Khamis, 3 Mei 2012

RM33 juta untuk Wanita Umno: Najib sebagai Menteri Wanita, tolong jawab!

PETALING JAYA: Najib Razak selaku Menteri Wanita perlu menjawab penyelewengan RM3 juta setahun mulai 2001 yang disalur kesemua bahagian Wanita Umno seluruh negara melalui pertubuhan haram Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK).
Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dalam pendedahannya turut membawa bukti surat jemputan Konvensyen MPWK yang diadakan di Dewan Perdana Nur, Menara Kementerian Pembangunan Keluarga & Masyarakat di Putrajaya 23 dan 24 Mac lalu.
“Membiaya aktiviti parti menggunakan wang rakyat adalah satu kesalahan besar. MPWK tidak berdaftar dan merupakan pertubuhan haram.
“Ini merupakan penyelewengan dan salah guna kuasa. Jumlah tersebut belum lagi termasuk lain-lain program di bawah MPWK.
“Jadi, Najib Razak selaku Menteri Wanita yang baru, tolong jawab,” katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, semalam.

Bersih has struck terror in Umno

The most portent information that Bersih provided on April 28 is that people need not fear the regime anymore.

On April 28, the Najib government showed that it feared the people. The “capture” of Dataran Merdeka by ralliers is symbolic because it antecedes the breach of Putrajaya.
Just like Dataran Merdeka, Prime Minister Najib Tun Razak can shout himself coarse and till blue in the face that he is determined to protect Putrajaya at all cost but remember Najib, you can only do that if you kill your own citizens.
Is Najib ready to bloody his hands just as Idi Amin and Mbotu and other third world potentates did?
This is a lesson to Najib. You can’t stop the rising awareness. The age of paying people is over.

Polis ganas, BN rela, rakyat jadi mangsa ?

Oleh Lim Kit Siang
“428” akan menjadi sejarah kepada rakyat Malaysia sebagai salah satu pencapaian negara dalam perjuangan panjang dan berliku rakyat Malaysia menuntut hak demokrasi, keluhuran perlembagaan dan hak asasi manusia seperti mana yang dijanjikan apabila negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu.


  • Di antara pencapaian signifikan perjuangan ini adalah:

Bersih 3.0 !

Oleh Khalid Samad
Perhimpunan Aman Duduk Bantah yang dianjurkan oleh BERSIH 3.0 adalah merupakan program BERSIH yang paling berjaya dari 3 program yang dianjurkan sebelum ini dari segi kehadiran. Adalah dianggarkan bahawa jumlah kehadiran melebihi 250,000 peserta dari berbagai jenis latar belakang, kaum, jantina dan umur .


 Kehadiran sebegitu ramai rakyat Malaysia dalam program tersebut adalah bukti bahawa rakyat berkeyakinan bahawa suatu rombakan adalah perlu dalam sistem pilihan raya Negara sebelum pilihan raya yang bersih dapat diadakan. Ia menggambarkan keadaan di mana rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap ketelusan dan kesaksamaan sistem pilihan raya yang ada. Ia sekali gus merupakan pengisytiharan tidak percaya terhadap kejujuran SPR dan kemampuannya untuk menganjurkan pilihan raya yang bersih.

Belajar Dari Universiti Bersih 3.0

Oleh Muhaimin sulam
1. Tahun 2011, aku tidak join Bersih di Kuala Lumpur. Aku di London dengan berarak dari Kedutaan Malaysia hingga ke Trafalgar Square. Berarak dengan perhatian polis London Metropolitan yang menjaga keselamatan kami. 



2. Tahun ini, aku, Najihah, Nabilah, Hir, Norsi (anak saudara) dan anak-anak remajanya Ajwad dan Haris join Duduk Bantah Bersih 3.0. Norsi ambil Nabilah di UIA. Hir ambil aku dengan Najihah di Hentian Duta. Bertemu di Bangsar dan terus menuju ke Masjid Negara.

Bersih 3.0 : Pengamal Media Mahu Polis Kembalikan Rakaman Video dan Gambar

BANGSAR, 3 MEI: Pengamal media berkumpul di hadapan pejabat Malaysiakini hari sebagai tanda solidariti meluahkan bantahan diatas kekerasan luar jangkaan yang ditunjukkan pihak polis terhadap beberapa wartawan semasa perhimpunan Bersih 3.0  yang belum pernah disaksikan sebelum ini.
Himpunan aman ini mengemukakan tiga tuntutan terutama menggesa pihak polis mengembalikan bahan akhbar seperti gambar dan semua footages yang disita tanpa sebarang perubahan kepada wartawan berkenaan atau organisasi serta membayar ganti rugi sebarang kecederaan dan kerosakkan.
Selain itu juga di tuntut semua pesalah dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan selepas penubuhan panel bebas untuk menyiasat keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0 serta diharapkan tindakan tersebut tidak berulang dimasa depan.

