Khamis, 26 April 2012

Siapa menindas dan siapa yang ditindas?

Oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Tatkala PAS memerintah keseorangan di Kelantan, tiada pun kedengaran pun ada suara yang menyatakan bagaimana Umno menindas PAS berdekad lamanya.Tatkala PAS memerintah Terengganu, tiada pun kedengaran suara yang menyatakan Umno zalim apabila menarik balik bayaran royalti minyak Terenganu. 

Rakyat Terengganu yang menyokong Umno tiga dekad lamanya, oleh kerana memilih PAS pada 1999 terus ditarik hasil royalti mereka.

Apakah umat Islam di Terengganu yang menyokong PAS pada 1999 telah tetiba berubah menjadi "tidak Melayu" di hati Umno?

Occupy Dataran bukan garis tetapi pertukaran sistem

"Saya rasa sudah sampai masa saya memberi pandangan yang lebih jelas lagi tentang #occupydataran semenjak saya,Fahmi Reza,Pik-Svonn,Melissa,Kia Meng,Aizat,Ehsan dan Mizan serta ramai lagi mula menggerakkan occupy dataran pada 30 julai 2011 jam 8.00 di bawah tiang bendera di dataran merdeka.

Pada mulanya kami menonton tayangan diskusi oleh Fahmi Reza tentang gerakkan Revolusi Sepanyol beberapa hari sebelumnya yang mana sebuah gerakkan menuntut sistem demkorasi tulen muncul di sepanyol 3 bulan selepas Revolusi Dataran Tahrir setelah rakyat sepanyol hilang kepercayaan pada kedua - dua belah parti politik dari kerajaan dan pembangkang iaitu Socialist (Kini Kerajaan) dan Conservative (Pembangkang).

DBKL rampas baju Bersih 3.0 di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus melakukan gangguan apabila merampas baju Bersih 3.0 yang dijual di Dataran Merdeka, awal pagi ini.
Tindakan bersifat provokasi itu dilakukan sekumpulan penguat kuasa DBKL kira-kira jam 1.45 pagi ini.
“DBKL mula lakukan provokasi. Rampas baju Bersih 3.0 yg dijual di Dataran Merdeka.
“Gunakan undang-undang sesuka hati. Rampas hak rakyat sesuka hati. Dataran Merdeka jadi Dataran Penjajah!” tulis twitter rasmi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), awal pagi ini.

AMK: Datuk Bandar Kuala Lumpur jangan angkuh

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyelar kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Ahmad Fuad Ismail  (gambar bawah) dalam beberapa respon beliau mengenai Perhimpunan Aman BERSIH 3.0 yang akan diadakan pada 28 April 2012.

Terdahulu, beliau menyatakan penolakan kelulusan kepada BERSIH untuk menggunakan Dataran Merdeka kerana kononnya perhimpunan ini bukanlah program bersifat nasional dan berteraskan politik.  AMK berharap Datuk Bandar tidak lupa apabila pada 27 Jun 2009, Dataran Merdeka juga menjadi medan pelancaran logo 1Malaysia yang jelas merupakan kempen politik berterusan UMNO-BN sehingga kini.

GAMIS seru mahasiswa turun Dataran Merdeka pada 28 April

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menyeru seluruh mahasiswa Malaysia untuk bersama-sama menyokong Duduk & Bantah BERSIH 3.0. GAMIS menyatakan sokongan penuh terhadap LAPAN tuntutan Bersih untuk mendesak kerajaan melakukan reformasi menyeluruh ke atas sistem pilihanraya di Malaysia.

GAMIS pada hari tersebut akan bersama-sama 84 NGO yang lain dan seluruh rakyat Malaysia di 41 buah bandaraya dan 14 negara akan berhimpun secara serentak untuk menyatakan solidariti bagi menutut pilihanraya yang lebih adil dan bersih.

At Least 16 Killed in Syria Blast

Chile students rally for free education

Debat KJ Dan Ambiga - Hujah Mengenai Persempadanan Dan PSC

Pemuda Umno jamin BERSIH 3.0, PRU-13 paling adil, telus

Debat KJ Dan Ambiga - Kalau Barisan Nasional Kalah Adakah Malaysia Aman?

USTAZ NAK JADI WAKIL RAKYAT TAK ? - Ust Azhar Idrus

UMNO… Dah Petanglah.

.Oleh : Asi Dani

Jam di papan muka kereta dah menunjukan pukul 2.25 petang, aku masih lagi memandu di lebuhraya. Hati agak rusuh bila melihat dereten kenderaan di hadapan, seharusnya pada masa ini aku sudah sampai di kedai kopi. Tetapi entah kenapa, kesesakan agak luar biasa pada siang hari ini.
Aku menghidupkan api rokok, tingkap kereta aku turunkan, terasa cukup berbahang apabila udara panas luar menerjah masuk ke dalam kereta.
Nun entah berapa meter di hadapan, lori simen sudah terbalik. Penyelamat sedang sibuk membersihkan jalan. Aku melepasinya dengan hati yang berbuku, “ Nak terbalik pun, tunggu petang-petang la..” Ayat merapu yang entah kepada siapa yang ingin aku tujukan.
Tiba-tiba telefon bimbit berbunyi.

