Seorang siswa kolej tidak mengaku bersalah hari ini atas dakwaan menghalang tugas pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang cuba menahan seorang aktivis Occupy Dataran di Dataran Merdeka dalam satu kejadian semalam.
Umar Mohd Azmi yang genap usia 23 tahun hari ini, didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas dakwaan menghalang tugas pegawai tersebut, Mohd Masran Mamat daripada menahan aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.
Pengerusi Bersama Bersih ini berkata kepada The Malaysian Insider, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) “tiada asas” menolak permohonan Bersih untuk melaksanakan perhimpunan di sana, malah akan bekerjasama dengan polis dan DBKL untuk perhimpunan Sabtu ini.
“Secara jujurnya saya percaya tiada bantahan untuk menggunakan Dataran Merdeka dan kami akan memberi kerjasama penuh dengan pihak berkuasa supaya perhimpunan itu nanti berjalan lancar, termasuklah DBKL.
“Saya tiada mandat untuk mengubah lokasi berkenaan tanpa perundingan dengan NGO lain,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas.
“Kami akan berbincang dengan mereka tapi masalahnya kami kesuntukan masa,” tambahnya.
Sementara itu, Pengerusi Bersamanya, Datuk A. Samad Said berkata, pihaknya tetap mahukan perhimpunan itu dijalankan di Dataran Merdeka, walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak memberikan kebenaran untuk mereka berhimpun di lokasi bersejarah tersebut.









Dalam kehangatan perdebatan ini, ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba memesongkan isu dengan memberi gambaran bahawa dasar pendidikan percuma tersebut akan menyebabkan pembiayaan sara hidup (yang kini diberikan melalui PTPTN) akan dihapuskan sama sekali.








