Rabu, 9 Mei 2012

Haji Wahid Endut : Kuala Berang

Dato' Mahfuz : Kuala Berang

Khalid Ismath Nafi Tendang Anggota Polis...ia fitnah media..!!

End of the line for Umno’s Running Dog - MIC

End of the line for Umno’s Running Dog - MICThe MIC, a parasite that has grown fat living off the blood, sweat and tears of the Indian poor, is headed for total extinction in the coming General Election. They are unlikely to be able to hang on to even one of their Parliamentary seats.
The MIC is expected to lose badly in Tapah and  Hulu Selangor, and may lose in Cameron Highlands as well. This would spell the end of the MIC, long a synonym for thievery and selling out the Indians.
From poor to bankrupt!
VT Sambanthan, a naïve incompetent, was the first MIC leader to sell out the Indians for his own aggrandizement and a pat on the head from his new Umno masters. Samy Vellu, for 30 long years, under the guise of various dubious schemes, would do his best to part the poor Indians from even their last penny.
Among Samy’s schemes was Maika, which involved taking contributions from gullible Indians (of which there were many) and sharing it out with his family and cronies.

The Corruption of Mahathir?

The Corruption of Mahathir?AS IS WHERE IS BASIS Taxpayers and voters were made to pay for his 'visionionary' expenses enriching selected vendors along the way all paid by taxpayer or rakyat's money. The corruption of Mahathir based on SOROS' REPLY TO MAHATHIR - Adapted from Bangkok Post (Not published locally)
I have always said Dr Mahathir is a menace to his own people. Now only you can see the effects of his foolishness when the ringgit has halved its value overnight and your economy goes kaput. Single handedly you have caused hardship to millions of your own people. You have built useless mega projects at tremendous cost to the country.
The telecoms tower in Kuala Lumpur and the highest building in the world show how stupid you are. Not only does it cause massive traffic jam, it has totally no purpose.

Baru Gua Kenal..Mamat Brutal Nii...





Seorang guru disambut sebagai seorang hero di sekolah ekoran tindakannya  ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu yang mencetus sensasi di laman video Youtube dan laman sosial Facebook.

Toh Chin Hong, 27, bagaimanapun tidak begitu menghiraukan populariti yang diraih.

"Fokus pada 28 April tidak boleh hanya pada satu orang. Ia akan menjejaskan tujuan utama kita iaitu penambahbaikan pilihan raya.

Slogan baru 1Malaysia?: Ku tak rela ku tak redha - "Haramjadah!"

"Ku tak rela, ku tak redha". "Haramjadah!" Nampaknya 1Malaysia semakin gila!

Tidak gilakah namanya apabila seorang Perdana Menteri bercakap sebagai Presiden United Malay National Organisation tiba-tiba tidak rela atau tidak redha peneroka (yakni rakyat) yang tidak bersetuju penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia mengambil apa yang diheboh sebagai ‘Durian Runtuh’?

Bolehkah seorang Perdana Menteri yang bercakap sebagai Presiden United Malay National Organisation menjerit tidak rela atau tidak redha? Bolehkah? Sebab, wang ‘durian runtuh’ itu sebenarnya wang siapa?

The truth about migrants in Malaysia: AND IT'S NOT PRETTY!

The truth about migrants in Malaysia: AND IT'S NOT PRETTY!“Whereas recognition of the inherent dignity and of the equal and inalienable rights of all members of the human family is the foundation of freedom, justice and peace in the world..”: that is the first sentence in the Universal Declaration of Human Rights.
As a member of the United Nations, Malaysia has proclaimed to hold this Declaration to the highest standards, to protect & promote respect for these rights and freedoms, and to actively secure effective recognition of these rights for all persons. “Inherent, universal, inalienable rights” applies, of course, to migrant workers too. It applies to all 2.6 million migrant workers in Malaysia. This is a basic premise that we call on the Malaysian government to accept. Should they not, we ask them, as members of the international community, to explain why.

LET'S GET REAL: Will Najib put in electoral reforms or will he CHEAT?

