Selasa, 17 April 2012

Pinjaman PTPTN (UIA Gombak) - Ustaz Azhar Idrus

Juham sedia wakili pelajar saman UniMAP


Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda PAS Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Universiti Malaysia Perlis hari ini yang telah menjatuhkan hukuman amaran keras, denda RM100  dan menggantung selama 66 hari seorang Mahasiswa mereka iaitu Mohd Izuwan Zaini kerana didakwa menganjurkan suatu Perhimpunan “Watch 13”.
Terdahulu, JUHAM telah pun menghantar representasi dan bantahan awal kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar UniMAP memaklumkan kecacatan prosedur dan hak asasi yang tidak dipatuhi oleh pihak universiti sebelum daripada Perbicaraan lagi.

Namun, UniMAP tetap berdegil dan meneruskan dengan Perbicaraan Tatatertib terhadap mahasiswa terbabit.

Bersih 3.0 Protest in London


  
BERSIH 3.0: DUDUK BANTAH
SOLIDARITY WALK FROM MALAYSIAN HIGH COMMISSION
ENDING IN A SIT-IN AT UK PARLIAMENT (OLD PALACE YARD)
SATURDAY 28 APRIL, 11.30AM – 2PM 
BERSIH (the Coalition for Clean and Fair Elections) calls on all Malaysians in the United Kingdom to join hands on Saturday 28 April for the worldwide sit-in  DUDUK BANTAH! 
Following the historic and significant impact of the BERSIH 2.0 walk last July, this solidarity protest will coincide with a sit-in demonstration in Kuala Lumpur on the same day in Dataran Merdeka. 

Date: Saturday 28th April 2012 
Start point: Malaysian High Commission, Belgravia 
For a solidarity walk ending with a Sit-In outside Parliament  
(OLD PALACE YARD) 
Time: 11.30am-2pm 

BERSIH 3.0 has been called to voice the rakyat’s dismay and grave concerns about the Malaysian government and Election Commission’s refusal to undertake meaningful electoral reform prior to the 13th General Elections. Join hundreds of other Malaysians passionate about the democratic future of our country. Electoral fraud, corruption and voter discrimination must be brought to an end and meaningful democratic reform implemented, NOW! 
Join the BERSIH 3.0 global movement at the Malaysian High Commission, Belgravia on Saturday 28 April 2012 at 11.30am to make your voice heard! 
Please show your support by signing up to the BERSIH 3.0 Facebook group! You can also read the recent Press Statement (April 4, 2012) to learn more about BERSIHs demands and recommendations.  

For further enquiries, or if you would like to volunteer on the day, please contact: 
SUARAM International ( suaraminternational@suaram.net )

Bila Tuan Guru Nik Aziz bercerita pasal wanita


Oleh Rizuankini

DI BELAKANG setiap lelaki tersohor, berdiri seorang insan bergelar wanita dan isteri yang menjadi tunggak kekuatan diri dan keluarga.

Bagi Datuk Nik Aziz Nik Mat, kebahagiaan itu dapat dirasakan setiap kali tidur di riba isterinya apabila letih atau kurang sihat.'Kalau saya selesema, saya kadang-kadang akan tidur atas riba isteri. Itu hiburan bagi saya

Menangis atas riba isteri, melahirkan rasa penat saya. Alhamdulillah, saya dapat isteri yang tidak banyak mulut,' kata Datuk Nik Aziz mengenai isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak apabila ditanya apa rahsia kebahagiaan rumah tangga mereka. 

Rosmah jangan ganggu menteri wanita Najib!

Oleh RUHI HAYATI THANI
TEKA-TEKI yang dinantikan jawapan akhirnya terjawab. Najib Razak terpilih sebagai Menteri Wanita selepas terundurnya Shahrizat Abdul Jalil dengan ribuan kisah gelapnya.
Menyentuh peristiwa itu, ada sumber dalaman Pergerakan Wanita Umno berkata, selepas pertemuan antara exco dan Ketua Wanita Umno negeri sejurus pengunduran Shahrizat itu, maka ramai yang mahu sama ada Najib atau Muhyiddin memangku Menteri Wanita itu.

Jadi mungkin bukan Najib yang ingin pikul amanah golongan wanita. Najib mungkin terpaksa. Di bibirnya mengukir senyuman, di hatinya derita siapa yang tahu? Ya, oleh sebab pilihan raya makin dekat, Najib tidak sempat kaji buruk baik penerimaan amanah golongan wanita.

