
KUALA LUMPUR: Penangguhan perbicaraan kes tipu bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy berkaitan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dilihat semata-mata bertujuan menyembunyikan kebodohan kerajaan Umno sebelum pilihan raya.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar bawah) berkata, jika perbicaraan tersebut diteruskan, ia akan mendedahkan lebih banyak lagi kebodohan kerajaan Umno Barisan Nasional sehingga boleh ditipu oleh Chan yang ketika itu adalah Menteri Pengangkutan.

Jika terlalu banyak kebodohan kerajaan terdedah sebelum pilihan raya, Umno bimbang perkara itu akan menjejaskan peluangnya, klata beliau.

BERSIH 4.0: Cabutan bertuah BMW dan Lamborghini

Kumpulan anti-BERSIH yang merancang untuk berniaga di hadapan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga mulai esok, kini menawarkan dua kereta mewah untuk cabutan bertuah.

Ketuanya, Datuk Jamal Md Yunus berkata BERSIH 4.0 pencinta keamanan telah membuka halaman Facebook.

NONESebagai tanda penghargaan kepada sokongan rakyat, beliau mengumumkan bahawa pelawat Facebook tersebut berpeluang memenangi kereta BMW 530 dalam cabutan bertuah apabila jumlah peminat mencecah 150,000 orang.

Jamal berkata, kereta model 2005 itu bernilai RM225,000.

Sekiranya jumlah peminat Facebook itu mencecah satu juta orang, Jamal berkata, sebuah lagi kereta mewah - 2009-model Lamborghini Gallardo model 2009 bernilai RM1.2 juta - akan ditawarkan dalam cabutan bertuah.

Persoalan WAKAF / Tuan Wakaf MATI - Ustaz Azhar Idrus

TUNANG Ingat Mengingati ZINA Hati ? - Ustaz Azhar Idrus

Jual Beras SIAM Kurang BERAT - Ustaz Azhar Idrus

Wanita HAID Baca Al Quran Untuk BELAJAR - Ustaz Azhar Idrus

Doa HEMBUS Bakal MERTUA - Ustaz Azhar Idrus

陈家兴: 巫统已经放弃非马来人的选票!

Debat Sinar Harian mengenai PTPTN (Sidang Media)

"Pasar Malam" depan rumah Ambiga: Perhimpunan di Bukit Aman jika polis gagal bertindak

Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga AMAN) jawatankuasa pemandu diwakili lebih daripada 20 NGO India mengutuk keras serangan peribadi ke atas Pengerusi BERSIH S.Ambiga baru-baru ini.  S.Ambiga adalah bekas Presiden Majlis Peguam yang terpuji kerana mempunyai rekod yang cemerlang dalam memperjuangkan hak asasi manusia.  Majoriti rakyat Malaysia inginkan Pilihan raya yang bersih dan adil, ini bermakna keseluruhan rakyat Malaysia menyokong penuh dan keputusan ini adalah kehendak rakyat sendiri.

Persoalannya:-

1. Warga AMAN membidas DBKL gagal bertindak terhadap protes gerai burger tanpa lesen.  Setakat ini tidak ada saman dikeluarkan oleh DBKL, malahan ada gambar dan rakaman video menunjukkan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) yang bertanggungjawab.

Pertumbuhan ekonomi suku pertama 2012 pada kadar 4.7%

PERKEMBANGAN EKONOMI DAN KEWANGAN DI MALAYSIA PADA SUKU PERTAMA 2012

TINJAUAN KESELURUHAN

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan yang sederhana pada suku pertama

Ekonomi global berkembang pada kadar yang lebih perlahan pada suku pertama 2012.  Meskipun pertumbuhan bertambah baik di Amerika Syarikat (AS), beberapa ekonomi Eropah telah dilanda kemelesetan.  Di Asia, aktiviti ekonomi terus berkembang, meskipun pada kadar yang sederhana, disebabkan pertumbuhan eksport yang lebih perlahan pada suku itu.  Permintaan dalam negeri terus menyokong aktiviti ekonomi. Meskipun persekitaran luaran mencabar, pertumbuhan ekonomi Malaysia terus mampan pada kadar 4.7% (S4 11: 5.2%).  Permintaan dalam negeri kekal teguh, disokong oleh kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh sektor swasta dan awam, manakala pertumbuhan eksport telah menjadi sederhana berikutan permintaan luar negeri yang lebih lemah.  Dari segi penawaran, pertumbuhan dalam kebanyakan sektor utama ekonomi terus mencatat pertumbuhan yang sederhana pada suku pertama 2012.  Ini disebabkan oleh pertumbuhan yang lebih sederhana dalam aktiviti yang berorientasikan eksport telah lebih daripada mengimbangi pertumbuhan yang mampan dalam aktiviti berorientasikan dalam negeri.

Permintaan dalam negeri kekal berdaya tahan dengan pertumbuhan sebanyak 9.6% (S4 11: 10.4%).  Pertumbuhan penggunaan swasta kekal kukuh pada 7.4% (S4 11: 7.3%), disokong terutamanya oleh peningkatan pendapatan yang berterusan dan keadaan pasaran pekerja yang stabil serta diperkukuh oleh harga komoditi yang tinggi, sentimen pengguna yang bertambah baik, dan pemberian bantuan kewangan daripada program sokongan pendapatan.  Penggunaan awam meningkat sebanyak 5.9% (S4 11: 22.9%) dalam keadaan pengembangan yang berterusan dalam perbelanjaan emolumen serta bekalan dan perkhidmatan.  Pembentukan Modal Tetap Kasar meningkat pada kadar yang lebih cepat sebanyak 16.1% (S4 11: 8.4%), disokong oleh perbelanjaan modal dalam sektor awam dan swasta.

