Rabu, 2 Mei 2012

Penyenaraian: Risiko kerugian ditanggung peneroka sepenuhnya

Pemuda MIC didakwa serang rombongan PKR

Ahli Parlimen Kapar, Manickavasagam mendakwa seorang pemimpin kanan dalam pergerakan Pemuda MIC telah menyerang dan mencederakan anggota rombongan PKR yang cuba bertemu perdana menteri di Putrajaya pagi tadi.

NONEJusteru, bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, beliau menggesa polis menangkap pemimpin berkenaan dengan segera.

Sementara itu, Naib Presiden PKR N Surendran yang bersama rombongan itu mendakwa, akibat insiden itu Ketua Cabang PKR Puchong dikenali sebagai Murali kini terlantar di Hospital Putrajaya.

Surendran mendakwa pemimpin itu dan beberapa samseng berbuat demikian berhampiran pintu masuk pejabat perdana menteri.
Surendran berkata berkata rombongan PKR itu berkunjung ke Putrajaya hari ini membantu seorang pelajar berusia 17 tahun, Reshina Bathumanan, yang tidak dapat meneruskan persekolahan kerana tiada kad pengenalan.

Dakwaan kasari wartawan, KAMI mahu saman k'jaan

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia dan pasukan polis berhubung dakwaan mengasari pengamal media pada perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.

Pengerusinya, Ahmad Lutfi Othman berkata, pertubuhan itu sedang mengumpulkan bukti dan saksi sebanyak mungkin berhubung kejadian tersebut.

NONE"Mengikut apa yang dilaporkan, sebanyak 10 kes yang melibatkan wartawan dan jurugambar dikasari oleh pihak polis.

"KAMI sedang berunding dengan peguam Mohamed Hanipa Maidin untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak polis dan kerajaan untuk bawa kes ini ke mahkamah seberapa segera.

"KAMI juga ingin meminta pengisytiharan bahawa tindakan polis itu bercanggah dengan Perkara 10  Perlembagaan Persekutuan," katanya kepada pemberita hari ini.

KAMI anjur konvensyen akses media PRU-13

KUALA LUMPUR: Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) akan mengadakan Konvensyen Mengenai Akses Media Dalam PRU ke-13 pada 12 Mei ini di Nouvelle Hotel, Seri Kembangan.

Ketua Sekretariat KAMI, Hayatul Kamil Termudi berkata, konvensyen tersebut bersempena Hari Kebebasan Media Sedunia yang disambut pada 3 Mei setiap tahun.

Ia juga sebagai langkah awal untuk menghimpun pengamal media independen atau yang bekerja dengan badan-badan media cetak atau siaran.

Bertemakan memartabat Malaysia menjadi negara mesra media, adil dan bebas, konvensyen tersebut bertujuan menghimpun pengamal media independan dan profesional bagi mengumpul cadangan dan pandangan mereka.

Aksi polis realisasi Akta Himpunan Aman 2011


(Gambar hiasan....di mana Hishamudin ketika Bersih 3.0 berjalan)

KUALA LUMPUR: Insiden keganasan polis di dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 Sabtu lalu akhirnya merealisasikan apa yang terkandung dalam Akta Himpunan Aman 2011.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, apa yang berlaku dalam Himpunan Bersih 3.0 lalu membuktikan akta itu tidak memberi jaminan terhadap keselamatan awam.

"Hakikatnya, roh dan semangat keganasan polis dijelmakan dalam Akta Himpunan Aman itu," katanya kepada Harakahdaily.

PKR jawab tuntutan pendidikan percuma di KUIS

Ekoran polemik mengenai pemansuhan PTPTN dan tawaran pendidikan percuma yang dibuat KEADILAN dan Pakatan Rakyat, ada pihak yang cuba menempelak kerajaan Pakatan Rakyat kononnya supaya yuran pengajian dihapuskan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) milik kerajaan negeri.

Hari ini, KEADILAN tampil dengan jawapan kepada hujah tersebut dengan memberi contoh bagaimana penyelewengan dan ketamakan pimpinan UMNO yang mengambil kesempatan sepenuhnya dari dasar memperniagakan pendidikan yang dibawa UMNO menjadi punca yuran pengajian yang tinggi dan membebankan pelajar.

