Jumaat, 13 April 2012

Altantuya-Scorpenes: UK PM's lightning visit won't remove Najib's blemish

Altantuya-Scorpenes: UK PM's lightning visit won't remove Najib's blemish This photo of British prime minister David Cameron and his Malaysian counterpart Najib Razak should do a tsunami to our soul.
It is not just puzzling. It is not just unbelievable. It raises a whole lot of questions in the conscience of humanity.
What really is this world of politics truly coming to? Would the British citizens take up this challenge for discussion too, please?
How can the UK ignore corruption-tainted Najib's link in the global arms trade
Let us wade-off the plenitude of being philosophical because Malaysians predominantly have an innate aversion for philosophy as making money to survive and to aspire going beyond even that to savor the seeming ‘good life’ is the only currency.

MB Terengganu mahu bawa P:Pas ke KL


Datuk Seri Ahmad Said
KUALA TERENGGANU - Program Pas: Parti Ajaran Sesat (P:Pas) yang bermula di Terengganu kelmarin akan diteruskan ke seluruh negara, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said.
Dipetik Bernama, program P:Pas secara besar-besaran akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur  tidak lama lagi.
"Program P:Pas tidak hanya setakat di Terengganu, tetapi kita akan bawa ke seluruh negara. Kita akan adakan perhimpunan besar-besaran di PWTC lepas ni," kata beliau selepas merasmikan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia di sini, semalam.
Kelmarin, program P:Pas anjuran Umno Terengganu diadakan di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.
Program itu berobjektif memberi penjelasan mengenai perjuangan Pas yang dirasakan boleh menjejaskan akidah umat Islam.

54 bandar dari 30 negara: Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia!

Meskipun berasal dari bandar dan negara yang berlainan, malah barangkali tidak kenal mengenal antara satu sama lain, namun mereka disatukan atas satu slogan "Hentikan Lynas, Selamatkan Malaysia!"  Dengan poster di sisi dan kamera di depan, mereka mengungkapkan perkara yang sama dengan bahasa yang berbeza, "Kami tolak kilang pemprosesan nadir bumi Lynas!"

Demikianlah mesej yang cuba disampaikan dengan satu klip video berjudul "STOP LYNAS SAVE MALAYSIA (International Version)", selama 4 minit 48 saat, dimuatnaik ke laman Youtube, semalam.  Klip video ini diterbitkan atas inisiatif sekumpulan sukarelawan, termasuk Koh Wee Sun, Nicole Wong, Patrick Goh, Low Wawa, Weesiang Ng, James Cheng dan Joyce Ng, dengan muzik yang digubal oleh Hao Wei.

Bar Council to monitor Bersih 3.0 for violence


Police officers arrest attendees during the Bersih rally in Kuala Lumpur, July 9, 2011. — Picture by Jack Ooi
KUALA LUMPUR, April 13 — The Bar Council will deploy a team of monitors during Bersih 3.0 to watch for any incidents of violence and assist those who may be arrested during the April 28 rally, its president Lim Chee Wee said today. He would not say if the council would participate in the event, Bersih’s third since 2007, but noted that the Bar “respects and protects” the right to assemble under the Federal Constitution, provided it stays peaceful.
“The Malaysian Bar Council is not a member of the coalition of NGOs making up Bersih 3.0,” he said in a statement to The Malaysian Insider today.

Pakatan tidak dendam pada Umno walaupun dizalimi


KUALA LUMPUR, 13 April: Pemimpin Pakatan Rakyat bersedia memaafkan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin Umno BN asalkan mereka sanggup mengaku salah terhadap kesalahan mereka terhadap rakyat.


Justeru, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor (gambar) melahirkan keyakinan, Pakatan Rakyat akan memberikan contoh yang terbaik dalam pemerintahan nanti.

“Semua rakyat akan diperlakukan dengan adil dan saksama dan tidak akan insan yang akan menerima nasib sebagaimana yang dihadapi oleh rakyat pada hari ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dataran Merdeka belongs to the rakyat, says Bersih

Ambiga dipanggil siasatan Bersih 2.0 hari ini

KUALA LUMPUR, 13 April: Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan  dipanggil memberikan keterangan dalam siasatan awam yang akan dilakukan Suhakam hari ini.

Ini ekoran tindakan Suhakam meneruskan Siasatan Awam ke atas dakwaan pelanggaran hak asasi manusia termasuk penggunaan kekerasan yang melampau sebelum dan semasa perhimpunan pada 9 Julai 2011.