Kewartawanan 'carma' dan polis misai lenting

Pembaca akan bersimpati jika mengetahui perih getirnya tugas polis membanteras jenayah.

Demikian pengalaman mengajar saya sepanjang 10 tahun sebagai wartawan meja jenayah.

Ya, bersimpati, khususnya anggota pangkat rendah yang saban malam bersengkang mata membanteras jenayah.

Mereka tak tidur siang malam, berdepan risiko bagi menangkap penjenayah. Jika gagal, mereka dibambu, diherdik, dihamun dengan kata-kata kesat.

BERSIH dari Aceh sampai Everest

Ribuan rakyat Malaysia berkumpul di Dataran Persekutuan (Federation Square) Melbourne untuk menzahirkan desakan menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di Malaysia.

Hampir 1,500 warganegara Malaysia hadir di dataran tersebut, antara tempat yang terlibat dalam himpunan gerakan Global BERSIH 3.0 di seluruh dunia pada hari Sabtu lepas.

Selain Melbourne, terdapat siri himpunan BERSIH 3.0 di tempat lain, bermula di Auckland dan berakhir di San Francisco.

Kuliah Maghrib bersama Ustaz Syed Mohd Norhisyam

Part6 BN Ketandusan Isu

Part6 BN Ketandusan Isu

Part5 Prinsip Pas Tetap Terpelihara

Part4 Usaha HassanAli Gagalkan Pakatan Rakyat

Part3 Kenapa Jadi Begitu

Part2 Kenapa Hassan Ali Marah

Part1 Siapa Parasit Sebenarnya

Bersih 3.0: polis edar gambar 49 individu bantu siasatan

Solat Sambil DUDUK Dalam KAPAL TERBANG - Ustaz Azhar Idrus

Solat JAMAK Di BRISBANE, Australia - Ustaz Azhar Idrus

Ustaz TEGUR : ZAKAT Pendapatan Di MALAYSIA - Ustaz Azhar Idrus

HAJI Ikut Mazhab MALIKI - Ustaz Azhar Idrus

AQIQAH Dengan AYAM Jantan - Ustaz Azhar Idrus

3 MASJID Dalam 1 Kawasan PERUMAHAN - Ustaz Azhar Idrus

Anak SPASTIK Perlu KHATAN ? - Ustaz Azhar Idrus

ARAK Dalam KAPAL TERBANG Malaysia Airlines - Ustaz Azhar Idrus

WANITA Pakai BAJU Lengan PENDEK - Ustaz Azhar Idrus

Hukum UNDI Pilihanraya - Ustaz Azhar Idrus

Sebab NABI Hijrah Ke MADINAH - Ustaz Azhar Idrus

Sidang Media Pelancaran Himpunan Tanah Rakyat (TANAH)

Himpunan Tanah Rakyat 2

Himpunan Tanah Rakyat 1

Tanah Maruah Rakyat!

Penjelasan Tanah Rizab Melayu oleh YB Dato' Takiyudin

Chegubard Denies Orders Given To Breach Barrier

3,000 pemandu lori kontena mogok, tuntut caj depoh dihapus

PELABUHAN KLANG 3 Mei: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bersama Lembaga Pelabuhan Klang didesak mengambil tindakan segera berhubung tuntutan pemandu lori kontena di sekitar Pelabuhan Klang.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri, tindakan itu bagi membela hak mereka yang tertindas.
Katanya, seramai 3,000 pemandu berkumpul semalam menyatakan bantahan dan mogok untuk tidak memandu selagi masalah berkenaan tidak diselesaikan.
“Mereka rasa teraniya kerana pemandu lori kontena tidak diberikan kemudahan dan hak oleh mana-mana badan berlainan dengan pemandu lori biasa.

Pendirian dan gesaan NUJ tepat dan berasas

Oleh Syed Imran
Sebagai mantan orang media, saya kesal dan sedih membaca laporan mengenai tidak kurang daripada 10 pengamal media yang cedera atau dikasari semasa bertugas membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu di ibu negara.

