Rabu, 25 April 2012

Bersih: We meet at Dataran!

Occupy Dataran Berpindah Ke Lokasi Baru

50,000 muslimat PAS dijangka sertai Bersih 3.0


KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) menganggarkan tidak kurang 50,000 ahli dari seluruh Malaysia akan menyertai Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusuf (gambar) berkata, DMPP mensasarkan 1,000 orang bagi setiap Dun dan surat pemberitahuan telah dikeluarkan oleh pusat ke setiap negeri dan kawasan.

Kaum India tanpa IC dianggap orang asing

NONEKerajaan secara sistematik menghilangkan kerakyatan masyarakat India dengan menggolongkan mereka sebagai orang asing, dakwa Naib Presiden PKR N Surendran.

Seramai 300,000 masyarakat India didakwa tidak mempunyai kad pengenalan biru MyKad, surat beranak atau kedua-duanya sekali, dakwa Surendran dalam sidang media di Petaling Jaya.

Mengetengahkan permohonan seorang wanita Periakkah Nagan pada 2011, Surendran mendakwa, Jabatan Perkhidmatan Negara (JPN) menafikan pengelasannya bawah Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan.

Pas syor calon semua kerusi Parlimen, Dun Perlis


Hashim-Jasin
KANGAR - Pas Perlis menghantar senarai nama bakal calon bagi semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu kepada Pas Pusat sebagai persediaan parti itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.
Pesuruhjaya Pas negeri Hashim Jasin berkata, tindakan mereka menyenaraikan nama di semua kerusi adalah sebagai persiapan "kalau-kalau terjadi sesuatu" dalam soal calon di kalangan parti-parti pembangkang di negeri ini, yang memerlukan pengisian dibuat di kalangan calon-calon Pas.
Bercakap kepada Bernama di sini, Hashim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sanglang, berkata DAP mungkin sedang berbincang dengan PKR dalam pengagihan kerusi dan Pas hanya membuat persiapan yang perlu.

Pemansuhan ISA, Kerakyatan Warga Asing dan Hujjah Merapu

Memberi ceramah di seluruh Negara pada setiap malam ada juga akibat buruknya. Saya tidak berkesempatan untuk melakukan kerja penulisan dan blogging oleh kerana sentiasa berada di Parlimen atau di atas jalan raya. Namun begitu, Alhamdulillah, hari ini ada kelegaan sedikit apabila kembali dari Padang Terap maka dikosongkan program untuk hari ini, kecuali pada sebelah malam, maka siang ini dapat jugalah saya cuba menulis.

Kes Scorpene: Zahid ‘Cakap Tak Serupa Bikin’


 
SHAH ALAM, 25 APR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini disaran agar mengotakan kata-kata beliau yang sebelum ini mendakwa bersedia berkerjasama untuk menegakkan keadilan berhubung isu yang membabitkan isu komisen kapal selam scorpene.
Menurut Badrul Hisham Shahrin atau dikenali sebagai Chegu Bard yang merupakan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, Zahid telah mengeluarkan kenyataan tersebut apabila isu ini dibangkitkan pada tahun lalu.

Abim seru 'pencinta kebenaran' sertai BERSIH 3.0

Pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyeru golongan "pencinta kebenaran" supaya turut sama menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.
Dalam satu kenyataan hari ini, presidennya Amidi Abdul Manan turut menyatakan sokongan ke tuntutan yang dikemukakan oleh penganjur perhimpunan itu.

Mahasiswa terus bertahan di Dataran Merdeka


KUALA LUMPUR: Biarpun beberapa kali dirempuh penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), semangat anak-anak muda yang berkhemah di Dataran Merdeka tidak patah, yang kini sudah masuk hari ke-12.

Dilarang mendirikan khemah, kini mereka duduk berpayung dari terikan matahari di sebuah sudut di Dataran Merdeka.

Jika sebelum ini mereka berkumpul di sudut berdekatan air pancut, selepas ditutup dengan pita kuning DBKL, mahasiswa ini beralih ke arah padang.

Seorang mahasiswa yang telah berada di sana sejak 12 hari lalu, Alif Asyraf, berkata mereka cuba bertahan untuk terus berada di dataran tersebut hingga menjelang himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

Bersih 3.0 ke Lebuh Raya Demokrasi

Oleh Abd Shukur Harun
Hanya tinggal dua hari saja lagi menuju 28 April, Dataran Merdeka dan sekitarnya, di tengah jantung Ibu Kota akan bermandi cahaya kuning, dengan kedatangan ratusan ribu rakyat prihatin untuk menuju ‘Lebuh Raya Demokrasi’ melalui Himpunan Bersih 3.0.


