Khamis, 10 Mei 2012

Heret Hanif jadi saksi kaitkan Bersih dengan komunis – Tian Chua

KUALA LUMPUR 10 Mei: Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Hanif Omar hanya layak jadi saksi bukan menganggotai panel bebas bagi menyiasat keganasan polis terhadap peserta Bersih 3.0.
Bercakap kepada Keadilan Daily, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, Hanif sepatutnya turut disiasat kerana mendakwa mempunyai bukti mengaitkan Bersih 3.0 dengan komunis dan cubaan mengguling kerajaan.
“Kalau dia kata ada bukti kukuh, dia perlu tampil menjadi saksi untuk memberi keterangan. Kenapa dia perlu dilantik menjadi pengerusi (panel bebas). Ia akan menimbulkan kontroversi,” katanya.

Pasca Bersih 3.0 : Protes burger' depan rumah Ambiga

NONESekumpulan peniaga sekitar bandar Kuala Lumpur menerjah' rumah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara dengan membuka gerai burger.

Dikenali sebagai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), kumpulan peniaga itu mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka sewaktu himpunan Bersih 28 April lalu.

"Kita mahu tuntut kerugian dan mahu dia jawab. Siapa lagi yang mahu bayar ganti rugi kepada peniaga yang miskin ini?" kata presidennya Mohd Ridzuan Abdullah.

Ikhlas adalah kumpulan peniaga yang sama yang berdemo di hadapan Kompleks Pertama 5 Mei lalu menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga.

Sajak : Bersih 3.0

Di Senja Menanti Keranda
Bertabur Dihalaman Mahligai Rakyat
Pertiwi Berlumuran Darah Bersih
Merdeka Dikubur  Hidup Bernyawa
Bangsa Digadai Seperti Keldai Kayu
Airmata Mengalir bertempur Baju Merah Biru
Genggam Kuku Besi Berpolitik Kusta
Gading Gajah Dijadi Tongkat Dacing
Bermimpi Tak Patah Tulang Belakang
Batu Nisan Dihadiah Insan Tak Salah….
Rakyat Jelata Tak Akan Berdiam Diri
Wayang Kulit Ditaja Tok Dalang Solo
Kata Karut Ditekan Waktu Tidur
Rakyat Bisik Jangan Cuba Lagi !
Adil Roket Menuju Bulan Purnama
Amboi Wira Bersih Ternama …..
Duduk Bantah Pelusuk Benua !


Maruthan
Bt. 27, Jalan Rawang
Bestari Jaya

YB Nurul Izzah: Tugas kerajaan bukan mengkayakan kroni-kroni!

Tarik balik RUU p'raya adalah kemenangan rakyat


KUALA LUMPUR, 10 Mei: Tindakan kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 adalah kemenangan rakyat yang menyemarakkan perhimpunan Bersih 3.0, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar).

"Ini adalah kemenangan rakyat. Tindakan kerajaan menarik balik  rang undang-undang itu adalah hasil kejayaan langsung rakyat yang menjadikan perhimpunan Bersih 3.0 benar-benar satu perhimpunan raksaksa.

"Umno dan Barisan Nasional (BN) terkejut sungguh dengan ratusan ribu rakyat yang keluar duduk dan bantah," katanya.

Dengan pelbagai tindakan ganas yang dilakukannya ke atas perhimpunan-perhimpunan aman rakyat sebelum ini, kerajaan Umno BN sama sekali tidak menyangka Bersih 3.0 menjadi salah satu perhimpunan yang terbesar dalam sejarah, kata Mahfuz.

Felda Selasih TRG : Bukti Keuntungan pertama FGVH

Ini bukan cerita rekaan.
Peneroka Felda Selasih telah mengadu mereka dipaksa tandtangan setuju dengan pajak tanah sawit.
Dapat duit durian runtuh RM 15,000.00 aje.
Itu duit kami sebenarnya kerana pajak tanah sawit.
Mengapa sikit?
Mengapa kami tak diberitahu isi perjanjian yang sebenar?
Kata mereka lagi penyata kira-kira pembayaran balik hutang kepada felda tiada.,
pengurus Wilayah senyap bila ditanya?
Tanya mereka lagi mengapa hutang kami masih banyak RM 80,00.00 lah RM 90,000.00 lah.
Tandatangan pinjaman bank pula tak tahu berapa pinjam.
Interest pula 5%.
Duit pinjam langsung tak dapat tengok.
Rugi peneroka tanggung sendiri.
Sejarahnya peneroka Selasih adalah UMNO tegar yang dipilih dari Daerah Besut.
kasihan mereka UMNOGK buat mereka macam hamba.
Ugut selalu.
Moga Allah beranikan mereka keberanian tukar kerajaan nanti
Tukar muka jahat kat bawah
 1 hentam peneroka seMalaysia
Maka mungkin terjadilah macam Melaka dulu gah kini hampeh.
Kalau elok baguslah.
Tapi guruh dilangit takkan air dalam tempayan dicurahkan awal-awal lagi?
Nanti hujan tak jadi panas terik sepanjang hari pulak.