Uncle Lawrence Saw (Sasterawan Bersih 3.0)

Catatan seorang ibu: Wajah teruja anakku berubah...

"Ummi, cepatlah Ummi, cepatlah Ummi!" Jerit Asiah girang sangat sambil menarik-narik tangan kanan saya menghala ke depan.  Tangan kiri memegang tangan Asma' yang berdiri di belakang.

"Sabarlah Asiah, perlahan-lahan, kenapa ni?" tanya saya kepada Asiah.

"Dah boleh masuklah Ummi, dah boleh masuk ke Dataran." Jerit Asiah lagi masih dalam keadaan yang sangat teruja dan girang sekali.

Masih terbayang wajahnya.

Saya masih bertahan.  Sukar juga saya mahu mempercayainya.  Namun dek kerana mahu menurutkan rasa teruja Asiah yang seolah Dataran Merdeka itu satu tempat yang bakal membebaskannya dari "kesesakan" yang ada, saya turutinya perlahan-lahan.

"Bagi laluan, bagi laluan!" Tiba-tiba kedengaran suara jeritan sambil kelihatan seorang lelaki India dengan tongkat di sisinya diusung keluar berama-ramai.  Keadaan sedikit kelam kabut.

Asiah masih menarik-narik tangan saya ke hadapan.  Bersama kami sejak awal berjalan dari hadapan SOGO ialah Atikah dan Hakim anak-anak Hatta Ramli.  Kami sentiasa beriringan dari satu tempat ke satu tempat.  Ada peluang duduk kami duduk, ada arahan duduk kami duduk walau berhimpit-himpit.

Over a patch of grass, 'unbalanced' Najib willing to beat up innocent rakyat

Over a patch of grass, 'unbalanced' Najib willing to beat up innocent rakyatOn 28 April 2012, the Malaysian Royal Police Force beat up, gassed and hosed hordes of unarmed, peaceful and nation-loving civilians over a patch of grass! Not over armed uprising, not over looting or berserk rioting, BUT over a patch of grass. How much more bizarre can we get in this nation?
Right down to the last minute of the fateful hour when the arsenal was to be unleashed on the protestors, the powers-that-be could have walked away as the heroes of the day.
But no, they could not and would not give up the opportunity to flex their muscles as the “masters” of the rakyat. No, they just could not resist showing off their impeccably lousy gamesmanship.
Who started it? It was the Umno-BN without doubt

Bersih truth emerges: RESIGN, Najib Razak, you're a DISGRACE. Go before you are chased out!

Bersih truth emerges: RESIGN, Najib Razak, you're a DISGRACE. Go before you are chased out!When we first read the first-hand account written by Renee Talalla, a 70-year-old retired teacher who attended the April 28 Bersih 3.0 rally, we felt ashamed. Then we saw red. What type of a government would do such a thing to its people? What type of a Prime Minister would endanger a nation's youth, its women and its senior citizens? How DARE they!
Malaysia Chronicle was also monitoring the Bersih 3.0 rally and our observations do not differ from Ms Renee's. It is time to do some major housekeeping in Malaysia and Malaysia Chronicle would like to begin the call for Prime Minister Najib Razak to take responsibility. Resign, please quit and do not shame the nation any more than you have.
GOOD, BAD and UGLY of BERSIH 3.0 - Renee Talalla
Tired, sleepy and aching all over, but have to write this down to get it out of the mind and system before I can sleep. So here is my account of Bersih 3 written at 11pm on 28 April 2012.
As law-abiding and not terribly brave senior citizens, we had opted out of Bersih 2 when it was banned, pronounced illegal, KL on lockdown etc. This time, like so many others, we decided we had to show our support for clean and fair elections. Needless to say we did not expect trouble, but prepared for it nevertheless - salt, wet towel etc in a backpack. We were confident the crowd would be disciplined and the police restrained after the debacle of Bersih 2.

Bersih 3.0 ; Peluru hidup, M-16 di himpunan Bersih untuk apa?

KUALA LUMPUR 2 Mei: Antara yang ditemui peserta himpunan ‘Duduk Bantah’ Bersih 3.0 ialah peluru hidup yang dipercayai dibekalkan kepada pihak polis.
Malah, sekumpulan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang membawa senapang automatik M-16 turut menimbulkan keraguan.
Persoalannya, untuk apa kerajaan mengarahkan polis dengan senjata api dan peluru hidup hanya untuk menghadapi himpunan aman ‘Duduk Bantah Bersih 3.0?

