Sabtu, 14 April 2012

Siswa mahu berkhemah hingga BERSIH 3.0

NONESeramai kira-kira 500 orang mahasiswa berhimpun di ibu negara hari ini untuk menuntut pinjaman pelajar melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
Pelajar berkenaan mula berkumpul di perkarangan Masjid Jamek, Kuala Lumpur pada pukul 2 petang dan berarak melalui Jalan Raja Laut untuk menuju kawasan pusat membeli belah Sogo.
Perhimpunan diketuai aktivis mahasiswa Adam Adli Abdul Halim dan pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia itu turut disertai NGO Gabungan Anak Muda Pantai Timur.

Mansuh PTPTN: 500 siswa sedia berkhemah menunggu Najib

Kira-kira 500 orang siswa turun berarak di sekitar Dataran Merdeka untuk menuntut agar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dimansuhkan. Bermula dengan perhimpunan di Masjid Jamek dengan kira-kira 300 orang pada jam 2 petang, bilangan peserta bertambah kepada 500 orang pada jam 2.30 petang, berarak ke pusat beli belah Sogo.
Sebelum ini, kumpulan siswa merancang untuk berhimpun di Dataran Merdeka, tetapi lokasi tersebut telah disekat jalannya.  Mereka mengangkat banner "Education is not for sale", melaungkan slogan "Tumbang BN", "Mansuh PTPTN", "Percuma Ilmu" dan sebagainya.
Pada jam kira-kira 3.50 petang, kumpulan siswa ini berjaya menembusi sekatan dan tiba di Dataran Merdeka.  Pihak penganjur, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) meminta agar semua peserta duduk dan "occupy" Dataran Merdeka.

Politik Masjid : J/kuasa masjid diarah hadiri program Najib

NONEKesemua 180 masjid di daerah Batu Pahat, Johor diarahkan menghantar lima wakil, termasuk imam, bilal dan noja bagi menghadiri program Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 7 April lalu.

Arahan itu dibuat melalui surat rasmi daripada pejabat kadi daerah bertarikh 2 April yang turut meminta pihak masjid memberikan wang RM50 kepada individu yang mewakili masjid masing-masing.

Salinannya kini beredar di laman blog dan Facebook oleh pihak yang mempertikaikan arahan tersebut yang didakwa menggunakan masjid dan kewangannya untuk kepentingan politik kepartian.

Dalam tinjauan ke Batu Pahat pada tarikh itu, Najib dilapor tiba seawal jam 9.15 pagi untuk bersarapan di sebuah kopitiam sebelum meninjau kawasan pasar dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai.

Beliau antaranya diiringi Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zakarshi.

Politik Tadika : Komik puji pentadbiran Najib diedarkan di sekolah

KUALA LUMPUR, 13 April — Komik transformasi yang memuji kerajaan Barisan Nasional (BN) telah mula diedarkan di kalangan guru-guru sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dikatakan diagihkan jabatan pendidikan negeri.
Komik berwarna setebal 50 muka surat itu menampilkan karikatur seperti pemimpin politik utama dari gabungan pemerintah yang digambarkan dari sudut terbaik.
Sebaliknya, pemimpin pembangkang digambarkan bersikap negatif dan jahat, seperti pada muka surat 31, yang menunjukkan seorang lelaki bercermin mata bersama dua lelaki separuh bogel yang dilihat dikaitkan dengan pesaing Najib, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kuala Dipang leboh kene tenggelam ayo

DEMONTRASI MANSUHKAN PTPTN (MASJID JAMEK 4)

DEMONTRASI MANSUHKAN PTPTN Bersama Wakil Pelajar

DEMONTRASI MANSUHKAN PTPTN - SOLAT ASAR

DEMONSTRASI MANSUHKAN PTPTN Bersama ADAM ADLI

Demonstrasi pelajar untuk pendidikan percuma

Mahasiswa Himpun Tuntut Mansuh PTPTN

Perarakan demo PTPTN ke SOGO

Demonstrasi Mansuh PTPTN Dari Masjid Jamek Ke Dataran Merdeka