Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli PETALING JAYA - PKR mahu kerajaan menubuhkan sebuah tribunal bagi meneliti status Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar masing-masing sebagai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran dakwaan bahawa mereka masih ahli Umno.

"PKR akan menulis secara rasmi kepada (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menggesa penubuhan tribunal ini.

"Surat rasmi ini akan diserahkan secara tangan ke Pejabat Perdana Menteri Khamis ini," kata kenyataan media dikeluarkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan anggota Biro Politik parti itu, R. Sivarasa hari ini.