‘Middle’ voters the kingmakers



Lim Mun Fah, Sin Chew 
A dramatic change in the country’s political ecosystem after the March 2008 general election is that partisan lines are getting more and more distinct, and the so-called “middle” voters are increasingly being obliterated or becoming indistinguishable.
What do we mean by middle voters? Theoretically they are the voters indecisively roaming between various camps, neither leftist nor rightist, neither conservatives nor liberals. They will not be swayed by ideologies and are not politically inclined towards one side or another.

Penyenaraian: Peneroka berisiko hilang tanah

Tinjauan: 49% sokong BN di peringkat Pusat..!!!

azlanHampir separuh daripada rakyat Malaysia akan mengundi BN dalam pilihan raya umum akan datang, menurut dapatan daripada tinjauan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaysia (UMCEDEL).

Ia sekali gus menunjukkan laluan berliku untuk Pakatan Rakyat untuk merampas Putrajaya dan peranan golongan atas pagar memainkan peranan besar menentukan kemenangan parti bertanding.

Sementara pelbagai dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat sokongan meluas dengan hampir dua pertiga responden memihak kepadanya.

Tinjauan mendapati, di peringkat persekutuan, BN mendapat sokongan 49 peratus, Pakatan 21 peratus manakala 30 peratus lagi tidak pasti.

Stop mocking the rakyat’s desire for Free and fair elections



Nurul Izzah Anwar
While we should welcome the government’s withdrawal of amendments to the Election Offences Act, we must be cognizant that the said amendments should not have been tabled so hastily nor bulldozed through Parliament in the first place.
This sudden but among the many about-turn decisions by the Najib administration not only demonstrates the sheer incompetence of a government lacking a reform legislative agenda but appears more likely to be a calculated move, making a mockery of the rakyat especially in light of the Bersih 3.0 demands and rally.

Masalah pendatang asing Sabah; media kroni ditutup mulut?


KUALA LUMPUR, 10 MEI – DAP mempersoalkan tentang laporan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dipersetujui Kabinet 8 Februari lalu untuk menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah tidak disiarkan dalam mana-mana media arus perdana semalam.
Menyifatkan perkara ini sebagai suasana tidak sihat terhadap kebebasan media di Malaysia, Ketua  Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, isu adalah satu persoalan yang berhak dijelaskan kepada rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia.
Menurutnya, berita penting itu langsung tidak mendapat liputan dalam semua media arus perdana Malaysia kecuali akhbar The Sun dan laman web The Star. Yang menyiarkan penuh hanyalah beberapa portal internet seperti Malaysiakini dan FreeMalaysiaToday.

Hanif berat sebelah, BERSIH 3.0 bakal dimangsakan


KUALA LUMPUR, 10 MEI: Perlantikan Tun Hanif Omar – yang mendakwa Bersih 3.0 didalangi oleh komunis dan mahu menimbulkan kebencian terhadap polis – sebagai Pengerusi Panel Penasihat Bebas untuk menyiasat perhimpunan Bersih 3.0 telah menimbulkan keraguan terhadap integriti, kepercayaan dan kredibiliti hasil siasatannya.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, sebagai bekas ketua polis negara, Hanif tidak sepatutnya menjadi ahli panel siasatan, apatah lagi mengetuainya, atas sebab konflik kepentingan.
Katanya, ini adalah kerana pihak yang dituduh melakukan keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu adalah pihak polis sendiri.

Hanif tidak dapat selesai isu keganasan polis


KUALA LUMPUR, 10 Mei: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) melihat pelantikan Tun Hanif Omar mengetuai panel bebas bagi menyiasat insiden keganasan dalam Bersih 3.0 serta menolak tawaran pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai tindakan yang tidak bijak serta cuba menutup keburukan diri.

Timbalan Ketuanya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, kerajaan seolah-olah merasa bimbang jika banyak tembelang mereka yang cuba disembunyikan dari pengetahuan umum akan pecah satu persatu jika mereka terima tawaran PBB dan dalam masa yang sama mereka dengan tergesa-gesa pula melantik panel yang diketuai oleh individu yang dipertikaikan ramai pihak.