Kita masih ingat, dengan puisi Unggun Bersih Sasterawan Negara A. Said dan puluhan ribu orang yang berhimpun pada 9 Julai tahun lalu, tembok tebal rasa takut rakyat sudah diruntuhkan. Rasa takut sudah mengakhiri zamannya dan digantikan dengan keberanian.

Interfaith group: Support Bersih 3.0, all religions demand fair play and transparency

Interfaith group: Support Bersih 3.0, all religions demand fair play and transparencyThe Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) supports Bersih's right to assemble peacefully at Dataran Merdeka on 28th April, 2012. lt is their Constitutional right to Assemble Peacefully which is guaranteed in our Federal Constitution by Article 10(1Xb) which provided "all citizens have the riqht to assemble peacefullv and without arms".
Bersih's demands for clean and fair elections should be supported by all including their call for electoral reform which is also in accord with Universal religious values.
All religions demand fairplay
All religions support amongst others, principles of Justice, fairplay, transparency and that no undue advantage is enjoyed by any party to the exclusion of the other.

PRU 2008: BN capai majoriti mudah dengan 19% undi

"Anda bukan ditakdirkan miskin, tetapi anda direka untuk menjadi miskin oleh sistem ini."  Kata-kata ini dipetik oleh pengasas Tindak Malaysia, PY Wong ketika mendedahkan bahawa Barisan Nasional hanya memerlukan 19% daripada jumlah undi untuk memenangi kerusi Dewan Rakyat dengan majoriti mudah dalam PRU 12 pada tahun 2008.

Demikianlah masalah "Malapportionment" (kegagalan pengagihan), yang ditemui dalam kajian Ng Chak Ngoon.  BN hanya memerlukan 19% daripada jumlah undi untuk memenangi 50.4% kerusi pertama dalam PRU 12, dan 19% ini tertumpu di kawasan kampung.

Nurul Izzah pertahan kerusi Lembah Pantai


Nurul Izzah pertahan kerusi Lembah Pantai
PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan bertanding mempertahankan kerusi Lembah Pantai jika diberi peluang oleh partinya, sekali gus menafikan desas-desus mahu beralih ke bahagian Permatang Pauh.
Wakil rakyat penggal pertama ini menyerahkan kepada pucuk kepimpinan untuk membuat keputuan muktamad tentang kerusi yang harus ditandinginya.
Nurul Izzah berkata, beliau bertanding di Lembah Pantai empat tahun lalu atas keputusan parti, dan dengan itu, "akan akur kepada sebarang keputusan parti" kali ini.

Jangan sampai SPR digelar 'Sorok Pengundi Ragu'

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar menyokong penubuhan suruhanjaya diraja bagi menangani isu pengundi ragu atau hanya akan digelar sebagai "Sorok Pengundi Ragu".

Menurutnya, jika SPR benar-benar jujur terhadap isu kewujudan lebih 40,000 pengundi ragu, mereka seharusnya turut sama mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat perkara itu.

"SPR sepatutnya merebut kesempatan untuk membuktikan bahawa daftar pemilih yang ada kini dan segala tindak tanduknya adalah bersih dari sebarang penyelewengan dengan menyatakan persetujuan dan kesediaannya menghadapi suruhanjaya diraja itu.

BERSIH 3.0: MP, Adun PR Perlu Kenal Pasti Pengundi

 
PETALING JAYA, 25 APRIL: Semua Adun dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Selangor digesa supaya bekerja dengan lebih keras bagi memastikan daftar pemilih di kawasan masing-masing berada di tahap terbaik sebelum Pilihanraya umum ke 13 (PRU-13) berlangsung bila-bila masa dari sekarang.
Ini di sebabkan terdapat banyak kes daftar pemilih bertindih dan meragukan berlaku hampir di seluruh negara terutamanya di negeri-negri yang ditadbir Pakatan Rakyat seperti di Selangor.
Gesaan ini disuarakan oleh Penganalisis Politik, Dr Ong Kian Ming yang melihat hanya pembersihan daftar pemilih yang telus mampu mengukuhkan cengkaman gabungan Pakatan di negeri ini.