Mengapa kita perlu sertai BERSIH 3.0 Sabtu ini


KUALA LUMPUR, 26 APRIL: DAP menyokong penuh dan akan menggerakkan ahli untuk Duduk-dan-Bantah Bersih pada jam 2 petang Sabtu ini untuk pilihan raya yang bersih, dan menyeru agar semua rakyat Malaysia menyertai perhimpunan Bersih di seluruh negara, khususnya di Dataran Merdeka.
Justeru, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengutuk keras tindakan dan amaran oleh pihak kerajaan, terutamanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, untuk mengharamkan bantahan secara aman ini dengan menakut-nakutkan orang ramai.
“Penggunaan taktik ketakutan ini hanya mendedahkan watak sebenar kerajaan BN yang kuku besi dan bersifat zalim.
“Masa sudah tiba untuk memastikan masa depan yang cerah dan bersih serta bebas daripada ketakutan. Hanya proses pilihan raya yang bersih dan tanpa salah guna kuasa oleh Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) boleh menzahirkan pemimpin-pemimpin yang dapat memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bersih demi kedaulatan Malaysia

Oleh Hafiz Zainuddin
Berdasarkan statistik program penyelesaian menyeluruh pekerja asing dan pendatang asing tanpa izin 6P di Semenanjung dan 5P di Sabah, kita boleh membayangkan sekurang-kurangnya di Selangor dan Kuala Lumpur jumlah tenaga kerja asing tanpa izin, atau kita kenali dengan nama Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), boleh memenuhi lebih dari enam stadium Bukit Jalil.
Jika kita ambil keseluruhan jumlah yang berdaftar, ia sudah hampir menyamai jumlah penduduk Pulau Pinang.

SPR milik UMNO?

Oleh Izmil Amri
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bukan parti komponen Barisan Nasional. Bukan kerjanya untuk melakukan tugas-tugas politik seperti memberi penerangan atau menepis tuduhan bagi pihak BN atau United Malays National Organisation.
Jika wujud rasa tidak percaya umum terhadap SPR, sepatutnya letak jawatan secara terhorrmat, bertepatan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
Tambah memalukan kalau sudah wujud bukti seperti yang didakwa Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution, bahawa kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR adalah ahli berdaftar UMNO.
Bila nanti didedahkan sebagai benar, seharusnya teruslah letak jawatan dan pergilah bercuti. Jika tidak boleh lagi berlaku adil dan amanah, dan terpaksa bersusah payah untuk menafikan tuduhan-tuduhan integriti yang sepatutnya dari awal tidak wujud, itu sudah kes berat.

Datuk Bandar KL pun nak jadi lebih UMNO dari UMNO?

Oleh Izmil Amri

Datuk Bandar Kuala Lumpur berasal dari Kedah Darul Aman. Beliau barangkali sampai ke Kuala Lumpur saat melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya, waktu mengaji Sejarah di sana.
Dari Kedah, beliau lanjut sampai ke Denver, di Amerika sana untuk mempelajari perhubungan awam di peringkat sarjana. Secara spesifik, beliau memilih pengajian strategik antarabangsa. Ini dapat kita korek dari laman web DBKL.
Sayangnya, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, meski lulusan sarjana perhubungan awam pengajian strategik antarabangsa dan berasal dari Kedah, gagal mempamerkan kemahiran perhubungan awamnya saat bersoal jawab dengan para wartawan.

Bersih 3.0 ujian bagi transformasi politik Najib


KUALA LUMPUR 25 APRIL – Perhimpunan Bersih 3.0 “Duduk Bantah” pada 28 April ini merupakan satu ujian penentu bagi “transformasi politik” Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan Malaysia negara “demokrasi yang terbaik di dunia.”
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang mengatakan bahawa untuk membuktikan kesungguhannya, Najib perlu membatalkan sebarang halangan dan bantahan terhadap perhimpunan aman “Duduk Bantah” Bersih 3.0 yang akan dihadiri oleh rakyat Malaysia yang ingin menuntut pilihanraya yang bersih, bebas dan adil di Malaysia, selain menarik balik pengharaman terhadap BERSIH.

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2012 VS Kenaikan Harga Barang di Malaysia?

Gaji 2012 Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2012 VS Kenaikan Harga Barang di Malaysia?
Hari ini awal-awal pagi tadi kalangan kakitangan awam sudah boleh menyemak akaun bank masing-masing untuk kemasukan gaji baru SSM 2012. Dan dengan kenaikan gaji kakitangan awam 2012 ini, tengahari tadi beberapa institusi kewangan sudah mula menjadi tumpuan di kalangan kakitangan awam, melibatkan urusan pinjaman bank….
Bukan semuanya begitu. Yang pastitnya, inilah masanya untuk kakitangan awam struktur semula kewangan mereka dan menggunakan peluang ini untuk menyimpan lebih banyak pendapatan mereka di institusi kewangan yang terpilih, disamping dapat menampung kos sara hidup yang semakin melambung tinggi ketika ini. Dan tidak lupa juga tanggungjawab membayar cukai pendapatan sebelum tarikh akhirnya pada 15 Mei 2012 ini.

