Isnin, 16 April 2012

Suhakam: Pengganti ISA dialu-alukan, tapi perlu kajian semula

SHAH ALAM - Suhakam mengalu-alukan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) atas alasan ia positif ke arah memperbaiki keadaan hak asasi manusia negara, namun mahu Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang menggantikannya dikaji semula.
Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata,  keperluan polisi anti-terorisme bagi menentang keganasan dan menjaga keselamatan negara memang diperlukan.
Bagaimanapun menurut beliau, pihaknya tetap dengan pendiriannya bahawa peruntukan dalam rang undang-undang tersebut dan pindaan ke atas undang-undang lain mestilah seimbang antara keselamatan negara, kebebasan asasi serta hak asasi manusia.

Bangkit 2.0 (28 April 2012)

Fighting in Syria as UN monitors go to work

OMG! It's Patrick Teoh

Komen Khalid Samad mengenai dakwaan berkelakuan biadap semasa Majlis Pertabalan YDP Agong

Komen Tian Chua dan Azmin Ali mengenai dakwaan berkelakuan biadap semasa Majlis Pertabalan YDP

Protes PTPTN Hari Ke-3 di Dataran Merdeka

Pbhsn RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) - DAP Bagan - Part 2

Pbhsn RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) - DAP Bagan - Part 1

Pbhsn RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) - PKR Permatang Pauh - Part 2

Pbhsn RUU Kesalahan Keselamatan (Langkah2 Khas) - PKR Permatang Pauh - Part 1

TERBUKTI : SPR ajust sempadan akut suka mak bapak depa jaa..!!

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusog berkata lebih 19,000 pengundi dipindahkan ke lokaliti berlainan dan bukan hanya melibatkan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, suruhanjaya itu juga berusaha memperbetulkan sempadan pilihan raya sejak 2004 menggunakan sistem Election Geographical Information System (Egis), katanya.

Tambahnya, SPR telah memperbetulkan kawasan mengundi melibatkan 19,342 pengundi katanya y ang menambah, Khalid bukan satu-satunya individu yang terlibat dalam proses itu.

Bagaimanapun, SPR tidak menjalankan apa-apa persempadanan semula yang memerlukan kelulusan Parlimen dengan dua pertiga majoriti, katanya lagi kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada ahli parlimen hari ini.

Isu raja: Propaganda amat jelik Umno-BN,

KUALA LUMPUR – Tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa terlibat mempersendakan pemimpin negara dan Raja-raja Melayu semasa Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara Rabu lalu enggan menjawab secara jelas atau setidak-tidaknya menafikan yang mereka terlibat dalam insiden itu.
Azmin Ali dan Tian Chua dari PKR serta Khalid Samad dari Pas sebaliknya mempersoalkan kesahihan dakwaan serta kredibiliti Dr Rahman Kadir, seorang pegawai perubatan yang mendedahkan mengenai kejadian pada hari Rabu lalu itu.
Malah, Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR seperti biasa terus menyalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang didakwanya bertanggungjawab dalam menyebarkan perkara berkenaan.
"Pertama saya tidak tahu apa tohmahan yang dibuat oleh mereka namun daripada maklum balas yang saya terima, ini jelas satu propaganda yang amat jelik oleh Umno dan BN.
"Siapa doktor ini? Bagaimana pegawai perubatan boleh duduk dalam Balairong Seri Istana Negara?" katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Mansuh ISA, tidak perlu akta baru - GMI


KUALA LUMPUR, 16 April: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) tetap berpendirian Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) harus dimansuhkan terus tanpa diganti dengan akta baru.
(Syed Ibrahim [kiri] dalam sidang medianya di Parlimen hari ini)

Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) tidak perlu kerana Parlimen Malaysia telah menambah undang-undang termasuk kesalahan berkaitan keganasan dalam Kanun Keseksaan dan Kanun Tatacara Jenayah pada 2006.

Siswa di Dataran terima sumbangan khemah

Pelajar yang menduduki kawasan Dataran Merdeka untuk menuntut pengajian tinggi percuma menerima khemah baru hari ini untuk menggantikan khemah yang didakwa dirosakkan oleh pegawai Majlis Bandaraya Kuala Lumpur.

Selain itu, kumpulan pelajar berkenaan turut menerima sumbangan daripada orang ramai dalam perkhemahan yang masuk hari ketiga hari ini.

EC says 42,000 ‘doubtful voters’ does not make roll ‘dirty’

Aziz maintained that the 42,051 names represented only 0.3 per cent of the entire voter list. — File pic
KUALA LUMPUR, April 16 — The Election Commission (EC) insisted today that the existence of 42,051 “doubtful voters” in the current electoral roll does not make the registry “dirty”. Its chairman, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, after hosting the EC’s first official briefing with a group of MPs in Parliament here, repeatedly stressed at a press conference that the commission has been doing its best to ensure the roll is free from discrepancies.