4 aktivis Dataran dakwa ''dikasari" DBKL

Anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa telah mengkasari empat individu, termasuk dua orang pelajar, yang ditahan semasa DBKL menyerbu perkhemahan mereka di Dataran Merdeka petang semalam, demikian menurut laporan polis.
Dalam laporan polisnya, Ekhsan Bukharee Badarulhisham, 20, mendakwa sekurang-kurangnya lima anggota DBKL mengkasarinya dalam serbuan pada kira-kira jam 12.30 tengahari.
Ekhsan mendakwa dia cuba meleraikan satu pergelutan, tetapi ditarik oleh lima atau enam anggota DBKL, diheret ke jalan raya dengan kasar, dan dicampak ke atas jalan.

BERSIH 3.0: SPR Takut Kerana Salah

 
PETALING JAYA, 25 APRIl: Kegagalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mahupun wakilnya untuk hadir sebagai panelis dalam Forum BERSIH 3.0 anjuran Tindak Malaysia nyata mengecewakan pelbagai pihak.
Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 3.0, Dr Wong Chin Huat berkata pihak SPR sepatutnya hadir bagi membuktikan keyakinan kepada orang ramai terhadap mereka memandangkan sebelum ini banyak pendedahan keraguan di dalam sistem pilihanraya di negara ini.
“Bak kata pepatah Melayu, berani kerana benar, takut kerana salah. Kalau Tan Sri Abdul Aziz percaya apa yang dilakukan itu sah seharusnya di datang ke sini,” katanya.

PTPTN : Aktivis Mahasiswa Bertahan, Dikunjungi Wanita Misteri

 
KUALA LUMPUR, 25 APR: Aktivis Mahasiswa yang mahukan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan masih bertahan di Dataran Merdeka untuk hari yang ke 12 hari ini meskipun berada dalam keadaan terpaksa berpanas dan berhujan.
Dalam tinjauan TVS pagi ini, mendapati kanopi yang sebelumnya didirikan bagi tujuan Konsert Diraja Sabtu lalu telah dijadikan tempat berteduh mahasiswa terbabit juga telah diturunkan oleh kontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Tindakan tersebut menyebabkan kumpulan mahasiswa terbabit memindahkan barang-barang mereka kira-kira 15 meter dari kanopi yang dibuka dan menggunakan sekaki payung yang lazimnya digunakan oleh peniaga bagi mengelakkan panas dan hujan.

Bersih 3.0 : Tak cukup masa untuk tukar lokasi

Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 Datuk Ambiga berkata pihaknya tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengubah lokasi perhimpuan ke Stadium Merdeka sepertimana yang dicadangkan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail.

"Kami menghadapi masalah dengan masa. Kami tidak boleh menukar lokasi. Hari ini hari rabu, kalau kami membuat pengumuman esok, ia hanya ada dua hari.

"Kami percaya kalau kami tukar tempatnya sekarang, ia akan memberikan kekeliruan kepada rakyat, sama ada berkumpul di Dataran Merdeka atau di Stadium Merdeka," katanya yang ditemnui selepas pertemuan dengan Ahmad Fuad.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya tetap akan mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka kerana pertukaran tempat pada saat akhir akan mengelirukan rakyat yang hadir memandangkan tempoh masanya adalah singkat.

FORUM BERSIH - Oleh Dr Wong Chin Huat

Mayor say no, Bersih 3.0 proceed

Pakatan Rakyat berwatak Istimewa untuk memerintah

Pra PRU-13: Perang Bendera

Dataran arrests: No show by IO

Amaran keras Datuk Bandar kepada BERSIH

Forum BERSIH - Oleh Dr Ong Kian Ming

DBKL diminta buka ruang rundingan

FORUM BERSIH - Dato' Ambiga Sreevenasan

DBKL salahguna kuasa

Civilians bear brunt of Sudan clashes

Mengapa perlu demonstrasi di Dataran Merdeka

BERSIH 3.0 mensasarkan 500,000 rakyat berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Duduk dan bantah atau "sit in protest" yang dianjurkan oleh gabungan 84 NGO tersebut menuntut agar kerajaan Malaysia menerima lapan tuntutan yang dikemukakan oleh mereka.

Setakat ini hanya satu sahaja tuntutan BERSIH yang diterima iaitu penggunaan dakwat kekal. Itu pun banyak helahnya.

Masih ramai yang tidak percaya dakwat kekal akan digunakan berikutan penipuan kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum ke 12 apabila penggunaan dakwat kekal dibatalkan empat hari sebelum mengundi.