Was Umno lawyer sent by Najib, Rosmah to cover up Scorpene-Altantuya case

Was Umno lawyer sent by Najib, Rosmah to cover up Scorpene-Altantuya case
A PKR lawmaker exposed in Parliament today a letter allegedly penned by prominent lawyer Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah (picture) claiming that he has been sent by the Prime Minister and his wife on a “sensitive legal assignment” abroad that “must be completed before the general election”.
The letter, according to Saifuddin Nasution (PKR-Machang), was addressed to Chief Justice Tan Sri Ariffin Zakaria, Court of Appeal president Tan Sri Md Raus Sharif Chief Judge Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin on March 23, and seeks for a postponement of Shafee's cases from April 2 to 25.
The lawmaker, who exposed the matter when debating amendments to the Penal Code, read several paragraphs of the letter in his possession.
“We write to Yang Amat Arif on the above matter as we seek to appraise Your Lordships of a specific development whereby Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah has been appointed on behalf of the government of Malaysia, in particular by Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak and Datin Paduka Sri Rosmah Mansor, to undertake a sensitive legal assignment overseas that must be completed before the general elections (which is rumoured to be very soon),” he read.

Bersih 3.0 kembali: Sasar 500,000 disebalik berkemungkinan masalah

Bersih 3.0 kembali: Sasar 500,000 disebalik berkemungkinan masalahTidak gentar dengan tanda-tanda yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai niat untuk mencetuskan masalah, Bersih 3.0 mensasarkan kehadiran 500,000 pada perhimpunan April 28 nanti.
Menurut ahli jawatankuasa Bersih, Maria Chin Abdullah, ini bukanlah satu jumlah yang tidak realistik kerana duduk dalam perhimpunan ini akan diadakan di seluruh negara.
"Setengah juta. Ianya bukan hanya di Malaysia. Di peringkat global, kita nampak peningkatan dalam bilangan bandar yang menyertai. Di Dataran Merdeka, kami menjangka tidak kurang daripada 50,000," katanya pada Middle Malaysia podcast , dihoskan oleh perunding media Oon Yeoh.
"Jika mereka membiarkan kita dan hanya mengawal lalulintas, saya jangka kita boleh dapat ratusan ribu."

Dr M yang panik beritahu Najib utk adakan PRU “sekarang” sebelum semua peluang musnah

Dr M yang panik beritahu Najib utk adakan PU “sekarang” sebelum semua peluang musnah Risau Najib akan buat pusing U sekali lagi, bekas perdana menteri Mahathir Mohamad segera menegaskan bahawa mengadakan PRU 13 seawal mungkin adalah keputusan yang terbaik disebabkan wujud kemarahan dikalangan rakyat yang semakin meningkat.
“Mahathir sekarang merasa gelabah dan sedikit panik. Nampak gayanya ia tidak akan surut. Tiada yang dapat menyelamatkan Umno-BN dan semakin lama Najib melenggah, semakin baik peluang pihak pembangkang untuk menang,” ujar timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.
Deang berhati-hati untuk memuji Najib yang selama ini dicemuh kerana kurang effektif dan mahir membuat perhitungan, Mahathir yang dahulunya mengatakan tidak salah untuk menunda PRU 13 hingga ke hari-hari terakhirnya, Mac 2013, telah menukar pendiriannya apabila jelas tindakan Najib melenggah-lenggah pilihanraya akan lebih menyukarkan peluang mereka untuk menang.

Pertahankan Kerajaan PR Kedah - Tan Sri Kadiaq

BERSIH 3.0 | Duduk Bantah

Risalah Bukti Fitnah UMNO

Demonstrasi Mansuh PTPTN - Mahasiswa Kecam SHEB

Dakwa hina Raja, Dr. Mariah akan saman

Kematian di depan pejabat PM mengecewakan

Pbhsn RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) - PAS Tumpat

Pbhsn RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) - DAP Puchong

Pbhsn RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) - DAP Beruas

Pbhsn RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) - PKR Balik Pulau. Part 2

Pbhsn RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) - PKR Balik Pulau. Part 1

Pbhsn RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) - PKR Gombak.Part 2

Pbhsn RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) - PKR Gombak.Part 1

Pbhsn RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) - DAP Kepong

Pbhsn RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) - PKR Machang

Pbhsn RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) - PAS Pokok Sena.Part 2

Pbhsn RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) - PAS Pokok Sena.Part 1

Global Bersih revs up for 3.0 rallies

Penduduk jumpa Presiden PAS adu masalah tanah

PTPTN: Mahasiswa berkhemah di Dataran Merdeka buat Hari ke-4

Dr Dzulkefly Ahmad: It's Not That We Are A lot Better Than BN Govt. But They Are A Lot Worse

Isu Hina Raja - Dr. Mariah Saman Facebooker

PM, wife sent lawyer on ‘sensitive legal assignment’ abroad, PKR MP reveals

KUALA LUMPUR, April 17 — A PKR lawmaker exposed in Parliament today a letter allegedly penned by prominent lawyer Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah (picture) claiming that he has been sent by the Prime Minister and his wife on a “sensitive legal assignment” abroad that “must be completed before the general election”.
The letter, according to Saifuddin Nasution (PKR-Machang), was addressed to Chief Justice Tan Sri Ariffin Zakaria, Court of Appeal president Tan Sri Md Raus Sharif Chief Judge Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin on March 23, and seeks for a postponement of Shafee's cases from April 2 to 25.
The lawmaker, who exposed the matter when debating amendments to the Penal Code, read several paragraphs of the letter in his possession.