LET'S GET REAL: Will Najib put in electoral reforms or will he CHEAT?Some 250,000 people gathered for the Bersih 3.0 rally in several parts of the capital on April 28, 2012 clamouring for urgent electoral reforms to be carried out before the next general election. The event saw protests in over 80 cities around the world. They were all focused and united for a mutual cause.
Rally was not hijacked
The aftereffects of the rally in Kuala Lumpur were quite melancholic. More than 500 protesters were arrested and scores injured, including policemen and journalists. Regrettably, UMNO and its media are exploiting the aftermath of this event by orchestrating and side tracking the real issue of concern to all Malaysians – the desire for a clean electoral process.
“The rally was not hijacked by any political party neither was it derailed by any political leaders,” said a medical doctor who took part in the rally.  “The Opposition supported Bersih 3.0 with the same fervour as those Bersih supporters to seek a clean electoral process for the country,” she added.
To rally peacefully is a democratic right of every citizen in the country. The rally would not have turned horrid if the police had restrained from provoking the jovial protestors who were there in good faith.

CAUGHT LYING BY THE UN: From Utusan to NST to the Star, Najib shames M'sia

CAUGHT LYING BY THE UN: From Utusan to NST to the Star, Najib shames M'siaThe United Nations in Malaysia would like to refer to the article published in The Star newspaper on May 7, 2012 titled “Police: Tear gas used at rally safe, UN-approved’.
We very much regret that the UN in Malaysia was not consulted before the publication of this article as it contains serious inaccuracies. The UN has consistently condemned the excessive use of force, including through the use of tear gas.
Please also note that the Office of the UN High Commissioner for Human Rights (OHCHR) and Special Procedures of the Human Rights Council have on various occasions publicly expressed concerns about reliable reports indicating that civilians who died from tear gas suffered complications from gas inhalation, and that security forces have been firing metal tear gas canisters from grenade launchers into crowds.

Pasca Bersih 3.0 : ‘Saya hanya nasihat, tapi saya pula kena pukul'


KUALA LUMPUR: Akibat prihatin terhadap seorang warga emas, Ahmad Nazri Mat Jam, 42, dipukul, diterajang dan dipijak hampir 10 anggota polis ketika perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Beliau yang ketika itu berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, cuba menenangkan sekumpulan anggota polis agar tidak melakukan sebarang kekerasan terhadap warga emas dan kanak-kanak.

Bagaimanapun, tindakannya itu mendatangkan kemarahan anggota polis yang kemudiannya bertindak mengasari beliau hingga terjatuh di jalan raya.

"Ketika itu polis sudah mula mengejar peserta-peserta Bersih 3.0.  Saya nampak beberapa orang tua dan kanak-kanak di situ, dan meminta pihak polis bertenang, sebaliknya saya yang kena," dakwa beliau kepada Harakahdaily.

'Haram jadah'... Inikah bahasa perdana menteri?


KUALA LUMPUR: Di kala ada yang kononnya 'tersandar' selepas mendengar pengumuman durian runtuh oleh Perdana Menteri, namun ada juga yang terkejut dengan 'bahasa kesat' yang digunakan Datuk Seri Najib dalam ucapannya semalam.
(PM ketika menghamburkan kata 'haram jadah' kepada sesetengah peneroka semalam)

Najib dalam ucapannya di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, Pahang semalam dengan nada tegas dua kali mengulangi perkataan 'haram jadah'.

Tolak PBB: Kerajaan sembunyi apa berlaku dalam Bersih 3.0

KUALA LUMPUR 9 Mei: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan Malaysia mungkin cuba menyembunyikan sesuatu berikutan penolakan tawaran pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat apa yang berlaku dalam Bersih 3.0.
Beliau yang menjangkakan keputusan itu tidak pelik kerana kewujudan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sendiri pun dipandang sebelah mata oleh kerajaan.
“Kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) kini semakin diyakini berusaha keras untuk menyembunyi dan melindungi banyak perkara dengan tindakannya mengetepi dan menolak Suhakam untuk menyiasat apa yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu.

Bersih 3.0: Haniff tak sesuai ketuai panel bebas


TEMERLOH, 9 Mei: Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menganggap pelantikan Tun Haniff Omar sebagai ketua panel siasatan bebas menangani perhimpunan Bersih 3.0 adalah tidak sesuai sama sekali.

Katanya, ini disebabkan latar belakang Haniff sendiri sebagai bekas Ketua Polis Negara sedangkan penyiasatan menjurus kepada dakwaan insiden kekasaran oleh pihak polis ketika perhimpunan aman tersebut pada 28 April lalu.