“Keganasan” Umno perlu ditamatkan dengan segera

“Keganasan” Umno perlu ditamatkan dengan segeraPada hari ini ramai di antara kita telahpun memerhati bagaimana beberapa buah negara Eropah yang telah tumbang dan terus menjadi bankrap akibat daripada krisis matawang Euro yang sedang berlaku.
Sepanyol, Itali, Greece adalah di antara negara di benua itu yang paling awal mengalami kebankrapan akibat krisis matawang tersebut, sementara kerajaan di beberapa buah negara lagi mulai goyah akibat tidak dapat bertahan dengan kejatuhan teruk matawang itu dan juga ekonomi masing-masing yang tidak dapat dipulihkan lagi.
Selain daripada itu, keadaan yang serupa turut mempengaruhi Amerika Syarikat yang mana defisit belanjawannya telahpun mencecah begitu tinggi sehingga menyebabkan ekonomi kiasa besar itu turut terancam dengan ditambah lagi dengan kadar inflasi yang semakin runcing.

Barisan Nasional Sudah Bersedia Pilihanraya Umum (PRU Ke 13). Najib Sedang Pilih Tarikh Paling Sesuai?

Tarikh Pilihan Raya 2012 Barisan Nasional Sudah Bersedia Pilihanraya Umum (PRU Ke 13). Najib Sedang Pilih Tarikh Paling Sesuai?
Jangkaan pemerhati politik sebelum ini mengatakan Pilihanraya Umum (PRU ke 13) bakal diadakan sekitar bulan November 2011, secara tiba-tiba meletusnya isu skandal penyelewengan projek lembu Fidlot NFC sehingga berlarutan 6 bulan lamanya dan menyebabkan “pukulan gendang” untuk melangsungkan Pilihanraya Umum pada tempoh tersebut terpaksa dihentikan buat sementara waktu dan dilihat “tidak selamat” untuk diadakan ketika itu.

Pemberian Kewarganegaraan Mengancam Institusi Raja

Tensions as Philippines and US conduct naval drills

Syrian Troops Continue Homs Shelling

"Perdagangan kelapa sawit diatas tanah penan"

Today in History for April 16th

Akta ganti ISA tak seperti diwar-war

PTPTN: Mahasiswa prodemonstrasi 'khemah' semula di Dataran Merdeka

Bapa mahasiswa: Saya sokong mahasiswa di sini

Harakah bantu pelajar Bersih 2.0 yang teraniaya


(Dr Syed Azman [kiri sekali] Menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang menjadi mangsa kerajaan BN Terengganu)

KAHERAH, 16 April: Harakah telah menghulurkan bantuan kepada sembilan pelajar Terengganu yang ditarik penajaan mereka oleh Yayasan Terengganu (YT).

Bantuan yang turut disumbangkan oleh pimpinan PAS disampaikan oleh Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi baru-baru ini.

Other shoe drops for footwear-hurling imam

Hoslan had previously thrown his shoes at three Federal Court judges after they dismissed his case. — File pic
PUTRAJAYA, April 16 — Former Imam Hoslan Husin will have to serve out a full one-year jail sentence for throwing his shoes at a Federal Court bench, the country’s apex court ruled today. Federal Court judges Tan Sri Panglima Richard Malanjum, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Ahmad Haji Maarop, Datuk Zainun Ali and Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie today unanimously dismissed Hoslan’s application for a review of the one-year jail term.
The judges ruled that Hoslan’s case contained no exceptional circumstance and, therefore, did not “cross the threshold” to warrant a review.

Sistem Buddy Untuk Kakitangan Awam Yang Bermasalah Bermula Bulan Mei Ini

kakitangan kerajaan Sistem Buddy Untuk Kakitangan Awam Yang Bermasalah Bermula Bulan Mei Ini
Gambar Hiasan
Mulai bulan hadapan, kalangan kakitangan awam yang hanya menunjukkan prestasi yang rendah bakal diperhatikan dan dilatih khas oleh “buddy” dengan cara memberikan bimbangan dan motivasi. Begitulah konsep yang ingin diterapkan…

Tujuan Sistem Buddy Diperkenalkan :

Diperkenalkan dan merupakan inisiatif unit psikologi. “buddy” akan dipilih oleh jawatankuasa khas yang terdiri daripada kakitangan sumber manusia dan psikologi :
  1. Menjadikan perkhidmatan awam ”lebih dinamik” dengan meningkatkan produktiviti kalangan kakitangan awam yang bermasalah
  2. Membina semangat dikalangan kakitangan awam
Apa yang boleh diperhatikan kebanyakan kakitangan awam yang bermasalah ada beberapa sebab dan faktor. Antaranya ialah :

Umno atur pertemuan Zakaria dengan Mat Said


MARANG, 16 April: Umno Terengganu sedang mengatur satu pertemuan antara Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dengan abang kepada Datuk Mustafa Ali iaitu Haji Zakaria @ Supar Ali (gambar) dalam masa terdekat ini.

Zakaria, 70, diberi peluang bertemu dengan Ahmad yang juga Menteri Besar (MB) Terengganu pada hari Rabu sekitar jam 2.30 petang, 18 April ini di Pejabat Umno Terengganu, Jalan Batas Baru, di Kuala Terengganu.