Zahid now looking to replace MIG-29N fighter jets

Zahid now looking to replace MIG-29N fighter jets
KUALA LUMPUR - The Defence Ministry is evaluating offers from several aircraft manufacturing companies in response to its plan to replace the MiG-29N jet fighters for the Royal Malaysian Air Force (RMAF).
Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the ministry was looking into the capability and specifications of the aircraft manufactured by the companies concerned.
He said the ministry was also looking into the package offered by the companies, including the reciprocal offer by the manufacturing companies, such as technology transfer and payment duration.
“No decision had been made yet,” he told reporters at the Defence Services Asia (DSA) exhibition at the Putra World Trade Center here Tuesday.

Zahid Hamidi pernah biadap pada Sultan

“Tiba-tiba meletup berita, ada ahli Parlimen Pakatan Rakyat hina Yang di-Pertuan Agong ketika hari pertabalan baginda di Istana Negara,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.Katanya, berita itu menjadi sensasi apabila media memainkannya dan ditambah pula oleh perasa tambahan  daripada pemimpin Umno dan NGO yang sewaktu dengannya.“Jika benar berita ini, sila bertindak segera ke atas pelaku tersebut. Negara kita ada undang-undang. Isu ini tidak boleh diselesaikan melalui media,” tegasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily sebagai mengulas Datuk Seri Zahid Hamidi, Naib Presiden Umno yang mendesak supaya menubuhkan suruhanjaya untuk menyiasat insiden di Istana Negara itu.
Dalam isu menghina Raja, katanya Zahid jangan berlakon untuk hendak memburu siapa yang menghina Raja.

Perkasa to hold Bersih copy-cat assembly on Apr 29 to 'defend' monarchy

Perkasa to hold Bersih copy-cat assembly on Apr 29 to 'defend' monarchy  It looks like the same old, same old from Umno-linked NGO Perkasa, which on Tuesday applied for a permit from the police to organise the 'Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung' assembly on April 29, a day after the joint Bersih 3.0 rally for free and fair elections.
Perkasa wants a venue at either Padang Merbok or Dataran Merdeka, and has scheduled the assembly for 9.30am.
"We want to celebrate our 14th King and at the same time defend our monarchy," Perkasa deputy president Abdul Rahman Abu Bakar told reporters after making the application at the Dang Wangi police station this afternoon.
The Malaysian King, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, was installed on April 11.
Republic - again!

Saifuddin gesa dasar PTPTN dikaji semula

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Seri Saifuddin Abdullah hari ini menggesa mahasiswa yang terlibat dalam demonstrasi menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dataran Merdeka menghentikan tindakan mereka dan kerajaan perlu menyemak semula skim berkenaan.Saifuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata, suara kumpulan mahasiswa itu sudah didengari kerajaan dan beliau menghormati tindakan mahasiswa mengadakan demonstrasi dan perhimpunan kerana itu merupakan sebahagian daripada demokrasi seperti terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman 2011.
“Hak untuk berhimpun, berdemonstrasi adalah sebahagian daripada proses demokrasi,” tegas Saifuddin. “Tindakan mereka itu adalah seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2011.

Mamas@BERSIH3.0 sokong siswa di Dataran Merdeka

"Apa yang diperjuangkan anak-anak ini sekarang (pendidikan percuma) bukan hanya untuk diri mereka.  Malah boleh dikatakan bahawa mereka bersuara untuk kita.  Jadi, kami sebagai ibu tidak mempunyai alasan untuk berpeluk tubuh.  Apapun kesudahannya, kami merakamkan penghargaan terhadap usaha dan sumbangan mereka."

Demikianlah kata-kata penyelaras Mamas@BERSIH 3.0, Catherine ketika  menghantar wakilnya untuk menyerahkan khemah dan makanan kepada siswa yang berada di Dataran Merdeka, hari ini.  Catherine berkata, mereka menyokong kumpulan siswa ini kerana "anak yang berani mempertahankan hak mereka" adalah harapan negara, apatah lagi tindakan mereka ada hubung kait dengan kaum ibu.

Kit Siang: RCI isu PKFZ jika Pakatan menang

Ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini berjanji untuk membentuk suruhanjaya diraja (RCI) berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Dr Anuar berjaya tingkatkan pelajar ke Unisel


KUALA LUMPUR, 17 April: Isu 'kelewatan' kerajaan negeri Selangor mengesahkan jawatan Naib Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel), hanya satu percubaan untuk menimbulkan rasa tidak selesa rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Sedangkan, isu jawatan Naib Canselor itu tidak perlu dipolemikkan, malah tidak wajar dipolitikkan, lebih-lebih lagi ia membabitkan soal pendidikan di kalangan generasi akan datang.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr. Halimah Ali berkata soal pengesahan lantikan Profesor Dr. Anuar Ahmad (gambar atas) itu hanya membabitkan prosedur tertentu yang belum diputuskan Lembaga Ahli Pengarah.