Filem Altantunya & Scorpene siap sekali?

“Filem Altantuya” akan turut siap jika “kerjasama” Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebabkan siapnya “filem Scorpene”, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.”Rasa takut yang ditunjukkan dengan begitu ketara oleh Najib dan kerajaannya terhadap perbicaraan mahkamah mengenai urusniaga kapal selam Scorpene hakikatnya adalah suatu “kerjasama” yang akan menyebabkan terbongkarnya pelbagai isu yang tersembunyi dari pengetahuan rakyat dalam pembelian kapal selam tersebut.
“Sikap Najib dan kerajaannya hakikatnya membantu menyiapkan ‘filem Scorpene’,” katanya.
Jika sikap Najib dan kerajaannya itu menyebabkan “filem Scorpene” disiapkan, Mohamad yakin “filem Altantuya” juga akan turut disiapkan sekaligus.

50,000 mahasiswa akan sertai Bersih 3.0

Sejak pengumuman secara rasmi dibuat oleh pihak Gabungan Menuntut Pilihanraya Bersih & Adil (Bersih) tentang penganjuran himpunan Bersih3.0 pada 28 April ini di Dataran Merdeka, bermacam-macam respons dibuat oleh pelbagai pihak. Kini, hanya berbaki kurang 1 hari 20 jam 30 minit untuk acara itu berlangsung dan respons-respons itu masih berterusan.

Di pihak Pakatan Rakyat (PR), dari Ketua Pembangkang sehinggalah kepada ahli dan penyokong bawahan, semuanya menyatakan sokongan dan memberi komitmen penuh untuk menjayakan siri ke-3 himpunan seumpama itu sejak ia diadakan buat kali pertama pada tahun 2006.

Sikap Kerajaan Malaysia yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien, atas semangat ‘menghormati’ Akta Himpunan Amam 2011, memberi reaksi yang sangat berbeza berbanding ketika penganjuran Bersih 2.0, awal-awal lagi mengumumkan tiada halangan untuk himpunan itu diadakan.

28 April - ibu segala demo

Dataran Merdeka pada Sabtu 28 April ini akan menjadi sasaran 500,000 penunjuk perasaan. Lima ratus ribu warga Malaysia akan berkumpul di Dataran Merdeka untuk "Duduk Bantah".

Duduk Bantah di Dataran Merdeka adalah ibu segala tunjuk perasaan. Ini adalah ibu segala demo. Ini adalah ibu segala bantahan. Duduk Bantah di Dataran Merdeka ini adalah tanda bantahan rakyat.

Rakyat membantah kerana pilihan raya yang akan datang ini terbukti sebagai satu projek penipuan.

Pengerusi dan Timbalan SPR ahli Umno rupanya,..

PETALING JAYA - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz dan timbalannya, Mohd Yusof dan Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dicabar untuk menafikan mereka bukan ahli Umno bagi membuktikan benar-benar berkecuali.
Pakatan Rakyat (PR) membangkitkan perkara ini ketika desas-desus menyebut Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan dalam waktu terdekat sementara membangkitkan ketelusan SPR dalam mengendalikan pilihan raya.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pada dasarnya mana-mana ahli panel SPR sepatutnya tidak menganggotai parti politik supaya mereka kelihatan berkecuali dan dapat bertindak tanpa condong kepada mana-mana pihak. Sehubungan itu kata Saifuddin, beliau mempunyai bukti kukuh mengenai keanggotaan mereka dalam Umno - parti teras Barisan Nasional (BN).
“Saya tahu Aziz ahli Umno, cawangan mana, nombor ahli Umno. Satu-satu SPR di dunia, ketua dan timbalannya secara rasmi menjadi ahli politik yang bertanding dalam pili­han raya.

Benarkah mereka ini pengkhianat Negara?

  
Inikah muka-muka yang didakwa sebagai pengkhianat negara seperti yang didedah oleh AP Pokok Sena saudara Mahfuz Omar? Apakah mereka ini dipaksa  atau dengan rela hati dikambinghitamkan  semata-mata untuk melindungi kepentingan pihak atasan?. Kalau benar tiga individu utama ini yang mengepalai kerja khianat memberi kad pengenalan secara mudah kepada pendatang asing di negara ini alangkah malang dan durjananya tindakan mereka. Kerja terkutuk ini tidak seharusnya diberi keampunan!  Kepada SPRM,.. tolong siasat segera!  Siasat,  jangan tak siasat!