Harakahdaily dimaklumkan, pertemuan tersebut ekoran dari pertemuan yang telah dibuat oleh Haji Zakaria bersama pimpinan Umno di pejabat Umno negeri Terengganu.

Beliau menggesa agar Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu segera mengambil tindakan melaksanakan Undang-undang Jenayah Syariah Islam termasuk hudud.

Skandal PKFZ: Siapa lindungi siapa?


KUALA LUMPUR, 16 APRIL: DAP mendakwa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha dan Pengerusi Port Klang Authority (PKA) Datuk Teh Kim Poh telah berkomplot untuk menukar keputusan-keputusan yang telah diambil oleh PKA berhubung projek Port Klang Free Trade Zone (PKFZ).
Akhbar The Sun hari ini mendedahkan bahawa PKA telah menulis kepada Majlis Peguam minggu lalu untuk menarik balik aduan terhadap Rashid Asari & Co kerana konflik kepentingan apabila menyediakan penjanjian jual beli bagi pihak PKA untuk projek PKFZ.

Persatuan Belia Buddhist bersikap positif terhadap BERSIH 3.0

Mungkin ramai yang bertanggapan bahawa penganut Buddha kebanyakannya bersikap dingin, malah cuba mengelakkan diri daripada terlibat dalam "politik".  Bagaimanapun, Persatuan Belia Buddhist Malaysia (PBBM) kali ini mengorak selangkah ke depan, menyatakan pendiriannya yang positif terhadap perhimpunan BERSIH 3.0, malah menyokong untuk menuntut agar kerajaan melaksanakan lapan tuntutan BERSIH sebelum pilihan raya umu diadakan.

Dalam kenyataannya hari ini, PBBM menyatakan sikap positifnya terhadap pelancaran BERSIH 3.0, malah menyokong penuh desakan agar kerajaan melaksanakan lapan tuntutan BERSIH sebelum PRU 13, termasuklah Bersihkan senarai undi; Mereformasikan undi pos; Gunakan dakwat kekal; Masa kempen minima 21 hari; Akses media yang bebas dan adil; Kukuhkan institusi awam; Hentikan rasuah dan Hentikan politik kotor.

Auto summons: MCA not involved? Must be Umno sucking the people's blood then - Zaid

Auto summons: MCA not involved? Must be Umno sucking the people's blood then - ZaidA new controversy looks set to swamp embattled Prime Minister Najib Razak's corruption-tainted government, this time with close aide Omar Mustapha and former MCA deputy president Chan Kong Choy accused of benefiting from an automated traffic summons deal.
"So traffic summons firm not MCA linked? Must be Umno then. Who else can suck blood from the rakyat (people) like they do," former Umno minister Zaid Ibrahim said on his Twitter.
Zaid's comment might seem rather tongue-in-cheek but it is not far from what many people are intuitively thinking after a recent slew of clearly-slanted business deals favoring Umno-linked cronies.
Najib's men

Muflis: Speaker sah Syed Sobri hilang kerusi Adun


Datuk Syed Sobri Syed Hashim
ALOR SETAR - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail mengesahkan Adun Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran laporan Jabatan Insolvensi membuktikan beliau sudah muflis sejak 7 April 2010.

Katanya, berdasarkan laporan rasmi itu, secara automatik Syed Sobri tidak boleh hadir Sidang Dun Kedah, bermula hari ini.

“Saya sudah maklumkan pada beliau melalui surat rasmi yang dihantar Ahad lalu bahawa beliau tidak boleh hadir sidang Dun sebab sudah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat,” katanya.

PTPTN: Mahasiswa cadang hantar memorandum kepada Agong

KUALA LUMPUR 16 April: Mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka bercadang menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bagi menuntut pendidikan percuma dan pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Mohd Zaini berkata, memorandum ini bertujuan agar isu yang dibangkitkan mendapat perhatian sewajarnya.
“Ia juga berikutan maklum balas negatif dari pihak kerajaan dan sikap sambil lewa Perdana Menteri dalam menangani isu ini,” katanya dalam sidang media di Dataran Merdeka sebentar tadi.
Katanya lagi, memorandum akan diserahkan kepada YDPA pada Konsert Diraja, yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada 17 hingga 21 April ini.
14 April lalu, usai perarakan menuntut pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN, sebahagian peserta bergerak ke Dataran Merdeka dan mendirikan khemah bagi meneruskan bantahan.

Mahasiswa: Khaled Nordin Patut Undur

 
SHAH ALAM, 16 APR: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin disarankan mengundurkan diri dari terus memegang jawatan yang disandangnya kerana gagal memastikan pendidikan percuma dilaksanakan oleh kerajaan.
Demikian reaksi Pengerusi Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas), Safwan Anang Talib berhubung kenyataan Khaled yang mencabar golongan mahasiswa yang mahu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan  memulangkan wang pinjaman tersebut.

Najib bertanggungjawab bentang PTPTN di Dewan Rakyat pada 1997

KUALA LUMPUR, 16 April — Pakatan Rakyat (PR) hari ini mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah individu yang bertanggungjawab membentangkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dewan Rakyat ketika beliau pada masa itu menjawat jawatan sebagai Menteri Pendidikan.
Dalam kenyataan yang dibuat di laman web milik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, parti itu mendakwa Rang Undang-undang PTPTN telah dibentangkan oleh Najib (gambar) untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada jam 9.06 malam pada 13 Mei 1997.
"Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997, Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh  Datuk Seri Najib Razak (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam.

