Khamis, 17 Mei 2012

Mahathir: Ekstremis halang Cina sokong BN

Muhyiddin: Umno sedia muzakarah dengan Pas
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
KUALA LUMPUR - Umno sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun agak terkejut dengan pelawaan Pas itu, beliau, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, perkara itu telah dan pernah disuarakan parti itu sebelum ini, namun ditolak keras, khususnya oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mahathir: Ekstremis halang Cina sokong BN.....Tok Kit Det lupa pada ekstremis Umno..!!!

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad.
KUANTAN - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata puak ekstremis Cina dilihat memainkan peranan bagi menghalang sokongan kaum itu terhadap Barisan Nasional (BN).

Dr Mahathir berkata, sekalipun sokongan rakyat kini semakin berpihak kepada BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, sokongan kaum Cina masih dilihat sebagai penentu kepada kejayaan BN.

"Undi kaum Melayu berpecah tiga (Umno, PAS dan PKR), undi (kaum) Cina jadi undi penentu, (berdasarkan fakta itu) puak ekstremis ini mahu kaum Cina memainkan peranan lebih besar (dalam menentukan hala tuju politik negara)," katanya di sini, hari ini.

Pemuda PAS: Umno rasis, bukan DAP

NONEDewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) hari ini mempertahankan DAP - rakan mereka dalam gabungan pembangkang - daripada tuduhan rasis.

Sebaliknya, dewan itu memulangkan gelaran itu kepada Umno dan menyeru ketua penerangannya Datuk Ahmad Maslan yang mengeluarkan kenyataan itu keluar parti bersama orang Melayu lain.

"DPPWP menganggap kenyataan Ahmad seperti meludah ke langit, terpercik ke muka sendiri.

"Sebenarnya Umnolah yang merupakan sebuah parti yang rasis, tidak menghormati kaum lain dan tidak demokratik," kata ketuanya Kamaruzaman Mohamad (kanan).

Pasca Bersih 3.0 : Kepala saya ditumbuk depan balai polis

PETALING JAYA 17 Mei: Seorang peserta Himpunan Bersih 3.0, mendedahkan beliau dipukul sekumpulan polis di hadapan balai polis ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menyertai perhimpunan itu.
Menceritakan pengalaman ngeri di Jalan Dang Wangi pada 28 April lalu, Abdul Razib Abu, 45, berkata, pada jam 5.00 petang selepas menyaksikan keadaan tidak terkawal, beliau mengambil keputusan untuk pulang ke rumah.
Bagaimanapun, apabila mendapati kebanyakan jalan di ibu negara ditutup, beliau mengambil keputusan singgah di sebuah restoran di sekitar Jalan Masjid India untuk membeli makanan.
Menyangkakan keadaan kembali terkawal, beliau memutuskan menggunakan Jalan Dang Wangi untuk pulang ke rumahya di Semenyih.

Muhyiddin kunci mulut kes Scorpene

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasskin mengunci mulut daripada memberi sebarang reaksi terhadap siasatan mahkamah Perncis berhubung urusniaga pembelian kapal selam Malaysia-Perancis.

Ditanya sama ada kerajaan yang terkait sama dalam kes itu patut menghantar seseorang untuk mempertahankan diri, Muhyiddin menjawab: "Saya tidak mahu komen tentang itu."

Beliau kemudiannya menambah lagi: "Tiada komen".

NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisyen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada negara ini pada 2002.

Tak boleh mengundi, nombor IC 'dicuri'


BATU GAJAH: Seorang wanita mendakwa dirinya hilang kelayakan mengundi apabila semakan di web Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menunjukkan nombor kad pengenalannya dimiliki pihak lain.

Ketika membuat semakan, Puan Tamil Malar yang memiliki no kad pengenalan biru 750516-08-5360 terkejut apabila namanya tidak keluar tetapi yang dipapar adalah nama seorang lelaki Mansor Bin Jali.

'Senaman punggung' seksis, kritik Ambiga

Pengerusi Bersama BERSIH Ambiga Sreenevasan mengkritik apa yang dipersetujuinya sebagai gangguan seksual dalam acara "senaman punggung" di depan rumahnya oleh sekumpulan pesara tentera.