Ugutan Pencacai UMNO : Amaran keras Datuk Bandar kepada BERSIH

Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Ahmad Fuad Ismail memberi amaran kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dan penyokongnya bahawa tindakan keras akan diambil jika mereka meneruskan hasrat untuk berhimpun di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Bertegas dengan keputusannya tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan untuk perhimpunan tersebut, Ahmad Fuad menegaskan tindakan yang sama akan diambil sepertimana tindakan terhadap kumpulan mahasiswa anti-PTPTN yang 'berkampung' di tempat yang sama.

Nik Aziz: 'Helo menteri Pusat, jemput ke pejabat saya jika lawat Kelantan'


Nik Abdul Aziz Nik Mat
SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dukacita kerana menteri-menteri dan timbalan menteri Kerajaan Pusat yang datang ke negeri itu tidak pernah mengunjungi pejabat beliau kecuali dua anggota Kabinet.
Nik Aziz berkata, Kelantan adalah sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang menteri besar, yang seharusnya menteri atau timbalan pusat mengunjunginya selaku ketua kerajaan di negeri yang mereka lawati.
“Dia nak datang tu, datanglah, (Kelantan) tetapi kalau boleh datanglah ke pejabat menteri besar, sebab dia ada kerajaan dan ada ketuanya sendiri.

Duduk Bantah sukarkan Umno-BN pertahan kuasa

Oleh SAFAR JUMAAT
UMNO-BN mahu menghimpunkan setengah juta penyokongnya sempena Ulangtahun Kelahiran Umno, 11 Mei depan tetapi apabila Bersih 3.0 sudah menganjurkan “Perhimpunan Duduk Bantah” seramai 500,000 di Dataran Merdeka, tiba-tiba pemimpin Umno panik!
Rancangannya, gelombang perhimpunan besar-besaran itu akan membawa momentum mahu memberi suntikan semangat kepada para pekerja Umno-BN bagi membolehkan PRU13 diumumkan Perdana Menteri.

DBKL - doormat for Najib and Hisham when it should be cleaning streets and clogged drains

DBKL - doormat for Najib and Hisham when it should be cleaning streets and clogged drainsAs the 13th GE clocks ticks away, looks like every agency and institution is being canvassed or roped in to do a do-or-die-together act these days.
DBKL's tough action against the non-violent and peaceful sit-in by university students at the Independence Square clearly demonstrates this do-or-die-together paranoia.
And their quick denial for Bersih 3.0 assembly at the Independence Square is again another knee-jerk do-or-die-together response.
Why is BN shaking so jittery in its foundations? There must be more than merely wanting to stay on in power despite having enjoyed the glory for over five decades.

“Duduk Bantah” sekat kepincangan PRU13

Untuk mengekalkan kuasa yang telah bertahan sehingga 54 tahun, Umno-BN ‘bermain’ dengan undi pos dan ‘bermain’ dengan undi hantu. Manakala rakyat tidak ada kuasa untuk menyanggah dan bersuara. Itu antara yang dibangkit Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Dato’ A Samad Said sewaktu diwawancara wartawan Harakah, NYZA AYOB pada 12 April lalu di Dewan Perhimpunan China, Kuala Lumpur. Ikuti pandangan tajam Sasterawan Negara ini tentang “Perhimpunan Duduk Bantah” yang akan diakan pada 28 April ini di Dataran Merdeka.

Christians, Muslims and all faiths: Don't stay home and pray, go 'Duduk Bantah' and pray!

Christians, Muslims and all faiths: Don't stay home and pray, go 'Duduk Bantah' and pray!Should Christians support Bersih 3.0? I say yes, without any hesitation. The Bible bids us to stand up and make a difference in times like this. It’s our Christian Mandate. Read, for example, St Paul’s epistle to the Christians in Rome living under Imperial Caesar.
Let every person be subject to the governing authorities. For there is no authority except from God, and those that exist have been instituted by God. (Romans 13:1 ESV).
Yet many Roman Christians chose to defy the governing authorities of the day by not worshiping Caesar and were thrown to the lions for the Emperor’s amusement. The Roman Empire imploded subsequently.
Government and the governed
Two things come to mind about this verse. The first is the symbiotic relationship between the government and the governed. The other is the fact that it is God who puts or allows governments to be in power regardless of the form they take. However, the choice of governments is obviously left to the people unless we expect God to descend from heaven and impose His will in the forthcoming general elections or GE 13.