Berdasarkan laporan, pihak yang mengasari petugas media adalah anggota Polis, kecuali satu kes yang melibatkan jurukamera TV Alhijrah, sesuatu yang tidak seharusnya berlaku.

Umno ja yang salah, polis tak salah?

Oleh Penarik Beca
Seronok tengok para pemimpin Umno dan polis buat damage control. Macam sial hujjah depa.
 
Malaysiakini melaporkan Ketua Polis Negara kata penggunaan meriam air ialah cara yang kurang menyakitkan untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Jangan marah kat dia. Kita perbanyakkan doa kepada Allah s.w.t.,"Ya Allah! La'natkanlah yang mengganasi orang-orang yang tidak berdaya!!" terutama kepala-kepala mereka.

UMNO beralih kepada kepakaran fitnah bila rakyat bangkit dalam BERSIH 3.0

Parti Keadilan Rakyat mengutuk keras tindakan terbaru UMNO dan para pengendali laman-laman blog upahan mereka yang menjadikan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Mohamad Azmin Ali sebagai mangsa fitnah mereka.

Parti Keadilan Rakyat menggesa Presiden UMNO Najib Razak tampil mengambil tanggungjawab dan tidak lagi bersikap "baling batu sembunyi tangan".  Hakikat bahawa media kawalan UMNO seperti Utusan Malaysia dan TV3 yang begitu bernafsu menyambung fitnah terhadap Mohamad Azmin Ali  (gambar kiri) sekadar mengesahkan peranan Najib Razak yang memberikan laluan lampu hijau.

Budaya politik kotor yang di luar batas adab dan akhlaq ini sewajarnya dihentikan.  Budaya fitnah ini amat jauh dari pendekatan wasatiyyah yang dilaungkan oleh Najib Razak dalam pemaknaan dan pengertian dididik dan diteladankan oleh Nabi Muhamad saw melalui rentetan sirah.

Sivakumar: RTM melampaui batas

RTM telah menggadai maruah menjadi agensi suruhan Barisan Nasional.  Setiap hari pemimpin-pemimpin Barisan Nasional memperalatkan RTM untuk propaganda politik.  Sungguh memalukan apabila mereka menjadikan pembaca-pembaca berita sebagai budak-budak suruhan mereka untuk menabur fitnah terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.  Setiap kali kita mendengar berita, ada juga fitnah dan kempen politik Barisan Nasional.  Ini menyalahi undang-undang kerana menggunakan jentera kerajaan untuk kepentingan politik Barisan Nasional.

Tambahan pula saya mendengar ucapan Kaveays (gambar kiri), Presiden PPP dalam rangkaian Minnal FM hari ini.  Beliau bukan sahaja membuat ceramah politik memuji Perdana Menteri Najib Razak, malah mengutuk pemimpin-pemimpin pembangkan secara terbuka.  Ini merupakan salah guna kuasa oleh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan RTM itu sendiri.

PTPTN : 3 pelajar digantung pengajian mahu cabar keputusan UM di mahkamah


mahasiswa UM
Tiga pelajar Universiti Malaya yang digantung pengajian satu semester dan didenda hari ini, (dari kiri) Safwan, Haziq dan Syahid
KUALA LUMPUR - Tiga penuntut Universiti Malaya (UM) yang digantung satu semester dan didenda kerana kesalahan berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) menyifatkan hukuman itu sebagai  melampau dan bercadang mahu membawa isu ke mahkamah.

5 tuntutan sempena Najib lawat Kelantan esok


KOTA BHARU, 3 Mei: Kerajaan Kelantan menuntut lima perkara sempena kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan rasminya ke negeri ini bermula esok.

Exco Kerajaan Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berkata, Perdana Menteri perlu meluluskan tuntutan kerajaan negeri berhubung pemberian royalti petroleum.

Katanya lagi, pada masa yang sama kerajaan Pusat juga amat wajar menyediakan bajet pembinaan Lebuh raya Kota Bharu-Gua Musang dan lebuh raya Pantai Timur yang telah ditarik balik pembinaannya.

Beliau berkata demikian pada sidang media khasnya, di Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi.

Skandal Kapal Selam: USD 1 billion untuk temu Najib

Nama Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia muncul dalam dokumen penyiasatan pembelian kapal selam di Perancis.  Pendakwaraya mahkamah Perancis memperolehi satu dokumen dari pejabat syarikat Thales, mendedahkan bahawa syarikat DCNI diminta untuk membayar USD 1 billion kepada Perimekar Sdn Bhd, untuk bertemu dengan Menteri Pertahanan Malaysia ketika itu, Najib Razak.