NONE"Ia seksis... mentaliti buli," katanya sambil menyifatkan ia dilakukan kerana beliau seorang wanita,

Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Ambiga berkata, tindakan itu juga melanggar ruang peribadinya.

"Jika kamu lihat bahagian tertentu dalam video, ia mengganggu. Sepuluh lelaki berdiri di depan rumah seseorang, kamu fikir apa? Saya rasa ia peri laku yang mengejutkan," selar Ambiga.

Kelmarin, sekumpulan 15 orang bekas tentera daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) mengadakan senaman aneh depan rumah Ambiga di Bukit Damansara dengan dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung.

Apakah niat sebenarnya BN mengagihkan sejumlah besar wang kpd umum? Wang dari syurga kononnya!

Apakah niat sebenarnya BN mengagihkan sejumlah besar wang kpd umum? Wang dari syurga kononnya!
Secara umumnya kami merasa amat terkejut dengan langkah kerajaan BN baru-baru ini yang telah mengagihkan sejumlah besar wang ringgit kepada umum dan selepas itu, kerajaan BN terus menjanjikan habuan yang lebih besar di masa yang terdekat lagi, sedangkan ekonomi dunia kini sedang menghadapi kegawatan di mana kerajaan di kebanyakan negara sedang mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat bagi menjamin kestablian ekonomi negara masing-masing.
Persoalannya adalah, adakah Malaysia ini tidak terasa langsung dengan kegawatan ekonomi dunia sekarang? Adakah negara kita ini punyai ekonomi yang sekuat negara gergasi seperti Amerika, China, Jepun ataupun Korea yang membolehkan mereka mengagihkan sejumlah besar wang kepada orang ramai seperti tidak ada apa-apa yang sedang berlaku?

‘Cops beat me as I looked for food’

Two victims of alleged police brutality during the Bersih protest lodged reports against their aggressors.
PETALING JAYA: A Bersih protester in search of food was allegedly served with a police beating instead during the final hours of the April 28 rally.
At about 7pm that day, Abdul Razib Abu, 45, was riding his motorcycle near the Dang Wangi police station when he was suddenly jumped by several policemen.
“I was looking for food and I wanted to go home, so I took my bike to Jalan Raja Laut. But many of the roads were blocked, so I had to ride near the Dang Wangi station.
“There were a lot of policemen, and they charged me while I was still on the bike and hit me from behind,” he said, adding that he was wearing a yellow Bersih T-shirt at the time.

Perjuangan membersihkan PRU Ke-13

Bolehkah PRU Ke-13 akan datang berjalan dengan demokratik dan bersih dari segala penipuan? Ini pertanyaan dari ramai orang, terutama dari rakyat prihatin yang amat tinggi harapan mereka supaya PRU Ke-13 itu benar-benar adil dan bersih.

Namun perkembangan terkini menghantar isyarat bahawa PRU Ke-13 itu jauh dari yang diharapkan.

Tanda-tandanya:

a. Tuntutan Bersih 3.0 tidak mungkin ditunaikan dalam keadaan sekarang, di mana BN berhempas pulas untuk mempertahankan kuasa yang telah dinikmatinya lebih setengah abad.

Najib weaker now after Umno anniversary, while Dr M's influence increases

Najib weaker now after Umno anniversary, while Dr M's influence increasesIt is finally dawning on Umno that it has painted itself into a nasty corner, thanks to the ill-advised strategy adopted by its president, Prime Minister Najib Razak, who has chosen to focus the limelight on himself and not on his party.
The rationale the 58-year-old Najib gave to Umno and the BN coalition it heads, was that both Umno and BN had become 'bad' brand names and the only way to win back voters was to build up his personal popularity. But this strategy has proved to be a huge flop.
At the recent 66th UMNO anniversary celebration in the Bukit Jalil stadum, Najib spent a huge amount of money to pull in grassroots members from all over Malaysia. Yet he could not even fill half the stadium, which has a total 100,000-strong capacity. This was in stark contrast to the Bersih 3.0 rally on April 28, where without any cash incentives or free transport, 250,000 Malaysians from all walks of life thronged the vicinity of the Dataran Merdeka to demand that Najib clean up the country's highly dubious electoral process.