Only ‘tip of iceberg’ so far, ex-PKA boss says of PKFZ scandal

“PKFZ: A Nation’s Trust Betrayed” chronicles Lee’s experience helming the PKA at the time the scandal erupted. — Pictures by Choo Choy May
KUALA LUMPUR, April 13 — Despite five years of exposés on the Port Klang Free Zone (PKFZ) scandal that could cost taxpayers up to RM12.5 billion, the ex-chairman of the Port Klang Authority (PKA) says authorities have only hit the “tip of the iceberg”. Datuk Lee Hwa Beng also suggested that only political change could result in independent investigations unhindered by vested interests.

Mahasiwa pro-Umno Akan Sertai Demo Anti-PTPTN

 
 Mahasiswa pro-Umno bakal menyertai himpunan mendesak pemansuhan Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Sabtu ini di Dataran Merdeka.
Ini disahkan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang hari ini yang mengatakan mahasiswa pro-Umno tersebut daripada Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Safwan bekata setakat ini, beberapa kumpulan mahasiswa dari Kelantan, Terengganu dan Johor menyatakan kesediaan untuk turun.

Pendedahan Terkini Skandal Scorpene, PM Dicabar Saman Asia Sentinel

 
: Perdana Menteri dicabar menyaman portal berita Asia Sentinel berhubung pendedahan skandal pembelian kapal selam Scorpene yang membabitkan peranan mendiang Altantuya Shariibuu dan sekutu rapatnya Abdul Razak Baginda.
Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak Datuk Seri Najib Abdul Razak menjawab artikel nukilan John Berthesen, “Gun Begins Smoke in Malaysian Sub Scandal” seperti yang disiarkan di 5 April lalu.

Umat kehilangan jenama

Sering kali apabila bersolat di Masjidil Haram ataupun Masjid Nabi SAW, perasaan saya tersentuh, penuh rasa kagum kepada umat ini.

Apa tidak, ratusan ribu, bahkan jutaan manusia datang dari pelbagai negara dan bangsa, latar pendidikan dan budaya yang berbeza, tidak mengenali antara satu sama lain namun tetap mampu untuk membentuk saf-saf solat yang penuh teratur.

Tidak pernah sama sekali sebelum itu mereka melakukan apa-apa raptai membentuk saf untuk jumlah yang demikian besar, melainkan amalan solat berjemaah di negara masing-masing.

Namun, apabila sahaja iqamat dilaungkan, jutaan manusia pelbagai bangsa, pelbagai latar budaya, pelbagai gaya, pelbagai negara bangun berdiri mengambil tempat dalam saf-saf solat dengan penuh disiplin.

Undang-undang Ganti ISA Macam Panadol


SHAH ALAM 12 APR : Tindakan kerajaan pusat mengantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan satu akta yang serupa dilihat seperti memberi ‘panadol’ kepada penyakit.
Pakar undang-undang perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 menunjukkan minda dan cara pemikiran pemimpin Umno-BN itu masih sama dengan dulu.

PTPTN: Kerajaan hanya perlu RM2 bilion setahun


KUALA LUMPUR, 13 April: Kerajaan hanya perlu membayar RM2 bilion setahun hutang PTPTN jika membuat keputusan untuk menghapuskan hutang itu kepada peminjamnya.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, ini kerana jumlah hutang PTPTN adalah RM24.7 bilion sahaja yang boleh dibayar dalam tempoh yang lama.

"Jumlah RM2 bilion itu juga adalah kecil berbanding keputusan-keputusan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak akhir-akhir ini yang merugikan rakyat," kata Rafizi.

Misalnya, kata beliau, geran berjumlah RM1 bilion diberikan begitu sahaja kepada Maju Holdings dalam penjualan Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya.

Jadi Barua Politik : KTM arah pasang bendera BN di 28 stesen S'gor....

azlanWarna biru bendera BN dijangka memenuhi kesemua 28 stesen Komuter kelolaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di seluruh Selangor tidak lama lagi.

Ini ekoran pengerusinya Datuk Seri Ir  Mohamed dikatakan mengeluarkan arahan supaya pegawai terlibat membenarkan pilihan raya BN memasang bendera itu, sekali gus memeliharanya daripada dibuang atau disabotaj.

Mohd Zin yang juga koordinator BN Selangor dan bekas menteri kerja raya didakwa mengeluarkan arahan itu semalam.

Skandal Balak : Dokumen bocor dedahkan rekod bank Chia

NONELaman pembocor maklumat Sarawak Report hari ini mendedahkan dokumen bagi menangkis penafian Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bahawa beliau tiada kena mengena dengan orang tengah pembalakan Michael Chia.