Umno sebabkan Unisel belanja RM2.3 juta sebulan untuk pinjaman, bangunan

KUALA LUMPUR 17 April: Pentadbiran Umno di Selangor sebelum 2008 menyebabkan Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) menjadi beban kewangan buat kerajaan negeri dengan belanja bulanan sebanyak RM2.3 juta.
Ini kerana, Unisel dibina berdasarkan konsep ‘Build Operate Transfer’ (BOT) dengan kontrak selama 20 tahun menyebabkan ia terpaksa membayar sewa bulanan sebanyak RM300,000 sebulan.
Malah, Unisel turut membayar sebanyak RM2 juta sebulan untuk satu pinjaman yang dibuat beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke-12 berlangsung.

DBKL Harus Biarkan Mahasiswa Terus Berkhemah

 
KUALA LUMPUR, 17 APR : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur didesak agar membenarkan aktivis mahasiswa terus berkhemah di Dataran Merdeka bagi memperjuangkan permansuhan PTPTN.
Mereka harus dibenarkan terus berkhemah sebagai lanjutan dari himpunan mereka pada 14 April, selagi mereka tidak mencetuskan keadaan huru hara atau porak peranda, kata MP Kubang Kerian Salahuddin Ayub.
Salahuddin, yang turun untuk berunding dengan DBKL bagi pihak aktivis tersebut pada Ahad lalu, berkata, setakat ini, diyakini tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Jawapan menteri tidak faham kehendak anak muda


Mendengar kenyataan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terhadap perhimpunan mendesak kerajaan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Kuala Lumpur baru-baru ini menjadi gelak tawa bagi rakyat khususnya mahasiswa.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mencabar supaya mahasiswa terlibat dengan himpunan tersebut memulangkan semula pinjaman PTPTN. Beliau menyebut "Saya ingat mereka semua anak jantan, jadi mereka patut pulangkan”.

Saya kira Menteri Pengajian Tinggi belum memahami tuntutan dan kehendak mahasiswa serta rakyat. Sudah berkali-kali badan politik, Ngo serta Mahasiswa sendiri bicara soal menghapuskan hutang PTPTN yang menjadi bebanan kepada Mahasiswa saban tahun sehingga ada yang di senarai hitamkan. Menteri Pengajian Tinggi perlu faham apa topik sebenar yang rakyat bincangkan sekarang ini.

DBKL terus desak mahasiswa robohkan khemah...

NONEPenguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pagi ini mengarahkan mahasiswa yang terus berkumpul di Dataran Merdeka bagi menuntut penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN), supaya membongkar khemah mereka dan beredar daripada kawasan itu.

Sebagai tindak balas kepada arahan 10 penguatkuasa itu, kumpulan mahasiswa mengalihkan kain rentang dan plakad di lantai supaya menghampiri tempat mereka berkumpul dan membongkar satu khemah.

Mereka juga membawa bekalan ke arah tempat letak kenderaan berdekatan.

Malaysia bakal jadi negara republik sekiranya PR memerintah, kata Perkasa

KUALA LUMPUR, 17 April — Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini berkata, insiden yang mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengejek dan mempersendakan raja-raja Melayu ketika pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong tempoh hari adalah petunjuk bahawa mereka akan menjadikan Malaysia sebagai negara republik sekiranya pakatan pembangkang itu memerintah negara.
Malah, kumpulan pendesak Melayu ini juga beranggapan, pemimpin pembangkang itu telah menderhaka kepada Raja-Raja Melayu, dan hilang kesetiaan kepada negara.
“Pada kejadian yang dikatakan wakil rakyat pembangkang menghina raja-raja Melayu di Istana Negara, Perkasa anggap mereka adalah penderhaka dan sudah hilang kesetiaan kepada negara,” tegas timbalan presiden Perkasa, Datuk Abd Rahman Abu Bakar, ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi selepas pertubuhan itu memohon permit untuk mengadakan perhimpunan sempena pertabalan Yang Di-Pertuan Agong baru-baru ini.

RUU Kesalahan Keselamatan dilulus tanpa pindaan

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang bertujuan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini tanpa sebarang pindaan.
Rang undang-undang itu yang dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dibahaskan secara mendalam oleh anggota Parlimen selama kira-kira 10 jam semalam.
Pada sesi penggulungan rang undang-undang itu hari ini pula menyaksikan majoriti anggota Parlimen mengundi untuk menolak dua usul yang dibentangkan R.Sivarasa (PKR-Subang) untuk merujuk rang undang-undang itu kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk dikaji semula.
Cubaan Sivarasa yang mengemukakan beberapa cadangan pindaan kepada rang undang-undang itu juga ditolak, membuatkan cadangan akta baru itu diluluskan tanpa sebarang pindaan.

Dewan Komuniti Adalah Milik Rakyat, Bukan Parti Politik

 
PANDAN JAYA, 17 APRIL: Semua dewan komuniti di Selangor yang dahulunya digunakan oleh Umno-BN untuk kepentingan politik akan dimanfaat untuk kegunaan pembangunan masyarakat seperti pembinaan Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya.
Perubahan polisi ini selaras dengan pendirian Pakatan Rakyat (Pakatan) yang mahu setiap bangunan yang selama ini digunakan untuk kepentingan pihak tertentu sehingga menafikan hak masyarakat dikembalikan semula kepada rakyat.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, pembinaan perpustakaan komuniti sebegini merupakan sebahagian daripada program Pangsapuri Bersih, Ceria dan Harmoni (CERIA).