Astro: Liputan Bersih BBC dipotong mengikut garis panduan tempatan

Penunjuk perasaan ditunjukkan berlari daripada tembakan meriam berapi pada 28 April lalu. — Gambar oleh The Malaysian Insider
KUALA LUMPUR, 2 Mei — Astro mengaku memotong liputan Bersih 3.0 oleh Perbadanan Penyiaran British (BBC) tentang Bersih 3.0 namun melahirkan rasa kecewa dengan saluran berita global itu kerana gagal memahami Astro berbuat demikian untuk mematuhi garis panduan tempatan. Naib Presiden Kanan Operasi siaran Astro Rohaizad Mohamed menjelaskan kepada The Malaysian Insider bahawa klip 2:16 minit itu telah dipotong mengikut peraturan kandungan kebangsaan. Walau bagaimanapun, klip itu mengandungi rakaman Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita.
Rohaizad tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai garis panduan yang diikuti tetapi berkata bahawa Astro berhak untuk "mengedit" kandungan daripada pembekal antarabangsa dan saluran di mana patut.

Polis : Peserta BERSIH ganas akan ditangkap...!!! Polis ganas bebas..???

NONEPolis akan menangkap peserta perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara Sabtu lepas dalam masa terdekat, dengan bantuan gambar-gambar pihak berkenaan yang diperoleh pasukan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata gambar-gambar mereka yang bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu berlangsung akan disiarkan tidak lama lagi.

"Kami ada gambar-gambar mereka dan kami akan hebahkan kepada media dan orang ramai dalam masa terdekat bagi membantu kami menangkap perusuh-perusuh itu," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.

Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh pengadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.

Larangan itu dikeluarkan berikutan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang.

Beberapa lokasi alternatif seperti Stadium Merdeka ditawarkan namun ditolak oleh penganjur perhimpunan itu.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa perhimpunan itu.

- Bernama

Gambar lucah punca ‘rezeki’ Utusan – Hatta

KUALA LUMPUR 2 Mei: Gambar lucah pada muka depan Utusan Malaysia hari ini membuktikan akhbar milik Umno itu menjadikan aksi seks sebagai punca ‘rezeki’ mereka, kata bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Hatta Wahari.
Tindakan itu katanya, memperlihatkan organisasi itu lebih berminat menyiarkan isu sebegitu berbanding berita yang memberi manfaat kepada pembaca.
“Penyiaran gambar ini membuktikan Utusan bukan lagi akhbar kebangsaan sebaliknya tabloid yang hanya mementingkan cerita seks daripada agenda utama membangunkan negara dan bangsa.
“Mereka tidak mementingkan etika kewartawanan tetapi apa yang penting mengikut kata tuan-tuan mereka.
“Akhbar yang tidak mempunyai etika seharusnya diboikot oleh masyarakat,” katanya kepada Keadilan Daily.
Bekas wartawan kanan Utusan itu berkata, beliau tidak hairan jika Utusan sanggup memaparkan gambar lucah kerana itu sahaja talian hayat mereka ada.

Saksi lihat anggota polis acu senjata api

NONESeorang saksi berkata beliau melihat seorang pegawai trafik mengacukan senjata api ke arah peserta perhimpunan BERSIH 3.0, Sabtu lalu.

Menurut Lai KL, anggota polis berkenaan bertindak demikian selepas satu kejadian kereta polis melanggar beberapa peserta perhimpunan yang berlaku di lokasi berhampiran.

Lai berkata beliau melihat seorang peserta perhimpunan mengangkat tangan ketika anggota polis itu membelakanginya dalam kejadian di persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Esfahan, di tepi bangunan pusat membeli belah Sogo.

"Apabila (anggota polis) itu berpusing ke kana, saya nampak (senjata api) di tangannya. Peserta perhimpunan itu kemudian berundur dan menyertai orang ramai.

“Saya tidak pergi dekat... Insiden itu hanya berlaku beberapa minit," katanya.

Dalam kejadian pada anggaran jam 4.30 petang itu, Lai berkata beliau tidak melihat apa-apa provokasi dilakukan ke atas anggota polis berkenaan.
Namun beliau mendengar banyak jeritan pada waktu itu, katanya lagi kepada Malaysiakini.

