Ahad, 13 Mei 2012

Najib Kata Peneroka "ANAK HARAM"??

Mentaliti Menteri Dan Ahli UMNO Akal Longkang Yang Dr Mahathir Maksudkan

"Sejak zaman Mahathir ada beberapa Menteri yang di gambarkan bijak dan cerdik dalam mengulas sesuatu isu sehinggalah era Najib sekarang saki baki Menteri yang ada mahu pun Najib sendiri, kita boleh lihat betapa dangkal dan banggangnya apabila mengulas atau memberikan ucapan secara 'live'.Ini dapat di lihat apabila apabila media-media pencacai menyiarkan temubual tersebut.

Disebabkan tiadanya pemimpin atau Menteri UMNO mahupun BN bijak dan cerdik yang boleh berucap atau mengulas sesuatu dengak lojik dan bijak sesuatu isu maka tumpuan media pencacai diberikan kepada NGO sampah seperti TIBAI, JATI, PERKASA dan beberapa yang lain yang lebih bijak dan cerdik membuat fitnah serta memanipulasi sesuatu isu.

NGO sampah ini yang kita pasti di biayai oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir untuk mengimbangi kekuatan semasa beliau semasa pencen.
Selepas Najib menggelarkan 'Haram Jadah' kepada peneroka yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau ,seorang lagi Menteri Nor Mohamad Yaakob mengeluarkan kenyataan yang cukup bodoh dan tak masuk akal. Sila rujuk link di bawah.
Sebagai rakyat Malaysia harus malu kerana pemimpin dan Menteri Umno Dan BN kerana bukan sahaja ''perangai buruk''  malah ''public relation'' mereka sedang di analisa rakyat Malaysia malah seluruh dunia sedang mentertawakan Malaysia. 
Inilah saki-baki Pemimpin dan Menteri UMNO dan BN akal longkang dan mulut sampah sarap yang tinggal dalam UMNO yang Dr Mahathir maksudkan

 




Nor Mohamed: Malaysia kembali ke era 1511 jika Pakatan menang PRU-13

Pas sedia muzakarah soal Islam


Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR – Pas bersedia membuka pintu dan bermuzakarah dengan semua badan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuklah Umno bagi menyelesaikan isu dakwaan yang mengatakan perjuangan parti tersebut sudah jauh terpesong dari perjuangan asal.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dakwaan seperti ini adalah serius dan menegaskan Pas sentiasa konsisten berpegang dengan perjuangan asal iaitu memartabatkan agama Islam di negara ini.

AMK beri 3 sebab tolak Hanif


KUALA LUMPUR: Tiga sebab mengapa, bekas Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar boleh dipertikaikan kredibilitinya selaku pengerusi panel tersebut.

Pertamanya, beliau bersikap prejudis ketika mengeluarkan kenyataan sebelum ini, kononnya Bersih 3.0 didalangi oleh pihak pro-komunis.

Kenyataan itu dilihat sebagai satu kenyataan yang sangat tidak bertanggungjawab, malah terkeluar dari norma realiti politik negara.

Derhaka kepada ibu itu berdosa besar

“Selamat Hari Ibu", itulah yang saya dengar di mana-mana hari ini. Saya tidak menyedari yang hari ini adalah hari ibu dan saya mendengar isteri saya menerima panggilan dari anak-anak yang berada jauh dan dekat untuk ibu mereka.
Memang benar, ibu adalah orang yang wajib dan mesti dihormati dan di sayangi oleh anak-anak yang telah dibesarkan nya. Seseorang ibu sentiasa berasa gembira dan bersyukur jika dikasihi dan disayangi oleh anak-anak kerana dalam usia yang sudah tua anak-anaklah tempat ibu untuk menyandarkan harapan dan  kasih sayang mereka.

Aduh NAJIB... PR Kumpul di Stadium Macam Ceramah Biasa Jer! ha..ha..ha..ha.. najib



PM Cabar Pembangkang Tunjuk Kekuatan Di Stadium

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam Jumaat, mencabar pakatan pembangkang agar berhimpun di stadium seperti yang dilakukan oleh Umno jika benar-benar mahu menunjukkan kekuatan mereka. - mStar














Dan banyaaaaaaak lagi....

Lagi bukti penipuan dari pencacai

PALSU DARI PENCACAI UMNGOK

ASLI OLEH ZUNAR.

PENIPU, MENFITNAH , RASUAH
ITULAH
UMNO.

PRU13: PAS tangguh muktamar, ganti himpunan raksasa


KUALA LUMPUR, 13 Mei: PAS akan menangguhkan muktamar yang sepatutnya diadakan pada Jun ke November depan.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ia akan digantikan dengan perhimpunan raksasa pada 1 Jun di Alor Setar, Kedah yang akan memberi fokus sepenuhnya kepada pilihan raya umum ke-13.