Dewan Komuniti Adalah Milik Rakyat, Bukan Parti Politik

 
PANDAN JAYA, 17 APRIL: Semua dewan komuniti di Selangor yang dahulunya digunakan oleh Umno-BN untuk kepentingan politik akan dimanfaat untuk kegunaan pembangunan masyarakat seperti pembinaan Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya.
Perubahan polisi ini selaras dengan pendirian Pakatan Rakyat (Pakatan) yang mahu setiap bangunan yang selama ini digunakan untuk kepentingan pihak tertentu sehingga menafikan hak masyarakat dikembalikan semula kepada rakyat.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, pembinaan perpustakaan komuniti sebegini merupakan sebahagian daripada program Pangsapuri Bersih, Ceria dan Harmoni (CERIA).

Umno-BN Cuba Hasut Penduduk Bukit Botak


 
SELAYANG,17 APR : Penyokong Umno-BN sedang menyebarkan ura-ura yang gagasan itu boleh menurunkan harga rumah di projek penempatan semula Bukit Botak walaupun pada asalnya, mereka gagal melaksanakan projek tersebut semasa mereka berkuasa 23 tahun lepas.
Mengikut hasutan Umno-BN, gagasan itu dapat menawarkan harga rumah di Bukit Botak kepada RM 70,000 sedangkan yang memajukan projek itu adalah Kerajaan Selangor Pakatan Rakyat.

Akta Rela: Kuasa bawa senjata api, tahan individu digugur


Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
KUALA LUMPUR - Kuasa membawa senjata api dan kuasa untuk menahan serta memeriksa mana-mana individu yang disyaki pengganas, dan pendatang tanpa izin yang diperuntukkan kepada anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) sebelum ini akan digugurkan apabila Rang Undang-Undang Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) 2012 dibentangkan di Dewan Rakyat, esok.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein Onn berkata, peraturan berkenaan merupakan antara skop kerja yang digugurkan bagi membolehkan Rela diletakkan sebagai organsasi yang relevan kepada masyarakat dan tuntutan masa.

PRU Ke-13 lebih mencabar bagi SPR: Abdul Aziz ........nak magic show laa..!!!

PRU Ke-13 mungkin lebih mencabar bagi SPR: Abdul Aziz KUALA LUMPUR:- Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 mungkin lebih mencabar bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menguruskannya kerana pertembungan parti yang bertanding dijangka lebih sengit berbanding pilihan raya umum sebelumnya.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata untuk itu, SPR akan memastikan semua pegawai dan petugasnya memahami serta menguatkuasakan peraturan pilihan raya dengan sempurna bagi memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku pada pilihan raya terbabit.

Pasport dipulangkan, NFC masih beroperasi?

Pasport dipulangkan, NFC masih beroperasi?KUALA LUMPUR- PKR hari ini sekali lagi mempersoal tindakan kerajaan membenarkan National Feedlot Corporation (NFC) meneruskan perniagaan walaupun dimaklumkan projek akan ditender semula serta akaunnya dibekukan.
Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin berkata, beliau merujuk kepada kebenaran kepada Pengerusi NFC Datuk Sri Dr Mohamad Salleh Ismail untuk ke Singapura dan Kazakhstan masing-masing 23 April dan 5 Mei ini.
"Mengapa beliau dibenar ke Singapura dan Kazakhstan bagi tujuan lawatan perniagaan seolah-olah operasi perniagaan berjalan seperti biasa?

SPR bincang 22 syor PSC esok


logo_psc
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membincangkan 22 syor yang digariskan dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, esok.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, cadangan itu amat baik dalam memastikan pilihan raya di negara ini berjalan dengan baik.

SMM mahu perluas demo PTPTN ke seluruh negara


SMM mahu perluas demo PTPTN ke seluruh negara
KUALA LUMPUR - Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang berkata pihaknya akan mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di seluruh negara jika mendapat sokongan orang ramai.
Mereka mengadakan demonstrasi di ibu negara Sabtu lalu dan sejak itu berkhemah di Dataran Merdeka.
"Kami akan berkumpul di beberapa lokasi untuk mendapatkan respons daripada masyarakat tentang isu yang kami perjuangkan ini," kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Malaysia kembali ke era perisikan 1960an

Ketiadaan kemudahan ikat jamin, pemalsuan saksi dan bukti merupakan antara perkara yang dibimbangi oleh Ahli Parlimen Beruas.