Surat terbuka kepada pejuang Melayu


Ramai kalangan individu dan kumpulan yang mengisytiharkan menjadi pejuang Melayu, secara laungan lisan yang bersuara dan tulisan yang dicatit di dada akhabar, majalah dan sepanduk yang direntang, semuanya penuh bersemangat yang berkobar-kobar, sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Bagi penganut Islam, yang menjadi kebanggaan bangsa Melayu juga, wajiblah benar-benar ikhlas kerana Allah dan kepada Allah kembalinya, hendaklah menjadikan Islam itu satu-satunya petunjuk yang diyakini benarnya menyelamatkan manusia seluruhnya, termasuklah bangsa Melayu.

Saya ulangi kenyataan saya, bahawa tidak menjadi salah, kecintaan seseorang itu, atau kumpulannya atau bangsanya terhadap bangsanya, kerana inilah sifat semula jadi manusia yang disebut fitrah atau naluri, tetapi sifat fitrah  juga adanya dalam alam dunia ini berbagai bangsa, suku kaum, berkeluarga  yang hidup secara bermasyarakat, sehingga tidak mungkin bersendirian. Inilah ketetapan Allah pencipta alam yang dipuji setiap rakaat sembahyang. Allah berfirman (maksudnya): Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Al-Hujurat: 13)

SPR pindah MB S'gor, 19,000 pengundi

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusog berkata lebih 19,000 pengundi dipindahkan ke lokaliti berlainan dan bukan hanya melibatkan menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Katanya, suruhanjaya itu juga berusaha memperbetulkan sempadan pilihan raya sejak 2004 menggunakan sistem Election Geographical Information System (Egis), katanya.

Tambahnya, SPR telah memperbetulkan kawasan mengundi melibatkan 19,342 pengundi katanya y ang menambah, Khalid bukan satu-satunya individu yang terlibat dalam proses itu.

Bagaimanapun, SPR tidak menjalankan apa-apa persempadanan semula yang memerlukan kelulusan Parlimen dengan dua pertiga majoriti, katanya lagi kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada ahli parlimen hari ini.

Kes Umno Tg Karang Jual Tanah Akan Ke SPRM


SHAH ALAM, 16 APR: Isu dua lot tanah kerajaan negeri di Tanjong Karang yang didakwa telah di jual oleh Umno akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat.
Peguam Nasa Khan yang diamanahkan oleh PAS Tanjong Karang untuk menguruskan kes ini berkata isu tersebut mempunyai asas pendakwaan yang kuat.
“Tindakan kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) menganugerahkan tanah milik kerajaan negeri kepada parti yang dianggotainya merupakan satu tindakan yang mendedahkan diri mereka kepada pendakwaan rasuah.
“Lebih berat lagi apabila tanah yang berstatus hak milik  kerajaan negeri itu dijual kepada pihak lain tanpa pengetahuan pihak kerajaan negeri,” kata beliau yang juga salah seorang dari AJK Lajnah Guaman PAS Pusat.
Sebelum ini, pemimpin BN ketika menerajui pentadbiran negeri Selangor telah menganugerahkan dua bidang tanah bernombor hak milik HSD 10440, nombor lot PT115, terletak di Pekan Tanjung Karang.

Don't be a hypocrite, report to the MACC if serious about MEX - Rafizi tells Dr M


Don't be a hypocrite, report to the MACC if serious about MEX - Rafizi tells Dr MPakatan Rakyat leaders told former prime minister Mahathir Mohamad to look in the mirror and direct key questions of the Maju Expressway sale to Prime Minister Najib Razak, rather than pinning the blame on Maju Expressway boss Abu Sahid Mohamed.
Better still, if the 86-year-old grand old man of Malaysian politics was sincere about helping the people, he should lodge an a report with the Malaysian Anti Corruption Commission, said PKR strategy director Rafizi Ramli.
"It is not enough for Abu Sahid to explain to the public, we don't want to hear any explanation. The negligence and omission on the part of the government, in not collecting the full sum of the grant given to Maju Holdings, is a clear act of corruption that must be investigated fully," Rafizi told Malaysia Chronicle.

Najib bentang akta PTPTN 1997


PTPTN
SHAH ALAM - Sayap pemuda PKR hari ini menolak kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan, inisiatif penubuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilaksanakan ketika era pentadbiran bekas perdana menteri itu manakala menteri yang bertanggungjawab masa itu adalah Datuk  Seri  Najib Tun Razak.
Semalam, Dr Mahathir berkata bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah lupa bahawa undang-undang itu digubal ketika beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada awal September 1998.
Kini, Najib merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

PAS jamin Bersih 3.0 aman

KUALA LUMPUR, 16 April: PAS meletakkan objektif 'aman' dalam setiap himpunan yang dianjurkan dan disertai.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan berkata, PAS sangat berpengalaman dalam menganjurkan dan mengawal perhimpunan tanpa menyebabkan kacau bilau.