“Lagipun beliau sendiri sudah membuat kenyataan bias sebelum ini mengatakan perhimpunan Bersih mahu menggulingkan kerajaan dan disertai komunis 1970-an.

Media Umno guna isu sensasi untuk tenggelamkan 8 tuntutan Bersih

KUALA LUMPUR 9 Mei: Sekurang-kurangnya 14 badan bukan kerajaan (NGO) kecewa berikutan media arus perdana yang dikawal Umno BN, mereka-reka berita sensasi bagi menenggelamkan lapan tuntutan membaiki sistem pilihan raya di negara ini.
Semua NGO itu – Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), bergabung dalam Bersih.
Wakil Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas), Tan Jo Hann, berkata isu pokok yang dibawa Bersih diputar belit, sebaliknya keganasan polis terhadap orang awam dan media tidak pula dibincang.
“Bersih wujud bukan disebabkan personaliti, menggulingkan kerajaan, komunis yang dimainkan oleh media arus perdana.
“Bersih hanya mahukan tuntutan pilihan raya adil dan bersih. Ia melangkaui parti, agama dan kaum,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pelajar UiTM: Lelaki tendang polis bukan saya

  (Fitnah Utusan)

PETALING JAYA - Pelajar jurusan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Ismath, 22, menafikan gambar seorang individu menendang anggota polis trafik yang disiarkan dua akhbar harian baru-baru ini adalah beliau.
Khalid berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar-akhbar terbabit dalam masa terdekat. katanya pemberita di pejabat Lawyer of Liberty, di sini, sebentar tadi.

"Pada ketika itu saya tidak pernah memiliki atau memakai pakaian seperti ini, dan sepanjang hidup saya tidak pernah memakai pakaian seperti itu. 


"Kalau kita tengok pun kalau orang yang waras tengok secara jelas berbeza dari segi warna rambut, warna kulit dan sebagainya," katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabat Laywer of Liberty di sini, petang ini.

Pilihan raya: Dr M tak setuju batal pindaan


Tun Dr Mahathir Mohamad KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap kerajaan tidak menarik balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya kerana khuatir akan berlaku perkara-perkara di luar kawalan.

"Saya khuatir kalau kerajaan 'withdraw' (tarik balik), macam-macam akan berlaku... kita tak dapat buat apa-apa, pendek kata akan berlaku penipuan yang besar dan tidak ada satu yang boleh kita lakukan.

"Saya harap ini 'rumours' (khabar angin) sahaja dan kerajaan tidak akan tarik balik," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku "Towards World War III Scenario", di Yayasan Al-Bukhary di sini, hari ini.

Pertembungan fatwa di Medan Tahrir

Oleh TG Nik Abdul Aziz

Berarak berakar di Kuala Lumpur, akar ini pula bermula sebagai aktiviti keduniaan. Namun setiap aktiviti di dunia, Islam mengajarnya, pasti pengakhirnya ialah pembalasan di akhirat. Oleh sebab itu, tingkah laku manusia perlu selari dengan prinsip agama yang membolehkannya sampai  ke syurga. Sama sekali ia tidak boleh selari dengan kahidupan yang menjurus ke neraka.

Mengingatkan peristiwa perhimpunan besar  rakyat Mesir di Medan Tahrir Kaherah, ia berlaku dalam keadaan percanggahan fatwa antara ahli jemaah fatwa Mesir dengan pengerusi majlis ulama sedunia, Dr. Yusof Al-Qaradawi. Jemaah fatwa kata tidak boleh berhimpun, sementara Al-Qaradawi kata boleh berhimpun untuk menentang mungkar.


(Perhimpunan di Medan Tahrir, Mesir tanpa restu majis fatwa negara itu)

PKR beri amaran: Hentikan ucapan menghasut dan perkauman

PKR mendakwa seorang penjawat awam dan seorang pemimpin NGO mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan ke atas orang bukan Melayu dalam dua kejadian berasingan di Perak.
ADUN Teja, Chang Lih Kang mendakwa insiden pertama melibatkan penolong setiausaha Majlis Keselamatan Negara (Negeri Perak) Abdul Rahim Abdul Karim dalam satu majlis di Sekolah Kebangsaan Gopeng.