Dedah AURAT Sama JANTINA Tapi Berlainan AGAMA - Ustaz Azhar Idrus

IMAM Batal SOLAT Ketika SUJUD - Ustaz Azhar Idrus

AIR Mandi WAJIB Tak Cukup - Ustaz Azhar Idrus

HUKUM Makan AYAM Cucuk VAKSIN AJINOMOTO - Ustaz Azhar Idrus

BOB Lokman SILAP Makan KENDURI - Ustaz Azhar Idrus

Debat KJ Dan Ambiga - Hujah Mengenai Undi POS Dan Persempadanan

Debat KJ Dan Ambiga - Hujah Mengenai 8 Perkara Di Tuntut Oleh BERSIH

AMK gesa DBKL benarkan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka

BERSIH 3.0 : DBKL tutup Dataran Merdeka 48 jam mulai 6 pagi esok!


KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi esok sehingga 6 pagi Ahad ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan  Kuala Lumpur) 1992.

DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.

SPR: Pengundi diragui kekal hingga pengesahan JPN

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata nama 40,803 pengundi yang status mereka diragui perlu dikekalkan dalam Daftar Pemilih Induk sehingga status mereka disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
  
Beliau berkata undang-undang tidak membenarkan nama dalam daftar pemilih dipotong sewenang-wenangnya tanpa pengesahan oleh pihak JPN.
  
"SPR hanya memotong nama-nama mereka daripada daftar pemilih setelah mendapat pengesahan secara rasmi daripada JPN," katanya sebagai menjawab dakwaan SPR gagal membersihkan daftar pemilih dalam buku "Fakta Sebenar Di Sebalik Dakwaan dan Fitnah Terhadap SPR".

Petronas says not involved in Terengganu oil royalty settlement

KUALA LUMPUR, April 26 — Petronas confirmed today that the Terengganu government has withdrawn its RM2.8 billion oil royalty suit against oil company and Putrajaya, but stressed it has no links to any out-of-court settlement over the matter.
According to The Edge Financial Daily on Monday, the Barisan Nasional Terengganu government had withdrawn its civil suit against Petronas and the federal government on March 21 but did not provide details of its out-of-court settlement.

428 bakal menyaksikan kebangkitan kaum suri rumah tangga

Oleh Lim Hong Siang
Mungkin ramai yang akan terperanjat seandainya tarikh 28 April 2012 menyaksikan kebangkitan kaum suri rumah tangga untuk menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 dan Himpunan Hijau 3.0.  Apa yang pasti, BERSIH 2.0 memberi impak yang mendalam buat kaum ibu yang secara tradisionalnya bersikap dingin terhadap politik. 


 Apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas 9 Julai 2011, telah menyentuh hati ramai suri rumah tangga, khususnya mereka yang terdedah kepada maklumat dari internet.

Mursyidul Am PAS bertegas hadiri Bersih 3.0 wajib

KOTA BHARU: Selepas PAS membuat arahan secara rasmi agar menyertai Perhimpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah, kini Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.
Beliau menyeru seluruh rakyat di negara ini khususnya yang cintakan keadilan hadir pada Perhimpunan Aman Bersih 3.0 pada Sabtu, 28 April ini jam 2.30 petang.


Menurutnya, menghadiri perhimpunan itu suatu kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihan raya di negara ini yang tidak selari dengan Islam. “Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada Harakah di pejabatnya mengulas perhimpunan besar-besaran yang bakal diadakan di Dataran Merdeka itu.

WHAT SAY YOU NOW, EC: 'Temporary Resident' registered as voter

WHAT SAY YOU NOW, EC: 'Temporary Resident' registered as voterA holder of a MyKad bearing an expiry date and the words 'Pemastatutin Sementara' (Temporary Resident) issued by National Registration Department has apparently found her way to Election Commission’s database.
Blogger 'Amenoworld' discovered the 'temporary' MyKad holder, Noridah binti Dawi, who has a home address in Klang but is registered as voter in Sabah.
A check by Harakahdaily on EC’s database, based on the Mykad number 741217-12-5786, shows Noridah registered as voter in Silam parliamentary and Lahad Datu state constituencies.
However, her home address is given as "C-3-18, Jalan Batu Unjur 9, Sri Bayu Apartment, Taman Bayu Perdana, 41200 Klang Selangor".
Earlier, the discovery of a similar blue-colour MyKad was being intensely discussed on the internet. However, the temporary resident was not found to be a registered voter.
Prior to this, the EC said its recent correctional exercise meant that voters would be re-registered in a constituency based on their MyKad address. The move also affected Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim, whose name was moved to Lembah Pantai.

Hisham: Polis ambil tindakan perlu jika himpun di Dataran

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata polis akan mengambil tindakan perlu daripada aspek keselamatan sekiranya penganjur tetapi berdegil untuk meneruskan niat mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini.
  
"Kita sudah bertolak ansur dan telah memberikan alternatif kepada mereka untuk mengadakan perhimpunan di tempat lain... jika mereka berdegil jadi terserah kepada polis (untuk ambil tindakan perlu)," katanya.
  