Demikianlah pendedahan SUARAM dalam satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pagi tadi.  Bagaimanapun, SUARAM menjelaskan bahawa hanya dua daripada 153 dokumen didedahkan setakat ini.  Mereka akan memdedahkan dokumen selanjutnya kemudian.

SUHAKAM: Tawaran jadi mediator antara polis dengan penganjur ditolak

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) amat kecewa dan bimbang dengan pelbagai insiden yang dilaporkan berlaku semasa perhimpunan awam pada 28 April 2012, termasuk laporan pasukan pemantaunya, khususnya dakwaan pengendalian yang terlalu kasar dan secara sembarangan oleh pihak polis dalam menyuraikan orang ramai.  Suruhanjaya juga terkejut dengan dakwaan layanan polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod, mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika; sesetengah daripada mereka dikasari sementara dua wartawan dilaporkan ditahan, di samping peralatan mereka dimusnah dan dirampas oleh pihak penguatkuasa.  Suruhanjaya juga mengambil maklum dengan penuh kebimbangan keadaan di mana kelakuan dan tingkah laku peserta perhimpunan yang tidak dapat dikawal dan menjadi huru hara.

Padan muka kerana provokasi polis?

Kebanyakan orang dipercayai akan mengutuk tindakan polis membedil gas pemedih mata dan meriam air berkimia terhadap peserta BERSIH 3.0.  Namun terdapat sesetengah juga yang menganggap bahawa polis tidak boleh dipersalahkan, kerana peserta yang memprovokasi polis.  Jadi, padan mukalah.

Namun, tindakan sebagaimana yang boleh ditafsir sebagai "provokasi"?  Di manakah sempadan kesabaran yang digariskan oleh kedua-dua pihak?  Saya menganggap inilah persoalan yang perlu diperjelaskan segera dalam negara yang kini sedang dalam proses belajar bagaimana untuk menyatakan tuntutan melalui kebebasan berhimpun.

Wartawan desak polis pulang peralatan, bayar ganti rugi

BANGSAR 3 Mei: Sekumpulan wartawan mendesak polis memulangkan peralatan mereka yang dirampas tanpa sebarang kerosakan semasa membuat liputan himpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.
Dalam perhimpunan kira-kira jam 12 tengah hari tadi di hadapan pejabat Malaysiakini dekat sini, mereka turut mendesak setiap kerosakan atau kehilangan peralatan media serta kecederaan yang dialami diganti atau dibayar dengan setimpal.
“Hari Kebebasan Akhbar Sedunia yang diiktiraf Unesco hari ini disambut serentak pengamal media seluruh dunia, namun ia juga hari hitam di Malaysia kerana serangan terhadap pengamal media yang membuat liputan himpunan Bersih 3.0.

Al Jazeera tuntut penjelasan penapisan Astro

Rangkaian berita antarabangsa Al Jazeera menuntut penjelasan daripada Astro mengapa liputannya mengenai perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu didakwa telah ditapis.

toh ching hong tigongkia at bersih rally 3.0Dalam satu kenyataan yang diemel kepada Malaysiakini dari ibupejabat
Al Jazeera di Doha, Qatar, rangkaian berita itu berkata Astro sehingga ini tidak memaklumkan tentang kemungkinan tapisan dibuat kepada program beritanya.

"Laporan berita kami adalah catatan fakta peristiwa pada hari tersebut, dan pencerobohan dalam proses editorial kami adalah tidak wajar. Kami tidak pernah ditapis dengan cara ini oleh platform pengedaran lain di mana-mana sahaja di dunia," katanya.

Rangkaian berita itu menambah bahawa ia juga akan menuntut Astro menjelaskan bagaimana laporan wartawannya, Harry Fawcett pada hari berkenaan telah melanggar "peraturan kandungan tempatan".

"(Astro) perlu menggariskan dengan tepat apakah dakwaan

NONEpelanggaran itu dan bagaimana mereka boleh membuat keputusan tersebut," katanya.

Masih tidak jelas bahagian mana laporan Fawcett mengenai BERSIH telah ditapis, sepertimana yang didakwa oleh lamanweb Sarawak Report.