“Polis sedang menahan dan memukul orang ramai pada waktu itu dan yang lain cuba masuk campur. Saya tidak melihat orang membaling apa-apa ke arah polis," katanya.

Lai berkata anggota polis lain dengan berpakaian seragam biru turut berada di kawasan tersebut dan tidak menyekat anggota polis trafik tersebut.

Satu video oleh individu tidak dikenali yang merakam kejadian itu menunjukkan seorang anggota polis trafik mengacukan senjata api ke atas peserta perhimpunan yang sedang berundur.

Video berkenaan disiarkan laman Free Malaysia Today.

Bersih 3.0: Pengakuan mangsa dipukul polis

BERS✔H 3.0: POLIS SAMSENG bernama Mohd Haidzil Mahamud

Minutes before breaking the barricade @Bersih 3.0

Saksi Mata : Kereta polis meluru laju, langgar peserta BERSIH

SAKSI MATA kira-kira jam 4 petang Sabtu lalu, saya berada di hadapan Wisma Da Vinci di Jalan Tuanku Abdul Rahman ketika membuat liputan perhimpunan BERSIH 3.0.
Pada waktu itu, saya melihat jalan tersebut dipenuhi peserta perhimpunan yang disuraikan daripada kumpulan besar di persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Saya melihat peserta berkenaan menuhi kawasan kaki lima dan juga di tengah jalan berkenaan. Ada di kalangan mereka mengambil peluang untuk menikmati kerepek, minuman dan aiskrim daripada penjaja di situ.

NONEKira-kira 15 minit kemudian satu trak FRU daripada persimpangan Jalan Perak-Jalan Tuanku Abdul Rahman mara ke arah peserta berkenaan yang bertempiaran melarikan diri.

Secara tiba-tiba, muncul pula sebuah kenderaan Proton Waja Polis dari tengah-tengah persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Dang Wangi yang meluru laju ke arah Dataran Merdeka.

Kenderaan yang bergerak di antara kumpulan peserta berkenaan kemudian melanggar beberapa orang sehingga menyebabkan salah seorang individu berkenaan terpelanting ke atas kenderaan tersebut.

Polis Terajang-terajang di Masjidil India | BERSIH 3.0

Bersih 3.0 : Cop points gun at protestor

New video: Cop points gun at protester

In the 10-second clip, a traffic policeman is seen pointing his pistol at a man believed to be a PAS Unit Amal member.

KUALA LUMPUR: A slew of videos have emerged in the aftermath of last Saturday’s Bersih 3.0 rally, showing both the police and protesters turning violent on the streets.
Today, FMT received a video depicting a traffic policeman pointing his gun at an unarmed protester, adding on to the series of incriminating visual evidence indicating the use of excessive force by the authorities.
In the 10-second clip, from an anonymous contributor, the protester, believed to be a PAS Unit Amal member, is seen trying to lift a red motorcycle amid a chaotic background of protesters appearing to be fleeing from the police.
There were two motorcycles lying on the road. It was not clear if they were the properties of the police. PAS Unit Amal is a volunteer corp tasked to maintain crowd discipline during rallies.
A few seconds later, a traffic policeman is seen entering the frame with a gun in hand and pointing it towards the activist. The latter is then seen raising his hands as the officer approached him and runs off to join the rest of the crowd.
At that point, two blue uniformed policemen are seen chasing the large crowd away with their hands on their holstered guns in what appeared to be an attempt to intimidate and push the crowd backwards.
According to a lawyer, a policeman could only take out his gun if the person before him was highly suspicious or likely to cause hurt.
“So in this case it was wrong for the traffic policeman to do that. In some countries it would have been considered as assault or intimidation,” the lawyer said on condition of anonymity.
Police violence
The video was believed to have been shot along Jalann Tunku Abdul Rahman near the Sogo shopping complex just after a police car was overturned and police and protesters clashed on Jalan Raja Laut that saw scores injured including those from the police.
The clashes occurred after police fired tear gas and water cannons to disperse tens of thousands of demonstrators, following a breach of the barricade in front of Dataran Merdeka.
Police had on Friday obtained a court order barring Bersih 3.0 and the public from entering the historic square across the weekend.
Dozens of tear gas canisters were shot on a packed crowd forcing them to retreat north of Jalan Raja Laut while some ran towards Jalan Tun Perak as police and anti-riot squads moved in to disperse the crowd.
Angry protesters later attacked a police car, which then crashed into at least two people, while trying to flee. After an ambulance took away the injured policemen, the protesters flipped the car over on its side but then fled after tear gas was fired.
Both the authorities and rally organisers blamed each other for the fracas but the police now face more pressure to explain the surfacing evidence of what rights groups described as unnecessary violence used to disperse a peaceful assembly.
Inspector-General of Police Ismail Omar had vowed to open investigations on the allegations but said his men made the right move to disperse the rally as a “more dangerous situation could have taken place”.