Beliau berkata polis bertanggungjawab memastikan ketenteraman awam terpelihara dan tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak.
  
"Saya harap pihak penganjur dapat berhimpun di tempat alternatif yang ditawarkan atas semangat transformasi politik dan perubahan yang dilakukan kerajaan, jadi semua pihak perlu menyumbang ke arah pembinaan demokrasi sihat dan matang," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
  
Ditanya apakah tindakan yang mungkin dilakukan polis sekiranya perhimpunan itu tetap diadakan di Dataran Merdeka, Hishammuddin berkata "ia bergantung kepada tindakan pihak penganjur".
  

4,000 unit amal Bersih kawal perhimpunan Duduk Bantah

KUALA LUMPUR, 26 April: Seramai 4,000 petugas unit amal Bersih disediakan pada perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di lapan lokasi di seluruh negara.
Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga, berkata unit itu bertujuan memastikan perjalanan himpunan berlangsung dalam keadaan aman tanpa provokasi mana-mana pihak.
“Petugas terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik. Mereka dikerah menjaga keselamatan orang ramai di lapan lokasi seluruh negara. Kita mahu perhimpunan paling aman,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Justeru, beliau menyeru rakyat Malaysia yang mahu pilihan raya bersih, hadir beramai-ramai bagi menyuarakan bantahan terhadap sistem pilihan raya di negara ini.

Rosmah, it's the people who are feeding you and yours: Not the other way around

Rosmah, it's the people who are feeding you and yours: Not the other way aroundIt is widely reported on the new media circuit that the wife of the Honourable Prime Minister in addressing some university students recently, had admonished the audience (and meant for all students nationwide) to not "bite the hand that feeds you".
Now what on earth is this? Datuk Seri Najib can you please enlighten us the citizens of this land that you are leading. The least you can do is to approach your spouse to explain to you in the privacy of your home what she meant in all earnest.
And when you do get an answer, you probably will appreciate why readers are taking an issue with those words reportedly uttered by Datin Seri Rosmah. You will also be able to appreciate the fact that people at every teh tarik session are sneering at this latest episode involving your spouse again.

Himpunan Hijau to go ahead with solidarity walk

The movement's chairman confirms they would walk in solidarity with Bersih even if the prime minister removes Lynas' temporary operating licence.
KUALA LUMPUR: Himpunan Hijau, which is opposing the Lynas Advanced Material Plant (LAMP) in Kuantan, today confirmed that its walk on Saturday will go on even if Prime Minister Najib Tun Razak cancels Lynas’ temporary operating licence (TOL).
“We’re not backing down. We offered an opportunity to resolve the issue but it was not taken up. We will go ahead with the walk in solidarity with Bersih 3.0,” said Wong Tak, the movement’s chairman, at a press conference at the Selangor Chinese Assembly Hall here.
“We said we’ll call off our rally if the government cancels the TOL but we’ll go ahead nevertheless and walk in support of Bersih 3.0.”

UM to probe trio over anti-PTPTN demo

Wawancara Khas bersama Setiausaha Agung PKR part 4

Malaysia's 6 prime ministers: When did the corruption and racism begin?


Malaysia's 6 prime ministers: When did the corruption and racism begin?Many of us may have asked; when and why did the racial divisions in Malaysia start and who is to blame? Obviously, the racial divide did not exist in old Malaya, where the different races could live together in harmony in the kampongs (villages) and small towns. Now, it seems that we are forever at the brink of racial tension or even racial war. In fact, jihad (holy war) has been declared several times by the Umno-linked Perkasa against the Christians as well as the Chinese.
We should also ask why a-still-young-nation with all the potential to be prosperous could so quickly face impending bankruptcy. Also, what has happened to patriotism; did it burn out or was it never really instilled into our hearts? To find out, we have to go back in history.
The starting point

Keep it peaceful: Bar to cops, DBKL

The police are more than capable of making sure that Bersih 3.0 runs smoothly this Saturday, says the Bar Council president.
PETALING JAYA: Keep the peace, protect rally-goers and work with Bersih 3.0′s organisers this Saturday, April 28.
This was a message by Bar Council president Lim Chee Wee to the authorities, particularly the police and Kuala Lumpur City Hall (DBKL).
“The Bar calls on the police to permit all walks and public assemblies, and the activities leading up to them, to take place peacefully and with minimal intrusion and disruption.
“…while ensuring public order and protecting the safety of all participants,” he said in a press statement.