SAMM Buka Talian Kepada Mangsa Keganasan BERSIH 3.0

SHAH ALAM 3 MEI : Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuka talian SMS dan email khusus untuk membantu semua mangsa kezaliman dan keganasan polis pada perhimpunan Bersih 3.0 lepas.
Wakil SAMM, Edyes Reduan berkata sebagai sebuah badan yang terlibat secara langsung, pihaknya berasa bertanggungjawab untuk memastikan kesemua mangsa terbela.
“Kita menyedari pelbagai kesulitan dan kesengsaraan dilalui oleh semua peserta himpunan di atas ketelanjuran pihak berkuasa yang bukan sahaja gagal memastikan keamanan, tetapi telah merusuh di atas khabar angin yang sengaja diatur.

SPRM perlu siasat dakwaan Najib dapatkan USD1b

KUALA LUMPUR, 3 Mei: Pendakwa Perancis mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mendapat sejumlah USD1 bilion bagi pihak Perimekar daripada syarikat pembuatan kapal Perancis DCNI, iaitu anak syarikat DCN.

Perkara itu didedahkan oleh Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam satu sidang media tengah hari tadi.

Dalam satu dokumen yang dihantar Francois Dupont bertarikh 1 Jun 2001 sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan Najib, ketika itu sebagai Menteri Pertahanan pada 14 Julai 2001 kepada kepada D Arnaud.

Menurut kenyataan Suaram, dokumen yang ditandakan nombor 87 dari keseluruhan 153 dokumen itu disita polis Perancis dari pejabat Henri Gide (Thales) pada 28 Mei 2010.

28 April hari kemenangan rakyat

Tarikh itu juga harus dikenang sebagai hari kemerdekaan dan penyatuan rakyat di mana ia merupakan himpunan terbesar rakyat Malaysia.

Oleh Badrul Hisham Shaharin
Pada 28 April 2012, waktu itu lebih kurang jam 7 petang berdekatan Masjid India Kuala Lumpur.
Ketika saya bersama seorang rakan melihat beberapa anggota polis beruniform tanpa tanda nama seolah merusuh merosakkan beberapa gerai penjaja di hadapan Masjid India, tiba–tiba saya dikerumun oleh sekumpulan lebih 15 anggota polis beruniform terus memukul, menumbuk, menendang saya dan kawan saya berkali kali.
Saya turut dipukul dengan objek tumpul.  Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman. Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya.
Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit, “Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot!”

Bersih 3.0: Polis tubuh pasukan khas siasat fitnah.....siapa fitnah siapa..???


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu pasukan siasatan khas khusus untuk meneliti semua tohmahan mengenai dakwaan kekasaran polis berhubung perhimpunan Bersih 3.0 pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, pasukan terbabit bertanggungjawab untuk mengumpul semua maklumat dan keterangan bagi membantu siasatan berkaitan tohmahan-tohmahan yang dilemparkan kepada polis.

"Walaupun media bebas untuk melaporkan perkara-perkara berkaitan perhimpunan termasuk tohmahan terhadap polis, ia perlu dilakukan secara berhemah dan adil.
 

BERSIH 3.0: "Mukjizat" media baru

Semasa program sembang santai blogger dan wartawan dengan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ulu Yam, Selangor, petang Ahad lalu, sehari selepas himpunan BERSIH 3.0, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man menekankan soal "keajaiban" dan sumbangan besar media baru.

Suatu waktu dahulu, ketika berdepan asakan dan serangan berterusan media yang dikawal mutlak elit pemerintah, parti-parti pembangkang yang dinafikan hak untuk "bermain di atas padang sama rata" terasa begitu perit sekali.  Tiada langsung peluang untuk menjawab segala tohmahan.

'Langgar penghadang tak tentang arahan mahkamah'

Tindakan melanggar penghadang polis di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut semasa perhimpunan BERSIH Sabtu lalu tidak menyalahi larangan mahkamah, kata Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam Syahredzan Johan.

NONESyahredzan berkata, arahan mahkamah hanya melarang orang awam daripada memasuki Dataran Merdeka dan bukan jalan sekitarnya.

"Saya rasa ia perangkap. Mereka pasang penghadang di kawasan berdekatan Kelab Diraja Selangor dan Jalan Raja walaupun tempat itu bukan dikira sebahagian daripada Dataran.

"Tetapi apa yang tidak boleh dilanggar? Arahan mahkamah apa? Arahan mahkamah hanya menyebut kamu tidak boleh melanggar ke Dataran, bukan penghadang," katanya dalam forum analisis pasca-BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur malam tadi.


azlan

Bersih 3.0: Timbalan Ketua PKR Rasah orang pertama didakwa

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua PKR Cabang Rasah, R. Tangam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan sebagai ahli perhimpunan yang melanggar perintah mahkamah bagi menghalang orang awam, peserta dan penganjur perhimpunan daripada berada di perkarangan Dataran Merdeka pada 28 April lalu. 
 