"PAS bersama Pakatan Rakyat bukan sekali menganjurkan dan menyertai perhimpunan tapi kita sangat berpengalaman dan berkepakaran dalam perkara ini.

EC says 19,000 voters moved to correct past errors..??

KUALA LUMPUR, April 16 — The Election Commission (EC) denied today that it has changed electoral boundaries but instead moved 19,000 voters because they were placed in the wrong constituencies.
According to those who attended a briefing for MPs this afternoon, EC chief Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (picture) said corrections have been made since 2004 using the Election Geographical Information System (EGIS).
“The corrections in locations have been conducted by state EC chiefs since 2008 but there have been no changes to the boundaries of state or parliamentary constituencies.

Bersih 3.0 diteruskan walaupun parlimen dibubar

KUALA LUMPUR, 16 April: Himpunan Bersih 3.0 mesti diteruskan walaupun kerajaan cuba membatalkannya dengan membubarkan Parlimen, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

"Ada kemungkinan Perdana Menteri akan mengadap Yang di-Pertuan Agong ke arah membubarkan Parlimen sebelum atau pada tarikh perhimpunan aman Bersih 3.0 pada 28 April dengan tujuan untuk membatalkan parhimpunan itu apabila sepenuh tumpuan dialihkan untuk menghadapi pilihan raya umum.

"Bagaimanapun saya berharap apa pun terjadi, perhimpunan aman Bersih 3.0 mesti diadakan kerana hanya itulah sahaja salah satu cara terbaik untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan dengan adil dan bersih," katanya.

Ketika para mahasiswa yang tabah dan berani mendirikan khemah di satu sudut Dataran Merdeka dan bertegas untuk terus berkhemah di situ sehingga perhimpunan 'duduk bantah' Bersih 3.0 diadakan, Mahfuz yakin pembatalan perhimpunan itu sewajibnya tidak berbangkit sama sekali.

Another BN family scandal: Soi Lek's brother and RM90mil in cash cheques


It looks like another family scandal has broken out in corruption-riddled BN, coalition that ruled Malaysia for the past 5 decades. This time, it involves Chua Chong Seng, the brother of MCA president Chua Soi Lek,
"As they say, every dog has its day. You can't hide the truth forever. Obviously, BN leaders and their families have run wild because of the absolute control they held over the country. They were supreme and answered to no one. This is what gave them courage to pillage and plunder," PKR vice president Chua Jui Meng told Malaysia Chronicle.
"Look at the NFC scandal. So many millions have been misused and Shahrizat Jalil thinks she is justified in holding on to her party post. If not pressured by the Pakatan Rakyat, I don't think she would have given up her Cabinet position."

Strategi Umno Takutkan Orang Ramai

Oleh sakmongkol AK47
ONE TWO THREE FOUR
LIMA ENAM TUJUH LAPAN
DATO NAJIB CAKAP BESOR
TAWAN SELANGOR TAKDE HARAPAN.
kita lihat ribuan pasukan bermotor menyambut dan mengiringi kehadhiran Dato Najib , presiden UMNO dan PM for the time being, datang ke negeri Selangor. dalam konteks negeri Selangor, UMNO dan BN adalah parti pembangkang

RUU Kesalahan Keselamatan: Penggubalan undang-undang "Cut-and-Paste"

Dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) maka berakhirlah satu era penindasan rakyat oleh Kerajaan Barisan Nasional.  Berakhirlah satu sejarah hitam buat negara kita, di mana sepanjang 52 tahun pelaksanaan ISA dijangka lebih 10,000 orang mangsa telah ditahan tanpa bicara di bawah akta tersebut.

Tetapi adakah kita rakyat harus rasa gembira?

Saya rasa ini bukannya masa untuk diraikan kegembiraan dengan membaca Al-Fatihah kepada ISA kerana ia masih belum benar-benar meninggalkan tanah air Malaysia.  Di samping itu keengganan kerajaan BN mengambil tanggungjawab ke atas kezaliman yang diperlakukan ke atas mangsa-mangsa ISA dengan meminta maaf secara terbuka atas tahanan tanpa bicara yang melanggari segala asas perikemanusiaan serta lunas undang-undang hak asasi manusia dan due proses.

From transport to land banks, Umno-BN bestows non-stop largesse to Syed Mokhtar


Cynicism greeted news that Umno-linked billionaire Syed Mokhtar al-Bukhary was moving in on 330 acres of land leased out to Kelab Golf Negara Subang (KGNS), and believed to be worth a staggering RM5 bil.
"This is a deal that has been brewing for a while and we are not surprised given that it is prime land and the federal government has always bent over backwards to help private entrepreneurs win deals even though it is unfair, one-sided or downright crooked," a research director at a bank-backed brokerage told Malaysia Chronicle.
"We are actually more shocked by the sheer number of deals Syed Mokhtar has collected so far. Can it really be all his - this is the question in the market and of course, we all know the answer too."
All over transport and logistics business

Tuntutan Pendidikan Percuma: Khemah siswa diroboh lagi

Perhimpunan menuntut "Pemansuhan PTPTN" dan "Pendidikan Percuma" yang berakhir dengan "Occupy Dataran" kini menyaksikan perkembangan terbaru.  Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kembali pada pagi ini, untuk merobohkan dua khemah yang didirikan siswa di situ.