PBB selar, kata tak lulus ‘gas pemedih mata’


KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menafikan bahawa badan antarabangsa tersebut terlibat dalam ‘meluluskan’ senjata seperti gas pemedih mata sebagai reaksi kepada dakwaan kerajaan Malaysia bahawa gas pemedih mata yang digunakan dalam Bersih 3.0 adalah diluluskan PBB.

“PBB tidak menetapkan piawai antarabangsa terhadap sebarang jenis bahan iritasi, atau meluluskan ‘CS Gas’ sebagai bahan pengawal rusuhan,” kata Dr Lin Mui Kiang, penyelarasan pakar PBB bagi Malaysia.

Beliau merujuk kepada satu laporan oleh akhbar milik MCA, The Star yang memetik Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Persenjataan), ACP Syed Mustafa Raja Syed Nordin sebagai mempertahankan penggunaan gas pemedih mata, bom gas pemedih mata, kanister gas pemedih mata dan semburan lada di perhimpunan Bersih 3.0.

‘Isu Bapa Kafir’: Umno rosakkan pemikiran pegawai kerajaan, kata Khalid

SHAH ALAM, 10 Mei — Kerajaan Datuk Seri Najib Razak dituduh telah merosakkan pemikiran pegawai-pegawai kerajaan dengan menanamkan kebencian dalam pemikiran mereka terhadap pembangkang, kata Khalid Samad.
Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, kenyataan yang dikeluarkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor yang menuduh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai “Bapa Kafir” jelas menunjukkan Umno telah menanamkan perasaan kebencian yang mendalam terhadap pembangkang sehingga dilihat sebagai musuh negara.
“Pemikiran pegawai-pegawai kerajaan telah dirosakkan oleh Umno untuk membenci pembangkang  hingga mereka tidak boleh bertindak dengan sejujur-jujurnya.
“Kenyataan Tan Sri Rahim Nor yang menuduh Nik Aziz sebagai bapa kafir jelas menunjukkan bukti Umno menanamkan kebencian terhadap pembangkang di kalangan pegawai-pegawai atasan hingga dianggap sebagai musuh negara,” tegasnya dalam sidang media pejabatnya di sini.

Besok perayaan ulang tahun UMNO, walaupun UMNO itu sudah tiada

Dengar khabarnya UMNO akan ‘celebrate’ ulang tahun yang ke 66 besok dengan perhimpunan ahli parti yang besar-besaran. Katanya UMNO berumur 66 tahun besok, 11 hb Mei. Upacara sambutan besaran-besaran ini akan menjadi seperti pelancaran untuk menghadapi pilihanraya yang bakal diadakan sekejap sahaja lagi.

Saya lebih tertarik jika UMNO hanya mengadakan doa selamat besar-besaran untuk UMNO yang telah mati itu bukannya merayakan hari lahirnya. Parti itu telah mati dan semua orang tahu siapa yang merancang kematiannya dan kenapa kematian UMNO itu amat perlu bagi seorang pemimpin pada tahun 1988 dahulu. Tidak payah diulangi lagi kerana blog inilah yang telah mengulangi kejadian itu berpuluh-puluh kali sebelum ini. UMNO sekarang sepatutnya merayakan ulang tahun yang ke 24 sahaja kerana itulah umur sebenar parti UMNO yang sekarang ini.

Panduan kepada peserta Bersih yang diburu polis

KUALA LUMPUR 10 Mei: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menggariskan panduan kepada peserta Bersih 3.0 yang diburu polis. Berikut seperti di bawah:
1. Anda dinasihatkan tidak panik sekiranya dipanggil polis untuk disoal siasat atau membantu siasatan.
2. Anda juga dinasihatkan tidak melawan polis.
3. Dapatkan nama pegawai, balai polis dan nombor pegawai yang menghubungi anda.
4. Hubungi peguam atau Suaram untuk mendapatkan nasihat guaman.
5. Tanya sebab-sebab anda ditangkap.
6. Tanya balai polis mana anda akan dibawa.
7. Anda ada hak untuk berhubung dengan peguam dan beritahu polis anda hanya akan beri keterangan dengan kehadiran peguam (jika ada peguam).
8. Anda hanya perlu memberi nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.
9. Jika merasakan jawapan anda boleh mendedahkan kepada apa-apa pertuduhan jenayah atau penalti (di tempat kerja atau tempat belajar), anda berhak berdiam diri. Anda boleh berkata: “Saya guna hak untuk berdiam diri di bawah seksyen 112 (2) Kanun Acara Jenayah” atau “Saya akan menjawabnya di Mahkamah”.
Pihak yang patut anda hubungi untuk mendapatkan khidmat nasihat perundangan adalah:
Suaram
1. Pejabat: 03 77843525
2. Nalini: 019 3758912
3. Theva: 013 3845740
Peguam
Fadiah: 03 7960 4537