Zam cadang lumpuh dan musnahkan PAS


(Tulisan Zam dalam Utusan hari ini)
KUALA LUMPUR: Pakar media Umno, Datuk Zainudin Maidin atau Zam menentang keras cadangan muzakarah Umno dengan PAS sebaliknya mencadangkan PAS dilumpuh dan dimusnahkan. 


"PAS tidaklah seharusnya menjadi pilihan  Umno untuk perpaduan Melayu tetapi sebaliknya perpaduan Melayu hanya akan wujud dengan melumpuhkan PAS," tulis Zam dalam akhbar Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Najib wajar debat atau setuju digelar 'penakut'

KUALA LUMPUR: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyahut cadangan debat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum PRU-13.

Presidennya Amidi Abd Manan dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua pihak khususnya Najib perlu menyahut peluang ini untuk menjelaskan beberapa isu yang menjadi perbualan dikalangan rakyat.

"Abim yakin menerusi saluran debat ini Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membersihkan imejnya yang dilihat sebagai "penakut" untuk berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang.

Debat wajar disuburkan, tapi jangan emosi!

KUALA LUMPUR: Budaya perdebatan di negara ini perlu disuburkan semula sebagai mekanisme melahirkan masyarakat yang berfikiran kritis, menuju masa depan.

Debat PTPTN antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli malam tadi mendapat pujian banyak pihak dan dilihat ianya perlu diteruskan.

Ahli Parlimen Padang Terap, Nasir Zakaria, berkata debat merupakan budaya percambahan ilmu dan ianya bukanlah satu benda yang baru.

Bagaimanapun katanya, budaya ini seharusnya berlaku di kalangan pemimpin parti politik kerajaan dengan pembangkang bagi memperlihatkan sejauh mana idealisme yang dibawa pemimpin tersebut.

Amerika desak 'proses wajar' kes Anwar

NONEAmerika Syarikat mendesak Malaysia memastikan "proses sewajarnya" selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa atas kesalahan jenayah ekoran penyertaannya dalam perhimpunan proreformasi sistem pilihan raya.

"Kami menggalakkan pihak berkuasa Malaysia memastikan proses yang sewajarnya dilindungi dan sebarang perbicaraan hendaklah dijalankan dalam keadaan adil dan telus," kata Jurucakap Jabatan Negara Victoria Nuland pada Selasa.

"Dan kami akan terus memantau kes itu," tambahnya.

Debat KJ-Rafizi bukti kesediaan untuk demokrasi

Amin Iskandar

Tahniah kepada Sinar Harian kerana berjaya menganjurkan perdebatan di antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dan pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli.
Ketika debat berlangsung, tidak berlaku pergaduhan. Tidak ada yang terbunuh. Tiada kerusi terbang di dewan di mana perdebatan berlangsung walaupun penyokong kedua-dua pihak ada disitu.
Moderator yang dipilih oleh Sinar Harian, Dr Maszlee Malik, memainkan peranan beliau dengan baik. Adil kepada dua-dua pihak.
Ini adalah bukti Malaysia tidak mempunyai apa-apa masalah untuk berhadapan dengan demokrasi.
Patahlah hujah golongan ekstremis garis keras dalam Umno bahawa debat terbuka menyebabkan huru hara berlaku.

Lakunan Ahli Umno ini menjadi, tetapi..

orang ramai dah tahu “u turn” pasti berlaku !

Zamhuri Md Zin  Naib Ketua Pemuda UMNO Kampar, baru-baru ni buat kecoh dalam satu majlis. Dia bagaikan gajah naik minyak,.. , macam orang gila babi pun ada !   marah sangat kat  kerajaan Umno.  kerana kononnya jasa beliau  dalam Umno tidak dihargai,  permohonannya tidak dipedulikan.  Jelas,.. beliau ini spesis yang mengutamakan  politik perut !.  

Dalam dia memaki hamun dan  menghamburkan kata kurang sopan  terhadap kepimpinan Umno sempat dia memuji-muji  parti DAP.  Dalam masa yang sama mencabar mahu  meninggalkan  Umno dan menyertai DAP .  Begitulah hebatnya  sandiwara orang Umno.

Debat Politik Rafizi - Khairy : Membuka Stail Baru Dalam Politik Negara

Semua orang yang menyaksikan debat di antara Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin malam tadi berkisar di bawah tajuk PTPTN-  wajar atau tidak ia dihapuskan; rasanya sudah dapat membuat kesimpulan dan pendirian masing-masing mengenai isu berkenaan. Telah ada yang memberi markah sekian banyak sekian banyak kepada kedua-dua pendebat berkenaan. Jauh diharapkan dari itu perdebatan itu dapat memberi pencerahan minda terhadap isu yang didebatkan itu. Semoga kekelabuan mengenai isu yang berputar di dalam kepala umum sebelum ini kerana ditaboo oleh ahli politik sedikit sebanyak terusai.