Chang mendakwa, Abdul Rahim menimbulkan kebencian ke atas orang bukan Melayu dalam ucapannya di Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah berkenaan pada 24 Mac lalu.

Amaran : Rahim Noor Perlu Mohon Maaf Segera Kepada Nik Aziz....

SHAH ALAM, 9 MEI : Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor digesa segera memohon maaf kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di atas tohmahan biadap yang dilemparkan.
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, Nik Aziz merupakan seorang ulama, tokoh politik dan ilmuan Islam berwibawa yang dihormati serta disegani setiap lapisan masyarakat.
“Orang Islam mahupun orang bukan Islam menyanjungi pekerti Tuan Guru(Nik Aziz) dan menghormati kegigihan beliau mentadbir Negeri Kelantan selaku Menteri Besar demi kemaslahatan rakyat negeri tersebut.

Di mana laporan tubuh s'jaya siasat pendatang asing Sabah?


KUALA LUMPUR: Tindakan media menggelapkan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bahawa kerajaan bersetuju membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja di atas pendatang asing tanpa izin di Sabah dikecam.

Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Ipoh Timor, Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini berkata, sepatutnya berita itu disiarkan di muka depan media di Sabah khasnya.

Namun, ia hanya disiarkan secara kecil kecilan oleh media tradisional dan dalam media tertentu sahaja.

K'jaan tarik balik RUU pindaan kesalahan p'raya...masa dewan rakyat..mati-mati MP BN pertahankan..!!! tapi flip-flop akhirnya..!!!

Menteri di jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan kerajaan akan menarik balik cadangan pindaan kepada Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 di Dewan Negara esok.

Menurutnya, keputusan itu dibuat jemaah menteri selepas mengambilk kira maklum balas dan bantahan dari pelbagai pihak terhadap rang undang-undang itu.

Keputusan itu juga menurutnya dipersetujui pembangkang dan Suruhanjaya Pilihan Raya selepas satu pertemuan selama sepuluh minit hari ini.

Kajian: Majoriti setuju keluarga Shahrizat bayar semula wang NFC

KUALA LUMPUR: Kajian yang dijalankan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati majoriti dari responden bersetuju agar keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memulangkan semula wang Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada kerajaan.

Daripada 2,282 responden, 66 peratus adalah bersetuju agar wang pinjaman RM250 juta dikembalikan, 29 peratus tidak pasti dan hanya 5 peratus tidak bersetuju.

Hasil kajian juga menunjukkan kesemua bangsa bersetuju bahawa isu skandal NFC telah menjejaskan imej Umno dan memberi gambaran parti itu mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa.

Kajian itu merekodkan Melayu 68 peratus bersetuju ianya memberi gambaran Umno mengamalkan rasuah, Cina 80 peratus dan India 45 peratus.

Selain itu, 48 peratus pula bersetuju isu skandal NFC ini sukar diselesaikan kerana Shahrizat merupakan ketua wanita Umno, manakala 13 peratus tidak setuju dan 35 peratus tidak pasti.

Kajian bagi melihat kecenderungan politik menjelang pilihan raya umum ke-13 itu dibuat pada 13 Mac hingga 15 April di seluruh Malaysia.

Tolak PBB bukti Umno tiru pemerintahan kuku besi Mugabe

KUALA LUMPUR 9 Mei: Keenggananan kerajaan Persekutuan membenarkan pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat keganasan yang berlaku pada Bersih 3.0 membuktikan pentadbiran kuku besi Umno BN.
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution berkata, hanya negara yang mengamal pemerintahan kuku besi menolak pemerhatian institusi yang diiktiraf antarabangsa.
“Seperti Zimbabwe, Presiden Robert Mugabe tidak membenarkan PBB melihat perjalanan demokrasi negara itu. Ia menyebabkan Zimbabwe terasing dari dunia.
“Pemerintahan junta tentera Myanmar juga menutup pintu dari pemerhatian antarabangsa. Begitu juga di Indonesia – Suharto, Filipina – Marcos dan negara Arab lain,” katanya kepada Keadilan Daily hari ini.
Mugabe terkenal sebagai pemerintah zalim yang sanggup membunuh dan menyeksa rakyat termasuk menembak mati pasangan suami isteri selepas membunuh anak lelaki mereka.
Semalam, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menolak tawaran Frank William La Rue dengan alasan orang luar tidak perlu menyiasat kerana Malaysia mampu melakukannya.