Semalam, penguatkuasa DBKL telah merobohkan khemah yang didirikan siswa di Dataran Merdeka.  Namun, siswa mendirikan semula dua khemah untuk bermalam di situ.  Pada kira-kira jam 10 pagi ini, penguatkuasa DBKL turun ke Dataran Merdeka untuk merobohkan khemah siswa, diiringi pegawai polis.

Dr M: Jual lebuh raya MEX sama teruk jual AP

KUALA LUMPUR, 16 April — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut Tan Sri Abu Sahid Mohamed menjelaskan tindakannya menjual Lebuh raya Maju Expressway (MEX) kepada umum kerana penjualan itu menyaksikan beliau memperolehi keuntungan.
Kenyataan itu dibuatnya selepas penjualan bernilai RM1.7 bilion bulan lau menimbulkan tanda tanya terhadap perjanjian Abu Sahid Maju Holdings Sdn Bhd yang membuat keuntungan sebanyak RM660 juta dan RM1 bilion hanya selepas empat tahun beroperasi. Pembinaan konsesi lebuh raya bernilai RM1.3 bilion itu dibuat atas geran daripada kerajaan bernilai RM976 juta.

PTPTN: Mahasiswa prodemonstrasi 'khemah' semula di Dataran Merdeka


khemah
KUALA LUMPUR - Sekumpulan mahasiswa menaikkan semula khemah kecil mereka - kira-kira tiga jam selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengarahkan khemah-khemah yang didirikan di Dataran Merdeka kelmarin dicabut dan mengosongkan kawasan itu.

Mereka berbuat demikian menjelang satu sidang media diatur untuk diadakan kira-kira jam 2 petang ini oleh penganjur demonstrasi mendesak dimansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Di sisi dua khemah kecil itu diletakkan sepanduk-sepanduk meminta pinjaman PTPTN dimansuhkan.

Laman dakwa peguam pegang US$30j untuk Musa Aman

Laman web Sarawak Report hari ini mendedahkan lebih banyak dokumen, didakwa daripada badan anti rasuah Hong Kong Independent Commission Against Corruption (ICAC), yang mendakwa seorang peguam Sabah mempunyai akaun bank Switzerland yang memegang hampir US$30 juta sebagai amanah kepada ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Polis, Penguatkuasa DBKL Tumbuk, Rampas Khemah Mahasiswa

 
KUALA LUMPUR, 16 APR: Perkhemahan aktivis mahasiswa sejak Sabtu lalu di Dataran Merdeka yang menuntut agar Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan telah dirampas oleh pihak berkuasa pagi ini.
Pada masa kejadian kira-kira jam 10.15 pagi tadi, hampir 20 aktivis mahasiswa tersebut telah berhadapan dengan kira-kira 50 anggota penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan anggota polis berpakaian seragam serta preman.

Kesan politik durjana Umno terhadap Melayu

Isu perpaduan menjadi topik utama dalam pelbagai medium perbincangan, khusus di kalangan orang Melayu. Perpecahan digambarkan berpunca dari wujudnya parti politik yang ditunjangi oleh kelompok orang Melayu.

Ia seolah-olah menjadi  unsur utama perpecahan sehingga diucap oleh kebanyakan pimpinan samada pimpinan politik atau agama.

Persoalan utama apakah kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan Melayu. Kalau kewujudan parti politik menjadi punca perpecahan, kenapa kita menerima sistem demokrasi yang mengizinkan wujudnya pelbaga parti politik, dan kenapa kerajaan meluluskan pendaftaran pelbagai parti politik khusnya parti berteraskan perkaumanan - kerana dengan meluluskan pendaftaran parti tersebut, kita mengizinkan rakyat Malaysia berpecah.

RUU Kesalahan Keselamatan tiada beza dengan ISA

KUALA LUMPUR 16 April: Pengenalan Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 tidak banyak bezanya dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, undang-undang itu dilihat lebih teruk daripada ISA kerana ia ‘mengikat’ mahkamah sehingga tiada peranan sebagai badan yang bertanggungjawab menjalankan proses kehakiman.
“Kita menyambut baik pembatalan ISA kerana ia memenuhhi tuntutan kita (Pakatan Rakyat) selama ini. Kita tidak nafikan undang-undang ini (ISA) pada ketika itu penting untuk melawan pengganas tetapi penyalahgunaannya juga besar pada ketika ini.

Pelajar dakwa cedera ringan selepas pergelutan di Dataran

Empat orang siswa mendakwa mengalami cedera ringan dalam pergelutan dengan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ketika pegawai tersebut cuba merampas khemah mereka pagi ini.

Insiden berkenaan didakwa berlaku pada kira-kira jam 10.15 pagi, apabila pegawai dianggarkan seramai 30 orang itu bersemuka dengan pelajar terbabit dalam cubaan mereka untuk meruntuhkan satu khemah pelajar terbabit.