Mohd Rafizi Ramli
Kalaulah majlis itu tidak memberi kesan positif seprerti didambakan itu ia tidak memberi apa-apa manfaat kepada orang ramai melainkan pihak penganjur juga mendapat keuntungan. Astro dan Sinar yang menjadi penganjur mendapat publisiti meluas dengan debat itu.
Moral dalam debat itu secara ringkasnya Rafizi mempertahankan dasar yang akan dikemukakan oleh Pakatan Rakyat untuk menghapuskan PTPTN yang dianggap menjadi bala' kepada negara dan akan menawarkan pendidikan percuma kepada rakyat negara ini sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-13.

Khairy pula mempertahankan dasar berkenaan dan menganggap negara akan muflis sekiranya pendidikan percuma diberikan kepada rakyat. Pertahanan Khairy jika dilihat dari bentuk hujah dan sininalnya lebih kepada untuk mempertahankan kerajaan yang menggubal dasar berkenaan daripada mempertahankan dasar berkenaan juga yang boleh dirasakan Khairy sebagai membebankan. Setujukah kalau dikatakan begitu?

Rafizi lawan KJ, Najib yang tertekan

Oleh Zulkifli Sulong

KUALA LUMPUR: Walaupun debat berlangsung antara Mohd Rafizi Ramli dengan Khairy Jamaludin namun yang paling tertekan dengan debat malam tadi adalah Datuk Seri Najib Razak.
Ini ekoran, kesimpulan yang dibuat oleh moderator debat itu, Dr Maszlee Malik yang mendesak debat diadakan pula antara Datuk Seri Najib dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Maszlee (gambar kanan) membuat kesimpulan itu di akhir debat dengan mendesak agar debat itu pula diadakan selepas debat semalam berjalan dengan baik dan penuh kematangan.

Anwar sejak sekian lama mengajak Najib berdebat namun pelbagai alasan diberikan oleh pimpinan BN dan Najib sendiri.

Debat antara Khairy dengan Rafizi semalam merupakan kali kedua berlangsung antara mereka.

Tanah: Kelantan dah lulus, Jakoa pula bermasalah


 GUA MUSANG: Bekas juruhebah RTM pada 1980-an mempersoalkan mengapa Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) kurang memberi kerjasama kepada kerajaan negeri bagi membolehkan penduduk Orang Asli memiliki tanah sendiri.

Ajong Alang (gambar), 60 pernah berkhidmat di RTM bagi rancangan Orang Asli selama 14 tahun berkata, sepatutnya Jakoa memberi kerjasama penuh bagi membolehkan tanah disukat sebelum dapat dikeluarkan geran.

“Saya hairan mengapa agensi berkenaan tidak mahu mengeluarkan peruntukan bagi kerja-kerja mengukur sempadan bagi membolehkan geran hak milik dikeluarkan kerajaan negeri.

“Saya difahamkan isu ini sudah lama dibangkitkan, namun sekarang Jakoa seperti tidak serius. Sedangkan kerajaan negeri sudah bersetuju untuk memberi hak milik kepada kami.

Umno rompak perjuangan rakyat dan hadiahkan kepada Anwar

Oleh Penarik Beca
Kerajaan Umno mungkin rasa depa bijak sangat mendakwa Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

Saya ada tulis fasal Murphy's law yang kawan saya bagi tau saya. Dalam posting bertajuk "Awat tak buat senaman tutuh punggung depan rumah Ambiga?" saya tulis sebahagian kecil perjalanan Murphy's law Umno selepas ratusan ribu rakyat berhimpun dalam Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Muzakarah PAS-umno: boleh atau tak boleh?

Oleh nik mohamad abduh bin nik abdul aziz
Ramai bertanya saya, sesetengahnya dalam rasa tidak puas hati, mana satu nak pakai antara dua jawaban yang diberi oleh pimpinan PAS pasal muzakarah antara pas dan umno, boleh atau tidak boleh?
Saya senyum, teringatkan jawaban spontan saya di Sarawak beberapa hari lepas dalam satu majlis ceramah di hadapan khalayak muslim dan bukan muslim yang menyambut pelawaan TPM Tan Sri Muhyidin Yasin untuk umno dan PAS bermuzakarah.


Najib makin sukar tentu tarikh PRU ke 13

Oleh Adnan Ibrahim
SAYA mungkin bertanggapan beliau profesional dan kes Anwar dikira berprofil tinggi maka mana-mana loyar berminat sertai kumpulan peguam Anwar.
Bagaimanapun kita lihat Yusof sendiri sengaja membiarkan kehadirannya menjadi buah mulut orang ramai menimbul pelbagai persepsi dan tanggapan.


Skandal Landasan Elektrik Berkembar-Bn Lepas Tangan?


KUALA LUMPUR 23 MEI – Peningkatan mendadak RM1.5 billion bagi projek Landasan Elektrik Berkembar Ipoh-Padang Besar (EDTP) menimbulkan kemungkinan ia akan mengalami nasib serupa seperti projek landasan bahagian Ipoh-Rawang di mana kos projek meningkat lebih dari 50%.
Kenaikan mendadak sebanyak RM1.5 billion tersebut mewakili sebanyak dua belas peratus daripada kos projek, iaitu RM12.49 billion.
Menurut Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua, pada tahun 2009, Ketua Audit Negara pernah mengkritik pihak pengurusan projek kerana menukar kontraktor daripada DRB Hicom yang tidak dapat menyiapkan kerja kepada MMC-Gamuda.