Pelantikan Hanif untuk menutup kebenaran keganasan polis

Adakah pelantikan Tun Mohammad Hanif Omar itu akan mengaburkan kebenaran keganasan polis atas peserta yang berhimpun secara aman, menutup penderitaan mangsa-mangsa ataupun menjadi alasan untuk mewajarkan penipuan BN bahawa Bersih 3.0 merupakan cubaan menggulingkan kerajaan.
Pelantikan mantan Ketua Polis Negara itu sebagai Ketua Panel Penasihat Bebas untuk menyiasat insiden keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0 menimbulkan kebimbangan rakyat dan persoalan sama ada siasatan ini akan mengaburkan kebenaran keganasan polis atas peserta yang berhimpun secara aman, menutup penderitaan mangsa-mangsa ataupun menjadi alasan untuk mewajarkan penipuan BN bahawa Bersih 3.0 merupakan cubaan menggulingkan kerajaan.

Penyenaraian FELDA : Dokumen misteri mulai tersebar..

Semalam, ketika upload satu gambar yang juga adalah salah satu dokumen yang terkandung dalam 66 [ atau 88, kurang pasti berapa helai sebenarnya ] dokumen perjanjian peneroka felda dengan felda, terdapatlah beberapa individu2 yang agak bangang memberikan komen bahawa dokumen tersebut adalah ;

1. Fitnah.

2. Rekaan sendiri. Aku cipta guna word.

3. Takde bukti itu dokumen benar.

4. Tipu

Aku mula2 cuba gak bersabar. Tapi last2 aku dah hilang sabar bila terdapatnya individu BANGANG yang cakap nak REPORT polis sebab aku upload dokumen tersebut. Dia nak report yang aku rasa alasannya sebab sebarkan dokumen palsu. Apa lah bangang sangat manusia tue. Korang boleh lihat kisah selanjutnya disini.

Pasca Perhimpunan Bersih 3.0

Pasca Perhimpunan Bersih 3.0 - Situasi Sebelah Petang

Pasca Perhimpunan Bersih 3.0 - Situasi Sebelah Pagi

Pasca Bersih 3.0 : 4 lagi peserta perhimpunan ditahan

KUALA LUMPUR - Polis menahan empat lagi peserta perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) disokong pembangkang, yang gambar mereka disiarkan di dalam media menjadikan jumlah keseluruhan 16 yang ditahan sehingga awal pagi ini.
Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7A, IPK Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Aziz ketika dihubungi Bernama berkata empat peserta yang ditahan masing-masing berusia antara 20 dan 50 tahun.
"Keempat-empat mereka ditahan di lokasi berasingan antaranya di Pulau Pinang, Seremban, dan Batu Pahat," katanya.
Beliau berkata keempat-empat peserta perhimpunan itu ditahan di Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan terbabit dalam insiden kekacauan pada 28 April lepas.
Sebelum ini, media melaporkan daripada 141 gambar yang disiarkan dalam media, hanya 12 ditahan dan daripada 12 orang itu, lapan telah didakwa sementara empat lagi dibebaskan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah mengesahkan penahanan berkenaan namun enggan mengulas lanjut. - Bernama

Penyamar Peserta BERSIH 3.0, Cuba Perhatikan Gambar Ini




 


Klik untuk besarkan imej.

P/s: Kerajaan TIDAK kemaruk nak siasat kumpulan ini? Baru kita tahu siapa yang kantoi!

Guan Eng: How can Hanif be considered 'neutral' - Najib is clearly desperate!

Guan Eng: How can Hanif be considered 'neutral' - Najib is clearly desperate! The appointment of former inspector-general of police Tun Mohamad Hanif Omar to head of the independent panel to probe incidents of violence during the Bersih 3.0 rally has raised deep public concerns that the investigation will either be a whitewash of police brutality on peaceful demonstrators, a massive cover-up of the sufferings of the victims or a pretext to justify BN’s wild lies that Bersih 3.0 was a coup d'état attempt.
Hanif, who is now Genting Malaysia Bhd Deputy Chair, had claimed that communist sympathizers were involved in the Bersih 3.0 rally, and supported Prime Minister Najib Abdul Razak's claim that the Bersih 3.0 rally was an attempt to overthrow the government. Hanif further stated that the tactics of using provocateurs to cause the demonstrators to clash with police and to bring children along in the hope they would get injured were tactics learnt from past pro-communist demonstrations.