Dokumen yang disiarkan itu menunjukkan arahan tersedia (standing order) bank untuk mendepositkan beberapa ribu dolar Amerika Syarikat (AS) untuk pendidikan anak ketua menteri di Perth, Australia.

Pas mahu MB Terengganu sumpah laknat


Abu Bakar Chik
KUALA TERENGGANU – Pimpinan Pas Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik tidak menolak kemungkinan mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said melakukan sumpah laknat kerana melabel parti itu sebagai Parti Ajaran Sesat (P:Pas).

Kata beliau, sumpah laknat dalam bentuk ‘mubahalah’ itu perlu dilakukan jika benar semua pihak mahu memastikan kebenaran berhubung dakwaan tersebut. 


“Ini adalah salah satu kemungkinan untuk mengajak Ahmad Said melakukan sumpah laknat. Kita tidak mahu benda ini (tuduhan bahawa Pas ajaran sesat) kerana benda ini berat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Perhubungan Pas Terengganu di sini, semalam.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas penganjuran Wacana ‘Pas: Parti Ajaran Sesat’ anjuran Badan Perhubungan Umno Terengganu, Khamis lalu. 

PRU13 hujung tahun, bukan Jun?


LOGO PARLIMEN
AWAL bulan lalu, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar antara lain berkata, jika hendak membubarkan adalah lebih baik dibubarkan hanya selepas istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 selesai. Istiadat disempurnakan Rabu lalu.
Minggu depan undang-undang yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dibahaskan oleh Dewan Rakyat. Ia akan disusuli pindaan membabitkan Akta Universiti dan Kolej Universiti. Ia sebahagian daripada pelan transformasi politik dijanjikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Melihat kepada faktor-faktor itu, dan mengambil kira beberapa pertimbangan lain, setakat minggu lalu, ramai membuat spekulasi bahawa Najib, selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN akan membubarkan Parlimen akhir bulan depan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 dipanggil menjelang pertengahan bulan Jun. Dalam tulisan pertama pun, penulis memetik cakap-cakap di luar dengan mengetengahkan minggu pertama atau kedua sebagai tarikh pengundian PRU13.

Kezaliman menjelma dalam wajah baru

Najib sebenarnya tidak melakukan sebarang bentuk reformasi terhadap undang-undang (ISA) BN yang zalim ini.

Ramai rakyat Malaysia girang dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang zalim itu tetapi “pedang yang tergantung masih menjadi ancaman untuk menacak di atas kepala” mereka yang menentang Barisan Nasional (BN).
Kebimbangan ini ada asasnya kerana dua elemen penting yang membenarkan perlakuan penahanan dengan sewenang-wenangnya untuk tempoh beberapa tahun masih wujud dalam Bil Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Pencegahan Khusus) itu.
Elemen-elemen ini mempunyai definisi kesalahan-kesalahan yang luas dan kurang jelas di mana wujud kelemahan yang ketara yang membenarkan seseorang itu ditahan dalam tempoh masa yang lama melalui kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam proses perundangan.
Pertama, definisi Kesalahan-Kesalahan Keselamatan:
Di antara rangkaian kesalahan-kesalahan yang luas dan mempunyai definisi yang samar-samar yang dimasukkan di bawah Bil ini ialah ancaman terhadap keselamatan dan ketenteraman awam dan tidak menunjukkan taat setia kepada Yang DiPertuan Agong.

Kerabat NS yakin Pakatan Rakyat lebih baik

Kerabat NS yakin Pakatan Rakyat lebih baik NILAI, 12 April-Kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hannan percaya bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat yang ada pada hari ini lebih baik berbanding pemimpin negara sedia ada.
Beliau yang juga sepupu Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tampil di pentas ceramah Pakatan Rakyat buat kali ketiga malam tadi mendakwa berasa jijik dengan mainan politik parti pemerintah sekarang ini.
"Sejak 30 tahun dahulu saya lihat pemerintahan negara sungguh jijik. Saya risau apa yang berlaku, generasi kita rosak seolah-olah rasuah ini halal dari pemimpin nombor satu sampai paling bawah.
"Perompak, perasuah, pemfitnah. Ada orang kata nak buat macam mana, kita manusia, macam halal je," katanya kecewa.
Ceramah malam tadi sempena program Jelajah Jom Ubah, Demi Rakyat Negeri Sembilan yang dibuat di Sikamat di sini.

Liow, Liow - it’s BN that is bankrupting Malaysia!