Battle for the Malay vote: Weapons Umno will use - CHINESE & COMMUNISM

Battle for the Malay vote: Weapons Umno will use - CHINESE & COMMUNISMCommunism is a social, political and economic ideology that creates a classless social order in a state. This movement, in its Marxist-Leninist broad interpretations, ominously influenced the history of the 20th century where there were communist states ruled by Communist parties versus Socialist states under socialist parties and the Free world – countries with market economies.
The term “communist” or “communism” is often used in the local political context as a bête noire to shudder the local Malays into not accommodating those people whose roots are found in Communist countries. For instance, using terms such as “communist-influenced” to describe events or rallies that do not favour the incumbent government is seen by political observers as a strategy to stir up Malay feelings.
An emotional aversion to most rural Malays

Korupsi si Mahathir?

Korupsi si Mahathir?Sepertimana yang dimahukan oleh rakyat, pembayar cukai dan pengundi telah membayar ‘visi’ Mahathir dalam bentuk perbelanjaan memperkayakan vendor yang dipilih di sepanjang pemerintahannya, semua dibayar oleh wang pembayar cukai atau rakyat. Korupsi Mahathir berdasarkan MAKLUMBALAS SOROS KEPADA MAHATHIR '- Diadaptasi dari Bangkok Post (Tidak diterbitkan di Malaysia)
Saya sentiasa berkata bahawa Dr Mahathir adalah ancaman kepada rakyatnya sendiri. Kini anda dapat melihat kesan kebodohan beliau apabila ringgit telah susut separuh nilainya dalam masa semalaman dan ekonomi merundum. Tindakannya telah menyebabkan kepayahan kepada berjuta-juta rakyat Malaysia sendiri. Mahathir telah membina projek-projek mega yang tidak berguna pada kos yang sangat mahal bagi negara. Menara telekom di Kuala Lumpur dan bangunan tertinggi di dunia menunjukkan betapa bodoh kamu. Bukan sahaja ia menyebabkan kesesakan jalan raya, ia benar-benar tidak mempunyai sebarang tujuan. Jika anda memerlukan tanah tinggi untuk telekom antena gunung berdekatan di situ ada secara percuma.Menara ini tidak berguna kerana tingginya dari tanah hanya 300 meter. Satelit menjadikannya tidak perlu langsung. Seorang yang bodoh memang tidak pandai menjaga wangnya.

‘BN’s clear and present danger’

Barisan Nasional leaders say they may lose out in the election if internal sabotage is not contained.
KUALA LUMPUR: A divided Barisan Nasional may spell the end of Prime Minister’s Najib Tun Razak reign in Putrajaya.
And this warning to the Barisan Nasional comes from non-other than Umno-owned Utusan Malaysia.
The paper quoting party leaders says sabotage is a very clear and present danger and could lead to the BN losing more seats than in 2008.
At the Umno’s 66th anniversary two weeks ago, Najib put on a brave face and touched on the gathering as a show of support that the party is not divided and that they are ready to face the elections.
Some 60,000 members had congregated at the Bukit Jalil National Stadium here in the gathering which party sources said was meant as a “loyalty test” apart from propping up the party’s machinery and mobilisation strength.
Najib joked that the display of unity gave him enough confidence to hold elections sooner than expected.

SUPER GUAN ENG: Only 8 yrs old in 1969 and yet Umno says he started May 13

SUPER GUAN ENG: Only 8 yrs old in 1969 and yet Umno says he started May 13Two days ago, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad warned in Kedah that Malays would lose political power in the country if UMNO is defeated in the next general elections.
This is a lie, for if UMNO is defeated in the next general elections, UMN0 would be replaced in Putrajaya not by DAP but by the Pakatan Rakyat coalition comprising PKR, PAS and DAP which is committed to a common policy framework to uphold the cardinal features of the Malaysian Constitution, including defending the role and responsibility of the institution of Constitutional Monarchy; Islam as the religion of the Federation while other religions can be practiced in peace and harmony in any part of the country; the position of the Malay language as the National Language while protecting and strengthening the use of mother tongue languages for all races; and the special position of the Malays and the indigenous peoples including Sabah and Sarawak and the legitimate interests of other races.
Mahathir knows that his warning that if UMNO is defeated, the Malays would lose political power was totally untrue and baseless – which was why Mahathir had campaigned actively for the defeat of UMNO led by former Prime Minister and UMNO President, Tun Abdullah Ahmad Badawi in the 2008 general elections.

Pak Samad : 'Negeri Hang Tuah ada Hang Samseng'

Bukit Jalil descendants: Last ditch effort

Peneroka dakwa jualan kayu kurang sehingga RM60,000

People & Power - The story of Leap

Pakatan MPs support Ambiga

Ambiga thanks DBKL and cops for keeping watch

Fitnah RM10 juta, Manikavasagam buat laporan polis

FGVH: Bank Negara terima aduan peneroka

Royalti Minyak Hak Kelantan part 1

'Negeri Hang Tuah ada Hang Samseng'

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mengecam tindakan sekumpulan pengacau yang membuat serangan di majlis minum petang di Melaka yang sepatutnya melibatkan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga Sabtu lalu.

Sambil menyifatkan kumpulan itu sebagai "samsengan", A Samad mengaku malu dengan tindakan mereka kerana ia "bukan cara untuk mewaraskan demokrasi".