Empat pelajar berkenaan mendakwa cedera dalam pergelutan yang berlaku selepas itu.

HAPUSKAN UMNO BN DAHULU, SEBELUM AUKU DAN PTPTN TERHAPUS

 
 
 
 
 
 
Rate This
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan(DPPWP) menyeru seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk bersatu menolak Umno BN pada PRU ke 13, demi menyelamatkan Negara daripada bankrap.
Akhir-akhir ini kita mendengar irama yang seakan sama dari mulut menteri iaitu “Malaysia akan bankrap”. Ini menunjukan bahawa analisis Malaysia bankap tahun 2019, akan menjadi kenyataan jika BN menang lagi pada PRU ke 13 disebabkan sekarang ini Negara sudah pun ke arah itu
Rasuah dan penyelewengan harta negara hanya boleh dibendung dengan menjatuhkan Umno BN dalam pilihanraya yang akan datang. Rakyat Malaysia perlu bersatu untuk menumbangkan Umno BN dalam pilihanraya yang akan datang demi memastikan duit dan harta rakyat Malaysia selamat. Bayangkan sekiranya duit yang berbilion yang tiris dan bocor kerana rasuah itu digunakan untuk kegunaan manfaat rakyat, maka  pastinya negara Malaysia lebih maju lagi.

DPPWP begitu yakin dengan anak muda yang celik IT khususnya mahasiswa yang pastinya mahukan Negara Malaysia yang lebih baik pada masa depan. DPPWP turut menyokong usaha yang di buat oleh mahasiswa dalam menolak bentuk kekejaman Umno BN, dan DPPWP bersama dengan mahasiswa dalam usaha memansuhkan PTPTN serta AUKU yang kini menjadi bebanan serta halangan buat mahasiswa.
DPPWP mengajak anak muda untuk hapuskan dahulu Umno Bn pada PRU ke 13 nanti, supaya usaha untuk menghapuskan PTPTN serta AUKU dapat di lakukan dengan mudah bilamana Malaysia di tadbir oleh Pakatan Rakyat kelak.
Disediakan oleh;
 

Kamaruzaman Mohamad

Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Eight NGOs join Bersih rally in Miri

Some 200 protesters are expected to join the Bersih 3.0 Miri sit-in rally on April 28.
MIRI: Eight non-governmental organisations (NGOs) will be taking part in a rally in Miri on April 28, 2012 in conjunction with the Bersih 3.0 rally in Kuala Lumpur and simultaneously nationwide.
A Miri Bersih 3.0 committee has been formed to coordinate activities in conjunction with the massive rally to be held in Kuala Lumpur. Environment group Himpunan Hijau will also be holding its rally together with Bersih.
Mark Bujang, chairman of the Miri Bersih 3.0 committee said that they are inviting members of the public who are concerned about the electoral process in this country and also the state of the environment particularly in Miri to join the sit-in rally.

Ni Dia Tujuh Wajah Pengkhianat Negara, Bangsa & Agama

Baru-baru ini negara digemparkan dengan pendedahan berani Ahli Parlimen Pokok Sena YB Haji Mahfuz Omar mengenai task force yang diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak dalam misi mereka memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

Disini aku senaraikan nama-nama wanted yang turut sama dalam GERAKAN KHAS untuk menjahanamkan negara ni :

1. DATUK OSMAN RAZAK -Ketua, Penasihat Khas Perdana Menteri(Gambar dalam proses)

Negara akan bankrap : Alasan bodoh pemimpin Umno

Kesian!.  Mereka nak menipu, lalu tertipu oleh kebodohan  sendiri !!!
Najib dan pemimpin Umno sanggup menipu rakyat dengan mengatakan,.. Malaysia akan bankrap jika tol dihapuskan,  PTPTN dibatalkan,  dan gaji minima pekerja awam di tingkatkan menjadi RM1,100.  Apa saja perancangan baik PR untuk membantu rakyat, UmnoBn akan tentang dengan memberi berbagai alasan,..TETAPI,…

Mengapa masih belum tiba PRU-13...?

"Ramalan bahawa pilihanraya umum ke 13 akan berlaku pada bulan November 2011 sudah berlalu. Ramalan bahawa PRU13 akan berlaku pada Mac 2012 pun berlalu juga nampaknya.

Ramalan terbaru yang sangat popular ketika ini ialah awal bulan Jun tahun ini. Hampir kesemua PRU di negara ini diadakan ketika cuti penggal sekolah kerana sebahagian besar tempat mengundi dan mengira undi adalah di sekolah, jadi rutin persekolahan tidak terganggu sewaktu cuti. 

Rosmah layak jadi menteri penuh ganti Shahrizat?

anaabdullah

"Baru baru ini kebanyakan rakyat Malaysia sebuk bercakap pasal bilakah tarikh piliharaya PRU 13.Tapi dua tiga hari ini kebanyakan kita duduk bercakap pasal siapakah calon yang bakal bertanding sebagai ahli parlimen dan Ahli dewan undangan  negeri (ADUN) ditempat masing masing.