Pasca Bersih 3.0 : Timbalan Ketua Cabang Batu Pahat ditahan polis

olis

Saharulnizam sebelum dibawa ke IPD Dang Wangi semalam.
KUALA LUMPUR 10 Mei: Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Batu Pahat, Saharulnizam Harun ditahan polis di bawah Seksyen 440 Kanun Keseksaan di rumahnya jam 6.39 petang semalam.
Menurut Ketua Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali, Saharulnizam telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk siasatan lanjut, dan akan ke mahkamah hari ini.
Tangkapan ini dipercayai kerana penglibatan beliau dalam himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

BROOM : Cerita anak peneroka tentang saham FGVHB

Seorang anak peneroka berasal dari Johor kini menetap di Papar Sabah menghantar email kepada saya untuk berkongsi cerita mengenai nasib peneroka yang dikejutkan oleh pengumuman pemberian “durian runtuh” dan saham FGVHB oleh Najib Razak kelmarin.

Terima kasih kepada sdr MS, (saya rengkaskan namanya). Memang apa diceritakan MS mengejutkan dan sedap untuk mendengarnya.

Kita yang bukan anak peneroka ini tidak akan mengetahui kisah yang hendak dikongsikan oleh MS ini. Kita bernasib baik dengan adanya kisah ini.
Ikutilah kisah yang hendak dikisahkan itu semoga ia menginsafkan kita semua.

Pasca Bersih 3.0 : Sudahlah dibelasah, nak solat tidak dibenarkan


SHAH ALAM, 10 Mei: Ahmad Shukri Kamarudin, 22, memberitahu beliau bukan sahaja dibelasah dengan teruk sehingga mendapat kecederaan di muka tetapi tidak dibenarkan untuk menunaikan solat.


Ahmad Shukri yang ditemui Harakahdaily turut menyatakan pada hari kejadian himpunan Bersih, beliau telah ditangkap pada jam 7 malam di sekitar Masjid India.

Namum ketika itu beliau sedang berehat serta tidak mempunyai apa-apa bukti yang mengatakan beliau menyerta himpunan tersebut, malah ketika itu sudah ramai orang awam datang untuk membeli belah di kawasan berkenaan.

Mahathir selar Marina, apa keganasan polis?


KUALA LUMPUR, 10 Mei: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyelar tulisan anak perempuannya Datin Paduka Marina dalam akhbar The Star yang mengecam keganasan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0.

Tulisan terbaru Marina di kolumnya Musings, beliau berkata situasi kini kedua-dua pihak saling salah-menyalahkan dalam insiden keganasan ketika Bersih 3.0.

“Tapi keganasan itu, terutamanya daripada mereka yang sepatutnya melindungi kita susah untuk dinafikan, apatah lagi dengan beribu video, gambar and saksi kejadian. Saya turut terbinggung sebentar atas hal ini. Bagaimana polis bertukar daripada tidak berbahaya kepada ganas tanpa alasan tertentu,” tulis beliau.

Hanif prejudis, bagaimana boleh ketuai panel bebas?


KUALA LUMPUR, 10 Mei: Sebagai mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammad Hanif Omar seharusnya dikecualikan daripada menjadi ahli panel siasatan atas sebab konflik kepentingan kerana yang dituduh dalam kes Bersih 3.0 adalah pihak polis.

“Kedua, dengan mengutuk Bersih secara terbuka, prejudis Hanif yang berat sebelah juga harus mengecualikannya daripada panel tersebut,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar).

Justeru, ujarnya perlantikan Hanif sebagai ketua panel penasihat bebas untuk menyiasat insiden keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0 telah menimbulkan kebimbangan rakyat dan persoalan sama ada siasatan itu akan mengaburkan kebenaran keganasan polis atas peserta yang berhimpun secara aman, menutup penderitaan mangsa-mangsa ataupun menjadi alasan untuk mewajarkan penipuan BN bahawa Bersih 3.0 merupakan cubaan rampasan kuasa.

Blogger: Hanif p'si, Rahim timbalan, Musa setiausaha


(Haniff, Rahim dan Musa dicadangkan memimpin penal siasatan Bersih 3.0)

KUALA LUMPUR: Seorang blogger mencadangkan agar bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor menjadi timbalan pengerusi panel siasatan Bersih 3.0 manakala Tan Sri Musa Hassan pula setiausahanya.

Abu Bakar Rashid melalui blognya, Penarik Beca membuat cadangan itu ekoran pengumuman kerajaan Haniff sebagai pengerusi penal siasatan itu.

Najib tidak lena tidur dengan Bersih 3.0


KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mendakwa Perdana Menteri Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak kini tidak lena tidur lantaran berdepan isu Bersih 3.0 28 April lalu.