NONE"Ketika Ambiga hendak ke Merlimau, lagi dahsyat. Saya dengar lebih kurang 200 samseng di Merlimau sudah menunggu. Ambiga dijemput oleh PAS untuk menghuraikan perjuangan bersih. Itu landas demokrasi.

"Belum pun beliau tiba, teman-teman di sana minta supaya (beliau) jangan datang, sebab samseng sudah ada di negeri Hang Tuah.

"Sudah ada 'Hang Samseng'. Cuba fikirkan, di negari Hang Tuah, ada Hang Samseng," katanya.

Bercakap dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, tokoh yang lebih dikenali sebagai Pak Samad menegaskan, serangan membaling batu hujung minggu lalu "bukan caranya dan mereka memilih cara lain" untuk menunjukkan bantahan mereka.

perkasa tibai umno red shirt in merlimau malacca ambiga event car type puncturedDalam kejadian Sabtu lalu, dua ADUN DAP Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir) diserang kumpulan pengacau yang didakwa penyokong Umno dan kumpulan pendesak Melayu PERKASA, sewaktu mereka meninggalkan tempat acara itu.

Bagaimanapun, PERKASA Melaka dan Umno Jasin menafikan terlibat dalam insiden itu walaupun terdapat anggota masing-masing menyertai perhimpunan membantah kehadiran Ambiga dalam acara itu.

Pak Samad yang juga terkenal dengan novel Salina itu turut menyindir pihak yang melakukan "senaman punggung" dan peniaga yang mahu menjaja di hadapan rumah Ambiga esok dan lusa.

"Kita sudah 50 tahun merdeka dan budaya serta budi bahasa kita adalah punggung. Dan selepas itu guna samsengan cat rumah orang. (Apakah) itu budaya kita," katanya.

NONESelepas perhimpunan BERSIH 3.0, Majlis Bertindak Peniaga-peniaga Kuala Lumpur (MBPKL) dan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), masing-masing mahu berniaga di depan rumah Ambiga dan melakukan senaman punggung di hadapan rumah Ambiga.

Ia dibuat sebagai menunjukkan bantahan kepada Ambiga yang juga seorang peguam terhadap penganjuran perhimpunan BERSIH 3.0 yang didakwa menjejaskan pendapatan peniaga dan merosakkan imej negara.

Tindakan mereka itu mengundang kemarahan dan bantahan pelbagai pihak termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bank 'langgar etika', peneroka adu ke Bank Negara


KUALA LUMPUR: Dua bank terlibat menawarkan pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Berhad (FGVH) kepada peneroka bersetuju untuk menarik balik borang yang diedarkan dan ditandatangani peneroka.

Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata, dua bank tersebut iaitu CIMB dan Am Bank akan berbuat demikian ekoran permohonan injunksi yang dibuat 125 peneroka gugusan Bera dan Raja Alias, Seremban berhubung perkara itu.

Isu RM10j: MP Kapar mahu saman Dr Khir


 Isu RM10j: MP Kapar mahu saman Dr Khir
S.Manikavasagam (kanan) menunjukkan tajuk muka hadapan akhbar Sinar
Harian 17 Mei lalu yang menyiarkan kenyataan Dr Khir.
PETALING JAYA – Ahli Parlimen Kapar S.Manikavasagam akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Dr Mohamad Khir Toyo berhubung kenyataan yang mendakwa dirinya meminta wang RM10 juta untuk keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.

Beliau berkata kenyataan tersebut sama sekali tidak berasas dan sengaja mahu mengaibkan dirinya sebagai seorang Ahli Parlimen.

Mahfuz sokong debat Najib dan Anwar, debat KJ-Rafizi bukti masyarakat matang

KUALA LUMPUR, 23 Mei — PAS menyokong penuh cabaran yang dikemukakan moderator debat Sinar Harian berkenaan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) malam tadi, Dr Maszlee Malik, yang mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat secara terbuka bagi menjelaskan dasar parti masing-masing sebelum pilihan raya umum ke-13.
Jelas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar), beliau melihat cabaran yang dikemukakan Maszlee itu sangat bertepatan memandangkan berdasarkan debat antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, masyarakat semakin matang menerima medium baru politik tersebut.
“Saya menyokong penuh cabaran Dr Maszlee malam tadi terhadap debat antara perdana menteri dan ketua pembangkang. Umno sebelum ini kata debat itu bukan budaya masyarakat kita dan ia tindakan yang tidak matang.

Kecam Fauzi masuk PAS 'pemikiran lapuk' Umno

SHAH ALAM: Dewan Pemuda PAS Selangor menyelar sikap pihak tertentu yang memandang negatif penyertaan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari ke dalam parti PAS.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzuan berkata pandangan Persatuan Bekas Polis Malaysia, kononnya tindakan Fauzi menyertai PAS itu mengkhianati kerajaan adalah pemikiran ‘lapuk dan kuno’ yang diterapkan Umno BN.

"Apakah tiada lagi nilai kebebasan bagi bekas-bekas penjawat awam untuk memilih halatuju pegangan politik mereka sedangkan mereka sudah bersara daripada jawatan lama mereka?

Ambiga: Terima kasih DBKL dan polis

Datuk S Ambiga berterima kasih kepada polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang memadamkan tanda lot niaga depan rumahnya dekat ibu negara yang ditandakan kumpulan anti-BERSIH dan memantau keadaan di situ.

"Sebagai kredit, mereka (DBKL) berada di sini tanpa henti, begitu juga polis.