Burgers, butts and sensibility

If the burger protest and 'butt aerobics' are bad, then what about kids occupying Dataran Merdeka and the Bersih rally?

First they were selling burgers in front of Bersih chairperson S Ambiga’s house and thankfully it was the normal pan fried burger and not the popular “burger bakar” from Wangsa Maju. If it was the latter, we could have had a full blown rally during lunch.
Then a small group of middle-aged moustached men decided to conduct morning “butt aerobics” in front of her gate. This of course is too much.
As expected a flurry of angry responses flowed from the net. Apart from condemning a horrible perverted exercise routine (being that Yoga has been banned by the Fatwa council) that reminded people of the movie “Brokeback Mountain”, we got internet commentaries criticising the fiasco by proclaiming it as an invasion of privacy, intimidation and uncouth behaviour not befitting our culture.

Pasca Bersih 3.0 : Wanita dakwa ditembak gas di paha dari dekat

Seorang wanita muda peserta himpunan BERSIH pada 28 April lalu mendakwa ditembak dengan gas pemedih mata dalam jarak kira-kira 10 meter tepat di pahanya.

Pang Choy Wan, 27, mendakwa polis mensasarkannya sewaktu dia berada di Jalan Yap Ah Loy di Kuala Lumpur selepas bersurai daripada himpunan itu.

NONE"Jarak saya dan kumpulan polis hanya kira-kira 10 meter," kata Pang selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya pagi tadi.

Akibat tembakan itu, katanya lagi, meninggalkan kesan lebam kebiru-biruan pada pahanya.

Turut bersama beliau sewaktu tembakan itu dilepaskan, kata Pang, adalah beberapa orang lagi wanita tua dan juga lelaki tua.

Selain Pang, seorang lagi individu, Abdul Razib Abu turut membuat laporan polis di IPD sama, mendakwa "dikeroyok" kira- kira lapan hingga sepuluh anggota polis di hadapan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi pada hari kejadian.

Siasatan Perancis bakal bongkar kaitan Najib dengan Scorpean

Vancouver Sun,
KUALA LUMPUR: Inkuiri di mahkamah Perancis telah memulakan siasatan yang bakal menghubungkan segala titik mengenai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, pembelian dua kapal selam Perancis, rasuah sebanyak RM500 juta and pembunuhan terhadap model Mongolia oleh para pengawal beliau.

Inkuiri berkamera yang diketuai hakim Roger Le Loire dan Serge Tournaire, yang cukup berpengalaman dalam kes korupsi dan hak asasi manusia, akan cuba membongkar samada syarikat pertahanan Perancis, DCNS dan rakan projeknya Thales International telah membayar rasuah untuk mendapat kontrak pada 2002 untuk membekal dua kapal selam Scorpene kepada tentera laut Malaysia.

Inkuiri tersebut adalah berdasarkan penyiasatan selama dua tahun dan pengumpulan bukti oleh polis Perancis.

Media Baru sebagai ruang awam

Fenomena BERSIH 2.0 dan 3.0
 
15 tahun selepas melangkah masuk ke abad ke-21 ala Malaysia, kita sekali lagi menyaksikan betapa signifikannya peranan teknologi maklumat dan media baharu sebelum, semasa dan selepas perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 dan BERSIH 3.0 pada 28 April 2012.  Kemuncak gelombang kedua fenomena media baharu begitu terserlah berikutan fenomena BERSIH 2.0 dan 3.0 yang menyaksikan kelahiran generasi baru yang hebat yang diberikan gelaran Generasi BERSIH.
 
Kehebatan Generasi BERSIH bukan sahaja kelihatan dalam dunia siber di mana sebahagian besar Facebook diselubungi gelombang kuning.  Yang paling menguja semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia ialah keberanian yang ditonjolkan oleh para demonstran BERSIH 2.0 dalam dunia nyata biarpun BERSIH diisytiharkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebagai pertubuhan haram, polis melakukan "penangkapan bersifat penangkalan" (preemptive arrest) ala McCarthyisme, dan suasana tertekan atau "keganasan putih" (white terror) ditonjolkan oleh akhbar arus perdana dan media elektronik menjelang hari perhimpunan BERSIH 2.0.
 