Ini kerana beliau tidak menduga jumlah orang keluar (menyertai Perhimpunan Aman Bersih 3.0 itu) begitu ramai hingga mencecah bilangan 300 ribu orang.
(Nik Amar menyampaikan sumbangan CSR kepada salah seorang penerima dengan diperhatikan CEO PMBK)

“Jadi ketakutan dia menghadapi kesedaran dan kebangkitan rakyat inilah menyebabkan dia menganggap ini (himpunan Bersih 3.0 itu) adalah usaha untuk menggulingkan kerajaan," katanya.

Panel Bersih 3.0: Hanif wajar undur cara terhormat


KUALA LUMPUR, 10 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menolak sekeras-kerasnya perlantikan Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel bebas bagi menyiasat dakwaan insiden kekasaran dan keganasan pihak polis terhadap peserta himpunan aman Bersih 3.0 baru-baru ini.

Perlantikan beliau dan 5 orang lagi ahli panel diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin semalam.

Justeru, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa Hanif bukanlah orang yang paling  sesuai untuk mengetuai panel itu.

“Ini disebabkan beliau sendiri merupakan mantan Ketua Polis Negara dan berkemungkinan berlaku ‘bias’ terhadap sesi siasatan bebas tersebut,” kata Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) kepada Harakahdaily.

SPR jarakkan diri dengan kuning BERSIH..ha..ha...SPR tukar warna..!!!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menukar warna kuning yang menjadi warna rasminya dalam pilihan raya umum akan datang untuk menjarakkan dirinya dengan BERSIH yang menggunakan warna sama.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar membuat pengumuman dalam sebuah majlis selepas didesak peserta bagi melakukannya.

"Kita akan pilih warna yang berkecuali. BERSIH sudah huru harakan negara dengan warna kuning," katanya.

Bersih 3.0 : Tun Hanif Omar 'kurang sesuai' jadi pengerusi panel


Saifuddin: Tun Hanif Omar 'kurang sesuai' jadi pengerusi panel SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menyambut baik pembentukan Panel Penasihat Bebas enam anggota bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan berikutan penganjuran Bersih 3.0 di ibu negara bulan lalu.
Bagaimanapun kata Saifuddin, beliau melihat pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel itu "kurang sesuai."
"Saya amat menghormati Tun Hanif. PDRM berada di zaman kegemilangannya semasa beliau Ketua Polis Negara. Menjadi ahli panel, sesuai. Tapi sebagai Pengerusi Panel, kurang sesuai kerana ia (turut) melibatkan siasatan ke atas tindakan polis (semasa Bersih 3.0)," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan hari ini.
Malah katanya, beliau tiada masalah dengan keenam-enam ahli panel, tetapi "cuma  ia akan lebih baik" jika ditambah dengan mereka yang ada rekod baik dalam kerja-kerja hak asasi dan penambahbaikan demokrasi.

Today in History for Wednesday, May 10th

Anwar Ibrahim: Enough of Arrogance & Corruption, Give Back The People Their Right

Negaraku & Ibu Pertiwiku (Sarawak) Di Rumah Panjang

Fitnah Zul Nordin : Ibrahim Libya mati sia sia....

Lagi Umno Tanjong Karang Jual Lima Bidang Tanah Anugerah Kerajaan Negeri

SHAH ALAM, 8 MEI: Umno Tanjong Karang didakwa menjual lima lagi bidang tanah di Tanjong Karang yang telah dianugerahkan kepadanya oleh Kerajaan Selangor Umno-BN yang dulu.
Pendedahan terbaru ini sekaligus menjadikan sebanyak tujuh bidang tanah yang telah dianugerahkan kepada Umno Tanjong Karang oleh kerajaan negeri Umno-BN terdahulu.
Tanah-tanah ini kemudiannya dijual kembali bagi membolehkan parti itu memperolehi keuntungan mudah.

BERSIH 3.0: PROVOKASI POLIS BALING BOTOL

Menang sorak kampung tergadai, FGV Memiliki Tanah Peneroka Dengan RM15 Ribu Jer..!!!

http://3.bp.blogspot.com/-PEvJBRTwGa8/T6nqVk0WwQI/AAAAAAAAEzo/1DPWmHM136w/s1600/Surat_Peneroka_tanggung_kerugian.jpg

Adakah berbaloi gula-gula one off seperti ini? Berapa lama lagi BN nak bermain politik dengan taktik lama untuk mendodoikan rakyat agar terus menyokong mereka?