"Saya berterima kasih kerana memberikan perlindungan hingga ke tahap ini," kata pengerusi bersama BERSIH itu.

Siswa dakwa polis campur tangan p'raya kampus

Kumpulan mahasiswa hari ini mendakwa terdapat campur tangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pilihan raya kampus di seluruh negara pada tahun ini.

Menurut Pro-Mahasiswa Nasional, polis terlibat secara langsung apabila tiga anggotanya - seorang dikenali sebagai pegawai kanan - mengambil bahagian dalam mesyuarat penyelarasan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

BERSIH 3.0: K'jaan saman Ambiga dan 9 AJK pemandu

azlanKerajaan memfailkan saman menuntut gantirugi berjumlah RM122,000 terhadap Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga serta sembilan lagi ahli jawatankuasa pemandu gabungan tersebut kerana didakwa gagal mengawal perhimpunan anjurannya pada 28 April lalu sehingga pihak kerajaan terpaksa menanggung kerugian.

Selain Ambiga (kiri), ahli jawatankuasa pemandu itu yang disaman ialah Maria Chin Abdullah, Zaid Kamarudin, Haris Fathillah Mohamed, Arumugam a/l Kalimuthu, Arul Prakkash a/l Sinnappan, Wong Chin Huat, Dr Ahmad Farouk Musa, Toh Kin Woon dan Andrew Khoo.

Surat daripada BERSIH kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur

Tan Sri Ahmad Fuad Bin Ismail
Datuk Bandar
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
DBKL Tower 1, Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Tan Sri,

ADUAN TERHADAP AKTIVITI HARAM, TIDAK BERLESEN DAN AKTIVITI MELANGGAR PERATURAN YANG DIANGGAP GANGGUAN DAN ANCAMAN TERHADAP DATO AMBIGA SREENEVASAN


Kami menulis surat ini bagi pihak BERSIH 2.0.  Kami mahu menjelaskan tentang penerusan aktiviti haram, tidak berlesen dan aktiviti yang melanggar peraturan.  Semua aktiviti ini bertujuan untuk menggangu dan mengancam Dato Ambiga Sreenevasan.

SosDem: Kenapa perlu takut?

Parti Sosialis Perancis telah mewakilkan Setiausaha Agungnya, François Hollande, untuk bertanding merebut kerusi Presiden negara republik itu, menentang penyandang Nicolas Sarkozy.  Hollande berhasil memperolehi 49% undi, mengalahkan Sarkozy dan telah pun mengangkat sumpah sebagai Presiden negara Menara Eiffel itu.  Hollande adalah presiden sosialis kedua dalam sejarah Perancis selepas Fançois Mitterand.

Seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti socialiste (PS) pimpinan Hollande juga adalah berkedudukan tengah-kiri dalam spektrum politik dan berideologi sosial demokrasi yang kadang-kadang dikenali dengan singkatan nama SosDem.

Kedua-dua DAP dan PS merupakan ahli rangkaian pertubuhan politik cenderung kiri antarabangsa, Socialist International.  Media turut melaporkan kerajaan baru Perancis ini sebagai kerajaan haluan kiri, atau lebih ngeri lagi, kerajaan parti sayap kiri.

Pemuda PAS kerah ahli untuk demo di depan NST

Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan isu "Nik Aziz Is Father Of Kafir" yang dikeluarkan oleh akhbar New Straits Times sebagai satu penghinaan kepada PAS serta perjuangannya.  Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga telah mengambil satu tindak balas segera iaitu berjumpa dengan pihak New Straits Times bagi menyatakan bantahan serta meminta pihak mereka untuk menarik semula kenyataan tersebut.

Maklum balas yang diterima, pihak New Straits Times enggan menarik balik kenyataan tersebut bahkan tidak mahu memohon maaf di atas fitnah yang ditabur oleh pihak mereka ke atas Mursyidul Am PAS dan juga Menteri Besar Kelantan.

Opps 2020: Najib pergunakan PDRM

Pendahuluan

Sejak kebelakangan ini demokrasi kampus semakin malap.  Pilihan Raya Kampus menjadi gula-gula politik untuk mematikan idealisma mahasiswa dalam berpolitik di dalam kampus.  Bahkan terdapat parti politik yang menggunakan kesempatan ini untuk mengumpan mahasiswa sepertimana yang kami jelaskan dalam sidang media 11 Mei sebelum ini yang menjelaskan bahawa keputusan melewatkan tarikh pilihan raya kampus memiliki unsur-unsur campur tangan politik di peringkat UMNO-BN melalui satu operasi khas yang didalangi Pejabat Perdana Menteri yang dinamakan "Opss 2020".

Debat Sinar: Umno tetap mahu PTPTN kekal, Pakatan kata tidak


Debat Sinar: Umno tetap mahu PTPTN kekal, Pakatan kata tidak
Debat Sinar berkenaan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi
PKR, Rafizi Ramli.
SHAH ALAM - Debat Sinar Harian bertemakan "Pemansuhan PTPTN dan Hala Tuju Pendidikan Tinggi" antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin malam tadi dilihat satu bentuk serangan peribadi ke atas Umno selain tidak mencapai objektif sebenar.

Kata Ketua Pemuda Umno Selangor, Ungku Md Salleh Ungku Jamal, Rafizi seolah-olah menggunakan medium debat untuk menyerang Khairy dan ini tidak seharusnya berlaku.