Jika ayam tidak berkokok, hari akan siang juga

Saya diminta mengulas oleh begitu ramai pembaca tulisan saya tentang isu Tunku Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP baru-baru ini. Ada diantara mereka yang menghubungi saya memahami isu sebenarnya tetapi ada juga yang tidak memahami keadaan sebenar politik dan menganggap pemergian Tunku Aziz sebagai satu setback kepada DAP.
Pertamanya saya ingin memberitahu yang DAP bukannya parti rasis dan pemergian Tunku Aziz itu sebagai tanda yang Melayu sedang cuba dipinggirkan oleh DAP. Bersalah-salahan diantara Tunku Aziz dan DAP itu bukannya pertentangan diantara DAP dengan orang Melayu tetapi hanya setakat perselisihan diantara Tunku dan DAP bukannya perselisihan diantara Melayu dengan DAP.

DHPP: PAS setuju letak calon bukan Islam di Johor, S'wak

pas dialogue with media 261107 hu pang chawPAS bersetuju meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding di Sarawak dan Johor pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw berkata dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tiram, Johor, dan satu kerusi Parlimen di Sarawak.

"Perkara ini sudah dipersetujui PAS pusat. DHPP memang meminta PAS pusat meletakkan calon dari sayap DHPP di satu kerusi setiap negeri, tidak kira sama ada kerusi Parlimen ataupun DUN.

"Tetapi perkara ini masih dalam peringkat perbincangan. Keputusan akhir bergantung kepada PAS pusat," katanya kepada Bernama di ibu negara, hari ini.

Pas sedia perjelas perjuangan parti


Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar
SHAH ALAM - Pas sedia beri penjelasan secara terbuka dengan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi kepada pihak tertentu yang keliru dan mendakwa parti itu terpesong landasan perjuangannya, terutama menjelang pilihan raya nanti.

Parti itu juga belum lagi berhasrat mengadakan sebarang majlis muzakarah secara rasmi dan mengkhususkan isu ini dalam masa terdekat.

Laporan Pengerusi PSC Lynas dipertikai


KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan, kenyataan Pengerusi PSC Lynas Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bahawa Kilang Lynas adalah kilang memproses Nadir Bumi yang terselamat di dunia dan lokasi kilang itu yang jauh dari penempatan penduduk sejauh 6KM jelas membuktikan ia dibentuk untuk menghalalkan kilang itu.

Kenyataan itu juga bercanggah sama sekali dengan Laporan Kajian Alam Sekitar (Preliminary Environmental Impact Assessment – PEIA) yang disediakan oleh ENVIRON pada 21hb Januari 2008 dan diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) pada 15hb Febuari 2008.

"Jelas, dari kenyataan yang tidak betul dan berat sebelah itu menzahirkan niat sebenar Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam penubuhan PSC Lynas untuk menghalalkan kilang LAMP milik LYNAS itu untuk kepentingan diri mereka.

Amaran 'perang siber' pada media baru

NONEPemantau kebebasan media Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) meramalkan kerajaan berusaha ke arah lebih banyak "langkah-langkah ekstrim" untuk mengawal Internet dan media baru dalam tahun-tahun mendatang.

"Dalam berdepan dengan platform atas talian yang jauh lebih bebas, kerajaan jelas cuba menggunakan muslihat kawalan lebih luas dan berpengaruh," rumus NGO itu dalam laporan Kebebasan Media 2011.

Perkara ini, tambahnya, sejajar dengan kaedah tradisional seperti Akta Mesin Cetak Penerbitan dan Akta Hasutan untuk mengawal media menggunakan kaedah sama sejak beberapa dekad.

Tayang punggung jihad baru ala-Umno?