'Zahid, rakyat akan biaya anda ke Paris'

Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi tidak patut menjadikan alasan pembiayaan untuk mengelakkan diri daripada menghadiri inkuiri berhubung pembelian kapal selam Scorpene di Paris, kata NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Anggota sekretariatnya Cynthia Gabriel berkata, Zahid sepatutnya mengutamakan soal akauntabiliti dan ketelusan kerana perbelanjaan ketenteraan datang daripada wang pembayar cukai rakyat Malaysia.

Najib ‘gabra’ hadapi teka-teki PRU13

Oleh LIM HONG SIANG
TARIKH PRU13 kekal menjadi rahsia peribadi Perdana Menteri, Najib Razak, tanpa menjanjikan sama ada kesemua 22 syor penambahbaikan proses pilihan raya yang dicadangkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) sempat dilaksanakan sebelum PRU13.
Najib menegaskan sebermulanya bahawa pilihan raya di Malaysia dikendalikan dengan bersih dan adil, malah menekankan, “We are all for clean and fair election.”

Terdesak Duit : FGVH akan disenarai tanpa KPF

Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berkata Koperasi Permodalan Felda (KPF) tidak akan menyertai penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) sebagai pemegang saham.

Sebaliknya, bahagian peneroka itu akan dipegang oleh satu badan amanah yang akan diumumkan kelak, kata Isa dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, golongan peneroka akan mendapat lebih keuntungan melalui langkah tersebut.

Katanya, langkah alternatif itu diambil memandangkan Felda kesuntukan masa untuk menyenaraikan FGVH di Bursa Malaysia.

Do the Sultans need Umno?

Do the Sultans need Umno?
If one were to ask what the symbol of unity is for the Malaysian race, the answer would most probably be the King. It only needs for the King to declare, “Rakyat Beta”, and this will touch the heart of all his subjects – Malays and non-Malays, Muslims and non-Muslims. And since independence, the country has adopted democracy and a constitutional monarchy in governance.
In some democratic countries, such as Thailand, when political parties fail to form a government because of extreme ideological differences or violence the monarchy becomes the succour. The monarchy is apolitical and they remain so to earn admiration and respect from their subjects.
Apolitical
In a democracy the monarchy is more representative of the people and do not defend vested interests of any party. And beyond that they are expected to espouse exemplary character in them, stay away from lavishness in their lifestyle and should not be belligerent or violent towards their subjects. Excessive luxuriousness of the monarchy would not portend well in a country where there are still many who are underprivileged and living in poverty.

Dari Perlis ke Sabah: Warisan Umno – penuh kekecewaan dan kegagalan

Dari Perlis ke Sabah: Warisan Umno – penuh kekecewaan dan kegagalanPada bulan Mei 2010, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala telah mengejutkan negara dengan mengumumkan bahawa Malaysia akan muflis menjelang 2019 jika kerajaan tidak mengurangkan subsidi dan mengekang pinjaman. Menjelang akhir 2011, hutang Negara kita adalah pada RM460bilion dan masih meningkat.
Kemudian kami telah dikejutkan dengan penemuan oleh pemikir ekomik MIER pada Januari 2012 bahawa jika tiada apa yang dilakukan untuk membalikkan trend semasa dalam perbelanjaan kerajaan dan pendapatan, ekstrapolasi mencadangkan bahawa hutang negara Malaysia akan meletus kepada 100peratus daripada KDNK menjelang 2019.
Tetapi UMNO-BN masih tidak peduli tentang perkara itu, malah diabaikan sama sekali. Sepanjang itu kita terkejut dan masih berasa jijik mengenai kejatuhan RM250juta NFC, yang didedahkan Ketua Pembangkang parti PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kita semua juga biasa dengan skandal tidak terkira banyaknya yang dibuat oleh UMNO-BN dalam tempoh 56 tahun lalu di peringkat kebangsaan, tetapi tidak banyak yang telah ditonjolkan pada peringkat negeri, seolah-olah semuanya baik di sana.