Sifat Kebudak-budakan Umno Serlahkan Politik Kotor Parti Itu

KUALA LUMPUR, 9 MEI : Tindakan kumpulan Umno-BN menimbulkan kekecohan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tempoh hari menyerlahkan sikap parti itu sebagai politik lama lagi tua yang gagal berhujah, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.
Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata, keputusannya menyerahkan memorandum yang mewakili 29 pertubuhan lain kepada polis adalah bagi mendesak mereka menahan anggota yang melakukan rusuhan ke atas orang awam semasa perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.
Namun menurutnya, pada hari kejadian, SAMM dimaklumkan beberapa ‘front’ Umno-BN diketuai salah seorang exco pemuda pusat cuba mencipta kekecohan dengan mengganggu proses penghantaran memorandum yang dirancang.
“Ketika menghampiri pintu Bukit Aman, kami diserbu berpuluh-puluh orang Umno-BN yang bertindak memaki hamun. Seperti yang dijangka, polis ‘terpaksa’ akur dan berlembut dengan kumpulan ini kerana mereka semua berlindung di sebalik menteri regim penguasa.

Dulu jutawan peneroka Felda, kini jutawan fakir

Oleh: amkns

"Mungkin generasi kini , generasi Facebook serta Twitter tidak pernah dengan kisah lagenda Pak Kaduk. Kisah ayam Pak Kaduk yang begitu hebat yang tiada tandingannya. Akhiranya ayam milik Pak Kaduk inilah menyebabkan rumah dan tanah Pak Kaduk tergadai, dan lahirlah pepatah Menang Sorak, Kampung Tergadai.

BEKAS JUTAWAN LBJ TAK MAMPU BAYAR BIL API, AIR  

Tidak mampu membayar bil air dan elektrik yang mencecah lebih RM500 sebulan selain cukai tanah melebihi RM1,000 antara faktor segelintir penduduk Kampung Lyndon Ben Johnson (LBJ), Labu di sini, meninggalkan deretan banglo tiga tingkat di kampung itu yang kini menjadi kenangan kekayaan pernah dimiliki bekas peneroka terbabit. 
Tinjauan mendapati hampir 10 rumah dibiarkan terbengkalai manakala 20 yang separuh siap terbiar dengan dengan semak samun. Bekas Ketua Umno cawangan Labu Jaya, Norman Mohd Nor, 66, berkata, dia sedih melihat keadaan itu kerana 504 bekas peneroka kampung terbabit dikenalinya. 
“Lebih menyedihkan, ada antara penduduk kini bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk menampung hidup dan ada yang bergelap dalam rumah mewah itu kerana tidak mampu membayar bil elektrik,” katanya. 

Nazri: Pengerusi SPR bukan lagi ahli Umno...ha.ha..sejak bila ahli UMNO memperbaharui keahlian setiap tahun..!!!

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kini bukan lagi ahli Umno.

NONENazri berkata, Aziz sendiri memberitahu beliau perkara itu selepas memeriksa status keahlian tersebut dengan cawangan terbabit.
"Pengerusi SPR beritahu saya yang beliau bukan ahli Umno.
"Beliau mengesahkan dengan cawangannya (didaftarkan sebelum ini) yang beliau bukan lagi ahli," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Menurutnya lagi, keahlian tersebut tidak lagi disambung selepas Aziz gagal memperbaharui keahlian selepas mendaftar buat pertama kali.

‘BN cronies causing disharmony in longhouses’

An age old Dayak adat of choosing a Tuai Rumah by common consensus thus ensuring harmony within the longhouse is now severely compromised by BN's corrupt cronies.
KUCHING: The government’s appointment of longhouse chiefs (Tuai Rumah) who are cronies of the elected representatives is driving a wedge among native communities who, in the past, have chosen their own leaders.
The practice goes against the established adat (customs) of the Dayak community and has also wrecked the inherent harmony in longhouses, said Nicholas Bawin, a Sarawak PKR division leader.
Bawin, who heads the party’s Lubuk Antu division, said that he had received several complaints from longhouse residents regarding the issue.
“The elected representatives failed to get the consensus of the longhouse folk in recommending someone to be their Tuai Rumah.