"PAS lebih menumpukan kepada persediaan menghadapi pilihan raya umum yang masih menjadi teka-teki, itulah demokrasi di negara itu.

Pas: Perkasa tak hormati Majlis Raja-Raja


Salahuddin Ayub
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub
SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub mendakwa Perkasa tidak menghormati Majlis Raja-Raja yang telah membenarkan parti itu menggunakan perkataan Islam dan oleh itu, tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
"Majlis Raja-Raja telah bersetuju dan tidak menghalang penggunaan perkataan Islam dalam parti Pas semenjak pemerintahan (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.

PRU 13: Ibu segala pilihan raya

Amin Iskandar

13 MEI — Kemana pun saya pergi semenjak dua menjak ini, perbincangan mengenai pembubaran parlimen dan tarikh pilihan raya tidak pernah berhenti.
Khabar angin paling popular kini adalah perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bertemu Yang Di Pertuan Agong pada 10 Mei 2012 bagi membubarkan parlimen.
Jika ianya berlaku maka kita akan menyaksikan pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) berlangsung pada pertengahan bulan Jun.

Negara Berkebajikan: Kini dalam English dan Mandarin


(Salahudin bersama Tuan Ibrahim dan Mazlan dalam sidang media hari ini)
KUALA LUMPUR: Buku 'Negara Berkebajikan: Tawaran PAS' diterjemahkan ke Bahasa Inggeris dan Mandarin bagi memastikan isi kandungan dokumen tersebut dapat difahami oleh semua bangsa dan kaum.

Politik Mengharamjadah lwn Politik Rakyat

Oleh Sakmongkol AK47

Najib pemimpin yang mengharam-jadahkan rakyat kata dia mahu mengadap Agung. Kita kata- di persilakan. Laksanakan pengucapan tersebut. Jangan cakap kosong sahaja. Sementara itu, ramai orang Melayu sudah pun di lawati Agong $$$$! Najib dan Agong $$$$ berpisah tiada.

Cuba kita fikir. Mengapa UMNO mesti mempunyai ahli seramai 3 juta? UMNO zaman Tengku, Tun Razak dan Hussein Onn tidak obsess dengan meramaikan ahli. Zaman Mahathir sehingga sekarang UMNO mahu menjutakan ahli nya. Ertinya, UMNO sudah berubah dari parti yang yakin dan mempercayai raktyat, kepada parti yang mencurigai dan takut kepada rakyat. UMNO tidak berani mempertaruhkan masa depan nya dalam tangan rakyat. 

PM bubar Parlimen minggu ini, PRU 9 Jun?


Kronologi tarikh-tarikh penting yang dikaitkan PRU13
Kronologi tarikh-tarikh penting yang dikaitkan PRU13
SHAH ALAM - Selepas spekulasi lebih setahun, mengambil kira ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ulang tahun Umno ke-66 kelmarin, teka-teki terbaru menyebut Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, esok, untuk mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen.
Malah, laporan-laporan blog dan SMS disebar luas mengatakan Parlimen akan dibubarkan Selasa ini manakala penamaan calon akan berlangsung pada 26 Mei dan diikuti dengan tarikh pengundian pada 9 Jun - dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
Ramalan itu turut mengambil kira cuti sekolah dua minggu bermula 28 Mei.

Haram jadah: Najib mohon maaf atau saman malu


KULAI, 13 Mei: Ungkapan ‘haram jadah’ yang diulang dua kali oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang ditujukan kepada penentang-penentang penyenaraian FGVH adalah terlalu kesat dan tidak sewajarnya disebut oleh seorang Perdana Menteri.


Sehubungan itu, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman kepimpinan Anak Negeri Johor membuat laporan polis di Balai Polis Kulai, semalam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Kata Mazlan, ia ekoran ucapan Najib ketika mengumumkan 'Durian Runtuh' di Felda Jengka 8 di Pahang pada 8 Mei lalu.

Anwar Ibrahim: Melantik Semua Sebagai Pegawai Penerangan Khas Pakatan Rakyat

Chegubard: Masalah Utama Rakyat Adalah Rompakan Harta Kekayaan Negara

Umno tipu ahli Umno, Umno tipu orang Melayu!....

Umno tipu rakyat Malaysia

 
UMNO MENYAMBUT ULANGTAHUN KE-66?
ISY !  ISY!  ISY  !! BIAR BETUL !!....                                
NAMPAK SANGAT UMNO NAK MENIPU RAKYAT, WALHAL USIA SEBENAR BARU 24 TAHUN ! (Umno Baru pimpinan Mahathir didaftar pada 1988)
Apa nak heran,.. kerja menipu ni dah jadi darah daging mereka. Sejarah pun mereka putarbelitkan.                                        

Oleh : rahimothman