Malaysians brace for nation's largest-ever people's rally, Bersih 3.0

Malaysians brace for nation's largest-ever people's rally, Bersih 3.0 Never in Malaysia's history has there been such open resentments toward the government until recently. Never too has the government been given the middle finger in such a decisive way, with the people voting for the opposition in 2008, giving Opposition Leader Anwar Ibrahim and the Pakatan Rakyat an unprecedented number of seats in Parliament and control of five states.
Indeed, never in the nation's history has corruption been so high and rampant as now. Never too has national debt ballooned to RM460 billion and edging the country towards bankruptcy. And never in Malaysian election history has the government increased the number of voters by hundreds of thousands, openly and unashamedly using illegal immigrants.
Malaysia has always been blessed with an industrious people whose hard work and toil have set the economy chugging along despite government wastage, leakage and outright corruption. Yet the decline in the economy has been marked and impossible to ignore. Look at the recent RM500 cash aid to households earning below RM3,000 per month. That alone speaks volumes for the loss in value of the ringgit, eaten away by spiraling inflation and costs of living. And never have Malaysian children been burdened with debts, forced to take on study loans, just as they are starting their lives.

BERSIH 3: Lara Jiwa Merangkul Damba Sebuah Kebangkitan

pada rasa nan sendu
pada hati nan pilu
pada lidah yang keluh
pada pasrah yang patuh
pada mata nan sayu
pada jiwa-jiwa yang luluh
pada hati budi yang lumpuh….

Persatuan Belia Kristian Malaysia juga sokong BERSIH 3.0

Dua hari sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 berlangsung di Dataran Merdeka, Persatuan Belia Kristian Malaysia (PBKM) membuat kenyataan terbuka, menyusul langkah Persatuan Belia Buddhist Malaysia (PBBM) untuk menyatakan sikap mereka yang positif terhadap BERSIH 3.0.

Malah, PBKM menyeru agar Perdana Menteri Najib Razak memandang serius tuntutan rakyat, dan menggesa agar semua pihak memandang positif perhimpunan Duduk Bantah.

Polis ulangi langkah halang BERSIH 3.0 dengan perintah mahkamah?

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menerima khabar bahawa polis telah mengulangi langkah memohon perintah mahkamah untuk menghalang perhimpunan BERSIH 3.0, yang bakal berlangsung pada 28 April 2012.

Di samping itu, Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein bersikap keras untuk memberi amaran kepada BERSIH, bahawa polis akan mengambil tindakan yang perlu seandainya penganjur meneruskan niat mereka untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka pada 28 April.

Demonstrasi 70 lokasi seluruh dunia, Bersih 3.0 bakal pecah rekod dunia

KUALA LUMPUR, 26 April: Perhimpunan Duduk Bantah sempena Bersih 3.0 bakal menjadi perhimpunan terbesar dalam sejarah berikutan ia dianjur serentak di 70 lokasi seluruh dunia, kata Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga.
Beliau berkata, perhimpunan itu sekali gus bakal memecahkan rekod dunia kerana belum ada penganjur berjaya mengadakan demonstrasi di 70 lokasi di 52 negara secara serentak, setakat ini.
“Saya jangka ia perhimpunan terbesar apabila ia diadakan serentak seluruh dunia. Suara rakyat akan bergema di seluruh dunia untuk menyatakan bantahan mengenai kepincangan sistem pilihan raya di Malaysia,” katanya.

SPR tubuh pasukan penguatkuasa pemantau kempen p'raya

NONEPasukan Penguatkuasa Pemantau Kempen pilihan raya akan diwujudkan di setiap kawasan parlimen dalam pilihan raya ke-13 kelak bagi memastikan pilihan raya yang disifatkan paling getir dalam sejarah negara ini berjalan lancar, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
  
Katanya pasukan berkenaan akan dianggotai SPR, polis, pihak berkuasa kerajaan tempatan dan wakil-wakil calon yang akan bertanding.
  
"Setiap kawasan parlimen akan diwujudkan satu pasukan. Bagi kawasan parlimen yang luas, kita mungkin wujudkan lebih daripada satu pasukan," katanya kepada pemberita selepas memberikan taklimat berhubung pasukan penguatkuasa pemantau kempen pilihan raya ke-13 yang dihadiri parti-parti politik Pahang di Kuantan hari ini.
  

SPR umpama ‘pengadil’ dengan baju BN

KUALA LUMPUR 26 April: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar wajib meletak jawatan kerana pembabitan mereka dalam Umno.
“Pengadil perlawanan bola sepak bukan sahaja wajib adil, malah perlu dilihat adil di mata penonton. Kalau mereka turun ke padang dengan jersi salah satu pasukan, itu namanya bukan pengadil.
“Maka, Pengerusi SPR, Abdul Aziz dan Timbalannya, Wan Ahmad wajib meletakkan jawatan,” kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dihubungi KeadilanDaily.

Pakatan sambut gesaan Ambiga BN tangguh PRU


PBS: Suruhanjaya Diraja perlu ‘suci’ daftar pemilih SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mengalu-alukan gesaan Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga agar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, ditangguhkan sehingga daftar pemilih dibersihkan daripada senarai nama pengundi diragui.

Kedua-dua komponen PR, Pas dan DAP berpendapat bahawa PRU13 tidak sepatutnya diadakan sehingga daftar pemilih benar-benar bersih daripada senarai nama yang meragukan, dianggarkan sekitar 42,000 orang.