Bersih mampu tumbangkan rejim BN

Oleh HARIS ZALKAPLI

Debat tentang Bersih antara kumpulan pembangkang dengan pemerintah kini tertumpu pada dakwaan agenda protes berwarna tema kuning ini untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dilaporkan mendakwa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu bertujuan menjatuhkan kerajaan, dakwaan sama yang juga dibuat oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Hanif pengerusi panel penasihat bebas Bersih 3.0.....!!! ha.ha.ha.. 2 X 5......5 X 2 = 100..!!!

Bekas ketua polis negera Hanif Omar dan enam kenamaan lain telah dilantik untuk menyiasat kejadian rusuhan semasa perhimpunan Bersih 3.0 minggu lepas.
PUTRAJAYA: Kerajaan hari ini mengumumkan pelantikan enam anggota Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan di Kuala Lumpur berikutan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lepas.
Mereka terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara Hanif Omar selaku pengerusi panel, bekas Ketua Hakim Borneo Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew, Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Medan Abdullah, dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

Citizen backlash keeps Malaysia rare earth plant on hold

Residents display placards to protest against the construction of the Lynas earth plant in Gebeng, during the "Green Gathering 2.0" event in Malaysia's town of Kuantan, 250 km (155 miles) east of Kuala Lumpur, in this February 26, 2012 file photo. — Reuters pic
GEBENG, May 9 — The expensive machinery lies silent, idling as Malaysia's government weighs a delicate decision to allow shipments of raw material to arrive from Australia and finally start operations at the world's largest rare earths plant outside China. At the industrial estate on the country's east coast, 20 or so protesters gathered in the searing afternoon heat have begun a chant. "No to Lynas. Lynas go home!".

"Bapa Kafir": Azmin selar kenyataan Rahim Noor

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan seorang ulama, tokoh politik dan ilmuan Islam berwibawa yang dihormati dan disegani setiap lapisan masyarakat.  Orang Islam mahupun orang bukan Islam menyanjungi pekerti Tuan Guru dan menghormati kegigihan beliau mentadbir Negeri Kelantan selaku Menteri Besar demi kemaslahatan rakyat negeri tersebut.

Sebagai Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tuan Guru merupakan teladan kepada ahli PAS serta menjadi antara rujukan utama kepada Muslim seluruh negara.  Tuan Guru Nik Abdul Aziz (gambar kanan) menampilkan kepimpinan bertunjangkan pesan agama Islam dan menzahirkannya sebagai suatu bentuk dakwah bil hikmah.

Hadi: Hudud hanya dilaksana jika cukup syarat


Datuk Seri Abdul Hadi Awang HULU TERENGGANU - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan
negara.

Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak).

"Bagaimanapun, ia mesti dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.

Xpresi Rakyat ~ tribute to Bersih

Pada tanggal keramat 28 April 2012, telah tercatit satu lagi catatan penting sejarah politik tanah air kita, apabila rakyat sekali lagi berkumpul di tengah Kuala Lumpur dalam menuntut kepada Kerajaan Malaysia supaya diadakan Pilihanraya yang telus,adil dan bersih. Maka perhimpunan aman melalui BERSIH 3.0 digerakkan dengan tema "Duduh Bantah" di Dataran Merdeka telah mendapat sambutan amat hebat daripada rakyat Malaysia dengan ratusan ribu rakyat yang hadir, namun telah mendapat layanan terburuk daripada Kerajaan Malaysia.

Election amendments on the way out

Resistance from both sides of the political divide will see these amendments being dropped in the Senate tomorrow.

KUALA LUMPUR:  Amendments to the Elections Offences Act 1954, which Bersih opposed recently, will be dropped in the Senate tomorrow.
Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Abdul Aziz said this was because two more amendments (to the original three) were added during the current Senate sitting.
This, he said, would have resulted in a “messy” back-and-forth debate between the Dewan Rakyat and the Dewan Negara over the amendments.
Speaking to reporters in Parliament, Nazri said both Barisan Nasional and Pakatan Rakyat politicians had issues with the amendments.
He added that this led to the Cabinet deciding to “abort” the Bill.