3 PERKARA TENTANG BERSIH 3.0


1.Nik Aziz: Hadir BERSIH wajib
"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.-MKINI

2.Menteri ulangi, BERSIH 3.0 tak gugat keselamatan
Kementerian Dalam Negeri hari ini membenarkan sebarang perhimpunan aman pada masa akan datang termasuk Bersih 3.0 yang akan dianjurkan di ibu negara pada 28 April ini kerana ia dianggap sebagai tidak menggugat keselamatan negara.-MKINI

3.HSBC nafi halang k'tangan hadiri BERSIH
HSBC Bank Malaysia Bhd telah menafikan mengeluarkan sebarang memorandum kepada kakitangannya melarang mereka daripada menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu ini.-MKINI

APA LAGI,PAKAT TURUN RAMAI2 SABTU INI 28/4/12

PR pula yakin tawan Putrajaya, kekal Selangor


PR pula yakin tawan Putrajaya, kekal Selangor
SHAH ALAM - Sekiranya Barisan Nasional (BN) yakin menawan Selangor dan Kedah, Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah Kerajaan Negeri sejak Mac 2008 yakin mengekalkan kuasa selain menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, kenyataan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bahawa pihaknya berkeyakinan akan menawan Selangor adalah tidak tepat.
Tengku Adnan dalam temu bual bersama Sinar Harian semalam berkata BN yakin dapat merampas semula Selangor dan Kedah dalam PRU13 berdasarkan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat terhadap perikatan itu.

Pondan Sepanyol : Pengusaha bas 'diberi amaran' jangan angkut aktivis Himpunan

NONEDengan tiga hari lagi menjelang perhimpunan BERSIH 3.0, Himpunan Hijau menuduh Kementerian Pelancongan di belakang komplot untuk menghalang gerakan itu membawa penyokongnya dari Kuantan ke perhimpunan tersebut di Kuala Lumpur.

Presidennya, Wong Tack mendakwa pengusaha bas pelancongan di
Kuantan menerima tekanan daripada kementerian tersebut untuk tidak menyewa sebarang bas kepada gerakan anti-Lynas itu.

Ekoran itu, Wong (kanan) mendakwa, lapan bas pelancong yang sepatutnya membawa penyokong Himpunan ke Kuala Lumpur, telah menarik diri.

Dolak-dalik SPR semarakkan Bersih 3.0

Benarlah kata pepatah orang tua, bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Terdesak dengan pendedahan demi pendedahan dari pelbagai pihak terutamanya Bersih 3.0, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya terpaksa membuka mulut.
Bagaimanapun kata-kata yang terhambur daripada pemuka SPR khususnya Pengerusi badan itu tidak membantu merungkaikan kemusykilan malah menimbulkan lebih banyak persoalan.

Sistem pendidikan yang songsang di bawah UMNO menggagalkan penyatuan kaum

Sistem pendidikan yang songsang di bawah UMNO menggagalkan penyatuan kaumUMNO masih gagal dalam menyatu padukan rakyat Malaysia walaupun setiap hari ketuanya melaungkan slogan 1Malaysia. 1Malaysia tidak membawa apa-apa erti dalam konteks pendidikan negara jika masyarakat masih berpecah belah. Rakyat pada hari ini masih melihat unsur-unsur kelainan layanan kepada penduduk yang berbeza etnik walaupun negara sudah mencapai kemerdekaan hampir 6 abad yang lalu.
Bumiputera dan bukan bumiputera
Apakah UMNO ikhlas apabila membicarakan perihal perpaduan kaum di Malaysia atau ini hanya merupakan suatu retorik, impian atau ideologi politik semata-mata? Setelah 55 tahun negara merdeka, kita masih melihat sistem pendidikan negara yang diamalkan sekarang tidak dapat menawan hati rakyat Malaysia.

Ratu boros Rosmah beri amaran kepada pelajar: Jangan tak tahu mengenang budi

Ratu boros Rosmah beri amaran kepada pelajar: Jangan tak tahu mengenang budiNampaknya PM Najib dan isteri Rosmah Mansor telah sekali lagi tersilap dalam memberi komen ke atas isu terbaru ini.
Semakin keadaan tegang memuncak di kalangan belia negara atas kos pendidikan yang semakin meningkat, kerajaan Najib meluluskan beberapa siri penyelamatan dan pembelian kepentingan yang terang-terangan memihak kepada kroni perniagaan, Rosmah juga membuat percubaan mempertahankan suaminya.
"Ada satu pepatah Inggeris yang mengatakan Don’t bite the hand that feeds you (jadi jangan tak tahu mengenang budi)," Bernama melaporkan Rosmah berkata demikian dalam ucapannya pada majlis pelancaran A Step to University di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) tahun 2012 pada hari Ahad.