"Memang pendirian Pakatan Rakyat bahawa kerajaan perlu memastikan daftar pemilih yang akan digunakan bersih daripada senarai nama-nama pengundi yang meragukan.

Anak kesal SKM tak boleh diharap pertahan KPF


KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kesal terhadap Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang tidak memenuhi janji untuk menyiasat aduan mengenai perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Presidennya, Mazlan Aliman (gambar) berkata, mereka menuntut tribunal tersebut kerana pelantikan pengerusi KPF mempunyai kaitan dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia.

Ini kerana Isa merupakan antara orang yang dilihat sangat bersungguh-sungguh untuk menyenaraikan FGVH ke Bursa Malaysia.

Namun katanya, sehingga hari ini, SKM tidak pernah memanggil wakil Anak untuk membantu siasatan seperti yang dijanjikan.

Duduk Bantah bakal jadi perhimpunan mega sejarah

KUALA LUMPUR: Duduk Bantah pada perhimpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu ini, adalah mega sejarah kepada negara ini, kata Pengerusi bersama Bersih 3.0, Datuk A Samad Said.
“Duduk Bantah bukan cebisan sejarah, bahkan ia adalah mega sejarah,” kata Sasterawan Negara itu ketika ditemu bual aktivis sosial, Hishamuddin Rais di konti Radio Bangsar Utama, malam tadi.
Radio Bangsar Utama adalah radio internet bertema Berani Langgar, Laporan Jelas yang diwujudkan baru-baru ini, sempena Bersih 3.0 dan Pilihan Raya Umum (PRU) 13.
Mesra dengan panggilan Pak Samad, beliau percaya himpunan itu sememangnya menjadi hasrat majoriti rakyat Malaysia.

NFC: Kita tak takut malah bersedia, kata Rafizi

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli memberitahu beliau tidak gentar untuk berdepan sebarang tindakan undang-undang ekoran tindakannya yang berterusan mendedahkan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Malah menurut Rafizi, beliau sudah bersedia sejak awal lagi untuk berdepan sebarang kemungkinan dan jika didakwa di mahkamah, beliau menganggap itu peluang untuk mendedahkan keseluruhan maklumat kepincangan dalam NFC.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pengerusi NFC Datuk Seri Dr Mohamad Salleh yang membuat dua laporan polis terhadapnya hari ini.

770 peneroka saman Felda RM422 juta

Peneroka daripada lapan tanah rancangan di Pahang menyaman Felda atas dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah yang dikatakan melibatkan nilai sehingga RM433 juta.

palm oil palm kelapa sawit 201107Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan oleh 770 peneroka daripada Felda Chini dan Felda Chini Timur di Pekan melalui tetuan Daim & Gamany tengah hari ini.

Mereka mendakwa ditipu dalam kadar perahan minyak kelapa sawit.

Peneroka menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan dan mendakwa kedua-dua pihak menggredkan hasil minyak sawit lebih rendah daripada sepatutnya sejak 17 tahun lalu.

Peguam R Sivarasa berkata, kadar perahan digredkan secara purata 18.5 peratus ketika Lembaga Minyak Sawit Malaysia mencadangkan kadar sekurang-kurangnya 22 peratus.

Pemantau antarabangsa kutuk pelaksanaan sistem pilihan raya Malaysia

KUALA LUMPUR 26 April: Pemerhati Misi Antarabangsa Pencarian Fakta Tentang Pilihan Raya (IFFMEM) mengutuk sistem pilihan raya di Malaysia kerana memberi masa berkempen terlalu singkat.
Senator Bebas Australia, Nicholas Xenophon berpendapat, 10 hari tempoh kempen terlalu singkat berbanding negara lain yang memperuntukkan sekurang-kurangnya 21 hari.
“Di Australia, calon bertanding diberikan sekurang-kurangnya 33 hari manakala di India dan Pakistan 90 hari,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, selepas pertemuan dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Pada pertemuan itu, Nicholas turut menyatakan kekecewaannya terhadap akses media di negara ini yang tidak bebas selain pembersihan senarai pemilih yang tidak diberi perhatian kerajaan.

SPR: Isytihar ahli Umno atau keluar parti


KUALA LUMPUR: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar perlu menjelaskan sama ada mereka ahli Umno atau isytihar keluar parti.

Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (gambar) berkata, jika benar dakwaan mengatakan mereka adalah ahli Umno, ia tidak sepatutnya berlaku.

"Sangat-sangat terkilan, tidak profesional di dalam menjalankan amanah yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong untuk menzahirkan kepercayaan awam," katanya kepada Harakahdaily.