Atau ini dilakukan untuk 'menutup mulut' peneroka agar jangan mempersoalkan keghairahan Kerajaan menyenaraikan Felda Global Venture di Bursa Malaysia? Penipuan mereka melalui 7 buah Bank iaitu CIMB,BIMB,Maybank, OCBC, Am Islamic Bank, Muamalat dan Affin Bank yang diperalat membiayai pinjaman tawaran saham FGVH sangat ketara. Borang pinjaman yang dikosongkan jumlah pinjaman, interest 5 peratus, borang dalam bahasa Inggeris, tidak ditaklimatkan isi kandungannya dan tidak dinyatakan risiko kerugian seperti 'Surat Tanggung Kerugian' adalah antara penipuan dan pengkhianatan kepada para peneroka!

Mana Kad Laporan Prestasi Wakil Rakyat UMNO BN?

Bagaimana prestasi Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia setakat ini?
Adakah kita lupa bahawa sejak dari zaman Tun Mahathir, Pak Lah hinggalah Najib, mereka sendiri yang telah memperkenalkan Key Performance Index atau KPI terhadap seluruh wakil rakyat Barisan Nasional.
Katanya, akan disiarkan setiap 6 bulan sekali, namun hingga kini, satu laporan pun tidak pernah diumumkan kepada rakyat. Sedangkan, setiap bulan dan setiap tahun, kita terus membayar pelbagai jenis cukai kepada pihak kerajaan.
Namun, dalam tempoh itu, pihak kerajaan juga tidak pernah cuai nak mengutip hutangnya kepada rakyat. Beginilah bentuk kerajaan yang kononnya mengutamakan pencapaian dan mendahulukan rakyat.
Malah, gaji dan elaun Pak Menteri dan semua wakil rakyat terus mereka nikmati. Tetapi rakyat masih tidak tahu, apakah hasil kerja yang dibuat oleh wakil rakyat ini. Apakah kabinet Najib sedang tidur atau sedang sibuk melobi untuk menjadi calon pilihanraya?

PASCA BERSIH 3.0: Haniff Omar Sudah Berat Sebelah!


Tindakan Hishamuddin Hussein melantik Haniff Omar sesuatu yang sangat tidak masuk akal.

Apatah lagi dengan kenyataannya bahawa Bersih kununnya didalangi unsur komunis dan subversif padahal ia hanyalah gerakan untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil dengan mengambil kira lapan tuntutan yang diminta!

Maka tepatlah kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menganggap pelantikan Tun Hanif Omar sebagai ketua panel siasatan bebas menangani perhimpunan Bersih 3.0 adalah tidak sesuai sama sekali.

Pasca BERSIH 3.0: Jangan Hilang Fokus Terhadap 8 Tuntutan Bersihkan Pilihanraya


Fokus 8 tuntutan Bersih, abai putar belit media

KUALA LUMPUR, 8 Mei: 14 badan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong Bersih 2.0 meminta semua pihak kembali fokus kepada lapan tuntutan Bersih dan tidak melayan putar belit media arus perdana.

Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Nahar Md Nor berkata, media seharusnya membantu Bersih 3.0 memastikan lapan tuntutan dilaksana, bukan mengalihkan isu.

"Jika ada keganasan polis atau ada peserta bertindak ganas, itu jelas perlu dilakukan siasatan bebas tapi isu yang kita nak bawa iaitu lapan tuntutan, tidak boleh hilang fokus.

‘Big businesses deserting Umno’

Umno corporate chieftains fearful of the inevitable are selling off their businesses on the quiet.

Bersih 3.0 has struck unimaginable terror in the Umno and its corporate potentates.
There is a sense of nervousness, increasingly and dreadfully alarming that has forced corporate chieftains to regularize their business interests.
1MDB buys over Ananda Krishnan’s power generation business at an astronomical price tag – obviously the price tag has been Umnonised.
The corporate potentate then sells off a sizeable portion of his oil and gas business ( Bumi Armada).
Other corporate chieftains are doing the same on the quiet side.

PAS tolak penubuhan panel siasatan Bersih

Mahfuz berkata Suhakam merupakan pihak yang sepatutnya melaksanakan siasatan ke atas insiden Bersih 3.0. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 10 Mei — PAS menolak penubuhan panel bebas menyiasat insiden keganasan Bersih 3.0 pada 28 April lalu kerana melihat ianya hanyalah helah menutup kesalahan kerajaan sewaktu menyuraikan peserta perhimpunan Bersih 3.0 Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, kerajaan seharusnya menggunakan badan bebas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bagi menyiasat insiden keganasan sewaktu Bersih 3.0 tempoh hari memandangkan kerajaan telah memberikan peruntukan yang besar terhadap badan tersebut.