BERSIH 3.0: Duduk Bantah di Melbourne

Ribuan rakyat Malaysia berkumpul di Dataran Persekutuan (Federation Square) Melbourne untuk menzahirkan desakan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia.  Kira-kira 1,500 warganegara hadir di dataran tersebut merupakan sebahagian yang terlibat dalam himpunan gerakan Global BERSIH 3.0 yang dijalankan di seluruh dunia pada hari Sabtu lepas.

Selain Melbourne, terdapat beberapa siri himpunan BERSIH 3.0 yang lain, bermula di Auckland dan berakhir di San Francisco, dari serendah laut di Aceh sehingga setinggi ke gunung Everest, semuanya berkumpul memberi solidariti kepada kira-kira 250,000 warga pelbagai generasi yang turun di jalanan Kuala Lumpur bagi menunjuk bantahan kepada korupsi pilihanraya.

Bongkar : Peserta Bersih bantu polis tersepit


Peserta bantu polis tersepit
Saiful menunjukkan gambar yang tersiar di sebuah akhbar arus perdana yang tidak menceritakan kisah sebenarnya yang berlaku.
PETALING JAYA – Insiden kereta pegawai penyiasat polis diterbalikkan di hadapan sebuah pusat membeli-belah di Jalan Tunku Abdul Rahman pada Perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu bukan disengajakan.
Seorang aktivis, Saiful Mokhtar, 33, mengakui dia yang berada di lokasi kejadian dapat mendengar dengan jelas beberapa orang mengarahkan kereta polis itu diterbalikkan kerana kononnya ada mangsa yang tersepit di dalamnya.
“Mereka yang mengangkat kereta itu terdiri daripada 10 hingga 15 orang rata-ratanya berniat mahu menyelamatkan mangsa yang mungkin tersepit di bawah kereta dan bukan sengaja untuk membalas dendam terhadap anggota polis.

Bersih 3.0 ; Ingat 250,000 yang mahu PRU adil

(Ratusan ribu rakyat yang menuntut pilihan raya yang bersih dan adil)

KUALA LUMPUR: Di sebalik keganasan yang berlaku, satu fakta yang tidak boleh dilupakan untuk Bersih 3.0 ialah 250,000 rakyat telah berani tampil untuk menuntut pilihanraya yang adil dan bebas, kata Pengerusi bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevenasan.

“Mereka adalah yang muda dan tua – rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang. Mereka datang daripada Lembah Klang, ada juga yang datang daripada Sabah dan Sarawak.

"Mereka hadir walaupun diberi amaran oleh kerajaan, pengangkutan yang serba kurang dan sekatan jalan raya untuk menghalang mereka,” kata Ambiga dalam satu kenyataan.

Selain itu, katanya beribu orang turut berhimpun di seluruh negara dan lebih daripada 80 bandar di seluruh dunia.

“Ini adalah gambaran benar rakyat Malaysia. Mereka adalah gambaran niat dan cita-cita rakyat Malaysia. Tiada manipulasi politik, penyelewengan fakta oleh media perdana atau dakwaan bahawa himpunan tersebut telah dirampas (hijack) akan mengubah hakikat tersebut. Ahli politik daripada kedua-dua belah boleh tidak mengendahkan hakikat ini atas risiko sendiri,” tambah beliau.