Hisham gets his Bersih comeuppance: Is it legal or illegal, asks court

Hisham gets his Bersih comeuppance: Is it legal or illegal, asks courtHome Minister Hishammuddin Hisham has been ordered by the High Court to clarify his ban on the Bersih 2.0 movement, which staged a rally for free and fair elections last year, in contrast to his recent comments that Bersih was not a threat to national security.
“The judge has taken notice of recent activity, and is concerned on the position of Home Minister on Bersih. He seems to be alright on Bersih’s activities, but it seems to be banned. His recent conduct says otherwise," Bersih lawyer Aston Paiva to reporters on Wednesday.
Bersih co-chairman Ambiga Sreenevasan had filed a legal suit to challenge the Home Minister's ban on the movement.
Despite Prime Minister Najib Razak conceding that the police crackdown against the July 9 2011 protesters was overly harsh, his government has insisted on keeping Bersih an outlawed movement, with the government-controlled media frequently calling it an 'illegal' entity.
According to Aston, the judge could not reconcile the ban imposed in 2011 with Hishammuddin’s recent comments.

Bersih 3.0 : Berjoging sambil menyindir DBKL

Dalam hujan lebat lewat petang semalam, sekumpulan pengguna Internet berpakaian kemeja-t Kuning berjoging sekitar Dataran Merdeka sebagai respons sinis kepada penegasan Datuk Bandar bahawa tempat itu hanya boleh digunakan untuk "acara nasional, sukan dan kebudayaan".
NONE
Penganjur Chong Kok Siong menguruskan acara itu melalui Facebook pada Isnin dan menerima akuan penyertaan daripada 49 orang dengan 36 lagi mempertimbangkan menyertainya.

Walaupun hujan menyebabkan kehadiran kurang, peserta yagn hadir tetap meneruskan hasrat mereka.

Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Liau Kok Fah, antara peserta perhimpunan itu berkata, ramai penyokong terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan tidak dapat menyertai program joging itu.

NONEPelari berhimpun berdekatan Tugu Negara sebelum berlari ke Dataran Merdeka, melakukan empat pusingan di padang dan kembali, meliputi jarak kira-kira 5km.

Auntie Bersih seru golongan tua sokong BERSIH 3.0

Anne Ooi, yang lebih dikenali sebagai 'Auntie BERSIH', menggesa golongan tua keluar beramai-ramai Sabtu ini bagi menyokong desakan BERSIH bagi pilihan raya yang bersih dan adil.

NONEDalam klip video yang disiarkan di Facebook Ahad lepas, Anne, 66, menyeru mereka bangkit menyokong perhimpunan tersebut.

Beliau berharap lebih ramai golongan tua mengambil pendirian
mengenai isu penting itu.

"Saya minta orang tua, 60 tahun macam saya, jangan biar (pada0 budak-budak, polis selalu tangkap mereka, bantai mereka," katanya.

NONEWalaupun sudah berusia ketika menyertai kempen reformasi sistem pilihan raya, Auntie Anne tegas dalam menyatakan komitmennya menyokong gerakan tersebut.

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, 77, turut dipaparkan klip video tersebut di mana beliau berkata pengalaman usia boleh digunakan dengan bijaksana.


azlan

Persada seru ahli turun Bersih 3.0

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Kelantan Darul Naim di Selangor dan Kuala Lumpur (Persada) sebagai sebuah NGO bebas menyokong sepenuhnya sebarang usaha ke arah memastikan PRU di Malaysia telus, bersih dan profesional.

Persada juga berpendapat, penganjuran Himpunan Bersih 3.0 'Duduk Bantah' adalah satu tindakan yang proaktif dalam mencapai hasrat murni seluruh masyarakat yang cintakan keadilan dan integriti.

Hakim arah menteri jelaskan pengharaman BERSIH 2.0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menuntut penjelasan lanjut daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengisytiharkan gabungan proreformasi pilihan raya BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan tidak sah tahun lalu.

NONEHishammuddin (kanan) kemudiannya bertukar pendirian apabila membenarkan BERSIH 3.0 atas alasan ia bukan ancaman kepada keselamatan, berbeza dengan keadaan sebelum 9 Julai apabila perhimpunan seumpamanya dianjurkan.

Hakim Datuk Rohana Yusof meminta penjelasan itu daripada hakim kanan persekutuan Azizan Md Arshad dan mengarahkan menteri berkenaan supaya memfailkan afidavit berhubung perkara itu sebelum 10 Mei.

Rohana akan menyampaikan keputusan terhadap permintaan BERSIH pada 15 Mei untuk memeriksa balas Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, dan untuk mendapatkan 1,706 laporan polis yang difailkan terhadapnya sebelum perhimpunan tahun lalu.

