Sabtu, 12 Mei 2012

Pengundi atas pagar tetap pilih PR



Pakatan Rakyat KOTA BHARU - Muslimat Pas Kelantan percaya pengundi atas pagar akan memilih Pas dan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti berdasarkan pelbagai isu didedahkan berkaitan parti lawan.

Bagi tujuan itu, Timbalannya, Wan Ubaidah Omar berkata, pelbagai pendedahan membuka minda digerakkan di samping kecanggihan teknologi membolehkan pengundi tersebut mengetahui perkara sebenar di sebalik tohmahan yang dilemparkan kepada Pas.

Pasca-BERSIH 3.0: Sisi gelap demokrasi

"Kita hidup dalam zaman demokrasi. Sejak lebih satu abad lalu dunia telah dibentuk oleh satu aliran utama berbanding yang lain - kemunculan demokrasi."

Begitulah ayat pertama dalam bab Pendahuluan buku The Future of Freedom: Illiberal Democracy at Home and Abroad oleh Fareed Zakaria.

Malaysia tidak terkecuali daripada menerima tempias idea demokrasi. Betapa pentingnya idea ini, ia diungkapkan dalam Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 dan diulang semasa Pemasyhuran Malaysia 1963. Maka, wacana berkaitannya di Malaysia bukanlah baru, meskipun ia kian bersemarak pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998.

Selepas NST, Utusan pula minta maaf

(Xenophon [dua dari kiri] ketika bercakap dalam sidang media di Parlimen sebelum perhimpunan Bersih 3.0. Beliau adalah antara pemerhati luar yang datang ke Malaysia untuk melihat pelaksanaan demokrasi di negara ini)

KUALA LUMPUR: Selepas New Strait Times, sebuah lagi akhbar Umno, Utusan Malaysia membuat permohonan maaf kepada senator Australia, Nicholas Xenophon selepas membuat laporan melulu terhadap beliau.

Utusan dalam penyataan mohon maaf hari ini turut menarik balik laporan mereka yang menuduh Nicholas Xenophon sebagai anti-Islam.

'Media baru cabaran sebenar parti dalam PRU13'

Penguasaan media baru adalah cabaran baru kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Mantan ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press, Datuk Abdul Kadir Jasin berkata keadaan sewaktu pilihan raya umum tahun 2008 berbeza sama sekali kerana hanya satu pihak memberikan perhatian kepada penggunaan media baru pada masa itu.

"Akses media baru satu cabaran. Tahun 2008 penggunaan media baru dimonopoli Pakatan Rakyat.

"Umno-BN hampir tidak peduli kepada media dalam talian ini. Mereka bergantung kepada Utusan, Berita Harian dan sebagainya," katanya pada Konvensyen Akses Media Adil dan Bebas Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Seri Kembangan pagi tadi.

Najib Gambarkan Parlimen Akan Dibubarkan Masa Terdekat!

Oleh Mohd Sayuti Omar
Ucapan Ha Najib Razak  sempena sambutan hari ulang tahun ke 66 Umno sungguh emosi dan bersemangat. Satu ucapan penggerak semangat terakhir sebelum parlimen dibubarkan. Saya mengira cara Najib ini tepat.
Ini kerana seperti saya ramalkan sebelum ini majlis ulang tahun Umno ke 66 pasti akan menjadi salah satu indikator untuk Najib mencari ilham bagi membubarkan parlimen bagi mendapat mandat rakyat. Kalau sambutan majlis ini hangat pasti ia menggocak jiwa Najib untuk bubar parlimen.

Kalau hendak tunjuk kuat himpun di stadium, Najib bidas Bersih...ha..ha...50 ribu lawan 300 ribu


Datuk Seri Najib Tun Razak KUALA LUMPUR - "Kalau nak tunjuk kuat, berhimpunlah di stadium seperti kita... kalau mereka sayangkan negara dan menghormati undang-undang berhimpunlah seperti kita," kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis Sambutan Hari Umno ke-66 di sini, malam tadi.

Kata Presiden Umno ini, penganjur Bersih 3.0 akhir bulan lalu telah ditawarkan beberapa tempat seperti Stadium Nasional Bukit Jalil serta Stadium Merdeka.

"Mengapa mereka (Bersih3.0) tidak mahu menggunakan tempat yang telah disediakan seperti kita malam ini, adakah mereka takut jumlah penyokong yang hadir tidak ramai.