Moderator debat Rafizi-KJ sudah melampau! Kerana cabar ke jantanan najib..!!!

Ini bukan budaya barat. Ini budaya selatan kot~
Kenapa biadab sungguh Dr Maszlee Malik sehingga sanggup mencabar Dato' Seri Najib dan Dato'  Seri Anwar untuk berdebat. Tahukan Dr Maszlee berdebat ini adalah budaya barat. Kenapa kita harus libatkan Najib untuk terjebak dalam budaya barat ini. Cukuplah bertandingan debat peringkat sekolah dan Universiti mengikut budaya barat, cukuplah KJ dan Rafizi untuk meniru budaya barat tetapi jangan sesekali libatkan Najib yang mulia itu untuk terlibat dalam budaya barat itu.

Dr Maszlee juga telah melontarkan cabaran debat itu kepada DSN dan DSAI. Mengapa masih mahu melontarkan cabaran kepada DSAI, bukankah DSAI telah beberapa kali mencabar Najib untuk berdebat dan terbaru DSAI sanggup untuk berdebat sekali gus antara Anwar, Najib dan Raja Petra. Namun sehingga ke hari ini debat itu masih belum terlaksana kerana bagi UMNO debat ini adalah budaya barat.

Himpunan & Konvensyen Belia Negeri Selangor 2012

Debat Sinar Harian mengenai PTPTN Part 3

WAJIB TONTON : UMNO & PERKASA MENGGANAS DI MERLIMAU?

bersih 4.0 : Penipuan Malaon Ni Sudah Terbongkar..




Bersih 3.0 : Palang, Kawat Berduri Tidak Menepati Spesifikasi Perintah Majistret

KUALA LUMPUR, 23 MEI: Palang dan kawat berduri yang dipasang bagi menghalang peserta BERSIH 3.0 daripada memasuki Dataran Merdeka tidak menepati spefikasi yang ditetapkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.
Menurut Ketua Biro Guaman PKR Latheefa Koya, penghalang dan kawat berduri itu jauh daripada batasan yang ditetapkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir dua hari sebelum berlangsungnya perhimpunan gergasi itu pada 28 April lalu.
“Mahkamah sudah mengeluarkan satu perintah bahawa kononnya terdapat larangan di kawasan tertentu dengan radius tertentu dan mengatakan itu adalah kawasan larangan,
“Tetapi kita belum dapat kepastian kenapa palang penghalang yang diletakan oleh polis jauh menjangkau luar dari batasan yang dibenarkan dalam perintah tersebut,” kata Latheefa apabila dihubungi TVSelangor.

Najib deliberately creating trouble? Only way to call off GE-13 is when there's turmoil

Najib deliberately creating trouble? Only way to call off GE-13 is when there's turmoilI had posted an article in 2010 that He will win solidly if GE 13 is called any month within that year and I still hold my believe till the eve of Bersih 3.0. Even with His statement of 'crushed bodies & lost lives' and rumors that His special team reporting to Him that He may lose the 13 GE, I still believe He will win solidly.
But everything seems to fall into place post Bersih 3.0 indicating that He is indeed fearful of losing the 13 GE.
Surveys after surveys giving the same results that His popularity is gaining traction and many voters are returning to His stable. This is true but what we understand is that most surveys were carried out via telephone. I still accept the results and reading from political expert opinion I believe He will win solidly and that is up till the eve of Bersih 3.0
A Fluid Situation

Pendidikan percuma dasar bersama Pakatan, kata Rafizi


Rafizi Ramli bersama Datuk Abd Jalil Ali
Datuk Abdul Jalil Ali menyambut kedatangan Rafizi Ramli - Gambar
SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli menolak menolak dakwaan bahawa pendidikan percuma tidak ditekankan dalam Buku Jingga dan menegaskan, dasar pendidikan percuma dipersetujui bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

"Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri lebih tegas dalam hal ini dan menyokong apa yang di sebut dalam kitab tulisan Ibnu Khaldun bahawa pendidikan adalah pelaburan.

"Hasil daripada pendidikan percuma yang diberikan itu akan memberi imbuhan baik kepada negara," katan beliau ketika menjawab soalan bahawa dasar pendidikan percuma tidak ditekankan dalam buku jingga dan peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1997 ketika PTPTN mula-mula diperkenalkan.

Rafizi: Mansuh PTPTN bukan diskriminasi IPTS


Rafizi Ramli
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli
SHAH ALAM - Langkah memansuhkan skim pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak bertujuan mengetepikan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS), malah mereka turut diberi peluang terutama bagi yang layak.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, ia sejajar dengan prinsip Pakatan Rakyat (PR) yang mahu setiap rakyat layak mendapat pendidikan percuma.

“Tiada diskriminasi bagi setiap rakyat yang layak untuk mendapat tempat di universiti.

Hujah Khairy: Negara muflis jika ikut Buku Jingga.....ha.ha.. dia lupa transformer najib sebabkan muflis..!!!


debat sinar terkini
Debat Sinar berkenaan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi
PKR, Rafizi Ramli.
SHAH ALAM - Rancangan Buku Jingga yang diperkenalkan Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan negara muflis akibat daripada cara pengurusan wang negara yang tidak berhemah.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, ini memandang setiap perkiraan yang dilakukan PR tidak menggambarkan angka sebenar berbanding dengan apa yang berlaku khususnya dalam isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Video Penuh Debat PTPTN: Hujah Siapa Lebih Mantap??