Kelantan mula bina lebuh raya KB-KK akhir bulan ini

KOTA BHARU, 10 Mei: Pembinaan Lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai sejauh 73 kilometer yang tergendala sebelum ini bakal dibina akhir bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata sebanyak RM200 juta diperuntukkan untuk pembinaan yang merangkumi tiga fasa itu.

Beliau berkata demikian kepada media dalam sidang medianya semalam.

Husam bagaimanapun berkata, tarikh pecah tanah untuk pembinaan lebuh raya ini akan diputuskan dalam tempoh dua hari ini.

Beliau juga turut memberitahu, kerajaan Kelantan telah menerima cadangan dari pemaju untuk membina lebuh raya berkenaan dan cadangan itu telah disemak dan dinilai oleh sebuah jawatankuasa.

TG Haji Hadi : Kuala Berang

Batang Kali Massacre: Family members just want to know the truth

(left to right) Lim Ah Yin, Loh Ah Choi and Chang Koon Ying travelled all the way to the UK to attend the court hearing.
LONDON, May 9 — Since 1948, the official line on the Batang Kali Massacre during the Malayan Emergency has always been that the 24 men gunned down were communists and “bandits”, or sympathisers, and that it was necessary to shoot them to prevent their escape. Consequently, so much attention has been focused on trying to ascertain whether the villagers did, in fact, try to escape (it is largely accepted they did not) that the larger picture is often missed. No one has stopped to ask, so what if they had tried to escape? Would that make their killings lawful?

Bersih 3.0: Satu Komentar

TAHNIAH kepada Penganjur BERSIH 3.0 kerana berjaya mengadakan suatu demonstrasi raksasa terdiri daripada pelbagai kaum, di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, pada 28 April 2012. Demonstrasi ini adalah suatu manifestasi kemarahan rakyat pelbagai kaum terhadap kerajaan Barisan Nasional kini. Kemarahan ini bukan sahaja berpunca daripada persoalan integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malah juga ekoran daripada banyak faktor-faktor lain yang sudah pun diketahui umum. Kemarahan rakyat bertambah-tambah lagi apabila media massa kerajaan BN mempermainkan isu liwat, seks dan videonya sekali dan isu SGVT yang kebenarannya ditolak oleh rakyat pada umumnya.

Isu air: MB mahu Pusat akur titah Sultan Selangor


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akur dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya isu air tidak dipolitikkan dan pada masa yang sama mendesak Putrajaya mengambil kira teguran baginda dan melaksanakan segera penstrukturan semula industri pembekalan air.
Merujuk kepada titah Sultan Sharafuddin semalam, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, "justeru, kita mendesak Kerajaan Persekutuan mengambil kira teguran Sultan dan melaksanakan dengan segera penstrukturan semula industri pembekalan air di Selangor seperti yang diperuntukkan oleh Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA) yang membolehkan kerajaan Selangor mengambil alih pengurusan ini."

'Keyakinan Umno rampas Selangor bukan retorik' - Zahid......ha.ha.ha..memang lah yakin ..tipu dulu kini dan selamanya..!!!


'Keyakinan Umno rampas Selangor bukan retorik'
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) beramah mesra bersama Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar (tiga, kiri) dan Setiausaha
SHAH ALAM - Umno akan kembali merampas Selangor dari penguasaan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan keyakinan itu bukan satu "retorik", kata Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Zahid berkata, Umno akan merampas semula Selangor dengan sokongan daripada semua pihak - dari peringkat akar umbi sehingga atasan yang ada dalam Umno Selangor.

BROOM : Peneroka digesa tidak jual saham Felda Global...ha.ha.ha..awal lagi dah nak gadaikan peneroka..!!!

KUALA LUMPUR - Masyarakat peneroka digesa supaya tidak menjual saham pegangan mereka dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd, apabila syarikat itu disenaraikan di Bursa Malaysia akhir Jun ini.
Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad berkata, ini bertujuan memastikan peneroka terus mendapat jaminan dari segi pulangan dividen yang bakal
menguntungkan mereka dalam jangka masa panjang.
Bagaimanapun Mohd Isa berkata, Felda tidak mempunyai mekanisme untuk menghalang peneroka sekiranya mereka bercadang menjual saham pegangan masing-masing.

So that the World May Hear

BERSIH 3.0 : Cerita pengalaman dibelasah Polis kpd Presiden PAS

Anwar Ibrahim: Hanya Kamu Ada Kuasa Memberhentikan Korupsi

Anwar Ibrahim: Why Must You Steal Our Land & Our Timber?

Leong Ngah Ngah : Kuala Berang

On the Syrian frontline