KEADILAN desak gugur tuduhan terhadap peserta Bersih 3.0

KUALA LUMPUR 12 Mei: KEADILAN Johor menuntut supaya polis mengugurkan tuduhan terhadap semua 141 individu yang gambar mereka disiar media arus perdana sebagai peserta Bersih 3.0 ‘yang dikehendaki’.
Mengecam tindakan polis yang menangkap peserta himpunan aman Bersih 3.0, Ketua Penerangan Keadilan Johor, Syed Hamid Ali, berkata ia bercanggah dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, artikel itu memperuntuk hak kepada setiap rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman, berekspresi dan menubuhkan persatuan.
Melalui kenyataan media hari ini, Syed Hamid berkata, paparan gambar dalam akhbar itu juga bertentangan dengan hak setiap individu.

Benarkah penentang Najib/UMNO itu 'haram jadah'?

Saya begitu terpanggil untuk memberikan komen tentang ‘conduct’ PM Najib sebagai pemimpin utama negara sehari dua ini yang ramai menganggap sebagai tidak semenggah itu. Najib nampaknya sudah hilang kesabaran untuk menerima cabaran demokrasi yang belum pernah beliau alami selama ini.
Sejak mula berpolitik dan memegang jawatan besar-besar dalam parti dan kerajaan Najib belum lagi berhadapan dengan krisis sebesar ini. Apabila krisis seperti yang berlaku hari ini menghadapi beliau, Najib mula melatah dan menari tanpa megikut rentak yang sangat susah untuk beliau ikuti. Langkah beliau sumbang dan beliau seolah-olah menari di atas tanah yang tidak rata.

PR Ikrar Selesai Masalah Kewarganegaraan Sebaik Tubuh Kerajaan Pusat

SHAH ALAM 12 MEI : Masalah sebilangan rakyat negara ini yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri akan diselesaikan sebaik Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Pusat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, terdapat ratusan ribu masyarakat India, Dayak dan lain-lain yang lahir di Malaysia hidup tanpa dokumentasi pengenalan diri yang sah kerana prosedur kerajaan itu sendiri yang menggagalkan mereka.
“Isu ini akan menjadi keutamaan Pakatan Rakyat dan kami akan berusaha sesegera mungkin dalam menyelesaikan permasalahan ini.

Sambutan Hari UMNO 66: Memperalatkan mahasiswa UPM

Serdang, 11 Mei – Pro Mahasiswa UPM terbuka terhadap jemputan parti politik UMNO kepada mahasiswa ke perhimpunan mereka namun kami kecewa dengan sikap pihak UMNO yang masih menggunakan wang sebagai senjata politik mereka untuk melibatkan mahasiswa dengan perhimpunan mereka sempena Sambutan Hari UMNO 66, 11-13 Mei 2012 di Stadium Bukit Jalil.

Selepas pembongkaran Opss 2020 yang menerangkan  penglibatan Pejabat Perdana Menteri dalam isu penangguhan Pilihan Raya Kampus oleh Gagasan Pro Mahasiswa Nasional (PMN), UMNO sekali lagi ditunjukkan kekotoran politik mereka. Berita lanjut dalam Opss 2020: Pro Mahasiswa dedah Najib dalang penangguhan pilihan raya kampus

Pindaan AUKU telah membenarkan mahasiswa untuk terlibat dengan politik namun mereka terlalu bodoh untuk mengerti lantas ‘main sorok-sorok, pancing umpan baik punya’.

Nak Lawan Bersih : Wang Ditabur, Tak sampai 50 Ribu Yang Hadir...ha..ha..ha..



Dengan bas percuma diberi... duit belanja dijanji beri... T-shirt di beri pakai... masih lagi gagal mencecah 50 ribu orang... perhimpunan ulangtahun Umno 66 tahun di Stadium Bukit Jalil.


Dengan kebangkitan Rakyat Malaysia semasa Bersih 3.0, jauh bezanya semangat perjuangan Rakyat yang ditunjukkan kalau dibandingkan dengan perhimpunan ulangtahun Umno yang sedang berlangsung malam ini...  Malulah disiar secara langsung, tetapi hanya difokuskan kepada kumpulan ramai sahaja, tanpa ditunjuk keseluruhan stadium.


Cakap Bergegar Nak Kumpul 500 Ribu Ahli


DAP isytihar pemulauan penuh pada panel Hanif

NONEDAP hari ini mengisytiharkan pemulauan penuh terhadap panel bebas bagi menyiasat dakwaan kekerasan dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu selagi ia diterajui oleh bekas ketua polis negara Tun Hanif Omar.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, walaupun Hanif mempertahankan diri dengan rekod prestasinya dalam suruhanjaya lain sebelum ini, tuduhannya terhadap perhimpunan BERSIH adalah kesilapan besarnya.

Nik Aziz: "Akan ada Bersih 4.0'


Nik Aziz: "Akan ada Bersih 4.0'
Nik Abdul Aziz menerima borang penyertaan ke dalam Pas daripada Wan Aishah di Gombak, malam tadi. - Foto ihsan telokbakong.blogspot.com
GOMBAK - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akan ada perhimpunan Bersih 4.0 jika isu-isu berkaitan dengan tuntutan pilihan raya bersih dan adil tidak diselesaikan dengan segera.