APAKAH sebabnya Umno menyuburkan budaya kurang ajar di kalangan orang Melayu? Tidak cukup dengan menjerit-jerit serta memaki hamun dengan kata-kata kesat, membuat kecoh dan menayangkan punggung (punggung) ke arah rumah Dato' Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Lebih memalukan, ada kalangan askar-askar pencen (bekas perajurit) yang menayangkan punggung mereka itu sudah berusia dan ada yang memakai ketayap. Bersenam dalam keadaan menonggeng, menghalakan punggung ke arah rumah Ambiga.

Malaysiakini ungguli laporan keganasan dalam BERSIH

azlanAntara lima organisasi media utama, Malaysiakini paling banyak melaporkan dakwaan keganasan semasa BERSIH 3.0, terutamanya apabila peserta perhimpunan itu dan wartawan menjadi mangsa, menurut Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ).

Kajian dua hari oleh NGO pemantau kebebasan media itu mempertimbangkan jumlah laporan - termasuk laman editorial dan ulasan - daripada Malaysiakini, theSun, The Star, New Straits Times dan Utusan Malaysia, dua hari selepas perhimpunan 28 April.

Umno dan punggung memang tidak dapat dipisahkan..

Umno dan punggung memang tidak dapat dipisahkan..ibarat irama dan lagu........wakaka

Punggung LEMBU NFC

ISA : Mogok lapar demi kebebasan

Anak lelakinya Mohamad Fadzullah Abdul Razak antara tahanan yang melancarkan mogol lapar bagi menuntut kebebasan daripada penjara Kamunting ekoran pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Berbaju kurung motif bunga-bunga dan bertudung putih bersih, Hadijah CP Veeravu, 51, kelihatan tenang berbicara tentang keadaan anaknya.

Free Syrian Army denies responsibility for bombings

The Scorpene Sting On Malaysia - The Great Malaysian Robbery

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu Beli 2 Gelaran Datuk RM 1 Juta


http://www.malaysiandigest.com/images/ex_vet_protest_ambiga.jpg“Selain untuk saya sendiri, saya juga membelikan gelaran ‘Datuk’ buat seorang lagi kawan dengan harga sama dan kos keseluruhan termasuk menyediakan hiburan kepada penjual adalah sekitar RM1 juta,”
Apa tindakkan SPRM? Cukupkah sekadar bermaaf-maafan?

edyesdotcom
Orang yang sama inilah mengepalai senaman bontot di depan rumah Datuk Ambiga. Jelas terbukti mereka yang cenderung menyokong kerajaan (bersama pangkat dan kedudukan) telah dilindungi bukan sahaja dari penguatkuasa tempatan, tetapi dilindungi polis malah SPRM sendiri. Adalah suatu kezaliman apabila setiap agensi yang sepatutnya bertindak neutral diperkuda semahunya...
Masihkah ada di antara kita yang menyokong bentuk kezaliman sebegini?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Buat Renungan : Umno & Penyokong Tegar pernah berkata,..

 

Mahathir : Nabi tak mampu cukur janggut kerana tak ada pisau cukur GILLETE,.. Mamak cucu Kutty ni perasan dia bijak!  Dia tak tahu mata pedang nabi jauh lebih tajam - boleh memotong apa saja termasuk memancung kepalanya sendiri ! 