Liow, Liow - it’s BN that is bankrupting Malaysia!Liow Tiong Lai! Are you a Chinese or not?
Your words and actions don’t show you are a Chinese. The typical Chinese hold dear to customary moral values like speaking the truth, upholding yi qi (spirit of loyalty and self sacrifice) and mian zi (your face).
From lying about the police attack on Tung Shin to the attempted annual multi-billion-ringgit 1Care rip-off of taxpayers, you continue to try and fool and sell out the Chinese in Malaysia.
You work with the racist Umno and its Utusan Malaysia, which is out to agitate the Malays to fight the non-Malays, to defend Barisan Nasional (BN). That is absolutely your right.
But that right does not include lying through your teeth to hoodwink or betray Malaysians.
No right to tell blatant lies

Rafizi kepada Khairy: Ganti debat NFC dengan debat PTPTN

Rafizi kepada Khairy: Ganti debat NFC dengan debat PTPTN
Saya mengalu-alukan persetujuan Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno yang dibuat melalui laman Twitter dua hari lepas bahawa “penghapusan PTPTN adalah sesuatu yang boleh dilakukan, tetapi persoalannya adakah ia wajar” merujuk kepada twit beliau “PKR missing the point re PTPTN. Its not whether govt CAN write off the loans. Its whether the govt SHOULD. Most don't think govt should” [1:57 pm, 11 April 2012]
Saya telah membentangkan bahawa hutang PTPTN yang perlu ditanggung hanyalah RM24.7 bilion yang boleh dibayar dalam tempoh yang lama. Pelaburan yang diperlukan hanyalah RM2 bilion setahun dan pelbagai sumber boleh digunakan bagi tujuan ini, termasuklah mensyaratkan pelaburan dari keuntungan hasil minyak dan gas ke dalam bidang pendidikan, memotong perbelanjaan pertahanan, membanteras rasuah, menghentikan ketirisan dan pembaziran.

Kehilangan undi Melayu: Najib takut apabila dibandingkan dengan Anwar


Kehilangan undi Melayu: Najib takut apabila dibandingkan dengan Anwar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di bawah serangan dari semua segi. Bukan sahaja dari 'Laksamana' Umno yang paling berkuasa - bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad – yang telah kehilangan keyakinan padanya untuk memenangi pilihan raya umum ke-13, malah ketua-ketua kecil serta orang-orang yang terbuang seperti bekas Ketua Menteri Selangor Khir Toyo awam memberi mereka nasihat tidak berguna bagaimana cara untuk menggagalkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gabungan Pakatan Rakyat.
Untuk Najib - seorang ahli politik yang kekok dan janggal, penyelesaian adalah mudah. Membedil Anwar dengan tohmahan. Ia tidak disedari olehnya bahawa Pakatan Rakyat telah berkembang lebih daripada sebelumnya apabila ia menyertai pilihan raya umum 2008 - satu pakatan longgar tiga parti, iaitu PKR, PAS dan DAP. Apa yang boleh berlaku, kebergantungan pada media sensasi dan bebrapa orang ahli politik pembelot yang dibeli Najib telah memberikan beberapa bonus bagi Pakatan Rakyat, yang taktik ini telah mengena diri mereka sendiri dan memusnahkan kredibiliti Najib.

Anwar Ibrahim Nyanyi Lagu: Macam mana kita buat pilihan dalam PRU ke-13?

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Tapah, Perak (2012.04.10) Part 2

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana Tapah, Perak (2012.04.10) Part 1

Lahirul Latigu - Kita Membawa Islam kepada masyarakat

Sony's turnaround plan includes big cuts

Court rejects judicial review bid by Gebeng residents

TGHA : Janji Allah Pasti Tiba

Negara Megah, Propaganda Hebat : Masalah Rakyat Tidak Dapat Diatasi

Amin Iskandar: 'Third world country mentality'

Hok Tu Lah Hari hari Dok Suap

Syria urged to respect ceasefire

Tuan Guru Haji Hadi -SABAH

Penan

Bersih an "illegal" nobody, Election Comm hits out as D-date to polls near

Bersih an "illegal" nobody, Election Comm hits out as D-date to polls nearAmid growing signs that Malaysians will go to the ballot boxes by mid-June, Election Commission officials have come out swinging at free and fair polls movement Bersih in a bid to stave off demands to open up its electoral roll to an independent check.
Such a move would surely disadvantage Prime Minister Najib Razak's government, which is widely expected to hold the 13th general election soon. Political watchers expect the PM to blame a lack of time for not doing due diligence on the electoral process as demanded by the public and polls watchdog bodies.
Najib's Umno-BN coalition has ruled Malaysia for 56 years, using its previous two-thirds control of Parliament to gerrymander, as well as constructing an electoral system that complemented its chances at the polls.
"I don't see any other date than June for GE-13. Najib has to rush it through or he will have to clean up the rolls which he cannot afford to. This is why his lackeys are coming out now to shoot down Bersih," PKR MP for Batu Tian Chua told Malaysia Chronicle.