Tangam, 50, seorang bekas tentera juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan, di mana beliau bersama-sama "Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mengingkari perintah majistret Zaki Asyraf Zubir dengan menghadiri perhimpunan berkenaan yang dilarang dan seterusnya menyebabkan kegusaran kepada anggota-anggota polis yang bertugas di kawasan Jalan Raja Laut pada hari yang sama.

The Great Malaysian Robbery: "Razak" Requested "Support Fee" of Euro360,000 Urgently

BERSIH 3.0: Senarai 49 dikehendaki polis.....!!! Bagaimana ribuan polis menyamar jadi ahli Bersih..!!!

Polis hari ini mengeluarkan gambar senarai 49 yang dikehendaki ekoran penglibatan mereka dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

NONEKetua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, kenyataan mereka diperlukan untuk membantu siasatan dalam perbagai kesalahan bawah Kanun Keseksaan.

Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Mohmad berkata, kesemua 49 nama itu diminta menyerahkan diri di balai polis berdekatan secepat mungkin.

Katanya, polis menerima 258 laporan berkaitan perhimpunan itu daripada pelbagai pihak.

BERS✔H 3.0: PROVOKASI POLIS DEPAN SOGO MELAMPAU

Malaysiakini protests violence against journalists

World Press Freedom Day: Unisel students read Maya Angelou

World Press Freedom Day 3 MAY 2012

Media Solidarity: 'Hands off the media'

DEMO MEDIA - Bangsar

BERS✔H 3.0: APA PERASAAN ANDA BILA TGK POLIS BUAT MACAM NI

BERSIH 3.0 : Al Jazeera 电视台的报道 Al Jazeera Television's Report

Bersih 3.0 ; Police became brutal after hearing rumours

Fitnah anti Islam: Senator Australia nak saman NST




(Xenaphon akan ambil tindakan undang-undang)

KUALA LUMPUR: Senator Nick Xenophon dari Australia akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar Malaysia yang memaparkan beliau seolah-olah anti-Islam.

Daam satu kenyataannya yang disiarkan oleh News.com.au, beliau melahirkan rasa terkejut dengan serangan itu.

Nick Xenophon bersama-sama dengan pemerhati antarabangsa berada di Malaysia baru-baru ini termasuk semasa hari perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lepas.

Bersih 3.0 : Siswa undang-undang didakwa dipukul 10 polis

Mahasiswa undang-undang 26 tahun mengalami lebam dan bengkak badan selepas dipukul oleh sekurang-kurangnya 10 pegawai polis dalam perhimpunan BERSIH 3.0, menyebabkannya separuh sedar ketika ditahan.

Kenny Wong Kit Lee mendakwa, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang pada Sabtu lalu, ketika sedang mencari sepupunya yang terpisah dalam lautan manusia di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Saya cuba membuat panggilan kepada sepupu untuk mengetahui lokasinya, tiba-tiba sekumpulan pegawai polis tidak berseragam menyerang saya tanpa alasan atau amaran," dakwa Wong dalam laporan polisnya di balai polis Setapak semalam.

Dalam laporan itu, beliau juga mendakwa disepak, ditampar dan ditumbuk kepala beberapa kali.

'Ini baju kuning tangkap'

SAKSI MATA Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. |

Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".

Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.

Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.

"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."

Demo anti-PTPTN: 3 siswa UM digantung satu semester

Tiga siswa Universiti Malaya (UM) yang terlibat dalam demonstrasi anti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 14 April lalu, digantung satu semester berkuatkuasa serta-merta.

Mereka yang dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti hari ini, turut diberi amaran keras dan didenda tidak lebih RM200 kerana dituduh memalukan universiti dan mengganggu ketenteraman awam.

Ketiga-tiga mahasiswa itu - Mohd Syahid Mohd Zaini, Muhammad Safwan Anang dan Haziq Abdullah Abdul Aziz - hadir dalam prosiding tatatertib yang berlangsung di Bilik Mesyuarat 3, Kompleks Perdana Siswa pagi ini.

Lucah: Azmin tuntut Utusan bayar RM100 juta


KUALA LUMPUR, 3 Mei: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar) hari ini menuntut Utusan Malaysia membayar RM100 juta kerana menyiarkan gambar lucah palsu.

 Azmin melalui peguamcaranya Tetuan Edwin Lim suren & Soh mengeluarkan surat tuntutan kepada Utusan Berhad Melayu (Malaysia) yang memiliki akhbar Utusan Malaysia dan menuntut editornya menarik balik tuduhan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka di muka depan Utusan Malaysia.