Walaupun terdapat banyak percanggahan pendapat seperti yang telah dijangka, apa yang menarik dalam debat antara Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, semalam, adalah persetujuan secara terbuka berhubung dasar pendidikan negara kedua-dua pendebat.

Debat penuh bertenaga anjuran Sinar Harian itu berakhir dengan persetujuan bahawa apa yang perlu dinilai semula adalah kerangka pendidikan tinggi negara secara menyeluruh.

Rafizi menekankan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukan semata-mata untuk menghapuskan hutang tetapi lebih kepada keadaan ekonomi negara.

Namun, Khairy menegaskan walaupun penilaian semula model pendidikan tinggi negara sedang dibuat, ia perlu dilakukan secara realistik dan bukan hanya berdasarkan ‘idea yang dipetik dari awangan’.

Debat selama sejam setengah yang berjalan dalam keadaan panas tetapi terkawal itu membuktikan kematangan fikiran kedua pendebat muda terbabit serta penonton dalam membincangkan dasar pendidikan negara secara berilmiah.

Sepanjang debat, Rafizi banyak memberikan contoh keadaan negara lain, seperti Amerika Syarikat (AS) yang menghadapi masalah bebanan hutang pendidikan tinggi yang tidak mampu dibayar oleh pelajar sehingga menjejaskan ekonomi negara itu.

“Kita kena rujuk kepada pengalaman negara lain yang berdepan masalah hutang pelajar. Di AS, hutang pelajar mencecah USD2.6 trilion sehingga menjejaskan ekonomi negara.”

Khairy pula dilihat banyak memberi angka-angka untuk mematahkan hujah Rafizi, termasuk memberikan jumlah besar sebanyak RM185 bilion setahun untuk pembiayaan semua janji pembangkang untuk menghapuskan hutang dan memberi pendidikan percuma secara adil kepada semua pihak.

Sebelum itu, debat dimulakan dengan Rafizi mengingatkan penonton bahawa Malaysia bermula sebagai negara yang memberikan pendidikan percuma kepada generasi lama.

“Dulu, masa zaman generasi lama, zaman bapa Khairy, pendidikan tinggi di negara ini diberikan secara percuma, dan mahasiswa inilah yang menjadi tulang belakang pembangunan pesat ekonomi negara. Jadi mengapa ia tidak boleh dilaksanakan sekarang?” soal Rafizi diiringi tepukan gemuruh penyokongnya.

Namun, Khairy menganggap perbandingan itu seperti epal dan rambutan.

“Dulu kita mampu bagi pendidikan percuma sebab kita hanya ada satu IPTA, tetapi sekarang kita ada 20 IPTA dan puluhan IPTS serta kolej, dengan ratusan ribu pelajar.”

Khairy turut memberi contoh negara yang memberi pendidikan tinggi percuma yang menghadapi masalah ekonomi kronik sehingga muflis, seperti Greece.

Tetapi hujah Khairy itu mudah dipatahkan Rafizi yang kemudian memberi contoh Finland, negara dengan kualiti pendidikan kedua terbaik dunia dengan ekonomi mapan walaupun menyediakan pendidikan percuma daripada peringkat tadika hingga ijazah kedoktoran.

Apa pun pendirian Rafizi dan Khairy, namun apa yang dapat dilihat, kedua-dua pendebat yang kadang-kala menyelitkan unsur jenaka dan sinis dalam hujah mereka boleh dianggap sebagai perintis kepada budaya politik baru negara yang lebih segar dan bebas daripada unsur politik kotor.

RAKAMAN VIDEO INI MENJAWAP BANYAK PERSOALAN





DEBAT: KHAIRY ELAK JAWAB SOALAN

Ketika diumumkan perdebatan antara Khairy Jamaluddin (BN)  berlawan dengan  Rafizi Ramli (PR), penulis jadi terkedu sekejap. Bukannya  apa, penulis  bimbang Rafizi akan 'memalukan' Pakatan Rakyat. Ini kerana penulis sudah beberapa kali melihat Khairy Jamaludin berpengalaman  berdebat dengan pembangkang. Ketika di Kelantan sebagai salah satu contohnya. Malah Khairy biasa hadir  dengan forum-forum yang berlainan parti. Jadi, penulis bimbang Rafizi gagal mencapai piawaian tersebut. Debat di London tempohari penulis rasa kurang mencabar.
Tetapi segala kebimbangan penulis  terhapus begitu saja. Penulis  rasa sangat kagum dengan kehebatan Rafizi yang dapat mematahkan hujah-hujah Khairy dngan begitu mudah  malah lebih mengejutkan lagi, Khairy pula cuba mengelak dari menjawab pertanyaan Rafizi terutama berkenaan peratus  pembahagian wang  petronas sebanyak 237 bilion sewaktu pemerintahan Pak Lah tempohari. Khairy juga gagal menjelaskan status Shahrizat Jalil serta Tajuddin Ramli di mana Rafizi meminta Khairy menjelaskan bahawa kenapa  pelajar yang berhutang, nama mereka  di 'black list' tetapi  Shahrizat serta  Tajuddin Ramli dilepaskan begitu saja.
Syabas  dan Tahniah Rafizi...!!! Anda memang hebat. (Tepat sekali kata-kata Mahathir, orang-orang cerdik semua  masuk pembangkang).