KUALA LUMPUR: Akta Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang diluluskan hari ini telah membawa Malaysia kembali ke era perisikan yang dipelopori Kesatuan Soviet Rusia dan China.
“Perdana Menteri Najib Tun Razak telah membawa Malaysia kembali ke era 1960an di mana agensi perisikan Kesatuan Soviet mengawasi rakyat,” kata Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham dari DAP semasa sidang media di Parlimen tengah hari tadi.
Beliau berkata begitu ketika mengulas berkenaan akta yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan.
“Antara perkara yang kami pertikaikan adalah ketiadaan kemudahan ikat jamin kepada mereka yang didakwa,” kata Ngeh.

GE-13 timing not good for Umno, too much reliance on Najib

Anwar: GE-13 timing not good for Umno, too much reliance on Najib KUALA LUMPUR — How does a Muslim village boy who faithfully attends Quran classes and goes home to the works of Lao Tzu and Confucius, grow up to view the world — and his country? The scope of Dato Seri Anwar Ibrahim’s worldview is matched by the breadth of his political ambitions. Having risen from the ashes, the leader of Malaysia’s opposition is raring to prove his mettle at the upcoming elections.
Asia360 News editor-in-chief Goh Chien Yen caught up with Anwar Ibrahim in an exclusive interview at the House of Parliament, to discuss how exactly the firebrand politician plans to do that.
Asia360 News: There is a lot of talk about the general elections being round the corner. Some predict that they could be held as early as June this year. When do you think it will be?

Dato Seri Anwar Ibrahim: I don’t know. I’m not particularly good at speculating. But the incessant attacks in the UMNO media on the opposition and their rosy coverage of [Malaysian Prime Minister] Najib’s movements, which you see virtually every day, is a sure sign of the imminent elections.

UNIVERSITI DATARAN MERDEKA PETANG INI

Jadual Kuliah - 17 April 2012

6pm - Kelas Belajar Puisi dgn Pak Samad Said

8pm -Ceramah mengenai Artikel 153 & "Equality"
oleh Dr.Azmi Sharom.


Tempat: Dataran Merdeka

Semua dijemput hadiri kuliah pengajian terbuka bebas yuran!


MAT SABU DAN NIZAR







SALUT ANAK MUDA YANG BERANI


berduyun duyun warga
anak segala bangsa
datang kem dataran merdeka
untuk bersetia kawan

antara yang dilihat melawat:
suppiah dari brickfield
ramon dari brickfeild
ramanathan dari brickfeild
stephen cheng bekas penuntut adri london
nicole dan anniex dari itali

PAS anjur Himpunan Tanah Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 April: PAS akan mengadakan Himpunan Tanah Rakyat pada 5 Mei depan bertempat di dataran pusat membeli-belah Plaza Angsana Johor Bharu.

Himpunan yang akab bermula jam dua petang itu sebagai menyatakan kebersamaan dalam mempertahankan tanah rakyat yang semakin hari semakin tergadai oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah, Mazlan Aliman berkata himpunan itu juga dianjurkan sebagai langkah mencari penyelesaian dalam isu tersebut yang gagal ditangani oleh kerajaan Umno BN.

Penduduk jumpa Presiden PAS adu masalah tanah

KUALA LUMPUR, 17 April: Masalah tanah yang semakin serius dan tidak pernah selesai dari tahun ke tahun, mendesak tiga kumpulan penduduk menyerahkan memorandum kepada Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang  yang juga Ahli Parlimen Marang untuk dibahaskan dalam sidang Parlimen.

Tiga kumpulan berkenaan adalah dari Pengerang dan Taman Desa Kempas Johor serta Ladang Gatco Serampang Indah, Negeri Sembilan di mana masing-masing sedaya upaya sedang memperjuangkan tanah mereka daripada dirampas oleh pihak tertentu.

Wakil Pengerang diketuai oleh Pengerusi Pengerang Prihatin (Prihatin) Anis Afida Mohd Azli, Ladang Gatco diwakili oleh Abdul Rahman dan wakil dari Taman Desa Kempas diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli-pembeli Projek Terbengkalai Ee Cheng Lai.

0.3% cukup untuk rampas S'gor, SPR diselar

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) menyelar kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pengundi yang diragui hanya sebanyak 0.3 peratus daripada keseluruhan 42,051 pengundi.

Sebaliknya kata jawatankuasa pemandunya Wong Chin Huat, jumlah itu sudah cukup untuk menumbangkan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

Hadi dakwa Umno guna taktik PRU 2004 untuk tawan kembali Selangor

KUALA LUMPUR, 17 April — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa Umno akan menggunakan taktik merampas Terengganu pada Pilihan Raya Umum 2004 untuk menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 kali ini yang dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Menurut Ahli Parlimen Marang ini dipetik Harakah Online, ketika PRU 2004, Terengganu tewas bukan atas faktor rakyat, sebaliknya Umno mengangkut masuk pengundi luar untuk mengundi di Terengganu.
“Di Terengganu, kita kalah dalam pilihan raya 2004 bukan kerana penolakan rakyat tetapi melalui pengundi yang diangkut masuk.

Ditahan di Kamunting kerana bantah nadir bumi

Professor kejuruteraan kimia Tan Ka Kheng ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menentang loji pemprosesan nadir bumi di Bukit Merah pada 1987, tetapi hal demikian tidak menghalang beliau untuk terlibat dalam kempen yang sama 25 tahun kemudiannya.