Hanif Omar : Tak jumpa ayat larang judi dalam Quran –                                                    Dia ni berlagak pandai, rupa-rupanya jenis muka tak tahu malu !  Sedarkah dia,  yang dia telah melondehkan seluar dan seluar dalamnya sendiri? Bengong punya mamat !!  Silap besar, apabila  kerajaan melantiknya sebagai KPN
Mashitah :  Wanita Islam boleh melacur kalau dharurat –                                                Senang-senang je dia ni keluarkan fatwa !  Si Minah punya hobi mencukur bulu kening ni, seolah-olah nak melemah dan menghina kaum wanita, hujahnya macam nak menggalakkan pelacuran ! Dia ni pernah tuduh Anwar tak bermoral. bermakna , Mahathir, Najib dan lain-lain pemimpin Umno baginya sangatlah bermoral!! Nampaknya dia ni hanya menilai dengan mata dan telinga saja tanpa menggunakan akal dan hati.
Jamil Khir :  Boleh menggunakan wang zakat untuk halang kes Qazaf –      Besarnya diri beliau sehingga membolehkan beliau menambah kumpulan Asnaf (penerima zakat). Seperkara lagi,..Islam jenis apa dia ni kalau menghalang seorang individu Islam melaksanakan hukum Islam seperti dalam kes Qazaf yang melibatkan DS Anwar?  Dia ingat Qazaf tu hukum dari kitab PKR ?  Hoi Jamil !!  Qazaf tu bukan hukum  dari kitab PKR maupun PAS atau Umno!!  Ia dari hukum Al Quran ! Tak ada orang Islam yang nak tentang hukum Islam melainkan Umno!!  Begitulah hebat dan besarnya Umno !!!!
Rahim Noor :  Menteri Besar Kelantan TG Nik Aziz adalah “bapak kafir” –                Mudahnya kamu membuat tuduhan!,. kamu tu siapa? Sedarlah diri tu!  Sedangkan kamu yang dikenali bapak samseng (pukul orang dalam penjara) pun orang tak sampai hati nak  tuduh kamu  bapak kafir tetapi kamu senang-senang menuduh seorang ulamak merangkap Mursyidul Am PAS sebagai bapak kafir !  manusia jenis apa kamu ni??
Harussani : Himpunan “BERSIH 3” hukumnya adalah haram.                                          Anda telah bersekongkol dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.  Yang “BERSIH” mereka kata kotor, mereka kata haram,.. maknanya mereka suka yang kotor!  Sikit hari lagi boleh le buat fatwa daging babi halal,  daging lembu haram !..   Nak sokong Umno dan BN pun biarlah lojik dan bertempat! Jangan menipu dan memperbodohkan rakyat!!
Najib : Peneroka dan pihak yang tak menyokong beliau adalah “haram jadah” (anak haram) –              Wow !!  ramainya anak haram di Malaysia ni. Najib dah buat rekod!. Dialah satu-satu Perdana Menteri yang bercakap macam babi meredah belukar!  Bersedialah wahai Najib!  Kamu pasti menghadapi kecelakaan apabila anak-anak haram ini mendoakan kejatuhanmu sedikit masa lagi!
oleh : rahimothman

Markas PAS kena roboh.....


"Bercakap pasal markas PAS di kapung Semanyur Kemasik Kemaman di roboh, teringat saya dengan berita  Sebuah sekolah rendah Palestin ditutup pada  minggu lepas.

Bukan setakat menutut sekolah milik rakyat Palkestin, malah pihak berkuasa Israel merampas kenderaan yang digunakan untuk menghantar guru-guru ke sekolah itu.

Menurut laporan akhbar Haaretz, guru-guru kini menggunakan keldai sebagai kenderaan untuk ke sekolah yang terletak di kampung Jinba, bandar Hebron sehingga menyebabkan proses pembelajaran terganggu.

Menyanggah fatwa ‘Bersih’

Oleh USTAZ ABDUL GHANI SAMSUDDIN
ADA individu mengatakan bahawa demonstrasi Bersih 1, 2 dan 3 baru-baru ini adalah satu perjuangan yang sia-sia, antara sebab dia kata begitu atas alasan;
1. Seolah-olah mereka yang berdemo itu dianggap sebagai golongan pemberontak seperti mana yang pernah berlaku pada zaman Sayidina Othman Affan.

Kenali siapa penderhaka

Oleh Wan Nik Wan Yussof
DALAM kehangatan menghadapi pilihan raya sekarang, isu-isu sentimen, sensitif dan perkauman serta serangan peribadi mula heboh dalam paparan media pro-Umno.
Meskipun difahami isu-isu itu sebagai ‘basi’, tetapi tetap menjadi fokus bagi strategi media pro-parti sekular itu memutarligat persoalan perkauman, keagamaan, pembunuhan karakter tokoh dan kedaulatan raja.


Apa pun pendekatan media pro-parti Melayu totok itu sudah memahami betapa isu-isu ‘basi’ pasti diputar, mahupun dicipta atau diulang-ulang demi memenangi jiwa dan perasaan pengundi Melayu yang dianggap oleh pemimpin Umno sebagai “Melayu mudah lupa.”