Bersih 3.0 : Lepas belasah, polis curi duit Chegu Bard

KUALA LUMPUR 2 Mei: Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin bukan sahaja dipukul polis malah RM200 miliknya turut dicuri anggota tersebut semasa perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.
Beliau yang dikenali Chegu Bard berkata, kejadian berlaku ketika beliau menyaksikan pasukan polis merosakkan gerai penjaja kecil di kawasan Masjid India.
Menurutnya, 10 anggota polis mengepung dan memukul beliau beberapa kali dan menyeret beliau ke Jalan Tunku Abdul Rahman sebelum dibawa ke Dataran Merdeka untuk dipukul beramai-ramai oleh polis berpakaian uniform tetapi tidak mempunyai pengenalan diri.
“Saya masih ingat, walaupun saya muntah, telinga dan hidung berdarah, ketika itu ada yang menjerit (polis) supaya mengambil telefon bimbit saya. Saya genggam poket sebelah kiri kerana ada telefon bimbit.
“Ada seorang menyeluk poket sebelah kanan dan saya rasa dia menarik sesuatu. Dalam trak (polis) baru saya sedar, lebih (RM) 200 dalam poket saya hilang.
“Patutlah pada masa itu, orang yang seluk poket itu terus lari. Saya pasti semua yang ada di kawasan itu adalah polis dan semuanya beruniform,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung kekerasan pihak polis terhadapnya.

Baju Hitam, Riben Kuning Tanda Solidariti Untuk Wartawan

SHAH ALAM, 2 MEI :Sempena memperingati Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 3 Mei ini, rakyat Malaysia diseru memakai baju hitam dan riben kuning sebagai tanda solidariti kepada warga media yang dikasari polis semasa perhimpunan BERSIH3.0 lalu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, orang awam harus berdiri dalam solidariti bersama pekerja media dan wartawan yang menjadi mangsa keganasan polis itu.
“Memang sah bahawa polis memukul para pekerja media apabila Perdana Menteri sendiri membisikkan maaf kepada wartawan The Sun, Radzi Razak yang dimasukkan ke dalam wad hospital selepas dipukul.

BERSIH 3.0 Berjaya Satukan Melayu Cina India Secara Praktikal

Puak asabiah tentu tidak mengerti gambar ini

Bagi mereka yang berfahaman asabiah menebal tidak akan mengerti gambar di atas


Bila terjumpa manusia dalam kesusahan, yang difikirkan otak mereka:

1. Adakah mereka sebangsaku?
2. Adakah mereka penyokong benda haram yang ditegah agamaku?

Nilai kemanusiaan hilang daripada puak-puak asabiah yang menebal ini.

Dalam fahaman mereka, lebih elok membiarkan seseorang itu mati tanpa pembelaan kerana fahaman sempit perkauman mereka.

Ini adalah sungguh tragis bagi sebuah negara yang sudah mencapai kemerdekaan selama 55 tahun.

Dalam Islam, jelas fahaman asabiah ini ditegah dan dicemuh.

Pertukaran saham MAS-AirAsia batal? Buat dulu fikir kemudian..!!!!

Saham Penerbangan Malaysia (MAS) AirAsia digantung daripada urus niaga pada jam 9 pagi hari ini ekoran pengumuman korporat yang belum selesai.

Menurut sumber, MAS dijangka mengumumkan pembatalan rancangan pertukaran saham dengan penerbangan tambang murah AirAsia.

Cadangan penggabungan bernilai US$364 juta (RM1.1 billion) mendapat tentangan hebat daripada kesatuan sekerja MAS mewakili 20,000 pekerja, yang bimbang perjanjian itu mirip pengambilan oleh pengasas AirAsia Tony Fernandes dan jenamanya serta bakal mengakibatkan pemotongan kos secara agresif.

Bawah perjanjian itu, Khazanah akan mendapat pegangan dalam AirAsia, manakala Tune Air, yang memiliki 26 peratus daripada AirAsia, akan mendapat saham di MAS.

- Reuters

My Bersih 3.0


KUALA LUMPUR, May 2 — This is not my first rally, and I doubt it will be my last.
I paid an early visit to Dataran at around 1.30 am on that fateful day, to see for myself the concertina wire (razor wire) the police were said to have placed around Dataran.
At that time I saw some personnel in a bucket truck placing, on lamp posts, what I later learned were possibly the radio jammers used to block mobile phones and internet access during the rally.
I was happy to see that the concertina wires were not placed in a pyramid fashion (two rolls on the ground, with one more on top sitting on the groove between the lower two), and that the wire was not securely fastened to the metal brackets, and in fact were casually looped over the fastening clasps.
This meant that they could be removed quickly if needed.
But I was worried that any crowd surge during the rally may push the lead row onto the wires, which can deliver very nasty injuries.