Sebagai ahli akademik di sebuah kolej swasta tempatan dan penyelidik dengan Save Malaysia Stop Lynas (SMSL), Tan dengan lantang menentang loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

Puisi Pak Samad di pra Bersih 3.0 malam ini


KUALA LUMPUR, 17 April: Bacaan puisi oleh Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said antara acara utama dalam himpunan pra Bersih 3.0 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru bermula jam 8.00 malam ini.

Wakil Penganjur perhimpunan pra Bersih 3.0 yang juga Ahli Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS, Amiroslan Abd Manaf berkata, A. Samad Said atau Pak Samad akan menjadi tetamu khas di samping ramai lagi pimpinan parti politik dari Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili Bersih 3.0.

"Pak Samad akan berucap dan membacakan puisi, mungkin puisi khas sempena himpunan Bersih 3.0 tidak lama lagi," kata beliau.

Bersih 3.0 perlu dan mesti - Presiden PAS


KUALA LUMPUR, 17 April: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, himpunan Bersih 3.0 sangat wajar diadakan ekoran kerajaan pada hari ini dilihat enggan melaksanakan penambahbaikan proses pilihan raya.

Menurutnya, biarpun pelbagai bukti keraguan khususnya dalam daftar pemilih serta cadangan penambahbaikan diutarakan, namun ianya langsung tidak dilayan oleh kerajaan.

Selain itu, tuntutan Bersih 2.0 lalu juga masih belum ditunaikan termasuk akses media berat sebelah sehingga rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil.

"Himpunan Bersih 3.0 perlu diteruskan lagi sehingga tuntutan kita dilaksanakan.

S'gor and Putrajaya: A Bermuda Triangle of foolishness and corruption if Najib wins

S'gor and Putrajaya: A Bermuda Triangle of foolishness and corruption if Najib winsFoolish leaders will only bring harm to the nation. Malawi President Bingu wa Mutharika is dead now because he plundered his country until it became so poor that the Malawi government could not afford to buy the necessary medication for the late president himself. In fact, things were so bad that when he fell sick, the hospital that treated him had no power because the generator was out of diesel.
In Malaysia we have not one, but many many foolish leaders
Noh Omar
In March, Selangor Umno deputy chief Noh Omar said he was confident that BN could recapture the state in the next general election and win 36 out of 56 seats .This, he said, was evident from BN having to hire more buses to ferry people to their events.
He also boasted that if they prepared 10,000 chairs for their events, more than 20,000 people would show up - taking this as a sign that Selangor residents were interested in BN. Otherwise they would not come in such numbers.
Noh also noted that the response to BN’s activities shortly after the last general election was lukewarm, but claimed the situation had changed under the leadership of Prime Minister Najib Razak, who is also Umno and BN state chief.

Negara Zina : Pelajar berkhalwat di hotel


Pelajar berkhalwat di hotel
SURA GATE – Demi cinta, seorang pelajar perempuan yang masih menuntut di tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini sanggup ponteng untuk menemui teman lelakinya bagi memadu asmara di sebuah hotel murah, dekat bandar ini.

Bagaimanapun, kunju-ngan gadis itu ke bilik disewa teman lelakinya dengan harga RM65 satu malam sejak dua hari lalu itu membawa padah apabila mereka dicekup pihak Pegawai Penguatkuasa Syariah (PSS) kerana berdua-duaan di bilik hotel.

Ketika serbuan dilakukan PPS Dungun kira-kira jam 8.30 pagi, gadis yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu berpakaian biasa manakala teman lelakinya yang berasal dari Kuala Terengganu hanya berseluar pendek.

‘Akta Pengambilan Tanah 1960 menganiaya penduduk’

NGO Pertahankan Warisan Kita mahu tanah penempatan mereka diwartakan sebagai tapak warisan.


KUALA LUMPUR: Sekumpulan NGO mewakili penduduk di sekitar Kuala Lumpur hari ini menyelar Akta Pengambilan Tanah 1960 berikutan pengambilan tanah untuk tujuan pembangunan.
“Orang Melayu, Cina dan India nasib mereka sama saja di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960. Akta ini menganiaya orang Melayu, Cina dan India,” kata Ishak Surin yang mengetuai gabungan Pertahankan Warisan Kita.
Beliau berkata demikian di dalam satu sidang media di Parlimen sambil ditemani Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dari PAS.
Gabungan Pertahankan Warisan Kita mewakili penduduk Kampung Baru, Kampung Bandar Dalam, kawasan masyarakat Cina dan Kampung Railway yang didiami masyarakat India.

Isu NC Unisel: ‘Kita ada alasan sendiri’


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
BESTARI JAYA – Status Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr Anuar Ahmad menjadi tanda tanya selepas pelantikannya ke jawatan itu sejak 2 Ogos 2011 masih belum disahkan Kerajaan Negeri.