Suaram jumpa peguam Perancis untuk pendedahan lanjut kes Scorpene

KUALA LUMPUR 12 April: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) akan mengadakan pertemuan dengan peguam mewakili Suaram dalam kes perbicaraan rasuah kapal selam Scorpene, dalam masa terdekat ini.
Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel berkata pertemuan itu bagi membincangkan kandungan kertas siasatan berhubung skandal pembelian Scorpene bernilai RM7.3 bilion yang berjaya diakses.
“Kita nak tahu sejauh mana perkembangan kertas siasatan itu dan nak lihat pendedahan yang dibuat. Berdasarkan kertas siasatan ini kita boleh menentukan siapa saksi yang akan dipanggil dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi KeadilanDaily.
Menurutnya, Suaram kini sedang memohon daripada kerajaan Malaysia untuk memberi kebenaran kepada peguam mereka iaitu  Wiliam Bourdon dan Joseph Breham untuk masuk ke negara ini.

Visa Altantuya bergema jadi isu pilihan raya

KUALA LUMPUR, 13 April: Pilihan raya akan datang akan bergema dengan isu visa yang diberikan di negara ini kepada Altantuya Shaariibuu untuk memasuki Perancis, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar

"Bapa Altantuya mendedahkan bahawa anaknya itu telah memberitahunya bahawa Abdul Razak Baginda telah meminta bantuan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, dan Altantuya akhirnya diberikan visa untuk pergi ke Perancis dengan menggunakan nama Amina Abdullah," katanya.

Malaysiakini melaporkan, bapa Altantuya, Setev Shaariibuu mendedahkan kesemua itu berlaku antara 2004 dan 2005, sebelum Altantuya dibunuh dan mayatnya diletupkan dengan bom C4 pada tahun 2006.

Isu sekolah Cina akan beri kesan kepada MCA dalam PRU, kata persatuan Cina

KUALA LUMPUR, 13 April — MCA akan menghadapi kesan lebih buruk berbanding pilihan raya 2008 ekoran tidak menangani isu sekolah cina dengan berkesan, kata sekumpulan persatuan Cina.
Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCH) berkata, parti itu akan hanya memperolehi beberapa undi dalam pilihan raya akan datang kerana gagal memastikan sekolah vernakular Cina tidak dilayan secara adil oleh Putrajaya.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menuduh ahli akademik Cina adalah “penipu” apabila mendakwa kerajaan menganak-tirikan sekolah vernakular kerajaan.
Setiausaha Agung KLSCAH Stanley Yong berkata, beliau merasakan MCA akan ditolak oleh pengundi berdasarkan penerimaan diberikan kepada Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong sewaktu perhimpunan dua minggu lalu.

Pembaziran Melampau BN Yang Akan Mufliskan Negara


SHAH ALAM, 12 APR : Dakwaan pemimpin Umno-BN bahawa negara bakal muflis dalam tempoh dua tahun sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memegang tampuk pemerintahan dan menunaikan tiga janji mereka adalah tidak tepat.
Sebaliknya Umno-BN ‘terlupa’ bahawa perkara yang menyumbang kepada negara muflis adalah pengurusan tidak telus, pembaziran melampau dan subsidi yang terlalu besar kepada kroni mereka.

AUKU: Siswa tolak pindaan, tetap mahu mansuh

NONEKumpulan mahasiswa tetap tegas menolak Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) walaupun cadangan pindaan bagi membuka ruang berpolitik lebih besar sudah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Isnin lalu.

Bagi mereka, sekadar meminda Seksyen 15(2)(c) bagi membenarkan mahasiswa menjadi ahli dan bergiat dalam parti politik sahaja tidak cukup, sebaliknya AUKU harus dimansuhkan terus.

Aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim (kiri) berkata, isu pindaan itu tidak timbul sekiranya mahasiswa diberikan hak autonomi di universiti.

Bagi yang terkenal kerana menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kebebasan mengkritik mahasiswa dalam isu-isu politik lebih penting daripada penyertaan dalam kegiatan parti politik.

"Kita bukan minta masuk berpolitik (kepartian). Kita hanya minta idea-idea kita didengari dan kita boleh mengkritik parti politik. Ini yang cuba kita ketengahkan," katanya.