MCA says members can join Bersih 3.0 rally

KUALA LUMPUR, April 26 - MCA gave its green light today to members interested in participating in Bersih 3.0 despite rejecting the group's reason for holding the protest this Saturday.
MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek told a press conference here that the party would not take action against members who choose to join the rally for free and fair elections out of respect for their democratic right to assemble.
"Bersih has the right to hold its demonstration... the Peaceful Assembly Act was passed last year," he pointed out.
But despite this, Dr Chua (picture) stressed that Bersih's accusations against Barisan Nasional (BN) and the Election Commission regarding discrepancies in the electoral roll are grossly inaccurate.

Siswa ajak peserta BERSIH berkhemah awal

Kumpulan mahasiswa dan aktivis yang berkhemah di Dataran Merdeka hampir dua minggu lalu bagi menuntut pemansuhan pinjaman pelajaran mempelawa penyokong BERSIH menyertai mereka di ibu kota bermula malam ini.

Solidariti Mahasiswa Malaysia dan "Occupy Dataran" dalam kenyataan bersama mereka meminta orang ramai berkumpul selama dua malam sebelum perhimpunan BERSIH pada 28 Apri ini.

Demo PTPTN: UM dakwa 3 pemimpin SMM


Logo PTPTN
 Tiga penuntut Universiti Malaya (UM), yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan demonstrasi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di ibu negara dua minggu lalu, berhadapan dengan tindakan disiplin di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).
Tiga penuntut itu terdiri daripada Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang, Setiausahanya Haziq Abdullah Abd Aziz dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini menerima notis tindakan disiplin hari ini.

Pas Selangor Turun Menunjukkan Sokongan Pada Mahasiswa


KUALA LUMPUR, 26 APR : Pas Selangor mengadakan lawatan ke perkhemahan aktivis mahasiswa yang telah berkampung lebih 12 hari di Dataran Merdeka sini bagi menyatakan sokongan terhadap kempen pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman yang hadir sambil ditemani beberapa penyokong menegaskan, pemansuhan PTPTN ini bukanlah isu politik Pakatan Rakyat.
Sebaliknya ia merupakan hak rakyat dan perkara ini turut diakui oleh beberapa ahli Umno-BN yang ditemui beliau sendiri.

Pengerusi SPR, timbalan patut letak jawatan




KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melantik individu lain yang bebas, jujur dan adil dalam memastikan perjalanan pilihan raya benar-benar berlangsung di atas padang yang sama rata.


Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusoff dan Timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan serta merta ekoran dakwaan bahawa kedua-dua mereka adalah ahli Umno.

Aktivis lancar BERSIH 3.0 di Mekah, Madinah

Sekumpulan aktivis hari ini melancarkan perhimpunan BERSIH 3.0 di dua kota suci umat Islam, Mekah dan Madinah, dua hari sebelum perhimpunan yang dirancang untuk diadakan pada 28 April di Kuala Lumpur.

Debate On Electoral Reform: Ambiga vs Khairy - Opening Speech

Debate On Electoral Reform: Ambiga vs Khairy - Opening Speech

Please Give Us The Commitment For A Clean Election

A. Samad Said: Kalau Pilihanraya BERSIH, mereka (yang bantah) akan diber...

BERSIH 3.0: Jawapan segala FITNAH UMNO terhadap bersih

Peneroka diperdaya tandatangan surat bank

Forum Rakyat : Bersama YB Dr. Nazmi

Forum Rakyat: : Bersama YB Siti Zailah Binti Mohd Yusof, Ahli Parlimen Rantau Panjang

Himpunan Hijau - We will meet at KLCC as planned

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Langkap, Perak

Wawancara Khas bersama Setiausaha Agung PKR part 3

Wawancara Khas bersama Setiausaha Agung PKR part 2

Wawancara Khas bersama Setiausaha Agung PKR

FMT Raw with Ambiga on Bersih 3.0 (Part 1)

Occupy Dataran Day 13: So far so good

'Tanah bekas IPD diberi pada syarikat senator Umno'

NONENaib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini mendakwa, pemberian tanah bekas tapak ibu pejabat polis daerah (IPD) Brickfields dekat Kuala Lumpur kepada sebuah syarikat pemaju mempunyai kaitan dengan seorang senator Umno.

Tanah yang dirujuk sebagai "PT 20 (Lot 18) Seksyen 94A Bandar Kuala Lumpur (DBKL)" diberikan kepada Syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd sebagai balasan (land swap) membangunkan Balai Polis Jalan Travers yang tidak jauh dari situ, dakwa Izzah.

Izzah mendakwa, Senator Mariany Mohamad Yit antara anggota lembaga pengarahnya.

Anwar jemput pemantau asing desak Putrajaya laksana pembaharuan pilihan raya

Ahli-ahli kumpulan pemantau asing mengambil bahagian di dalam sebuah sidang akhbar di Parlimen, 26 April 2012. — Gambar oleh Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 26 April — Pakatan Rakyat (PR) telah menjemput sepasukan pemerhati asing untuk memantau sistem pilihan raya di negara ini dan dipercayai untuk mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan perubahan terhadap sistem berkenaan sebelum pilihan raya umum ke-13.