“Memandangkan seriusnya aib dan edaran akhbar di seluruh negara, Azmin Ali telah menuntut sejumlah RM100 juta sebagai ganti rugi.

Peneroka Felda Serah Memo Kepada SUHAKAM

KUALA LUMPUR,3 MEI : Bukan sahaja ladang dipenuhi semak samun dan hutan belentara,malah pokok kelapa sawit yang ditanam tidak memenuhi spesifikasi sehingga membantutkan pengeluran hasil yang bermutu. Masalah itu ditambah apabila setiap peneroka dilonggokkan bebanan hutang sehingga RM150,000.00 seorang yang perlu dijelaskan.
Geram dan tidak berpuas hati dengan rungutan serta aduan yang telah diadukan selama ini , seramai 40 peneroka Felda Bukit Rokan Utara,Gemencheh, Negeri Sembilan yang mewakili 105 peneroka bertindak menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) terhadap kegagalan pengurusan Felda dalam mengurus dan menyelenggara ladang kelapa sawit milik peneroka itu.

Hanya 'duit' selamatkan Umno dari 'bungkus'



(Abdul Fatah berucap di majlis makan malam NGO Kelantan)

KOTA BAHRU: Hanya ‘duit’ talian hayat akhir Umno bagi meneruskan hayat politiknya di negara ini setelah kehabisan modal untuk memancangi rakyat.

Anggota exco kerajaan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, jika diukur dari  pretasi, kedudukan parti itu semakin teruk pada kacamata rakyat.

“Kalau tak ada duit, menipu, lama dah Umno ‘bungkus’ di Malaysia ni,” katanya yang juga Adun Bukit Panau.

18 Bulan Berlalu, Polis Masih Gagal Siasat Insiden Samseng Pukul Adun Sekinchan

SHAH ALAM,3 MEI : Adun Sekinchan, Ng Suee Lim kesal dengan tindakan pihak polis yang masih gagal mengambil sebarang tindakan tegas terhadap samseng yang didakwa dari kalangan penyokong Umno serta didalangi pemimpin Umno Tanjong Karang dua tahun lalu.
Pada 4 November 2010, Suee Lim mendakwa dipukul kira-kira 30 hingga 50 ahli Umno Tanjong Karang yang didalangi Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Shafiee Asmawi.
Ng Suee Lim berkata, sehingga hari ini sudah 18 bulan kes itu berlaku namun tiada sebarang tindakan yang dikenakan terhadap penyerang.
“Sampai hari ini 18 bulan yang lalu dan kita mempunyai saksi-saksi, polis sudah memanggil dua kali pihak saksi kejadian Hamidun Salim untuk membuat pengecaman kepada pihak-pihak yang memukul itu tetapi malangnya orang yang dipanggil untuk membuat kawad cam itu tidak hadir sebanyak dua kali.
“Kita kesal mengapa polis tidak mengeluarkan waran tangkap kepada mereka yang tidak hadir,” katanya di pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini bagi urusan saman Noh Omar terhadap beliau berhubung isu subsidi padi.
Hadir di pekarangan itu, kira-kira 30 penyokongnya yang menyatakan pendirian bersama agar  polis segera mengambil tindakan tegas.
Tambah beliau, tempoh selama 18 bulan tanpa sebarang tindakan terhadap penyerang-penyerang beliau tidak dapat diterima seraya menjejaskan professionalisme polis.
“Saya minta penjelasan kepada pihak polis mengapa samseng-samseng itu tidak dipanggil untuk kawad cam dan diambil tindakan,” katanya.
Dalam kejadian terbabit Ng Suee Lim dipukul dan ditendang di bahagian perut, kepala dan tangan berhampiran Kampung Kunci Air Buang di Kampung Sawah Sempadan.
Selain itu, dua pembantunya turut mengalami kecederaan ringan dan kereta milik pengiringnya juga kemik di bahagian pintu belakang.

Lest you have forgotten, Sir!

Dr Dzulkefly Ahmad

MAY 3 — Amidst the horror stories of police brutality, the many spins, the endless ranting in the social media and the finger-pointing blame game, I now write to dispense my unsolicited opinion. Despite being a partisan person, I shall always endeavour to write without fear or favour.
Granted, while Bersih 3.0 officially ended at 4pm or so, on that watershed historical date of 428, the spiteful claims and counter-claims of contesting parties breaking the limits of “permissibility” shall continue. Only a royal commission of inquiry could put the many opposing claims to rest.
While the plethora of writings and the many video footages, both actual and some edited, of the “good, bad and ugly” scenes of Bersih 3.0 continue, I thought my piece is neither going to incite further “sedition” nor put any more strain on all the “aggrieved” parties.