Umno/BN nampaknya  mendahului mana mana parti membariskan calon yang akan bertanding pada PRU 13 yang mana pada ana  akan diadakan pada  23 JUN 2012 depan.

Task Force: Dakwa dan Lucut Taraf Kerakyatan Mereka yang Terlibat

Oleh: Tok Janggut
Menjelang PRU13 isu pengundi hantu menjelma kembali. Kini bukan pengundi sahaja kerana pengundi sebelum ini hanya melibatkan rakyat tempatan. Apa yang dibimbangi sekarang ialah masalah negara yang lebih besar iaitu kebanjiran pengundi-pengundi rakyat asing yang didaftarkan oleh pihak tertentu dengan arahan pemerintah.

Task Force merupakan sebuah agensi haram yang berfungsi semata-mata untuk mendaftarkan rakyat asing yang bekerja di negara ini sebagai pengundi. Mereka ini diberikan mykad dengan syarat mesti mengundi UMNO/BN dalam PRU13 akan datang. Penglibatan jabatan kerajaan tertentu dan pegawai tertinggi kerajaan tertentu atas arahan Pejabat Perdana Menteri, jika berita ini benar , ianya adalah suatu malapetaka buat rakyat Malaysia dan juga negara ini.

Anak Muda Yang Macamana Yang Masih Sokong Umno?

Oleh: Tok Janggut
Bertempik sakanlah di Najib pada majlis "Waris Malaya" di Shah Alam Sabtu (14 April) lalu dengan penuh semangat dan penuh yakin bahawa anak-anak muda kini sudah mula menyokong UMNO kembali dan peluang untuk menawan Selangor akan menjadi kenyataan pada PRU13 kelak, katanya.

Tetapi beliau tidak pula menyatakan anak muda yang bagaimana yang dikatakan masih menyokong UMNO itu? Yang jelasnya ialah anak-anak muda yang tak solat, kaki ragut, mat-mat rempit, kaki dadah, kaki botol, kaki curi motor, kaki lahirkan anak luar nikah dan kaki pil kuda.

PRU13 : Perkasakan Polling Agent

harun writes "Mendepani dan seterusnya menguasai isu-isu adalah di antara perkara pokok yang perlu ditangani dengan berkesan oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat untuk menghadapi PRU13 ini. Namun dalam senario politik semasa hari ini, dengan wujudnya fenomena pertambahan pengundi yang dilihat agak luar biasa, isu yang berkaitan secara langsung dengan pengundi-pengundi baru ini turut menjadi factor penentu untuk sesuatu parti meraih kemenangan.

Ini tentunya bukan sekadar penguasaan minda para pengundi baru itu sahaja, malah isu-isu keabsahan pengundi baru itu sebagai pengundi yang sah perlu juga diberi perhatian.

BN kekal berkuasa, tanah Melayu tergadai

Oleh TOK JANGGUT
UMNO seolah-olah sudah kehabisan modal untuk menarik sokong orang Melayu supaya menyokong mereka dalam PRU13 kelak. Berbagai isu direkacipta antanya ialah jika orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat, maka kuasa orang Melayu akan hilang.Apakah Umno sudah lupa bahawa kuasa orang Melayu sebenarnya sudah lama hilang?

Sebahagian besar tanah rizab Melayu sudah hilang dan menjadi hak milik bangsa asing. Angkara siapa ini? MCA dan Gerakan begitu berani menghina hak orang Melayu dan menghina syariat Allah dan Umno kecut perut sehingga tidak berani menegur sahabatnya itu, angkara siapa ini? Angkara Pakatan Rakyat?

Kerana Fikirkan Kekalahan,Umno Tidak Ghairah Cari Calon MB

Oleh Mohd Sayuti Omar
Ghalibnya menjelang pilihan raya umum UBN sudah mengira-ngira siapakah tokoh atau orang bakal dilantik menjadi MB atau Ketua Menteri. Lobi melobi untuk menjadi MB juga biasanya sudah kencang sebelum parlimen dibubarkan. Kerana sebaik parlimen dibubarkan Umno akan mengatur calon-calonnya, terutamnya orang yang akan menjadi Menteri Besar.
Memilih tokoh MB atau KM yang tepat dan berkelayakan penting untuk kemajuan negeri dan kesenimbungan kuasa.

Seperti mana Umno Kelantan telah mengatur awal-awal untuk meletakan Awang Adek Hussein sebagai calon MB Kelantan pada pilihan raya 2008. Pengerusi Umno Kelantan ketika itu Annuar Musa telah mengumumkan awal-awal nama Awang Adek semasa himpunan Anak-anak Kelantan di Bukit Jalil. Tetapi tindakan mengatur calon seperti itu tidak berlaku untuk kali ini. Kenapa?

Bukan saja untuk Kelantan tetapi di negeri-negeri lain juga. Kenapa? Jawabannya Umno tidak ghairah untuk bebuat begitu kerana lebih memikirkan apakah untung nasibnya dalam pilihan raya akan datang. Umno sendiri masih menggeletar dan cemas rimas apakah UBN akan masih kekal menjadi kerajaan ataupun akan tumbang bertukar menjadi pembangkang.