Peguam Aston Paiva, yang mewakili BERSIH dalam mencabar pengharaman kerajaan, memberitahu perkara itu kepada pemberita selepas beliau dan Azizan bertemu hakim di kamar.

Samseng Pondan Sepanyol : Rumah Mazlan Aliman disimbah cat merah

Gabungan Tanah Rakyat (TANAH) cukup kesal dengan pihak-pihak tertentu yang cuba mengancam dengan menyimbah cat berwarna merah di rumah Pengerusi TANAH yang juga Presiden (Persatuan Anak-anak Peneroka Generasi Kedua) ANAK, Mazlan Aliman.  Kejadian ini disedari oleh isteri Mazlan pada jam 3.30 pagi selepas beliau balik daripada suatu program ceramah di Parit Sulong.  Isteri beliau terhidu bau cat minyak di bekalang rumahnya di FELDA Bukit Ramon, Kulai Johor.

Kejadian ini merupakan kejadian ketiga berlaku dalam tempoh masa satu minggu di Negeri Johor.  Pertama berlaku pada 19 April di Markaz PAS Air Merah, Mersing dan keduanya pada 22 April 2012 di kedai makan Setiausaha Persatuan Anak Pengerang (PAP), Azhar Mansor dan kejadian ketiga berlaku di rumah Mazlan Aliman (gambar kiri) pada awal pagi 24 April 2012.

Dari Occupy Dataran Ke Bersih 3.0

4 Mahasiswa dibebaskan dengan jamin polis

PTPTN mesti mansuh dulu

APA pun PTPTN mestilah dimansuhkan dulu serentak dengan pengumuman pelajaran percuma hingga ke universiti.

Beban pertama yang perlu ditangani ialah membebaskan para pelajar dari hutang  sejak hari pertama melangkah ke universiti atau kolej.

Dalam sistem sekarang baik kaya dan apa lagilah miskin sebaik melangkah ke menara gading disediakan dengan hutang yang berbunga. Sebaik bekerja dan sejak gaji bulan pertama terpaksa membayar hutang.

Mahfuz: Tibai Macam Sitcom Komedi

SHAH ALAM 24 APRIL : Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Penubuhan Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) sebagai satu lawak jenaka yang layak dijadikan satu sitcom komedi.
Kelab TIBAI yang dilancarkan pada 22 April lalu diwakili 28 orang Ahli Majlis Syura yang terdiri daripada bekas-bekas pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) termasuk bekas Naib Ketua Angkatan Muda PKR, Muhammad Zahid Md Arip sebagai Mursyidul Amnya, Johari Md Yassin, Ng Lum Yong, Wan Indra Putra, Ruslan Kassim, Nazmi Rusly, Ummi Hafilda Ali, Hamidzun Khairuddin, Anuar Shaari dan Rahimi Osman, manakala Datuk Zulkifli Nordin dan Senator Ezam Mohd Noor merupakan penasihat TIBAI.

Tanah sokong Bersih 3.0 pada 28 April ini


KUALA LUMPUR: Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) yang terdiri daripada gabungan 70 pertubuhan NGO dan parti politik  menyokong himpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada Sabtu, 28 April ini di Dataran Merdeka.


Pengerusinya, Mazlan Aliman (gambar) berkata, ahli-ahli dan penyokong Tanah seramai 10 ribu orang akan berarak bermula daripada Menara Maybank di Puduraya mulai jam 1.30 petang menuju ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Ahli dan penyokong Tanah akan berpakaian putih berlambang Pulau Batu Puteh yang menjadi salah satu tuntutan untuk dibicarakan semula. Kain lilitan kuning akan di ikat pada tangan sebagai tanda sokongan Tanah kepada Bersih 3.0,” katanya dalam kenyatan kepada Harakahdaily.

Unggun Bersih 3.0 Sudah Mulai Nyala

Oleh Mohd Sayuti Omar
Suasana himpunan Bersih - Duduk dan Bantah kini mulai hangat. Wap dan petanda KL akan banjir dengan manusia Sabtu depan sudah makin jelas. Kalau beberapa hari lalu Bersih seperti sejuk dan tidak ghairah, kini suhunya sudah berlainan. Di mana-mana orang sudah mulai bercakap fasal baju kuning dan Bersih.  Dadah juga sudah mendidih dan bulu tengkok sudah merinding. Begitu juga para pasukan keselamatan sudah mula membuat perancangan masing-masing bagaimana untuk menghadapi armada Bersih.