Dakwaan Adun Sekinchan Berfakta, Noh Digesa Tarik Balik Saman

SHAH ALAM, 3 MEI : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar digesa menarik balik saman yang dikemukakan terhadap Adun Sekinchan berjumlah RM10 juta berhubung skim insentif hasil padi yang tertunggak seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Menurut Peguam, M Manoharan yang mewakili Ng Suee Lim berkata, fakta pembelaan yang difailkan kepada anak guamnya secara jelas menyenaraikan fakta-fakta yang menyanggah tuntutan saman tersebut secara bermerit.
“Dalam pembelaan ini saya menegaskan, plantif tidak layak untuk menjadi ahli politik, wakil rakyat dan khususnya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,” katanya dalam sidang media di pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini.
Manoharan berkata, kenyataan pembelaan itu  difailkan pada 24 April lepas dan pengurusan kes hari ini yang dihadiri memberikan masa kepada pihak plaintif untuk menjawab segala fakta pembelaan yang dikemukakan pada satu tarikh masa yang akan ditetapkan kemudian.

Media: Suhakam tak boleh terima kekasaran polis


KUALA LUMPUR, 3 Mei: Penggunaan kekasaran yang tak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan Bersih 3.0 dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali.

Demikian ditegaskan oleh Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Tan Sri Hasmy Agam (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) amat kecewa dan bimbang dengan pelbagai insiden yang dilaporkan berlaku semasa perhimpunan awam pada 28 April 2012, termasuk laporan pasukan pemantaunya, khususnya dakwaan pengendalian yang terlalu kasar dan secara sembarangan oleh pihak polis dalam menyuraikan orang ramai.

Amat keji belasah orang tiada pertahanan diri


KUALA LUMPUR, 3 Mei: Pertubuhan IKRAM Malaysia (Ikram) menegaskan bahawa tindakan memukul dan membelasah secara melampau terhadap orang yang tiada pertahanan diri amatlah dikeji dan tidak boleh dibenarkan sama sekali.
Sehubungan itu, Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad mengucapkan tahniah dan syabas kepada ratusan ribu rakyat Malaysia di atas kematangan, kesungguhan dan keberanian untuk menyuarakan bantahan terhadap kelemahan sistem dan proses pilihan raya negara dalam perhimpunan “Duduk & Bantah” Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Malunya media di M’sia dibanding negara kuku besi


KUALA LUMPUR, 3 Mei: Rakyat merasa malu jika media di Malaysia akan dibandingkan dengan media di bawah pemerintahan negara-negara rejim kuku besi.
 
Demikian kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor (gambar) berhubung laporan media mengenai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Justeru, katanya DPPM merasa simpati terhadap media antarabangsa seperti British Boradcasting Company (BBC) dan Al Jazeera kerana liputan berita milik mereka semasa perhimpunan Bersih 3.0 telah ditapis oleh Astro tanpa persetujuan mereka.

Bagi DPPM, ujarnya alasan Astro bahawa mereka “mematuhi garis panduan penyiaran kebangsaan” adalah alasan remeh dan sukar untuk diterima.

Ini, katanya kerana dengan penapisan yang dibuat oleh Astro akan menyebabkan hilangnya babak penting yang menceritakan peristiwa sebenar dalam perhimpunan tersebut.

Wartawan berhimpun bantah keganasan

Sempena Hari Kebebasan Media Sedunia, sekumpulan wartawan hari ini berkumpul di Kuala Lumpur bagi membantah kekasaran terhadap mereka sewaktu menjalankan tugas, terutama dalam himpunan BERSIH Sabtu lalu.

NONEDalam perhimpunan kira-kira jam 12 tengah hari tadi di hadapan pejabat Malaysiakini di Bangsar, pelbagai wakil media pelbagai organisasi dan bahasa hadir memberikan sokongan.

Mereka hadir berpakaian hitam tanda gelapnya kebebasan media di Malaysia dan riben kuning mewakili kebebasan media di negara ini.

Jalan Kemuja yang biasanya hanya menyaksikan kereta dan motosikal lalu-lalang pada tengah hari tadi bertukar menjadi seolah-olah pesta apabila pengamal media bersorak mengutuk keganasan terhadap wartawan.