Bukti Umno ‘parti tua’ penaja keganasan

Oleh BADRUL HISHAM SHAHARIN
TANGGAL 4 Mei, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mula mengumpul dukungan pertubuhan anak muda dan mahasiswa untuk sama memperakui satu memorandum yang akan dihantar ke Bukit Aman pada 7 Mei 2012.

Memorandum itu berkenaan dengan desakan untuk PDRM segera mengambil tindakan terhadap anggota mereka yang terlibat dengan jenayah dan salah laku pada 28 April 2012 ketika mengendalikan Himpunan Rakyat terbesar dalam sejarah negara iaitu Bersih 3.0 Jemputan kepada media telah dibuat kepada media dan pihak PDRM seawal Ahad (6 Mei). Namun pada pagi Isnin (7 Mei) kami dimaklumkan beberapa front Umno secara bertungkus lumus saat akhir cuba mengumpulkan orang untuk kononnya berdiri terpacak depan Bukit Aman untuk membaca ikrar taat setia.

Cerita untuk direnungkan para peneroka

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
DI SEBUAH kampung, Allah kurniakan tanah yang amat subur kepada penduduknya. Segala yang ditanam akan menghasilkan buah dan pulangan.
Walaupun tanah itu tidaklah besar, tapi hasil pertaniannya cukup untuk menyara sebuah kampung malah ada lebihan.



Pada satu hari, datang seorang ahli perniagaan kaya, yang berkata kepada penduduk, ada pelan untuk durian runtuh, dapat duit dengan cepat. Pelannya begini:
Penduduk cagarkan tanah yang subur itu kepada peniaga - dengan 2 syarat:

Raja Nong Chik Keeps Mum Over His Daughter Scandal!


Popular blogger Raja Petra Kamarudin has alleged that the government in 2010 awarded a contract worth more than RM30 million to a company linked to Federal Territories and Urban Well-Being Minister Raja Nong Chik Zainal Abidin.

And this was not the only government contract given to companies linked to the minister, he said in a posting titled “Is this whom you want as MP?” on his Malaysia Today website.

Penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia lemah – Wong Chen

KUALA LUMPUR 17 Mei: Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN, Wong Chen, menyifatkan tindakan tergesa-gesa kerajaan menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham Malaysia didorong faktor politik bukannya berdasarkan kekukuhan kewangan agensi tersebut.
Beliau berkata, sesebuah syarikat akan cuba disenaraikan menerusi tawaran awam permulaan (IPO) di bursa sekiranya berada di kedudukan kukuh atau kewangan syarikat tersebut cemerlang.
“Bisnes FGVH bukanlah berada di dalam kedudukan kukuh dan masa hadapan untuk pertumbuhan yang tinggi sangat terhad. Prospektus IPO mendedahkan kedudukan sebenar FGVH di dalam pengurusan perladangan adalah lemah.

Isu Hudud mainan politik BN


Hudud mainan politik BN, kata Pakatan
Mohd Rafizi Ramli
PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa pendirian pihaknya mengenai pelaksanaan hukum hudud tidak pernah berubah, sebaliknya Barisan Nasional (BN) khususnya MIC cuba menjadikannya isu sekarang bagi meraih undi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

PR sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya akan membuat keputusan mengenai hudud jika menerima persetujuan semua pihak.

Anger mounts over RM127b refinery for Johor

Why is a RM127 billion refinery being built in Johor when it is not an oil-producing state?
KOTA KINABALU: Sabah State Reform Party (STAR) is blowing hot over the planned RM127 billion oil refinery in Johor, claiming it would be an “incalculable” economic loss to Sabah.
Describing the federal government’s decision as “unreasonable” STAR chairman Jeffrey Kitingan said: “If the federal government was sincere about developing the Borneo states which have contributed tremendously to the national coffer by giving 95% of its oil all these years, it would have decided to build the refinery in Sabah or Sarawak.
“As it is, incalculable losses will be incurred against us [with the refinery being built in Johor]. In the long term, the loss will amount to trillions of ringgits!”