BERSIH 3.0: Polis Bertindak Secara Bacul

SHAH ALAM, 2 MEI : Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melepaskan gas pemedih mata dan menyembur air kimia kepada peserta Himpunan Aman BERSIH 3.0 Sabtu lalu disifatkan sebagai penakut dan bacul.
Menurut Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, tindakan membedil gas pemedih mata dan menembak air kimia kepada peserta BERSIH yang dihadiri warga tua, wanita dan kanak-kanak menyerupai kepada tentera di negara haram Israel.
” Tembakan gas rambang tidak disasarkan ke udara, malah ditujukan agak mendatar terus ke arah para himpunan yang menyaksikan ratusan rakyat tercedera,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Shuhaimi turut memberitahu, beliau mendapat maklumat awal pagi Sabtu lalu terdapat beberapa trak PDRM membawa ‘rakyat awam’ ke dalam kawasan perhimpunan dan berpendapat banyak provokator yang mencetuskan huru-hara yang bertindak di luar kebiasaan peserta Bersih 3.0 lain.
Katanya, taktik PDRM dengan meletakkan cawangan khas (SB) di himpunan tersebut sama sewaktu Reformasi 1998 yang jelas digunakan sebagai provokator mencetuskan keadaan huru-hara dan menyalahkan rakyat awam yang berhimpun aman pada mulanya.

DAP: PM mesti minta maaf atas kekasaran polis

DAP menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memikul tanggungjawab penuh berhubung dakwaan kekasaran polis dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

haijan omar 290412Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, "bencana" yang berlaku pada hari itu berpunca daripada keputusan menghalang orang ramai daripada berhimpun di Dataran Merdeka.

Pua juga menuntut Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein membuat permohonan maaf segera terhadap kekasaran terhadap wartawan dan orang awam.

"Keputusan kerajaan BN itau mengundang bencana, dan Najib yang menggambarkan dirinya sebagai perdana menteri reformis harus memikul tanggungjawab penuh berhubung kegagalan itu," katanya yang juga anggota parlimen Petaling Jaya Utara.

Nik Aziz: Umno terdesak siar foto aksi lucah

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengutuk keras laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia ini yang menyiarkan gambar aksi lucah didakwa memaparkan seorang lelaki yang mirip timbalan presiden PKR Azmin Ali.

"Apa yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan budaya seks songsang.

"Kenapa isu-isu seperti ini yang diangkat untuk mendapat keuntungan politik?
"Saya lihat Umno sudah sangat terdesak sehingga tindakan menyiarkan gambar-gambar seperti ini pun sudah menjadi halal," katanya di Facebook.

Keterangan untuk gambar disiarkan di muka depan itu antara lainnya disebut akhbar milik Umno itu sebagai "aksi panas dengan seorang wanita di dalam tandas."

Laporan itu juga menyebut, gambar berkenaan merupakan sebahagian daripada sejumlah foto yang dikutip daripada blog pro-Umno 

Haramkan kempen pilihan raya?

FARUSH KHAN
Apa nak hairan kalau kempen pilihan raya boleh jadi pesta!
Itu sekali-sekala, sedangkan kemalangan yang berlaku setiap hari itu, sebagai contoh, pun boleh memeriahkan suasana.
Seekor lembu dilanggar kereta di jalan raya, ratusan kenderaan terperangkap di laluan sejauh 5 kilometer kerana yang di dalam kenderaan hendak lihat apa jadi pada lembu dan kereta.
Seorang hamba ALLAH terbaring di jalan akibat terjatuh motosikal, dua orang tampil memberi bantuan, 140 orang lagi berdiri keliling dan menonton. Kan itu perkara biasa!.

Bersih 3.0 Miri : Perhimpunan Aman Kalau Pihak Keselamatan Bekerjasama

PAS Miri

Perhimpunan Aman Di Miri Tanpa Sebarang Kekecohan

MIRI - Perhimpunan aman BERSIH 3.0 dan Hijau yang pertama kali diadakan di hadapan pejabat daerah Miri pada 28hb April 2012 telah mendapat sambutan yang hangat dari penduduk bandaraya Miri.