“Bila timbul masalah Bersih (perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu), Syeikhul Azhar, Mufti Mesir masa itu mengatakan perhimpunan yang berlaku di Mesir haram. “Tetapi rakyat Mesir membandingkan dengan fatwa Dr Yusuf Al-Qardawi melalui buku ditulis beliau dan hasilnya tujuh juta rakyat Mesir turun ke jalan kerana fatwa Qardawi betul,” katanya.

Panel menyiasat insiden keganasan Bersih perlu bebas dan adil, gesa Suhakam


KUALA LUMPUR, 12 Mei – Panel bebas yang ditubuhkan Putrajaya untuk menyiasat dakwaan penggunaan kekerasan Bersih 3.0 pada 28 April lalu haruslah “berhati-hati” dalam memastikan hasil siasatannya dapat selesaikan perkara ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata.
Dalam satu kenyataan media, pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam menyeru panel itu supaya bebas, tidak berat sebelah, telus dan berintegriti tanpa gentar atau pilih kasih apabila menjalankan siasatan agar dapat pulihkan keyakinan orang ramai terhadap pihak berkuasa.
“Ini merupakan ciri-ciri penting demokrasi yang berfungsi sepenuhnya seperti yang rakyat cita-citakan dan kerajaan komited untuk mencapainya,” beliau ujar.

Usul kecam kekerasan polis: Hanya 16 daripada 1270 tentang



(Para peguam yang menyokong usul kutuk kekerasan polis di perhimpunan Bersih 3.0)

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam semalam membuat usul tergempar mengutuk kekerasan melampau polis ketika menyuraikan perhimpunan Bersih 3.0 April 28 yang lalu di dalam satu mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Hanya 16 peguam daripada 1,270 ahli majlis peguam yang membantah resolusi tersebut.

Peserta BERSIH muncul 4 kali dalam senarai polis

Pengguna Internet mengenalpasti terdapat wajah berganda individu dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung insiden dalam perhimpunan BERSIH 28 April lalu.

Mereka mengesan wajah seorang individu muncul empat kali dalam senarai 141 orang yang dikehendaki.

Majlis Peguam kutuk keganasan polis, menteri dituntut mohon maaf

Majlis Peguam Malaysia hari ini meluluskan usul tergempar mengutuk dakwaan keganasan polis sewaktu himpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.
Badan peguam dengan keahlian lebih 14,000 anggota itu meluluskan usul tersebut yang diajukan presidennya, Lim Chee Wee pada satu mesyuarat agung luar biasa (EGM) petang tadi.
“Majlis Peguam Malaysia memandang serius dan mengutuk penggunaan meriam air dan gas pemedih mata secara berlebihan, salah, dan tanpa had terhadap peserta himpunan,” kata Lim Chee Wee sewaktu membacakan sebahagian petikan usul itu selepas mesyuarat  selesai.
Seramai 1,270 anggota Majlis Peguam Malaysia hadir ke EGM petang tadi dengan 939 menyokong dan hanya 16 orang menolak usul tersebut.

Return the favor, Ambiga and Guan Eng: Offer Ibrahim Ali a nice 'char siew pau'

Return the favor, Ambiga and Guan Eng: Offer Ibrahim Ali a nice 'char siew pau'The two demonstrations, one by Perkasa outside Penang Chief Minister Lim Guan Eng's house, and the other by Ikhlas oustide Ambiga's, of Bersih fame, mark a new low in Malaysian politics. The demonstrators, and their yellow backers in the corridors of BUMNO/BN, have appealed to the lowest common denominator among the worst in their ranks - racism, demagoguery and thuggery!
Given also that our law enforcers (not just the police, but also City Hall officials) stood by and did nothing to disperse these illegal gatherings, while at Bersih 3.0 they opened direct fire at crowds with tear gas and pepper-laced water without justifiable provocation, it's clear what we have is a rogue regime that MUST be booted out at the next general elections, if we wish to preserve the sanctity of our democratic institutions.
Rogue regime

Anak DEGIL Solat - Ustaz Azhar Idrus

Tak Sempat MINTA MAAF Pada IBU - Ustaz Azhar Idrus

Perempuan DEDAH Aurat Depan SEPUPU & Bapa Mertua - Ustaz Azhar Idrus

Tulis Ayat Al Quran Guna HURUF Roman - Ustaz Azhar Idrus

Anak HAFAZ 30 Juzuk Al Quran Boleh Beri SYAFAAT ? - Ustaz Azhar Idrus

Aishah serah borang keahlian PAS