Perkembangan semasa itu menimbulkan persoalan adakah pentadbiran universiti milik Kerajaan Negeri itu sekali lagi akan bertukar tangan untuk kali ke empat sepanjang pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri ini.

Sinar Harian difahamkan, Dr Anuar sehingga kini masih belum menerima sebarang surat pengesahan jawatan oleh Kerajaan Negeri biarpun jawatan yang dipangku sejak enam bulan lalu telah disahkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Bukan 19,000 tapi 31,000 pengundi dipindahkan SPR

KUALA LUMPUR 17 April: Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh berkata, berdasarkan analisa  KEADILAN, bilangan pengundi yang dipindahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah dua kali ganda daripada yang diakui Suruhanjaya itu.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mengakui 19,000 pengundi dipindahkan di kawasan atau lokaliti berbeza.
“Berdasarkan analisa kita, bilangannya bukan 19,000 tetapi dua kali ganda iaitu 31,294. Kita dapati ada soalan saya yang tak boleh dijawab.
Contohnya Pusat Tanahan Bukit Jalil, ia terletak di kawasan Serdang tetapi mengundi di Lembah Pantai,” kata Fuziah.

Calon biadap: Nazri Aziz digesa muhasabah diri

KUALA LUMPUR, 17 April: Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang meminta rakyat supaya menolak bakal calon-calon pilihan raya yang kurang ajar dan biadap daripada menjadi wakil mereka di dalam pilihanraya umum yang akan datang.


“Ibarat meludah ke langit yang akhirnya tertimpa muka sendiri, Nazri sememangnya dikenali sebagai salah seorang menteri Umno yang paling terkenal dengan sikap biadap, kurang ajar dan tidak bertanggungjawab sama ada dari segi tutur kata ataupun kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan,” kata Ketua Pengarahnya, Mohd Sany Hamzan.

Belanja melampau, pelajar tanggung beban


Saya baru sahaja menonton rakaman demonstrasi Mansuh PTPTN oleh sebahagian mahasiswa. Izinkan di sini saya coretkan beberapa pendapat saya tentang hal tersebut;

Pertamanya, saya ucapkan tahniah kerana mereka ada keberanian. Itulah sikap sepatutnya bagi anak muda, tidak bacul tetapi bertindak balas dengan persekitaran.

Mereka terlalu muda dan sedang menimba pengalaman. Saya rasa tidak salah untuk mereka meneliti beberapa ulasan saya di sini. Mungkin kita berbeza tapi bukan bererti membenci. Pandangan ini mungkin boleh memberikan sedikit manfaat untuk perjuangan mereka yang seterusnya.

Umno gagal lahirkan pemimpin dengan sahsiah Islam

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. — Gambar fail
KUALA LUMPUR, 17 April — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan, kepimpinan Umno gagal dalam membentuk sahsiah pemimpin mereka dengan ilmu dan sahsiah Islam kerana parti pemerintah itu hanya membentuk pemimpin yang mengamalkan rasuah dan mengutamakan kepentingan peribadi. Dalam satu kenyataan bertajuk “Surat Terbuka untuk Pejuang Melayu”, Hadi menjelaskan, Islam yang ada pada Umno hanyalah sekadar agama, dan bukannya “al-Din” seperti yang dinyatakan al-Quran.
“Pendekatan semangat kebangsaan Melayu Umno sejak lebih 50 tahun mencapai kemerdekaan menjadikan Islam sekadar satu religion atau agama, bukan ‘al-Din’ yang dinyatakan oleh al-Quran.

'Tiada boleh jamin undang-undang tak disalahguna'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, tiada apa yang dapat menjamin sesuatu undang-undang tidak disalahguna, walaupun terdapat perlindungan berkesan diterapkan kerana ia bergantung kepada kerajaan semasa dan ketua eksekutif.

NONEKatanya, jika pihak itu tidak menjaminnya, penyalahgunaan kuasa masih boleh berlaku.

Justeru, yang paling penting ialah memastikan tiada seorang pun ditahan atas tujuan politik, kata Nazri menjawab soalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) dalam perbahasan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Nazri mengulas pertanyaan berhubung jaminan kerajaan bagi memastikan jurang luas antara kuasa khas yang diberikan kepada polis bawah undang-undang baru tidak akan disalahguna seperti Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) 1969, seperti didakwa.

Maklumat 'task force' IC dari orang dalam yang tak tahan


TEMERLOH, 17April: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohd Hanipa Maidin menyifatkan Umno dalam keadaan tersepit untuk menang pilihan raya umum (PRU) sehingga tergamak melibatkan penipuan dan pengkhianatan kepada negara.

Beliau  yang mendakwa didedahkan sendiri maklumat berkenaan daripada orang dalam yang ‘dah tak tahan’, bahawa beberapa agensi terlibat memberikan kad pengenalan kepada warga luar atau yang masih belum layak.

“Di Selangor saja dah ratusan ribu kewarganegaraan diberi kepada mereka yang belum layak dan pengkhianatan Umno ini tak boleh dimaafkan langsung, hanya nak menang secara paksa sehingga membahayakan negara sendiri.