Scorpene: Zahid diingat jangan rasa selamat


KUALA LUMPUR, 17 Mei: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengingatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak terlalu yakin dengan status sebagai pemerintah di kerajaan negeri dan merasa selamat daripada didakwa di mahkamah Perancis di atas isu skandal pembelian kapal selam Scorpene yang sedang dibicarakan di sana.


Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor menganggap kenyataan Zahid menggambarkan beliau sedang dalam kebimbangan yang berpanjangan dengan kes yang sedang dihadapinya.

Debat PTPTN Khairy-Rafizi 22 Mei


Debat PTPTN Khairy-Rafizi 22 Mei
Debat PTPTN Khairy-Rafizi 22 Mei
SHAH ALAM - Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan berlangsung, Selasa ini.
Ia sepatutnya diadakan awal bulan ini.
Berbanding lokasi asal di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, program ini, anjuran Kumpulan Media Karangkraf, akan diadakan secara langsung dari Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24, mulai jam 10 malam.
Debat melibatkan dua pemimpin kanan Umno dan PKR ini bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi.

Dr Khir: MP Kapar pernah minta RM10 juta syarat keluar PKR


Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo
Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam pernah meminta sejumlah wang - RM10 juta seperti yang didakwa sebuah blog untuk keluar PKR.

“Memang ada (Manikavasagam jumpa saya minta wang untuk keluar PKR). Dia bersama dengan tiga rakannya ketika itu. Dia minta wang, tetapi saya cakap saya tidak boleh beri kalau dia hendak keluar PKR.

'Khir Toyo tawar RM10 juta, saya tidak minta'


Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam
Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam menafikan bahawa beliau pernah meminta RM10 juta daripada bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo pada 2008 untuk keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas, seperti dakwaan sebuah blog, semalam.

Sebaliknya, Manikavasagam mendakwa, beliau yang sebenarnya dipelawa oleh bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu secara gurauan di sebuah hotel, di sini, hujung 2008.

Imej teruk: PAS simpati kepada polis baik


KUALA LUMPUR, 17 Mei: PAS melahirkan rasa simpati kepada polis yang baik sehingga malu untuk mengaku bekerja sebagai polis ekoran imej pasukan itu semakin teruk pada padangan masyarakat awam.
“Ini semua angkara ‘nila setitik susu sebelanga binasa’,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, ujarnya sudah sampai masanya rakyat menuntut supaya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) ditubuhkan segera untuk membendung tindakan liar polis.

“IPCMC pada mulanya dulu dipersetujui oleh Tun Abdullah Badawi, ketika jadi PM, akan tetapi pihak polis menentang, maka IPCMC pun ghaib dan dilupakan orang,” ujarnya.

Forever racial BN: Why pick on Ambiga and Irene Fernandez?

Forever racial BN: Why pick on Ambiga and Irene Fernandez?Do you laugh or do you loose sleep? Do you cry or do you spit venom?
Indeed the antics staged by the stooges of the ruling BN coalition clearly indicates that they are into burger-protests and butt-protests in front of Bersih co-chief Datuk Ambiga's residence are just as helpless and hopeless while their followers degrade their reputation even further.
Instead of issuing a stern warning against these BN-sympathisers for rolling politics in the slime, they are even cushioned to carry on the disgusting and uncouth antics in front of Bersih's leader.

Election woes? Never fear, JOM Pantau’s here!

Malaysians can now report suspicious polls-related incidents to a website set up by a human rights NGO.
KUALA LUMPUR: As the clock ticks towards the 13th general election, people can now report election offences as they see them, on the Internet.
Set up by Komas (Popular Communications for Human Rights in Malaysia), ‘JOM Pantau PRU13′ (www.pru13.info) is a website dedicated to getting Malaysians to report on suspicious polls-related incidents.
According to Komas coordinator A Prakkash, incidents include the putting-up of political party flags before elections, and even vote-buying.
After these reports were made, a team of volunteers would then verify to see if they are genuine.
Following this, verified reports would then be forwarded to relevant government agencies, such as the police and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).