Perhimpunan aman ini dianjurkan oleh pihak NGO dengan kerjasama pertubuhan politik telah menarik ramai pihak menyertainya termasuk pihak yang menentang pembinaan Empangan di Baram.

Orang ramai yang datang dan berkumpul seawal jam 2 petang dengan kerjasama dengan pihak keselamatan telah melicinkan perjalanan perhimpunan ini tanpa ada sebarang gangguan dari pihak tertentu.

Bersih 3.0: Suhakam sedia siasat


SHAH ALAM – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sedia untuk menjalankan siasatan berkenaan dakwaan mengatakan pihak polis mengenakan tindakan keterlaluan sehingga menyebabkan insiden ganas sewaktu perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara, Sabtu lalu.
Keperluan inkuiri awam dan terma rujukannya akan diputuskan sama ada hari ini atau esok.
Bagaimanapun, Pesuruhjayanya Suhakam, Mohd Shaani Abdullah berkata, pihaknya perlu meneliti laporan-laporan yang diterima sebelum memutuskan sudut siasatan yang akan dijalankan.
“Kami akan mengadakan mesyuarat esok (hari ini) atau lusa (esok). Inkuiri awam dan terma rujukan mengenai keputusan rasmi suruhanjaya untuk siasatan hanya akan diputuskan pada mesyuarat itu berdasarkan penjelasan tentang apa yang sebenar berlaku pada hari kejadian," kata beliau.

Bersih 3.0: Pemimpin Umno tuding jari sesama sendiri


KUALA LUMPUR, 1 Mei: Himpunan Bersih 3.0 mengakibatkan Umno semakin pening dan kini sibuk dengan pesta menuding jari antara satu sama lain, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Yang paling pening ialah (Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein)," katanya.

Menurut Mohamad, sebelum himpunan Bersih 3.0 itu, menteri tersebut menuduh beliau dan Ahli Jawatankuasa Bersih, Hishamudin Rais mengajak mereka yang berhimpun supaya masuk ke dalam Dataran Merdeka.

"Sedangkan yang sebenarnya kami ditugaskan oleh mesyuarat Jawatankuasa Bersih supaya berpesan kepada orang ramai terutama anak-anak muda yang berhimpun di sekitar kawasan itu supaya jangan memasuki Dataran Merdeka," katanya.

Selepas himpunan Bersih pula, kata Mohamad, Hishammuddin mendakwa pula bahawa tindakan polis merampas kamera wartawan adalah sebahagian dari garis panduan operasi polis (SOP).

More than meets the eye at the barricades

The government has much more to answer than Bersih over the outbreak of violence during Saturday's rally, says the electoral watchdog.
KUALA LUMPUR: There was possibly “more going on at the barricades than meets the eye” before it was breached during Saturday’s rally, said Bersih.
However, despite the cryptic hint, Bersih 3.0 said that it reserves further comment on the matter until “all the evidence is presented.”
“Apart from the video evidence to date, we are receiving information that there was possibly more going-on at the barricades than meets the eye which may have been misleading to the people near them as to whether they could go through,” Bersih said in a statement today, without explaining further.

Insyaallah, PR akan berjaya: asalkan jangan mendahului Tuhan

Kalau kita buat kajian yang serius, kekuatan PR tidak boleh kita nafikan dan ia telah terbukti dalam perhimpunan Bersih baru-baru ini. BN yang begitu gah selama ini sekarang sudah begitu kecil dan sokongannya sudah menirus.  BN sekarang ini ibarat tali gasing; lagi kehujung lagi mengecil.
BN mempunyai 14 komponan didalamnya, sedang PR hanya mempunyai 3 parti yang bergabung dan bekerjasama dengan motif yang satu, iaitu untuk menjadi alternatif yang efektif kepada pilihan rakyat dalam PRU yang bakal diadakan. Mengikut undi popular dari SPR, Pakatan Rakyat telah mendapat hampir 51 peratus sokongan rakyat dalam pilihanraya yang lalu, tetapi mereka (BN) mendapat lebih kerusi kerana kawasan yang dimenangi oleh BN merupakan kawasan yang mempunyai pengundi yang kecil.